soalan lazim bantuan bayaran pembiayaan pemulih

9
SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH 1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH UNTUK PELANGGAN B40, M40 DAN T20 Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 berhubung penawaran moratorium bagi membantu pelanggan menguruskan aliran tunai dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas. Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH MIKRO-i Bahagian 2 2 - 5 6 - 8 MUKA SURAT MUKA SURAT BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) Bahagian 3 9 MUKA SURAT Muka Surat | 1 Bahagian 1

Upload: others

Post on 15-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

SOALAN LAZIM

BANTUAN BAYARANPEMBIAYAAN PEMULIH

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIHUNTUK PELANGGAN B40, M40 DAN T20

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 berhubung penawaran moratorium bagi membantu pelanggan menguruskan aliran tunai dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIHMIKRO-i

Bahagian 2

2 - 5

6 - 8

MUKA SURAT

MUKA SURAT

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIHPERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Bahagian 3

9MUKA SURAT

Muka Surat | 1

Bahagian 1

Page 2: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1

2

3

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH?

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH UNTUK PELANGGAN B40, M40 DAN T20

Semua pelanggan individu merangkumi golongan B40, M40 dan T20 adalah layak.

Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan?

Pilihan 1Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).

Pilihan 2Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Apakah produk yang terlibat dalam Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH ini?

Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:

a) Pembiayaan Peribadi-i b) Pembiayaan Perumahan-i c) Pembiayaan Kenderaan-i d) Sewa Beli Kenderaan-i e) Pembiayaan Pendidikan-i f) Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

4 Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH ini memberikesan dalam laporan CCRIS?

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Tidak.

5 Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300 800 800. ii. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

6 Sekiranya pelanggan telah memohon untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang terdahulu,adakah pelanggan perlu memohon semula?

Ya. Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

7 Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan untuk memohon?

Pelanggan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen.

Muka Surat | 2

Page 3: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

13 Bagaimanakah permohonan bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama?

Hanya seorang penama bagi akaun pembiayaan bersama perlu membuat permohonan melalui borang elektronik. Bank akan menghubungi penama bersama untuk mendapatkan kebenaran.

14 Bagaimanakah permohonan pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis pembiayaan?

Permohonan yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis pembiayaan di Bank Rakyat hanya perlu membuat satu permohonan. Permohonan akan diproses bagi kesemua akaun mengikut pilihan bantuan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi permohonan melibatkan pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama (akaun bersama) permohonan akan diproses setelah semua penama akaun memberi persetujuan.

15 Bagaimanakah proses bagi pembiayaan yang dibayar melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA),Potongan Gaji Majikan (PGM) dan Arahan Tetap (Standing Instruction, SI)?

Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi BPA, PGM atau SI, pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium, Bank akan memberikan pemulangan bayaran.

8 Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH ini boleh dilakukan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH ini bermula pada7 Julai 2021.

9 Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti duti setem dan takaful yang dikenakan kepadapelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tiada. Walau bagaimanapun, perlindungan Takaful pembiayaan pelanggan tidak meliputi tempoh tambahan yang diberikan kepada pembiayaan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan perlindungan takaful bagi tempoh tambahan, pelanggan boleh berhubung dengan pihak Bank. Kos perlindungan takaful adalah ditanggung oleh pelanggan.

12 Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH?

Bagi pembiayaan menggunakan kadar tetap, tempoh pembiayaan akan dilanjutkan mengikut bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

Manakala, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, tempoh lanjutan boleh melebihi bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

10 Adakah terdapat pertambahan jumlah keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan?

Tidak. Jumlah keuntungan adalah tertakluk kepada jumlah keuntungan yang telah diakad. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

11 Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH ini?

Tidak. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung sebarang perubahan jumlah ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan Kadar Asas (KA)/Kadar Asas Pembiayaan (KAP) atau perubahan dari semasa ke semasa.

Muka Surat | 3Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 4: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

16 Bagaimana pula dengan pelanggan yang sedang menikmati bantuan sedia ada tetapi inginmenukar jenis bantuan yang dinikmati serta merta?

Pelanggan perlu membuat permohonan baharu untuk menukar jenis bantuan melalui https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.Contoh 1: Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 11/2021 Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan pengurangan ansuran 50% yang sepatutnya tamat pada bulan 11/2021 akan dihentikan serta merta.

Bulan mula moratorium : 07/2021 Bulan akhir moratorium : 12/2021

Contoh 2: Pelanggan telah mendapat bantuan pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan.

Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 11/2021 Bantuan telah berlalu selama 2 bulan. Pada bulan 08/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 08/2021

Bank akan menawarkan moratorium selama 5 bulan sahaja.

Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang telah mendapat moratorium selama 3 bulan dan masih mempunyai baki bulan moratorium yang belum dinikmati, Bank hanya akan melanjutkan moratorium sehingga genap 6 bulan setelah menerima permohonan baharu daripada pelanggan.

Sekiranya pelanggan memohon semula setelah tamat moratorium selama 3 bulan yang dipohon melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan (PEMERKASA), Bank hanya akan memberikan tambahan moratorium selama 3 bulan sahaja.

Contoh 3: Bantuan yang sedang dinikmati : Moratorium selama 3 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 08/2021 Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan moratorium akan disambung sehingga genap 6 bulan.

Bulan akhir moratorium : 11/2021

Muka Surat | 4

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 5: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

Contoh 4: Bantuan yang sedang dinikmati : Moratorium selama 3 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 08/2021 Pada bulan 09/2021, pelanggan meneruskan bayaran ansuran. Pada bulan berikutnya pelanggan memohon moratorium selama 6 melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH.

Permohonan PEMULIH : 10/2021

Bantuan moratorium akan disambung sehingga genap 6 bulan.

