sisik ikan dalam penghasilan aksesori fesyen siti …

24
SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI NUR AMINAH BINTI SHAFIE Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2017

Upload: others

Post on 08-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN

SITI NUR AMINAH BINTI SHAFIE

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

Page 2: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN

SITI NUR AMINAH BINTI SHAFIE

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

Page 3: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: ____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the 23th JUNE, 2017.

Student’s Declaration:

I SITI NUR AMINAH BINTI SHAFIE, 49007 FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS

(FACA) hereby declare that the work entitled SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI

FESYEN is myMoriginal work. I have not copied from any other students’ work or from any other

sources except where the due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has

any part been written for me by another person.

23th

JUNE 2017 SITI NUR AMINAH BINTI SHAFIE (49007)

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I CIK NORHAYATI BINTI SULEIMAN hereby certifies that the work entitled SISIK IKAN DALAM

PENGHASILAN AKSESORI FESYEN was prepared by the above named student, and was

submitted to the FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS (FACA) as a * partial/full

fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (DESIGN

TECHNOLOGY) and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s

work.

Received for examination by: CIK NORHAYATI BINTI Date: __________________

SULEIMAN

Page 4: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for another purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature __________________ Supervisor signature: ______________________

23h JUNE 2017 23th JUNE 2017

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons for confidentiality and

restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

No 47, Jalan 7, Taman Masria

45500, Tanjong Karang, Selangor.

Page 5: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

iii

PENGESAHAN

Projek bertajuk SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN telah

disediakan oleh Siti Nur Aminah Binti Shafie dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan

dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka).

Diterima untuk diperiksa:

....................................................

(Cik Norhayati Binti Suleiman)

Pensyarah Kanan,

Teknologi Seni Reka.

Tarikh: .........................................

Page 6: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

iv

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah digunakan

sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau

institusi pengajian tinggi lain.

……………….…………………

(Siti Nur Aminah Binti Shafie)

No. Matrik: 49007

Page 7: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdullilah

bersyukur saya kehadrat Illahi dengan taufik dan hidayah-Nya dapat saya menyempurnakan

projek tahun akhir saya ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Cik Norhayati binti

Suleiman yang saya hormati selaku penyelia projek tahun akhir, kerana dengan bimbingan,

tunjuk ajar serta nasihat beliau yang tidak ternilai maka projek tahun akhir saya dapat

disempurnakan. Segala jasa baik beliau sentiasa terpahat disanubari. Jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Asrul Asshadi bin Mohammad Monir dan Prof Madya

Dr June Ngo Siok Kheng yang merupakan pensyarah tekstil dan fesyen turut memberi

bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang tidak dapat dinilai harganya.

Seterusnya ucapan jutaan terima kasih buat semua pensyarah di UNIMAS terutamanya

pensyarah-pensyarah di Falkuti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), juruteknik tekstil dan fesyen

iaitu Encik Azman dan rakan-rakan yang banyak mencurahkan segala ilmu dan membantu saya

dalam menyempurnakan projek tahun akhir saya ini. Penghargaan istimewa buat ayahanda dan

bonda, atas pengorbanan kalian yang tidak terdaya untuk anakanda membalasnya. Berkat doa

dan resti kalian akhirnya kejayaan ini dapat dikecapi. Akhir sekali saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kajian ini. Semoga Allah merahmati hidup

kita semua. Amin.

