sistem sendi dan pergerakan bahagian tulang dan otot

Upload: lixin-tan

Post on 30-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Anatomi: Sistem sendi yang terlibat dalam pergerakan bahagian tubuh badan untuk menjalankan sesuatu aktiviti sukan atau kegiatan harian

TRANSCRIPT

SISTEM SENDI DAN PERGERAKAN TUBUHPengenalan Sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dan tulang. Adanya sendi menjadikan tulang-tulang lebih fleksibel dan mudah bergerak. Ikatan tulang-tulang antara satu sama lain di sendi berlaku menerusi tisu perantara yang mudah lentur. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular. Sendi di dalam anggota tubuh terbahagi kepada tiga kategori utama dan pengelasannya bergantung kepada keupayaan pergerakannya.Pengkelasan sendi Mengikut fungsi (pergerakan)-Contohnya synarthroses, amphiarthroses dan diathroses Berdasarkan struktur -Contohnya sendi fibrous, sendi cartilaginous dan sendi synovial

Pengkelasan sendi / jenis-jenis sendiBerdasarkan fungsi

sendi sinartosis Merupakan sendi berserat tidak bergerak. Menghubungkan permukaan articular tulang melalui tisu berserat. Tidak mempunyai kaviti. Tulang terikat rapat. Mampu menyerap tekanan. Membenarkan pergerakan yang minima. Cth: tengkorak, gomphoses(taupan gigi dalam soketnya) dan penyatuan di antara aci tulang dan hujungnya.

sendi amphiarthrosis Sendi separa bergerak. Melakukan pergerakan yang amat sedikit. Menyerap tekanan. Membenarkan pergerakan dibuat dalam julat tertentu. Cth: vertebra(tulang belakang). Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu synchondrosis dan symphysis.

sendi diarthrosis Dua tulang atau lebih untuk membina sendi ini. Merupakan sendi sinovial / bergerak. Membolehkan seseorang menggerakan anggota dalam arah dan sudut yang lebih besar. Diliputi oleh kapsul ligament. Cecair sinovial pada kapsul untuk menggelakan geseran pada tulang. Tips: kapsul ligament-rawan hailin(permukaan licin dan kuat) untuk menampung berat badan. Cth: sendi lutut dan sendi bahu.

Jadual 1 : Pengkelasan sendi berdasarkan fungsi

Pengkelasan sendi /Jenis-jenis sendiBerdasarkan struktur

Sendi fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Tidak membenarkan sebarang pergerakan. Cth: suture antara tulang-tulang tengkorak, sendi-sendi antara gigi, maksila dan mandible, lengkungan pelvis.

Sendi cartilaginous Tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligament. Membenarkan pergerakan yang terhad. Cth: simfisis pubis, sendi antara tulang rusuk dan sternum antara tibia, fibula dan radius-ulna.

Sendi sinovial Diselaputi oleh membran sinovial yang menembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara tulang-tulang. Membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang Cth: sendi lesung(bahu, pinggul) dan sendi engsel(siku dan lutut)

Jadual 2 : Pengkelasan sendi berdasarkan struktur

Sendi diarthrosis / sendi sinovial terbahagi kepada banyak jenis bergantung kepada jumlah paksi yang ada iaitu:a. Sendi sinovial tanpa paksi-sendi satahb. Sendi sinovial dengan satu paksic. Sendi sinovial dengan dua paksid. Sendi sinovial dengan tiga paksi / ke atasSendi sinovial tanpa paksi-sendi satah Tiada paksi dan hanya memberikan pergerakan meluncur atau melongsor sahaja. Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi atau putaran. Permukaan articular sendi satah biasanya leper. Contohnya sendi di antara tulang karpus tangan, clavikal, skapula

Sendi sinovial dengan satu paksi

Dibahagi kepada 2 jenisa. Sendi engsel -pergerakan terbatas pada satu satah sahaja. Contohnya sendi Interfalanks ( sendi di antara flanks distal dan tengah dan proksimal jari)

b. Sendi pangsi-mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang. Contohnya putaran tulang di antara vertebra atlas dengan vertebra aksis.

Sendi sinovial dengan dua paksi

Dibahagi kepada 2 jenisa. Sendi elipsoidal-bergerak pada dua satah.-mampu melakukan fleksi dan ekstensi serta adduksi dan abduksi. Contohnya sendi pergelangan tangan.

b. Sendi pelana-Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana.-Permukaan tulang berbentuk cembung dan satu lagi cekung.-Contoh : sendi di antara trapizium pada tulang karpus dan metakarpus ibu jari.

Sendi sinovial dengan tiga paksi atau berbilang paksi

Mempunyai permukaan tulang seperti bola dan boleh dimuatkan ke dalam soket tulang lain berbentuk cawan. Dikenali sebagai sendi lesung. Contoh: sendi bahu dan peha.

