seni kraf melayu 1
DESCRIPTION
Please dont copyTRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 2
2.0 Kraf Melayu Dan Pengaruh Seni Islam Dalam Hasil Kesenian
Melayu 4-14
2.1 Kraf Melayu
2.1.1 Tepak Sirih
2.1.2 Labu Sayong
2.1.3 Seni Batik
2.1.4 Replika Rumah Tradsional Melayu
2.1.5 Tikar Anyaman Tradisional
2.2 Proses Penggarapan Motif Kraf Melayu Berasaskan
Subjek Alam
2.2.1 Motif Flora
2.2.2 Motif Geometri
2.2.3 Motif Arabes
2.3 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu
3.0 Analisis Keunikan Dan Kesepaduan Kesenian Islam Dan Melayu 15-20
3.1 Proses Garapan Idea
3.2 Proses Mentafsir Idea
3.3 Pengaruh Dalam Memberi Makna
4.0 Falsafah, Makna, Konsep Sains Dan Matematik, Nilai Dalam 20-26
Jenis-jenis Kraf
5.0 Kesimpulan 27
BIBLIOGRAFI 28-29
1
1.0 PENGENALAN
Manusia mempunyai kepelbagaian perasaan yang sedaya upaya cuba untuk dipenuhi melalui
kesenian. Manusia adalah agen kreatif yang disalurkan melalui kekuatan minda berdasarkan
kreativiti seni dalam kehidupan seharian. Ahli sejarah percaya bahawa perkembangan manusia
terhadap ilmu seni berkaitan dengan faktor masa. Masa lampau menentukan jangkauan masa
hadapan dan kebebasan manusia berfikiran kreatif adalah pertemuan daripada masa lampau
dengan hadapan. Bagi masyarakat Melayu, suatu ketika dahulu aktiviti masa lapang adalah
dipenuhi dengan kesenian yang melambangkan budaya masyarakat tersebut. Warisan seni
tradisional dalam kalangan orang Melayu menampilkan unsur-unsur seni menerusi ukiran,
anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Identiti dan integriti orang Melayu wujud disebalik kraf yang dihasilkan. Kraf yang
dihasilkan tidak membina ilmu sebagai pengetahuan tetapi membina ilmu sebagai sistem nilai.
Nilai dan ilmu yang berkait dengan kesenian Melayu bukan sahaja menggambarkan rupa dan
bentuk kesenian Melayu tetapi menjelaskan segala aspek yang berkaitan dengan kehidupan.
Dalam konteks kehidupan masyarakat melayu, sistem nilai wajar ditingkatkan menjadi ilmu agar
identiti yang melakar sejarah tidak ditelan oleh dek’ zaman.
Masyarakat Melayu melalui proses ketamadunan yang agak unik menerusi menerapan
budaya dan kepercayaan animisme, Hindu, Buddha, Islam dan Barat. Hal ini telah membawa
perubahan yang besar dalam corak kehidupan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, amat
jelas bahawa Islam telah membentuk kehidupan masyarakat Melayu. Kewujudan kraf dalam
masyarakat Melayu telah menampilkan simbol minda dan watak Melayu selaras dengan
kehendak Islam walaupun sedikit sebanyak berbaur kebudayaan Hindu. Dalam kesenian Melayu,
agama dan seni saling berkaitan. Tidak akan wujud sesuatu kraf itu sekiranya bertentangan
dengan ajaran agama Islam. Islam menjadi transfromasi simbolik hasil daripada ungkapan
perasaan, pengalaman masyarakat Melayu dengan alam sekitarnya yang wujud. Figura manusia
dan haiwan dalam ragam hiasan diharamkan menunjukkan kraf melayu tradisional menampilkan
seni Islam itu sendiri. Dalam kraf Melayu, subjek seperti flora banyak diilhamkan sebagai motif
dan ragam hias selain penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Pada amnya, kraf dikaitkan dengan aktviti kesenian yang dihasilkan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan peralatan mudah yang
2
dijalankan oleh seseorang individu atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Dalam
Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud ‘perusahaan ( kerja,
seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan’, manakala kraftangan
pula membawa makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran
menggunakan tangan’. Manakala, terdapat kraf juga didefinisikan oleh beberapa penulis buku
seni antaranya Peter Dormer (1997) dalam bukunya bertajuk ‘The Culture Of Craft’, makna kraf
dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi
atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Pengertian yang diberikan
oleh Peter Dormer disokong juga oleh Edward Lucie-Smith (1981) dalam bukunya bertajuk ‘The
Story Of Craft’ yang juga menyatakan semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada
untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf.
Selain itu, Rose Slivka (1968) dalam bukunya bertajuk ‘The Persistent Object’ telah
mendefinisikan kraf sebagai suatu tindakan pengubah suaian bahan menurut kehendak pandai
tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek
menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui sejarahnya yang panjang, kraf telah
menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap tujuan manusia membuat dan
menggunakannya. Tambahan pula, menerusi pendefinisian yang dilakukan oleh Ensiklopedia
Britannica, adalah sebagai penggunaan kemahiran dan imaginasi dalam proses penciptaan objek
yang mengandungi nilai estetik, persekitaran atau pengalaman bersama dengan orang lain yang
mempunyai kekuatan, kemahiran dan keaslian.
Dapat dirumuskan bahawa kraf tradisional merupakan hasil kerja seni yang melibatkan
hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti masyarakat Melayu yang diwarisi
secara zaman berzaman atau turun temurun. Seni kraf Melayu memaparkan perhubungannya
dengan kepercayaan ajaran agama Islam. Kepercayaan dan pegangan masyarakat Melayu diubah
dengan kehadiran agama Islam dan hal ini secara tidak langsung memberi impak dalam kesenian
mereka apabila menyedari bahawa Tuhan yang maha Esa menjadikan ciptaan perhiasan atau kraf
berkait dengan falsafah Islam misalnya ukiran kayu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
3
2.0 KRAF MELAYU DAN PENGARUH SENI ISLAM DALAM HASIL KESENIAN
MELAYU
Estetika seni atau keindahan kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan
pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika Islam. Kraf
melayu yang bercorakkan islam ini telah mengubah pemilihan motif daripada kehidupan yang
berunsurkan agama hindu sebelum ini kepada motif tumbuhan atau alam semula jadi yang tidak
bercanggah daripada ajaran Islam.