Page 8: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

vi

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Bahasa Melayu i

Pengesahan iii

Pengakuan iv

Penghargaan v

Isi Kandungan vi

Abstrak xi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan

1.0 Latar belakang kajian 1-2

1.1 Permasalahan Kajian 3

1.2 Objektif Kajian 3

1.3 Persoalan Kajian 3-4

1.4 Kepentingan Kajian 4

1.5 Skop Kajian 4

1.6 Limitasi Kajian 5

1.7 Hipotesis 5

1.8 Kerangka Kajian 5-6

Page 9: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

vi

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Bahasa Melayu i

Pengesahan iii

Pengakuan iv

Penghargaan v

Isi Kandungan vi

Abstrak xi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan

1.0 Latar belakang kajian 1-2

1.1 Permasalahan Kajian 3

1.2 Objektif Kajian 3

1.3 Persoalan Kajian 3-4

1.4 Kepentingan Kajian 4

1.5 Skop Kajian 4

1.6 Limitasi Kajian 5

1.7 Hipotesis 5

1.8 Kerangka Kajian 5-6

Page 10: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

vii

1.9 Kesimpulan 6

BAB 2 KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 7

2.1 Data Kajian 7-8

2.2 Kesimpulan 8

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Pengenalan 9

3.1 Metodologi Kajian 9-10

3.2 Data Primer 11

3.2.1 Temubual 11

3.2.2 Pemerhatian 11-12

3.2.3 Borang Soal Selidik 12-14

3.2.4 Eksperimen 14

3.2.5 Teknik-teknik dan Rawatan 14-22

3.3 Data Sekunder 23

3.3.1 Pembacaan 23-24

3.3.2 Laman Sesawang 24

3.4 Kesimpulan 24

Page 11: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

viii

BAB 4 HASIL DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 25

4.1 Data Primer 25

4.1.1 Temubual 25-26

4.1.2 Pemerhatian 27-29

4.1.3 Borang Kaji Selidik 29-40

4.1.4 Eksperimentasi dan Persampelan 40-41

4.1.4.1 Eksperimentasi Terhadap Proses 41-45

4.1.4.2 Eksperimentasi Terhadap Warna 46-47

4.1.4.3 Eksperimentasi Terhadap Teknik 48

4.2 Data Sekunder 49

4.3 Kesimpulan 49

BAB 5 PRODUK AKHIR

5.0 Pengenalan 50

5.1 Proses Rekaan 51

5.2 Perkembangan Idea

5.2.1 Papan Konsep 52

5.2.2 Lakaran Idea 53-54

5.3 Rekaan Produk Akhir 54-67

5.4 Kesimpulan 67

Page 12: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

ix

BAB 6 VALIDASI PRODUK

6.0 Pengenalan 68

6.1 Proses Validasi 69

6.1.1 Validasi Produk Aksesori Rantai 70-71

6.1.2 Validasi Produk Aksesori Gelang 72-73

6.1.3 Validasi Produk Aksesori Hiasan Kepala / Rambut 74-75

6.2 Kekuatan Produk 76

6.3 Kelemahan Produk 76-77

6.4 Kesimpulan 77

BAB 7 KESIMPULAN

Kesimpulan 78-79

RUJUKAN 80-81

LAMPIRAN

Lampiran A

Harta Intelek

Lampiran B

Costing Sheet 1

Costing Sheet 2

Page 13: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

x

Costing Sheet 3

Costing Sheet 4

Costing Sheet 5

Costing Sheet 6

Costing Sheet 7

Costing Sheet 8

Costing Sheet 9

Costing Sheet 10

Costing Sheet 11

Costing Sheet 12

Lampiran C

Borang Soal Selidik

Borang Validasi

Lampiran D

Papan Konsep

Panel

Page 14: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

xi

ABSTRAK

Penggunaan semula bahan terbuang merupakan satu inovasi dalam penghasilan aksesori

fesyen. Ia juga mampu menjadi bahan alternative sebagai material dalam produksi aksesori

fesyen. Sisik ikan yang terpilih dan berpotensi dalam kajian ini telah melalui beberapa proses

pengasingan saiz dan rawatan bagi mendapatkan hasil akhir yang sesuai dan praktikal untuk

digunakan. Setelah itu, ia akan melalui teknik-teknik tebuk, pewarnaan dan jahitan sulaman

tangan yang digabungkan dengan manik untuk menampilkan kemasan yang tinggi. Koleksi

aksesori fesyen yang mengaplikasikan sisik ikan akan menampilkan ciri-ciri kelainan dalam

penampilan nilai astetika yang kreatif dan inovatif.

Page 15: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

1

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Latar Belakang Kajian

Sisik ikan merupakan kepingan tulang kecil, nipis, menebusi cahaya, mengadungi kapur dan

lendir yang terdapat pada ikan sebagai organ pelindung tubuh ikan dari persekitaran hidup yang

merbahayakan pada ikan1. Sisik ikan mempunyai pelbagai bentuk mengikut jenis ikan antaranya

ia berbentuk bulat, lonjong atau segi empat.

