slide titas (tokoh tamadun india)

14
TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Upload: noraunafital

Post on 30-Dec-2015

378 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

TOKOH-TOKOH TAMADUN INDIA

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 2: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

TOKOH TAMADUN

INDIA

MAHATMA GANDHI

SIDHARTA GAUTAMA BUDDHA

Page 3: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

LATAR BELAKANG

AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID

KEMERDEKAAN INDIA

PERANAN DAN SUMBANGAN

RUMUSAN

MAHATMA GANDHI

Page 4: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Nama sebenar beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi yang bermaksud ‘berjiwa hebat’. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Beliau seorang yang pemalu dan pelajar yang sederhana. Beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun dengan Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Lulus dengan cemerlang dalam bidang guaman dan balik ke India tetapi gagal mendapat kerja. Seterusnya Gandhi melancarkan pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India dengan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris.

LATAR BELAKANG

Page 5: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Walaupun dengan cara ini beliau bersama ribuan warga India lainnya dimasukkan ke penjara.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.

Pengalaman yang menikam kalbu apabila dikeluarkan dari keretapi oleh orang kulit putih kerana membeli tiket yang hanya diduduki oleh orang kulit putih akibat dari dasar Apartied iaitu perbezaan warna kulit.

Tawaran yang mengubah kehidupan Gandhi ialah apabila beliau bekerja di Afrika Selatan pada tahun 1891.

Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk dimana bangsa India dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil ‘kuli’ atau ‘sami’.

AFRIKA SELATAN DAN DASAR APARTEID

3

3

Page 6: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

1915 – Gandhi pulang semula ke India untuk

membantu dalam proses kemerdekaan

India dari jajahan British.

1917 - Gandhi mengamalkan prinsip

satyagraha yang bermaksud perjuangan

ke arah kebenaran untuk mendapatkan

ruang yang besar dalam aktiviti ekonomi, politik

dan sosial.Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

1920-an hingga 1940 - berlaku pertempuran masyarakat Hindu dan

Islam. Gandhi bertindak sebagai penyelamat. Dia akan berpuasa sampai mati selagi pertempuran tidak

dihentikan .

1947 - India mencapai kemerdekaan dan

berpisah menjadi dua negara, India dan

Pakistan. Hal ini tidak dipersetujui oleh

Gandhi.

30 Januari 1948 – Gandhi telah dibunuh oleh Nathuram Godse,

seorang penganut Hindu yang marah dengan tindakan

beliau.

KEMERDEKAAN INDIA

Page 7: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

1. Beliau berupaya menarik rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an. Kesannya politik India berkembang pesat.

2. Beliau membawa method perjuangan yang bukan berunsurkan kekerasan. Konsep Sathyagraha- Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yang tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya.

3. Menjalin hubungan orang Islam dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat.

PERA

NAN

DAN

SU

MBA

NG

AN

4. Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.

Page 8: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Kesimpulannya, perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan sumbangan Mahatma Gandhi dalam nasionalisme di India tidak dapat disangkal lagi. Melalui pendekatan tanpa

kekerasan beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat India terutama yang beragama Hindu dan Islam. Tidak dilupakan juga peranan beliau mengetuai

INC yang berjaya menarik sokongan golongan bawahan, pengenalan konsep Swedasi juga berjaya menyedarkan masyarakat India untuk menghasilkan produk buatan tempatan dan membelinya. Dalam pada masa yang sama memboikot barangan buatan British. Begitu juga peranan beliau dalam menyatukan masyarakat Muslim dan India dengan menyokong gerakan Khilafat sebagai

contoh. Namun, sehingga ke tahun-tahun akhir sebelum India merdeka, pertikaian antara orang Hindu dan Islam tidak mampu diselesaikan oleh pihak British. Perbincangan demi perbincangan

akhirnya India dibahagi kepada dua iaitu negara India dan Pakistan walaupun ditentang oleh Mahatma Gandhi. Namun, ia tetap diteruskan. Ogos 1947 menjadi tarikh keramat bagi negara

India dan Pakistan dan menjadi penanda berakhirnya kuasa penjajahan British di India. Namun, pengunduran pihak British telah memakan korban yang besar dan kehilangan yang paling besar

apabila Mahatma Gandhi telah dibunuh pada bulan 30 Januari 1948 oleh seorang ekstremis Hindu iaitu Nathurum Godse ketika berusia 79 tahun. Pembunuh tersebut berpendapat bahawa Gandhi

telah menyebabkan perpecahan dan kelemahan terhadap orang Hindu di India serta sokongan terbuka yang diberi oleh Gandhi terhadap orang Islam. Berakhirlah perjuangan Mahatma Gandhi

selepas beliau dibunuh namun peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh beliau sangatlah besar dan tidak mampu dipadam dalam lipatan sejarah India.