2.1 Kraf Melayu
Terdapat beberapa kraf melayu yang masih menjadi lagenda dan pengumpulan bagi mereka yang
masih menghargai estetika seni melayu. Antara yang masih digunakan sama ada berikutan
fungsinya atau dijadikan perhiasan adalah;
2.1.1 Tepak Sirih
Tepak sirih merupakan kraf melayu dalam seni pembuatan dan ukiran menggunakan tembaga
yang menjadi alat utama dalam pembukaan ucapan atau percakapan dan menerima tetamu. Ianya
digunakan sama ada secara rasmi atau hanya berbual kosong. Kebiasaannya, alat ini diperbuat
daripada logam atau tembaga mengikut kemampuan tuan rumah. Ada kalanya diperbuat daripada
kayu sahaja bagi pembuka kata untuk tetamu yang sering berkunjung atau sahabat andai.
Manakala, tepak sirih yang diperbuat daripada perak atau tembaga lebih kepada majlis yang
rasmi. Setiap tetamu yang hadir akan dihulurkan tepak sirih melambangkan keterbukaan dan
kesediaan tuan rumah duduk walaupun sekejap melayan tetamu yang bertandang. Dalam acara
sama ada rasmi atau tidak, tepak sirih yang berisi sirih dan pinang akan didahulukan. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi pantun empat kerat iaitu;
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga,
Makan sirih mengenyang tidak,
Kerana budi dengan bahasa.
4
Pembuka kata iaitu tepak sirih amat bersesuaian dengan amalan masyarakat melayu.
Tepak ini tidak membebankan tuan ramah dan tetamu pula tidak perlu menunggu lama untuk
hidangan ringan kerana sirih pinang di tepak sirih sentiasa ada. Selain itu, tepak sirih dilihat
penting khususnya dalam istiadat rasmi raja dan pembesar silam. Dalam hikayat Melayu juga
telah disebutkan semasa upacara menghadap rombongan dan upacara penganugerahan, tepak
sirih dan sepersalinan pakaian akan mendahului barangan yang lain.
Gambar 1: Tepak Sirih yang diperbuat daripada tembaga
(Sumber: http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/2010_11_01_archive.html diakses pada 6
Mac 2014 )
2.1.2 Labu Sayong
Seni tembikar merupakan hasil kraftangan yang diperbuat daripada tanah liat dan diuli,
diterapkan dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk
yang sungguh unik, berseni dan menarik. Antara kraf melayu yang dihasilkan menerusi seni
tembikar adalah labu sayong yang berwarna hitam yang banyak didapati di Sayong, daerah
Kuala Kangsar, Perak. Apabila disebut sahaja Sayong, maka keindahan seni labu hitam sayong
bermain diminda. Malahan labu hitam ini adalah diperbuat daripada buah labu tua yang
dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan sebagai bekas menyimpan air.
Labu hitam sayong ini berfungsi sebagai bekas menyimpan air minuman ketika majlis
kenduri. Hal ini kerana sebagai satu keistimewaan bagi labu sayong ini kerana air yang disimpan
di dalamnya sejuk dan dipercayai mampu mengubati penyakit seperti batuk dan demam panas.
5
Selain itu, labu sayong ni dijadikan bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Kini, labu
sayong ini dihasilkan dengan pelbagai warna dan corak untuk dijadikan sebagai perhiasan rumah
dan sebagainya.
Gambar 2: Labu Hitam Sayong
(Sumber: http://www.kraftangan.gov.my/resources/content/labu_pic2.png diakses pada 5 Mac
2014)
2.1.3 Seni Batik
Selain itu, bidang kraf melayu yang terkenal adalah batik. Pekembangan seni batik ini dipercayai
bermula pada abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin diperkenalkan oleh
pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung khususnya di negeri
Kelantan dan Terengganu yang merupakan pengeluar utama kepada batik di negara ini. Di
Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara
dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu
lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting (Kraftangan Malaysia,
2014). Batik juga mempunyai nilai yang tertentu dan membawa kepada maksud khusus.
Penggunaan batik dalam pemakaian kini dinaikkan martabatnya apabila ianya dijadikan pakaian
6
rasmi oleh kakitangan kerajaan pada setiap hari khamis dan menjadi pakaian rasmi bagi majlis
yang formal.
Gambar 3: Proses Mencanting kain untuk menghasilkan batik
(Sumber: http://news.bbcimg.co.uk/media/images/62834000/jpg/_62834373_batik.jpg diakses
pada 6 Mac 2014)
2.1.4 Replika Rumah Tradisional Melayu
Negeri Melaka yang merupakan negeri bersejarah lagi berbudaya turut menampilkan kraf
melayu seperti replika rumah tradisional menerusi seni ukiran kayu yang bermotif. Peredaran
zaman menyebabkan seni bina rumah secara tradisional semakin pupus. Oleh itu, menjadi
inisiatif tukang-tukang tradisional dan penggiat kraftangan tersendiri untuk menghasilkan replica
rumah tradisional Melayu bagi negeri Melaka. Reka bentuk rumah kayu tradisional adalah rumah
kayu berserambi dan berbumbung panjang. Selain itu, rumah tradisional Melayu Melaka ini
terkenal dengan tangga batu bersalut jubin berbentuk melengkung yang menyerlahkan pelbagai
bentuk seni reka ukiran unik terutama serambi depan. Biasanya rumah ini mempunyai 12 atau 16
tiang dengan tiga bahagian iaitu serambi, rumah ibu dan dapur.
7
Gambar 5: Replika Rumah Tradisional Melayu Melaka
(Sumber:
http://4.bp.blogspot.com/-UhA8mAHZ-Sk/TssqIqK886I/AAAAAAAABKg/A9nZSmQq8Fs/
s400/CIMG5214.JPG diakses pada 6 Mac 2014)
2.1.5 Tikar Anyaman Tradisional
Seni anyaman juga merupakan salah satu kraf melayu termasuklah tikar, tudung saji, bakul, topi
dan sebagainya. Seni anyaman ini terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat Melayu
terutama di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka. Antara bahan anyaman yang digunakan pada
zaman dahulu adalah daun mengkuang dan daun pandan. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum
melayu seperti anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Sehingga kini, anyaman
tikar misalnya masih lagi menjadi perhatian orang ramai terutamanya yang meminati hiasan
dalaman bersifat alam semula jadi. Mereka menggunakan tikar yang dianyam untuk disimpan di
ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Hal ini kerana anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan
terasa sejuk apabila memijaknya.
