seni dalam pendidikan
TRANSCRIPT
TAJUK 1: KONSEP DAN LATAR BELAKANG
SOALAN:
Latihan (ms. 10)
Setelah membaca kandungan di atas sila senaraikan lima faedah yang boleh
diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Huraikan bagaimana
lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda.
JAWAPAN:
Seni Dalam Pendidikan merupakan mata pelajaran yang mengandungi kaedah-
kaedah seni visual, muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak. Antara konsep-konsep yang diberi penekanan
dalam topik ini ialah warna dalam seni visual, irama dalam muzik dan ruang
dalam pergerakan. Pengetahuan bagi ketiga-tiga konsep ini boleh diperolehi
melalui aktiviti penerokaan, pengalaman dan ekspresi.
Antara lima faedah yang diperoleh melalui Seni dalam Pendidikan ialah:
Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran belajar.
Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
1
Dapat mempelajari cara belajar, iaitu dapat mengaplikasi informasi secara
berkesan.
Dapat menghubung kaitkan gerak hati, celik akal dan kecerdasan “Lateral
Leaps”.
Kelima-lima faedah ini boleh mempengaruhi kehidupan harian kita.
Antara pengaruh-pengaruh tersebut ialah:
i. Ia dapat meningkatkan keupayaan setiap individu dalam aspek kemahiran
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintesis dan
menilai melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.
ii. Ia juga dapat membantu individu mengembangkan potensi kita dalam
meneroka, menghubung kaitkan idea dan objek di antara pemikiran
perlakuan.
iii. Ia dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan kendiri diri dan mementingkan
kreativiti di samping menitikberatkan kepentingan dan semangat
berpasukan.
iv. Ia dapat mempengaruhi individu mencapai keperluan manusia secara
menyeluruh dalam menyampaikan isu dan idea, di samping individu juga
boleh membuat pertimbangan yang wajar dan mengapresiasi.
2
Aktiviti Tutorial (ms. 12)
Tajuk 1:soalan tutorial
Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni
dalam pendidikan .
Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang
pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan
kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada
teori pembelajaran. Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga
orang tokoh bidang ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan
ini pastinya mendatangkan banyak faedah kepada para pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Faedah-faedah yang diperolehi seperti berikut:
i. Para pendidik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah lebih seronok.
ii. Mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat memotivasikan para pendidik
yang menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan profesional.
3
iii. Membantu para pendidik untuk meningkatkan perkembangan intelek
khususnya dalam aspek penyelesaian masalah.
iv. Guru dapat membantu dan membimbing pelajar memahami dalam diri
sendiri dan persekitaran.
Terdapat 4 kepentingan seni dalam pendidikan di Sekolah Rendah. Antaranya
ialah:
1. Aktiviti Seni Visual Muzik dan Pergerakan sebenarnya boleh mendorong
kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkurli, kecerdasan dan
sebagainya.
Menurut Teori Konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan
membina ilmu yang berguna kepada dirinya (actively construct knowledge
that they find personally meaningful). Justeru itu, melalui pembelajaran
seperti ini, kita akan dapat membantu dan memudahkan kanak-kanak
mengaitkan pengetahuan yang baru dipelajari dengan pengetahuan yang
telah mereka perolehi dan menguasai maklumat tersebut dengan
pengetahuan yang mereka ada. Dengan itu, kanak-kanak akan
menerangkan pengetahuan baru mereka melalui pelbagai cara dan bentuk,
misalnya, persembahan. Seterusnya, aktiviti lanjutan akan dibuat lagi
mengukuhkan pemahaman mereka.
4
2. Melalui aktiviti Seni Visual Muzik dan pergerakan, kanak-kanak dapat
melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.
3. Integrasi Seni Visual Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.
4. Aktiviti Seni Visual Muzik dan Pergerakan memudahkan proses
menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni
Visual Muzik dan pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan
pemindahan pembelajaran.
5
TAJUK 2: KANAK-KANAK DAN SENI
Aktiviti ms. 14
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide
and Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:
Bagaimana mereka menguruskan permainan ini
Bagaimana menyembunyikan diri mereka
Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari
Ekspresi mereka apabila mereka ditemui
Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak menguruskan permainan ini
dengan mewujudkan tindakan untuk memberi arahan sesama mereka sendiri
dan ada yang memberi penerangan.
