sk kem tentera
DESCRIPTION
skTRANSCRIPT
SK KEM TENTERA, SANDAKAN
2 JANUARI-22 JANUARI 2013
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU DAN GURU
PENYAYANG TAHUN 2013
SK KEM TENTERA, SANDAKAN
2 JANUARI-22 JANUARI 2013
Program Transisi dan Guru Penyayang telah dilancarkan pada awal sesi
persekolahan Tahun 2001. Program ini telah berjaya mencapai beberapa
matlamat yang diharapkan terutamanya dalam inovasi pengurusan di bilik
darjah. Program ini juga dilakukan bagi membantu murid menghadapi
perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke
pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Malahan, ia membolehkan
murid menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
dalam masa yang singkat.
Program Transisi juga meningkatkan minat dan semangat murid untuk
datang ke sekolah pada masa hadapan. Ini sekaligus dapat mengembangkan
sosio-ekonomi dalam persekitaran pembelajaran yang formal. Diharapkan agar
Program Transisi dan Guru Penyayang dapat diteruskan pada masa-masa akan
datang agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan direalisasikan.
PENGENALAN
TUJUAN PROGRAM
Memperkembangkan sosio-ekonomi dan menyesuaikan diri dalam
persekitaran pembelajaran yang formal.
Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut Sukatan
Pelajaran Tahun 1.
Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hamper sama untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan
pengalaman serta dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Membantu murid menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
Menyepadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih
formal di Tahun 1.
Murid-murid yang masuk ke Tahun 1 datang dari pelbagai latar belakang dan
pengalaman yang berbeza. Faktor ini menimbulkan banyak perbezaan di
kalangan mereka yang telah memberi kesan yang berterusan.
Perbezaan umur antara murid Tahun 1.
Kebolehan mereka memberi perhatian.
Kesediaan untuk belajar (perbezaan pengalaman prasekolah, fizikal,
latar belakang keluarga).
Pengetahuan dan kemahiran-= perbezaan kecekapan sosio-emosi
perkembangan psikologi (keyakinan diri: takut, bimbang, rasa tidak
selamat).
RASIONAL
JAWATAN PENASIHAT
PENASIHAT PUAN AINIE BT HJ OMAR
PENGERUSI ENCIK CHARLES PINDAH
NAIB PENGERUSI PUAN ZAITON BT HJ.OSMAN KHAN
NAIB PENGERUSI ENCIK HASNI ASTAN
NAIB PENGERUSI PUAN SITI ROSIAH ABD HAMID
PENYELARAS TAHUN 1 PUAN MARIANI
SETIAUSAHA CIK BIBIANNA ANAK ATONG
AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU TAHUN SATU, 2013
JAWATANKUA
SA PROGRAM
TRANSISI DAN
GURU
PENYAYANG
TAHUN SATU,
2013
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Minggu 1 (02.01.2013-04.01.2013)
Bil
Masa/ HariRabu(02.01.2013)
Aktiviti Tempat Tindakan Catatan
1 12.45-01.45 ptg
1.Taklimat Program:Ucapan guru disiplin, guru SPBT dan Pen.Kanan Petang.
2. Pembahagian tag nama
Dataran perhimpunan
Pen.Kanan Petang, unit Disiplin, Guru SPBT, AJK Program
Perihal sekolah, disiplin dan peraturan sekolah, hal berkaitan buku teks.
2 01.45-02.50 ptg
3.Pengurusan kelas:- Tatacara keluar dan masuk kelas, adab sapa guru, ucapan bertatasusila nyanyian lagu tema.
Kelas Guru MP Menyemai nilai murni.
3 02.50-03.00 ptg
4.Tatacara pergi ke kantin dan semasa berada di kantin.
Kantin Guru MP Menyemai sikap bertatasusila.
03.00-03.20 ptg
Waktu Rehat Kantin Kump.guru bertugas
Menyelia disiplin murid.