8
Gambar 6 : Tikar anyaman tradisional
(Sumber:
http://3.bp.blogspot.com/-NgpA8rH2I6U/UBdbnKKwmbI/AAAAAAAAAFo/LRngA_EAWuc/
s1600/tikar.jpg diakses pada 6 Mac 2014)
2.2 Proses Penggarapan Motif Kraf Melayu Berasaskan Subjek Alam
Proses penggarapan idea merupakan tunjang penting dalam penghasilan kraf. Motif merupakan
salah satu medium di dalam penggarapan idea. Terdapat beberapa motif yang berasaskan kepada
subjek alam. Antaranya ialah;
2.2.1 Motif Flora
Motif flora ini merupakan unsur tumbuhan yang sangat digemari dan sering digunakan oleh
pengiat atau penghasil kraf tidak kira menerusi kraf ukiran, batik ataupun songket. Sifat-sifat
tumbuhan seperti melilit, berbunga cantik yang jelas, bentuk daun yang menarik, buah yang
ganjil memberi ilham kepada penghasil kraf untuk mengubah keseniannya dalam bentuk yang
lebih simbolik. Antara yang sering digunakan adalah pucuk rebung bunga, manga, kenanga,
cempaka, melur dan sebagainya. Manakala bunga, pucuk, kudup, putik daun dan ranting
digunakan serta diolah dan dipelbagaikan dalam corak untuk menjadikan sesuatu kraf itu lebih
menarik.
Penggunaan motif flora ini banyak digunakan dalam seni ukiran. Motif tumbuh-
tumbuhan merupakan motif yang paling banyak digunakan dalam ukiran melayu antaranya jenis
kacang-kacang, labu, ketumbit, bunga lawing, daun salad, bunga kuda laut, bunga keduduk,
9
ringgut-ringgut, pokok kazan, jari hantu, pokok nyu-nyu dan lain-lain. Pemilihan motif flora
adalah atas pemerhatian dan pengamatan kepada alam sekeliling ciptaan Tuhan. Kemanfaatan
daripada tumbuh-tumbuhan dijadikan motif dalam seni ukiran (Ismail Saad, 2000).
Gambar 7: Pengukiran motif flora
(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.48685.1337218820!/image/
image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg diakses pada 6 Mac 2014).
Motif fauna pula adalah motif haiwan. Biasanya dalam seni ukir atau batik, motif fauna sering
diolah dan digabungkan dengan motif flora. Antara yang sering digunakan adalah ayam, itik,
serangga dan unggas. Walau bagaimanapun, motif fauna ini tidak digunakan dalam seni ukir
setelah kesenian islam diterapkan dalam kraf ukir melayu. Tetapi dalam kraf seni batik, motif
fauna ini amat digemari oleh penghasil batik tetapi digabungkan juga dengan motif flora.
2.2.2 Motif Arabes
Motif arabes pula adalah berdasarkan penerapan pengulangan corak bentuk geometrid an
kombinasi yang pelbagai misalnya penggunaan motif flora dan kadang-kadang bertemakan
fauna. Dalam kesenian islam, motif arabes ini sering ditemui dalam seni pengukiran pada
dinding-dinding masjid. Misalnya dalam penggarapan idea bagi motif arabes dapat dilihat pada
seni batik. Kebiasaanya, batik akan menggabungkan motif flora dan geometri bagi
memperlihatkan keunikan dan keindahan subjek alam.
10
Gambar 8: Batik bermotifkan arabes iaitu gabungan geometri dan flora
(Sumber: http://bjxjzy.com/wp-content/uploads/2013/10/batik-history-and-backgroundbatik-
background-royalty-free-stock-photo-pictures-images-and-zntknfil.jpg diakses pada 6 Mac 2014)
2.2.3 Geometri
Motif geometri merupakan corak yang diilhamkan daripada tumbuhan, makanan, atau bentuk
lain yang diringkaskan menjadi rupa bentuk geometri. Antara contoh corak geometri adalah
banji, dangai catur, potong wijik, swastika dan lain-lain lagi. Biasanya, kraf yang menggunakan
motif geometri ini adalah batik dan seni ukir.
Gambar 9: Ukiran diatas adalah corak geometri jenis kawung
(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1007&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm diakses pada 6 Mac 2014)
11
2.3 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu
Terdapat 9 ciri-ciri kesenian islam yang dikenal pasti iaitu;
1. Mengandungi unsur keindahan
2. Mengandungi unsur moral/ akhlak
3. Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan
4. Mempunyai hubungan Antara agama, etika, dan estetika
5. Mengelak dari unsur-unsur animisme
6. Mengelakkan diri daripada mengambarkan hakikat kebenaran agama
7. Mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan
haiwan
8. Bercirikan kesenian arab dan asia barat terutamanya semenanjung arab dan parsi
9. Kebudayaan islam telah mewujudkan suatu seni rupa yang mempunyai nilai dan sifat
yang tersendiri.
Dalam kesenian islam, keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti yang tercatat
dalam hadis Nabi yang membawa maksud ‘Allah itu Maha Indah, Dia sukakan Keindahan’
(Hadis Muslim). Ciri utama kesenian islam ialah keindahan atau estetika iaitu sesuatu yang
cantik, bagus benar, elok dan molek. Seni islam sering memaparkan bentuk lukisan yang agak
rumit dan dikenali sebagai arabesque yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometric,
tunbuh-tumbuhan yang digayakan dan kaligrafi. Bentuk lukisan bermotifkan manusia dan alam
naturalistik adalah amat kurang sekali. Menerusi pandangan bagi masyarakat melayu, keindahan
yang digambarkan adalah menerusi apa yang telah dialami melalui pengalaman dan pemerhatian
terhadap alam sekeliling seperti buah, ranting, akar, hutan, pokok, istana, bunga yang mana sama
seperti kesenian islam yang menitikberatkan motif tumbuhan. Penghasilan kraf melayu adalah
bertitik tolak daripada rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika.
