sistem rangkaian dan dunia...
TRANSCRIPT
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “)
atau simbol ( * )
2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel
3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
B. Kandungan Pengajaran
6.1 Kaedah pencarian maklumat
6.2 Penggunaan Emel
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.1 Kaedah Pencarian Maklumat
6.1.1 Strategi Pencarian Maklumat
Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita
merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat
merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.
Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan
yang tidak penting dan tidak berkaitan.
3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci
asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan
yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah
berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah
dikenalpasti.
5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat
Berfrasa - “jati diri”
Wild card - *giat* »»» kegiatan, penggiat,
plagiat
Operator Boolean - AND, OR, NOT
Kombinasi pangkasan dan Boolean
Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”
Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.
Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.
Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan
carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai
contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan
sikap di dalamnya.
3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-
laman yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan
sikap.
*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND “jati diri”
“kegiatan kokurikulum” AND (sahsiah OR sikap) AND (jati
diri NOT nilai)
kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.1.2 Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan
Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat
yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.
Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources,
Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy,
Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority,
Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.
A S P E C T AUTHORITY »»» Autoriti
Autoriti
Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang
diterbitkan.
Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak
yang bertanggungjawab.
Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.
A S P E C T SOURCE »»» Sumber
Sumber
Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?
Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?
A S P E C T PURPOSE »»» Tujuan Tujuan
Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
A S P E C T EVENNESS »»» Kesamarataan Kesamarataan
Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi mana-
mana pihak?
Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana
pihak?
A S P E C T COVERAGE »»» Liputan Liputan
Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?
A S P E C T TIMELINESS »»» Kekinian Kekinian
Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk
kekal lama?
Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian
dilaksanakan.
Aktiviti
1. Nyatakan perbezaan antara operator Boolean AND, OR dan NOT.
2. Tukarkan ayat topik ini kepada penyataan carian.
Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya meningkatkan minat dan motivasi
murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
3. Nilaikan kualiti, kesahihan dan ketepatan sumber maklumat yang anda dapati
menggunakan model ASPECT.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.2 Penggunaan Emel
6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog 1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2. Paparan login ini akan dipaparkan.
Rajah 1.1
3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh: [email protected] dan katalaluan: xxxxxxxxxx
4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch
Rajah 1.2
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Rajah 1.3
5. Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan
terbuka dalam tetingkap baru.
6. E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda
sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-
mel anda.
Rajah 1.4
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Cara membina Contacts Group
1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.
Rajah 1.5
2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac
Rajah 1.6
3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan
emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1. Karang satu e-mel
2. Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh
memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3. Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1. Dalam Gmail, klik butang Compose.
2. Klik ikon klip kertas seperti dibawah
Rajah 1.7
3. Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4. Klik buka (Open)
5. Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.
Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE
Frog .
Rajah 1.8
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
6.3.1 Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
Pengenalan
Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan
seperti gambarajah di bawah?
Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai
pembantu makmal?
Rajah 1.1 Gambaran Pengkomputeran Awan
Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan
teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah
memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana
sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti
iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui
rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau
tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti
mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.
Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk
menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara
mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data
milik anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, komputer
riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di
dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan
mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan
jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu
yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada
rakan-rakan lain.
Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan
pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai
ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu
tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga
menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting,
menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.
Rajah 1.2 Aplikasi Pengkomputeran Awan
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional ialah:
Pengkomputeran Awan Perbandingan Tradisional Hosting
Kos jualan mengikut permintaan. Biasanya mengikut minit dan jam.
1. Kos
Melibatkan kos yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masa.
2. Kebolehcapaian Waktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabat.
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smart phone sahaja.
3. Pengurusan sistem Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama.
Rajah 1.3 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan
Hosting tradisional
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan
1) Pixlr
Rajah 1.4 Alamat : www.pixlr.com
Kegunaan : Aplikasi suntingan imej
Kelebihan : Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana
aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki
sebuah komputer spesifikasi tinggi.
Google Apps
Rajah 1.5
Alamat : http://www.google.com
Kegunaan : Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan
kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation)
melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps,
pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).
Kelebihan :
i. Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui
Internet tanpa install perisian dalam komputer.
ii. Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
2) Windows Live-Skydrive
Rajah 1.6
Alamat : http://www.skydrive.com.
(Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)
Kegunaan dan kelebihan :
i. Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.
ii. Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu
Sky Drive.
iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.
3) Storan-Dropbox
Rajah 1.7
Alamat : http://www.dropbox.com
Kegunaan : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi
pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan
adalah 2 GB.
Kelebihan :
i. Ruang storan yang besar iaitu 2GB.
ii. Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam
komputer anda dan satu lagi di awan.
iii. Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.
iv. Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone,
Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda
bila-bila masa dan di mana-mana.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6.3.2 Kelebihan Pengkomputeran Awan
i. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)
Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan
(presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya
Google Docs.
ii. Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer
Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan
pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.
iii. Kebolehcapaian fail yang meluas.
Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan
peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.
iv. Kebolehpercayaan data penyimpanan
Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.
Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan
satu lagi di awan.
Website menggunakan secured connection https.
v. Ruang storan yang tiada had
Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang
storan yang tiada had.
vi. Mengurangkan kos
Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber
yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain.
Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk
menguruskan server dan aplikasi tersebut.
Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan
perisian.
Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
16 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.
Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian
dan perkakasan.
vii. Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah
Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.
Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.
viii. Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah
Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan
lebih mudah.
6.3.3 Kelemahan Pengkomputeran Awan
i. Keperluan internet
Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna
juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet
atau kurang stabil.
Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut
terganggu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.
ii. Keselamatan
Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan
ini.
Walaupun mempunyai kata laluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang
berkemahiran.
iii. Ketidakpastian keadaan pelayan (server).
Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan
pengkomputeran awan.
Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban
(overload).