Bagaimana menyembunyikan diri. Kanak-kanak ini akan pergi ke
suatu tempat yang dirasakan sesuai di mana mereka tidak akan diketahui oleh
kawan-kawan yang lain. Misalnya, di belakang pintu, bawah katil, atas pokok
dan sebagainya.
Bagi mereka yang mencari pula akan berfikir, melilau dan mencari
dengan penuh hati-hati. Kanak-kanak tersebut akan cuba pergi ke sesuatu
tempat yang dirasakan adalah tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Ekspresi
apabila ditemui mungkin akan rasa terkejut, riang, gembira, seronok dan hampa
kerana tempat persembunyian telah diketahui.
6
Latihan ( ms. 17, 18 & 19 )
1. Keinginan untuk bergerak
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri
dalam sebarang kegiatan fizikal.
Permainan-permainan tradisional. Misalnya, sang harimau,
pendidikan jasmani yang melibatkan pergerakan atau dalam kelas iaitu
bergerak ke sana dan ke sini iaitu menghampiri rakan. Semua ini
melibatkan pergerakan fizikal.
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
dihargai.
Pujian yang paling digemari oleh kanak-kanak merupakan sesuatu
yang dapat merangsang minda dan pemikiran mereka. Kanak-kanak
gemar menunjukkan hasil kerja walaupun tidaklah seberapa.
Misalnya, pemberian hadiah seperti buku, coklat, pensel atau alat
permainan sekiranya mereka telah mendapat sesuatu kejayaan.
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati
oleh orang lain.
7
Bagi membolehkan mereka diterima oleh rakan sebaya, kanak-kanak
ini akan cuba untuk bergaul, bermesra, bersosialisasi dan mencari
rakan baru. Pergaulan ini akan membolehkan diri mereka dirasakan
dihargai dan dapat diterima oleh rakan-rakan yang lain.
4. Keinginan untuk bersaing
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan
fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.
Lazimnya, kanak-kanak gemar bersaing dan adanya sikap iri hati
sesama rakan sebaya sekiranya rakan yang lain mendapat sesuatu
yang lebih baik daripadanya. Misalnya, di dalam kelas penilaian hasil
kerja, peperiksaan atau sesuatu pertandingan. Begitu juga sekiranya
berlakunya pergaduhan masing-masing hendak menang dan
menegakkan kebenaran walhal diri mereka memang bersalah.
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri
atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk diberi perhatian oleh orang
lain yang melihatnya. Misalnya, keinginan untuk menjadi ketua kelas
yang baik ataupun pengawas. Ini kerana sekiranya mereka
menyandang sesuatu jawatan di sekolah, sudah tentu masyarakat di
8
luar atau ibu bapa menghargai diri mereka kerana dipilih untuk menjadi
ketua yang boleh mengawasi murid-murid lain di sekolah.
6. Keinginan untuk meneroka.
Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa
tetapi menyeronokkan.
Gemarkan aktiviti luar kelas atau bilik darjah. Misalnya dalam mata
pelajaran Sains meneroka sumber-sumber alam yang memerlukan
mereka membuat kajian di luar kelas. Begitu juga dengan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan lazimya beraktiviti di luar sama ada di padang
atau gelanggang.
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
Aktiviti kreatif lazimnya melibatkan mata pelajaran Muzik, Pendidikan
Seni dan Sains yang banyak memerlukan kreativiti seseorang individu.
Misalnya Pendidikan Seni kreativiti untuk melukis pelbagai bentuk
gambar yang diarahkan oleh guru.
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka.
9
Kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan sesuatu
yang terpendam dalam diri mereka. Dalam aktiviti seperti membaca
sajak, syair atau aktiviti ko-kurikulum seperti tarian atau lakonan
semua ini boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan isi hati melalui pergerakan yang dilakukan.
9. Keinginan untuk kefahaman.
Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman
dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka,
menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan
persekitaran.