4 03.20-04.20 ptg
5. Melawat kawasan sekolah:-Bangunan-bangunan fizikal sekolah.
-Tandas murid-Bilik guru-Bilik PKP, PK Kokum-Bilik darjah-Pejabat Am
Guru MP Mengetahui kedudukan dan fungsi bangunan-bangunan fizikal di sekolah.
-Pejabat GB5 04.20-
05.00 ptg6. Nyanyian:-Lagu Negaraku dan lagu Negeri Sabah
Kelas Guru MP Mengetahui lagu kebangsaan dan Negeri Sabah.
6 05.00-05.20 ptg
7.Perhimpunan harian:-Minggu pertama sesi persekolahan 2013
Dataran perhimpunan
Semua guru
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Bil
Masa/ Hari Khamis(03.01.2013)
Aktiviti Tempat Tindakan Catatan
1 12.45-01.00 ptg
1.Nyanyian lagu Negaraku Dataran Perhimpunan
Guru Kelas
2 01.00-01.30 ptg
2. Segmen sihat “Mari Bersenam”.
Dataran perhimpunan
Guru Kelas Cara hidup sihat
3 01.30- 02.00 ptg
3. Taklimat tentang peraturan berada di pusat sumber sekolah dan fungsinya.
Dataran perhimpunan
Guru PSS Mendedahkan murid kepada peranan dan fungsi pusat sumber.
4 02.00- 02.50 ptg
4. Kenali rakan, nyanyian lagu tema dan asas huruf.
Kelas Guru MP Celik huruf.
5 02.50-03.00 ptg
5. Tatacara pergi ke kantin dan semasa berada di kantin.
Kantin Guru MP Menyemai sikap bertatasusila.
03.00-03.20 ptg
Waktu Rehat Kantin Kump.Guru Bertugas
Menyelia disiplin murid.
6 03.20-04.20 ptg
6. Semaian Wahyu Dataran perhimpunan
Semua guru Pend. Islam
Pengisian rohani.
7 04.20-05.00 ptg
7. Nyanyian- lagu Negaraku, negeri Sabah dan lagu sekolah.
Kelas Guru MP Mengetahui lagu kebangsaan,
negeri dan sekolah.
8 05.00- 05.20ptg
8.Perhimpunan harian minggu pertama sesi persekolahan 2013.
Dataran Perhimpunan
Kump.Guru Bertugas
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Bil
Masa/ Hari Jumaat(04.01.2013)
Aktiviti Tempat Tindakan Catatan
1 12.45-01.00 ptg
1.Nyanyian lagu Negaraku
Dataran Perhimpunan
Guru Kelas
2 01.00-01.30 ptg
2. Segmen sihat “Mari Bersenam”.
Dataran perhimpunan
Guru Kelas Cara hidup sihat
3 01.30- 02.30 ptg
3. Dinamika kumpulan Dataran perhimpunan
Guru kelas, Guru MP
Memupuk sikap berani, membina hubungan di kalangan murid, menyediakan minda murid mengikut aktiviti di sekolah.
4 02.30- 02.50 ptg
4.Pengurusan kelas:-Fizikal bilik darjah, asas nombor.
Kelas Guru MP Celik nombor.
5 02.50-03.00 ptg
5. Tatacara pergi ke kantin dan semasa berada di kantin.
Kantin Guru MP Menyemai sikap bertatasusila.
03.00-03.20 ptg
Waktu Rehat Kantin Kump.Guru Bertugas
Menyelia disiplin murid.
6 03.20-04.20 ptg
6.Penerangan keselamatan diri dalam kelas dan kawasan sekolah, larangan membawa barangan tertentu.
Kelas Guru MP Keselamatan diri di sekolah.
7 04.20-05.00 ptg
7. Nyanyian lagu kanak-kanak.
Kelas Guru MP Melahirkan perasaan gembira semasa berada di sekolah.
8 05.00- 05.20ptg
8.Perhimpunan harian minggu pertama sesi persekolahan 2013.