Kedatangan islam ke Tanah Melayu telah membawa Al-Quran sebagai pegangan utama
dijadikan motif ukiran bercirikan islam iaitu kaligrafi. Unsur ini mengambil contoh huruf Arab,
ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Ada unsur kaligrafi yang dicantumkan dengan unsur-unsur
kosmos dan tumbuh-tumbuhan. Kebanyakkan rumah Melayu memaparkan ciri-ciri seni
keislaman dengan ukiran khat pada ambang pintu, tingkap, bingkai jam, dan alat keagamaan
12
misalnya rehal. Rehal ini dicipta sebagai fungsinya untuk memegang kitab Al-Quran. Sebelum
ini, kitab Al-Quran hanya dipegang oleh seseorang mukmin itu untuk membacanya tetapi dengan
rehal dapat memudahkan orang melayu meletakkan Al-Quran dan membacanya dengan khusyuk.
Namun, rehal ini bukan sahaja dicipta dengan kayu dan dicantumkan sahaja tetapi dengan
kreativiti dan kebijaksanaan tukang ukir, mereka telah mengukir rehal dengan menggarapkan
motif flora dan geometri. Justeru, rehal yang dicipta dan diukir itu tampak cantik.
Selain itu, dinding masjid dan surau juga diukir dengan ayat-ayat Al-Quran. Ukiran ini
bermotifkan arabes dan kebanyakkan ukiran di masjid dan surau dilubangkan. Hal ini kerana
tukang ukir mewujudkan satu ruang pengudaraan pada tempat beribadah kepada umat islam dan
memberikan keselesaan ketika menunaikan solat fardu 5 waktu dan solat sunat lainnya.
Tambahan pula, keadaan tersebut menggalakkan umat islam datang ke masjid atau surau untuk
mendengar ceramah tentang ajaran agama Islam. Oleh itu, dengan ukiran yang bermotifkan
arabes, flora, kaligrafi metampakkan keindahan pada rumah ibadat disamping memberi fungsi
yang baik kepada umat islam.
Gambar 10: Rehal yang diukir dengan kalimah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W
(Sumber: http://www.simplyislam.com/images/products/60030.jpg diakses pada 6 Mac 2014)
Seni anyaman juga merupakan kraf melayu yang masih popular sehingga kini. Anyaman
ini bukan sahaja melibatkan bakul, tudung saji tetapi juga menghasilkan tikar yang pelbagai
fungsi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama dalam
penghasilan tikar. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan
13
cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung,
bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung)
dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Penghasilan tikar anyaman pada ketika dahulu
berfungsi sebagai sejadah kepada umat islam untuk menunaikan solat selain digunakan untuk
lapik ketika tidur memandangkan tilam pada zaman tersebut belum wujud. Dengan anyaman
tikar dapat membantu dalam menerapkan budaya di dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal
ini juga membuktikan bahawa tikar anyaman dipandang tinggi sebagai tempat untuk menyembah
Tuhan Sekalian Alam.
Penggunaan bahan seperti daun pandan dan dianyam dengan corak yang menarik untuk
memperlihatkan estetika tikar ketika itu. Daun pandan dipilih kerana strukturnya lebih halus jika
dibandingkan dengan mengkuang untuk mendapatkan keselesaan penggunanya. Selain itu, motif
yang digunakan oleh penganyam tikar juga adalah flora kerana dalam kesenian Islam adalah
mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan.
Justeru, dapat dibuktikan bahawa ciri-ciri kesenian islam dan pengaruh budaya dapat diterapkan
dalam hasil kesenian Melayu dari aspek estetika, fungsi dan makna.
Gambar 11: Tikar Pandan dijadikan sejadah untuk menunaikan solat
(Sumber: http://www.memori-kedah.com/imgnormal/3_1_5_tikar_dan_bakul.jpg diakses pada 6
Mac 2014)
3.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU
14
Perdagangan yang bermula sejak awal masihi di Antara India dan China menjadikan alam
melayu terbuka kepada perhubungan luar. Selain system perdagangan, resam mendiami dan
mengahwini rakyat tempatan menyebabkan pengaruh kebudayaan Hindu tersebar luas di alam
melayu. Negeri Kedah dikatakan pernah menjadi Kerajaan Budha-Langkasuka yang mempunyai
hubungan perdagangan dan budaya antara India dan Kemboja. Pengaruh ini meluas mulai abad
pertama hingga abad ke- 14 dan 15 sebagaimana tercermin bukan sahaja adat istiadat, upacara,
Bahasa, kesusasteraan termasuklah bidang kesenian.
Kedatangan Islam telah memperkenalkan peraturan dan adat kebiasaan. Kebudayaan
islam merupakan kebudayaan rakyat, tidak wujud kelas atau tingkat hidup. Islamisasi yang
dibawa dan diserapkan dalam kebudayaan melayu telah membawa kepada kebudayaan
tradisional. Justeru, gabungan tempatan dan islamisasi telah mewujudkan kesepaduan dalam
banyak perkara termasuklah kesenian melayu sendiri.
3.1 Proses Garapan Idea
Motif merupakan salah satu medium penting dalam proses penggarapan idea. Motif adalah unsur
utama dalam ragamhias sesuatu kraf. Apabila beberapa bentuk motif disusun dalam ruang
tertentu, maka terciptalah corak pada suatu permukaan kraf. Jika dilihat seni kraf Melayu, motif
yang banyak digunakan adalah motif flora. Hal ini sejajar dengan ciri kesenian islam yang
mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama dalam penghasilan kraf. Motif dari unsur
tumbuhan bunga dianggap sebagai ragamhias utama dalam beberapa kraf termasuklah kraf
melayu seperti songket dan anyaman. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering dijadikan corak
pinggir dan menjadi corak kepada kain apabila disusun di bahagian kepala. Begitu juga dengan
motif bunga apabila disusun memanjang dari atas ke bawah menjadi corak berdiri atau disusun
dari kiri ke kanan atau sebaliknya menjadi corak melintang. Unsur alam atau organik tidak
langsung menggambarkan lembaga manusia sebaliknya ditumpukan kepada unsur alam luas
yang mempunyai estetika yang tinggi.
