sesi 4: pendaftaran jurnal ilmiah - mycc.mymycc.my/document/files/bengkel kelestarian...
TRANSCRIPT
1
Oleh:Maizan Ismail
Timbalan Ketua PengarahPerpustakaan Negara Malaysia
SESI 4:
PENDAFTARAN JURNAL ILMIAH
2
• Jurnal Ilmiah merupakan jurnal yang mengandungisejumlah artikel yang diterbitkan secara teratur padakekerapan (mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya)dengan tujuan untuk menyebarkan pengetahuan,penelitian atau penemuan baru.
• Penerbitan Jurnal Ilmiah ini selalunya dikumpulkan dalambentuk artikel dan umumnya tersusun atas nama judul,mempunyai abstrak, pendahuluan, bahan dan kaedahkajian, hasil, perbahasan, kesimpulan, dan sumberrujukan/bibliografi.
• Jurnal Ilmiah yang berwibawa perlu mempunyaiISSN/eISSN sebagai kod unik bagi pengenalan dan kawalanbagi sesebuah penerbitan bersiri.
• Sumber: http://jurnalppi.vacau.com
JURNAL ILMIAH
3
Apakah penerbitan bersiri?
Penerbitan yang diterbitkan di dalam apa jua penulisan bahan yang dikeluarkan secara berturut-turut dan mempunyai judul yang sama
Lazimnya setiap keluaran mempunyai nombor keluaran dan/atau tarikh
Dijangka akan terus diterbitkan dengan judul yang sama sehingga bila-bila
4
ISSN/eISSN
5
PERKHIDMATAN KEPADA
PENERBIT
International Standard Serial Number (ISSN)
eInternational Standard Serial Number (eISSN)
ISSN/eISSN
6
Apakah ISSN?
ISSN (International Standard Serial Number) atau Nombor Bersiri Piawaian Antarabangsa ialah
nombor unik untuk bibliografi dan pengenalan bagi sesebuah penerbitan bersiri
Memudahkan pengesanan bahan
Membantu dalam membuat penyelidikan
Digunakan apabila maklumat tentang penerbitan bersiri ingin diterbitkan bagi tujuan pemasaran produk
7
Struktur ISSN
ISSN mengandungi dua (2) kumpulan empat (4) angka yang dipisahkan dengan tanda sengkang
ISSN 1511 - 0397
8
Faedah ISSN
Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa
Mempromosi penerbit Malaysia
Memajukan penjualan terbitandi peringkat tempatan dan antarabangsa
Digunapakai sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stokbagi judul-judul yang diterbitkan
9
Kriteria pemberian ISSN
1
• Judul penerbitan bersiri baru yang diterbitkan diMalaysia dan sekurang-kurangnya sebanyak lima (5) helaian bagi setiap isu
2
• Setiap judul penerbitan bersiri yang bertukar padaperkataan atau susunan perkataannyaContoh: Laporan Q Jabatan Pengairan dan SaliranMalaysia bertukar kepada Laporan Kualiti JPS
3• Setiap format bagi penerbitan bersiri yang diterbitkan
lebih daripada satu versi (contoh cetakan dan CD-ROM)
10
Kriteria pemberian eISSN
1
• Penerbitan bersiri yang diterbitkan selain bercetak iaitusecara dalam talian atau CD
2
• Mempunyai laman web dan URL khasContoh: i)http://www.aseanjournalofpsychiatry.org/index.php/aseanjournalofpsychiatry (layak) ii)http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k470120g.langFR (tidak layak)
3• Laman web telah siap sepenuhnya dan mengandungi arkib
atau sekurang-kurangnya 1 keluaran serta 5 artikel ke atas
11
Permohonan ISSN
Permohonan hendaklah dilakukan sebelum sesebuah terbitan berkala dicetak
Sertakan sekali borang yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan
Prosedur permohonan ISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN:i) PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Dokumen yang diperlukan:i) salinan permit KDN bagi penerbit swastaii) salinan ‘mock-up’ cover terbitan bersiri ; daniii) salinan mukasurat sidang redaksi
Borang permohonan ISSN boleh didapati di:
http://www.pnm.gov.my
Contoh dokumen
Prosedur permohonan eISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN:i) PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Dokumen yang diperlukan:i) Salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan
mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan berserta URL
ii) Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut:
Judul skrin (title screen) Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh
atau nombor isu terbitan/keluaran Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai
bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.