Dataran Perhimpunan
Kump.Guru Bertugas
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Minggu 2 (07.01.2013-11.01.2013)
Bil
Masa/ HariIsnin(07.01.2013)
Aktiviti Tempat Tindakan Catatan
1 12.45-01.00 ptg
1.Nyanyian lagu “Negaraku” Dataran perhimpunan
Guru Kelas
2 01.00-01.30ptg
2.Tayangan gambar Dataran perhimpunan
Guru kelas Kisah teladan
3 01.30-02.00 ptg
3. Dataran perhimpunan-Suai kenal semua guru bersama murid Tahun 1.
Dataran perhimpunan
Semua guru Membina hubungan murid dengan guru.
4 02.00-02.30ptg
4. Tanggungjawab terhadap sekolah serta nilai-nilai murni, penerangan jadual waktu.
Dataran perhimpunan
Guru bimbingan dan kaunseling.Guru kelas.
Menyemai sikap tanggungjawab murid terhadap sekolah.
5 02.30-03.00ptg
5.Asas jawi. Kelas Guru Pend.Islam
Celik Jawi
03.00-03.20 ptg
Waktu Rehat Kantin Kump.Guru bertugas
Menyelia disiplin murid.
6 03.20-04.20 ptg
6.Dinamika kumpulan besar. Dataran perhimpunan
Guru kelasGuru MP
Memupuk asas bekerjasama dan hubungan mesra.
7 04.20-05.00 ptg
7. Pengurusan kelas:Adab sapa guru, amalan kutip sampah, kebersihan kelas, nilai-nilai murni.
Kelas Guru MP Menyemai sikap menghormati guru dan amalan menjaga kebersihan.
8 05.00-05.20 ptg
8. Perhimpunan harian minggu pertama sesi persekolahan 2013.
Dataran perhimpunan
Kump.guru bertugas.
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
BIL MASA/ HARI SELASA (8.1.2013)
AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN CATATAN
1 12.30-1.00 ptg
1.Pelajar Tahun 1 berbaris untuk masuk ke kelas masing-masing.2.Mengambil kehadiran murid.
Kelas Guru kelas Memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan bersedia.
2 1.00-2.00 ptg
TEMA; -BAHASA MELAYU = ASAS HURUF
3.Mengenal asas huruf, contoh:
A = a, B=b, C= c….
5. Membezakan huruf konsonan dan huruf vokal.
6. Menyanyi lagu ABC.
Contoh tugasan;Pelajar diminta untuk memadankan huruf besar dan kecil di dalam buku latihan masing-masing.
Kelas Guru MP Mendedahkan pelajar kepada asas huruf.
3 2.00-3.00 ptg
TEMA;-MATEMATIK= ASAS NOMBOR
7. Mengenal asas nombor, contoh 1-10.
Tugasan;8. Pelajar melukis gambar di dalam buku latihan berdasarkan kiraan nombor, contoh;
Kelas Guru MP Mampu mengira dan membezakan nombor-nombor asas.
3.00-3.20 ptg
WAKTU REHAT Kantin Kump. Guru Bertugas
Menyelia disiplin murid.
4. 3.20-4.20 ptg
TEMA;-DUNIA MUZIK- LAGU “SAYA PERGI SEKOLAH”
9. Pelajar menyanyikan lagu “Saya pergi sekolah” secara beramai-ramai di kelas.
10. Lirik;
Bangun pagi,Gosok gigi,Cuci muka,Pakai baju,Minum susu,Makan roti,Saya pergi sekolah.
Kelas Guru MP Menyemai sikap sayangkan sekolah.
5. 4.20-5.00 ptg
TEMA;-Pendidikan Jasmani- Pergerakan Haiwan
11. Pelajar melakonkan cara pergerakan haiwan di kelas, contoh;
Katak=melompatBurung= terbang
Kelas Guru MP
6. 5.00-5.20 ptg 12.Perhimpunan harian. Dataran perhim-punan
Guru bertugas, guru MP
Menyemai disiplin murid
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
BIL MASA/ HARI RABU(9.1.2013)
AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN CATATAN
1 12.30-1.00 ptg
1.Pelajar Tahun 1 berbaris untuk masuk ke kelas masing-masing.2.Mengambil kehadiran murid.