Masyarakat melayu lama mempunyai kepercayaan bahawa beberapa bentuk tumbuhan
dan haiwan mempunyai kuasa magis yang tersendiri. Mungkin sebagai simbol amanat. Dengan
kepercayaan animism ini timbulnya pantang larang yang sememangnya masih dipegang oleh
masyarakat melayu kini. Walau bagaimanapun, kesenian islam yang diterapkan dalam
15
masyarakat melayu menggunakan motif flora sebagai simbol kekuasaan Tuhan sekalian alam
yang mencipta alam dengan keindahan. Sebagai contoh, penggunaan motif sulur daun yang
kelihatan jatuh melempai dan melilit pada batangnya mencerminkan ketaatan dan kepatuhan
kepada perintah yang satu.
Gambar 12: Batik Sulur Daun
(Sumber:
http://4.bp.blogspot.com/-7Ld6K5Xiw4k/Ue4AZdZaKXI/AAAAAAAAAIg/SKr9rKFdWW4/
s1600/D.100.002.jpg diakses pada 7 Mac 2014)
Selain motif flora, motif arabes juga diserapkan dalam kesenian melayu. Motif ini
dikenali di alam melayu setelah kedatangan pengaruh islam iaitu sekitar abad ke-14 Masihi dan
selepasnya yang dibawa oleh saudagar-saudagar arab. Motif-motif umum yang dikenali ialah
penggunaan tulisan-tulisan Arab dijadikan hiasan pada kraftangan melayu.
Apabila islam diterima oleh bangsa melayu, seni kaligrafi terus mendapat tempat
khususnya dalam seni ukir. Tulisan-tulisan khat diukir pada dinding rumah mahupun masjid atau
surau sebagai tanda kebesaran Allah dan berkonsepkan islam. Selain itu, seni ukiran kaligrafi
juga dijadikan perhiasan rumah dengan ayat-ayat Al-Quran.
16
Gambar 13: Seni Kaligrafi di dalam Masjid
(Sumber:
http://1.bp.blogspot.com/-PjGegME09-Y/T0NczbpdoUI/AAAAAAAAAFM/1BZjb5LfnYY/
s1600/kaligrafi-Mesjid.jpg diakses pada 7 Mac 2014)
Selain itu, motif geometri juga terus berkembang sejajar dengan penerimaan bangsa
melayu terhadap agama Islam. Apabila motif fauna diharamkan dalam kesenian, maka
masyarakat Melayu mula menerapkan corak geometri dalam penghasilan kraf misalnya seni
ukiran. Kebiasaanya, motif geometri ini akan digabungkan dengan motif kaligrafi tetapi ada juga
geometri digabungkan dengan motif flora (Ismail Saad, 2001). Apabila penggunaan motif
geometri ini berkembang dan banyak menggunakan unsur geometri islam justeru motif ini
banyak didapati di masjid, surau, makam, istana dan rumah. Ada motif geometri yang telah
ditukarkan namanya kepada nama tempatan. Misalnya sebelum kedatangan Islam yang ketika itu
tanah Melayu menerima pengaruh Hindu, motif ‘Pilih Berganda’ dan ‘Swastika’ telah ditukar
namanya motif Potong Wajik dan Siku Keluang (Kraftangan Malaysia, 2009:68).
Bagi motif kosmos pula, dipersembahkan dengan gambaran matahari, bulan, awan yang
bergerak, ombak dan sebagainya. Motif matahari dan bintang sering dipasang pada muka tebar
layar. Bagi kraf melayu, penggunaan awan larat sering digunakan terutamanya dalam seni ukiran
kayu. Dari segi etimologi, istilah awan larat merupakan pengambilan langsung dari asal
perkataan awan iaitu awan yang wujud sebagai unsur alam persekitaran. Orang-orang melayu
sejak dari awal kehidupan mereka lebih mengenali dan mendiami persekitaran rimba atau ruang
17
yang terbuka di sepanjang sungai dan persisiran pantai. Oleh itu, secara tidak langsung unsur
alam dijadikan sumber rujukan dalam penghasilan kraf pada ketika itu.
Dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, Datuk Bendahara Raja Tun Perak
membuat reka bentuk istana secara bentan kerana ‘adat bendahara itu pegangannya Bentan’. Di
samping reka bentuknya yang mengagumkan, ragam hiasannya juga dipenuhi awan larat yang
menarik (Tun Seri Lanang, 1612). Penciptaan ragam hias awan larat ini tidak terbatas kepada
seni ukir sahaja tetapi ianya juga terdapat dalam bentuk tekstil seperti batik, songket dan tekat.
Perkembangan Islam yang kian meluas menyebabkan pandangan pengukir atau pencipta kraf
menghadkan pegangan asas mereka kepada ‘Pencipta’ azali. Oleh itu, awan larat dari motif
lembaga tidak lagi pernah wujud dalam kesenian melayu.
Gambar 14: Motif Kosmos- awan larat diukir pada dinding rumah
(Sumber:
http://3.bp.blogspot.com/_SylVM5ybp0Y/TBzvgQG7eqI/AAAAAAAAAcQ/75qzoBLMQAw/
s1600/panel1.jpg diakses pada 7 Mac 2014)
3.2 Proses Mentafsir Idea
Setiap kraf melayu tidak kiranya seni ukiran, tekstil, anyaman dan sebagainya meletakkan motif
sebagai idea atau ragam hias keseluruhan kraf yang dicipta. Setiap motif mengandungi maksud
yang tersendiri. Sebelum kedatangan islam, motif-motif yang dijadikan ragam hias pada kraf
lebih mengutamakan motif fauna yang mana ajaran Budhha-Hindu meletakkan haiwan sebagai
18
sesuatu yang suci. Pada zaman itu, seni ukiran kayu misalnya diamalkan dalam bentuk wayang
yang banyak menceritakan epik agama Hindu – Buddha. Sebagaimana yang dinyatakan oleh
Othman Yatim (2000), motif-motif seni ukir di zaman Hindu-Buddha lebih cenderung kepada
‘object figure’. Ianya berbeza setelah kedatangan Islam ke Nusantara yang membawa kepada
pemelukan agama Islam oleh masyarakat Melayu. Justeru fahaman islam ini secara tidak
langsung mengubah motif kesenian Melayu. Menurut Othman Yatim (2000), fahaman
fundamental Islam telah mendorong penerapan seni ukiran kayu Melayu dalam bangunan,
dengan melahirkan motif baru yang berasaskan unsur-unsur seperti bentuk geometri, bunga –
bungaan, pucuk tumbuhan dan dedaunan.
