sistem pengurusan, penempahan dan ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfsistem...

28
SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA BINTI FAUZI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia JUN, 2010

Upload: buiminh

Post on 17-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN

KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB

FARHANA BINTI FAUZI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

JUN, 2010

Page 2: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA
Page 3: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil nukilan saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 4: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer”

Page 5: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

iii

DEDIKASI

“Teristimewa Buat Papa dan Mama Yang Tercinta…..

Hj. Fauzi Bin Ismail

Hajjah Faridah Bt. Salleh

…..Terima Kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan

selama ini……

Buat Adik-adik Yang Tersayang…….

Siti Fairuz Bt Hj. Fauzi

Fatin Bt. Hj. Fauzi

Fauziah Bt Hj. Fauzi

Faidah Bt Hj. Fauzi

Fatnin Bt Hj.Fauzi

Muhammad Faris Bin Hj. Fauzi

Muhammad Faiz Bin Hj. Fauzi

Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diri Ini….

Terima Kasih Atas Segalanya…..”.

Farhana Bt Hj. Fauzi 2010

Page 6: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya saya

dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada penyelia

projek saya iaitu Dr. Ismail Bin Mat Amin yang telah sama-sama menyumbangkan

masa dan idea- idea baru untuk merancang dan menyiapkan Projek Sarjana Muda saya

ini. Tanpa tunjuk ajar dari beliau tentu projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu

lancar sekali. Tidak lupa juga penghargaan terima kasih saya yang tidak terhingga

kepada pengurus syarikat teksi iaitu Tuan Haji Mudzakir bin Mohd Azib yang sudi

memberikan maklumat-maklumat yang berguna dalam usaha membangunkan sistem

ini.

Sekalung budi yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya Hj Fauzi

Bin Ismail dan Hajjah Faridah Bt Salleh yang banyak memberi dorongan dan

mendoakan kejayaan saya ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuagan iaitu

Dzidatul Akma Bt Dzulkafli, Nilam Nur Bt Amir Sjarif, Noraini Bt Khair dan Nurul

Ain Bt Ariffin yang banyak membantu dalam usaha membangunkan sistem ini. Segala

kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai dan tidak akan saya lupakan.

Page 7: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

v

ABSTRAK

Sistem Pengurusan,Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan Sewa

berasaskan web dengan menggunakan teknologi SMS adalah salah satu sistem yang

telah dibangunkan untuk pihak pentadbiran dan pelajar UTM khususnya. Sistem ini

akan digunakan oleh pelajar UTM dan pihak pentadbiran. Sistem ini dibangunkan

bertujuan untuk memudahkan para pelajar dalam membuat penempahan dan

penyemakan teksi atau kenderaan sewa, mengetahui status penempahan dan melihat

jadual perjalanan. Sistem yang dibangunkan ini adalah sebagai alternatif bagi

menggantikan sistem manual yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekarang. Selain

daripada itu, organisasi tersebut masih lagi belum mempunyai sistem yang khusus.

Sistem ini ditambah dengan satu lagi kemudahan teknologi masa kini iaitu

Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) yang membolehkan pihak pentadbiran

menghantar status maklumat penempahan kepada pelajar. Dalam proses

membangunkan sistem ini, metodologi Rational Unified Process (RUP) dipilih sebagai

model pembangunan beserta dengan Unified Modeling Languange(UML) dalam

memodelkan sistem. Untuk bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data pula, PHP dan

MySQL telah digunakan untuk menyokong pembangunan sistem tersebut.

Page 8: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

vi

ABSTRACT

“Sistem Pengurusan,Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan

Sewa in web by using SMS technology is one of the systems has been developed for

the administration and UTM student especially. This system will be used by UTM

students and administrators. This system was developed to facilitate students in

applying a new booking the cab and car rental, checking the status of the application

and also see the schedule. The system was developed as an alternative to replace the

manual system used by the current administration. Furthermore, the organization still

does not have a specific system. The other feature to be added to the system is the

Short Message Service (SMS) that allows the administration to send the status

booking information to the students. In the process of developing this system, the

methodology of Rational Unified Process (RUP) was chosen as the model of

development with the Unified Modeling Language (UML) in modeling the system.

