sistem pencegah kebakaran

33
SISTEM PENCEGAH SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN KEBAKARAN

Upload: uthm

Post on 15-Jan-2017

3.368 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem pencegah kebakaran

SISTEM PENCEGAH SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN KEBAKARAN

Page 2: Sistem pencegah kebakaran

PERALATAN PENCEGAHAN PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARANKEBAKARAN

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan.

Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

Page 3: Sistem pencegah kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:

a. Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di

bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.

b. Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur

sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

PERALATAN PENCEGAHAN PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARANKEBAKARAN

Page 4: Sistem pencegah kebakaran

Jenis Perlindungan AktifJenis Perlindungan Aktifi.  Alat pecah kaca.Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara

memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini  dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.

Page 5: Sistem pencegah kebakaran

ii.  Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia

akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran

Page 6: Sistem pencegah kebakaran

iii. Alat pengesan asap.  Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia

juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

 

Jenis Perlindungan AktifJenis Perlindungan Aktif

Page 7: Sistem pencegah kebakaran

iv. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran

pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus  kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik

Page 8: Sistem pencegah kebakaran

iv. SISTEM PEMERCIK iv. SISTEM PEMERCIK (SPRINKLER SYSTEM)(SPRINKLER SYSTEM)Pemasang pemercik adalah sistem bantu

mula yang dapat mencegah kebakaran pada peringkat awal sahaja dan tidak boleh dijangka untuk kebakaran lebih besar atau yang merebak dari bahagian yang tidak diberi perlindungan.

Page 9: Sistem pencegah kebakaran

KEPERLUAN PEMASANGAN KEPERLUAN PEMASANGAN SISTEM SPRINGKLERSISTEM SPRINGKLERSistem springkler boleh dipasangkan untuk kesemua jenis

kegunaan tempat kecuali kawasan-kawasan atau tempat seperti berikut;

Silo atau tempat simpanan bijirin dalam bangunan yang menjadi sebahagian kilang jagung(corn mill), kilang arak (distillery) atau kilang minyak (oil mill).

Oven, kilns di kilang tembikar, batu-bata, tile dan kaca. Kawasan atau bilik dimana semburan air springkler boleh

mengujudkan bahaya. Tempat atau bilik yang basah seperti tandas.

Di negara ini, Malaysia, penentuan keperluan untuk mengadakan sistem springkler, dari undang-undang, ditetapkan oleh Undang-Undang Malaysia, Akta 133, Undang-Undang Bangunan Seragam 1984. Penjelasan terperinci adalah seperti di dalam Jadual Kesepuluh Undang-Undang tersebut.

Page 10: Sistem pencegah kebakaran

JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK1. Sistem basah- Digunakan di bangunan yang sentiasa panas (sesuai

di bangunan tropika) bilamana suhunya melebihi 0 C dan risiko air di sistem pemercik menjadi beku ⁰tidak wujud.

- Sistem ini sentiasa dipenuhi air.- Haba yang diperolehi dari kebakaran akan

membuka kepala pemercik yang terdekat mengikut suhu kendaliannya.

- Air akan dicurahkan ke atas api yang ada dan pengaliran air akan menggiatkan loceng penggera yang dipasang berhaidralik di luar bangunan ataupun diatur terus ke pihak bomba.

Page 11: Sistem pencegah kebakaran

SISTEM BASAHSISTEM BASAHBangunan yang tingginya melebihi 20

tingkat atau 60mm paras bumi, yang mana terlebih perlu disediakan satu atau lebih pancur basah untuk kegunaan pencegah kebakaran.

Sebagaimana namanya, sistem ini sentiasa diisi dengan air bertekanan dari set pam dan tangki.

Pili bomba disambungkan ke pancur ini di tiap-tiap tingkat dan pam yang disediakan boleh membekalkan 410 KPA di haidrant teratas.

Page 12: Sistem pencegah kebakaran

Sistem basah hanya di kawasan terbakar

Page 13: Sistem pencegah kebakaran

Untuk melindungi penyambung paip hose ke pancur, haidrant di tingkat-tingkat bawah disediakan dengan plet muncung supaya peluahan air tekanannya dihadkan kepada 520 KPA.

Satu paip pengembalian perlu dipasang dari haidrant ke punca bekalan dan tekanan statik semasa air tidak mengalir tidak melebihi 690 KPA.

SISTEM BASAHSISTEM BASAH

Page 14: Sistem pencegah kebakaran

2. Sistem kering- Digunakan di bangunan tidak dipanaskan dan

dengan suhunya boleh menurun hingga bawah 0 C .⁰

- Perpaipannya dipenuhi dengan udara pampatan yang sederhana dan kemasukan air dikawal dengan injap bezaan.

- Apabila kepala pemercik terbuka dan dikeluarkan angin di perpaipannya, air akan masuk dan mengalir di dalamnya.

JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK

Page 15: Sistem pencegah kebakaran

SISTEM KERINGSISTEM KERINGSebagaimana namanya pancur ini tidak

mengandungi air, ianya hanya dicaj dengan air oleh pihak bomba bila berlaku kebakaran

Bomba akan menyambung pamnya di sebelah sedutan ke bekalan melalui hidrat.

Sebelah ‘keluar’ pam disambung ke ‘inlet’ pancur kering dan pam akan memaksa air ke pancurnya.