Kelas Guru kelas Memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan bersedia.
2 1.00-2.00 ptg
TEMA;-BAHASA INGGERIS= “All About Me”.
3. Memperkenalkan diri dengan rakan-rakan menerusi aktiviti dinamika kumpulan. Contoh;
Hello, I am _________. I am 7 years old.
4. Membuat tugasan bertulis berdasarkan aktiviti dinamika berkumpulan, contoh;
Kelas Guru MP Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar.
3 2.00-3.00 ptg
TEMA;-DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI =BENDA HIDUP
Kelas Guru MP Membezakan benda hidup dan benda
DAN BENDA BUKAN HIDUP
5.Pelajar menamakan benda yang diklasifikasikan sebagai benda hidup dan bukan hidup menerusi dinamika kumpulan. Contoh;
Benda hidup
Benda bukan hidup
Haiwan MejaManusia Batu
bukan hidup.
. 3.00-3.20 ptg WAKTU REHAT Kantin Kump. Guru Bertugas
Menyelia disiplin murid.
4. 3.20-4.20 ptg TEMA;-DUNIA SENI VISUAL- SEKOLAHKU
Tugasan;-6. Pelajar melukis gambar sekolah.
Kelas Guru MP Memupuk kreativiti dan imaginasi di kalangan murid.
5. 4.20-5.00 ptg TEMA;-DUNIA MUZIK- “KALAU RASA GEMBIRA”
7.Pelajar menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai.
Lirik (rangkap pertama)-
Kalau rasa gembira tepuk tangan(2x),Kalau rasa gembira,Beginilah caranya,Kalau rasa gembira,Tepuk tangan.
Kelas Guru MP Melatih pelajar untuk menyanyi mengikut tempo dan irama lagu.
6. 5.00-5.20 ptg 8.Perhimpunan harian. Dataran perhim-
Guru bertugas,
Menyemai disiplin murid
punan Guru MP
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
BIL MASA/ HARI KHAMIS (10.1.2013)
AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN CATATAN
1 12.30-1.00 ptg
1.Pelajar Tahun 1 berbaris untuk masuk ke kelas masing-masing.2.Mengambil kehadiran murid.
Kelas Guru kelas Memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan bersedia.
2 1.00-2.00 ptg
TEMA;-BAHASA MELAYU= BUNYI HAIWAN
3.Mengecam jenis-jenis bunyi haiwan.4.Mengajuk bunyi.5.Mengeja nama haiwan, contoh:
a+yam= ayamlem+bu = lembu
Tugasan bertulis:6. Mengeja dan menulis nama haiwan di dalam buku latihan.
Kelas Guru MP Memperkenalkan bunyi kepada murid.
3 2.00-3.00 ptg
TEMA;-PENDIDIKAN KESIHATAN= KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA
Aktiviti perbincangan/ dinamika kumpulan:
7. Murid menyenaraikan langkah-langkah yang patut diambil daripada tindakan-tindakan berikut, contoh:
Cabaran Langkah-langkah
Tingkap kotor
Mengelap tingkap
Meja guru bersepah
Mengemas kembali meja guru yang bersepah
Kelas Guru MP Melatih pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan kebersihan kelas.
4. 3.00-3.20 ptg
WAKTU REHAT Kantin Kump. Guru Bertugas
Menyelia disiplin murid.
5. 3.20-4.20 ptg
TEMA;-PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL- KISAH TELADAN
8.Contoh,Sila pilih tindakan yang betul:
i)Mengambil dan menyimpan dompet yang dijumpai.
ii) Menyerahkan dompet yang dijumpai kepada pihak polis.
Kelas Guru MP Memupuk sifat-sifat murni di kalangan murid.
6. 4.20-5.00 ptg
TEMA;-MATEMATIK-MENGENAL HARI DALAM MINGGU
Kelas Guru MP Mengenal hari dalam minggu.
9.Mengenal pasti hari dalam minggu, contoh:
Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.