For programming language and database, the PHP and MySQL were used to support

the development of the system.

Page 9: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI ISTILAH xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

1 PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Matlamat Projek 4

1.4 Objektif Projek 4

1.5 Skop Projek 5

1.6 Justifikasi / Kepentingan 6

1.7 Perancangan projek (PSM 1) 7

1.8 Ringkasan 7

Page 10: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 8

2.2 Latar belakang masalah 9

2.3 Latar belakang Organisasi 10

2.4 Analisa masalah terhadap sistem sedia ada 11

2.5 Kajian perbandingan terhadap perisian lain yang

Berkaitan

2.5.1 Kelebihan

12

12

2.5.2 Kelemahan 13

2.5.3 Kefungsian 13

2.6 Analisa masalah terhadap sistem semasa 14

2.6.1 Penempahan teksi secara manual 14

2.6.2 Penempahan kenderaan sewa secara

Manual

15

2.6.3 Cadangan penyelesaian 18

2.7 Perisian cadangan yang akan dibangunkan 19

2.7.1 PHP Hypertext Pre-processor (PHP) 19

2.7.2 Kelebihan menggunakan Aplikasi PHP 19

2.7.3 Kelemahan Menggunakan Bahasa PHP 20

2.7.4 JavaScript 21

2.8 Kajian ke atas teknologi, peralatan dan teknik

Untuk menyelesaikan masalah

21

2.8.1 Internet 21

2.8.2 World Wide Web (www) 22

2.8.3 Kajian ke Atas Teknologi 23

2.8.3.1 Short Message Services (SMS) 23

2.8.3.2 Kebaikan SMS 24

2.8.3.3 Short Message Service Center

(SMSC)

25

Page 11: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

ix

2.8.3.4 SMS-Gateway 25

2.8.3.5 NowSMS Gateway 25

2.8.3.6 Home Location Register (HLR) 26

2.8.3.7 Visitor Location Register (VLR) 26

2.8.4 Kajian ke Atas Peralatan 27

2.8.4.1 MySQL 27

2.8.4.2 Pelayan Apache 27

2.8.4.3 Rational Rose 2000 28

2.8.4.4 Xammp 28

2.8.4.3 Internet Information Server (IIS) 29

2.8.5 Kajian ke Atas Teknik 29

2.9 Keperluan Pembangunan Perisian 29

2.9.1 Justifikasi Perisian 30

2.9.1.1 Windows XP dan ke atas 30

2.9.1.2 Macromedia Flash 30

2.9.1.3 Macromedia Dreamweaver MX 31

2.9.1.4 Adobe Photoshop CS2 31

2.9.2 Justifikasi Perkakasan 31

2.10 Rumusan 32

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Metodologi 34

3.2.1 Metodologi Air Terjun 34

3.2.2 Metodologi Prototaip 36

3.2.3 Metodologi Yang Dipilih 37

3.2.4 Rekabentuk Berorientasikan Objek 38

3.2.4.1 Rational Unified Process (RUP) 38

3.2.5 Kaedah 41

3.2.5.1 Unified Modeling Language (UML) 41

3.3 Fasa-fasa dalam penyelesaian masalah 42

Page 12: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

x

3.3.1 Fasa Perancangan (Inception) 42

3.3.2 Fasa Penghuraian (elaboration) 43

3.3.3 Fasa Pembangunan (construction) 43

3.3.4 Fasa Peralihan (transition) 43

3.4 Rumusan 44

4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Hasil Kerja Fasa Kajian Keperluan Perisian 45

