skema excel 6 rendah k2 2009

66
EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT* JABATAN PELAJARAN SABAH SKEMA JAWAPAN EXCEL 6 RENDAH 2009 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH 900/ STPM PENGAJIAN AM KERTAS 2 ( Tiga

Upload: sheal-valakshemi-palaniappan

Post on 09-Aug-2015

193 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT*

JABATAN PELAJARAN SABAH

SKEMA JAWAPANEXCEL 6 RENDAH

2009

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

900/2 STPM 200

PENGAJIAN AM

KERTAS 2

( Tiga jam) ))

Page 2: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

BAHAGIAN A

1. Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009 dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

Berdasarkan pernyataan di atas, agenda utama dalam konsep ini ialah mengutamakan semangat perpaduan di samping tidak mengabaikan perkara-perkara yang lain. Bincangkan.

Pendahuluan :

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.

IDEA HURAIAN Kepentingan 1 Malaysia :

1. Utamakan Semangat Perpaduan

Mewujudkan ialah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Melahirkan suasana yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

2. Masyarakat yang Berintegriti Tinggi

Memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.Pemimpin akan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.Negara memerlukan rakyat yang komited demi kemajuan negara.

3. Pencapaian Rakyat Diutamakan

Berasaskan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.Penggunaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang melibatkan semua jabatan dan para pemimpin negara.Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menjurus kepada pencapaian dan kehendak rakyat.

2

2

Page 3: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

4. Semangat Patriotik Dimantapkan

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan kepada negara dengan mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.Kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sesama kaum.

5. Memperkasa Pendidikan Negara

Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan aspek pengurusan sekolah perlu adil dalam mencerminkan keperluan “Satu Malaysia”.Pembangunan diri dalam kalangan pelajar wajar ditingkatkan tanpa mengira jantina, umur dan latar belakang etnik.Keupayaan peribadi dan bakat seseorang wajar diambil kira dalam memperkasa pendidikan negara.Kehadiran para penuntut luar negara ke Malaysia mencerminkan konsep “1 Malaysia” diterima oleh negara luar.

6. Memartabatkan Imej Negara

Para pelabur akan berasa selamat untuk membuat pelaburan di Malaysia.Tanggapan dan keyakinan para pelancong luar untuk datang ke Malaysia.Para penuntut menjadikan Malaysia salah satu pusat pendidikan yang utama di rantau ini.

7. Kestabilan Politik Terjamin Konsep ‘1 Malaysia’ diterima oleh semua lapisan masyarakat.Pentadbiran dan urus tadbir negara menjadi cekap.Amalan kongsi kuasa.Mewujudkan permuafakatan dalam pemerintahan negara.Prestasi dan budaya kerja cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.Kestabilan dan keamanan negara terjamin.

3

3

Page 4: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

8. Keseimbangan Ekonomi Pengagihan kekayaan negara meliputi semua kaum di Malaysia.Merapatkan jurang ekonomi.Pihak yang kurang bernasib baik seperti di kawasan pedalaman, estet-estet dan kampung perlu dibantu tanpa mengira kaum.Pembangunan negara semakin pesat.

Penutup :

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat seperti kehendak prinsip Rukun Negara.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 1 + 3

2. Isi pertama mesti berkaitan dengan Mengutamakan Semangat Perpaduan. 3. Sekiranya tiada isi pertama, isi yang diterima hanya 3 = 3 + 0

4

4

Page 5: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

2. Kes yang menimpa tiga lelaki peminjam yang dirantai leher dan kaki serta dikurung dalam "lokap" buatan “ah long” pada bulan Mei 2009 di Serdang, Selangor telah membuka mata pelbagai pihak untuk mencari punca yang membawa kepada permasalahan tersebut dan mencari mekanisme untuk menanganinya. Bincangkan.

Pendahuluan :

Akhir-akhir ini, isu berkaitan ‘ah long’ semakin hangat diperkatakan berikutan isu penindasan yang berlaku terhadap individu yang terlibat dengan peminjaman wang dengan mereka.

IDEA HURAIAN

Punca-punca Berleluasanya Kegiatan ‘ah long’ :

1. Syarat Pinjaman Institusi Kewangan yang ketat

Mengambil jangka masa yang panjang.Memerlukan kertas kerja rancangan perniagaan.Perlu disertakan cagaran.Prosedur memerlukan penjamin.

2. Ketidakberkesanan Penguatkuasaan Undang-undang

Akta Peminjam Wang 1951 tidak dikuatkuasakan. Akta yang sudah lapuk dan tidak dikemaskinikan.Sebagai contoh, akta ini merupakan rujukan terhadap kegiatan pinjaman wang tidak berlesen dan “perniagaan pinjaman wang” tetapi tidak dijelaskan secara terperinci “perniagaan” yang dimaksudkan. Menerusi Akta ini, peminjam wang dibenarkan mengenakan kadar faedah antara 12% hingga 18% setahun, bergantung kepada kriteria sama ada pinjaman itu mempunyai sekuriti atau tidak. Tidak banyak perbezaan antara ah long yang tidak berlesen dengan institusi kewangan yang berlesen.

3. Desakan Fahaman Materialisme

Dalam kapitalisme, semua pihak boleh berniaga secara bebas.Sebagai contoh; menutup hutang, menambah perbelanjaan, membeli keperluan rumah seperti perabot, makanan dan keperluan harian.

5

5

Page 6: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

4. Dasar Menyenaraihitamkan Pelanggan

Menutup peluang untuk membuat pinjaman.Perkhidmatan seperti CTOS (Credit Tip-Off Service Sdn Bhd), FIS (Financial Information System Sdn Bhd) atau CCRISS (Central Credit Reference Information System) telah membawa kesengsaraan kepada ramai pelanggan, terutama yang telah melangsaikan hutang tetapi masih disenaraihitamkan.

5. Peningkatan Kos Sara Hidup

Ramai yang berbelanja lebih daripada pendapatan.Kemelesetan ekonomi dan peningkatan harga barang.Menggalakkan seseorang itu untuk meminjam daripada pihak ketiga.

6. Prosedur Pinjaman ‘ah long’ yang mudah

Dijamin lulus dalam jangka masa yang singkat.Tanpa cagaran dan penjaminJumlah pinjaman yang banyak.

Langkah-langkah Mengatasi Kegiatan ‘ah long’ :

7. Tindakan Undang-undang Pembekuan aset seperti rumah, kereta dan akaun.Penguatkuasaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

8. Membasmi Penghebahan Kegiatan ‘ah long’

Operasi pembanterasan iklan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).Mengharamkan pengiklanan pinjaman ‘ah long’ di media massa.

9. Memudahkan Proses Pinjaman

Kadar faedah direndahkan.Sistem pemotongan gaji menerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA).Pinjaman secara bersih daripada MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SMIDEC.Mengurangkan karenah birokrasi.

10. Kempen Kesedaran Kesedaran masyarakat sendiri penting untuk mengubah sikap masyarakat. Pendidikan untuk menyedarkan masyarakat.

6

6

Page 7: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

11. Menghadkan Pengeluaran Lesen peminjaman Wang

Tidak mengeluarkan lesen baharu kepada pemberi pinjaman wang.Membuat pemantauan berterusan terutama terhadap pemberi pinjam wang yang berlesen.

Penutup :

Kegiatan ah long hanya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan penguatkuasaan berterusan.

Nota 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2

2. 2 isi Punca Berleluasanya Kegiatan ‘ah long’ + 2 isi yang seterusnya iaitu Langkah untuk menangani Kegiatan ‘ah long’.

