sistem cois · web viewhasil dari perbincangan bersama dalam jawatankuasa kerja it terdapat...
TRANSCRIPT
BAB 1: LATAR BELAKANG UNIT IT.
1.1 UNIT IT FKE
Unit it FKE ditubuhkan bagi membantu fakulti dalam melancarkan urusan tugas
seharian di fakulti dan ia adalah merujuk kepada terma rujukan jawatankuasa Fakulti
Kejuruteraan Elektrik.
Nama JawatanKuasa: JAWATANKUASA KERJA IT
Pengerusi : PENGURUS IT
kekerapan Pelaporan: MENGIKUT KEPERLUAN
Bidang tugas jawatankuasa kerja IT adalah seperti berikut:
1. Membentuk polisi IT Fakulti
2. Mengenal pasti teknologi IT yang sesuai untuk kegunaan pengurusan, pengajaran
dan pembelajaran serta mencadangkan penggunaanya kepada Fakulti.
3. Bertanggungjawab terhadap pengemaskinian maklumat perisian yang terdapat
di Fakulti.
4. Membantu Fakulti dalam pengautomasian pejabat;
5. Merangka kursus dan latihan yang sesuai kepada staf sesuai dengan perkembangan
teknologi IT.
6. Mengemaskini laman web Fakulti.
7. Tugas lain yang diarahkan oleh Fakulti dari masa ke semasa
1
Ahli untuk jawatankuasa kerja unit it adalah seperti berikut:
Pengerusi : Assoc. Prof. Zamani bin Md. Zain ( Pengurus IT)
Ahli :
1. Dr. Kamaludin bin Mohd Yusof ( Pensyarah Kanan )
2. Encik Nik Din bin Muhamad ( Pensyarah Kanan )
3. Dr. Herman bin Wahid ( Pensyarah Kanan )
4. Dr. Rabia Bakhteri ( Pensyarah Kanan )
5. Puan Seri Mahrani bte Abdul Azes ( Penolong Jurutera J29 )
6. Encik Yazid bin Mohamed Bain ( Penolong Jurutera J29 )
7. Encik Abdul Rahman Sattar bin Salleh ( Pen.Pegawai Teknologi Maklumat F29 )
1.2 BIDANG TUGAS STAFF UNIT IT
Bidang tugas unit it ada sebagai satu unit yang dipertanggungjawabkan untuk
membantu pihak pentadbiran fakulti dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan
rangkaian talian internet, perkakasan wifi dan juga lain-lain isu yang berkaitan it di fakulti
FKE. Bilangan staff unit it adalah seramai 3 orang sahaja dan diketuai oleh seorang
pengurus it , sementara pecahan staff adalah seperti berikut :
dua orang penolong jurutera.
seorang penolong pegawai teknologi maklumat.
2
Pembahagian tugas adalah seperti berikut:
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat:
1. Menyelenggara dan memastikan setiap server dalam keadaan baik.
2. Mengemaskini setiap perisian server.
3. Mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan server supaya tidak
mudah diserang.
4. Mengemaskini isi kandungan website fakulti.
5. Membangunkan sistem untuk kegunaan fakulti.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain mengikut arahan dari masa ke semasa.
Penolong Jurutera.
1. Menyelenggara dan memastikan setiap wifi di fakulti berfungsi dengan
baik.
2. Memastikan setiap rangkaian talian internet berfungsi dengan baik.
3. Melaporkan setiap kerosakan yang berkaitan rangkaian kepada pihak CICT.
4. Membantu menjaga makmal pengajaran dan pembelajaran.
5. Melaksanakan tugas-tugas lain mengikut arahan dari masa ke semasa.
1.3 BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT.
3
Penolong pegawai teknologi maklumat di FKE dipertanggungjawabkan untuk
memastikan setiap server yang berada di unit it sentiasa berada dalam keadaan baik dan
mampu dicapai pada bila-bila masa. Disamping itu juga beliau ditugaskan untuk melihat
apa-apa sahaja kelemahan yang boleh diatasi dengan menggunakan teknologi IT.
