soalan obt
TRANSCRIPT
Soalan 1
Perangkaan ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah memungut,
menyusun, membuat analisis dan menginteprisi data. Dalam konteks sistem
pendidikan, data yang paling penting ialh pengumpulan markah murid pelbagai mata
pelajaran. Data yang dipungut oleh guru sekolah ialah dalam bentuk skor mentah
dalam susunan rawak dan tidak boleh digunakan oleh guru untu membuat tafsiran
atau analisis terhadap prestasi para muridnya.Justeru itu, markah yang diperoleh
oleh murid dalam satu peperiksaan perlulah disusun oleh guru daripada markah
yang paling rendah kepada markah yang paling tinggi atau sebaliknya supaya beliau
dapat mengira kekerapan untuk skor-skor mentah ini.
Berdasarkan skor mentah yang diberi,skor mentah di atas perlu disusun
(markah tertinggi kepada markah satu terendah) oleh Ustaz Omar ke dalam satu
susunan mendatar atau menengak. Berikut ialah susunan skor tersebut :
i- Jadual 1.1 : Skor yang disusun secara mendatar
95 90 89 87 85 78 77 76 73 71
71 70 64 64 64 62 61 60 59 56
55 54 53 48 47 47 44 38 26 26
Jadual 1.2 : Skor yang disusun secara menegak
95 71 55
90 70 54
89 64 53
87 64 47
85 64 47
78 62 47
77 61 44
76 60 38
73 59 26
71 56 26
ii.a. Penentuan Mod
Mod ialah angka skor yang mempunyai kekerapan yang paling tertinggi dalam
satu set skor markah. Simbol statistik mod ialah M.
Jadual 1.3 Jadual taburan kekerapan Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Skor (x) Kekerapan ( f )
95 1
90 1
89 1
87 1
85 1
78 1
77 1
76 1
73 1
71 2
70 1
64 3
62 1
61 1
60 1
59 1
56 1
55 1
54 1
53 1
48 1
47 2
44 1
38 1
26 2
N=30
Berdasarkan kepada jadual di atas :
- M = Skor 64 kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi ( 3 )
-Mod = 64
ii.b Penentuan Median
Median ialah nilai yang terletak di tempat paling tengah bagi set skor yang
disusun secara menaik atau secara menurun. Median boleh ditentukan dengan
membahagi satu set skor yang telah disusun itu kepada dua bahagian yang sama.
Berdasarkah markah pelajar Ustaz Omar berikut ialah nilai median :
95 90 89 87 85 78 77 76 73 71
71 70 64 64 61 60 59 56
55 54 53 48 47 47 44 38 26 26
Median = 64+622
( Set genap bagi data tidak terkumpul )
= 63
ii.c Penentuan Min
Min adalah merujuk kepada markah purata yang diperolehi oleh murid dalam
sesuatu ujian. Min dapat menghuraikan prestasi murid dalam satu ujian yang sama.
Min digunakan juga untuk mengira sisihan lazim dan skor piawai.x merupakan
simbol bagi min. Nilai min bagi markah pelajar Ustaz Omar boleh dicari seperti
berikut :
- (i) Bagi data atau skor terkumpul :
95 90 89 87 85 78 77 76 73 71
71 70 64 64 64 62 61 60 59 56
55 54 53 48 47 47 44 38 26 26
- (ii)Skor dimasukkan dalam Jadual Taburan Kekerapan
64 62
Jadual 4 :
Skor
markah murid
Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx
95 1 95
90 1 90
89 1 89
87 1 87
85 1 85
78 1 78
77 1 77
76 1 76
73 1 73
71 2 142
70 1 70
64 3 192
62 1 62
61 1 61
60 1 60
59 1 59
56 1 56
55 1 55
54 1 54
53 1 53
48 1 48
47 2 94
44 1 44
38 1 38
26 2 52
N=30 ∑fX = 1890
Rumus yang diguna ialah untuk Min ialah x = ∑ fx
N
= 189030
= 63
_____________________________________________
JAWAPAN : Mod ialah 64
Median ialah 63
Min ialah 63
iii. Jadual Taburan Kekerapan Skor Terkumpul
Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx
95 1 95
90 1 90
89 1 89
87 1 87
85 1 85
78 1 78
77 1 77
76 1 76
73 1 73
71 2 142
70 1 70
64 3 192
62 1 62
61 1 61
60 1 60
59 1 59
56 1 56
55 1 55
54 1 54
53 1 53
48 1 48
47 2 94
44 1 44
38 1 38
26 2 52
N=30 ∑fX = 1890
Iv- Berikut ialah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi mata pelajaran
Pemdidikan Islam Ustaz Omar.