7

7

Page 8: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

BAHAGIAN B

3. Dunia sebelum ini telah dikejutkan dengan serangan pelbagai penyakit yang berjangkit dan membawa maut seperti AIDS, Ebola, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kolera, malaria dan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Negara yang mengalaminya akan menanggung kesengsaraan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Huraikan punca berlakunya penyakit berjangkit dan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.

Pendahuluan :

Globalisasi, alam sekitar, perubatan moden, urbanisasi dan perubahan aktiviti sosial dilihat antara punca kepada penyebaran penyakit-penyakit berjangkit. Faktor-faktor ini dilihat sukar dielakkan terutama ketika dunia sedang menuju ke arah kemodenan dan dunia tanpa sempadan.

IDEA HURAIAN

Punca-punca berlakunya penyakit berjangkit :

1. Makanan yang Tercemar Makan makanan yang tidak diketahui punca kebersihan dan keselamatannya.Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan.Makanan tidak dimasak hingga betul-betul masak dan tidak disimpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.Makanan tidak dimakan setelah dimasak lebih dari 4 jam.Makan makanan mentah termasuk ulam dan buah yang tidak dibasuh.

2. Tahap Kebersihan Tidak Dijaga

Mudah merebak di kawasan yang kotor.Pembuangan sampah yang tidak sistematik.Longkang-longkang tersumbat.

3. Gaya Hidup yang Tidak Sihat

Mengamalkan hubungan seks rambang. Perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah. Hubungan seks sejenis.

8

8

Page 9: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Langkah-langkah Mengurangkan Penyakit Berjangkit :

4. Penjagaan Kebersihan Makanan

Menggunakan kaedah yang bersih dalam penyediaan, pengawetan dan penghidangan makanan. Proses pensterilan peralatan.Pempasturan agen-agen infeksi dalam makanan.

5. Kuarantin Pengasingan untuk mengelak jangkitan daripada menular kepada orang lain.Sebagai contoh, dalam kes selesema (flu) H5N1 atau H1N1, penyebaran melalui sentuhan fizikal perlu dielakkan di samping menjauhkan diri daripada bangkai atau najis haiwan yang dijangkiti.

6. Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

Kerap membasuh tangan.Gunakan sabun antiseptik. Persekitaran dibersihkan dengan kaedah yang betul.

7. Penggunaan Perubatan Moden

Vaksin seperti vaksin antiviral.Penggunaan antibiotik.Pengimbas haba suhu badan.Proses kemoprofilaksis digunakan untuk menyekat penularan dan pembiakkan virus infeksi. Program imunisasi dan vaksinasi yang bersifat pencegahan dan kawalan dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik serta hospital (kerajaan dan swasta). Hasilnya, penyakit berjangkit yang dibawa air dan makanan telah dapat dikawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

8. Sistem Kumbahan yang Sistematik

Kaedah rawatan kumbahan dengan mengelakkan penularan bakteria E-coli.Dijalankan di kawasan sungai yang tercemar dan kawasan petempatan yang mudah dijangkiti.

9

9

Page 10: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

9. Melakukan Pemeriksaan Berkala

Setiap rakyat Malaysia dinasihati menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.Tahap kesihatan diri dapat diketahui lebih awal.Rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa daripada serangan pelbagai penyakit. Memerlukan suntikan imunisasi seperti BCG dan Rubella.

Penutup :

Ancaman penyakit berjangkit ini adalah sangat berbahaya bukan sahaja dari sudut kesihatan atau aspek sosial. Hal ini akan memberi ancaman kepada keselamatan negara dan menjejaskan keharmonian masyarakat dunia seluruh.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2

2. 2 isi Punca Penyakit Berjangkit + 2 isi yang seterusnya iaitu Langkah Untuk Mengurangkan Penyakit Berjangkit.

10

10

Page 11: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

4. Satu botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga dengan menyalakan satu mentol berkuasa 100 watt selama 4 jam. Di samping menjimatkan tenaga elektrik, kitar semula mempunyai kepentingan lain. Bincangkan.

Pendahuluan :

Kitar semula merupakan proses memperolehi atau menjadikan sebahagian bahan daripada sampah untuk digunakan semula.

IDEA HURAIAN Kepentingan Kitar Semula :

1. Menjimatkan Tenaga

Mengitar semula tin aluminium dapat menjimatkan tenaga bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam.Mengitar semula kaca menjimatkan tenaga sehingga 32%.

2. Mengurangkan Pencemaran.

Mengitar semula botol, kertas, besi dan tin aluminium dapat mengurangkan pencemaran.Amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

3. Menjimatkan Sumber Semulajadi

Sumber tanah dapat dijimatkan melalui pengurangan tapak pelupusan sampah.Penjimatan sumber kayu, 1 tan kertas 17 batang pokok.Penjimatan sumber besi dan aluminium melalui kitar semula besi buruk dan tin aluminium.

4. Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih

Melalui kitar semula, pembuangan sampah dapat dikurangkan.Mengawal penyakit daripada merebak.Kitar semula dapat mengurangkan sampah sebanyak 4360 tan sehari.Kitar semula 22% dijalankan dapat mengurangkan 16500 meter padu sampah.

11

11

Page 12: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

5. Menyelamatkan ekosistem hutan

Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.Melalui proses fotosentisis, hutan akan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen.Berpuluh-puluh juta helai kertas di kitar semula, dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Hal ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.

Kesimpulan :

Kitar semula banyak memberi manfaat kepada manusia.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 1 + 3

2. Isi pertama mesti berkaitan dengan Menjimatkan Tenaga Elektrik. 3. Sekiranya tiada isi pertama, isi yang diterima hanya 3 = 3 + 0

12

12

Page 13: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

BAHAGIAN C

5 (a) “… bukan kerja mudah untuk mementaskan sebuah teater. Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pemilihan skrip, tarikh dan tempat persembahan yang sesuai, juga kerja-kerja promosi serta mendapatkan tajaan. Seterusnya, kerja-kerja produksi akan mula digerakkan dengan pemilihan pelakon, muzik dan rekaan set. Hal ini memerlukan komitmen, kerjasama dalam kumpulan, tenaga kerja yang ramai dan masa yang agak panjang…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadahttp://sultanmuzaffar.blogspot.com)

(i) Mengapakah pementasan sebuah teater bukan satu kerja yang mudah?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah untuk memajukan seni teater negara.

Skema Jawapan :

(i) Pementasan teater bukan satu kerja yang senang kerana memerlukan pengurusan pelbagai aspek secara terancang.

(i) Langkah-langkah memajukan seni teater negara :

1. Peruntukan - menyediakan bantuan dana asas.2. Prasarana yang baik – Istana Budaya (IB).3. Penubuhan Akademi Seni Kebangsaan (ASK).4. Peranan agensi swasta.5. Peranan media massa.6. Kepelbagaian aktiviti sekolah – Kelab Kebudayaan7. Kempen kesedaran seni warisan8. Memasyarakatkan seni teater - mengadakan minggu teater di setiap peringkat9. Pengiktirafan diberikan.10. Skim latihan pembangunan pengembangan seni

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja.

2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii).

13

13

Page 14: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

5 (b) “Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang yang melibatkan seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian atau seumpamanya kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) (sekarang dikenali sebagai SPRM), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama : meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Abu Bakar Bin Yang, Rasuah : “Terhakisnya Nilai Amanah Insan” Utusan Malaysia, November 2007)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan rasuah kepada masyarakat dan negara.