Hasil dari perbincangan bersama dalam jawatankuasa kerja IT terdapat beberapa perkara
yang perlu diatasi oleh pihak unit it dan diantaranya adalah seperti berikut:
Masalah data yang dipaparkan pada website FKE tidak sentiasa
dikemaskini.
Masalah link pada website FKE yang banyak tidak berfungsi.
Proses kemaskini website yang tidak seragam dimana paparan utama
menunjukkan info yang baru tetapi halaman yang seterusnya masih
memaparkan info yang lama.
Website FKE tidak mesra pengguna.
Proses kemaskini data yang masih menggunakan cara lama dimana info
dimasukkan secara koding website dan hanya melalui penolong pegawai
teknologi maklumat untuk memasukkan info tersebut.
Data staff yang tidak dikemaskini.
Bagi memastikan setiap projek pembangunan website sistem dapat digunakan secara
maksimum dan berkesan maka latihan akan disertakan sekali apabila projek pembangunan
website tersebut siap (rujuk Lampiran A).
4
BAB 2: MEMBANGUNKAN CMS WEBSITE UNTUK FKE
2.1 PENGENALAN PROJEK WEBSITE FKE
Website FKE merupakan media utama untuk pihak fakulti menyalurkan maklumat
kepada orang ramai terutamanya golongan sasaran iaitu bakal-bakal pelajar yang
berpotensi untuk melanjutkan pelajaran di FKE.
2.2 LATAR BELAKANG MASALAH.
Website FKE pada asalnya adalah tidak begitu mesra pengguna dimana setiap kali
pihak fakulti ingin mengemaskini website ia perlu melalui Pengurus IT ataupun
Pen.Pegawai Tek.Maklumat untuk melaksanakan tugas tersebut dan ini akan menyukarkan
dan setiap kali proses ini dilakukan akan berlaku kesalahan dan hasilnya paparan website
FKE perlu dibetulkan berulang-kali dan ini akan memberi gambaran tidak baik terhadap
fakulti.
Disamping itu juga setiap kali ada perubahan pada info di website FKE, proses itu
berjalan dengan lambat dan menyusahkan.
Bagi mengatasi masalah ini maka website FKE berasaskan CMS ( Content
Management System ) dicadangkan untuk digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.
2.3 MATLAMAT.
Website FKE yang memenuhi keperluan semua peringkat staff di peringkat Fakulti
diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam
mengisi maklumat terkini di website FKE dan ianya adalah mesra pengguna. Disamping
itu juga website FKE dapat diakses menggunakan pelbagai gajet-gajet terkini seperti
smartphone,tablet dan lain-lain gajet yang sesuai untuk memaparkan website FKE.
5
2.4 OBJEKTIF.
Objektif utama pembangunan website ini adalah seperti berikut:-
Menyediakan satu platform website yang “user friendly” dan mudah
digunakan oleh semua staff FKE yang terlibat secara langsung dengan proses
mengemaskini website.
2.5 SKOP PROJEK
Website FKE ini di bangunkan dengan menggunakan teknologi CMS ( content
management system ) dan mempunyai beberapa skop yang telah ditetapkan mengikut
kategori keperluan pengguna.Setiap pengguna dibezakan mengikut keperluan dan
tanggungjawab.
Kategori pengguna adalah seperti berikut:
I. Pentadbir sistem website FKE.
a. Mempunyai akses sepenuhnya ke sistem website FKE.
b. Boleh mewujudkan atau mengubah kategori setiap info.
c. Boleh menapis info yang akan di paparkan.
d. Boleh delete info yang tidak berkenaan.
II. Pengguna berdaftar
a. Dapat akses ke halaman yang bersifat “private” seperti contoh halaman
khas dan hanya untuk paparan info pengguna tersebut sahaja.
b. Dapat akses ke halaman khas yang mempunyai info-info yang khas dan
berkaitan dengan FKE.
III. Pengguna biasa ( pelajar dan orang awam )
a. Dapat akses ke semua halaman yang memaparkan info dan tidak
memerlukan register dan login ke halaman tersebut.
