skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
TRANSCRIPT
SKRIP JURUACARA MAJLIS BICARA BUKU DAN PERKONGSIAN ILMU BERSAMA-SAMA PENGARAH
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SAS, TANAH RATA
MASA : 2.00PM
TARIKH : 21/06/12
PENGACARA : PN NORAZLIAH ANI
CUE ANN NOTAETIKA MAJLIS Perhatian sidang hadirin, majlis akan bermula sebentar lagi. Molek kiranya
saya nyatakan etika majlis yang harus dipatuhi.1. Sila pastikan telefon bimbit dalam mod senyap atau tidak diaktifkan.2. Berdiri semasa pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu
kehormat.3. Duduklah di kerusi-kerusi yang telah ditetapkan.4. Minimakan bunyi suara agar tidak mengganggu majlis.5. Menunggu tetamu kehormat meninggalkan dewan terlebih dahulu
selepas majlis berakhirSekian. Harap Maklum
KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Yahaya b Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang.
Lembut bicara mata bertentangTangan dihulur penuh kemesraanMajlis bermula besulamkan kalamAhlan wa sahlan selamat datang.
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Yg Berbahagia, En. Yahaya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.
1
Yg Berusaha, Tn Hj Basirun b Abdullah Hayim, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands,.
Yg Berusaha En. Lew Kim Chun,Pegawai Pelajaran Daerah Benton (Jika hadir),
Barisan panel pembentang majlis bicara buku yang teridiri daripada para pengetua dan para guru penolong kanan sekolah-sekolah daerah Cameron Highlands,
Para guru besar, pegawai-pegawai PPDCH, guru-guru dan hadirin sekalian.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Biji selalsih boleh dimakanMenjadi perisa sedap tak terperiSelamat datang kami ucapkanBertambah seri majlis kami
BACAAN DOA Bagi memberkati majlis, dipersilakan pula Al Fadhil Ustaz Hj Nordin Bin Jamari untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih ustaz atas bacaan doa itu tadi.
BICARA BUKUBuku adalah kunci kepada kebijaksanaanBuku adalah pintu dunia keseronokanBuku adalah jalan menuju kejayaanBuku adalah sahabat,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK KR menjadi pemukadimah bicara buku Raising Boys. Dipersilakan
2
puan.
(tunggu sehingga panel akhir)
UCAPAN PENGARAH
Demikianlah tadi petah dan lancar para panel membicarakan intipati buku bertajuk Raising Boys
Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula En Yahaya bin Zainal AbidinBagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.
Tanam laguni tumbuh kelapaTerbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupaSudah terpahat di dalam hati
Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang.
PENYERAHAN BUKU ‘RAISING BOYS’
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Basirun, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands mengiringi En Yahaya bin Zainal Abidin bagi menyempurnakan penyerahan buku ‘Raising Boys’ kepada En Lew Kim Chun, Pegawai Pelajaran Daerah Bentong.
Sempurnalah penyerahan buku. Terima kasih
CENDERAHATI KEPADA VIP
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pn Nachammal a/p Nachimuthu mewakili Majlis Pengetua Sekolah Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Yahaya bin Zainal Abidin
Berikutnya majlis mempersilakan Tn Hj Basirun b Abdullah Hasyim menyampaikan
3
cenderahati kepada En Yahaya bin Zainal Abidin.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Nachammal a/p Nachimuthu dan Tn Hj Basirun b Abdullah Hashim atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
PENUTUP DAN JAMUAN
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.
Sekian sahaja, salam hormat, wa billahi Taufiq wal Hidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Dijemput kepada Yang Berbahagia En Yahaya bin Zainal Abidin, dif-dif jemputan para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan di Laman Selera SMK Sultan Ahmad Shah. Dipersilakan. Majlis bersurai.
4
5