Skema Jawapan :

(i) Perlakuan yang melanggar undang-undang antara pemberi dan penerima untuk memperolehi sesuatu secara tidak sah.

(ii) Kesan-kesan rasuah :

Masyarakat :

1. Ketidakadilan dalam masyarakat disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.2. Kejatuhan moral atau maruah.3. Membebankan golongan orang susah.4. Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan

bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.5. Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.6. Menggalakkan berlakunya jenayah dan melindungi penjenayah.

Negara :

7. Imej negara terjejas8. Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.9. Menjejaskan sosial dan kestabilan politik serta keselamatan.10. Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.11. Kemerosotan kualiti dan mutu kerja atau produk yang dihasilkan.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pendekatan Menjawab soalan (ii) : Wajib berdasarkan pendekatan = 1+1 3. Pilih 1 idea/isi kesan kepada masyarakat dan 1 idea/isi kesan kepada negara.

14

14

Page 15: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

6 (a) “Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya, bidang ini membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_sukan)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan sains sukan.

Skema Jawapan :

(i) Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea dan pengetahuan sains dalam aktiviti sukan.

(ii) Kepentingan sains sukan :

1. Peluang kerjaya.2. Mengelakkan kecederaan atlit.3. Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi atlet.4. Program latihan yang bersistematik.5. Menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.6. Meningkatkan teknik bersukan.7. Memajukan prasarana sukan.8. Mengaplikasi teknik dan taktik dalam sukan.9. Mengurangkan bebanan perbelanjaan sukan.10. Diet yang khusus mengikut jenis sukan yang diceburi.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii).

6 (b) “…Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya tidak menutup sekolah yang dijangkiti H1N1 kerana bimbang akan menjejaskan sesi

15

15

Page 16: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

persekolahan pelajar terutamanya menjelang peperiksaan utama sebaliknya mahu langkah pencegahan di sekolah dipertingkatkan, selain mengkuarantin pelajar yang dijangkiti H1N1.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 7 Ogos 2009)

(i) Mengapakah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan tidak menutup sekolah yang dijangkiti H1N1?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah pencegahan penyakit H1N1.

Skema Jawapan :

(i) Menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta prestasi akademik pelajar di sekolah.

(ii) Langkah-langkah pencegahan :

1. Suntikan antiviral – Tamiflu.2. Mengkuarantin pesakit H1N1.3. Penjagaan kebersihan diri.4. Penggunaan pelindung/penutup mulut.5. Dapatkan tidur yang cukup. 6. Sentiasa aktif.7. Menangani tekanan.8. Minum banyak air dan makan makanan yang berkhasiat.  9. Elakkan diri daripada menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. 10. Mengelak hubungan dengan mereka yang telah jatuh sakit.11. Mengelak atau menunda lawatan ke negara yang berisiko.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii).

Bahagian D

16

16

Page 17: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15]

7. Berdasarkan petikan berikut lukiskan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan buruh asing berdaftar di Malaysia bagi tahun 2004 hingga 2007.

Malaysia masih memerlukan perkhidmatan buruh asing dalam pelbagai sektor. Antara empat buah negara yang disenaraikan, buruh Indonesia mencatatkan angka yang terbesar, iaitu berjumlah 424.5 ribu orang pada tahun 2004. Tetapi, angka itu menurun seramai 13.9 ribu orang pada tahun yang berikutnya dan seterusnya turun lagi kepada 393.8 ribu orang. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2007, bilangannya bertambah seramai 20.0 ribu orang.

Seterusnya ialah buruh dari Thailand. Bilangan tertingginya juga pada tahun 2004, iaitu seramai 117.4 ribu orang. Tahun yang berikutnya mencatatkan penurunan sebanyak 4.6 ribu orang, dan turun lagi seramai 13.0 ribu orang pada tahun 2006. Bilangan buruh dari negara Thailand bertambah menjadi 101.5 ribu orang pada tahun 2007.

Buruh berdaftar dari Bangladesh juga adalah ramai. Bilangan tertingginya adalah pada tahun 2005 iaitu seramai 101.7 ribu orang. Pada tahun sebelumnya, jumlahnya kurang seramai 7.1 ribu orang berbanding tahun yang tertinggi itu, manakala pada tahun 2006 jumlahnya ialah 99.4 ribu orang. Tahun 2007 pula mencatatkan kurangan hanya seramai 2.3 ribu orang berbanding tahun sebelumnya.

Buruh Filipina mencatat angka terendah. Angka tertingginya adalah pada tahun 2007, iaitu seramai 35.2 ribu orang, manakala bilangan terendahnya adalah pada tahun 2004, iaitu 23.9 ribu orang. Dua tahun yang selebihnya, masing-masing ialah 34.5 ribu orang dan 30.3 ribu orang.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Kementerian Dalam Negeri, 2007)

Skema Jawapan Soalan 7

17

17

Page 18: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Jawapan : Graf Bar Kompaun

Jadual Persediaan :

Malaysia: Bilangan Buruh Asing Berdaftar di Malaysia bagi Tahun 2004 hingga 2007

Tahun

Negara

Bilangan Buruh Asing Berdaftar (ribu orang)

2004 2005 2006 2007

Indonesia 424.5 410.6 393.8 413.8

Thailand 117.4 112.8 99.8 101.5

Bangladesh 94.6 101.7 99.4 97.1

Filipina 23.9 34.5 30.3 35.2

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Kementerian Dalam Negeri, 2007)

Skala : 1 cm = 40 ribu orang

Nota :1. Jika graf bar komponen = 10 markah

2. Lain-lain graf – salah media = 1 markah (rujuk markah jadual)

18

18

Page 19: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

19

19

Page 20: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

8. Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf yang sesuai untuk memperlihatkan jumlah jenayah harta benda yang berlaku di negara ini dari tahun 2005 hingga tahun 2008.

Di Malaysia, jenayah harta benda berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya ialah pengaruh sosial dan ekonomi. Pengaruh sosial yang dimaksudkan ialah pengaruh rakan sebaya, tempat tinggal seseorang dan seterusnya pengaruh media massa. Kekurangan pendidikan agama dan moral juga boleh dimasukkan dalam pengaruh sosial.

Jenayah harta benda yang dilaporkan pada tahun 2006 telah meningkat sebanyak 3 260 kes menjadi 53 251 kes berbanding tahun 2005. Di antara jenayah harta benda yang dikenal pasti pada tahun 2005 ialah pecah rumah dan kecurian yang mencatatkan 15 631 kes. Kes kecurian kenderaan pula mencatatkan 15 555 kes, manakala kecurian-kecurian lain bertambah menjadi 37.6% atau 18 805 kes.

Kecurian-kecurian lain yang dimaksudkan di sini termasuk kes-kes kecurian di pasar raya. Kes-kes seumpama ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2006 kes kecurian kenderaan mencatatkan 14 160 kes daripada jumlah kecurian yang berlaku pada tahun itu. Jenayah kecurian-kecurian lain juga turut bertambah menjadi 21 651 kes.

Sementara itu, jumlah kes kecurian yang dicatatkan pada tahun 2007 menampakkan sedikit penurunan berbanding dengan tahun 2006. Pada tahun 2007, sebanyak 49 480 kes dicatatkan berlaku. Daripada jumlah tersebut, jenayah kecurian kenderaan mencatatkan jumlah sebanyak 13 607 kes, manakala jenayah pecah rumah dan kecurian ialah 15 883 kes. Kes kecurian lain juga menurun berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu kepada 19 990 kes.