4.2.1 Keperluan Kefungsian 46

4.2.2 Keperluan Bukan Kefungsian 46

4.2.3 Keterangan Senarai Pengguna 47

4.2.4 Pemodelan Kes Guna 47

4.2.4.1 Rajah Kes Guna (Use Case) 48

4.2.4.2 Keterangan Aktor 49

4.2.4.3 Keterangan Kes Guna(Use Case). 49

4.3 Aliran Kerja Fasa Analisa 51

4.3.1 Rajah Jujukan (Sequence Diagram) 52

4.4 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 52

4.4.1 Rekabentuk senibina 52

4.4.2 Rekabentuk Antaramuka 54

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 56

4.6 Rumusan 56

Page 13: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xi

5 PERLAKSANAAN DAN HASIL

5.1 Pendahuluan 57

5.2 Persekitaran Pembangunan 58

5.2.1 Instalasi Perisian 58

5.2.1.1 Pemasangan Xampp 58

5.2.1.2 Pemasangan NowSMS 61

5.3 Pembangunan Sistem 66

5.3.1 Pengujian URL 67

5.3.2 Pengujian Pangkalan Data 68

5.4 Pengekodan 69

5.4.1 Hubungan dengan Pangkalan Data 69

5.4.2 Penggunaan Session Dalam Fungsi Login 70

5.4.3 Fungsi Masukkan Maklumat Pelajar 72

5.4.4 Fungsi Membuat Tempahan 73

5.4.5 Fungsi Kemaskini Maklumat Pelajar 75

5.4.6 Fungsi Hantar Mesej 77

5.5 Ringkasan 80

6 PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM

6.1 Pendahuluan 81

6.2 Pengujian Sistem 82

6.2.1 Pengujian Pangkalan Data 82

6.2.2 Pengujian Aturcara 84

6.3 Pengujian Input dan Output 86

6.3.1 Pengujian Input 86

6.3.2 Pengujian Output 87

6.4 Pengujian Pengguna 87

6.5 Hasil Pembangunan 88

6.6 Rumusan

89

Page 14: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xii

7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

7.1 Pendahuluan 90

7.2 Hasil dan Pencapaian Projek 90

7.3 Masalah yang dihadapi 92

7.4 Kelebihan Sistem 93

7.5 Kelemahan Sistem 93

7.6 Cadangan Pembaikan 94

7.7 Rumusan 95

RUJUKAN 96

LAMPIRAN A- F 98

Page 15: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Keperluan Perkakasan dan Keperluan

Perisian 32

4.1 Konsep Utama di dalam Rajah Kes Guna 48

4.2 Keterangan Ringkas Bagi Setiap Aktor 49

Page 16: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Cartalir Penempahan teksi secara manual 16

2.2 Cartalir Penempahan kenderaan sewa secara manual 17

3.1 Model Air Terjun 36

3.2 Model Prototaip 37

3.3 Model Rational Unified Process (RUP) 39

4.1 Kes Guna Login 50

4.2 Kes Guna Aktiviti Admin 50

4.3 Kes Guna Aktiviti Pengguna 51

4.4 Antaramuka Login Pentadbir 55

4.5 Antaramuka Halaman Utama 55

5.1 Muka Hadapan Pemasangan Pakej Xampp 59

5.2 Destination Folder 59

5.3 Installation Options 60

5.4 Proses Instalasi 60

5.5 Instalasi Xampp Berjaya 61

5.6 Permulaan Pemasangan NowSMS 62

5.7 Lokasi Pemasangan NowSMS 62

5.8 Get Laluan Konfigurasi Dialog 63

5.9 Get Jenis SMSC Sambungan 63

5.10 Get Nama Modem Drivers 64

5.11 Menguji Sambungan Modem dengan NowSMS 64

5.12 Konfigurasi port dan IP address 65

Page 17: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xv

5.13 SMS Gateway Service 66

5.14 Pengujian URL 67

5.15 Pengujian Pangkalan Data 68

5.16 Aturcara Menyambungkan Pangkalan Data dengan

Sistem.