Jenis-jenis sendi sinovial Sendi geser / gelangsar- sendi antara karpal dan tarsal, tempurung lutut dengan tulang paha) Sendi engsel- sendi siku, lutut, pergelangan kaki dan sendi antara tulang jari. Sendi pangsi / paksi- sendi antara radius dan ulna. Sendi kondil- sendi antara metakarpal dan falang Sendi pelana- sendi antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal. Sendi lesung- sendi bahu dan sendi pahaGambar jenis-jenis sendi sinovial

Sendi gelangsar

Sendi engsel

Sendi paksi

Sendi kondil

Sendi pelana

Sendi lesung

Pergerakan sendiJenis sendiPergerakan sendi

Sendi bahuEkstensi, fleksi, rotasi, hiperekstensi

Sendi siku Ekstensi, fleksi

Sendi pelanaFleksi, ekstensi

Sendi bonggoFleksi, ekstensi, hiperekstensi

Sendi paksiFleksi, ekstensi, hiperekstensi

Sendi telangsaDorsi fleksi, plantar fleksi

Pergerakan tubuh

Jenis pergerakanGambar

Fleksi, ekstensi dan hyperekstensi

Abduksi, aduksi dan sirkumduksi

Rotasi-medial rotasi dan lateral rotasi

Elevasi dan depresi

Dorsifleksi dan plantar fleksi

Inversi dan eversi

Supinasi dan pronation

Protraction dan retraction

Opposition dan reposition

Jenis pergerakanPeneranganContoh

Gerakan linear(gelungsur)Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan

Pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh.

Gerakan bersudutPergerakan bersudut antara batang tulang dengan permukaan artikular-fleksi-ekstensi-hiperekstensi-abduksi-adduksiPergerakan pada sendi sinovial di mana hujung distal tulang memutarkan batang tulang-sirkumduksi

-pergerakan pada sendi bahu-pergerakan pada senid siku-pergerakan pada sendi pinggul

Putaran Batang tulang berpusing secara menegak pada paksi longitudinal-rotasi-supinasi

Sendi antara dua vertebra servikal yang pertama yang membenarkan kepala berpusing.

Pergerakan khusus-inversi-eversi-dorsifleksi-plantar fleksi-elevasi-depresi-pronasi-supinasi

Sendi humeroscapular(bahu) Merupakan sendi yang bergerak secara bebas ke seluruh arah dalam badan kita. Disokong oleh ligamen dan tendon. Ciri-ciri sendi bahu: Perbandingan antara permukaan mangkok sendinya dengan kepala sendinya tidak setanding. Kapsul sendinya relatif lemah. Otot-otot pembungkus sendinya relatif lemah, seperti otot supraspinatus, infrepinatus, teres minor dan subscapularis. Gerakannya yang luas. Kestabilan sendinya relatif kurang stabil.

Sendi siku(elbow joint) sendi siku dibentuk oleh tiga potong tulang iaitu tulang humerus,ulna dan radius yang saling berhubungan dalam satu rongga sendi yang bersama-sama. Dua gerakan iaitu fleksi/ekstensi/rotasi dan pronasi dan supinasi. Gerakan fleksi dan ekstensi terjadi antara tulang humerus dan lengan bawah(radius dan ulna). Gerakan pronasi dan supinasi terjadi kerana radius berputar pada tulang ulna, sementara itu radius juga berputar pada boros bujurnya sendiri. Gerak sendi siku terjadi pada tiga buah sendi terpisah: Sendi peluru-persendian yang memungkinkan pergerakan ke segala arah.Contohnya hubungan tulang lengan atas dengan tulang belikat. Sendi engsel-persendian yang memungkinkan gerakan satu arah.Contohnya sendi siku antara tulang lengan atas dan tulang hasta. Sendi kisar di antara ulna dan radius.

Sendi pinggul(hip joint) Merupakan sendi triaxial iaitu boleh membuat pergerakan dalam tiga arah. Dicipta untuk kestabilan dan penyebaran berat badan di anggota bawah. Pelvik dibentuk oleh tiga tulang utama iaitu tulang ilium, tulang ischium dan tulang pubik. Terdapat tiga sendi di kawasan pelvik iaitu sendi sakroiliak, sendi pinggul dan sendi sakrokoksigeal.

Sendi lutut(knee joint) Sendi lutut dibentuk dari tiga buah tulang iaitu tulang femur, tulang tibia, tulang fibula dan tulang patella.

Sendi buku lali(ankle joint) Sendi ini menghubungkan jari kaki dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak ke atas dan bawah, gerakan dari dalam ke luar atau dari luar ke dalam. Otot, tendon dan ligamen yang mengelilingi sendi ini membolehkan manusia melakukan pergerakan seperti berjalan dan berlari.