Pada tahun 2008 pula, jenayah harta benda yang berlaku di Malaysia berjumlah 55 844 kes. Jenayah pecah rumah dan kecurian pula mencatat 19 029 kes, manakala jenayah kecurian kenderaan menurun sebanyak 3 715 kes berbanding jenayah pecah rumah dan kecurian. Jenayah kecurian lain pula mencatatkan sebanyak 21 501 kes.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Polis Diraja Malaysia, 2008)

20

20

Page 21: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Skema Jawapan Soalan 8

Jawapan : Graf Bar Komponen

Jadual persediaaan :

Malaysia: Jumlah Jenayah Harta Benda yang Berlaku dari Tahun 2005 hingga 2008

Tahun

Jenis Kes

Jumlah Jenayah Harta Benda (kes)

2005 2006 2007 2008

Pecah rumah dan kecurian

15 631 17 440 15 883 19 029

Kecurian kenderaan

15 555 14 160 13 607 15 314

Nilai Tokok 31 186 31 600 29 490 34 343Kecurian lain 18 805 21 651 19 990 21 501

Nilai Tokok / Jumlah

49 991 53 251 49 480 55 844

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Polis Diraja Malaysia, 2008)

Skala : 1cm = 5000 kes

Nota :1. Jika graf bar kompaun = 10 markah

2. Lain-lain graf – salah media = 1 markah (rujuk markah jadual)

21

21

Page 22: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

22

22

Page 23: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan Jadual di bawah, nyatakan keadaan eksport petroleum mentah Malaysia dari tahun 2002 hingga 2004. Berikan sebab-sebab mengapa wujudnya keadaan yang sedemikian.

Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utamadari Tahun 2002 hingga 2004 di Malaysia

Negara 2002 (%) 2003 (%) 2004 (%)

Australia 10.4 12.5 23.3China 10.6 11.2 6.9Filipina 15.2 19.0 16.0India 5.9 7.2 8.3Indonesia 13.2 8.0 5.8Jepun 11.4 7.1 7.0Korea 3.2 3.4 3.6Singapura 1.3 2.6 4.8Sri Lanka 3.0 2.4 2.2Thailand 14.6 17.3 16.3Negara-negara Lain 11.2 9.3 5.8

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)

23

23

Page 24: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Skema Jawapan Soalan 9

Pendahuluan :

Jadual menunjukkan kadar eksport petroleum mentah Malaysia mengikut negara utama dari tahun 2002 hingga 2004.

Bil. Idea Huraian

A. Perubahan Antara Tahun :

1. Kadar Eksport Meningkat Contoh : (Pilih mana-mana satu contoh)

Australia : Tahun 2002 - 10.4%Tahun 2004 - 23.3%

India : Tahun 2002 - 5.9%Tahun 2004 - 8.3%

Korea : Tahun 2002 - 3.2%Tahun 2004 - 3.6%

Singapura : Tahun 2002 - 1.3%Tahun 2004 - 4.8%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Selaras dengan permintaan luar negara.Petroleum mempunyai pelbagai kegunaan seperti menghasilkan barangan berasaskan petroleum dan menjana tenaga elektrik.Kualiti petroleum negara yang lebih tinggi.

2. Kadar Eksport Menurun Contoh : (Pilih mana-mana satu contoh)

Indonesia : Tahun 2002 - 13.2%Tahun 2004 - 5.8%

Jepun : Tahun 2002 - 11.4%Tahun 2004 - 7.0%

24

24

Page 25: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Sri Lanka : Tahun 2002 - 3.0%Tahun 2004 - 2.2%

Negara-negara Lain :

Tahun 2002 - 11.2%Tahun 2004 - 5.8%

Alasan : (Pilih mana- mana satu alasan)

Wujud persaingan harga dengan negara-negara pengeluar lain.Bekalan petroleum semakin berkurangan.Belum dapat mengenal pasti telaga minyak baru.

3. Kadar Eksport Tidak Konsisten

Contoh : (Pilih mana-mana satu contoh)

China : Tahun 2002 - 10.6%Tahun 2003 - 11.2%Tahun 2004 - 6.9%

Filipina : Tahun 2002 - 15.2%Tahun 2003 - 19.0%Tahun 2004 - 16.0%

Thailand : Tahun 2002 - 14.6%Tahun 2003 - 17.3%Tahun 2004 - 16.3%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Harga petroleum di pasaran dunia tidak stabil.Permintaan tidak stabil di pasaran dunia.Bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara.

25

25

Page 26: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

B. Perbandingan Dalam Tahun :

4. Tahun 2002 Kadar eksport paling tinggi Filipina - 15.2%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Perkembangan industri yang menggalakkan.Malaysia merupakan negara pengeluar petroleum yang terdekat dengan Filipina.

Kadar eksport paling rendah Singapura - 1.3%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Dasar yang diamalkan kerana ekonomi negara telah mantap.Ada konflik antara Malaysia dengan Singapura.

5. Tahun 2003 Kadar eksport paling tinggi Filipina - 19.0%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Perkembangan industri yang menggalakkan.Malaysia merupakan negara pengeluar petroleum yang paling dekat dengan Filipina.

Kadar eksport paling rendah Sri Lanka - 2.4%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Negara kurang maju.Ekonomi negara belum berkembang pesat.

26

26

Page 27: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

6. Tahun 2004 Kadar eksport paling tinggi Australia - 23.3%

Alasan : Perkembangan industri yang sudah maju.

Kadar eksport paling rendah Sri Lanka - 2.2%

Alasan : (Pilih mana-mana satu alasan)

Negara kurang maju.Ekonomi negara belum berkembang pesat.

Penutup :

Petroleum merupakan sumber tenaga yang amat diperlukan oleh semua negara. Oleh itu, kadar eksport petroleum negara tidak banyak mengalami perubahan yang drastik.

Nota :

1. Pendekatan Menjawab = 3 (perubahan) + 1 (perbandingan)

A B JumlahIdea (I) - 3 + 1 3 1 4mHuraian (H) – 2 x 4 6 2 8mBahasa (B) 1mRumusan (R) 2mJumlah 15m

Markah huraian data : 1mMarkah huraian sebab : 1mJumlah : 2m

27

27

Page 28: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

10. Berdasarkan carta aliran di bawah, jelaskan sebab dan kesan daripada kitaran krisis kewangan yang melanda Malaysia.

Kitaran Krisis Kewangan Semasa

28

28

KEMEROSOTON AKTIVITI EKONOMIKemelesetan ekonomi.Pengangguran

KEDUDUKAN KEWANGANSYARIKAT TERJEJAS

Kos pengeluaran bertambah.Kadar faedah pinjaman tinggi

KEDUDUKAN KEWANGANSYARIKAT TERJEJAS

Kos pengeluaran bertambah.Kadar faedah pinjaman tinggi

KEKAYAAN PENGGUNA MEROSOT

Kos pembelian barangan meningkat

KEKAYAAN PENGGUNA MEROSOT

Kos pembelian barangan meningkat

AKTIVITI PERBANKAN TERJEJAS

Kedudukan institusi kewangan atau perbankan terjejas.Nisbah pinjaman tidak berbayar meningkat

AKTIVITI PERBANKAN TERJEJAS

Kedudukan institusi kewangan atau perbankan terjejas.Nisbah pinjaman tidak berbayar meningkat

PENURUNAN SAHAMPelabur menarik keluar modal untuk mengelakkan kerugian

PENURUNAN SAHAMPelabur menarik keluar modal untuk mengelakkan kerugian

KEJATUHAN NILAI MATA WANG

Kegiatan manipulasi mata wang

KEJATUHAN NILAI MATA WANG

Kegiatan manipulasi mata wang

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, Oktober 2003)

Page 29: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Skema Jawapan :

Pendahuluan :

Carta aliran tersebut menunjukkan sebab dan kesan daripada Kitaran Krisis Kewangan Semasa yang melanda Malaysia.

