sistem salur darah

21
SISTEM SISTEM PEREDARAN PEREDARAN DARAH DARAH

Upload: gobi-krrish

Post on 03-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

anatomi dan fisiologi

TRANSCRIPT

  • SISTEM PEREDARAN DARAH

  • Sistem Peredaran Darah:Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

  • Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

  • Peredaran PulmonariPeredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.

  • Peredaran Pulmonari

  • Peredaran SistemikPeredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung.

  • Peredaran Sistemik

  • Peredaran PortalVena portal bertanggungjawab untuk mengumpulkan darah dari usus, perut, pankreas dan limpa.

  • Peredaran Portal

  • Struktur anatomi sistem ini terdiri daripadaJantungSaluran darahDarah

  • Struktur dan Fungsi Salur DarahTerdapat 3 jenis salur darah yang utama:ArteriVenaKapilari

  • ArteriArteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

  • ArteriVena

  • VenaVena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan.Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

  • Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

  • Kapilari darahKapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

  • Fungsi Darah:Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.Melawan jangkitan kuman.Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim.Memberi warna kepada kulitMengawal suhu badan.

  • Fakta Ringkas Mengenai Salur DarahSecara purata, badan manusia mempunyai salur darah sepanjang 60 000 batu.Selain menyalurkan darah, ia digunakan untuk mengukur kadar nadi dan tekanan darah.Vena berwarna biru kerana ia menyalurkan darah yang mempunyai sedikit oksigen berbanding arteri.Jika anda menahan bersin, ia boleh menyebabkan salur darah di bahagian leher dan kepala meletup dan anda akan mati.

  • Jangan blok salur darah anda dengan lemak yang berlebihan..