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat

tentang kepentingan bahan semulajadi terbuang seperti sisik ikan dalam penghasilan produk

aksesori fesyen. Kajian ini secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada masyarakat

tempatan untuk lebih peka atas potensi bahan semulajadi yang terbuang seperti sisik ikan sebagai

material alternatif dalam industri kraf. Selain itu, kajian dijalankan untuk mengkaji potensi bahan

dan teknik-teknik atau kaedah yang bersesuaian dalam penghasilan reka bentuk aksesori fesyen

mengikut kehendak industri yang menggantikan alternatif bahan baru dengan penggunaan sisik

ikan yang boleh di komersialkan

1 Dipetik : https://www.cuteness.com/article/fish-scale-functions

Page 16: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

2

Penyelidikan ini telah melalui beberapa kaedah rawatan seperti kaedah mencuci, nyah bau,

melembut, pengeringan dan pengasingan bagi mendapatkan material sisik ikan yang berkualiti.

Selain itu, penggunakan teknik sulaman manik sebagai material bahan tambahan yang sesuai

digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk yang menarik. Manakala, penggunaan pengilat

kuku “nail polish” atau syelek sebagai pengoksidaaan pada sisik ikan untuk lebih tahan lama

dan menampilkan nilai astetika.

Aksesori fesyen ialah perhiasan yang lebih dikenali sebagai nilai tambahan pada pakaian

atau aksesori untuk melengkapakan pakaian yang digayakan seperti tas tangan, barang kemas,

tali pinggan, hiasan kepala, skarf, rantai leher dan lain-lain2.

Aksesori boleh dipelbagaikan dari

segi warna yang boleh dipadankan dengan fesyen pakaian untuk menampilkan gaya tertentu,

bersesuaian dengan gaya ke majlis tertentu untuk dipakai. Aksesori fesyen telah wujud dari

zaman Mesir purba yang diperbuat daripada emas dan menjadi perhiasan diatas kepala dan bahu

sebagai bukti ianya telah ditemui pada makam Tutankhamun, pada tahun 1339-1329an3.

2 Dipetik : Glosari Seni Reka Fesyen Dewan Bahasa dan Pustaka

3 Dipetik : http://fashion-history.lovetoknow.com/fashion-accessories/crowns-tiaras

Page 17: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

3

1.1 Permasalahan Kajian

Melalui kajian awal yang telah dijalankan, didapati beberapa permasalahan kajian telah

dikenalpasti iaitu:

1. Kebanyakan sisik ikan hanya jadi bahan buangan dan tidak di eksplorasi ke atas

potensinya sebagai bahan mentah dalam penghasilan produk.

2. Kurang aplikasi material sisik ikan dalam penghasilan koleksi aksesori fesyen

tempatan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk memberi garis panduan dalam menyelesaikan masalah

dan menjawab persoalan kajian dia atas. Antara objektif kajian ini adalah:-

1. mengenalpasti jenis sisik ikan yang berpotensi untuk kajian ini.

2. membuat eksperimentasi iaitu proses rawatan dan kombinasi teknik yang bersesuaian

pada sisik ikan yang terpilih.

3. menghasilkan koleksi aksesori fesyen yang diaplikasikan material sisik ikan.

4. membuat validasi produk akhir kepada golongan sasaran kajian.

1.3 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada sisik ikan

tempatan yang terbuang. Penyelidikan yang dijalankan ini merangkumi aspek-aspek soalan

seperti berikut:-

1. Bagaimana pemilihan sisik ikan yang bersesuaian untuk digunakan dalam aksesori

fesyen?

Page 18: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

4

2. Apakah proses dan teknik yang bersesuaian dalam eksperimen dari sisik ikan untuk

dijadikan sebagai material bahan kraf?

3. Apakah reka bentuk aksesori fesyen yang kreatif dengan mengaplikasikan material sisik

ikan?

1.4 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian yang lebih terperinci terhadap sisik ikan, ia dapat mempelbagaikan

lagi material dalam penghasilan produk-produk kraf seperti aksesori fesyen yang mempunyai

nilai tambahan yang kreatif dan inovatif. Kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk

industri kraf tempatan bagi membuat kajian potensi bahan mentah terbuang sebagai bahan

mentah altenatif.

1.5 Skop Kajian

Di bawah ini merupakan skop kajian menurut penngkaji seperti tempatan, had umur,

material dan pemilihan informasi yang lain.

Oleh kerana informan terdiri dari golongan yang berumur 20 tahun ke atas, maka

tumpuan penyelidik lebih kepada golongan remaja di sekitar Universiti Malaysia

Sarawak dan Univertisi Teknologi Mara.