Injap udara automatik dihujung saluran terbuka dan membolehkan udara dipaip lepas keluar, tetapi akan tutup apabila paip dipenuhi air.

Page 16: Sistem pencegah kebakaran

Pihak bomba bolehlah menyambung hos ke injap lantai yang dipasang di paip.

Pancur kering sebenarnya adalah satu sambungan kepada hos bomba dan sewajarnya dipasang di mana bantuan serta merta boleh diperolehi dalam hal ini.

SISTEM KERINGSISTEM KERING

Page 17: Sistem pencegah kebakaran

Sistem kering, tindakan semburan pemercik keseluruhan kawasan di lindungi

Page 18: Sistem pencegah kebakaran

3. Sistem basah dan kering (silih ganti)- Digunakan di bangunan yang mana

kebekuan berlaku di musim sejuk- Di musim panas, sistem ini dipenuhi air

dan digunakan sebagai sistem basah- Apabila tiba musim sejuk, perpaipannya

akan dikosongkan dan udara pampatan dimasukkan dan digunakan sebagai sistem kering.

JENIS PEMERCIKJENIS PEMERCIK

Page 19: Sistem pencegah kebakaran

KEPALA PEMERCIKKEPALA PEMERCIK4 Jenis kepala pemercik yang biasa

digunakan:- Jenis bebuli kuarza- Jenis tepi dinding- Kepala pemercik jenis tupang berpateri

(Soldered Strult)- Kepala Pemercik Berpateri Tempoh laju

Page 20: Sistem pencegah kebakaran

vi. Sistem pili bomba vi. Sistem pili bomba (hyderant)(hyderant)

Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota.

Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran (BOMBA) mudah untuk mendapatkan air.

Page 21: Sistem pencegah kebakaran

GELONG HOS (HOSE GELONG HOS (HOSE REEL)REEL)

Syarat hidraulik untuk gelung hos adalah ianya berkebolehan meluahkan air 0.4 l/s sejauh 6m dari nozilnya dan tiga hos boleh digunakan serentak.

Satu tekanan 200 KPA adalah diperlukan dinozilkan dan kiranya saluran bekalan biasa tidak boleh membekalnya alat pengepam perlu dipasang.

Page 22: Sistem pencegah kebakaran

BEKALAN AIRBEKALAN AIRSesetengah pihak berkuasa air membenarkan

pam terus dari saluran bekalan. Apabila pihak berkuasa tempatan

memerlukan tangki, ianya mesti cukup untuk air bersipadu 1.6m.

Tangki boleh ditempatkan sama ada di paras bawah atau atas, dan dua pam perlu disediakan yang boleh meluahkan 2.3 l/s minima.

Pam gantian mungkin dipasang dengan enjin diesel atau petrol.

Page 23: Sistem pencegah kebakaran

Tangki air

Page 24: Sistem pencegah kebakaran

PAMPAMUntuk pembekalan air secukupnya sepanjang

masa dua pam perlu dipasang yang mana satu adalah sebagai gantian.

Setiap pam perlu mengalirkan 15 l/s.Pam-pam perlu dipasang selari dengan

sedutannya.Sentiasa basah apabila tangki dipenuhi air.Pam boleh dijalankan dengan kuasa elektrik, di

mana satu janakuasa gantian yang cukup kekuatan perlu dipasang kiranya berlaku bekalan terputus.

Sebagai pilihan pam gantian boleh dijalankan dengan enjin petrol atau diesel.

Page 25: Sistem pencegah kebakaran

JENIS PERLINDUNGAN JENIS PERLINDUNGAN PASIFPASIF

b.   Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.ii. Koridor terlindungiii. Pintu rintangan apiiv. Ruang akses menentang kebakaranv. Tiada Lif Bomba

Page 26: Sistem pencegah kebakaran

JENIS-JENIS KEBAKARANJENIS-JENIS KEBAKARANApi kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu;

1. Kelas AApi berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.

2. Kelas BBerpunca dari bahan cecair  yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.

3. Kelas CBerpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.

Page 27: Sistem pencegah kebakaran

4. Kelas DBerpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.

5. Kelas EBerpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.

Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.

Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.

JENIS-JENIS KEBAKARANJENIS-JENIS KEBAKARAN

Page 28: Sistem pencegah kebakaran

Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:

1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg atau 3kgWarna: BiruJenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C

Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.

JENIS-JENIS PEMADAM JENIS-JENIS PEMADAM KEBAKARAN KEBAKARAN

Page 29: Sistem pencegah kebakaran

2) Pemadam Api Karbon Dioksida

Berat: 3kgWarna: HitamJenis api yang boleh dipadamkan: 

Api dari peralatan elektrik

Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka

JENIS-JENIS PEMADAM JENIS-JENIS PEMADAM KEBAKARAN KEBAKARAN

Page 30: Sistem pencegah kebakaran

3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg dan 3kgWarna: MerahJenis api yang boleh dipadamkan: 

A, B, C dan api dari peralatan elektrik

Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.

JENIS-JENIS PEMADAM JENIS-JENIS PEMADAM KEBAKARANKEBAKARAN

Page 31: Sistem pencegah kebakaran

Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba.

Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut.

Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api. 

Page 32: Sistem pencegah kebakaran

PELAN TINDAKAN PELAN TINDAKAN KESELAMATAN (PTK)KESELAMATAN (PTK)adalah untuk menyediakan orang dan

organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Page 33: Sistem pencegah kebakaran

TAMAT…………….