skirt

42
Box Pleat Skirt Tutorial Monday, April 05, 2010 Posted on 5:20:52 PM | 20 Comments sebenarnya kan, saya tak terfikir pun di sebalik tabir pembikinan chocolate pie saya tu dijadikan tutorial. haha! saja je saya letak gambar-gambar tu untuk naikkan semangat kawan-kawan. haha! tapi since orang pun rasa tu macam tutorial, saya rasa tak best pulak sebab tak lengkap. ni saya bagi ukuran untuk box pleat tu. saya bagi contoh untuk lebar je. panjang boleh ikut suka.

Upload: zubeer-zul-zidane

Post on 06-Aug-2015

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: skirt

 

Box Pleat Skirt Tutorial Monday, April 05, 2010 Posted on 5:20:52 PM | 20 Comments

sebenarnya kan, saya tak terfikir pun di sebalik tabir pembikinan chocolate pie saya tu dijadikan tutorial. haha! saja je saya letak gambar-gambar tu untuk naikkan semangat kawan-kawan. haha!

tapi since orang pun rasa tu macam tutorial, saya rasa tak best pulak sebab tak lengkap. ni saya bagi ukuran untuk box pleat tu. saya bagi contoh untuk lebar je. panjang boleh ikut suka.

Page 2: skirt

untuk kiraan, setiap sepasang kain ni, akan jadi 3" lebar. means, bila saya ada 8 pasang (16 helai), saya akan dapat:

3 x 8 = 24" lebar yang juga merupakan ukuran punggung + keselesaan.

maksudnya, kalau nak lebar lagi, boleh ditambahkan pasangan kain, atau dilebarkan kain yang berwarna coklat gelap (bahagian 3") . kalau nak lagi kecik, boleh kurangkan ukuran untuk kain berwarna coklat gelap tu (yang bahagian 3") tapi jangan kurang dari 2". (maintain lipatan tu 1/2" ye..)

lepas siap semua di box-pleat kan, dan dicantumkan menjadi bulatan, ukur balik saiz bulatan dan baru guntingkan kain untuk bahagian pinggang. selalu saya buat 3" termasuk bahagian bergetah.

tada!! siaplah skirt cheerleaders kita.. :D harap dapat membantu..

nota tambahan: klik sini untuk tengok saiz skirt sebagai rujukan.

Page 3: skirt

CIRCLE SKIRT INSTRUCTIONS (for girls in Worship Dance 3 & up, unless otherwise specified by teacher)

The following measurements were created for dancers around 5’ 4" tall. If you are shorter or taller, change accordingly (including yardage of fabric).

Fabric

You will need a white Crepe material for the skirt. Buy 4 yards. You can now purchase material from CMA, call Jill Cook at 720-308-9291 for ordering information. 

Cutting

1. Open up fabric. One selvage will become the seam allowances. Use a pen or pencil attached to a string as a compass to make two half circles with a radius of 35".

2. Cut belt out of leftover fabric 5" x 72".

Sewing 1. Place one half-circle on top of the other and sew a seam down the long straight edge. Press

open. 2. Fold skirt into eighths. Cut off corner to

make opening for waist. You want to end up with an opening about 1 - 2" too big. For a 24" waist, start with a 3" cut.

3. Open up skirt and take out about 5-1/2 - 6" of one side seam. Reinforce end of stitching to prevent it coming undone further. Try on the skirt and check size of opening. If it’s too big, there’s not much you can do! But in the end, too big is better than too small. If it’s too small, cut a little bit more all the way around (a little bit

Page 4: skirt

adds up; try just 1/8" or so). The reason you want it a bit big is that the skirt draws up some when you attach the belt. Also, you want to make sure there’s not a gap when you wear the skirt; an overlap is better.

4. Topstitch side opening. Reinforce end of stitching at top of other side.

Make Belt      

1. Fold each short edge in about 1/4".       2. Fold belt in half lengthwise. Press.

3. Open up and fold each long edge in to meet at the center crease and press.

4. Refold along original center crease to make a belt with 4 thicknesses. Belt should now be about 1-1/4" x 71-1/2". Excess is used to tie around waist.

