solat-solat sunat,pengertian hukum

21
Solat-Solat Sunat

Upload: esya-amin

Post on 11-Apr-2017

747 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat-Solat Sunat

Page 2: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat Wudhuk Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Solat Sunat Rawatib Solat Sunat Awwabin Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Gerhana Solat Sunat Tahajjud Solat Sunat Hajat Solat Sunat Tasbih

Sola Sunat Istikharah Solat Sunat Witir

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha

Solat Sunat Istisqa’

Solat – Solat Sunat

Page 3: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat – Solat Nafilah

TEMPAT YANG LEBIH AFDHAL MELAKUKAN SOLAT SUNAT Rumah – Sabda Rasulullah SAW “ Apabila salah seorang kamu solat di

masjid,hendaklah rumahnya juga diberi bahagian daripada solatnya,supaya Allah meletakkan kebaikan di dalam rumahnya itu kerana solatnya tadi.”

Tujuannya : agar tersembunyi dari pandangan orang ramai untuk menghindari timbulnya perasaan riak.

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT Solat Sunat Ghairu Muakkad Solat Sunat Muakkad(yang digalakkan)-Solat sunat witi,sebelum

Subuh,Dhuha Solat Sunat Muqayyad(solat yang dilakukan berhubungan dengan

sesuatu masalah) Solat Sunat Mutlak(semata-mata untuk amalan sunat)

KEMUSYKILAN?Waktu yang dilarang solat?Bolehkah solat kalau masih ada solat qadha?

Page 4: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat RawatibPENGERTIAN?Solat yang mengiringi solat fardhu sebelum atau sesudahnya

ADAB-ADAB MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB Seseorang itu hendaklah ,mengqashadkan pekerjaannya itu,mengerjakan

amalan tersebut semata-mata untuk meneladani Rasulullah SAW di samping mendekatkan diri kepada Allah.

Sesiapa yang mengerjakan solat sunat rawatib hendaklah mengqashadkan solatnya itu,supaya solat yang dikerjakan itu dapat menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardhu.

PEMBAHAGIAN SOLAT SUNAT RAWATIBMUAKKAD

2 rakaat sebelum Subuh2 rakaat sebelum Zohor2 rakaat selepas Zohor2 rakaat selepas Maghrib2 rakaat selepas Isyak

Page 5: Solat-solat sunat,pengertian hukum

GHAIRU MUAKKAD2 rakaat sebelum Zohor2 rakaat selepas Zohor4 rakaat sebelum Asar2 rakaat sebelum Maghrib2 rakaat sebelum Isyak

PENJELASAN DAN DASAR HUKUM SOLAT SUNAT RAWATIB.Solat sunat sebelum Subuh?Rawatib sebelum & selepas zohor?Rawatib Isyak?

Page 6: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat Jumaat

PENGERTIAN?Solat sunat yang dilakukan kerana mengiringi solat fardhu Jumaat baik sesudah mahupun sebelumnya.Rasulullah kerjakan solat ini sebanyak 2 rakaat sebelum dan selepas solat Jumaat di rumah baginda.

Page 7: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat HajatPENGERTIAN?Hajat- keinginan,kehendak,keperluanSolat Hajat – Solat untuk menyatakan kehendak atau keinginan kepada Allah.

HUKUM MELAKUKANNYA?

CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT?(cara masyhur)2,4,6,8,10,12 rakaat yang dikerjakan 2 rakaat sekali salam.Syarat solat: Ambil wudhuk dengan sempurna,berdiri dengan betul,ketika itu dimantapkan dengan niat dengan penuh keyakinan dan harapan bahawa kita akan melaksanakan solat Hajat untuk bermohon kepada Allah.

1. Niat hendaklah benar-benar tertanam dalam hati.2. Angkat takbiratul ihram,doa iftitah,membaca al-Fatihah,membaca ayat

al-Kursi yang diteruskan dengan surah al-Ikhlas.3. Lakukan segala rukun fi’li dan ruku qauli seperti biasa.4. Amalan ini hendaklah dilanjutkan hingga rakaat ke2 hinggalah rakaat

yang ke 12.