Motif kaligrafi yang banyak digunakan dalam seni ukiran membawa kepada pendekatan
diri kepada yang Esa. Seni ukiran bermotifkan kaligrafi iaitu ayat-ayat Al-Quran diukir pada
dinding dan perhiasan yang digantung dijadikan juga sebagai cara untuk menghalau makhluk
halus seperti gangguan iblis, syaitan, jin dan lain-lain.
Motif awan larat pula dalam ukiran kayu Melayu ke bangunan dengan memetik imej
awan berarak yang bergumpal dan terapung tiupan angina memberi tafsiran awan menurunkan
hujan dan memberi manfaat kepada manusia dan makhluk lain di bumi. Lakaran awan larat
mempunyai konsepnya yang tersendiri. Kadang kala ianya merupakan panduan hidup yang
menggalakkan pencarian ilmu dan mengamalkan ilmu itu untuk memberi manfaat kepada
manusia lain dan sekaligus ketaatannya kepada Allah swt. yang memberi ruang kehidupan ini.
Penggunaan songket pula pada masyarakat melayu dahulu hanya melibatkan golongan
Raja dan bangsawan. Penggunaan songket dan warna emas dan kuning melambangkan kebesaran
keluarga diraja dan perbezaan darjat antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Justeru, motif
flora digunakan dalam penghasilan songket bagi menaikkan seri dan kecantikkan si pemakai
terutamanya permaisuri dan puteri raja. Selain itu, motif arabes yang digunakan dalam seni
pengukiran pada dinding masjid atau surau bertujuan untuk memberikan pengudaraan yang baik
dan memberi keselesaan kepada masyarakat Islam dalam menunaikan solat 5 waktu.
3.3 Pengaruh Dalam Memberi Makna
Dalam kesenian islam dan melayu, kesepaduannya jelas bukan hanya pada idea atau tafsiran
motif yang jelas pada luarannya. Tetapi, ianya juga membawa makna yang tersirat menerusi
19
penghasilan setiap kraf yang dilakukan. Islam sentiasa menekankan sifat sabar walau dugaan
yang berlaku. Sifat sabar ini juga perlu dicontohi oleh masyarakat Melayu menerusi sifat Nabi
Muhammad S.A.W. Penghasilan kraf sememangnya rumit dan memerlukan banyak kesabaran.
Misalnya, mengukir motif kaligrafi yang kompleks dan sukar terutamanya pada dinding masjid
yang besar. Ketelitian dapat dilihat pada sang pengukir menerusi ukiran yang padat dan
memerlukan kesabaran untuk merobek, mencungkil dan menebuk bahagian-bahagian tertentu
agar huruf dan ejaan yang dilakarkan berhasil.
Selain itu, dalam seni anyaman misalnya anyaman tikar memerlukan sifat tekun dan
penelitian yang baik terutama dalam menghasilkan motif pada anyaman. Kelembutan jari jemari
membawa maksud tersirat dalam setiap pengaruh motif yang digunakan menghasilkan tikar,
bakul atau topi yang menarik, kemas dan cantik dipandang mata. Tambahan pula, kebijaksanaan
si penganyam dalam pemilihan warna semasa proses menganyam kelarai. Warna-warna kontra
hendaklah sesuai dengan tema atau motif yang dipilih untuk menampakkan keunikan pada
hasilan kraf nanti.
Seterusnya, penggunaan motif arabes sebagai contoh dalam penghasilan kraf iaitu
gabungan geometri dan flora menunjukkan kreativiti sebagai pengaruh kepada makna. Dalam
pemilihan motif arabes, penyusunannya memerlukan kreativiti dan kemahiran agar motif ini
tidak akan bertindih dan sesuai digunakan. Dengan perancangan yang teliti membolehkan motif
arabes yang dirancang dapat dihasilkan dan kraf juga dihasilkan adalah sempurna.
4.0 FALSAFAH , MAKNA, KONSEP SAINS DAN MATEMATIK, NILAI DALAM
JENIS-JENIS KRAF
Kefahaman mengenai falsafah dan motif seni ukiran kayu Melayu penting untuk dijadikan
panduan penganalisaan hasil seni ukiran kayu Melayu. Pola dan motif dalam seni ukiran
mempunyai hubungan dan kaitan langsung yang begitu rapat dan sebati. Motif dalam seni ukiran
kayu adalah dimaksudkan sesuatu perhiasan yang diukir dalam 2 atau 3 dimensi, kemudian
disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias tertentu. Corak hias sering mengandungi
makna dan falsafah tertentu. Oleh itu, para pengukir bertanggungjawab bukan sekadar hanya
mengukir untuk menghasilkan yang indah dan cantik sahaja tetapi mereka juga harus
20
bertanggungjawab, berkemampuan serta berwibawa melahirkan karya seni bermotif yang
mengandungi erti dan falsafah yang boleh diterima oleh pendukung kebudayaan itu.
Falsafah seni ukir sebenarnya adalah ekspresi kecintaan pada keindahan. Keindahan pula
lahir dari kejujuran seni yang memerlukan kesabaran dan ketekunan (Zulkifli Hanafi, 1996)
dalam (Ismail Saad et al, 2001). Menurut Wan Su Othman (1984), falsafah ukiran kayu Melayu
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Falsafah Ketuhanan dan Falsafah Kemasyarakatan. Falsafah
ini bermula dengan cara memulakan awan larat iaitu istilah yang sering muncul dalam
penghasilan ukiran kayu Melayu. Sebagai contoh, antara awan larat yang dikategorikan dalam
falsafah ketuhanan adalah awan larat dimulai dengan kepala kala, awan larat beribu, awan larat
dengan punca rahsia, awan larat dengan punca pasu, awan larat dengan punca tanah dan awan
larat dengan punca air. Manakala, falsafah kemanusiaan pula, bahagian tumbuhan yang tajam
tidak menikam bahagian lain tumbuhan, batang muda perlu tumbuh dibawah atau dibelakang
batang tua, Sibardayang, ruang dan lilit tidak memaut kawan.
