ssk1043 senibina komputer bab 3b os
TRANSCRIPT
PERISIAN KOMPUTER
Perisian merupakan arahan yang terdapat di dalam
bentuk program dan mengawal operasi ataupun
perjalanan sesuatu komputer.
Terbahagi Kepada :
I. Perisian Sistem Operasi (OS)
II. Perisian Aplikasi
III. Program Utiliti
APA ITU SISTEM OPERASI
Merupakan satu aturcara dan ia adalah platform yang
asas. Tanpa system operasi, aturcara tidak dapat
berfungsi dan komputer juga tidak dapat digunakan
Sistem Operasi ( Operating System - OS )
Tujuan OS adalah untuk mengurus dan mengawal perkakasan dan perisian
komputer bagi memastikan ia mampu berfungsi pada kadar optimum bagi
pengguna (howstuffworks.com)
OS adalah perisian system yang mengawal perkakasan dan perisian komputer
bagi menyediakan sumber (resources) dan perkhidmatan (services) bagi
program – program komputer. Semua program komputer (kecuali firmware)
memerlukan OS, untuk beroperasi
OS juga turut mengawal fungsi komponen komputer seperti input/output, dan
memory. Dengan berfungsi sebagai perantara antara program/perisian dengan
komponen komputer.
Sistem Operasi ( Operating System - OS )
- OS desktop yang paling dominan adalah Microsoft Windows dengan
bahagian pasaran (market-share) 83.3% diikuti MacOS oleh Apple Inc.
(11.2%) dan pelbagai varian Linux (1.55%).
- Bagi pasaran mobile, OS Android (Google) mendominasi dengan 87.5%
dengan kadar pertumbuhan 10.3% setiap tahun. Ini diikuti oleh IOS (Apple)
dengan 12.1%.
- Distribusi Linux (open-source) mendominasi pasaran server dan
supercomputer.
Jenis - Jenis Sistem
Operasi
i. Single and multi-tasking
ii. Single and multi-user
iii. Distributed
iv. Templated
v. Embedded
vi. Real-Time
vii. Library
Fungsi - Fungsi Sistem
Operasi
1. Pengurusan Prosesor
2. Pengurusan memori
3. Pengurusan perkakasan
4. Pengurusan storage
5. Aplikasi antaramuka
(interface)
6. Antaramuka Pengguna
1. Pengurusan Prosesor
- Memecahkan tugas yang perlu dilaksanakan kepada bentuk arahan yang
lebih kecil dengan ketetapan priority masing - masing sebelum dihantar ke
prosesor
- Satu process adalah perisian yang melaksanakan arahan pengguna dan
boleh dikawal oleh pengguna, atau aplikasi atau OS. Processes inilah yang
dikawal dan dijadualkan oleh OS2. Pengurusan Memori
- Mengkoordinasi aliran data yang masuk dan keluar RAM serta menentukan
keperluan penyimpanan data melalui Virtual Memory.
- Prosesor hanya boleh mengakses satu lokasi memory pada satu – satu
masa, jadi kebanyakan ruang RAM tidak diguna sepenuhnya. Oleh kerana
ruang hard disc lebih besar dari RAM, mengalihkan maklumat dalam RAM
ke hard disc berupaya membesasrkan lagi capability RAM. Ini dipanggil
Virtual Memory Management
3. Pengurusan Perkakasan
- Berfungsi sebagai penghubung antara peranti yang bersambung
(connected) dengan komputer. Ini termasuk mengatur dan memanipulasi
perkakasan komputer seperti hard disc, printer, disc, keyboard, mouse dan
monitor.
- Pengurusan input dan output lebih kepada isu pengurusan queues dan
buffers (ruang simpanan yang menerima aliran bits data dari perkakasan
seperti keybord, memegang bits berkenaan terlebih dahulu sebelum
melepaskannya kepada CPU untuk diproses mengikut kadar yang mampu
CPU tanggung. OS akan mengarahkan buffer untuk terus menerima data
tetapi berhenti menghantar data kepada CPU.
4. Pengurusan Storage
- Mengendalikan penyimpanan fail - fail pada pelbagai jenis media
penyimpanan seperti hard drive, compact disc, thumbdrive disamping
mengelola kemungkinan hilangnya data.
5. Aplikasi Antara Muka
- OS menyediakan protocol bagi komunikasi dan pertukaran data di antara
program komputer.
- Salah satu contoh adalah API (Application Program Interfaces). Programmer
yang membangunkan perisian akan menggunakan API yang disediakan
supaya tidak timbul isu compatibility antara perisian.
6. Antaramuka Pengguna (User Interface)
- Sepertimana API (yang menyediakan tatacara asas bagi penggunaan
sumber), OS menyediakan antaramuka (UI) yang membantu pengguna
mengupayakan keupayaan sesebuah komputer dengan lebih mudah.