69

5.17 Antaramuka Login 70

5.17(a) Aturcara Bagi Fungsi Login 71

5.18 Antaramuka Masukkan Maklumat Pelajar Baru 72

5.18(a) Aturcara Bagi Fungsi Masukkan Maklumat Pelajar

Baru

73

5.19 Antaramuka Fungsi Membuat Tempahan 74

5.19(a) Aturcara Bagi Fungsi Membuat Tempahan 75

5.20 Antaramuka Kemaskini Maklumat Pelajar 76

5.20(a) Aturcara Bagi Fungsi Kemaskini Maklumat Pelajar 77

5.21 Antaramuka Hantar Mesej 78

5.21(a) Aturcara Bagi Fungsi Hantar Mesej 80

6.1 Paparan Mesej Ralat 86

Page 18: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN ISTILAH

CGI Common Gateway Interface

FAB Fakulti Alam Bina

GSM Global System for Mobile

Communications

HLR Home Location Register

HTML Hypertext Markup Languange

IBM International Business Machine

ICT Information Communication Technology

IIS Microsoft Internet Information Server

MSCs Mobile Switching Center

MySQL Microsoft SQL Server

PHP PHP Hypertext Pre-processor

PSM I Projek Sarjana Muda I

PSM II Projek Sarjana Muda II

RDBMS Rational Database Management System

RUP Rational Unified Process

SDD System Design Document

SMS Short Message Services

SMSC Short Message Service Center

SRS Spesifikasi Keperluan Perisian

TCP/IP Transmission Control Protocol / Internet

Page 19: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xvii

Protocol

UML Unified Modeling Language

UTM Universiti Teknologi Malaysia

VLR Visitor Location Register

WWW World Wide Web

XAMPP X (for the four operating system

supported) A (Apache) M (MySQL) P

(PHP) P (Perl).

XML eXtension Markup Language

Page 20: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xviii

SENARAI ISTILAH

ISTILAH TERJEMAHAN

Actor Aktor

Sequence Diagram Rajah jujukan

Use Case Kes Guna

Sequence Diagram Rajah Jujukan

Inception Perancangan

Iteration Iterasi

Elaboration Penghuraian

Construction Pembangunan

Transition Peralihan

Browser Pelayar

Waterfall Model Model Air Terjun

Prototyping Model Model Prototaip

Database Pangkalan Data

Browser Pelayar

Installation Pemasangan

Gantt Chart Carta Gantt

User Pengguna

Sequence Diagram Rajah jujukan

Use Case Diagram Rajah Kes Guna

Class Diagram Rajah Kelas

Activity Diagram Rajah Aktiviti

Page 21: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Carta Gantt Bagi PSM 1 Dan PSM 2 98

B Struktur Organisasi 101

C Temubual 103

D1 Dokumentasi Spesifikasi Keperluan Perisian(SRS) 107

D2 Dokumen Rekabentuk Perisian(SDD) 148

E Dokumen Pengujian Perisian 157

F Manual Pengguna 181

Page 22: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan

(Information Communication Technology) ICT adalah teknologi yang

membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi

maklumat dalam pelbagai bentuk. Perkembangan teknologi berkomputer dan

rangkaian yang serba canggih ini berkembang dengan pesat. Kepesatan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar

penembusan penggunaan internet.[ Day Dream by Jim Whimpey. Blog di

WordPress.com, 2009]

Penggunaan internet juga semakin meluas dan berkembang sejajar dengan

matlamat kerajaan yang menggalakkan penggunaan internet di setiap rumah.

Perkembangan internet yang pesat menjadikan teknologi ini sebagai satu medium

untuk memberi sebarang informasi dan maklumat kepada manusia. Internet juga

merupakan satu rangkaian sedunia yang semakin popular.

Page 23: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

Salah satu keperluan teknologi yang sangat meluas adalah penggunaan telefon

mudah alih. Ia telah menjadi satu keperluan asas bukan sahaja berhubung malah

dengan peningkatan fungsinya yang semakin pantas. Short Message Services (SMS)

adalah telah menjadikan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia pada masa

kini.Teknologi SMS bukan sahaja digunakan oleh orang perseorangan untuk

berkomunikasi malah ia juga telah digunakan oleh semua organisasi.

Khidmat Pesanan Ringkas atau lebih dikenali dengan SMS merupakan satu

khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita.

SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia untuk kali pertamanya pada tahun

1995 .[Gaya Dewan, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka]

Dalam era ICT dan globalisasi ini, teknologi telah berkembang dengan pesat.

Maka, satu alternatif penyelesaian masalah berasaskan teknologi yang sedang

membangun kini boleh membantu syarikat tersebut menjalankan aktiviti pengurusan

dengan lancar. Alternatif penyelesaian yang bakal diaplikasikan mestilah mempunyai

kriteria seperti efektif, mampu dimiliki semua dan mesra pelanggan.

Setelah meneliti situasi yang berlaku maka sistem yang bakal dibangunkan ini

seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, maka syarikat teksi dan

kenderaan sewa telah bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan teknologi

pengurusan yang berasakan web atau atas talian ini telah diberi nama SP-TEKSI DAN

KENDERAAN SEWA.

Syarikat teksi ini adalah sebuah syarikat yang berdaftar yang menyediakan

perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini memberikan perkhidmatan teksi menjadi

keperluan penting kepada perkhidmatan awam. Secara tidak langsung ianya melibati

Page 24: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

kehendak UTM, khasnya kepada mahasiswa-mahasiswi.Syarikat teksi dibangunkan

adalah untuk memudahkan pengurusan, penyemakan dan penempahan teksi bagi

mengantikan sistem manual yang dilakukan oleh syarikat tersebut.

Kenderaaan sewa juga adalah sebuah alternatif lain yang mampu memberikan

keselesaan kepada mahasiswa-mahasiswi yang ingin menyewa. Ada pelbagai jenis

kenderaan yang disediakan samada manual atau pun auto. Harganya juga berpatutan

dan mampu disewa oleh mahasiswa-mahasiswi UTM. Kenderaan sewa ini dimiliki

oleh pelajar atau pensyarah yang menyewakan kenderaan mereka kepada pelajar

UTM.

1.2 Penyataan Masalah

Syarikat teksi masih menggunakan sistem manual untuk membuat penempahan

dan semakan atau menerusi panggilan telefon.

Berikut adalah masalah yang dihadapi oleh pihak pengguna dan pihak

pengurusan dalam urusan yang berkaitan dengan penempahan teksi dan kenderaan

sewa tersebut :-

i. Pelanggan sukar untuk melihat status kekosongan kenderaan.

ii. Pelanggan perlu membuat penempahan dengan menelefon pihak

pengurusan.

Page 25: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

iii. Kos penempahan menerusi panggilan telefon lebih tinggi berbanding

penggunaan khidmat pesanan ringkas SMS.

iv. Sukar untuk mendapatkan kenderaan sewa sekiranya kenderaan sewa

itu penuh.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek ini untuk menghasilkan satu sistem yang boleh membantu

pihak pengurusan bagi membuat penyemakkan dan penempahan teksi dan kenderaan

sewa secara sistematik.

1.4 Objektif Projek

Memandangkan banyak masalah dalam menguruskan perkhidmatan yang di

gunakan oleh Teksi dan Kenderaan Sewa adalah secara manual, maka sistem ini

dicadangkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut :

i. Menganalisa masalah dalam pentadbiran pengurusan syarikat teksi.

ii. Mengkaji tentang methodologi dan teknologi yang sesuai untuk di

aplikasikan didalam sistem ini

Page 26: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

iii. Merekabentuk dan membangun sebuah Sistem Pengurusan,

Penempahan dan Penyemakkan Teksi dan Kenderaan Sewa berasaskan

web.

iv. Menguji sebuah sistem pengurusan yang telah siap dibangunkan.

1.5 Skop Projek

Skop projek yang telah digariskan dalam pembangunan sistem ini adalah :

i. Kajian ini dilaksanakan untuk Teksi dan Kenderaan Sewa yang berada

di dalam UTM.

ii. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pelajar UTM yang ingin

menempah Teksi dan Kenderaan Sewa secara web.

iii. Semua pelajar perlu mempunyai kata laluan mereka sendiri dan capaian

ke atas semua fungsi sistem

iv. Hanya pelajar UTM yang berdaftar dapat menempah secara web boleh

membuat penempahan teksi atau kenderaan sewa.

v. Sistem ini menyimpan rekod penempahan, rekod pelajar UTM yang

berdaftar dan rekod kakitangan teksi dan kenderaan sewa.