6
2.6 KEPENTINGAN PROJEK WEBSITE FKE
Kepentingan untuk membangunkan website FKE adalah supaya dapat memberikan
kemudahan yang dapat memberi manafaat kepada semua yang terlibat. Disini dapat
dibahagikan kepada tiga kepentingan projek ini.
1. Pentadbir sistem website FKE dan mereka yang dilantik untuk mengemaskini
website
a. Dapat menjimatkan masa mereka bagi memproses dan memaparkan
maklumat terkini. tanpa sebarang halangan dan kekangan.
b. Dapat update info di mana-mana sahaja mereka berada.
c. Dapat kelaskan info mengikut kategori info tersebut.
2. Pengguna biasa ( pelajar dan orang awam )
a. Dapat info terkini dari website FKE.
2.7 INOVASI YANG DILAKSANAKAN PADA WEBSITE FKE
Gambarajah 1:
Paparan website FKE untuk paparan biasa website menggunakan komputer.
7
Gambarajah 2: Paparan website FKE pada paparan telefon pintar.
Gambarajah 3: Ruangan Info terkini yang boleh dikemaskini oleh sesiapa sahaja yang dilantik.
8
2.8 CABARAN UNTUK MENYIAPKAN WEBSITE FKE
Terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi diatasi bagi menjayakan projek
membangunkan website FKE dan diantaranya adalah seperti berikut:
Cabaran bagi menghasilkan website FKE:
Merekabentuk CSS (Cascading Style Sheets) template yang serasi dengan
paparan bagi paparan di Ipad , Samsung Tablet , Samsung Smartphones dan
juga komputer dengan paparan resolusi minimum 1280 x 960.
Menentukan agar saiz text adalah seragam , warna latar belakang yang
sesuai dan juga kedudukan info yang seragam dan tidak bertindih apabila
dipaparkan pada platform paparan gajet peranti yang berbeza-beza.
Memastikan agar semua pelayar internet ( web browser ) dapat
memaparkan website FKE mengikut template yang disediakan dan tidak
berbeza antara satu sama lain.
Menambah fungsi yang diperlukan untuk website FKE memenuhi
keperluan yang telah diminta oleh pihak fakulti.
Cabaran untuk melatih staff menggunakan sistem CMS website FKE:
Melatih staff yang terpilih bagi menggunakan sistem CMS website FKE
dan ia perlu dilakukan secara sistematik dan teratur agar setiap staff yang
terpilih dapat menguasai cara untuk mengemaskini website FKE dengan
lebih cekap lagi disamping dapat mengelakkan sebarang kesalahan semasa
melaksanakan proses mengemaskini data website FKE.
9
2.8.1 MASA UNTUK MENYIAPKAN PROJEK WEBSITE FKE.
Di bawah adalah jadual masa yang diperlukan bagi menyiapkan projek website FKE:
Bil Masa Kaedah Catatan
1 Disember 2012 Perbincangan bersama
pengurus IT
berkenaan kaedah
yang diperlukan bagi
mengantikan website
lama FKE
beberapa kaedah dipilih samaada
menggunakan website disediakan oleh
Web Team UTM atau bangunkan
website sendiri mengikut garis
panduan yang diberikan oleh UTM.
2 Januari 2013 Perbincangan bersama
AJK Kerja IT FKE
bagi menentukan jenis
template dan website
FKE akan
dibangunkan samaada
menggunakan
platform
wordpress,drupal
ataupun joomla.
AJK Kerja IT FKE dengan sebulat
suara memilih untuk membangunkan
website FKE menggunakan wordpress.
3 22hb Januari 2013
hingga
3hb Februari
2013
Perbincangan
diadakan bersama PA
Dekan, PA
Timb.Dekan dan
kerani yang terlibat
dengan website FKE
tujuan perbincangan ini adalah untuk
mendapatkan maklumat berkaitan user
requirement dan juga menentukan jenis
rekabentuk website agar sesuai dengan
keperluan FKE
4 4hb Februari 2013
hingga
25hb Julai 2013
Proses pembangunan
website FKE
dilaksanakan bersama
Dr. Kamaludin bin
Mohd Yusof .
pecahan website yang perlu disiapakan
adalah seperti berikut:
website untuk kegunaan
makmal-makmal.
website untuk kegunaan
jabatan-jabatan di
fakulti.
menyediakan template
10
website yang seragam
bagi kegunaan semua
research group website.