Menurut kata-kata pengukir Wan Musa Bin Wan Yusuff, Jertih, Terengganu dipetik dari
Abdullah B Mohamed (1990) dalam (Keumala et al, 2012) menyatakan falsafah seni ukir
Melayu iaitu ‘Falsafah Ibu Dalam Awan Larat Melayu’;
“Tumbuh hendaklah berpunca,
punca itu rahsia,
tajam tidak menerjah lawan,
lilit tidak memeluk lawan,
tetapi berlegar mesra.”
Menerusi falsafah seni ukir ini, elemen-elemen yang terdapat dalam ukiran Melayu adalah benih
(punca atau ibu), batang, ranting, sulur, pucuk, daun, bunga dan buah. Wan Su Othman (1984)
dalam (Keumala et al, 2012) menegaskan bahawa ukiran kayu awan larat mempunyai pelbagai
jenis dan corak atau pola bergantung kepada falsafah dan maknanya.
21
Rajah 1: Awan Larat Kepala Kala
Pada rajah 1, penunjuk merah itu adalah kepala kala iaitu kala yang bermaksud masa atau waktu.
Awan larat dimulai dengan kepala kala, ianya menjadi simbol kejadian alam, ada permulaan
tarikh kelahiran dan ada akhir seperti kematian, berlainan dengan ALLAH swt kekal selamanya.
Rajah 2: Awan Larat Beribu
Rajah 2 menunjukkan awan larat beribu yang mana penunjuk bertanda merah itu adalah ibu.
Awan larat ini dimulakan dengan ibu awan larat. Ibu selalunya mengambil elemen bunga adalah
diberi makna adanya kejadian yang tidak dapat dikesan tarikh kewujudannya seperti langit,
bumi, bulan, matahari, akhirat, neraka, sungai, luh mahfuz dan alam barzah. Kesemua alam ini
tetap bersifat baru kerana ia dijadikan bukan terjadi sendiri.Yang menjadikan alam adalah Allah
SWT.
22
Setelah kemasukan Islam, pengukir melayu menggunakan motif flora yang didapati
daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah atau tempat mengukir walaupun tidak
mengetahui spesies. Ilham ini diikuti dengan daya kreatif menghasilkan seni ukiran yang
menarik. Muhammad Afandi Yahya (1995) menyatakan, elemen bunga kerap digunakan untuk
melakarkan falsafah kehidupan dalam ukiran kayu Melayu ini kerana bunga adalah elemen yang
mudah diukir. Pemilihan bunga atau buah yang sering menarik perhatian para pengukir adalah
jenis tumbuh-tumbuhan atau tumbuhan yang menjadi sumber perubatan tradisi yang tumbuh di
persekitaran dan hutan contohnya, tampuk manggis, bunga cengkih, bunga lawang, bunga teratai,
bunga keladi biak, bunga misai kucing, bunga melati dan sebagainya.
Dari segi makna, seni ukir tradisional dapat dilihat pada rumah-rumah masyarakat
Melayu seluruh nusantara. Seni ukir ini menjadikan kalimah-kalimah seperti Allah, Muhammad,
Bismillah sebagai bahan ukiran kayu dan akan diletakkan di rumah, masjid dan mana-mana
institusi yang mempunyai hubungannya dengan keagamaan iaitu agama Islam. Konsep ukiran
teratai umpamanya banyak ditemui dalam ukiran-ukiran pada mimbar masjid. Ukiran ini
membawa makna bahawa penghayatan Islam menerusi orang Melayu telah dibudayakan dalam
seni ukir. Kelopak teratai terkembang yang melambangkan Rukun Islam atau Rukun Iman yang
tercantum harmoni dalam satu ikatan tauhid. Di semenanjung Malaysia, ukiran-ukiran
menggunakan motif kaligrafi banyak terdapat pada rumah-rumah Melayu lama di Kelantan dan
Terengganu.
Gambar 15: Motif bunga teratai pada mimbar
23
(Sumber: http://adiatsauri.blogspot.com/2009_11_01_archive.html diakses pada 7 Mac 2014)
Dalam seni ukir ini, orang melayu memberi makna dalam ukiran dengan merealisasikan
citra keislamannya dengan ukiran-ukiran menggunakan motif-motif flora, kaligrafi, kosmos,
arabes dan geometri pada batu nisa, seni bina wakaf, seni ukir perahu, keris dan sebagainya.
Seni kaligrafi dalam pengukiran juga sering diolah bersama-sama dengan motif flora dan
geometri. Kebiasaanya ia yang digunakan dalam bentuk teks nasihat, pengajaran, peringatan,
undang-undang, doa dan sebagainya. Biasanya kaligrafi ini mempunyai makna dan kadang-kala
menyampaikan mesej kepada orang ramai. Namun, mesej tersebut bergantung kepada fungsi dan
lokasi seni ukiran tersebut.
Gambar 16: Ukiran motif kaligrafi yang memberi makna dan nilai
(Sumber: http://kunmusafirmaya.blogspot.com/2011_04_01_archive.html diakses pada 7 Mac
2014)
Sedikit penerangan mengenai gambar 16 iaitu seni ukir bagi motif kaligrafi yang sering
digunakan dalam mana-mana perhiasan. Jika dilihat pada gambar diatas, dari pandangan
kasarnya adalah umat islam yang sedang duduk tahiyat akhir dalam solat. Apabila melihat motif
kaligrafi, kalimah yang diukir itu adalah kalimah 2 syahadah. Justeru, ianya memberi makna dan
nilai menerusi ukiran yang ditunjukkan. Motif kaligrafi yang digunakan memberi makna bahawa
24
umat islam akan mengucap kalimah 2 syahadah ketika solat dan memberi nilai bahawa umat
islam wajib menunaikan solat 5 waktu dan memenuhi perintah daripada Ilahi.