Bagi kanak-kanak, mereka mempunyai keinginan yang sangat kuat
untuk mengetahui sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, mereka suka
bertanya kepada orang yang berada di persekitaran mereka seperti ibu
bapa, guru, kakak atau abang. Adakalanya, mungkin nampak
pendiam tetapi sebenarnya mereka mempunyai keinginan yang kuat
untuk mengetahui sesuatu sambil berfikir kejadian tersebut. Misalnya,
keinginan untuk mengetahui bagaimana boleh munculnya bulan pada
waktu malam, mengapa matahari panas dan sebagainya. Persoalan
apa dan mengapa akan sentiasa berada dalam pemikiran mereka.
10
TAJUK 3: IRAMA, WARNA DAN RUANG
Aktiviti (ms. 23)
i. Aktiviti Detik: ekspresi diri
Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.
Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat itu?
Jawapan: 10 kali.
Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi.
Gambarkan secara visual denyutan nadi anda itu.
ii. Aktiviti: irama panjang dan irama pendek
Sila berjalan 10 langkah ke hadapan.
Sekarang anda dikehendaki melompat setempat sebanyak 10 kali.
Antara aktiviti-aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah mengambil
masa yang lebih panjang?
Jawapan: 10 langkah ke hadapan.
Ulang pergerakan dengan sebutan, ‘la’.
11
Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.
Melompat Berjalan
iii. Aktiviti: corak berulang
Pilih satu rupa, contohnya rupa jantung.
Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda.
Tahukah anda apabila rupa itu berulang, anda akan menghasilkan corak?
Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang sama
tetapi berlainan arah.
12
Pilih rupa yang lain pula dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa
dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.
13
Aktiviti (ms. 24-25)
a) Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah.
Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.
Warna
Bilik darjah Tepi pantai
Putih, hijau, biru muda, coklat Biru, hijau, kuning, hitam, putih,
coklat, kelabu
Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di
dalam bilik darjah.
Warna yang terdapat di tepi pantai nampak lebih tenang sesuai diaplikasikan
dalam bilik darjah. Warna biru muda pada dinding dalam bilik darjah seolah-olah
seperti langit dan warna biru di tepi pantai. Papan hitam dan pintu yang
berwarna hijau seperti tumbuh-tumbuhan yang hijau dan air laut tepi pantai.
Warna coklat pada kerusi, meja, papan kenyataan dan tirai di bilik darjah seolah-
olah seperti pokok, kerusi dan tanah atau pasir di tepi pantai. Manakala siling
berwarna putih di bilik darjah digambarkan seperti awan dan pasir putih di tepi
pantai. Warna kelabu pada lantai bilik darjah seperti batu-batan dan langit dalam
keadaan mendung di tepi pantai.
14
Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar
suasana lebih menarik untuk belajar.
Bagi pengubahsuaian warna di dalam bilik darjah, saya mencadangkan agar
suasana lebih menarik, kita boleh menggunakan warna seperti berikut:
Siling bilik darjah dikekalkan dengan warna putih.
Warna biru dinding bilik darjah ditukar dengan warna hijau bagi
melambangkan warna tumbuh-tumbuhan.
Papan kenyataan yang berwarna coklat ditukarkan kepada warna biru
muda yang bermotifkan flora.
Warna pintu dikekalkan dengan warna hijau.
Tikar pada lantai bilik darjah yang berwarna coklat ditukar dengan warna hijau
yang menampakkan suasana lebih ceria.
Meja hendaklah dibalut dengan plastik meja dengan warna merah jambu agar
kelihatan lebih ceria dan menarik.
b). Marilah kita meneroka keindahan warna.
Anda boleh menggunakan sama ada pensel warna atau warna air untuk
meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.
Campur: merah dengan biru; anda akan mendapat warna ungu.
Merah dengan kuning; anda akan mendapat warna jingga.
Biru dengan kuning; anda akan mendapat warna hijau.
15
Campur: ungu dengan merah; anda akan mendapat warna merah, ungu.
Jingga dengan kuning; anda akan mendapat warna kuning,
jingga.
Hijau dengan biru; anda akan mendapat warna biru, hijau.
c). Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas anda pada
tempat kosong yang disediakan.
WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK
PERGERAKAN
Merah Api Marah Pantas dan kuat Menghentak kaki
Biru sungai Tenang Sederhana dan Menggoyangkan
Lembut tangan dan badan
Hijau Tumbuh- Ceria Pantas dan Melompat-lompat
tumbuhan sederhana
Kuning Matahari Gembira Pantas dan Tepuk tangan
sederhana
Hitam Pakaian Sedia lambat dan Menggosok mata
Tidak bermaya
Perang Rantai sugul Jazz Menongkah dagu
Selepas anda meneroka warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, buat satu
refleksi pendek tentang peranan warna dalam kehidupan harian anda.
16
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian manusia. Ia
membolehkan kita mengenali alam benda dan objek alam sekeliling kita.
Misalnya, daun pokok berwarna hijau, langit berwarna biru, pasir berwarna putih
dan coklat. Warna juga digunakan oleh manusia dalam pelbagai keadaan.
Umpamanya peniaga-peniaga menggunakan warna yang sesuai bagi
pembungkusan barangan mereka untuk melariskan jualan.
Warna-warna yang terang pula digunakan dalam poster-poster untuk menarik
perhatian orang ramai. Warna juga boleh mempengaruhi perasaan kita.
Biasanya warna yang cerah dan terang menimbulkan perasaan riang dan
gembira. Manakala warna yang gelap seperti hitam menggambarkan perasaan
muram dan sedih. Salah satu contoh yang paling ketara ialah apabila kita berasa
tidak sedap hati jika langit tiba-tiba menjadi mendung kerana hendak hujan.
Ia juga penting dalam kehidupan masyarakat berbudaya. Misalnya, warna putih
menggambarkan suci dan bersih, merah melambangkan meriah bagi orang Cina.
Ia juga boleh menceriakan dan memeriahkan suasana. Misalnya, dalam bilik
darjah dihiasi dengan pelbagai warna dan dalam majlis hari jadi, lampu dan
segala perhiasan berwarna-warni untuk memeriahkan suasana. Kesimpulannya,
apa yang penting pada masa kini ialah warna memainkan peranan utama sebagai
daya tarikan.
17
Aktiviti (ms. 27)
Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda:
- Duduk
- Berdiri
Semasa duduk, pergerakan kita menjadi terhad. Ini kerana ruang pergerakan
kaki dan tangan menjadi kecil dan sempit. Bahagian pinggang dan punggung
tidak dapat bergerak dengan bebas. Semasa berdiri, seluruh badan kita bebas
bergerak. Ruang pergerakan juga menjadi luas.
18
Aktiviti (ms. 28)
Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan-garisan.
Ayunan tangan (garisan beralun)
Pusingan tangan (garisan berlingkar)
Ayunan badan (garisan beralun)
Naik turun tangan ( garisan zig-zag)
19
iii). Ekspresi pergerakan dalam ruang melalui gambar.
Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti
ini. (ms. 29)
Melalui aktiviti ini, suasana pembelajaran di sekolah menjadi lebih
menyeronokkan dan merangsang minat untuk belajar. Murid-murid menjadi aktif
kerana permainan tersebut menarik dan menyeronokkan. Dalam permainan
tersebut, wujudnya semangat berpasukan antara murid-murid.
Murid-murid juga dapat mengenali fungsi warna. Contohnya, warna merah
melambangkan tikus dan warna kuning melambangkan kucing. Aktiviti ini
menggambarkan penggunaan ruang, irama dan warna yang efektif.
Kesimpulannya ruang, irama dan warna saling berhubungkait dengan suasana
pembelajaran di dalam kelas.
20
Aktiviti tutorial ( ms. 30)
Tajuk 3: Soalan tutorial
Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan
dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut.
Bunyi yang anda dengar
Pergerakan manusia
Susunan peralatan
Warna-warna pada makanan, pakaian dan peralatan
Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah.