5 15hb Ogos 2013 sesi menguji website
yang dibangunkan
bersama staff-staff
yang terpilih
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti
dan perlu dilakukan pembaikan dan
juga penambahbaikan.
6 18 & 19
November 2013
Bengkel
Mengemaskini
Website Fakulti telah
diadakan di Makmal
Komputer, aras 2,
Blok P19a.
7 Oktober 2016 -
sekarang
Rebranding semula
website FKE dan
dikelolakan oleh
Pengurus Faksiliti
FKE
BAB 3 : MEMBANGUNKAN SISTEM COIS.
11
3.1 PENGENALAN.
Sistem COIS ( Course Outline Information System ) dibangunkan bersama dengan
Dr.Kamaludin bin Mohd Yusof dan tujuannya adalah untuk mewujudkan satu sistem
berasaskan web yang mampu menjana pelbagai laporan yang boleh digunakan untuk
menilai dan mengukur prestasi utama kursus, program dan juga pencapaian pelajar.
3.2 OBJEKTIF.
Menyediakan dan mencetak Course Outline untuk kursus secara online.
Untuk merekabentuk sistem untuk pengumpulan data yang sistematik untuk
individu kad laporan Course Outcomes (CO) dan Programs Outcomes(PO).
Membangunkan platform dan pangkalan data untuk menyimpan semua penilaian
dan pengukuran prestasi kursus untuk setiap semester.
3.3 SKOP
Sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Linux Apache Mysql
dan php.
Sistem ini dianggap kerja-kerja sebagai pelayan data bebas dalam rangkaian secara
intranet.
Pengantaramukaan penulisan skrip daripada php kod dan tidak melibatkan
algoritma pengiraan tinggi
3.4 KEPERLUAN SISTEM.
Standard server: 3GHz intel quadcore, 32MB RAM, 2TerraB Harddisk
Platform: Centos open source platform(linux based)
Mysql for database and Phpmyadmin is for code development
Apache web server software
3.5 REKABENTUK SISTEM COIS
12
Main frame untuk sistem COIS seperti dipaparkan di Gambarajah 7
Gambarajah 7
13
Gambarajah 8.
14
Gambarajah 9.
15
Course Learning Outcomes Program OutcomesName CLO1 CLO2 CLO3 CLO4 PO1 PO3 PO5Ali 0.65 0.65 0.65 0.65 0.65 0.65 0.65Bakhtiar 0.68 0.66 0.65 0.68 0.67 0.66 0.67Chong 0.67 0.67 0.65 0.30 0.67 0.66 0.48Krishnan 0.75 0.70 0.65 0.65 0.73 0.68 0.65Mahmood 0.72 0.65 0.70 0.66 0.69 0.68 0.68
• • • • • • • •• • • • • • • •• • • • • • • •
Zainal 0.59 0.70 0.80 0.65 0.65 0.75 0.73Average KPI Score 0.68 0.67 0.68 0.60 0.67 0.68 0.64
Table 1: Example of individuals CLO and PO scoring of Course
Name: Ali bin AbuCourse PO1 PO2 PO.. PO.. PO.. PO11 PO12SEE 1003 0.40 0.50 • • • 0.78 0.9SEE 1023 0.65 • • •
SEE 1123 0.85 • • • 0.55SEE 2063 0.70 0.75 • • • 0.65
• • • • • • • •
• • • • • • • •
• • • • • • • •
SEE4123 0.50 • • • 0.8Average KPI Score 0.56 0.70 • • • 0.67 0.78
Table 2: Individual POs
Program SEE Cohort 2010/2011Name PO1 PO2 PO.. PO.. PO.. PO11 PO12Ali bin Abu 0.56 0.70 • • • 0.67 0.78Aminah 0.64 0.55 • • • 0.7 0.8
• • • • • • • •
• • • • • • • •
• • • • • • • •
Zainal 0.7 0.8 • • • 0.64 0.55Average KPI Score 0.63 0.68 • • • 0.67 0.71
Table 3: Program POs Scoring use for PRR report
16
3.6 KEPENTINGAN DAN TUJUAN PENGHASILAN SISTEM COIS
Sistem berasaskan web daripada ODE dibangunkan bagi menyokong keperluan
EAC dan ia boleh digunakan untuk memantau prestasi pelajar dengan menjana individu
kad laporan PO.
