slot 4 perkakasan multimedia
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
PERKAKASAN MULTIMEDIA
SLOT 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERKAKASAN MULTIMEDIA
• Pembangunan multimedia melibatkan penggunaan peranti input dan peranti output.
• Perkakasan peranti output melibatkan komputer dengan perkakasan tambahan seperti kad bunyi, pembesar suara dan pemacu cakera padat bagi mengeluarkan kesan bunyi.
• Perkakasan peranti input yang biasa digunakan ialah pengimbas, kamera video, kamera, peranti audio dan peranti penangkapan video.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERKAKASAN MULTIMEDIA
• Setiap perkakasan mempunyai fungsi dan ciri-cirinya.
• Pengguna harus mengetahui cara menggunakan perkakasan ini dan fungsi setiap jenis perkakasan tersebut untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia bagi menghasilkan produk multimedia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERKAKASAN MULTIMEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMERA DIGITAL
• Peranti yang mengambil gambar pegun dalam bentuk digital.
• Imej disimpan di dalam kad memori seperti xD card dan SD card.
• Kelebihan menggunakan kamera digital: Imej yang ditangkap boleh digunakan secara terus dalam komputer, menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli filem-filem dan boleh menyimpan atau memadam gambar dalam kad memori.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMERA VIDEO
• Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej bergerak secara elektronik.
• Ia bermula dari industri penyiaran namun sekarang digunakan secara meluas dalam bidang-bidang lain.
• Terdapat dua jenis kamera video iaitu kamera video analog dan kamera video digital (DV).
• Webcam juga merupakan kamera video yang sering digunakan pada hari ini.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGIMBAS
• Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital.
• Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERANTI AUDIO
• Peranti yang diperlukan untuk merakam dan merekod bunyi analog dan menyimpannya dalam bentuk digital.
• Contoh peranti yang digunakan untuk merakan suara atau audio ialah mikrofon dan keyboard MIDI.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VIDEO CAPTURE DEVICES
• Peranti yang menghubungkan alat perakam video kepada komputer.
• Ia digunakan untuk memindahkan video daripada kamera video kepada komputer untuk diedit atau disimpan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10