21
Senario masa rehat
Tepuk tangan
Hentak kaki
Pergerakan manusia
BerlariMengunyah TarikBerjalanMelompat
Susunanperalatan
Warna-warna pada makanan, pakaian dan peralatan
BiruMerahPutih KuningHitamCoklatHijauJingga
TAJUK 4: DERIA DAN SENI
Aktiviti: Satu ekplorasi untuk mengetahui dan menajamkan deria semasa
berinteraksi dengan persekitaran. (ms. 31-33)
SILA RUJUK MS. 32, 33 & 34
Latihan (ms. 34)
Sedarkah anda bahawa ada antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria
kita yang lain? Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, bolehlah anda
mengenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindak balas. Senaraikan
mengikut kekuatan tindak balas.
Pendengaran
Merasa
Melihat
22
Bunyi yang didengar
JeritanKetawaMenangisKetuk meja
PenyapuKapurKerusiMejaBuku-bukuPemadam papan hitamPeralatan menulis
Sentuhan
Menghidu
Aktiviti Tutorial (ms. 35)
Tajuk 4:
i. Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah
pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya, dalam
konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru.
Memperkaya imaginasi murid
Memperbanyakkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.
Meluahkan emosi dan perasaan sendiri serta memahami perasaan orang lain
dengan lebih baik.
Dapat membuat pemerhatian dengan lebih teliti.
Mengurangkan jurang komunikasi dan salah faham antara murid dengan
guru.
Murid boleh membuat deduksi kepada pemerhati secara sistematik dan
saintifik.
ii. Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan
kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti
pelakuan di sekeliling kehidupan harian anda.
Mendengar : memahami perbualan dan percakapan
Merasa : merasa sesuatu melalui lidah sama ada manis, masam
23
atau manis.
Penglihatan : melihat atau memandang tempat menarik.
Sentuhan : merasa dengan tangan sama ada lembut, keras atau
kasar.
iii. Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang
disediakan.
Mendengar Telinga
Merasa Lidah
Penglihatan Mata
Sentuhan Tangan
24
TAJUK 5: PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI
Aktiviti (ms. 38)
Apakah yang anda faham dengan perkataan meneroka dalam seni?
Pengalaman meneroka merupakan pengalaman yang sangat
menyeronokkan kerana melalui penerokaan kita boleh meninjau dan melibat
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, dalam seni pelbagai aktiviti boleh
kita terokai dari segi membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta dengan
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Misalnya, dari segi penggunaan warna
pelbagai corak, rupa dan bentuk boleh dibuat hanya menggunakan pewarna.
Melalui gambar yang dilukis inilah kita dapat membuat tafsiran dan luahan
perasaan yang boleh kita terokai secara mendalam.
Aktiviti-aktiviti yang perlu anda terokai. (ms. 39)
i. Bayangkan anda sedang berada di tepi pantai. Cuba dengar bunyi
pukulan ombak. Terokai bunyi yang anda bayangkan itu dengan
menggunakan pelbagai media seperti warna dan berus, alat-alat muzik
gantian seperti peralatan dapur dan kemudian gerakkan badan anda
mengikut bunyi itu.
25
Warna biru melambangkan air. Garisan gelombang ini menunjukkan bunyi
ombak-ombak besar dan kecil. Titik biru itu pula, menggambarkan bunyi ombak
apabila berlanggar dengan batu.
ii. a). Ambil sehelai kertas dan terokai aktiviti-aktiviti berikut:
pegang tepi kertas dan kipaskan secara perlahan-lahan, cepat dan sangan
cepat.
Perlahan-lahan
Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah bunyi yang lembut dan angin dari kertas
dikipas perlahan-lahan menghasilkan bunyi yang lembut dan sangat halus
bunyi dan ada ketikanya bunyi sukar didengar.
Cepat
Jawapan: Bunyi yang terhasil jelas dan bunyi angin dari kipas didengar
dengan jelas. Bunyi kipasan kertas agak kuat.
Sangat Cepat
Jawapan : Bunyi yang terhasil jelas dan kasar. Kertas yang dikipas telah
menghasilkan bunyi dan angin yang kuat. Alunan yang dihasilkan agak tinggi
dan cepat.
Temu kedua-dua hujung kertas dan gosokkannya
26
Jawapan: Bunyi yang terhasil dari geseran agak jelas dan alunan yang
terhasil adalah sederhana tetapi cepat.