Isi/idea Huraian

A. Sebab Berlakunya Krisis Kewangan :

1. Kejatuhan Nilai Mata Wang

Nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk berbanding dengan nilai mata wang negara maju akibat kegiatan manipulasi mata wang.Harga barangan meningkat dan kuasa beli pengguna menurun.

2. Penurunan Nilai Saham Krisis ekonomi menyebabkan penanam modal menarik pelaburan untuk mengelakkan kerugian.

3. Aktiviti Perbankan Terjejas

Kedudukan institusi kewangan atau perbankan tergugat.Nisbah pinjaman tidak berbayar melonjak.

B. Kesan Krisis Kewangan :

4. Kedudukan Kewangan Syarikat Terjejas

Kos pengeluran meningkat dan kemudahan kredit dihadkan.Kadar faedah pinjaman tinggi.

5. Kekayaan Pengguna Merosot

Pengguna menanggung beban ekonomi kesan kenaikan harga barangan.Kuasa beli pengguna menurun.

6. Kemerosotan Aktiviti Ekonomi

Krisis kewangan menyebabkan kemelesetan ekonomi.Penjanaan projek-projek pembangunan, pelaburan lembap.Peluang pekerjaan terhad.

29

29

Page 30: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

7. Penutupan dan Penggabungan Bank

Tidak dapat bersaing menyebabkan penggabungan dilakukan.

Penutup :

Pihak kerajaan melalui Bank Negara perlu memantapkan urus tadbir kewangan negara. Kerjasama daripada pihak institusi kewangan swasta juga amat dominan bagi memastikan pengukuhan situasi kewangan negara.

Nota :

Pendekatan Menjawab = 2 + 2 ( Sebab + Kesan)

Idea - 4 mHuraian - 8 mBahasa - 1 mRumusan - 2 mJumlah -15 m

30

30

Page 31: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

PPUESMKST PPU Ekonomi Smk Seri Tanjong Melaka Ekonomi selalu dihati

Home organisasi

hubungi kami

Tuesday, June 7, 2011

Karangan ; Bahagian A

RAMALAN STPM 2011BAHAGIAN A: ESEI DISIPLIN SASTERA

ISU: PENGGUNAAN BLOG / INTERNET

Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya. Ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan kepada masyarakat di negara kita. Bincangkan.

          Blog merupakan laman sesawang yang isinya mengandungi tulisan-tulisan yang merupakan pandangan peribadi pemilik blog. Kebiasaannya blog bersifat komentar yang mana pembaca dan penulis boleh memberikan tanggapan isu yang ditulis. Kewujudan blog memang membawa banyak kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat di negara kita.

          Melalui blog, seseorang dapat menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang berlaku. Idea dan bakat yang terpendam boleh diluahkan melalui tulisan-tulisan yang berkualiti. Dalam hal ini, kadang-kadang maklumat yang disuarakan dalam blog boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya, jika kita berminat menulis rencana tentang isu-

31

31

Page 32: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

isu semasa tetapi tiada ruang untuk berbuat demikian, maka kita boleh menjadikan blog sebagai medan melahirkan idea. Tuntasnya, blog membantu kita dalam menyuarakan pandangan tentang sesuatu perkara.

          Selain itu, blog keusahawanan dapat membantu kita melahirkan lebih banyak usahawan internet yang berjaya di Malaysia. Sebagai contohnya, Irfan Khairi menjadi jutawan internet berkat dari kemahiran beliau menghasilkan blog berkaitan dengan perniagaan internet. Tambahan pula, dengan menggunakan blog tersebut kita boleh memberikan nasihat, dorongan, dan panduan berguna kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet. Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan.

          Walau bagaimanapun, blog yang disalahgunakan boleh membawa keburukan. Penularan budaya memfitnah menggunakan blog semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Fitnah yang tidak berasas dan sensitif seperti menyentuh tentang hak keistimewaan orang Melayu boleh mencetuskan masalah polarisasi kaum jika dibiarkan berlarutan. Terdapat segelintir penulis blog yang begitu berani mengkritik dan mempersoalkan ketuanan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara dalam blog mereka. Perkara seperti ini harus diberikan perhatian yang serius.

          Kritikan terhadap kerajaan yang memerintah dan para pemimpin di alam maya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai tohmahan dan hasutan serta cacian dilontarkan tanpa bukti yang kukuh dan jelas. Pembaca-pembaca blog pula mudah percaya akan perkara yang mereka baca dalam blog sehingga terpengaruh. Akibatnya, kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin dan kerajaan yang memerintah selalu dipersoalkan oleh masyarakat. Fenomena ini jika dibiarkan boleh menghuru-harakan negara kita.

          Konklusinya, blog harus digunakan ke arah kebaikan bukannya cenderung kepada keburukan. Sesungguhnya, banyak kemaslahatan yang dapat kita peroleh jika blog digunakan untuk menyalurkan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Jadilah masyarakat yang matang dan berilmu demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang kita impi-impikan.

32

32

Page 33: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: GEJALA RASUAH

Gejala rasuah kian berleluasa dan semakin membimbangkan penduduk di negara kita kerana kesannya amat teruk kepada kesejahteraan negara serta keharmonian masyarakat. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah di Malaysia.

          Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap. Konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat. Negara yang mengamalkan rasuah sering mengalami kemunduran ekonomi. Fenomena sosial ini mempunyai pelbagai punca dan langkah yang efektif perlu dilaksanakan untuk menanganinya.

          Punca yang ketara ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan. Masyarakat menganggap gejala rasuah bermaharajalela kerana kerajaan tidak bersikap telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek. Keadaan ini menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan menyebabkan ramai kakitangan awam terangsang untuk melakukan jenayah tersebut. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiada ketelusan dalam sistem tadbiran awam.

33

33

Page 34: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

          Gejala rasuah ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini. Ada kalangan masyarakat yang menganggapnya sebagai asam garam kehidupan yang harus dialami. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap gejala ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

          Kerajaan perlu membuktikan kesungguhan dalam menangani kemelut ini dengan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat sedar ada pihak-pihak yang terlibat tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan dan ini menimbulkan rasa tidak percaya rakyat kepada kerajaan. Kesungguhan kerajaan menyeret mereka ke mahkamah memberi satu peringatan kepada semua pihak. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa mereka yang terlibat memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal.

          Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik, iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet. Ini bertujuan untuk memastikan semua khalayak masyarakat berfikir dua tiga kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam memerangi amalan rasuah ini.

          Sebagai kesimpulannya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku lebih awal dan diatasi hingga ke akar umbinya. Konsep mencegah lebih baik daripada mengubatinya amat berkesan dalam memastikan rasuah berkubur di tempat yang sepatutnya.

34

34

Page 35: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: BANJIR

Setiap kali menjelang hujung tahun kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mengalami banjir. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

          Banjir ialah keadaan air yang menenggelami sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir besar yang berlaku di negara kita pada bulan Disember 2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya banjir dan langkah-langkah yang wajar harus diambil bagi meminimumkan kesan banjir di negara kita.