Skop kajian merupakan sekitar Kota Samarahan dan Bandaraya Kuching, Sarawak yang

merangkumi golongan pakar dalam bidang fesyen dan kraf.

Page 19: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

5

1.6 Limitasi Kajian

Kajian ini tentang proses dan teknik rawatan sisik ikan untuk di aplikasikan 80% pada

koleksi penghasilan aksesori fesyen.

1.7 Hipotesis

Material sisik ikan akan memberi alternatif pada industri fesyen dalam penghasilan

aksesori yang kreatif.

1.8 Kerangka Kajian

Rajah 1: Kerangka Kajian

Kerangka kajian bertujuan untuk mengetahui rangka awal proses kajian iaitu dari segi

aestetika, tren, produktif dan kreatif. Ciri-ciri produktif dan kreatif adalah sebagai pengaplikasian

material sisik ikan tersebut dalam produk-produk. Ciri-ciri produktif disebabkan ia merupakan

bahan-bahan mentah yang terbuang ini akan mengurangkan kos produktif. Dari segi kreatif,

keluaran aksesori fesyen dari sisik ikan akan menampilkan kelainan dalam aestetikanya. Koleksi

Aestetika Stail

Kreatif Productif

Aksesori

Sisik Ikan

Tren

Page 20: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

6

aksesori fesyen mengikut tren dengan menggunakan teknik-teknik yang berkaitan dengan

sulaman tangan dalam penghasilan aksesori fesyen.

1.9 Kesimpulan

Melalui bab ini, pemasalahan dan kajian dapat dikenalpasti sebagai garis panduan untuk

memastikan metodologi yang bersesuaian akan di aplikasikan untuk memudahkan kajian

eksplorasi sisik ikan yang melalui proses berperingkat bagi mengelakkan kecelaruan dalam

penstrukturan proses kajian.

Page 21: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

7

BAB 2

KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang data-data kajian yang pernah dijalankan sebelum ini. Kajian

yang pernah dijalankan ini digunakan sebagai rujukan dan pemahaman kepada pengkaji dalam

menjalankan kajian.

2.1 Data Kajian

Kajian lepas penting untuk mengetahui sumber rujukan yang telah digunakan oleh

penyelidik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Ahmed, N. H. (2012) beliau telah

membuat satu kajian yang berkenaan dengan Eksplorasi Biji Buah Dan Kekacang Dalam

Penghasilan Aksesori Fesyen. Beliau membuat penyelidikan ini adalah bertujuan untuk melihat

potensi alam semulajadi iaitu biji buahan dan kekacang dalam penghasilan aksesori fesyen. Pada

halaman pertama beliau menyatakan penghasilan aksesori daripada biji buahan dan kekacang

merupakan sesuatu produk inovatif dalam penghasilan aksesori fesyen. Oleh itu, melalui kajian

tersebut dapat mempelbagaikan bahan dalam penghasilan aksesori fesyen.

Penyelidikan yang pernah dijalankan sebelum ini berkaitan dengan pengunaan 3R

(reduce, reuse, recycle), oleh Samsiah binti Harun Shah, S. H. (2014) seorang pelajar Unimas

yang telah menjalankan penyelidikan tentang Pengunaan Semula Sudu Plastik Pakai Buang

Dalam Penghasilan Aksesori Fesyen. Dalam kajian tersebut beliau ada menerangkan maksud

Reuse iaitu Guna Semula dimana pengunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan

pengunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif tanpa perubahan.

Beliau mengunakan bahan terpakai tanpa mengubah bentuk asalnya sebagai aksesori fesyen.

Page 22: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

8

Dalam kajian itu, beliau mengunakan sudu plastik pakai buang sebagai alternatif baru dalam

penghasilan aksesori fesyen.

Penyelidikan seterusnya berkaitan dengan Ludin, S. A. (2016) seorang pelajar Unimas.

Membuat kajian tentang Aplikasi Kulit Kacang Pistachios Dalam Penghasilan Aksesori Fesyen.

Dalam penyelidikan tersebut beliau menekan konsep mengelakkan pembaziran serta

memaksimakan penggunaan kulit kacang pistachios dalam penghasilan industri kraf dan fesyen

wanita. Disamping itu, tujuan beliau menghasilkan aksesori fesyen dengan mengunakan kulit

kacang pistachios kerana dapat menjimakan kos bahan mentah dalam penghasilan aksesori

fesyen dan secara tidak langsung beliau dapat membantu ekonomi Industri Kecil dan Sederhana

(IKS) dan industri kraf tempatan.

