sinopsis cerita

2
SINOPSIS CERITA 'HUHALAND TAMAN AJAIB' OLEH : NOR HAZIQAH BTE ROSLI HUHALAND bukan sebuah taman biasa. Huhaland didiami oleh kanak-kanak dan haiwan sahaja. Bukan mudah hendak memasuki Huhaland, bahkan tiada jalan keluar dari Huhaland. Di Huhaland, kanak-kanak dan haiwan saling membantu dan bergantung hidup antara satu sama lain. Segalanya aman dan tenang, di bawah pemerintahan Raja Umon, seekor singa yang tegas tetapi adil. Pada suatu hari, Taman Huhaland, telah dikunjungi oleh Mamba. Mamba ialah seekor ular jahat yang menyamar sebagai Madna, iaitu sepupu kepada Wini yang juga merupakan seekor ular. Kehadirannya mahu memporakporandakan Huhaland. Pada suatu malam, Mamba telah meminum ubat ajaib dan bertukar warna menyerupai warna sisik Madna. Kemudian, Mamba memusnahkan ladang buah-buahan Opi iaitu seekor orang utan. Kupa seekor kura-kura dan Jali seorang budak lelaki yang secara kebetulan melalui ladang Opi telah terlihat segala kemusnahan yang dilakukan oleh Mamba yang disangkanya Madna. Pada keesokan harinya, Huhaland telah digemparkan dengan kejadian yang menimpa ladang milik Opi. Pertemuan bersama Raja Umon telah diadakan bagi mencari dalang yang bertanggungjawab memusnahkan ladang Opi. Mamba, Madna dan Wini telah dipanggil menghadap Raja Umon.

Upload: ika-iki

Post on 11-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SSS

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Cerita

SINOPSIS CERITA 'HUHALAND TAMAN AJAIB'OLEH : NOR HAZIQAH BTE ROSLI

HUHALAND bukan sebuah taman biasa. Huhaland didiami oleh kanak-kanak

dan haiwan sahaja. Bukan mudah hendak memasuki Huhaland, bahkan tiada jalan

keluar dari Huhaland. Di Huhaland, kanak-kanak dan haiwan saling membantu dan

bergantung hidup antara satu sama lain.

Segalanya aman dan tenang, di bawah pemerintahan Raja Umon, seekor singa

yang tegas tetapi adil. Pada suatu hari, Taman Huhaland, telah dikunjungi oleh Mamba.

Mamba ialah seekor ular jahat yang menyamar sebagai Madna, iaitu sepupu kepada

Wini yang juga merupakan seekor ular.

Kehadirannya mahu memporakporandakan Huhaland. Pada suatu malam,

Mamba telah meminum ubat ajaib dan bertukar warna menyerupai warna sisik Madna.

Kemudian, Mamba memusnahkan ladang buah-buahan Opi iaitu seekor orang utan.

Kupa seekor kura-kura dan Jali seorang budak lelaki yang secara kebetulan melalui

ladang Opi telah terlihat segala kemusnahan yang dilakukan oleh Mamba yang

disangkanya Madna.

Pada keesokan harinya, Huhaland telah digemparkan dengan kejadian yang

menimpa ladang milik Opi. Pertemuan bersama Raja Umon telah diadakan bagi

mencari dalang yang bertanggungjawab memusnahkan ladang Opi. Mamba, Madna

dan Wini telah dipanggil menghadap Raja Umon.

Mereka yang berada disitu terkejut apabila melihat terdapat dua Madna. Madna

telah dituduh merosakkan ladang Opi. Tetapi, Madna menyangkal tuduhan tersebut.

Mamba turut menyangkal tuduhan tersebut. Namun, Raja Umon yang adil, telah

menanyakan soalan yang akhirnya berjaya memerangkap Mamba. Kemudian, sisik

Mamba telah bertukar kepada warnanya yang asal. Dia cuba melarikan diri tetapi tidak

berjaya dan Mamba terperangkap di Huhaland buat selama-lamanya.