seni visual - stpm

3
Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang anggota. polis dan ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta yang cedera. Di tepi jalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar. Ayat yang tertulis di atas papan iklan tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT”. Gambarkan suasana tersebut. Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang melukis corak di atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua orang pekerja sedang meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah kotak. Lukiskan suasana dalam kilang tersebut. Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik jualan. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang diminati mereka. Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik berwarna warni yang dipamerkan. Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat. Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat. Gambarkan suasana tersebut. Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut tersebut, terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam laut juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat kagum dengan pemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan suasana berkenaan. Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi rumah rumah tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan suasana yang cemas itu. Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di atas meja-meja di sekitar mereka terdapat pelbagai reka cipta yang lain dipamerkan. Gambarkan suasana tersebut dari pandangan yang dekat. Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta sedang beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran cahaya pelbagai warna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan kepada, sinaran cahaya di atas pentas. Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya ke sebuah padang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan rumput. Di sekitar padang tersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi. Gambarkan pemandangan tersebut. Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di sebelahnya terdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang pelajar sedang membaca buku. Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang penuh dengan buku buku. Lukiskan sudut pemandangan dalam perpustakaan tersebut.

Upload: razman-yusof

Post on 19-Jul-2015

4.075 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL - STPM

Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang anggota. polisdan ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta yang cedera. Di tepijalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar. Ayat yang tertulis di atas papaniklan tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT”.Gambarkan suasana tersebut.

Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang melukis corakdi atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua orang pekerja sedangmeletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah kotak.Lukiskan suasana dalam kilang tersebut.

Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik jualan.Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang diminati mereka.Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik berwarna warni yangdipamerkan.Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yanganeh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat.Gambarkan suasana tersebut.

Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut tersebut,terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam laut jugaterdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat kagum denganpemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan suasana berkenaan.

Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan beberapabuah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi rumah rumah tersebut,pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan suasana yang cemas itu.

Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan beberapaorang pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di atas meja-meja disekitar mereka terdapat pelbagai reka cipta yang lain dipamerkan. Gambarkan suasanatersebut dari pandangan yang dekat.

Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta sedangberaksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran cahaya pelbagaiwarna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan kepada, sinaran cahaya diatas pentas.

Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya ke sebuahpadang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan rumput. Di sekitar padangtersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi. Gambarkan pemandangan tersebut.

Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di sebelahnyaterdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang pelajar sedang membacabuku. Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang penuh dengan buku buku. Lukiskansudut pemandangan dalam perpustakaan tersebut.

Page 2: SENI VISUAL - STPM

Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengantumbuhan yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang telahpecah. Lukis gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi penekanan kepada,tumbuhan hijau dan bekas bekas tembikar yang telah pecah.

Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah keris. Diatas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa keris yang telah siapdibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut.

Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan penumpangpenumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik pelepasan. Ada antaramereka yang bersalam salaman dan melambai lambaikan tangan dengan ahli keluarga ataurakan-rakan mereka. Gambarkan suasana ini dengan memberi perhatian terhadap perspektifyang betul.

Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yangmenyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas sejeniskenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan dan habukberwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas hampir ditutupi denganasap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana yang sungguh aneh ini.

Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk mengipas sambilmerenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat di bawah sepohon pokokbesar. Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan hampir gelap. Api menjulang dan asapbakaran naik ke udara. Terdapat beberapa orang pelanggan berkumpul di keliling gerai,menunggu bungkusan sate yang telah dipesan. Kereta mereka terletak di tepi jalan.Gambarkan keadaan ini.

Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional Melayu padawaktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga dan ada yang berdiri disisi tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar berselerak di keliling kaki tangga. Di ruanghadapan, dua orang kanak kanak sedang asyik mengejar seekor ayam jantan. Gambarkansuasana berlengah lengah dan riang gembira ini.

Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang memetikbunga dari sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh tumbuhantumbuhan bunga lain yang berwarna warni. Di latar juga kelihatan warna kehijau hijauan daritumbuhan tumbuhan lain. Ekspresi wajah orang tua ini nampak tenang dan tenteramwalaupun mukanya telah berkedut. Gambarkan suasana ini dari jarak dekat.

Di tepi sebatang jalan yang sibuk di kota raya, beberapa orang pekerja sedang memasangkansebuah papan iklan. Kelihatan dua orang pekerja sedang menaikkan papan iklan ke atas tiangdengan bantuan dua orang pekerja lagi yang berada di atas tangga. Di latar belakang,kelihatan bangunan tinggi dan rendah tersusun rapat antara satu sama lain dengan tompoktompok hijau tumbuhan di sana sini. Gambarkan suasana ini.

Page 3: SENI VISUAL - STPM

Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang bertenggek diatas dahan pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga beberapa ekor ikan berenang dicelah-celah rumput yang tumbuh di dalam air yang jernih itu. Sinaran mataharimengakibatkan permukaan air sungai berkilau kilauan. Gambarkan suasana yang nyaman danmenyenangkan itu dari jarak dekat.

Anda bersama seorang rakan telah menyelam ke dasar laut untuk membuat kajian kehidupanlaut. Ketika anda sedang asyik meneliti sejenis tumbuhan ganjil yang beraneka warna danjalinan, tiba tiba seekor ikan duyung muncul dari belakang tumbuhan itu. Anda amatterperanjat kerana ikan duyung itu mempunyai wajah yang sangat menakutkan dan badanyang ditumbuhi dengan duri duri yang tajam. Gambarkan keadaan ini.

Gambarkan suasana di sebuah kebun rambutan dengan pohon pohon yang kelihatankekuning-kuningan atau kemerah-merahan kerana hasil buah rambutan yang sangat lebat. Disatu sudut kebun, kelihatan beberapa orang pekerja sedang memuatkan bakul-bakul buluhyang berisi buah rambutan ke atas lori yang sedang menunggu. Terdapat juga pekerja pekerjayang sedang memikul bakul buah ke arah lori tersebut. Catkan gubahan dengan memberiperhatian kepada pecahan ruang yang menarik.

Suasana pasar pagi di desa. Kelihatan penduduk kampung sedang sibuk berulang alik danberbolak-balik di lorong yang sempit antara gerai gerai beraneka bentuk dan susunan denganbarangan jualan yang berpelbagai jenisnya. Gambarkan keadaan riuh rendah dan hiruk pikukantara penjual dengan pembeli itu.

Suasana di bilik darjah. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bergurau senda sebelumguru masuk kelas dan memulakan pelajaran. Terdapat buku buku latihan dan teks serta alattulis berselerak di atas meja dan beg sekolah di atas beberapa kerusi yang kosong. Papanhitam di latar juga penuh dengan tulisan nota yang belurn dipadamkan. Gambarkan keadaanini.

Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi kering kontang.Di beberapa tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca yang panas dan kering itu. Dibawah sepohon pokok besar, seorang petani tua sedang merenung dan bertafakur tentangkeadaan sawah yang mengecewakan dengan ekspresi wajah yang benar benar sedih dan sayu.Gambarkan situasi yang memilukan hati ini dengan memberi perhatian kepada bahagianruang depan, ruang tengah, dan ruang belakang yang berkesan.