Jeda Kelas.
1.Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda yang
ditetapkan.
2. Julat = skor tertinggi - skor terendah
3. Saiz jeda kelas dikira menggunakan rumus berikut :
-Saiz jeda kelas = skor tertinggi−skor terendah
bilangan selang kelas
= 95−267
= 9.85
Saiz selang kelas ialah 10 ( 9.85 dibulatkan )
Jeda kelas Kekerapan
( f )
Titik
Tengah ( x ) fx x2 f x2
26-35 2 30.5 61 930.25 1860.5
36-45 2 40.5 81 1640.25 3280.5
46-55 6 50.5 303 2550.25 15301.5
56-65 8 60.5 484 3660.25 29282
66-75 4 70.5 282 4970.25 19881
76-85 4 80.5 322 6480.25 25921
86-95 4 90.5 362 8190.25 32761
∑f = 30 ∑fx=1895 ∑fx2=128287.5
Jadual 5 : Taburan Kekerapan bagi Skor Terkumpul
iv-a Min , x = ∑ fx
∑ f
=189530
x = 63.15
iv-b Sisihan piawai
σ = √∑ f x2
∑ f−¿¿
= √ 128287 .530−¿¿
= √4276.25−3987.9225
= √288.3275
σ = 16.98
_________________________________________________
Jawapan :- min ialah 63.15
- sisihan piawai ialah 16.98
v. Jawapan Histogram berdasarkan kertas graf yang
dilampirkan.
Tugasan 2
Ujian boleh digunakan sebagai penggerak, iaitu merangsang pelajar belajar
dengan lebih tekun; digunakan untuk mengesan punca kelemahan ( ujian pinca
kelemahan );ujian ramalan bakal digunakan untuk meramalkan kejayaan dalam
aktiviti pembelajaran masa hadapan dan ujian pencapaian untuk pemilihan,
penempatan atau persijilan. Setiap ujian atau alat penilaian, tidak kira tujuan atau
penggunaannya, seharusnya mempunyai ciri-ciri ujian yang baik di antaranya :
1.Kesahan
2.Kebolehpercayaan
3.Keobjektifan
4.Kebolehtadbiran
5.kebolehtafsiran
Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga
mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk
kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif
dan kandungan sesuatu kursus.Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian
mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika guru memberi satu
ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca
berasaskan petikan novel, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya
mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada enam
aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan, kesahan muka, kesahan
ramalan, kesahan semasa dan kesahan berkaitan kriteria.
1. KESAHAN
Semasa / SerentakMuka
Gagasan/konstruk
1.1 Jenis-jenis kesahan
Kesahan Kandungan ialah menentukan setakat mana sesebuah ujian
meliputi bidang ujian yang hendak diuji.
Kesahan Semasa/Serentak ialah merujuk kepada pencapaian seseorang
dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian yang lain.
Kesahan Ramalan/Telahan ialah ketepatan sesuatu ujian untuk meramal
kebolehan sebenar seseorang murid untuk untuk menjalankan sesuatu ujian
pada masa hadapan di dalam situasi yang lain.
Kesahan Konstruk / Gagasan ialah ciri yang terkandung dalam sesuatu ujian
yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.
1.2.1 Kesahan Kandungan
JENIS- JENIS KESAHAN Ramalan/Telahan
Berkaitan kritreria
Kandungan
1.2 Kepentingan Kesahan
1. Dapat digunakan dalam ujian pencapaian.
2. Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam
matapelajaran tertentu.