Attach Belt 1. Find center of belt and mark. Starting at marked center and side seam that has not been opened

up, encase waist opening of skirt into belt opening about 1/4 - 3/8" and sew. When you reach the opened side seam (and end of skirt), keep sewing belt to close it.

2. Repeat with other side of belt and skirt waist.

Hem 1. Try on skirt to check length. Trim if necessary. Zigzag bottom edge for hem.

For the Belt 1. Buy 1 yard of gold lamé 2. Cut a square with 30½" sides

3. Make a small hem on all four sides

4. The square will be folded into a belt

For the Scrunchie 1. Out of leftover lamé, cut a piece 4" x 30" 2. Make a small hem on each short end

3. Sew a ½" seam with long edges together. Turn tube inside-out

4. Thread an 8" piece of elastic through snd stitch ends

5. Hand-stitch ends of lamé together

To complete the costume you will need a short-sleeved white blouse or loose fitting t-shirt (no leotards). The shirt must cover the stomach and must not be 'see-through'.  You will also need pink tights and pink ballet slippers.  Wear hair in a tight bun.  Students wearing 'circle skirts' are required to wear pants slip under their skirt.

   

Page 5: skirt

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah: bahu: 9" panjang baju: 17" panjang lengan: 9" panjang kain: 17"

Page 6: skirt

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.

ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

Page 7: skirt

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan. nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat

Page 8: skirt

tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

       

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.

sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

Page 9: skirt

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju kurung untuk sikecil yang comel.

ok. kita ke bahagian kain pulak.

Page 10: skirt

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan. lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis. selamat mencuba!

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga (Leher) Wednesday, September 17, 2008 Posted on 9:42:17 PM | 11 Comments

ada yang tanya macammana nak potong bulatan pada leher baju kurung. so, inilah saya cuba explain. harap-harapnya faham, sebab memang susah nak explain cara bertulis ni kan. lain laa kalau face to face & segala material ada depan mata.

Page 11: skirt

step 1: ambil sehelai kertas & buatkan bulatan pada kertas tu. yang macam tutorial sebelum ni, untuk saiz kanak-kanak setahun, buatkan bulatan berdiameter 4". bulatan ni buleh juga digunakan sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun. untuk saiz seterusnya bolehlah besarkan sikit.

Page 12: skirt

step 2: macam dalam gambar kat atas, kertas bentuk bulat tu dilipat 2, kemudian dilipat lagi hujungnya.

step 3: potongkan bahagian bucu (make sure yang dalam bulatan). ini adalah sebagai penanda bahagian tengah baju nanti.

Page 13: skirt

step 4: yer, bahagian tengah baju bukanlah bahagian tengah bulatan. ini untuk jadikan bulatan leher tu kedepan sedikit, bukan sama-rata depan dan belakang.

Page 14: skirt

step 5: tandakan tengah bahagian badan baju. caranya dengan melipat 4 badan baju. tandakan dengan memotong bucu macam cara kita potong pada bulatan tadi.

step 6: badan baju dilipat 2 memanjang. letakkan kertas yang dilipat 2 atasnya. pastikan bahagian tanda terletak pada tempat yang sama. potongkan ikut bulatan.

Page 15: skirt

step 7: sebelum buka lipatan badan baju, potongkan sikit bahagian belah depan baju. maka, hasilnya macam gambar atas ni.

tips: untuk bahagian lapisan dalam, boleh pinkan sekali kain lapisan yang dilipat dua antara badan baju dan kertas bulat (pada step 6), sebelum memotong bulatan.. cara-cara nak cantumkan kain lapisan dan seterusnya, boleh ikut tutorial sebelum ni.

harap ni dapat membantu.. good luck!

Page 16: skirt

 

Tutorial - Peasant Blouse Wednesday, June 11, 2008 Posted on 10:01:15 PM | 45 Comments

nota: tutorial ini hanya mengikut pengalaman saya. ;D

inilah cara-cara untuk membuat peasant blouse bersaiz 6-12 bulan.

bahan-bahan (ukuran dah termasuk basi kain):

2 helai kain berukuran 14" (lebar) x 13" (panjang) - untuk badan 2 helai kain berukuran 13" (lebar) x 6" (panjang) - untuk lengan 1 getah bersaiz 1/4" sepanjang 15" - untuk leher 2 getah bersaiz 1/4" sepanjang 7" - untuk lengan

cara-cara: bahagian lengan dilipat 2. dibahagian bucu hujung kain, ukurkan 2 1/2" pada bahagian atas & 4" pada bahagian tepi. lakarkan berbentuk lengan seperti gambar di bawah. potongkan mengikut lakaran.

