sinopsis bab demi bab wira persona avatari

Upload: jj9821

Post on 03-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona Avatari

    1/5

    Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona AvatariBab 1: Poster Misteri.

    Enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan ke arah

    bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari

    Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap

    semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeenterpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina

    bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan

    Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi

    dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan

    sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy

    dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong

    mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru

    keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam

    keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa

    lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya.

    Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masihberada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan

    sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di

    papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

    Bab 2: Kamar Bicara.

    Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting.

    Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan

    hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak

    disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut "Avatari", Anas menjadi teruja.

    Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah

    mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka

    menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam

    seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan

    misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.

    Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat

    yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang

    dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui "Kamar Bicara", mereka bermain

    permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer.

    Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang

    gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara

    Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi.

    Bab 3: Pasukan Zamrud II.Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang

    memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga

    sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari

    pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka.

    Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi

    Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak

    Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan

    http://xoxo-xianen.blogspot.com/2010/12/sinopsis-bab-demi-bab-wira-persona.htmlhttp://xoxo-xianen.blogspot.com/2010/12/sinopsis-bab-demi-bab-wira-persona.html
  • 7/28/2019 Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona Avatari

    2/5

    pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali.

    Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik

    Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina.

    Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya

    kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting

    kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anakProfesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

    Bab 4: Libasan Pari.

    Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star.

    Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar

    yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba

    menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar

    melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan

    Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan

    tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina

    memperkenalkan Pauline kepada Adeen.

    Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star

    untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada

    majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan

    dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana

    tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang

    menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

    Bab 5: Senteri Muda.

    Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah,

    seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk

    menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.

    Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihanpermainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang

    canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih

    lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang

    terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat

    daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS

    Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.

    Bab 6: Ribut Dalam Cawan.

    Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran

    McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star.

    Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkansupaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas

    tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan

    Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.

    Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video

    Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun

    mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang

    remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis

    India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu

  • 7/28/2019 Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona Avatari

    3/5

    Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati

    Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

    Bab 7: Latihan Tempur.

    Zuriani merajuk terhadap Aina kerana sejak akhir-akhir ini Aina telah jarang-jarang bertemu

    dengannya. Sejak Aina mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak adamasa untuk sahabat karibnya itu. Aina mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak

    memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Aina mengajak Zuriani

    menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Aina sudah ada lima

    orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut

    sama berlatih. Zuriani bersetuju.

    Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Aina, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di

    kawasan bukit-bukau dan berlukar. Semasa berehat, Aina mengorek rahsia Anjali tentang sebab

    dia menggunakan nama "Anjali" padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya

    mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan

    Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam

    permainan video Robot War.

    Setelah keluar dari kawasan bukit-bukau dan berlukar, mereka berlatih tempur pula di tepi pantai

    dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk

    mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan

    silat, Cikgu Nisah mendapat Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah

    memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pailine cemburu akan Anjali yang rapat dengan

    Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan

    pengalamannya sendiri.

    Bab 8: Cabaran Bermula.

    Pagi Sabtu. Para penonton sudah bermula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar

    Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar.

    Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa PertandinganAvataru ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang

    dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dari seluruh dunia. Halim

    memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama, setiap

    pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam

    ruang siber misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua.

    Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dari Malausia, iaitu Pasukan

    Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para

    penonton memberikan tepukan.

    Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada

    di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap

    pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, maklumat, dan sebarang keperluan lainsemasa pertandingan.

    Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili

    mereka, iaitu watak wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan

    Avatari ialah zaman prasejarah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan

    dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui

    oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zamrud II sudah berjaya memperoleh pasu emas yang

    terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sidah hampir pasti untuk layak ke pusingan

  • 7/28/2019 Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona Avatari

    4/5

    kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya

    telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

    Bab 9: Juara Songsang.

    Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan

    merampas buah cempedak aneh tersebut. Mereka sungguh kecewa. Tiba-tiba Adeenmemberitahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II belum terakhir dan mengarahkan

    mereka mencari pasu emas itu di atas lantai terowong. Pasukan Aura Suci telah dibatalkan

    penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan

    Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu.

    Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu Pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan

    kedua.

    Juruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan bahawa dalam pusingan kedua

    ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta

    karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan

    oleh mereka.

    Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua.

    Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting

    mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud II mula resah. Adeen yang lebih tertekan.

    Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama

    pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan

    lengkap dengan cip mikroelektrik. Adeeb segera memasang cip itu.

    Para ahli Pasukan Zamrud II sudah bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan

    kepada teka silang kata, iaitu "buaya". Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II

    memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman

    Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke

    kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen

    mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuil Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun.

    Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

    Bab 10: Malaysia Serba Boleh.

    Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan

    bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan

    akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah.

    Aina memilih congkak. Anas memilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga

    tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan

    Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia berkongsi markah dengan Thailand dan Republik

    Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah seri akan

    diadakan.

    Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk kepertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di

    dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui

    Aina meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

    Bab 11: Jutawan Muda.

    Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Aina telah dibawa ke hospital kerana perlu

    meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik diri, tetapi Pak

    Cik Ho menghalang kerana keadaan Aina sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan

  • 7/28/2019 Sinopsis Bab Demi Bab Wira Persona Avatari

    5/5

    negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berkaya ke peringkat akhir.

    Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan

    mereka. Memandangkan Aina telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Aina.

    Semasa -pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bilik persalinan.

    Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati

    cip mikroelektrik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun diatidak dapat megenal pasti pemilik beg itu.

    Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima

    pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi masalah yang sama, iaitu mengubah sejarah

    dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-

    mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga

    menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan

    mendapat hadiah RM1 juta.

    Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis.

    Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timus Tengah

    pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli

    Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses

    mesin masa. Pada waktu inilah, Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya

    dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal ini. Pelbagai masalah

    dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin

    Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud II, mereka akhirnya berjaya mematikan

    mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dari empat negara itu untuk mengubah sejarah

    dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara

    Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

    Bab 12: Perangkap Musang.

    Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg

    yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana

    di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud II dariMalaysia. Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati "si musang" itu

    ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.

    Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segala-galanya. Anjali melakukan

    perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya iaitu Muthu, yang merupakan ketua samswend yang

    hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan

    bersimpati terhadap Anjali.

    Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat

    keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita

    melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut

    Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbukkan Tuhan.