2.3 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, bab ini dapat membantu pengkaji meneruskan kajiannya dengan

merujuk data-data penting dalam kajian yang pernah dijalankan. Data tersebut dapat dikaitkan

dengan kajian yang sedang dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, kajian lepas dapat membantu

dengan memberi manfaat kepada pengkaji bagi menambahbaikan kajian lepas yang pernah

dijalankan oleh penyelidik yang lepas.

Page 23: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

9

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan proses penyelidikan yang saintifik; asas dan teori dalam

penyelidikan kuantitatif dan kualitatif iaitu pemilihan literatur dan bahan bertulis: pemilihan dan

pembetukan instrumen dan teknik pengumpulan data dengan cara mengenalpasti populasi dan

pemilihan teknik persempelan: penggunaan statistik deskriptif dan inferensi : dan jadualan,

persembahan serta menginterpretsi dalam penulisan laporan yang dijalankan oleh penyelidik

(Rusinah Joned, 2010).

3.1 Metodologi Kajian

Dalam kajian yang dijalankan terhadap kaedah kualitatif iaitu temubual dijalankan bagi

mendapatkan maklum balas daripada responden terhadap penyelidikan yang dijalankan.

Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat secara lisan, iaitu soalan yang ditujukan

kepada penggemar aksesori untuk mendapatkan maklumat dan pandangan orang ramai mengenai

bahan dan penghasilan aksesori fesyen. Manakalah kedah kuantitatif, penyelidik menggunakan

instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi

sebagai alat perantaraan antara penyelidik dan responden. Penyelidik menyediakan soalan

berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan, bagi memperolehi maklumat secara terperinci

daripada responden mengenai penggunaan material yang bersesuaian untuk dijadikan produk

aksesori. Kaedah seterusnya adalah kaedah sekunder yang diperolehi daripada pencarian didalam

media massa iaitu terdiri daripada pembacaan buku-buku rujukan, tesis dan internet (rujuk rajah

2).

Page 24: SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN SITI …

10

t

Rajah 2: Carta Aliran Kaedah Metodologi

Tempat

- Pasar raya

- Pusat kraf

- Kedai aksesori

fesyen.

Melihat rekaan

- Teknik

- Material

Responden 1

Penggemar Aksesori

Fesyen, 25 tahun,

Guar Chempedak,

Kedah.

Responden 2

Penggemar Aksesori

Fesyen, 25 Tahun,

Terengganu. Pelajar

Unimas.

Buku

Internet

Tesis

Majalah

SOAL SELIDIK

Bahagian A Bahagian B Bahagian C Bahagian D

Demografik Reka bentuk

aksesori Cadangan

responde

n

Soalan

Umum

aksesori

KAEDAH PRIMER KAEDAH SEKUNDER

PEMERHATIAN TEMUBUAL

PROSES RAWATAN

PERKEMBANGAN IDEA

Rekaan Lakaran Idea

Persembahan Akhir

Validasi

Aksesori Sisik Ikan

EKSPLORASI SISIK IKAN DALAM PENGHASILAN AKSESORI FESYEN

Mengumpul

Mencuci

Nyah Bau

Melembut

Mengering

Pengasingan

Tebuk

Mewarna

Menjahit

Mengemas Jahitan

TEKNIK

EKSPERIMEN BORANG SOAL

SELIDIK

Demografik

Soalan Umum

tentang

aksesori

Soalan reka

bentuk

Bahan

maklumat:

- jenis sisik

ikan,

rekabentuk

aksesori

fesyen.

Tesis

- sumber

rujukan untuk

kajian lepas.

ANALISA / HASIL DAPATAN KAJIAN

EKSPERIMENTASI

PROSES WARNA TEKNIK

Rawatan

Pengasingan

Tebuk Lubang

Batik (Remazol)

Pengilat Kuku

Pewarna Kuku

Syelek

Jahitan Tangan

Gam

Ring (dawai)

Proses

Material

Tambahan

Rantai

Gelang

Hiasan Kepala / Rambut

Subang

PRODUK AKHIR Temubual

Data Akhir

Penghasilan Laporan Lengkap

METODOLOGI PENYELIDIK