6. 5.00-5.20 ptg
10.Perhimpunan harian. Dataran perhim-punan
Guru bertugas,Guru MP
Menyemai disiplin murid.
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
BIL MASA/ HARIJumaat(11.1.2013)
AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN CATATAN
1 12.30-1.00 ptg
1.Pelajar Tahun 1 berbaris untuk masuk ke kelas masing-masing.
2.Mengambil kehadiran murid.
Kelas Guru kelas Memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan bersedia.
2 1.00-2.00 ptg
TEMA;-BAHASA INGGERIS= GREETINGS
3.Pelajar dilatih untuk mengamalkan kata-kata sapaan yang baik, contoh;
i)Thank you.ii)Good afternoon.iii)You are welcome.iv)Hello!v)How are you?
Kelas Guru MP Menyemai sifat berbudi bahasa di kalangan murid
3 2.00-3.00 ptg
TEMA:-DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI- PEMAKANAN YANG BAIK
Kelas Guru MP Mengamalkan pemakanan yang sihat dalam
Dinamika kumpulan;4.Pelajar menamakan jenis makanan yang baik dan tidak kepada tubuh badan.
Makanan yang berkhasiat
Makanan yang tidak berkhasiat
Buah-buahan Minuman berkarbonat
Sayur-sayuran
Gula-gula
kehidupan.
4. 3.00-3.20 ptg
REHAT Kantin Guru MP, guru bertugas
Menyelia disiplin murid
5. 3.20-5.0.0 ptg
TEMA;-PENDIDIKAN KESIHATAN;- “KEBERSIHAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
5.Pelajar berkumpul di dewan mengikut kelas.
6.Pelajar mendengar sedikit penerangan tentang keselamatan diri sewaktu melakukan gotong-royong.
7.Pelajar diagihkan tempat mengikut kelas, contoh:-
i) Kantin sekolah- kelas 1Aii)Dataran perhimpunan- kelas 1Biii)Persekitaran kelas tahun 1- kelas 1Civ)Persekitaran bilik guru- kelas 1Dv)Persekitaran kelas tahun 2D dan 2E- kelas 1E
Kelas Guru MP, Guru kelas
Melatih pelajar supaya menjaga kebersihan sekolah
6. 5.00-5.20 ptg
8.Perhimpunan harian. Dataran perhim-punan
Guru bertugas,Guru MP
Menyemai disiplin murid.
JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Minggu ke-3 dan ke-4 (14-22 Januari 2013)
HARI AKTIVITI CATATANIsnin – Selasa(14-15 Januari)
Ulangkaji untuk persediaan diagnostic LINUS TAHUN 1 2013.
Guru M.P
Rabu –Selasa(16-22 Januari
Diagnostik LINUS Guru M.P
Genap tanggal 2 Januari, seramai 174 murid
telah mendaftarkan diri di SK Kem Tentera bagi
tahun 2013. Pelbagai gelagat murid dan ibu bapa
dapat dilihat pada hari tersebut. Seperti tahun-
tahun yang lalu, pihak SK Kem Tentera telah
mengadakan Program Transisi yang bertemakan
Program Transisi Tahun Satu dan Guru Penyayang 2013. Pelbagai aktiviti telah
dilakukan sepanjang minggu transisi yang telah bermula pada 2-22 Januari
2013. Pada tahun ini, Program Transisi telah berlangsung selama 3 minggu
yang meliputi Ujian Diagnostik LINUS Tahun 1.
Program Transisi pada tahun ini tidak jauh bezanya dengan sebelum ini.
Aktiviti seperti lawatan sekitar sekolah turut diteruskan bagi membolehan para
L A P O R A N P E N U H P R O G R A M T R A N S I S I D A N G U R U P E N Y A Y A N G
pelajar untuk mengetahui kedudukan serta fungsi bagi setiap bangunan fizikal
yang terdapat di SK Kem Tentera. Malahan, mereka turut dilatih untuk
mengamalkan gaya hidup sihat melalui segmen “Mari Bersenam” yang
diadakan hampir setiap hari. Segmen ini dilakukan oleh guru-guru kelas di
dataran perhimpunan mengikut giliran masing-masing.