Cetakan ISSN
ISSN harus dicetak di tempat yang ketara di setiap isusesebuah penerbitan bersiri (kulit depan, halamanmukasurat judul)
Nombor harus dicetak dalam dua kumpulan empat angkayang dipisahkan dengan tanda sengkang
Contoh: ISSN 1511-0397
eISSN 1511-0457
Tempat yang paling sesuai ialah di kulit depan (sudut kiri di bahagian bawah ; walau bagaimanapun sudut kanan di bahagian bawah turut diterima)
16
Cetakan ISSN
Kod jalur ISSN
Sehingga 2016, sebanyak 7,395nombor ISSN telah dikeluarkan kepadapenerbit.
Purata setahun sebanyak 300 ISSNdikeluarkan.
18
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986
(Akta 331)
19
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
• Akta yang membuat peruntukan bagi pengumpulan, pemuliharaan, pengawalan bibliografik dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia• diwartakan pada 31 Disember 1986• mula berkuatkuasa pada 15 April 1987
20
Tujuan penyerahan bahan perpustakaan bawah Akta 331
Membina satu Koleksi Negara dalam pelbagai bidang
Mengumpul dan menyediakan bahan perpustakaanuntuk rujukan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
Memelihara warisan intelek negara untuk rujukangenerasi masa kini dan akan datang
Hasil pemikiran kreatif warisan negara dapatdipelihara dengan selamat
21
Tafsiran : Bahan Perpustakaan
“Apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan dipamer atau dikeluar”
22
Tafsiran : Bahan bercetak
“Apa-apa gambaran aksara atau tulisan yang dicetak atas apa-apa jenis bahan”
Contoh: Buku-buku, terbitan bersiri (majalah, jurnal, suratkhabar), kertas persidangan, carta, poster, dll.
23
Tafsiran : Bahan tidak bercetak
“Bahan perpustakaan yang tidak bercetak dalam apa-apa bentuk grafik, audio, elektronik atau media lain”
Contoh: Filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio media elektronik (perisian komputer CD-ROM) dan lain-lain
Koleksi Negara
Koleksi Negara terdiri daripada bahan perpustakaan yangterkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia melaluipenyerahan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan1986 (Akta 331) yang melambangkan pencapaian inteleknegara yang diterjemah dalam bentuk cetak dan bukanbercetak
Jumlahkoleksi
(sehingga2016
1,599,345 unit (mewakili 31.9 % daripada jumlah keseluruhankoleksi PNM yang berjumlah
5,018,276 unit) sehingga Disember2016
Bilangan bahan perpustakaan untuk serahandi bawah Akta
Bahan bercetak
5 naskhah bahan
1 bulan dari tarikh penerbitan- (buku dan bahan cetak lain)1 minggu dari tarikh penerbitan- (terbitan bersiri)
Bahan tidak bercetak
2 naskhah bahan
1 tahun dari tarikh penerbitan
26
Tertakluk kepada Seksyen 4(3), penerbit yang gagal menyerahkan penerbitan di anggap salah di sisi undang-undang
Denda tidak melebihi RM3,000.00 bagi setiap judul dan penerbit perlu menyerahkan bahan perpustakaan yang gagal diserahkan dalam bentuk asal atau dalam bentuk keluaran ulangan jika bahan tersebut tidak lagi diperolehi dalam bentuk asalnya
Kepatuhan kepada Akta oleh penerbit
27
Keperluan Pengesanan Bahan Perpustakaan
Memberi perlindungan dan pemuliharaan khazanah intelek negara
Menyediakan sumber rujukan dan penyelidikan dalam pelbagai bidang bagi penggunaan bangsa dan negara
Memastikan judul koleksi negara yang ada dalam simpanan khazanah warisan intelek negara dalam bentuk cetak dan bukan bercetak dapat dimantapkan
Mengenalpasti penerbit yang tidak menerbitkan bahan yang sepatutnya diterbit
Memperkasa repository warisan terbitan negara
Mengenalpasti penerbit yang tidak membuat penyerahan bahan
28
SEKIANTERIMA KASIH