sistem reka bentuk pengajaran kolaboratif seliaan.pdfsistem reka bentuk pengajaran kolaboratif satu...
TRANSCRIPT
1
© DR ISMAIL ZAIN 2018
COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN
SYSTEM (CIDS)
SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN
KOLABORATIF
Satu dimensi baharu penglibatan guru secara kolaboratif mereka bentuk Pembelajaran Abad Ke-21 dengan lebih
profesional dan sistematik
Bukan sekadar RPH online……
PROSEDUR PENYELIAAN
(Pentadbir/Penilai/Pembimbing/SISC+/Pensyarah IPG)
Transforming teachers….inspiring learners…..
“Perancangan PAK21 yang menepati proses merangkai titik—titik (Connecting the dots)”
- Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)
2
© DR ISMAIL ZAIN 2018
Objektif
Prosedur ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbir/penilai/
pembimbing/pensyarah memantau perancangan pengajaran siswa:
mengesah rancangan pengajaran
memberi bimbingan
memberi ulasan
Bukan sekadar RPH online……
Transforming teachers….inspiring learners…..
Prosedur Penyeliaan ini memperkenalkan Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE sebagai
satu mekansime bagi Pentadbir/Penilai/Pembimbing/Pensyarah IPG memantau
perancangan pengajaran siswa yang menjalani praktikum.
3
© DR ISMAIL ZAIN 2018
BAHAGIAN A PANDUAN PENYELIAAN
TUJUAN:
Bahagian ini bertujuan untuk pensyarah/pentadbir memilih pengguna bagi
membina Kelompok Pengguna bagi tujuan pengesahan, pemantauan dan
bimbingan.
4
© DR ISMAIL ZAIN 2018
PEMILIHAN PENGGUNA
TUGASAN 1: Mencari pengguna untuk membentuk kelompok penyeliaan
PROSEDUR 1:
i) Pada menu Profil klik Cari Profil Pengguna
PROSEDUR 2:
i) Sila baca arahan yang terdapat pada laman ini.
ii) Pilih nama Negeri penempatan siswa di bawah penyeliaan anda.
Contoh: SELANGOR
i) Daerah: Pilih SEMUA DAERAH
ii) Peranan: GURU
iii) Tinggalkan kosong bagi item yang lain (Nama dan Login ID)
iv) Klik butang CARI PENGGUNA
Pengguna harus
membentuk kelompok
pengguna jika ingin
perancangan pengajaran
mereka diselia mengikut
pentadbir terlibat.
PENTING
Terlebih dahulu guru perlu
mendaftar dalam CIDS
sebelum prosedur ini
dilaksanakan.
5
© DR ISMAIL ZAIN 2018
KELOMPOK PENGGUNA
i) Anda boleh klik pada kekotak kecil di sebelah kanan nama-nama siswa untuk
dipilih bagi membentuk kelompok penyeliaan atau klik pada opsyen PILIH
SEMUA jika anda ingin memilih semua guru untuk diselia.
ii) Nama pada jalur yang dipilih akan bertukar menjadi kuning.
iii) Anda perlu tunggu sebentar jika bilangan pilihan anda itu banyak.
iv) Klik Tutup untuk simpan pemilihan dan mengakhiri langkah.
TUGASAN 2: Memilih pengguna untuk membentuk kelompok penyeliaan
PROSEDUR:
Anggota dalam
kumpulan ini boleh
diganti atau dibentuk
semula mengikut
pililhan sendiri.
6
© DR ISMAIL ZAIN 2018
BAHAGIAN B PANDUAN PENYELIAAN
TUJUAN:
Bahagian ini bertujuan untuk pentadbir memilih individu bagi mengesah /memasuk ulasan pada Rancangan Pengajaran secara Pengesahan Individu dengan RPH yang berasingan.
MAKLUMAT:
Anda boleh memilih 3 cara untuk melaksanakan pengesahan ini.
A) Pengesahan Pukal untuk semua pengguna (sesuai untuk membuat pengesahan umum sahaja)
B) Pengesahan Pukal untuk sebilangan individu (sesuai untuk membuat pengesahan umum sahaja)
C) Pengesahan individu (sesuai untuk tujuan bimbingan dan pengesahan)
DEFINISI ISTILAH:
Pengesahan Pukal: Pengesahan umum dilaksanakan secara serentak untuk semua pengguna dan
semua rekod pengajaran (klik sekali sahaja untuk mengesah semua rekod bagi semua pengguna).
Pengesahan Individu: Pengesahan umum dibuat ke atas individu sama ada serentak untuk semua
rekod atau untuk rekod yang berasingan.
ANDA HARUS MENGESAH INDIVIDU SECARA BERASINGAN JIKA INGIN MEMBUAT ULASAN YANG
TERPERINCI PADA REKOD RPH YANG TERTENTU
Dalam modul ini penjelasan dan contoh hanya diberi untuk pengesahan individu
dengan RPH yang berasingan sahaja.
7
© DR ISMAIL ZAIN 2018
TUGASAN 3: MEMBUKA REKOD PENYELIAAN
PENGESAHAN REKOD
PROSEDUR 1:
i) Klik pada Rekod dan pilih Rekod Penyeliaan
ii) Senarai nama pengguna yang dipilih dipaparkan seperti di bawah
PERINGATAN:
Anda boleh memilih 4 cara untuk melaksanakan pengesahan ini.