Aktiviti yang lebih menjurus kepada akademik seperti Taklimat Pusat
Sumber serta pengisian rohani menerusi program “Semaian Wahyu” turut
tidak ketinggalan. Pengertian program turut diisi dengan Taklimat Disiplin. Para
pelajar telah diberi sedikit penerangan serta taklimat tentang disiplin dan
keselamatan diri di kelas dan sekolah. Ia bermatlamat untuk mendedahkan
murid kepada keselamatan diri semasa berada di kawasan sekolah. Para
pelajar diberi peringatan untuk tidak membawa barangan terlarang seperti
pisau lipat, alat permainan dan sebagainya.
Selain itu juga, Program Transisi dan Guru Penyayang turut merangkumi
aktiviti yang berbentuk dinamika kumpulan. Aktiviti ini kelihatan berjaya
dengan bantuan guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Para pelajar bukan
sahaja dapat bermain di dalam kumpulan tetapi dapat bergaul sesama rakan.
Mereka dilatih untuk memperkenalkan diri dengan cara beradab di dalam
kumpulan masing-masing. Malahan, mereka diberi pendedahan untuk
mempraktikkan sifat kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Perbezaan aktiviti dalam dinamika kumpulan menyebabkan para pelajar
sentiasa tertunggu-tunggu akan program ini. Ini menyebabkan guru-guru
sentiasa bersemangat untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru bagi
tahun 2013.
Program ini juga menjadi salah satu landasan bagi ibu bapa untuk lebih
peka kepada perubahan kurikulum. Pada 8 Januari 2013, satu Taklimat KSSR
dan LINUS telah dikelolakan oleh Cik Bibianna dan Pn.Hafsa Chamando.
Program ini bermatlamat untuk membantu ibu bapa supaya lebih mengenali
KSSR dan LINUS yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Seramai 132 ibu bapa telah menghadirkan diri pada taklimat
tersebut. Pada tahun ini juga telah memperlihatkan kehadiran ibu bapa yang
sangat mengalakkan. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa turut tidak mahu
ketinggalan dalam mengikuti perkembangan sekolah dan pendidikan di negara
kita.
Program ini turut dikembangkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut tema bagi setiap mata pelajaran. Setiap tema dan
bentuk aktiviti telah dirangka oleh guru mata pelajaran masing-masing di kelas.
Ini membolehkan para pelajar untuk menyesuaikan diri kepada alam
persekolahan dan bentuk pembelajaran yang formal. Seperti saranan dari
pihak kementerian, pihak sekolah turut melakukan Ujian Diagnostik LINUS bagi
pelajar-pelajar Tahun Satu. Mereka diuji dengan literasi dan numerasi
mengikut kemahiran masing-masing. Menerusi Ujian Diagnostik ini juga, para
pelajar dapat dinilai untuk pengagihan kelas mengikut kemampuan mereka.
Ujian ini telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 16 hingga 22 Januari
2013.
Secara keseluruhannya, Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun
Satu bagi 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun, pada awalnya
program ini kelihatan agak kelam-kabut kerana percanggahan jadual bagi
sesetengah guru, namun ia tidak menghalang program ini daripada diteruskan
sehingga ke minggu keempat. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan
pada masa akan datang.
LAMPIRANLAMPIRAN
LAMPIRAN
AGENDA TAKLIMAT KSSR, LINUS TAHUN SATU SATU 2013
12.50 Ketibaan ibu bapa/penjaga murid Tahun 1
1.00 Bacaan doa oleh Ustaz Razy
1.10 Ucapan program dari Guru Besar/ PK Petang
1.20 Penerangan program LINUS oleh Pn. Hafsa
2.00 Penerangan KSSR/SPPBS oleh Cik Bibianna
2.30 Hal-hal lain
2.50 Tamat
CONTOH HASIL KERJA MURID SEPANJANG
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU DAN
GURU PENYAYANG 2013
PENUTUP
Terima kasih………..