- Perkembangan Graphical User Interface (GUI) yang dipelopori oleh
Microsoft dan Macintosh, berjaya menarik minat pengguna secara
keseluruhannya, ini diikuti kemudiannya oleh Linux.
- Unix pula membangunkan UI mereka yang dipanggil shells yang
menyediakan interaksi lebih fleksibel dan berkuasa dari antaramuka
berasaskan teks (text-based interface) yang biasa. Walaubagaimanapun,
bagi memenuhi keperluan mereka yang gemarkan GUI, Unix turut
membangunkan X-Windows dan Gnome yang mempunyai ciri hampir
serupa seperti Windows dan Macintosh
TIGA (3) Perisian Sistem Operasi Utama
1. Windows
- Contoh : Windows XP, Windows 7, Windows 10
2. Linux
- Contoh : CentOS, Debian, Ubuntu, Mandrake, Red
Hat
3. Macintosh
- Contoh : MAC OS X Cheetah, MAC OS X Jaguar,
OS X Mavericks, macOS High Sierra
APAKAH MAKSUD DRIVER
Merupakan fail - fail perisian dalam sistem berasaskan
Windows yang mengawal peranti dalam atau luaran,
seperti modem, grafik kad, scanner atau printer.
Windows menggunakan driver untuk membantu sistem
tersebut berkomunikasi dengan peranti - peranti yang
dipasang dan dihubungkan padanya.
Jenis - Jenis Komponen
Driver
i. Audio
ii. BIOS
iii. Chipset
iv. Graphics
v. Keyboard
vi. Mouse
vii. Storage
viii. Network
Fungsi Driver
- Menghubungkan perkakasan dan perisian
- Memperkenalkan perkakasan baru sehingga dapat
dikenali dan digunakan oleh komputer
APA ITU PERISIAN APLIKASI
- Perisian aplikasi merupakan program yang direka
untuk memudahkan membantu pengguna dalam
melakukan tugas seharian seperti menai, mengira
atau membuat grafik
- Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan
berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di
laman web semasa melayari Interne
Jenis - Jenis Perisian Aplikasi
1. Perisian pemprosesan Perkataan (Word Processing)
2. Perisian Hamparan Elektronik (Spreadsheet)
3. Perisian Persembahan (Presentation)
4. Perisian Pangkalan Data (Database)
5. Perisian Editor Grafik
6. Pelayar Internet (Browser)
1. Perisian Word Processing
- Perisian yang digunakan untuk menghasilkan dokumen – dokumen seperti surat,
nota, buku, blog post dan dengan perkembangan teknologi ketika ini, perisian ini
juga boleh digunakan untuk menghasilkan halaman HTML yang simple bagi laman
web.
- Contoh bagi perisian ini adalah seperti Microsoft Word, Adobe Acrobat, Apache Open
Office, Corel Word Perfect Office, WPS Office Word, Kingsoft Writer dan Libre Office
2. Perisian Spreasheet
- Perisian yang digunakan untuk membuat pengiraan seperti anggaran kos
perbelanjaan, membuat akaun, mengananlisisi perlaburan, mengira pinjaman serta
menyediakan penyata kewangan
- Contoh perisian bagi spreadsheet adalah seperti Microsoft Excel, Devart Excel dan
Kingsoft Spreadsheet
3. Perisian Presentation
- Perisian yang digunakan untuk menghasilkan nota atau slide persembahan.
Kecanggihan perisian akan membolehkan pengguna menetapkan perjalanan
persembahan secara automatik atau memerlukan response pengguna dalam
pergerakan antara slide.
- Contoh bagi perisian ini adalah seperti Microsoft Powerpoint, Canva, Emaze,
VisualBee, Slideshare, Prezi, Wink, Powtoon, Haiku Deck, Clear Slide dan
CustomShow
4. Perisian Database
- Perisian yang digunakan untuk menghasilkan rekod pangkalan data, menghasilkan
sistem yang mudah, menyediakan platform interaksi dan integrasi sistem, capture
dan analisis data serta pengurusan pangkalan data secara keseluruhannya.
- Contoh perisian bagi spreadsheet adalah seperti Microsoft Access, Oracle, MySQL,
Postgre SQL, MongoDB, Microsoft Azure, IBM DB2 dan Firebird
5. Perisian Editor Grafik
- Perisian yang digunakan untuk menghasilkan grafik seperti vector di samping
mempunyai keupayaan untuk meng-edit grafik atau gambar. Perisian ini juga boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan - bahan promosi seperti banner, brochure
atau rekabentuk packaging serta online creative content.
- Contoh bagi perisian ini adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator,
CorelDraw, Corel Paintshop, Xara, ACDSee, Serif DrawPlus dan Cyberlink
PhotoDirector6. Perisian Browser
- Terdapat pelbagai jenis browser yang telah dibangunkan oleh pelbagai jenis
pengeluar perisian dengan pelbagai jenis ciri-ciri malah juga popularity. Setiap
browser adalah unik dengan caranya yang tersendiri dalam mempersembahkan
laman web untuk dipapar kepada pengguna.
- Contoh browser adalah seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox,
Opera, Apple Safari, Internet Explorer, Maxthon, Chromium, Avant Browser,
SeaMonkey, Torch dan Netscape Navigator
APA ITU PERISIAN ANTIVIRUS
- Perisian antivirus adalah program atau set of
programs yang direkabentuk dengan tujuan untuk
mengesan, mencari, menghalang dan membuang
ancaman perisian virus dan lain - lain perisian yang
berbentuk malicious seperti worm, Trojan, AdAware
dan malware.
Fungsi - Fungsi Perisian Antivirus (AV)
1. Mengesan (scan) spesifik fail atau direktori bagi kehadiran malware atau
sebarang bentuk (pattern) malicious behavior.
2. Membenarkan pengguna untuk menetapkan jadual scan supaya boleh
dilakukan secara automatic
3. Membenarkan pengguna untuk memulakan (initiate) proses scan terhadap
spesifik fail atau direktori.
4. Membuang (remove) sebarang bentuk malicious code yang dijumpai.
Kadangkala program akan turut memaparkan notis kepada pengguna
tentang infeksi yang berlaku ini dan memerlukan kebenaran pengguna
untuk tindakan penghapusan (deletion/quarantine)
5. Menunjukkan laporan keadaan (‘health’)komputer terkini.
Kaedah Pengesanan Virus
Frederick B. Cohen pada tahun 1987 telah menunjukkan demonstrasi bahawa
tiada satu pon algoritma yang boleh dibangunkan yang akan dengan lengkapnya
(perfect) berupaya untuk mengesan semua jenis virus. Walaubagaimanapun,
dengan aplikasi beberapa lapisan pertahanan, satu kadar pengesanan yang baik
boleh diperolehi.
Beberapa kaedah pengesanan virus telah dibangunkan antaranya:
1. Sandbox Detection
2. Data Mining Technique
3. Signature-based Detection
4. Heuristics
5. Rootkit Detection
6. Real-Time Protection
10 Jenis Perisian AntiVirus Bagi
2017
1. Bitdefender AV Plus
2. BitDefender Total Security
3. Check Point ZoneAlarm Anti Ransomware
4. Kaspersky Anti Virus
5. Kaspersky Internet Security
6. Symantec Norton Security
Premium
7. Webroot SecureAnywhere
AntiVirus
8. McAfee LiveSafe
9. Malwarebytes Free
10. Cybereason RansomFree
Virus
- Program parasite yang tertanam di dalam sebuah perisian komputer yang bertujuan
merosakkan komputer itu sendiri
- Virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang
berlainan. Virus yang asal mungkin mengubahsuai salinannya atau salinan itu sendiri
yang mengubah suai dirinya
- Virus hanya akan boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer yang lain,
contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut atau
pemacu kilat USB (thumbdrive)
- Virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau
mana - mana sistem fail yang dicapai oleh komputer lain.
- Jenis - jenis virus adalah seperti boot sector, partition table, file virus, multipartite
virus, micro virus, worms dan Trojan horse
Boot Sector
- Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau thumbdrive pada
bahagian rekod boot utama (MBR). Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia
dihidupkan oleh aturcara tersebut
Partition Table
- Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakera keras
(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia
ke sector yang baru dan menggantikan sector yang ada dengan kod yang dijangkiti
virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector thumbdrive
sekiranya medium tersebut digunakan
File Virus
- Virus jenis adalah virus yang biasa didapati pada fail - fail. Virus ini akan
mencantumkan dirinya kepada file.exe dan ia akan menghalang fail itu daripada
berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail tersebut bagi
memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan
Multipartite Sector
- Ia mempunyai ciri – ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia
bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan
pengkodan yang kompleks. Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan
kerosakan yang agak drastik
Partition Table
- Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakera keras
(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia
ke sector yang baru dan menggantikan sector yang ada dengan kod yang dijangkiti
virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector thumbdrive
sekiranya medium tersebut digunakan
Macro Virus
- Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS
Word. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word, Excel
dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan
di dalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci
itu ditekan. Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.
Worms
- Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain
tetapi ia berupaya untuk mereplikasikan dirinya dengan cepat. Sekiranya setiap kali
ia mengeluarkan salinan pada setiap masa, hasilnya ialah penghasilan banyak worm
dalam masa yang singkat dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi
rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.
Trojan Horse
- Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus
sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakan yang besar. Ia
sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan
oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej menukar data
atau memusnahkan banyak fail.
Tanda - Tanda Komputer Dijangkiti Virus
1. Kelajuan Processing dan Internet yang Perlahan
- Kuasa proses computing dan Internet yang perlahan tiba - tiba mungkin mempunyai
sebab. Gunakan speed-test untuk melihat kadar kelajuan Internet yang sebenar dan
tool paling asas seperti ‘Task Manager’ untuk melihat process yang memakan
banyak memori sehingga komputer menjadi perlahan. Kes seperti ini agak rumit
kerana pengguna perlu memastikan terlebih dahulu bahawa kelembapan bukan
berpunca dari perkakasan seperti RAM kecil, sistem hard drive yang fragmented,
kekurangan ruang hard drive atau perkakasan yang mengalami kemerosotan
prestasi.
2. Tingkahlaku Luar Biasa Komputer
- Komputer tidak sepatutnya berfungsi dengan sendiri seperti ikon pointer mouse
yang bergerak dengan sendirinya tanpa tindakan pengguna. Ini termasuklah
membuka program tertentu, laman web tertentu dan mempamerkan aktiviti
berlebihan (excessive activity) walaupun tiada program sedang berjalan.
Tanda - Tanda Komputer Dijangkiti Virus
3. Komputer Freeze dan Crash
- Oleh kerana salah satu komponen perkakasan yang berpotensi untuk rosak
berpunca dari virus adalah hard drive, maka kadang-kala kita memang
tidak akan boleh akses sesetengah fail atau program. Ada juga sehingga
keseluruhan perisian sistem operasi menjadi corrupt dan tidak boleh masuk
ke dalam Windows.
4. Error Messages
- Kehadiran mesej - mesej pop-up yang mengganggu merencatkan
pengalaman web browsing pengguna menandakan komputer berkenaan
pernah dijangkiti virus. Pop-up ini biasanya terdiri dari iklan - iklan tertentu,
missing file system atau cadangan menyuruh pengguna install perisian
tertentu.
Tanda - Tanda Komputer Dijangkiti Virus
5. Advertisement
- Sepertimana no 4, kadang - kala iklan ini akan berbentuk ekstrem
sehinggakan sekiranya kita tidak melayari Internet pada masa tertentu pun
akan keluar iklan mencadangkan supaya pengguna install perisian antivirus
pun, disarankan agar pengguna abaikan dan cuba update antivirus dan Run
sepintas lalu proses Scan.
6. Outgoing Emel
- Adalah characteristic sesebuah virus untuk cuba menyebarkan dirinya.
Semak sepintas lalu pada emel pengguna di bahagian Outbox atau Sent
sekiranya pengguna ada menghantar emel tertentu yang tidak sepatutnya
dihantar. Abaikan juga emel yang diterima yang diragui pengirimnya
terutamanya yang melibatkan arahan supaya pengguna membuka fail
attachment atau klik pada pautan perbankan.
Tanda - Tanda Komputer Dijangkiti Virus
7. Missing atau Extra File
- Ada virus yang bertindak membuat duplikasi sesuatu fail dan memadam fail
asal mengakibatkan pengguna tidak boleh akses fail berkenaan. Ada juga
virus yang memadam fail asal dan membuat shortcut bagi fail berkenaan.
8. Aktiviti Media Sosial Yang Meragukan
- Kerap berlaku apabila rakan - rakan di media sosial pengguna bertanya
kepada pengguna kenapa ada posting beliau yang berbentuk lucah, elemen
perjudian dan sebagainya yang meragukan. Pengguna tidak maklum
bahkan tidak juga dipaparkan pada antaramuka laman pengguna
berkenaan.
Memaparkan
posting
dengan pautan
Rakan percaya
dan
klik pada pautan
Redirec
t
Rakan
terbaca
posting pada
wall feed
Pengguna
yang
dijangkiti
Aplikasi
palsu
Lebih ramai
rakan
yang dijangkiti
Hosting laman
web
yang
mengandungi
virus
Tanda - Tanda Komputer Dijangkiti Virus
9. Homepage Browser dan Toolbar Baru
- Ini biasanya terjadi apabila pengguna melawat laman web dan secara tidak
sengaja klik pada pautan tertentu atau pop-up yang keluar. Ini akan
mencetuskan perisian tertentu untuk mula proses download dan install
secara automatic kepada komputer pengguna. Ancaman seperti ini
biasanya tidak akan hilang dengan mudah dan amat mengganggu.
10.Gagal Akses System Tools
- Kegagalan pengguna untuk mengakses system tools seperti Control Panel,
Task Manager, Registry Editor atau Command Prompt yang disediakan oleh
perisian OS menandakan berkenaan telah pun dijangkiti (compromised).
Cara terbaik biasanya adalah untuk memasuki ‘Safe-Mode’ dan melakukan
proses scanning dengan perisian antivirus