Page 17: skirt

ulangkan untuk bahagian badan. hasilnya seperti gambar di bawah.

Page 18: skirt

cantumkan bahagian bawah lengan. hujung lengan dilipat & dijahit, macam gambar bawah ni.

cantumkan kedua helai kiri & kanan bahagian badan (kecuali bahagian untuk dicantum dengan lengan). bahgian bawah badan dilipat & dijahit, macam gambar bawah ni.

Page 19: skirt

cantumkan kedua-dua lengan dengan bahagian badan.

Page 20: skirt

jadilah macam gambar bawah ni. nampak macam tak cantik kan?

Page 21: skirt

lipatkan bahagian atas kedalam, dan jahitkan. jangan lupa tinggalkan dalam seinchi yang tidak dijahit untuk lubang memasukkan getah. pastikan juga lipatan tu muat untuk dimasukkan safety pin, untuk memasukkan getah.

Page 22: skirt

masukkan getah kedalam lipatan dengan menggunakan safety pin. (alamak, lupa ambik gambarlah bahagian ni. korang agak-agak je lah eh). pastikan hujung getah satu lagi tak ikut masuk dalam lipatan ye. bila kedua-dua hujung getah bertemu, cantumkan keduanya menjadi satu gelang getah didalam lipatan.

Page 23: skirt

jahitkan semula lubang yang tinggal seinchi tadi.

untuk bahagian lengan, regangkan getah dibahagian dalam lengan, dan jahitkan ke bahgian lengan berjarak 1/2 inchi dari hujung lengan. sambil jahit, sambil regangkan getah yer...

Page 24: skirt

inilah hasilnyaa... (gambar kene dua gak, sebab dah tulis twin kat situ.. heheh)

so, try your own & let me know.. good luck!

 

Tutorial - Dress ala Dahlia Saturday, February 16, 2008

Page 25: skirt

Posted on 1:04:41 AM | 49 Comments

nota: panduan ni hanyalah mengikut pengalaman saya yang tidak pernah mengikuti mana-mana kelas jahitan formal. kaedah dan terms yang digunakan mungkin bercanggah dari mereka yang profesional.

banyak yang saya belajar dari internet. jadi, saya rasa, elok juga kalau saya dapat contribute something walaupun tak seberapa. saya mulakan dengan dress ni, yang saya namakan 'dress ala dahlia'. ini dress yang paling simple, comel dan paling senang untuk dibuat. ukuran di bawah untuk baby berumur 6 bulan. boleh juga dipakai sebagai top untuk kanak-kanak berumur 2 tahun.

kita mulakan dengan ukuran kain:

ini untuk bahagian bawah yang kembang (skirt). potongkan 2 helai kain berbentuk 4 segi tepat, 18"x10". yang berbunga untuk bahagian depan dan yang kosong untuk bahagian belakang.

kain bahagian belakang dilipat 2 dan dipotong menjadi 2 helai, kiri dan kanan seperti gambar di bawah.

Page 26: skirt

gambar bawah ini pula untuk ropol di bahagian bawah dress. potongkan 2 helai kain berukuran 40"x2". kain selebar 2" akan menghasilkan ropol selebar 1".

untuk bahagian bahu berkedut, potongkan kain berukuran 3.5"x5".

Page 27: skirt

untuk bahagian dada, terbahagi kepada dua. bahagian depan dan bahagian belakang. untuk bahagian depan, potongkan 2 helai kain kain berukuran 11.5"x4", dan untuk bahagian belakang pula 12"x4". ini akan menghasilkan selisih kain 0.5" untuk butang dibahagian belakang.