          Pemusnahan hutan merupakan salah satu punca berlakunya banjir. Hutan menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke sungai sedangkan sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Seterusnya, limpahan air sungai akan berlaku dan mengakibatkan banjir.

          Pembuangan sisa domestik manusia juga boleh menyebabkan banjir. Aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti

35

35

Page 36: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau mengalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya, air sungai akan melimpah ke tebing dan banjir akan berlaku.

          Oleh itu, pemeliharaan hutan merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20 peratus. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Dengan cara ini pengurangan air hujan dapat dilakukan dan banjir dapat dielakkan.

          Bagi menangani masalah banjir ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan dengan mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun, usaha sewajarnya harus dilakukan untuk mengurangkan masalah banjir.

          Natijahnya, banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, manusia yang mempunyai akal dan fikiran perlu berusaha untuk meminimumkan kesan banjir. Jika maslah banjir tidak diatasi dengan sewajarnya pelbagai malapetaka boleh berlaku semasa banjir.

36

36

Page 37: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: KEGANASAN RUMAH TANGGA

Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah tersebut dalam masyarakat hari ini.

          Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang melibatkan fizikal yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya sehingga membawa kemudaratan yang teruk. Tindakan penderaan fizikal ini boleh ditentukan melalui kesan-kesan calar, luka, lebam, dan patah yang dialami oleh seseorang isteri. Terdapat pelbagai faktor penyebab yang perlu difahami.

          Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. Sikap suami yang terlalu mendesak isteri mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini mudah berlaku. Jelaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku.

          Meningkatnya tekanan kerja di pejabat menyebabkan ada golongan lelaki tidak berupaya menahan impak psikologi bebanan

37

37

Page 38: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

tersebut. Masalah kerja dibawa pulang ke rumah menyaksikan ramai suami menjadikan isteri mereka sebagai tempat meluahkan kemarahan. Tindakan mendera yang mungkin dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya tekanan yang dialami di pejabat. Kaum lelaki harus lebih bijak mengawal tekanan kerja di pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka.

          Selain itu, kemelut sosial ini turut meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan wanita terhadap hak mereka dalam sesuatu perhubungan itu. Kegagalan wanita untuk memahami hak mereka sebagai pasangan menyebabkan mereka seolah-olah merelakan penderaan yang dialami itu. Keadaan ini diburukkan pula dengan keadaan ketiadaan tempat untuk mengadu masalah berkenaan. Oleh itu, masalah yang memalukan ini terus wujud kerana wanita masih kabur tentang hak mereka dalam kehidupan moden.

          Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan sempit masyarakat yang menganggap masalah rumah tangga sebagai masalah peribadi seseorang. Masyarakat terus menyepikan diri walaupun mengetahui wujudnya masalah tersebut dalam kalangan jiran mereka. Ketidakpekaan anggota masyarakat turut menyukarkan mangsa mendapatkan nasihat dan panduan untuk menyelesaikan masalah ini. Justeru, masalah ini terus wujud seperti api dalam sekam yang secara senyap-senyap memusnahkan kehidupan seseorang.

          Konklusinya, semua faktor di atas menjadi pemangkin yang mewujudkan kemelut sosial tersebut. Kegagalan individu untuk mengawal perasaan mereka menjadi penentu dalam menyelesaikan masalah yang tidak mengira kaum, umur, dan tahap pendidikan seseorang. Peribahasa ‘habis madu sepah dibuang’ menghuraikan betapa mudahnya kasih sayang antara manusia menghilang.

38

38

Page 39: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukah usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?

          Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya seperti permainan gasing, sepak takraw, dan wau yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun, isu peminggiran permainan tradisional ini sentiasa menjadi buah mulut orang ramai sehingga menuntut tindakan yang pragmatik untuk memastikan permainan tersebut terus wujud dalam kalangan masyarakat kita.

          Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmatinya. Kekerapan bermain permainan ini berupaya mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya yang hampir terpinggir. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak yang bertanggungjawab mampu memberi nafas baru kepada kesinambungan permainan warisan budaya ini.

          Pihak kerajaan juga boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih yang bertauliah di setiap gelanggang yang disediakan. Kehadiran jurulatih ini memastikan masyarakat mendapat

39

39

Page 40: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

pendedahan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini dilakukan untuk memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.

          Selain itu, pihak sekolah boleh mewajibkan permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan tersebut. Kesedaran yang dipupuk sejak awal lagi mampu memberikan impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.

          Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan tersebut boleh menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dan anggota masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena pada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang.

          Sebagai kesimpulannya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Peribahasa ‘tepuk dada tanya selera’ sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan tradisional ini akan terus terkubur begitu sahaja.         

         

40

40

Page 41: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: KEPENGGUNAAN

Pendidikan kepenggunaan lahir daripada sistem ekonomi ‘Laissez Faire’ apabila golongan kapitalis mengaut keuntungan melalui bidang perkhidmatan dan perniagaan. Pengguna perlu diberi pengetahuan dan kesedaran tentang hak mereka agar tidak menjadi mangsa sistem ekonomi ini. Bincangkan hak dan kepentingan pendidikan kepenggunaan kepada orang ramai.

Pendahuluan:Setiap individu mempunyai hak sebagai pengguna:

        Agar tidak ditindas oleh peniaga        Pengguna mempunyai kuasa tersendiri

Isi: Hak-hak pengguna:Hak untuk memilih:

        Hak untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang diperlukan        Pengguna tidak boleh dipaksa membeli atau menggunakan sesuatu

barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh golongan tertentu

Hak bertanya / mendapatkan maklumat:        Berhak  mengetahui keterangan terperinci tentang sesuatu barangan

yang diperlukan        Pihak peniaga tidak boleh menyembunyikan apa juga maklumat dan

perkhidmatan yang hendak dibeli oleh pelanggan

Hak mendapatkan ganti rugi:

41

41

Page 42: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Berhak mendapatkan barangan yang berada dalam keadaan yang memuaskan

        Sekiranya berlaku perkara sebaliknya, pengguna berhak mendapatkan ganti rugi barangan yang rosak ketika pembelian

Hak bersuara / keselamatan:        Berhak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan bebas, memberi

ulasan dan pendapat tentang barangan yang mereka gunakan        Berhak membuat aduan kepada penjual atau pihak berwajib        Jika sesuatu barangan boleh menjejaskan  keselamatan pengguna

seperti kandungan bahan kimia yang berbahaya, pewarna yang tidak dibenarkan, barangan permainan yang membahayakan kanak-kanak dan sebagainya

Hak untuk mendapat keperluan asas:        Pengguna mempunyai hak kepada barangan dan perkhidmatan asas

kehidupan        Contoh: makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan sebagainya

Isi: Kepentingan pendidikan kepenggunaan:Bijak berbelanja:

        Pengguna yang bijak berbelanja pada barang-barang yang perlu sahaja

        Pengguna sepatutnya menyenaraikan barangan yang diperlukan sebelum membeli barangan

Membandingkan harga:        Pengguna perlu membandingkan harga antara kedai-kedai sebelum

mengambil keputusan membeli sesuatu barangan        Membeli barangan di kedai yang menawarkan harga berpatutan dan

kualiti yang baik

Tidak terpedaya dengan iklan:        Pengguna harus membuat penelitian saksama dan rasional sebelum

membeli atau menggunakan sesuatu barangan dan perkhidmatan        Tidak seharusnya terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan

Membeli barangan yang bermutu:        Pengguna memilih barangan yang tidak berbahaya kepada manusia

dan alam

42

42

Page 43: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Merujuk label isi kandungan atau tarikh luput sebelum membuat keputusan membeli barangan tersebut (jika barang makanan)