Gulungkan kertas
Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah sederhana.
Kibarkan kertas
Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah beralun.
Renyokkan kertas
Jawapan: Bunyi yang terhasil agak kasar dan bergetar.
Koyakkan kertas menjadi dua bahagian
Jawapan: Bunyi yang terhasil kasar.
Koyakkan kertas menjadi cebisan-cebisan kecil.
Jawapan: Bunyi yang terhasil agak singkat didengar dan tidak ada bunyi yang
kuat.
b. Catat bunyi yang anda dengar berdasarkan aktiviti yang dijalankan di atas.
c. Terokai aktiviti di atas dengan manipulasikan penggunaan bahan-bahan yang
dicadangkan seperti plastik, kadbod, daun dan lain-lain. Anda boleh juga
menggunakan cara-cara lain.
27
Plastik : setiap bunyi yang dihasilkan agak kasar dan berserabut.
Kadbod : agak susah untuk mendengar bunyi kerana ia lebih tebal. Aktiviti
agak sukar dilakukan.
Daun : ia mengeluarkan bunyi yang lembut.
iii. a). Ambil sebiji bola dan terokai aktiviti-aktiviti berikut:
golekkan bola – golekkan badan
jatuhkan bola dari ketinggian yang berbeza – lompat ke atas dan jatuhkan
badan dan melompat ke tepi beberapa kali mengikut ketinggian yang
berbeza.
baling bola ke atas – lompat ke atas
baling bola ke bawah – turunkan badan ke bawah dan duduk mencangkung.
Lantunkan bola secara perlahan-lahan, cepat dan sangat cepat – duduk
mencangkung dan lompat perlahan-lahan, cepat dan sangat cepat.
b. Perhatikan pergerakan bola dan lakukan pergerakan badan
berdasarkan pemerhatian itu.
c. Teroka aktiviti-aktiviti di atas dengan menggunakan media lain
seperti pensel, kertas, tin dan kotak.
Pensel – lompat dan terus jatuh.
Kertas – lompat dengan lembut dan jatuhkan badan dengan lembut.
Tin – lompat, jatuh berdiri, dan jatuhkan badan ke bawah.
28
Kotak – lompat dan jatuh berdiri.
Aktiviti (ms. 40)
a. Ambil sehelai kertas dan krayon. Kemudian cuba terokai aktiviti-aktiviti
berikut:
Pegang krayon secara menegak dan kemudian lukiskan beberapa garisan
seperti tebal, nipis, beralun, zig-zag dan lain-lain.
Nipis
Tebal
Beralun
Zig-zag
Berputus-putus
Berbiji-biji
Berserabut
29
Berbulu
b. Terokai aktiviti di atas dan perhatikan imej-imej yang terhasil. Catat kesan
imej yang terhasil itu.
Sebatang krayon
1) Nipis – garisan nipis
2) Tebal – garisan tebal
3) Beralun – ombak
4) Zig-zag – gigi gergaji
5) Berputus-putus – jahitan pada kain, garisan putus-putus di atas jalan raya.
6) Berbiji-biji – batu
7) Berserabut – benang yang berserabut
8) Berbulu – hujan
9) Hentakkan – bintik-bintik kasar
10)Gosokkan – terpulang di atas permukaan yang digunakan.
Dua batang krayon
1) Tebal – kayu besar
2) Nipis – kayu kecil
3) Beralun – corak
4) Zig-zag – corak
5) Berputus-putus – jahitan 2 benang atas kain.
6) Berbiji-biji – batu yang disusun
30
7) Berserabut – 2 benang berserabut.
8) Berbulu-bulu – pijakan kaki pelbagai saiz di atas pasir.
9) Hentakkan – bintik-bintik pelbagai warna
10)Gosokkan – terpulang pada permukaan.
c. Terokai aktiviti-aktiviti di atas dengan manipulasikan penggunaan bahan-
bahan yang dicadangkan seperti cat air, arang, pastel dan pensel dengan
menggunakan cara yang lain pula seperti renjis, tiup, guris dan lain-lain.
Buat perbandingan dan catatkan kesan-kesan imej hasil daripada
penggunaan pelbagai bahan yang dicadangkan itu. Anda boleh
menggunakan pengurusan grafik untuk menjelaskan jawapan anda.
KESAN-KESAN IMEJ
Krayon
Pelbagai imej Cat Air Pastel
Terbentuk * Imej berserabut * Pelbagai
Tersusun tetapi menarik imej terbentuk
Nipis * Bintik-bintik
Arang
Imej yang
terbentuk kasar.
31
Pensel
Imej banyak
mudah dan kemas.
Aktiviti (ms. 41)
Apa yang anda faham dengan maksud pengalaman dalam Seni?
Seni merupakan proses pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Ini
kerana melalui seni kita boleh meneroka pelbagai bidang melalui eksperimen,
mencipta, menggambar dan mewarna secara kreatif. Pengalaman yang
diperolehi ini akan menjadikan kita sebagai seorang yang faham tentang
penemuan, hasil, atau kemahiran.
Misalnya, kemahiran melukis merupakan sesuatu yang menguntungkan
kepada diri seseorang. Ini kerana kita boleh menggambar dan mewarna
mengikut kebolehan yang ada pada diri kita dan mungkin tidak ada dalam diri
orang lain. Inilah pengalaman yang paling bermakna sekali.
Aktiviti cadangan anda memperoleh pengalaman: (ms. 42)
i. Berdasarkan pengalaman anda apabila sampai ke sekolah, catatkan
perasaan anda pada situasi berikut:
Sampai di pintu pagar sekolah
1. Rasa tidak sabar nak buat kerja dan siapkan kerja.
2. Rasa geram kerana ada kereta yang berhenti di depan pintu menghantar
anak dan memberi wang belanja. Bercakap menyebabkan terpaksa
menunggu kereta beredar.
32
Berjumpa dengan guru besar dan staf
1. Rasa takut nak jumpa guru besar, tetapi sekiranya telah berjumpa rasa biasa
dan lega.
2. Rasa biasa dan adakala gembira berjumpa dengan staf yang lain. Kadang-
kadang ada rasa segan kerana baru mula bertugas di situ.
Berjumpa dengan murid-murid
1. Rasa malas hendak masuk kelas.
2. Apabila berjumpa dengan murid-murid tahun 1 rasa terhibur kerana dapat
melihat pelbagai gelagat mereka.
3. Kadang-kadang timbul perasaan marah dan geram kepada murid-murid yang
degil dan tidak mendengar kata.
4. Rasa dihargai kerana murid-murid mengucapkan salam apabila berjumpa.
Semasa waktu rehat di kantin sekolah
1. Rasa lega kerana dapat berehat sekejap dan dapat mengisi perut yang
kosong dan lapar.
Loceng sekolah berbunyi pada akhir sesi
1. Rasa gembiran kerana masa kerja telah tamat.
2. Rasa ingin cepat hendak sampai ke rumah.
ii. Tulis pengalaman anda tentang situasi pembelajaran berikut:
33
a). Penggunaan pelbagai alat bahan seperti berus, warna, alat muzik,
plastisin, riben, kayu dan bola.
Pengalaman situasi pembelajaran menggunakan berus, warna, alat muzik,
plastisin, riben, kayu dan bola lebih banyak saya perolehi di sekolah rendah.
Ketika itu, saya seronok menggunakan pelbagai alat bahan.
b). Imej, bunyi dan pergerakan yang terhasil daripada penggunaan alat dan
bahan tersebut.
Pelbagai imej, bunyi dan pergerakan yang terhasil dari penggunaan alat dan
bahan tersebut. Kadang kala bunyi yang terhasil agak berserabut.
Contohnya;
- Berus dan warna : banyak imej yang terhasil, bunyi kurang terhasil dan
pergerakan banyak menggunakan tangan.
- Alat muzik : tidak ada imej yang terhasil tetapi ia akan mengeluarkan bunyi
yang menarik sekiranya dilakukan dengan betul dan pergerakan yang terhasil
bergantung kepada alat yang digunakan.
- Plastisin : banyak imej yang boleh dibentuk, bunyi yang terhasil kurang tetapi
banyak pergerakan menggunakan tangan.
- Riben : banyak imej yang boleh dibentuk. Bunyi yang terhasil agak lembut,
pergerakan yang digunakan ialah tangan.
- Kayu : tidak ada imej yan dibentuk tetapi menghasilkan bunyi yang banyak
dan kasar.
34
- Bola : tidak ada imej yang terbentuk . Bunyi yang terhasil dari lantunan,
sepakan, balingan dan banyak pergerakan yang digunakan.
c). Pelbagai langkah yang terlibat melalui penggunaan alat dan bahan tersebut.
I. Kita mesti menyediakan bahan-bahan tersebut.
II. Kita juga mesti menyediakan bahan-bahan dan alat yang perlu ada, di
samping alat dan bahan tersebut.
III. Langkah keselamatan semasa menggunakan alat dan bahan perlu
diambil kira.
IV. Langkah kebersihan perlu juga diambil kira untuk menghasilkan imej yang
kemas dan bersih.
5.1.3 Cadangan aktiviti yang perlu anda ekspresikan: (ms. 43)
i). Cuba tanya pada diri anda soalan-soalan berikut:
a. bolehkah anda gunakan sapuan berus untuk meluahkan ekspresi anda?
- boleh, tapi tafsiran orang lain mungkin berbeza.
b. bolehkah anda mencipta pergerakan untuk meluahkan perasaan anda?
- boleh, tapi bukan mencipta tetapi secara drastik.
c. bolehkah anda luahkan emosi anda secara lisan?
- boleh tetapi bergantung pada situasi.
35
ii). Sedang muzik itu dialunkan:
a. gunakan sapuan berus untuk meluahkan perasaan anda mengikut alunan.
(rujuk lukisan)
b. Cipta satu pergerakan yang boleh meluahkan perasaan anda.
c. Luahkan emosi anda secara lisan.
- alangkah bahagianya hidup ini kiranya saya memiliki rumah banglo yang
besar dan keluarga yang bahagia dengan gelak tawa anak-anak.
Latihan (ms. 44)
‘Sound Story’
Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda
dikehendaki membuat latihan-latihan berikut:
Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.
a. saya dapat melihat begitu ramai orang berkunjung ke pasar malam.
b. Saya dapat melihat pelbagai barang yang dijual.
c. Saya dapat melihat pelbagai warna gerai dan pakaian.
36
d. Saya melihat pelbagai cara yang digunakan oleh penjual untuk menarik
perhatian pelanggan.
e. Saya melihat aksi-aksi seorang penjaja melakukan kerja-kerjanya.
Pilih seorang penjaja :
a. senaraikan warna-warna peralatan yang digunakan oleh penjaja itu.
- merah, biru, kuning, hijau, metalic dan perak.
b. nyatakan pergerakan-pergerakan yang digunakan oleh penjaja itu.
- menghiris daging kebab
- menggoreng roti
- mengambil bahan jualan dan diletakkan ke dalam plastik.
- Memberi baki wang kepada pelanggan.
- Mmemanggang ayam, ikan.
c. tiru bunyi yang dihasilkan daripada gerak laku penjaja itu.
Hasilkan sebuah ‘props’ yang sesuai dengan pemandangan itu.
Gunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang kreatif.
- botol dan tin
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga
daripada aksi yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan.
- menghiris daging kebab
37
- memanggang ayam
- mengambil bahan jualan dan diletakkan ke dalam plastik.
AKTIVITI TUTORIAL (ms.45)
Tajuk 5: Soalan Tutorial
Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan dikehendaki
melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahan-
bahan gantian untuk menggambar ekplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi
situasi itu.
Bahan-bahan:
- plastisin (peralatan)
- kotak (gerai)
- botol (botol sos, mayonis)
- tin (tungku api)
a. seorang meniru bunyi orang bercakap.
b. seorang jadi penjaja kebab.
c. 2 orang jadi pelanggan.
d. seorang jadi pembantu penjaja.
e. seorang jadi anak penjaja.
f. Seorang jadi isteri penjaja.
* lakonan di atas dibuat tanpa dialog.
38
39