RUMUSAN

Page 9: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Ia dianggap oleh pemeluk Agama Buddha sebagai Buddha Agung (sammasambuddha) di masa sekarang.

Menyebarkan Dharma selama 45 tahun kepada manusia dengan penuh kasih sayang.

Siddharta dilahirkan pada tahun 623 SM di Taman Lumbini.

Dia kemudian menjadi sang Buddha (orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna)

Dia juga dikenali sebagai Shakyamuni (orang bijak dari kaum Sakya) dan sebagai sang Tathagata.

Siddharta Gautama adalah guru spiritual dari wilayah timur laut India yang juga merupakan pendiri Agama Buddha.

SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA

Page 10: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

4 KEBENAR

AN MULIA

Page 11: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Jalan Lapan Lapis

Kepercayaan dan

pengetahuan yang baik

* Bebas daripada

kepercayaan karut

* Memahami diri sendiri

dan 4 kebenaran yang mulia

* Membangu

nkan wawasan

kehidupan yang jelas

Keinginan yang baik

* Perlu mengambil keputusan yang tegas

untuk mencapai

jalan kehidupan

yang berjaya

Pengucapan yang baik

*tidak boleh

melakukan gosip

menipu atau

mengenakan seseorang

Kelakuan yang baik

* Bertindak secara

aman, jujur dan sejati dan tidak

membunuh, mencuri

dan keterlaluan

dalam tuntutan arak dan

perlakuan seks

Makna kehidupan yang baik

* Perlu mendapatk

an kehidupan

dengan tidak

memusnahkan

kehidupan lain

Usaha yang baik

* Perlu mengawal diri sendiri

dan berdisiplin

* Mengekang kepercayaa

n syaitan dan

menjaga kebaikan

Pemikiran yang baik

* Perlu berhati-hati

dengan kata-kata

dan pelakuan orang lain

Pertapaan yang baik

* Perlu menumpuk

an pada satu

perkara untuk

mendapatkan

kesedaran yang

mendalam dan

istimewa

Page 12: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

KITAB SUCI AGAMA BUDDHA

• Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pâli dan Sansekerta terbahagi dalam tiga kelompok besar yang dikenal sebagai 'pitaka' atau 'keranjang‘ iaitu :

a. Vinaya Pitakab. Sutta Pitakac. Abhidhamma Pitaka• Kitab Suci agama Buddha dinamakan Tipitaka (Pâli) atau Tripitaka

(Sansekerta).

Page 13: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Ajaran Buddha pertama kali diterima olah 5 orang bhiksu iaitu Kondanna, Bhaddiya, Mahanama, Assaji dan Vappa.

Hari pemutaran roda Dharma yang pertama tersebut diperingati oleh umat Buddha sebagai hari suci Asadha.

Buddha Gautama berkelana menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta kasih dan kasih sayang.

Setelah saat itu, makin lama makin banyak pengikut beliau.

Pemutaran Roda Dharma

Page 14: Slide TITAS (Tokoh Tamadun India)

Dalam tradisi Hindu, Buddha tidak mempunyai kedudukan istimewa dalam Veda. Menurut kepercayaan umat Hindu, pada masa Kali Yuga, orang-orang mulai melupakan ajaran agama dan tindakan mereka tidak sesuai dengan Veda. Maka dari itu, Buddha muncul untuk menyempurnakan kembali tindakan yang melencong dari Veda dan menolak untuk melaksanakan pengorbanan haiwan.Beberapa tokoh Hindu menganggap Buddha merupakan seorang tokoh yang memperbaharui ajaran Veda. Dalam beberapa falsafah Hinduisme, Rama dan Krishna yang merupakan awatara juga dipuja sebagai Dewa, namun Sang Buddha yang juga merupakan awatara tidak dipuja dalam Hindu selayaknya awatara yang lain. Pokok ajaran Buddha bolah diringkaskan di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:" i) kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagiaii) sebab-musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsuiii) pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis bilamana segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan, dalam ajaran Buddha disebut nirvana iv) menimbang benar, berfikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar.

RUMUSAN