Penutup:Pengguna perlu bijak:

        Tidak mudah terpengaruh dengan iklan        Membuat pilihan kepada barangan yang utama sahaja

ISU: MODAL INSAN

Hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah untuk melahirkan modal insan bersepadu berteraskan bangsa terbilang. Huraikan bagaimana mewujudkan modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Pendahuluan:Kerajaan telah merangkan langkah-langkah untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju berasaskan Wawasan 2020:

        Telah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia ke-9        Mendukung hasrat untuk membina masyarakat yang cemerlang,

gemilang, dan terbilang        Meliputi nilai murni dan kemajuan infrastruktur

Isi : Cara-cara mewujudkan modal insan yang dikehendaki:Aspek pentadbiran:

        Kerajaan melaksanakan rancangan lima tahun untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan baik, seperti dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan Dasar Wawasan Negara

        Meningkatkan tahap kemampuan kualiti hidup        Menyediakan sistem perubatan yang canggih, pengangkutan yang

baik, membekalkan air yang mencukupi dan mengusahakan pertanian, merancang penerokaan tanah

        Membangunkan negara melalui pentadbiran yang teratur dan melaksanakan strategi yang berkesan seperti menggunakan khidmat satelit

Aspek pendidikan:        Pendidikan menjadi pemangkin pembangunan negara        Menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik

43

43

Page 44: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Meluaskan program ICT melalui program School Net dan sistem pengkomputeran

        Mengamalkan sistem pendidikan bertaraf dunia

Aspek penyelidikan:        Mempertingkatkan penyelidikan bioteknologi dan kaedah pengeluaran

pertanian        Mengatasi masalah penyakit dan meningkatkan taraf kesihatan

masyarakat        Menggunakan sumber negara untuk mengatasi masalah mengimport

dari negara asing        Menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi

Aspek ekonomi:        Meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan, pertanian, dan

perkhidmatan        Mengeratkan lagi kerjasama sektor awam dengan sektor swasta        Memperluaskan pasaran produk dan menarik lebih banyak pelabur        Meningkatkan pendapatan negara dan menjalankan projek mega

Penutup:Kemajuan sesebuah negara terletak pada rakyatnya:

        Pelbagai aspek perlu diberi perhatian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang

        Memerlukan komitmen kerajaan dan seluruh rakyat untuk menjayakan hasrat tersebut

44

44

Page 45: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Penghantaran tentera Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon membuktikan kerajaan begitu prihatin tentang keamanan negara dunia. Huraikan kebaikan tindakan kerajaan menghantar tentera pengaman ke luar negara.

Pendahuluan:Keamanan merupakan hak milik manusia sejagat dan seharusnya dikekalkan:

        Melibatkan secara aktif dalam usaha murni PBB        Hubungan luar negara baik        Menjaga keamanan negara di dunia

Isi : Kebaikan menghantar tentera pengaman:Memastikan keamanan negara-negara di dunia:

        Menyokong usaha PBB        Malaysia sentiasa mengharapkan keamanan dunia        Melaksanakan tentang apa yang dikatakan berkenaan keamanan        Dapat membantu mengekalkan keamanan di negara lain

Mendedahkan kepada latihan dan kecekapan:        Tentera Malaysia mendapat latihan yang lebih intensif        Mempelajari teknik perang yang lebih praktikal buka olok-olok        Mengetahui keperitan dan kesukaran menghadapi musuh        Membantu mempertahankan negara pada masa akan datang

Mewujudkan jalinan persahabatan:        Melalui dasar luar negara, Malaysia dapat menjalinkan persahabatan        Pemimpin negara yang dilanda persengketaan akan mengeratkan

persahabatan dengan Malaysia        Pada jangka masa panjang, Malaysia dapat meningkatkan ekonomi

negara        Tentera Malaysia dapat bertukar pendapat dengan tentera dari negara

lain

Malaysia akan dihormati:

45

45

Page 46: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Malaysia akan dihormati oleh masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang mengekalkan dasar berkecuali

        Malah sebarang syor yang dibuat oleh Malaysia di PBB tentang peperangan akan diterima oleh negara dunia

        Kedudukan Malaysia di mata dunia akan meningkat tinggi        Menguntungkan negara dari pelbagai sudut

Penutup:Menunjukkan sikap bekerjasama dan menghormati:

        Satu tindakan yang baik        Membantu negara yang menghadapi masalah        Dapat menyedarkan rakyat agar mengekalkan keamanan

ISU: PELANCONGAN

Bagi menggalakkan lebih banyak pelancong datang ke Malaysia, kerajaan telah melancarkan program ‘Malaysia, Rumah Keduaku’. Jelaskan kepentingan program ini dan masalah yang dihadapi dalam usaha menjayakan program tersebut.

Pendahuluan:Pelancongan merupakan salah satu industri terpenting di negara ini:

        Telah diperkenalkan sejak 24 Jun 2002

46

46

Page 47: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Pengubahsuaian daripada program The Silver Hair Programme bagi menggalakkan orang Barat dan Jepun yang kaya melawat Malaysia

        Walaupun program ini memberi impak yang baik, kita perlu berhati-hati dengan masalah yang bakal wujud

Isi : Kepentingan:Membantu sektor pelancongan secara berterusan:

        Pelancong dari mana-mana negara yang diakui oleh Malaysia kecuali Israel, Yugoslavia, Serbia, dan Montenegro dapat tinggal di negara ini untuk jangka masa lima hingga sepuluh tahun

        Dapat tinggal bersama-sama keluarga mereka        Menikmati suasana hidup yang aman dan damai serta dapat

mempromosikan keindahan Malaysia        Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong

Membantu menjana ekonomi negara:        Pemohon yang ingin menyertai program ini perlu mempunyai

pendapatan tetap tidak kurang daripada RM 7 000 dan mempunyai simpanan tetap di bank tidak kurang daripada RM 100 000

        Mereka juga perlu mempunyai akaun simpanan sebanyak RM 300 000 di bank tempatan

        Bank tempatan dapat melabur wang simpanan untuk sektor pertanian dan perindustrian

        Program ini menguntungkan negara kerana telah berjaya membawa pulangan dari segi pertukaran mata wang asing

Isi : Masalah:     Percanggahan budaya:

        Pelancongan yang tinggal akan mengamalkan budaya mereka        Menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk tempatan        Wujud gejala sosial dan dari segi pakaian tidak senonoh        Perlu diawasi bagi memastikan budaya tempatan tidak tercemar

Bilangan orang yang masuk ke negara ini terlalu banyak:        Kemasukan pelancong tidak terhad        Kehadiran mereka ada kalanya mencurigakan        Ada yang memalsukan pas lawatan, visa, dan kad mendarat        Mudah menipu pihak berkuasa yang mengamalkan pemeriksaan

sambil lewa

Penutup:

47

47

Page 48: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Malaysia perlu terus maju:        Program ‘Malaysia, Rumah Keduaku’ memang baik untuk dilaksanakan        Menguntungkan negara pada jangka masa panjang        Masalah yang wujud perlu diatasi

ISU: PERTANIAN

Kerajaan memberi tumpuan utama kepada sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, wujud halangan dalam usaha membangunkan sektor tersebut. Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan:Sektor pertanian tidak kurang pentingnya:

        Sektor ini perlu dibangunkan        Bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan semasa        Banyak sumbangan diperoleh dan banyak juga halangan yang dilalui