3.7 REKABENTUK SISTEM COIS
Gambarajah 10:
17
Diatas merupakan paparan muka hadapan website sistem COIS
Gambarajah 11: Paparan untuk masuk data selepas login ke sistem COIS
18
3.8 MASA UNTUK MENYIAPKAN PROJEK COIS.
Di bawah adalah jadual masa yang diperlukan bagi menyiapkan projek COIS.
Bil Masa Kaedah Catatan
1 7hb Januari 2014 Perbincangan bersama Assoc.
Prof. Dr. Naziha bt Ahmad Azli
(Academic Manager
Undergraduate Programs)
perbincangan untuk
mendapatkan gambaran
awal rekabentuk sistem
COIS secara online.
2 13hb Januari 2014
hingga
26hb Jun 2014
Proses pembangunan website
COIS dilaksanakan bersama
Dr. Kamaludin bin Mohd Yusof
3 13hb Julai 2014 Sesi menguji sistem COIS
bersama Assoc. Prof. Dr. Naziha
bt Ahmad Azli
(Academic Manager
Undergraduate Programs)
memenuhi spesifikasi yang
diminta oleh stakeholder
dan boleh digunakan.
19
BAB 4 ; MENGEMASKINI WEBSITE FKE.
4.1 PENGENALAN .
Proses mengemaskini website FKE dijalankan bagi tujuan memastikan setiap info
yang ada dapat diakses dengan mudah dan tersusun mengikut kategori info tersebut.
4.2 OBJEKTIF.
Untuk memudahkan maklumat website FKE diakses oleh pelajar dan
orang awam.
Memastikan setiap maklumat adalah sentiasa dikemaskini.
4.3 MATLAMAT.
Bagi membantu UTM mencapai kedudukan Ranking Webometrics yang
terbaik dari kalangan seluruh universiti di Malaysia dan juga di dunia.
Menjadikan website FKE sebagai sumber rujukan utama untuk
mendapatkan segala info yang berkaitan FKE.
20
4.4 GERAK KERJA YANG TELAH DILAKSANAKAN.
Menyusun bahagian utama Dropmenu mengikut kategori info.
Memaparkan error page 404 dengan email bagi memudahkan orang awam
menghubungi bagi memaklumkan sebarang halaman yang tidak boleh diakses.
Dibawah adalah contoh email yang pernah dihantar kepada Admin website
FKE bertanyakan berkenaan pautan halaman website FKE
21
4.5 KEDUDUKAN SEMASA RANKING WEBSITE FKE
Dari Graf Bar diatas menunjukkan kedudukan semasa ranking webometrics website FKE
dan untuk kedudukan terkini setakat bulan Jun 2014 , FKE berada pada kedudukan
nombor 5 daripada 70 PTJ di UTM.
22
4.7 ANUGERAH YANG DIPEROLEHI.
Dibawah adalah salinan dari website Citra Karisma 2011 di mana FKE telah
berjaya memperolehi anugerah webometric UTM bagi tahun 2010
23
Citra Karisma 2015
24
4.8 PAPARAN TERKINI WEBSITE FKE 2017
Di bawah adalah paparan terkini website FKE yang mengabungkan keseluruhan website jabatan dan juga website makmal dibawah satu platform website bagi memudahkan admin website menguruskan dari segi update dan juga keselamatan tetapi masih mengekalkan paparan admin website jabatan dan juga makmal yang sama
25