sharif masahor

Upload: jie-jang-aziz

Post on 19-Jul-2015

1.205 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Sharif masahor wira sarawakPenceramah jemputan : Aznizan Mazlinda Amira

Pengenalan Sayyid Mashhur Bin Muhammad Al-shahab Syarif Masahor atau sharif masahor Pembesar sarikei di kawasan sungai rajang Berasal dari kampung igan di muara sungai Rajang Dilantik oleh sultan Abdul Mumein dari Brunei Berpengaruh di kalangan orang melanau di Sungai Rajang Dan Orang Iban Di Sungai Skrang

Faktor penentangan Kewibawaan sharif masahor tergugat apabila sarikei diletakkan di bawah pentadbiran brooke. Berlaku apabila james brooke mengambil wilayah sungai rajang daripada sultan brunei. Pembinaan kubu di kanowit dan pelantikan henry steele sebagai wakil british dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran sharif masahor

Sharif masahor menentang tindakan james brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya Pada tahun 1855, sharif masahor mengetuai 150 buah perahu menetang mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa james brooke. James brooke bertindak balas melucutkan kuasa sharif masahor di sarikei.

Tindakan james brooke itu telah menyebabkan kemarahan sharif masahor . Beliau berpakat dengan datu patinggi abdul ghapur untuk mengusir keluar james brooke dari sarawak. Pada tahun 1859 Pasukan sharif masahor telah menyerang kanowit.Peristiwa ini membimbangkan orang eropah sarawak.

Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin KEJAYAAN serangan pertama itu menyebabkan Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong.Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur

- Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Sharif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.Bagaimanapun, perancangan itu bocor dan diketahui Charles Brooke menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Betawi seterusnya meninggal dunia di sana.

Penahanan sekutunya itu tidak melemahkan semangat juang Sharif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching pada Februari 1860.Akan tetapi, serangan pada kali itu sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat persediaan bagi menghadapi tentangan itu.

Seterusnya pertempuran hebat berlaku di Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke. Kapal dan perahu milik pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran Nipa

Penjajah terus memburu tokoh berkenaan dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Sharif Masahor. Satu angkatan perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Sharif Masahor tetapi usaha penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk ditembusi. Tertekan kerana masih gagal menahan pahlawan Melayu Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan kapalnya iaitu Rainbow bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, kepadanya.

Kesan penentangan walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak pernah berakhir pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit

Sebaik memperoleh Mukah daripada Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861. Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal dan Sharif Masahor meninggal dunia di Singapura iaitu satu tempat yang amat asing bagi dirinya pada 1890. Kegagalan penentangan adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat sarawak. Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada syarif masahor kerana mereka lebih mempercayai Raja Brooke.oleh itu, raja brooke mudah meluaskan kuasa ke daerah-daerah lain.

FAKTA: Rentetan penentangan Sharif Masahor 1841: Brooke mula menjajah Sarawak 1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei 1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah 1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit 1860: Pertempuran di Sungai Sadong

1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura 1890: Sharif Masahor meninggal dunia

Rumusan

Terima kasih