Isi : Sumbangan atau kepentingan sektor pertanian:Membekalkan sumber makanan

        Hasil pertanian dijadikan bahan makanan kepada penduduk        Tidak perlu diimport dan mengurangkan pengaliran wang keluar        Hasil pengeluaran sumber tempatan berkualiti, segar, dan murah        Negara yang paling maju dalam semua bidang memerlukan makanan

yang pastinya datang dari hasil pertanian

48

48

Page 49: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Menyumbang kepada pendapatan negara:        Membantu meningkatkan ekonomi negara        Pengeluaran komoditi tempatan boleh dieksport ke luar negara        Sumber pendapatan negara digunakan untuk pembangunan negara        Contoh: kelapa sawit, getah,dan koko merupakan penyumbang utama

dalam sektor pertanian

Menyediakan peluang pekerjaan:        Sektor pertanian memerlukan bilangan pekerja yang banyak        Mengurangkan masalah pengangguran        Tenaga buruh diperlukan untuk menjaga ladang dan memungut hasil        Pekerjaan dalam teknologi pemakanan, perkhidmatan, dan

penghasilan bahan mentah pertanian

Isi : Halangan atau masalah:     Penggunaan tanah yang terhad:

        Kawasan tanah pertanian semakin kurang        Wujud persaingan dalam usaha untuk mendapatkan tanah bagi tujuan

perbandaran, pembukaan kawasan perumahan        Perkembangan industri sukan khususnya pembinaan padang golf yang

luas        Penerokaan tanah baru seperti FELDA tidak diteruskan

Daya dan mutu pengeluaran yang rendah:        Penggunaan teknologi moden masih terhad        Pergantungan yang tinggi terhadap faktor-faktor alam seperti musim,

cuaca, dan faktor bencana alam        Dipengaruhi juga oleh serangan penyakit        Tempoh untuk mendapat hasil yang panjang dan tidak konsisten

Kekurangan tenaga buruh:        Terdapat masalah tenaga buruh yang telah lanjut usia, golongan muda

tidak berminat        Import buruh asing membawa masalah sampingan        Keadaan tenaga buruh dalam perladangan amat meruncing dan

genting        Terdapat perpindahan dan golongan muda tidak bersedia bekerja di

sektor pertanian

Penutup:

49

49

Page 50: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

Sektor pertanian merupakan sektor yang cukup penting kepada negara:        Sektor ini tidak boleh diabaikan walaupun negara mencapai kemajuan

dalam sektor perindustrian,        Kerajaan perlu mengambil langkah positif agar sektor ini tidak

terpinggir

ISU: E-DAGANG

Perdagangan secara dalam talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urus niaga tanpa sempadan. Bincangkan kesan yang mungkin timbul ekoran pelaksanaan e-dagang dalam urus niaga melalui sistem elektronik.

Pendahuluan:Negara kita setanding dengan negara-negara lain di dunia:

        Perdagangan secara elektronik telah mula digunakan secara meluas di dunia terutamanya antara negara-negara maju

        Negara kita juga telah mula menggunakan perdagangan secara e-dagang

Isi : Kesan positif e-dagang:Memudahkan dan mempercepatkan urus niaga:

        Urus niaga dan perkhidmatan e-dagang boleh diakses dengan mudah setiap masa di mana-mana sahaja pejabat atau di mana-mana sahaja berada

        Segala pesanan dan pembayaran boleh dijalankan melalui internet atau elektronik

        E-dagang telah memberi peluang kepada peniaga-peniaga kita memasarkan barangan di dalam dan di luar negara

        E-dagang telah menggalakkan perdagangan antara sebuah negara dengan sebuah negara lain

Memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat:

50

50

Page 51: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional melalui internet

        Ketepatan maklumat membolehkan pengeluar dan pengguna membuat keputusan dengan betul dan akan membawa keuntungan kepada syarikat dan negara

        Orang ramai berpeluang mengikuti perkembangan ekonomi dunia dan pasaran saham dalam dan luar negara dengan cepat dan mudah

        Kos urus niaga dapat dijimatkan

Isi : Kesan negatif e-dagang:     Wujudnya unsur penyelewengan:

        E-dagang boleh digunakan untuk melakukan jenayah kolar putih atau jenayah elektronik

        Wujudnya laman-laman web perdagangan palsu        Pengguna tidak mendapat barangan yang dipesan walaupun

pembayaran telah dilakukan melalui elektronik        Jenayah perdagangan tersebut agak sukar dikesan kerana mereka

mahir memanipulasikan e-dagang

Monopoli produk oleh negara maju:        Negara maju akan mengeksploitasi pasaran dengan mengamalkan

dasar monopoli        Negara maju akan membentuk blok perdagangan        Negara-negara mundur akan terus ketinggalan dalam era globalisasi        Negara maju akan menetapkan syarat dan kuota perdagangan

Penutup:Pelbagai kesan wujud melalui pelaksanaan e-dagang:

        Perdagangan secara talian akan menjadi urus niaga yang penting pada masa hadapan

        Langkah-langkah yang wajar perlu diambil agar tidak berlau penyelewengan

51

51

Page 52: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

ISU: PENDERMAAN / PEMINDAHAN ORGAN

Pendermaan dan pemindahan organ bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia perubatan di Malaysia tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma organ masih pada peringkat yang amat rendah.

Pendahuluan:Pendermaan dan pemindahan organ melibatkan pertukaran tisu atau organ yang tidak berfungsi:

        Organ yang dipindahkan biasanya adalah daripada organ yang disahkan mati secara klinikal atau dalam erti kata yang lain otak sudah tidak berfungsi lagi

        Di Malaysia, kesedaran mendermakan organ atau tisu kepada mereka yang memerlukan tidaklah begitu tinggi disebabkan beberapa perkara seperti keagamaan, kurang pengetahuan, dan sebagainya

        Kesedaran perlu ditingkatkan untuk menggalakkan orang ramai mendermakan organ atau tisu

Isi : Langkah-langkah berkesan:Pihak kerajaan harus berganding bahu dengan media massa:

        Menyebarkan maklumat secara berterusan tentang betapa perlunya organ didermakan

        Unit-unit bergerak menjalankan tugas dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menerangkan dengan tepat dan jelas tentang pendermaan organ

        Media cetak dan media elektronik harus mengekhaskan satu program untuk menyiarkan semua maklumat dan berita tentang pendermaan organ

        Usaha yang berterusan dan menepati sasaran akan membuahkan hasil

Peranan badan-badan agama:        Pendermaan organ digalakkan kerana mendermakan organ atau tisu

untuk menyelamatkan orang lain

52

52

Page 53: Skema Excel 6 Rendah k2 2009

EXCEL 6 RENDAH : 2009 SULIT *

        Sifat ini merupakan sifat yang mulia dan disanjung oleh semua agama dan harus diterangkan tentang kemuliaan menawarkan diri sebagai penderma

        Badan-badan agama harus membantu pihak lain untuk menggalakkan penganut-penganutnya untuk mendaftarkan diri sebagai penderma

        Pendermaan organ merupakan satu tanggungjawab memandangkan setiap agama menyeru penganutnya agar sentiasa mengasihani orang lainPosted by ppu ekonomi smkst at 12:16 PM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Labels

BAB 8 Peranan Kerajaan (mikro) (1) Pengajian Am Kertas 2 - BAHAGIAN C (2)

Featured Posts

 Copyright (c) 2010 PPUESMKST - Power by Blogger.Free Blogger Templates, WP by New WordPress Themes, Free MMORPG

53

53