A) Pengesahan Pukal untuk semua pengguna
B) Pengesahan Pukal sebilangan individu
C) Pengesahan Pukal individu
D) Pengesahan individu secara berasingan rekod
PROSEDUR 2: Pengesahan Pukal
i) Pengesahan Pukal untuk semua pengguna: Klik PILIH SEMUA untuk mengesah rekod bagi semua subjek.
ii) Pengesahan Pukal untuk sebilangan pengguna: Pilih dan klik / pada petak sebelah kiri senarai nama pengguna untuk mengesah rekod pengguna yang tertentu.
iii) Pengesahan Pukal individu: Klik / pada peta sebelah kiri nama guru yang dipilih.
iv) Huraian lanjut pengesahan pukal tidak diberikan kerana modul ini memfokuskan kepada pengesahan individu.
MAKLUMAN
Modul ini hanya memfokuskan kepada pengesahan individu secara berasingan rekod sahaja
8
© DR ISMAIL ZAIN 2018
PENGESAHAN INDIVIDU
TUGASAN 1: MENGESAH REKOD PENGAJARAN INDIVIDU
PROSEDUR 1:
i) Klik BUKA pada ruang akhir sebelah kanan nama pengguna yang ingin disahkan RPHnya.
Contoh nama MOHD HAFIZ BIN MOHD YAZID
ii) Semua rekod untuk siswa tersebut dipaparkan
PROSEDUR 2:
i) Klik PILIH SEMUA untuk mengesah semua rekod untuk individu tersebut
ii) Pilih dan klik pada ruang NO (sebelah kiri) beberapa rekod tertentu individu tersebut untuk mengesah,
klik butang Pengesahan Pukal serta ikut arahan selanjutnya.
ATAU
iii) Klik ruang kanan bertanda Pengesahan untuk pengesahan individu (cara ini disyorkan kerana ia sesuai dan
berketepatan dengan tunjuan pengesahan dan bimbingan)
9
© DR ISMAIL ZAIN 2018
PENGESAHAN REKOD INDIVIDU SECARA BERASINGAN REKOD RPH
TUGASAN 1: BUKA REKOD PENGESAHAN
PROSEDUR 1: PENGESAHAN DAN CATATAN KESELURUHAN
i) Buka rekod individu
ii) Pilih ulasan untuk Catatan keseluruhan (untuk MIW).
iii) Tulis Huraian jika perlu .
iv) Pilih RPH tertentu jika ingin mengesah pada RPH tersebut.
v) Pilih Tarikh dan klik butang Mengesah
vi) Butang Mengesah perlu diklik lagi jika pengesahan dibuat berulangkali (Untuk RPH lain atau menambahbaik ulasan yang diberikan).
vii) Pengesahan juga boleh dibuat oleh beberapa pihak lain (pentadbir dsb)
viii) Senarai pengesah akan dipaparkan semuanya.
ix) Gambar foto anda dan tanda chop pengesahan akan muncul di paparan setelah pengesahan dibuat.
Sila sunting
profil anda jika
belum memuat
naik foto anda
Anda boleh juga
memilih RPH
tertentu untuk
mengulas dan
mengesah.
Klik untukmelihat dan memilih RPH
pada kelas berkaitan
10
© DR ISMAIL ZAIN 2018
BIMBINGAN Khas untuk SISC+/Pensyarah institusi
TUGASAN 1: Buka Rekod pengajaran dan pilih RPH yang ingin diberi bimbingan
PROSEDUR 1:
i) Pada rekod yang telah dipapar pilih RPH yang ingin diberi bimbingan
TUGASAN 2: Menulis ulasan dan komen untuk tujuan bimbingan
PROSEDUR 1:
i) Lihat pada bahagian MELAKSANA—AKTIVITI PEMBELAJARAN & PEMUDAHCARAAN
ii) Klik butang Masukkan Ulasan (terletak di bawah) untuk menulis ulasan anda (butang akan bertukar menjadi Simpan Ulasan)
iii) Beri komen anda pada ruang Ulasan (b), (d) atau (e ) mengikut kesesuaian.
iv) Klik Simpan Ulasan untuk menyimpan ulasan anda
Anda perlu klik
butang Masukkan
Ulasan terlebih
dahulu untuk
mengaktifkan
ruang ulasan.
Sila Klik Simpan
Ulasan setelah
selesai memberi
ulasan.
Anda boleh
membaca
perancangan
keseluruhan (MIW )
tetapi perlu memilih
RPH yang
tertentu untuk
tujuan memberi
bimbingan dan
ulasan.
Ulasan yang dibuat
ekslusif untuk
penyelia/pentadbir
dan guru itu sahaja
untuk melihatnya.
11
© DR ISMAIL ZAIN 2018
Semoga Prosedur Penyeliaan ini bermanfaat untuk Pensyarah,
Penyelia, Pembimbing dan Pentadbir dalam usaha
memudahkan dan memantapkan bidang tugas secara lebih
sistematik dan profesional.
Anda boleh hubungi saya secara terus melalui talian dan email
berikut untuk sebarang pertanyaan dan cadangan.
Terima Kasih
Salam hormat,
DR. HJ ISMAIL MD ZAIN, PMP
TEL: +6019-5713745
EMAIL: [email protected]
Bersama Memartabatkan Profesion Perguruan
Bukan sekadar RPH online……
Transforming teachers….inspiring learners…..