Page 27: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

1.6 Justifikasi / Kepentingan

Sistem ini telah dibangunkan sejajar dengan kehendak pihak pengurusan yang

inginkan suatu alternatif bagi memudahkan lagi pelanggan untuk membuat

penempahan dan penyemakkan. Ia akan memudahkan khususnya pelajar UTM dalam

menjalankan urusan penempahan dan penyemakkan.

Selain itu juga, ia dapat mengubah cara pengurusan dalam menguruskan proses

penempahan teksi dan kenderaan sewa dengan lebih sistematik. Pihak pengurusan

masih lagi menggunakan sistem penyimpanan data didalam fail. Ini akan

menyebabkan risiko kehilangan data yang tinggi sekiranya bencana alam melanda.

Tambahan pula, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini

mengenai teksi dan sewa kenderaan tanpa menelefon atau pergi ke kaunter dengan

mudah dan cepat kerana sistem ini berasaskan web dan boleh dicapai pada bila-bila

masa. Sistem ini juga dapat membantu pihak pengurusan untuk penyimpanan data

terutama dalam proses penempahan dengan lebih mudah dan efektif.

Faedah yang diperolehi ialah pihak pengurusan boleh memantau mengenai

jadual penempahan dan boleh membuat semakan data-data yang diterima oleh

pelanggan. Malah kepentingan projek ini dapat dilihat bahawa sistem ini sangat

berguna bagi memudahkan pelajar dan juga kelancaran pengurusan di syarikat teksi

dan kenderaan sewa.

Page 28: SISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN ...ir.fsksm.utm.my/239/1/farhanafauziac073064d10ttp.pdfSISTEM PENGURUSAN, PENEMPAHAN DAN PENYEMAKAN TEKSI DAN KENDERAAN SEWA BERASASKAN WEB FARHANA

1.7 Perancangan projek (PSM 1)

Sesuatu projek memerlukan perancagan yang lebih teliti bagi memastikan

setiap hasil kerja dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini kerana, perancangan yang

dilakukan dapat di siapkan dalam masa tempoh yang ditetapkan. Projek yang

dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Projek Sarjana Muda I (PSM I) dan Projek Sarjana

Muda II (PSM II). Pada bahagian projek Projek Sarjana Muda I (PSM I) dilakukan

dengan segala maklumat dapat dikumpulkan dan perbincangan bersama pihak

pengurusan teksi dan pemilik kenderaan sewa mengikut jadual yang ditetapkan.

Manakala Projek Sarjana Muda II (PSM II) adalah kesinambungan dan hasil daripada

Projek Sarjana Muda I (PSM I). Sistem pengurusan, penempahan dan penyemakkan

teksi dan kenderaan sewa dibangunkan bagi memudahkan pihak pengurusan

mengproses maklumat dengan cepat dan mudah. Segala perangcangan dilampirkan

dengan carta Gantt untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh

perancangan ini dijalankan. Rujuk Lampiran A

1.8 Rumusan

Secara ringkasnya, Bab 1 merangkumi latar belakang masalah, matlamat,

objektif projek, skop projek, dan justifikasi/kepentingan projek kepada pihak

pengurusan dan pelanggan SP-TEKSI DAN KENDERAAN SEWA. Berdasarkan

masalah yang telah dikenalpasti, maka matlamat, objektif dan skop projek telah dibina

sebagai pemankin dan panduan bagi mengatasi masalah yang timbul dan seterusnya

bagi menjayakan pembangunan sistem ini. Melalui kepentingan projek pula, sistem ini

sangat berguna untuk kelancaran pengurusan di syarikat tersebut malahan sistem ini

boleh diadaptasi dan digunakan pada syarikat-syarikat lain juga.