Page 28: skirt

lukiskan suku bulatan berjejari 2" di bahagian bucu atas setiap helai kain (sama bahagian depan dan belakang). perlu diingat, basi jahitan untuk bawah ketiak ini hanyalah suku inchi. potongkan kain mengikut suku bulatan tadi.

selesai sudah semua ukuran. kita sudah boleh mula menjahit.

Page 29: skirt

untuk bahu, jahitkan bahagian kiri dan kanan kedua-dua helai kain. (ikut gambar atas) lepas tu, jahitkan dihujung menggunakan jarak jahitan yang lebar dan benang atas yang diketatkan. kain akan berkedut dengan sendiri. kalau kedut kurang, boleh kedutkan lagi secara manual. kedutkan sehingga menjadi 1" sahaja.

Page 30: skirt

ambil kedua-dua helai bahagian dada depan, bermula dari tengah, cantumkan kedua-duanya. bila hampir ke penghujung, selitkan bahu diantara keduanya. teruskan jahitan sehingga ke penghujung bulatan. terbalikkan, dan ulangkan proses yang sama. kuluarkan bahagian dalam dan kita akan mendapat hasil seperti gambar di bawah.

Page 31: skirt

untuk belakang dada, ambil sehelai kain bahagian belakang dan dilipat dua. mulakan jahitan dan selitkan bahu yang sudah bercantum dengan bahagian depan tadi. teruskan jahitan hingga ke penghujung suku bulatan. ulangkan untuk helaian kedua.

ini pula cara untuk mencantumkan bahagian depan dan belakang (di bawah ketiak). bukakan lipatan bahagian depan dan belakang, dan jahitkan di bahagian dalamnya. tengok gambar bawah ni lagi paham kot. lipatkan kedalam semula.

Page 32: skirt

untuk kemasan, jahitkan dihujung setiap kain yang bersambung. boleh skip kalau tak nak.

Page 33: skirt

siap bahagian atas, kita ke bahagian skirt pulak.

mula dengan bahagian belakang yang dah dijahit tepi. cantumkan kedua helai bahagian belakang (akan menjadi tengah belakang). lebarkan sedikit basi satu bahagian. jangan jahit sampai hujung. tinggalkan dalam 2 inchi. dulu saya tak buat macam ni. tapi bila baju dah kecik sikit, susah sikit nak pakai. jadi better buat macam ni.

Page 34: skirt

amparkan kain yang sudah bercantum, dengan baki yang lebih besar di bahaian atas dan lipatkan separuh baki keatas seperti gambar di atas.

Page 35: skirt

terbalikkan kain dan mulakan jahitan di atas lipatan.

untuk bahagian ropol, cantumkan kedua-dua helai kain, bersambung kiri dan kanan. lipat dan jahitkan di satu bahagian.

Page 36: skirt

kedutkan di bahagian satu lagi. seperti mengedut bahagian bahu tadi. kedutkan sepanjang kain ropol dan ukurkan sepaya sama dengan bahagian skirt yang hendak disambung.

Page 37: skirt

cantumkan ropol dengan skirt.

setelah siap, cantumkan pula bahagian skirt dengan dada, bermula dari bahagian belakang yang tidak bercantum.

Page 38: skirt

jahitkan kemasan di atas setiap kedutan, antara skirt dan dada, juga antara skirt dan ropol.

jahitkan lubang butang dan juga butang.

inilah hasilnya.

Dress/Top/Skirt Size

SizeM:month; Y:year

Dress / Top Skirt

Chest Dress Length Top Length Waist Length

6M 19" 15" 12" 17.5" 8"

Page 39: skirt

1Y 20" 18" 13" 18" 9"

2Y 21" 20" 14" 18.5" 10"

3Y 22" 21" 15" 19" 11"

4Y 23" 23" 16" 19.5" 12"

5Y 24" 25" 17" 20" 13"

6Y 25" 27" 18" 21" 14"Saiz Baju Kurung

Baju Kurung

Saizm:month; y:year

Bahu Panjang Lengan Panjang Baju/Kain

6m 8" 9" 14"

1y 8.5" 10" 16"

2y 9" 11" 18"

3y 9.5" 12" 20"

4y 10" 13" 22"

5y 10.5" 14" 24"

6y 11" 15" 26"