Konsep Matematik yang diperolehi dalam seni ukiran adalah penggunaan motif geometri.
Ukiran yang berunsurkan geometri ini dapat dikesan dalam seni ukiran Melayu yang mengambil
pola-pola seperti bentuk bersegi atau dikenali sebagai pola tumpal. Kaki dan bentuk segi tiganya
disusun berderet-deret dan kadangkala segi tiga itu dicantumkan dengan sulur-sulur tumbuhan.
Kebanyakan ukiran-ukiran geometri ini didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih
dan lain-lain.
Rajah 3 : Motif Geometri pada pemidang
Selain jenis seni ukiran, seni anyaman merupakan proses menjalin atau menjaring-
jaringkan helaian atau jaluran bahan menjadi satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan
mengikut disiplin tertentu. Konsep Sains dan Matematik yang terdapat di dalam kesenian
anyaman diperolehi melalui motif geometrid an arabes. Motif ini sangat menekankan kepada
ketepatan dalam ukuran. Misalnya, semasa proses pemilihan daun pandan atau mengkuang
hendaklah daun yang berusia sekurang-kurangnya 2 tahun. Daun-daun yang diambil dari pohon
akan disusun berlapis-lapis antara 3 hingga 5 helai kemudian dipotong hujungnya. Dalam
menghasilkan motif arabes, ketepatan ukuran daun diperoleh dengan menggunakan alat jangka
untuk meraut daun agar memperoleh saiz yang sama beserta ukuran yang tepat akan digunakan.
25
Gambar 17: Anyaman tikar bermotifkan arabes
(Sumber: http://i601.photobucket.com/albums/tt92/zifecrafts/kusenedit.jpg diakses 8 Mac 2014)
26
5.0 KESIMPULAN
Dalam seni Melayu peringkat awalnya lebih berinspirasikan menerusi pengalaman emosi dan
kenyataan tampak. Sesuatu karya seni itu bertambah lengkap apabila kesemua unsur yang
membentuknya bergabung sama ada unsur tampak atau dalaman. Sebagai unsur dasar kedua-
duanya merupakan teras penyusunan yang dapat mewujudkan kesatuan. Fikiran dan perasaan
merupakan factor utama dalam prinsip ini. Kraf dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan
untuk kegunaan. Ia juga dicipta berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni.
Kraf Melayu telah wujud seiring dengan kehidupan tradisi itu sendiri. Ia berkembang dan
merupakan kesinambungan dari kepercayaan awal dan terus diamalkan zaman –zaman
berikutnya. Kepercayaan yang berlebihan terhadap unsur-unsur pra sejarah menjadikan segala
bentuk seni kraf dan ragamhias dipenuhi dengan gambaran imej yang telah lama bertapak, dipuja
dan diakui sebagai milik bersama. Keterbukaan tanah Melayu menerusi perdagangan
menyebabkan pelbagai fahaman , budaya, agama dan nilai memasuki ruang-ruangnya melalui
perkahwinan dan sebagainya. Hindu-Buddha merupakan antara ajaran dan agama awal yang
memasuki Tanah Melayu dan memberi kesan kepada keseniannya. Penggunaan motif yang
melibatkan ‘object figure’ dan semangat pemujaan dan ketuhanan disalurkan dalam kraf Melayu.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kedatangan Islam yang turut menerapkan ciri-
ciri seni dalam falsafah kesenian Melayu telah mewujudkan keunikan dan kesepaduan dalam
kesenian kraf Melayu. Unsur dan ragamhias pada kraf juga lebih mengutamakan keindahan flora
dan agama Islam itu.
Kraf tradisional banyak mengajar setiap pencipta atau pengukirnya dalam menghasilkan
karya yang berteraskan kepada pegangan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam hal ini, mereka akan
sering mempelajari dalam menghargai keindahan flora dan kesenian Islam dan diekspresikan
menerusi kraf. Di samping itu, kesabaran dan ketelitian amat diperlukan dalam menghasilkan
kraf yang bermutu tinggi seperti yang ditekankan dalam ajaran Islam yang mendorong umatnya
untuk sentiasa berusaha dan sabar serta tawakal kepada Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai
masyarakat Melayu, kita hendaklah sentiasa bersyukur diatas kenikmatan dan keindahan alam
yang Tuhan berikan dan menghargai kesenian kraf yang ada di negara kita ini. Kemajuan kraf
Melayu hendaklah dipelajari dari generasi lama dan dipraktikkan serta diteruskan oleh kita untuk
generasi kini agar keunikan dan estetika kraf Melayu tidak ditelan zaman.
27
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Edward Lucie-Smith .1981. ‘The Story Of Craft’. Cornell University Press.
Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah. 2001. Spesies-Spesies Kayu Dalam Seni Ukiran
Melayu. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Afandi Yahya .1995. Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nila Inangda Manyam Keumala Daud, Ezrin Arbi & Mohammad Faisal. Pengaplikasian Ukiran
Kayu Melayu Dalam Seni Bina Di Malaysia. Journal of Design and Built Environment,
Vol.11, Dec 2012. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Othman Yatim .2000. ‘Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman, Penerima
Anugerah Seni Negara 1997’. Kuala Lumpur: Kementrian Kebudayaan, Kesenian Dan
Pelancongan.
Peter Dormer (1997) .‘The Culture Of Craft’, Manchester University Press.
Slivka, R. 1968. The Persistent Object, Horizon Press New York.
Siti Zainon Ismail. 1986. Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Syed Ahmad Jamal diedit oleh Mohd. Fadzil. 1979. Rupa Dan Jiwa. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
28
RUJUKAN INTERNET
www.kraftangan.gov.my
http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/2010_11_01_archive.html
http://www.kraftangan.gov.my/resources/content/labu_pic2.png
http://news.bbcimg.co.uk/media/images/62834000/jpg/_62834373_batik.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-UhA8mAHZ-Sk/TssqIqK886I/AAAAAAAABKg/A9nZSmQq8Fs/
s400/CIMG5214.JPG
http://3.bp.blogspot.com/-NgpA8rH2I6U/UBdbnKKwmbI/AAAAAAAAAFo/LRngA_EAWuc/
s1600/tikar.jpg
29