soalan pbs bm stpm 2013

Upload: tomochika27

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan PBS BM STPM 2013

    1/2

    PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH (BAHASA MELAYU)

    SURAT KIRIMAN RASMI

    1. Sebagai Pengerusi Rukun Tetangga, anda ingin membuat aduan bahawa sebuah pusat kafe

    siber yang baru beroperasi di kawasan perumahan anda telah menimbulkan masalah sosial.

    Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk membuat aduan tentang masalah berkenaan.

    LAPORAN

    2. Sebagai setiausaha sebuah penubuhan bukan kerajaan, anda diminta untuk menjalankan satu

    kajian tentang masalah banjir kilat di negara ini. Berdasarkan hasil kajian anda itu, sediakan

    satu laporan tentang punca banjir kilat di negara ini dan kesannya. Sediakan laporan tersebut

    selengkapnya.

    SYARAHAN

    3. Bersempena dengan Kempen Kitar Semula, anda terpilih untuk mewakili negeri anda dalam

    pertandingan syarahan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tajuk

    syarah an anda ialah Kitar Semula Bermanfaat kepada Seluruh Makhluk Tuhan. Tulissyarahan anda selengkapnya.

    CERAMAH

    4. Bersempena dengan sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013 peringkat

    kebangsaan, anda sebagai pegawai kanan dalam Unit Perkhidmatan Transplan, Kementerian

    Kesihatan Malaysia, diminta untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar

    prauniversiti. Fokus ceramah anda ialah pentingnya pendermaan organ. Sediakan teksceramah tersebut selengkapnya.

    UCAPAN

    5. Sebagai pegawai kanan di Jabatan Pelajaran, anda diminta untuk menyampaikan ucapan

    dalam suatu majlis perasmian Minggu Pusat Sumber di sebuah sekolah. Ucapan itu

    hendaklah menekankan usaha menyuburkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

    Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

  • 7/29/2019 Soalan PBS BM STPM 2013

    2/2

    PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH (BAHASA MELAYU)

    MEMORANDUM

    6. Gejala kanak-kanak dan remaja yang hilang daripada pangkuan keluarga semakin

    membimbangkan masyarakat Malaysia. Sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan yang

    prihatin, anda diminta untuk menghantar memorandum kepada Menteri Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM). Dalam memorandum tersebut, anda

    menyatakan kekesalan tentang peningkatan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja serta

    mengemukakan usul untuk membendung masalah berkenaan. Tulis memorandum tersebut.

    MINIT MESYUARAT

    7. Majlis Prauniversiti sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program

    Minggu Keusahawanan peringkat sekolah. Sebagai setiausaha majlis ini, anda ditugaskan

    untuk mencatatkan minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan

    program Minggu Keusahawanan pada tahun ini. Tulis minit mesyuarat tersebut selengkapnya.

    KERTAS CADANGAN

    8.

    Setiap persatuan atau kelab kokurikulum tingkatan enam dikehendaki untuk melaksanakankhidmat masyarakat. Selaku setiausaha salah sebuah persatuan atau kelab, anda diminta untuk

    menyediakan kertas cadangan tentang program khidmat masyarakat yang akan dijalankan

    pada masa cuti pertengahan tahun ini. Sediakan kertas cadangan itu selengkapnya.