1.2.2 Kesahan Semasa / Serentak
1. Dapat membuat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itu
sama ada selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang
serupanya atau tidak.
12.3 Kesahan Ramalan
1. Dapat meramalkan tahap pencapaian murid-pencapaian perubahan atau
perlakuan akan datang.
2. Guru membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid.
1.2.4 Kesahan Konstruk / Gagasan
1. Dapat mengukut sejauh mana seseprang itu menunjukkan trait personaliti,
tingkah laku atau trait mental.
2. Mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu
trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan.
Kebolehpercayaan ialah “ tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang
senantias tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran ” (Test Style
Manual,EST, New Jersey, USA). Kebolehpercayaan merujuk kepada
ketekalan ujian. Sekiranya seseorang calon mendapat markah sebanyak 70
peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang
sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka
ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.
2. KEBOLEHPERCAYAAN
2.1 Kepentingan Kebolehpercayaan
1. Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukan murid mencerminkan
keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.
2. Untuk mengurangkan punca perubahan markah pelajar. Beberapa faktor
seperti keadaan emosi calon, keadaan intelek dan tenaga yang berbeza dari
semasa ke semasa. Di samping itu, keobjektifan dan ketekalan pemeriksa
juga berbeza serta akan mempengaruhi markah calon sekiranya ujian itu
mengandungi soalan esei.
3. Memastikan ketepatan, keserataan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang
dihasilkan setiap tahun oleh guru.
Keobjektifan ujian merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa
yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.
Keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif ( seperti ujian aneka pilihan )
dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa.
Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah
1. Dapat memberikan markah yang sama mengikut skema pemarkahan.Merujuk
kepada takat yang mana pemeriksa –pemeriksa yang mahir memberikan
markah yang sama kepada skrip jawapan.
3. Keobjektifan
3.1 Kepentingan keobjektifan
2. Sebagai satu panduan guru untuk memberi markah yang setara dalam ujian
subjektif melalui skema jawapan soalan setiap mata pelajaran yang diuji.
Tidak timbul masalah dalam soalan objektif.
3. Pemeriksa harus membuat moderasi atau proses penyelarasan markah untuk
mengurangkan jurang perselisihan pemarkahan yang terdapat di antara
pemeriksaan guru yang berlainan.
4. Menyelesaikan isu pemarkahan melalui mesyuarat penyelarasan markah
secara analitik.Contohnya setiap pemeriksa diwajibkan menghadirkan diri
dalam mesyuarat penyelarasan sebelum skrip jawapan diperiksa.
Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pelaksaan sesebuah ujian di
dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Pelaksanaan setiap ujian harus
dapat memenuhi memenuhi syarat-syarat keperluan menguji. Dalam hal ini,
pentadbiran ujian tidak harus menimubulkan sebarang kesukaran pada murid-
murid.
Kebolehtadbiran boleh juga merangkumi aspek pemarkahan. Ujian
yang mudah diperiksa biasanya diutamakan kerana menjimatkan masa dan
tenaga guru. Ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian esei.
1. Pengurusan kelencaran sesuatu ujian atau peperiksaan yang sistemetik dan
teratur yang menjayakan ketelusan sesuatu ujian di dalam kelas atau dewan
peperiksaan. Aspeknya seperti penyediaan dewan peperiksaan,penghantaran
kertas soalan, pengawasan peperiksaan dan pengumpulan skrip jawapan dan
juga proses pemarkahan.
2. Penentuan masa bagi satu-satu ujian. Masa yang diperuntukkan untuk
sesuatu ujian mestilah mencukupi.sekiranya masa tidakuntuk calon
menghuraikan jawapan dengan baik, maka kesahan dan keboleh percayaan
ujian mungkin terjejas
4. Kebolehtadbiran
4.1 Kepentingan kebolehtadbiran
3. Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam soal pemarkahan dengan
memeriksa kertas jawapan objektif berbanding subjektif atau esei.
Soalan 2
Tugasan 1
1. Konsep pemulihan
Pemulihan bermaksud sejenis pengajaran yang membetulkan kecacatan
murid-murid atau membetulkan masalah pembelajaran. Konsep pemulihan digubal
dan direka khas untuk membetulkan masalah murid-murid yang lemah dalam
pencapaian akademik khasnya dalam aspek-aspek membaca, menulis dan mengira.
Objektif pendidikan pemulihan adalah bertujuan:
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan
perkembangan kognitif mereka
Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran
Mengembangkan potensi minat
Memberi peluang yang sama dalam aktiviti- aktiviti sosial
Guru perlu peka dan mengesan murid yang memerlukan pemulihan.Berikut
ialah cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran
1. Pentafsiran Rekod Prestasi
2. Profil
3. Ujian kertas dan pensel
4. Soal jawab/ kuiz
5. Senaraikan semua masalah pembelajaran
6. Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik
7. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran membaca
8. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran menulis
9. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran mengira.
2. Aktiviti pemulihan
Antara beberapa aktiviti pemulihan yang saya boleh aplikasikan dalam membantu
pelajar-pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran yang saya ajar adalah
seperti berikut :
2.1 Bacaan Tambahan
Saya perlu menjalani pelbagai program pembacaan untuk meningkatkan ilmu
dan kemahiran murid-murid lembap dalam kelas pemulihan. Saya juga perlu
menggalakkan murid-murid untuk membaca dengan lebih luas sambil membuat
pelbagai rujukan daripada buku dan internet.
Sebagai contoh murid yang tidak dapat membaca Al-quran saya akan
bekalkan dengan bahan bacaan ayat-ayat yang pendek dan mudah untuk disebut
dengan betul mengikut hukum tajwid. Selain itu penggunaan bahan audio seperti
radio dan pita rakaman yang sama dengan bahan bacaan diadaptasikan supaya
mereka lebih seronok dan berkeyakinan untuk terus belajar membaca dengan baik
yang akhirnya mereka dapat membaca ayat Al-quran dengan lancar.
Saya juga akan memastikan bahawa murid-murid mempunyai tingkah laku
positif terhadap buku-buku dan projek-projek bacaan.
2.2 Kerja projek
Dalam aktiviti pemulihan, saya juga mesti menggalakkan murid-murid untuk
untuk membuat kerja projek. Ia boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
Dalam kerja projek, murid-murid perlu melibatkan diri dalam tugasan penyelesaian
masalah bersama.
Contoh kerja projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang saya ajar
adalah seperti menyediakan buku skrap berkaitan makanan yang halal dan makanan
yang haram. Mereka perlu bekerjasama untuk menghasilkan buku tersebut dan
pembahagian tugas perlu diagihkan jika dilaksanakan supaya setiap ahli kumpulan
berperanan.
Tujuan kerja projek ini ialah untuk membolehkan murid-murid pemalu untuk
hilang rasa takut dan bimbang serta untuk memperolehi keyakinan kendiri dan
konsep kendiri yang lebih tinggi. Ciri-ciri perwatakan ini dapat membantu mereka
dalam kejayaan akademik dan sahsiah.
2.3 Permainan dan Rekreasi
Guru juga perlu mengintegrasikan elemen-elemen keseronokan dan
permainan dalam persekitaran pembelajaran pemulihan. Ini akan menggalakkan
murid-murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti dan tugasan
penyelesaian masalah. Saya mengaplikasikan aktiviti pemulihan sebegini untuk
pelajar yang keciciran dalam Penilaian Asas Fardu Ain. Aktiviti dilaksanakan ditepi
pantai dan pelajar cuba mempraktikkan mengambil air wuduk menggunakan air
laut.Keberkesanan jelas untuk pelajar pemulihan dan memudahkan mereka untuk
menerima pelajaran secara santai dan rekreasi.
Guru-guru perlu memikirkan mengenai cara-cara untuk menyelitkan pelbagai
jenis permainan dan juga aktiviti-aktiviti rekreasi dalam proses pemulihan. Contoh
lain, terdapat banyak aktiviti pemulihan yang menyeronokkan ( permainan, aktiviti
matematik dan teka teki yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web (
http://www.funbrain.com.Marcy Cook Math Tiles )
2.4 Pembelajaran Akses Kendiri
Dalam aktiviti pemulihan, fokus utama guru-guru ialah untuk membenarkan
murid-murid untuk memenuhi keperluan kognitif kendiri mereka. Justeru itu, guru-
guru perlu membenarkan murid untuk memilih bahan pembelajaran yang sesuai
dengan minat dan kemahiran mereka.
Program PAK adalah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid
dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses
kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.
• CIRI-CIRI PAK
• Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa
tekanan
• Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan
bantuan fasilitator
• Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
• Belajar secara bersendirian / kumpulan
• Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
• Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri
Dalam aktiviti pemulihan, saya cuba memilih bahan akses kendiri
seperti bahan cetakan yang diperolehi daripada pelbagai media seperti
komputer dan internet, rakaman audio, radio dan televisyen. Guru juga boleh
memperoleh bahan-bahan pemulihan akses kendiri yang boleh didapati
dengan senang dalam perpustakaan dan pusat-pusat pembelajaran resos
tempatan. Contohnya dalam mata pelajaran yang ajar dalam bab samak
murid yang sukar menguasai diberi peluang untuk mengakses atau
menggunakan komputer di makmal komputer. Mereka diberikan masa
tertentu dan boleh melihat bahan sumber yang tersedia hingga mereka
berjaya menjelaskan bab tersebut seperti pelajar cerdas.
2.5 Pembelajaran Pusat
Aktiviti-aktiviti pemulihan juga boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti
pusat. Aktivti-aktiviti ini boleh dijalankan dalam satu lokasi pusat yang khas.
Guru-guru boleh menggalak kerja kumpulan untuk meningkatkan interaksi
sosial dan kemahiran interpersonal di antara murid-murid.
Antara contoh-contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran pusat dalam
pengajran Bahasa Arab saya termasuk :
1. Membuat perkataan dengan ayat magnetik
2. Mencipta cerita/pantun dengan abjad-abjad magnetik.
3. Membuat ayat berlainan dari satu perkataan panjang.
( contoh : Berapa perkataan yang anda boleh cipta daripada perkataan
.yang bermaksud membersihkan ”ينظف “
4. Menulis surat
5. Mendengar pelbagai bahan pembelajaran menarik
( mendengar pita rakaman )
Rumusannya. Guru perlu bersemangat dan mempunyai kreativiti tang tinggi
untuk terus membantu pelajar yang menghadapi masalah kelembapan dalam
pelajar. Kita perlu yakin bahawa setiap pelajar ada potensi untuk maju
walaupun mereka mempunayi tahap kecerdasan yang berbeza.
Tugasan 2
Konsep Pendidikan Inklusif
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada
pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk
pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa.Perancangan yang
teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak
dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang
timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa,2001). Berikut ialah
antara faktor-faktor kepada kejayaan Pendidikan Inklusif di Malaysia :
Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh dinafikan dalam
menjayakan pendidikan inklusif di Malaysia. Kementerian tidak mengabaikan
pendidikan untuk murid yang mengalami sebarang kecacatan yang dikategorikan
sebagai bermasalah untuk mendapat peluang pendidikan. Oleh yang demikian pihak
kementerian telah mengadakan Kursus dan latihan khas bagi guru yang berminat
dengan pendidikan inklusif ini. Melalui kursus atau latihan perguruan ini guru-guru
dapat didedahkan dengan pelbagai kaedah atau cara pengajaran yang bersesuaian
mengikut tahap keupayaan murid.
Selain itu, kementerian juga memainkan peranan penting dalam penyediaan
prasarana untuk murid yang memerlukan pendidikan inklusif ini. Sebagai contoh
penyediaan bahan bertulis brail bagi yang mengalami kecacatan penglihatan.
Melalui dasar pendidikan pula Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan
peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak
berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak
dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan
lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’
serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi
Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna
kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut
keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai
kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM,
2.Peranan Pihak Sekolah
1.Peranan Kementetian Pelajaran Malaysia
memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
Sekolah adalah sebuah pusat di mana pelajar akan mendapatkan ilmu
pengetahuan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit dan juga tahap keupayaan.
Oleh yang demikian sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan kejayaan
pendidikan inklusif ini. Pihak sekolah sewajarnya tidak meminggirkan kelas
pendidikan inklusif. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan
dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah ;
1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas
normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan
mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak
normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas
dalam bilik darjah biasa.
5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal
semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10.Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
Ketika pelaksanaan pendidikan inklusif guru mesti menggunakan prinsip
peringkatan isi iaitu mengajar daripada isi yang mudah kepada isi yang lebih susah.
2.Peranan Pihak Sekolah
3. Peranan Guru
Peranan Sekolah
Ini kerana gaya pembelajaran murid-murid dalam kelas inklusif ialah aspek masa
yang fleksibel di mana pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Aspek ini juga menyebabkan murid-murid lebih senang untuk berkomunikasi.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru mestilah dapat
meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita,
main peranan, lawatan dan projek.
Pada peringkat sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
Rendah (PKSR) dijalankan manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah Menengah (PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian
berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang
berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa
sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini. Sebarang penilaian yang dibuat dalam
kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini
juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan
pelajar.
3.1 Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengimplementasikan
Pendidikan Inklusif.
Dalam satu kajian yang telah dijalankan, kebanyakan guru-guru kelas biasa
mempercayai bahawa pendidikan inklusif amat membebankan ( Bunch,1992) dan
kerja-kerja akademik yang berkaitan dengan pendidikan inklusif sangat susah
(Walron,1995).
Guru-guru kelas juga merasai bahawa mereka tidak disediakan dengan begitu
baik dalam program-program latihan guru untuk mengendalikan kelas pendidikan
inklusif yang terdiri daripada murid-murid yang menghadapi cabaran dalam
pembelajaran mereka. Justeru itu, guru kelas biasa memerlukan sokongan dalam
bilik darjah. Salah satu daripada sokongan ini ialah melalui bantuan guru resos.
Fungsi guru resos ialah untuk mencari program-program di mana mereka
dapat menolong kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan untuk berurusan
dengan agensi-agensi luaran. Peranan guru resos yang paling penting ialah untuk
bekerja dengan murid-murid tersebut dan membantu mereka serta memberikan
bimbingan secara individu.
Guru-guru resos juga boleh memainkan peranan sebagai konsultan dan rakan
sekerja profesional kepada guru-guru biasa. Guru-guru resos dan guru-guru biasa
perlu bekerja bersama sebagai satu pasukan dan harus berprofesional dalam
menjalani semua tanggungjawab mereka. Akan tetapi peranan guru-guru kelas
adalah lebih signifikan kerana mereka yang menetapkan semua aspek-aspek
akademik yang penting di dalam sebuah kelas inklusif.
Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan
yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi
ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan
dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa
berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri
dalam persekolahan.
Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu
penglibatan di rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya.
i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk para
profesional.
ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasa
peringkat prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenai
kemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. Ibu bapa juga
membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan pelajaran si anak,
menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa
rekod anaknya yang disimpan di sekolah.
iii. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernah
dipelajari oleh anak supaya diaplikasi di rumah.
4. Peranan Ibu Bapa Murid Inklusif
5. Peranan Murid Normal/Rakan Sebaya
Murid inklusif kita mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru
ataupun daripada ibubapa. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat
mengikut pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak
mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu mereka dan mereka
pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifat
malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya . Tunjuk ajar
rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri anak-
anak. Adalah baik sekiranya anak kita mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka
boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perlu
diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boleh membawa
anak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda tidak terlalu cergas.
Dia lebih mudah terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah laku rakan sebayanya
tanpa dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka memerlukan sokongan
bagi membentuk identiti diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan
dalam hal ini.
Seandainya kelima faktor di atas diamati dan diaplikasikan dalam pendidikan
inklusif untuk murid-murid inklusif maka tercapailah seperti mana yang diharapkan
untuk melihat bahawa murid yang mengalami kekurangan atau kecacatan fizikal
boleh berjaya seperti murid normal.
Soalan 3
Tugasan 1
1.1 Definisi Pengajaran Mikro
Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran
dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu
kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima
hingga sepuluh orang sahaja.
Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik
pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek
tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan
papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik
pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau
memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi
kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan
peruntukan masa dikurangkan.
1.2 Faedah Pengajaran Mikro.
1.2.1 Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran
mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan
dipermudahkan. Pelatih berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang
ada dalam pengajaran mikro ini dan jika dapat dilaksanakan dengan baik
begitu membantu dalam menghadapi situasi sebenar sesi pengajaran.
1.2.2 Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan
yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. Guru hanya diberi masa antara 5
hingga 15 minit sahaja untuk mempraktikkan satu kemahiran dalam
pengajaran mikro ini. Teknik berfokus ini memberikan kefahaman mendalam
pada guru pelatih.
1.2.3 Para pelatih dapat memperbaiki aspek pengajarannya hasil komen yang
diberi oleh pensyarah dan rakan sebaya ke arah menjadi guru yang lebih
efektif. Contohnya dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang mungkin
kurang bersesuaian, tahap variasi rangsangan yang menarik dan teknik
menerang serta pengayaan yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan
pelajar.
1.2.4 Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan
pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.
Dalam aktiviti pengukuhan contohnya guru didedahkan dengan bagaimana
ingin memberikan penghargaan kepada pelajar yang menjawab dengan baik
begitu juga dengan teknik peneguhan untuk pelajar yang kurang tepat
memberikan jawapan.
1.2.5 Melalui rakaman video, selepas aktiviti pengajaran selesai,
perbincangan tentang kelemahan dan kekuatan dilakukan merujuk rakaman
video bersama-sama guru dan rakan sebaya. Dengan ini pelatih dapat
memperbaiki segala kelemahan pengajarannya dan memperkukuhkan lagi
setiap aspek kekuatan dan pengajaran.
Rumusannya melalui penagajaran mikro para pelatih akan dapt mepraktikkan
segala teori yang dipelajarinya daripada pensyarah di dalam kelas. Teori-teoti ini
dapt dipraktikkan secara menyeluruh. Ini membantu pelatih menangani masalah
yang mungkin timbul dalam pengajaran sebenarnya apabila mengikuti latihan di
sekolah.
Tugasan 2
Difinisi Variasi Rangsangan
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini
dapat menolong guru pelatih mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada pelajaran yang diajarnya. Kemahiran ini juga merupakan teknik
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik
perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Dalam proses p & p masa
tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak
dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah
tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukarcorak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan
teknik mengajar
Kesan penggunaan variasi rangsangan
1. Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria dan
seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan
kesan yang mendalam. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada
murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan
dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti
pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru
dengan lebih baik lagi. Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di
sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong
murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan
pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan
murid kepada pelajaran.
3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri
secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Guru
hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu
mengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk
memberi rangsangan kepada tindak balas murid.
4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari
sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti
penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada
pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Guru mengggunakan
pelbagai rangsangan melalui mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan
dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa
tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar,
kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru. Murid yang sering menimbulkan masalah disiplin
seperti bising atau mengganggu rakan boleh diberi rangsangan seperti mengarahkan
murid membaca atau menjawab. Guru haruslah mengambil khusus tentang
mengenali fikiran pelajar masa kini supaya dapat mengetahui banyak cara yang baik
dan sesuai menangani pelbagai masalah berdasarkan keadaan yang berlainan
melalui khusus yang memanfaat itu.Oleh itu pelajar berasa sedar diri dengan
keadaan yang selesa.Selain itu,guru juga harus menunjukkan kemesraan dan
kesabaran terhadap pelajar yang lemah atau kurang sopan supaya dapat
memotivasikan mereka berusaha dan belajar dengan seronok.
Soalan 3
Tugasan 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
ILMU PENDIDIKAN
Ujian Bawa Pulang ( THT )
NO. KOD : PN4241P(M)
ANGKA GILIRAN : 2008202240049
NO. KAD PENGENALAN : 760217-10-5674
TARIKH : 5 Disember 2011