Solat Hajat

Page 8: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Cara ini berasarkan sebuah riwayat dari Wuhaib ibn al-Ward,bahawa di antara doa yang tidak ditolak ialah apabila seseorang itu melaksanakan solat sebanyak 12 rakaat.Setiap rakaat baca al-Fatihah,ayat al-Kursi dan surah al-Ikhlash,setelah selesai solat itu hendaklah dia sujud sambil membaca tasbih.

Kemudian sampaikanlah apa yang dihajati dengan penuh yakin dan harapan,bahawa Allah akan memperkenannya.Lebih baik-sebelum smpaikan hajat baca tasbih 10x (subhanallah wal hamdulillah wallahuakbar),baca selawat 10x.

HIKMAH MELAKSANAKAN SOLAT HAJATUntuk menolak sesuatu kejahatan dan untuk menarik sesuatu kebajikan dan kesempurnaan yang diingininyaUntuk meneguhkan tauhid dan memperkukuhkan akidah kita kepada Allah.

Page 9: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat IstikharahPENGERTIAN DAN HUKUM?Solat sunat yang dilakukan sebanyak 2 rakaat oleh seseorang ketika berada dalam keraguan membuat sesuatu pilihannya.

Sabda Rasulullah SAW “ Apabila seseorang berkehendak melakukan sesuatu,hendaklah dia rukuk dengan 2 rukuk(solat 2 rakaat) selain daripada solat Fardhu”

Hukum-Sunat.

WAKTU SOLAT ISTIKHARAH?Boleh dilakukan berasingan/boleh juga pada waktu mngerjakan solat2 rawatib/solat tahiyyatul masjid.(pendapat para fuqaha) boleh dikerjakan pada waktu siang/malamLebih baik dikerjakan pada waktu malam-ketika suasana sepi dan hening,sebelum melakukan solat witir.

Bila hendak lakukan solat ini >> hendaklah meluruskan akidahnya sebaik-baiknya & serahkan segala urusan kepada Allah.

Page 10: Solat-solat sunat,pengertian hukum

SOLAT ISTIKHARAH UNTUK MEMILIH JODOH?

Diriwayatkan oleh Ahmad Dai Abu Ayyub Al-Anshari bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya “Sembunyikanlah pinanganmu,kemudian berwudhuklah dan perbaikilah wudhukmu,kemudian lakukan solat seberapa ynag ditetapkan oleh Allah(maksudnya seberapa yang dikehendaki).Sesudah itu pujilah Allah,Kemudian ucapkanlah:“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa.Engkau Engetahui sedangkan aku tidak mengetahui.Engkau mengetahui segala yang ghaib.Jika engkau mengetahui bahwa si fulan/fulanah(sebutkan nama lelaki/perempuan yang dimaksudkan) baik untukku,untuk agamaku,duniaku dan akhiratku,maka berilah dia untukku.Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku,untuk duniaku dan akhiratku,maka berilah yang lain untukku”.

HIKMAH SOLAT ISTIKHARAHPerbuatan ini menggantikan kebiasaan kaum jahiliyyah yang berusaha untuk menetapkan pilihan mereka melalui burung atau anak panah,baik ketika menentukan pilihan mereka dalam perkahwinan dan sebagainya.Solat Istikharah adalah suatu ilmu yang sangat tidak patut dilupakan oleh setiap umat Islam.Penyusun kita “Al-Sunan wa Al-Mubtadak” mengatakan bahawa orang yang melupakan solat ini bermakna telah melalaikan ilmu yang sangat halus,yakni jalan kemudahan dari Allah melalui solat,kemudian berpaling ke jalan kefasikan.(firman Allah- Surah Al-Maidah ayat 3- maksudnya:Dan (diharamkan juga)mengundi nasib dengan anak panah,perbuatan itu adalah suatu kefasiqan)

Page 11: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat TasbihPENGERTIAN?Solat Sunat ynag dilakukan sebanyak 4 rakaat-baik waktu siang/malam-dibaca sebanyak 300 tasbih,75x setiap rakaat.

Imam Al-Ghazali membezakan solat tasbih pada waktu siang dan malam~Siang- 4 rakaat 1 salam~malam – 4 rakaat 2 salam

HUKUM MELAKUKAN SOLAT TASBIHHadis mengenai solat tasbih ynag paling tinggi ialah hadis Hasan,yang nilainya lebih tinggi dari hadis lemah.oleh itu dapatlah kita beramal dengannya.

KAFIAT SOLAT TASBIH Berniat,takbir,baca doa iftitah,baca tasbih 15x,baca ta’awudz,al-fatihah serta

surah,tasbih 10x. 10x tasbih setiap kali rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud,dan pada sujud ke2.

15x lepas baca surah,10x ruku,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud,sujud yang ke2 dan duduk istirahat menjelang berdiri untuk merngajakan rakaat berikutnya.

Page 12: Solat-solat sunat,pengertian hukum

PENGERTIAN?Tahajjud-bahasa-bangun dari tidur waktu tengah malam.Imam Syafi’i- solat sunat yang dilakukan pada waktu malam,baik sebelum tidur atau selepas tidur,sebelum melakukan solat sunat witir.

WAKTU MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD• Sepertiga malam yang akhir(lebih afdhal)-Umar Al-Khattab• Tapi kalau buat awal pertengahan malam sudah dikira solat malam Rasulullah bersabda “Hendaklah engkau mengerjakan solat pada waktu apada waktu malam sekalipun sekadar orang memerah susu ,dan yang dikerjakan sesudah ‘isyak itu sudah termasuk solat malam.”

KELEBIHAN1. Menerima kebaikan dan rahmat Allah2. Memperoleh pujian dari Allah3. Allah mengakui keimanan orang-orang yang melakukan solat malam4. Diberi keistimewaan oleh Allah5. Memasuki syurga dengan sejahtera6. Mendekatkan diri kita kepada Allah,menebus segala keburukan kita,pencegah

dosa dan penghalau penyakit.7. Kemuliaan bagi orang mukmin8. Dicintai oleh Allah

Solat Tahajjud

Page 13: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat WitirPENGERTIAN?Solat yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula dari selepas isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan solat sunat fajar . Dikerjakan dalam bilangan yang ganjil-1,3,5,7,9,11 13 rakaat.

HUKUMSunat Muakkad

WAKTUSelepas Isyak hinggalah datangnya waktu fajar.

SURAH YANG DIBACA DALAM WITIRRakaat 1-surah sajadahRakaat 2-surah al-KafirunRakaat 3-100 ayat al-nisak

Page 14: Solat-solat sunat,pengertian hukum

QUNUT DALAM SUNAT WITIR

Fuqaha HanafiyahQunut sebelum rukuk,kalau terlupa dan teringat ketika rukuk,tidak perlu tegak kembali tapi kena ganti dengan sujud sahwi.Tapi kalau rukuk sebelum membaca surah dan qunut,wajib angkat kepala dan berdiri semula membaca alQuran dan qunut,kemudian rukuk semula.

Fuqaha MalikiyahTidak ada qunut dalam solat witir,qunut hanya dalam waktu Subuh.waktu qunut sebelum rukuk jika lupa maka boleh dilakukan selepas rukuk.

Fuqaha Syafi’iahQunut perlu dibaca selepas rukukpada rakaat yang terakhir pada setengah bulan Ramadhan.bagaimanapun jika terlupa tidak perlu sujud sahwi.

Fuqaha HanabilahTempat membaca qunut itu setelah rukuk pada rakaat yang terakhir pada semua solat witir ,tanpa membezakan solat witir yang dilakukan pada bulan Ramadhan dan lain2.

Page 15: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat DhuhaPENGERTIAN?Solat yang dilakukan pada waktu dhuha yakni pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit

HUKUM ?Sunat Muakkad

WAKTU?Mulai dari matahari mulai naik hingga matahari berada pada pertengahan langit.waktu yang paling utam apabila cuaca sudah mulai panas.

BILANGAN RAKAAT?Sekurang2nya 2 rakaat,sebanyak-banyaknya 8 rakaat

Page 16: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat Istisqa’PENGERTIAN DAN SEBA2NYA:Bahasa:Istisqa’ ~~ meminta air kepada Allah/manusiaIstilah: Istisqa’ ~~ meminta atau memohon siraman air kepada Allah.

Solat Istisqa’ adalah syariat lama yang dilakukan sebelum kedatangan Islam,ia dilakukan oleh Nabi Sulaiman Asyang pernak melakukan solat istisqa’ dengan membawa haiwan ternakan ke tempat solat

Bermula dalam islam pada bulan Ramdhan tahun ke6 hijrah.

HUKUM?Sunat Muakkad ketika manusia dan makhluk lain memerlukan air desebabkan kemarau dan sebagainya.Tapi Fuqaha’ Hanafiyah tidak sependapat mereka lebih cenderung untuk mengatakan bahawa meminta hujan atau istisqak itu hanyalah dengan doa sahaja,tanpa solat.

WAKTU Seperti waktu Solat hari Raya-ketika matahari sedang naik dan mulai memancarkan sinarnya

Page 17: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Istisqa’ boleh dan sah dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang solat kerana solat iin adalah solat muqayyad kerana melakukannya disebabkan ada sebab.

KHUTBAH SOLAT ISTISQADilakukan selepas solat

C ARA MELAKUKAN ?Dikerjakan sebanyak 2 rakaat,disyariatkan imamny adalah seorang ynag teertinggi ummat Islam .

PERBEZAAN SOLAT ISTISQA; DAN SOLAT HARI RAYAKhutbah tidak dibuka dengan takbir tetapi dibuka dengan istighfar 9 x sebelum khutbah pertama,9x juga khutbah yang ke 2.

6 PERKARA YANG DIANJURKAN SEBELUM SOLAT.• Imam suruh orang ramai bertaubat tidak melakukan perbuatan zalim• Suruh orang ramai berdamai dengan musuh-musuh mereka• Menyuruh mereka berpuasa 3 hari berturut-turut kemudia keluar bersama pada

hari yang ke4 pada sebarang waktu.• Hendaklah imam keluar dengan pakaian yang sudah lapuk dengan sikap rendah

diri

Page 18: Solat-solat sunat,pengertian hukum

PENGERTIAN DAN HUKUMNYAKusuf- gerhana matahariBahasa-berubah menjadi hitam

Hukum-Sunat Muakkad

Rasulullah bersabda “Matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda keagungan Allah.Tidak terjadi gerhana kerna meninggalnya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang.Apabila kamu melihat nya,maka berdoalah kepada Allah,bertakbirlah,solatlah dan bersedekahlah,.”

WAKTU Bermula terjadinya hingga habis walaupun pada waktu-waktu terlarang melakukan solat sunat,kerana solat ini adalah solat muqayad.

Solat Gerhana Matahari (Kusuf)

Page 19: Solat-solat sunat,pengertian hukum

BILANGAN RAKAATJumhur ulama mengatakan 2 rakaat.Rakaat solat ini adalah rakaat pertama.Fuqaha’ Syafi’iah mengatakan apabila seseorang mengikuti imam selepas imam melakukan ruku yang pertama bererti orang itu tidak mendapati rakaat dalm solat tersebut.

BACAAN UNTUK SOLAT GERHANA• Disunatkan membaca surah panjang .• Rakaat pertama baca al-fatihah dan al-Baqarah atau yang kira-kira sama

panjang• Rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Ali-Imaran atau surahh yang sama

panjang • Fuqaha Syafi’iah-hendaklah melamakan rukuk yang pertama daripada ynag

kedua.Ruku pertamma lamanya seperti membaca 100 ayat surah al-Baqarah dan rukuk kedua lamanya seperti membaca 80 ayat al-baqarah.

IMAM SOLAT GERHANATidak disyaratkan mesti Imam Jumaat atau orang yang diberi tugas oleh pihak pemerintah.

Page 20: Solat-solat sunat,pengertian hukum

KHUTBAH SOLAT GERHANASunnah khutbah sekalipun matahari telah tampak nyata.Takbir diganti dengan istighfar.Mesti dapat didengar oleh jemaah dengan menggunakan bahasa Arab dan khatib mestilah lelaki.Adapun yang dilakukan Rasulullah- baginda menghadap jemaah den memberitahu bahawa gerhana itu tidak terjadi kerani kematian sesorang atau kelahiran seseorang dan menerangkan gerhana adalah salah satu daripada kebesaran Allah.

Page 21: Solat-solat sunat,pengertian hukum

Solat Sunat Gerhana Bulan (khusuf)

Solat yang dilakukan kerana terjadinya gerhana bulan.Cara solatnya sama dengan solat gerhana matahari tetapi terdapat sedikit perbezaan.

1. Dalam solat Gerhana Bulan bacaannya dijaharkan .2. Solat gerhana Matahari akan habis apabila matahari telah

terbenam walaupun ia masih gerhana seedangkan solat gerhana bulan tidak habis hingga terbit matahari .