Bulan mula moratorium : 10/2021 Bulan akhir moratorium : 12/2021

Muka Surat | 5Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 6: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1 Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Mikro-i?

a. Perusahaan mikro yang layak dengan nilai jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga sebelum 1 Julai 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari).b. Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor dengan: i. Perolehan jualan kurang dari RM300,000; atau ii. Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa

Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH MIKRO-i

2 Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan kepada pelanggan Mikro-i?

Pilihan 1Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium). Pilihan 2Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

3 Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Mikro-i inimemberi kesan dalam laporan CCRIS?

4 Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Mikro-i ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300 800 800. ii. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

5 Sekiranya pelanggan telah memohon untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang terdahulu,adakah pelanggan perlu memohon semula?

Ya. Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

Tidak.

8 Adakah terdapat pertambahan jumlah keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan?

Tidak.

6 Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Mikro-i ini boleh dilakukan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Mikro-i ini bermula pada7 Julai 2021.

7 Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti duti setem dan takaful yang dikenakan kepadapelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tiada. Walau bagaimanapun, perlindungan Takaful pembiayaan tuan/puan tidak meliputi tempoh tambahan yang diberikan kepada pembiayaan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan perlindungan takaful bagi tempoh tambahan, pelanggan boleh berhubung dengan pihak Bank. Kos perlindungan takaful adalah ditanggung oleh pelanggan.

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

Muka Surat | 6Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 7: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

Bagaimanakah permohonan bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama?11Hanya seorang penama bagi akaun pembiayaan bersama perlu membuat permohonan melalui borang elektronik. Bank akan menghubungi penama bersama untuk mendapatkan kebenaran.

12 Bagaimanakah permohonan pelanggan yang mempunyai lebih dari satu akaun/jenis pembiayaan?

Permohonan yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis pembiayaan di Bank Rakyat hanya perlu membuat satu permohonan. Permohonan akan diproses bagi kesemua akaun mengikut pilihan bantuan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi permohonan melibatkan pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama (akaun bersama) permohonan akan diproses setelah semua penama akaun memberi persetujuan.

Bagaimanakah proses bagi pembiayaan yang dibayar melalui Standing Instruction (SI)?13Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi SI, pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium akan diberikan pemulangan bayaran oleh pihak Bank.

14 Bagaimana pula dengan pelanggan yang sedang menikmati bantuan sedia ada tetapi ingin menukarjenis bantuan yang dinikmati serta merta?

Pelanggan perlu membuat permohonan baharu untuk menukar jenis bantuan melalui https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.Contoh 1: Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 11/2021 Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan pengurangan ansuran 50% yang sepatutnya tamat pada bulan 11/2021 akan dihentikan serta merta.

Bulan mula moratorium : 07/2021 Bulan akhir moratorium : 12/2021

Contoh 2: Pelanggan telah mendapat bantuan pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan.

Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 12/2021

9 Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH?

Tidak.

10 Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH?

Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

Muka Surat | 7Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 8: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

Bantuan telah berlalu selama 2 bulan. Pada bulan 08/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 08/2021

Bank akan menawarkan moratorium selama 5 bulan sahaja.

Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang telah mendapat moratorium selama 3 bulan dan masih mempunyai baki bulan moratorium yang belum dinikmati, Bank hanya akan melanjutkan moratorium sehingga genap 6 bulan setelah menerima permohonan baharu daripada pelanggan.

Sekiranya pelanggan memohon semula setelah tamat moratorium selama 3 bulan yang dipohon melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan (PEMERKASA), Bank hanya akan memberikan tambahan moratorium selama 3 bulan sahaja.

Contoh 3: Bantuan yang sedang dinikmati : Moratorium selama 3 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 08/2021 Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 6 melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan moratorium akan disambung sehingga genap 6 bulan.

Bulan akhir moratorium : 11/2021

Contoh 4: Bantuan yang sedang dinikmati : Moratorium selama 3 bulan Bulan mula : 06/2021 Bulan terakhir : 08/2021 Pada bulan 09/2021, pelanggan meneruskan bayaran ansuran. Pada bulan berikutnya pelanggan memohon moratorium selama 6 melalui Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH.

Permohonan PEMULIH : 10/2021

Bantuan moratorium akan disambung sehingga genap 6 bulan.

Bulan mula moratorium : 10/2021 Bulan akhir moratorium : 12/2021

Muka Surat | 8Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Page 9: SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

1300 80 5454 www.bankrakyat.com.my myBANKRAKYAT

3 Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH PerusahaanKecil dan Sederhana (PKS) ini memberi kesan dalam laporan CCRIS?

Tidak.

4 Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Perusahaan Kecil danSederhana (PKS) ini?

Pelanggan boleh memohon melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300 800 800. ii. Mengunjungi Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) & Koperasi (SMEC) yang berdekatan.

5 Sekiranya pelanggan telah memohon untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang terdahulu,adakah pelanggan perlu memohon semula?

Ya. Pelanggan boleh memohon melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300 800 800. ii. Mengunjungi Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) & Koperasi (SMEC) yang berdekatan.

Muka Surat | 9

7 Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH?

Ya.

6 Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) ini boleh dilakukan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH PKS ini bermula pada7 Julai 2021.

8 Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh Bantuan BayaranPembiayaan PEMULIH?

Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

1 Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIHPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

a. Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas dalam tempoh PKP.b. Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 3 bulan pada tarikh permohonan.c. Tiada sebarang tindakan guaman.d. Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor

Bank juga tidak memerlukan penyerahan dokumen untuk membuktikan kelayakan. Bank akan membuat keputusan berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data dalaman Bank dan borang perakuan diri oleh pelanggan.

2 Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan kepada pelangganPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

Pilihan 1Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium). Pilihan 2Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa