strategi p&p oum

22
18 OUM TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGENALAN Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR remaja; 2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Upload: sh-liew

Post on 29-Jun-2015

2.584 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi P&P OUM

18

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR remaja;

2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Page 2: Strategi P&P OUM

19

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

2.1 SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.1.1 Pengenalan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran; dan aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk diikuti oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam sukatan pelajaran, pengetahuan kemahiran dan nilai dibahagikan kepada unit kecil dan dijelmakan ke dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif yang dihasratkan.

2.1.2 Hasil Pembelajaran

Berikut adalah hasil pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual:

Page 3: Strategi P&P OUM

20

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.1.3 Kandungan

Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disediakan mengikut:

� matlamat;

� objektif;

� organisasi kurikulum; dan

� kandungan.

2.1.4 Matlamat

2.1.5 Objektif

Cuba anda senaraikan sepuluh objektif yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

Pada akhir sub topik ini anda dapat:

(i) Menjelaskan matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR;

(ii) Menerangkan bidang-bidang kegiatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan mencerakinkan aktiviti untuk setiap bidang mengikut bidang kegiatan, jenis teknik dan kandungan penghasilan;

(iii) Membanding beza hasil pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran yang berlainan yang disediakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR;

(iv) Mengagihkan bidang dan jenis kegiatan mengikut semester; dan

(v) Menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyediakan hasil pembelajaran yang khusus.

“Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dam negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan”.

Page 4: Strategi P&P OUM

21

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Anda telah mengenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semasa mengikut pelajaran Major anda dan Ilmu Pendidikan. Adakah anda masih ingat FPK dan perkara berikut?

Rajah 2.1

2.1.6 Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut:

(a) pemerhatian secara aktif;

(b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan;

(c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

(d) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Rujuk kepada FPK dan cuba senaraikan perkara yang anda belajar dalam konsep pendidikan seni visual yang boleh dihubungkaitkan dengan hasrat FPK, matlamat dan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

Dengan menggunakan peta minda, terangkan bagaimana anda dapat memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri anda dan murid-murid.

Page 5: Strategi P&P OUM

22

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(a) Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu

diberi kepada perkara berikut:

� pengetahuan sedia ada murid;

� benda yang konkrit;

� minat, kecenderongan dan latar belakang murid;

� bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

� mencetus idea dan imaginasi.

(b) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

� aktiviti kecil mudah ringkas;

� cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

� penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;

� mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;

� bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;

� aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

� menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

(ii) penghasilan / membuat

� penggunaan alat bahan dan teknik;

� tatacara, langkah dan proses membuat;

� amalan tertib kerja;

� keselamatan semasa bekerja; dan

� penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian

(ii) penerokaan

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan

Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii) dan (iii) dalam model Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas.

Page 6: Strategi P&P OUM

23

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(c) Apresiasi Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti

Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

� aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

� aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

� aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

� penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

� perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

� penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

(d) Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

� nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;

� nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian;

� tindakan susulan;

� mencintai alam kehidupan;

� nilai patriotisme dan nilai murni lain;

� kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan

� Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.

2.1.7 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang

Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah seperti berikut:

� Menggambar

� Membuat corak dan rekaan

� Membentuk dan membuat binaan

� Mengenal kraf tradisional

Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik. Setiap kandungan bidang pula boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang sesuai dengan tahap, minat, latar belakang dan kecederungan murid.

Page 7: Strategi P&P OUM

24

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (P&P PSV) KBSR

2.2.1 Pengenalan

Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, anda perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, anda haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak dicapai. Di antara strategi-strategi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

Bolehkah anda tunjukkan bahagian ini dengan satu rajah Pengurusan Grafik?

Terangkan bagaimanakah rajah di bawah ini membantu anda.

Bidang Jenis Kandungan Tajuk

1 Menggambar Kolaj Keluarga Saya dan kakak saya menyiram bunga di halaman bunga.

Page 8: Strategi P&P OUM

25

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 2.2 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Anda telah mempelajari strategi-strategi ini dalam ilmu pendidikan dan mata pelajaran major anda. Kita akan lihat bagaimana strategi ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Pada akhir sub topik ini anda seharusnya dapat:

(i) mengenali dan menjelaskan strategi-strategi P&P PSV KBSR remaja;

(ii) membanding bezakan setiap satu strategi;

(iii) menunjukkan proses pelaksanaan strategi P&P dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual; dan

(iv) mengaplikasi strategi di dalam perancangan P&P PSV KBSR.

Sudahkah anda dapat buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum? Adakah anda sedang berkongsi salinan buku-buku tersebut bersama rakan anda?

Page 9: Strategi P&P OUM

26

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.2.2 Konstruktivisme

(a) Pengertian Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.

Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara Konstruktivisme.

Cuba anda sediakan isi penting untuk perkara tersebut: Kita akan membincangkan contoh bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan dalam P&P PSV. Terlebih dahulu, mari kita mengenalpasti ciri-ciri konstruktivisme semasa kita aplikasikan 4 aspek utama organisasi kandungan menggunakan model pelajaran Chapman. (rujuk sub topik 2.1.6 Organisasi Rekaan)

Imbas kembali tajuk ini yang anda pelajarai dalam ilmu Pendidikan dan Major anda berkenaan dengan perkara berikut:

� huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBien & Brandt, (1997), Briner. M, (1999), dan Brooks & Brooks (1993);

� ciri pembelajaran secara konstruktivisme;

� kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme;

� peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis; dan

� perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.

(i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Page 10: Strategi P&P OUM

27

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam rajah A dan B, perhatikan senarai perkara berikut:

A. Perkara yang diberi perhatian dalam pelaksanaan strategi model pelajaran Chapman (rujuk sub topik 2.1.6).

B. Perkara yang diberi perhatian dalam strategi konstrutivisme.

Bolehkah anda meneroka dan tambah pada senarai itu?

Cuba anda catatkan perkara yang menunjukkan bahawa pelajar:

� tidak menerima pengetahuan secara pasif dari guru tetapi dapat membina pengetahuan baru dari pengetahuan sedia ada.

� menyesuaikan dan menguji pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada interaksi yang aktif dengan bahan dan objek yang ada dalam pengetahuan sedia ada.

� menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan apa yang mereka telah bentuk supaya dapat menerangkan maklumat baru.

� membentuk peraturan melalui refleksi terhadap interaksi dan ujikaji yang dialami.

Rajah A Rajah B

Aspek Apresiasi - ……….. - perasaan, penghargaan dan refleksi diri - tindakan susulan - ………..

Aspek Pemerhatian - melibatkan sensitiviti deria - pengetahuan sedia ada murid - benda yang konkrit - minat, kecenderongan dan latar belakang murid - bahan, bunyi, pergerakan dan aksi - mencetus idea dan imaginasi - ……………

Aspek Penerokaan - …………. - cuba-mencuba, suaikenal dengan bahan - penemuan oleh murid sendiri, uji menguji - mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain - aktif melibatkan pelbagai kecergasan - ……………

Aspek Penghasilan/Membuat: - penggunaan alat bahan dan teknik - …………. - penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda

dengan bentuk hasil - ………….

� pengetahuan sedia ada

� membina pengetahuan baru

� interaksi dengan objek dan idea

� mencari idea, buat kajian

� berinteraksi dengan bahan dan idea

� proses inkuiri

� refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea

Page 11: Strategi P&P OUM

28

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(b) Rumusan Kita akan mengingat kembali bahawa pendekatan konstruktivisme mengajar kita untuk menyusun satu tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (‘Memory and Retention’), Pemikiran Bercapah, Pemikiran Bertumpu dan Penilaian.

2.2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai

(a) Pengertian Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

(a) Adakah anda juga sentiasa membina pengetahuan baru secara ini? Cuba berkongsi pengalaman anda dengan rakan anda.

(b) Adakah anda boleh jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar topik ini untuk belajar topik-topik seterusnya?

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

� kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;

� kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan

� kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilaidalam lingkungan sesuatu budaya.

Page 12: Strategi P&P OUM

29

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 2.3

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Perhatikan contoh-contoh perkara yang dilakukan oleh murid berikut:

(a) Murid meniru aksi pekerja menyusun bata di atas tembuk yang tinggi dan yang rendah.

(b) Murid menggayakan aksi seperti sedang memandu kenderaan.

(c) Murid meniru bunyi kenderaan bergerak.

(d) Murid menggayakan aksi seperti sedang berjalan dalam air banjir.

(e) Murid meniru muzik dalam iklan.

(f) Murid menyebut ejaan untuk nama objek.

(g) Murid membandingkan panjang objek dengan panjang jarinya.

(h) Murid membilang bulatan yang telah dilukis.

(i) Dua orang murid bersama-sama menggayakan pergerakan diri di atas jongkang-jongkit.

Untuk setiap contoh di atas, cuba anda catatkan kecerdasan yang terlibat. Terangkan bagaimana contoh itu boleh digunakan dalam pelajaran dalam PSV. Kelaskan pengetahuan, kemahiran dan nilai (PKN) itu.

Page 13: Strategi P&P OUM

30

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(b) Rumusan Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah

berbeza. Oleh sebab itu, sebagai guru, anda boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam diri anda dan juga dalam pelajar-pelajar anda.

2.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Rajah 2.4

Sumber: http://www.childrenhospitalschool.leicester.sch.uk (a) Pengertian

Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah, bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media.

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Penggunaan Teknologi dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

(b) Rumusan Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepasa kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

Ingat! Anda patut cabut isi penting dan kemudian dapatkan contoh sedia ada PSV dari sekolah. Teliti dan pilih contoh mengikut bidang kegiatan. Kenal pasti bagaimana isi penting boleh dikaitkan dengan contoh. Kongsi pengalaman anda bersama guru, rakan dan tutor.

Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.

Page 14: Strategi P&P OUM

31

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.2.5 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

(a) Pengertian

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan anda sebagai guru. Anda perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan pelajar. Pembelajaran ini lebih fleksibel, tanpa tekanan dan pelajar dapat belajar secara persendirian atau kumpulan mengikut kadar kemampuan pelajar.

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri

(b) Rumusan Untuk mempastikan keberkesanan program PAK, anda perlu sentiasa

mempertingkatkan kualiti dan mempelbagaikan bahan untuk menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan di pusat PAK. Anda, sebagai guru, mesti memastikan bahan di pusat PAK adalah mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat PAK.

2.2.6 Pembelajaran Masteri

(a) Pengertian

Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah

memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti pembelajaran.

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri

(b) Rumusan Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2.2.7 Kajian Masa Depan

(a) Pengertian

Pembelajari Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar.

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru.

Page 15: Strategi P&P OUM

32

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.

Rajah 2.5 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa

Depan (b) Rumusan

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.

2.2.8 Pembelajaran Secara Kontekstual

(a) Pengertian

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan ‘mind on’.

Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.

Pembelajaran Secara Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan harian.

Page 16: Strategi P&P OUM

33

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 2.6 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajarn secara kontekstual.

(b) Rumusan Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila

pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

2.2.9 Kemahiran Berfikir

(a) Pengertian

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.

Page 17: Strategi P&P OUM

34

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.

Rajah 2.7

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Kemahiran berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

(b) Rumusan Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama

ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

(c) Refleksi Adakah anda dapat jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar seperti yang

dicadangkan dalam bahagian Konstruktivisme untuk belajar topic-topik tersebut? Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda? Adakah cadangan itu membantu meningkatkan keberkesanan belajar anda? Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda?

Page 18: Strategi P&P OUM

35

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.3 PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

2.3.1 Konsep Pengujian dan Penilaian

Misalnya, anda meminta murid-murid anda mengisi maklumat peribadi untuk melihat minat atau hobi serta kebolehan murid-murid anda. Dengan cara yang sedemikian mudahlah anda untuk mengkategorikan pelbagai minat dan kebolehan pelajar melalui rekod peribadi murid. Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Menurut Stevens (1951) pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Tegasnya pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Pentingnya dalam pengujian dan pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu benar atau sah. Pengguna ujian hendaklah menentukan jenis maklumat yang diperlukannya. Tugas penggubal ujian ialah untuk membekalkan ujian yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan itu. Jadi, pertama sekali, seorang guru Pendidikan Seni haruslah jelas akan tujuan menguji dalam bilik darjah. Tugas kedua ialah untuk mendapat suatu ujian yang dapat memenuhi kriteria pelajar dari kemahirannya. Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang wajar. Jadi tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur. Anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar sebelum anda dapat membuat penilaian. Secara mudahnya, pengujian akan menjadi asas yang terawal, diikuti dengan pengukuran dan akhirnya penilaian. Penilaian merupakan aspek yang terpenting dalam sesuatu pengukuran. Terserahlah kepada anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual untuk membuat tafsiran penilaian anda. Ia boleh ditafsir dalam bentuk markah, gred, prestasi dan kriteria lain asalkan menepati sasaran dan tujuan penilaian. (a) Tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk:

(i) memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran;

(ii) memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi sesuatu tujuan termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni Visual;

(iii) memilih murid untuk tugas tertentu;

Pengujian bermaksud “memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem”.

Page 19: Strategi P&P OUM

36

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

(iv) mengkategorikan murid-murid;

(v) menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan

(vi) menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan murid.

2.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian yang mengukur kemajuan murid, iaitu ujian yang dijalankan dalam bilik darjah dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kejayaan dan kegagalan pelajar. Penilaian ini merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik darjah, kuiz, lembaran kerja seni, menggambar, mencorak, membentuk binaan dan kraf. Cara pengujian ini tidak formal. Namun begitu ujian formatif ini boleh dilakukan secara formal, biasanya di dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperolehi akan membantu guru menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali aktiviti pemulihan pelajar lemah. Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun sesuatu kursus bagi tujuan menggred. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan semester-semester di universiti-universiti atau institusi pengajian, UPSR, PMR, SPM dan STPM.

2.3.3 Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian ini berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menunjukkan reaksi pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam KBSR. Alat-alat dan bahan-bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru di sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam sebutan yang lain, penilaian berasaskan sekolah (PKBS) ini diselaras secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan menjurus kepada matlamat dan objektifnya. Proses pemusatan mengikut daerah ini mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar disamping aras pemikiran pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor dapat diimplementasi dengan terancang. PKBS dikendali melalui tiga cara iaitu:

� pemerhatian,

� lisan,

� bertulis dan amali. Penilaian PKBS dikendalikan secara formatif dan sumatif. Apapun jenis penilaian yang akan dikendalikan, penekanan pembinaan individu murid dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) menjadi pilihan utamanya. Akhir penilaian PKBS ini akan dapat merumus kekuatan dan kelemahan murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Apakah tindakan seterusnya? Kajian tindakan untuk meminimakan kelemahan pelajar dilakukan dan di atasi untuk proses peningkatan dari masa ke semasa. Penilaian PKBS Pendidikan Seni Visual menekankan kaedah pemerhatian bagi tujuan penilaian afektif dan pentaksiran hasil kerja bagi menilaian kognitif dan psikomotor.

Page 20: Strategi P&P OUM

37

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.3.4 Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS

Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:

(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;

(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;

(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;

(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;

(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;

(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan

(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang.

2.3.5 Penilaian Portfolio

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas. Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran. Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh

Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Page 21: Strategi P&P OUM

38

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.

RUMUSAN

Anda seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar, membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secara saksama dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan. Akhirnya buat penilaian. Anda boleh memilih penilaian secara formatif atau sumatif . Apa pun penilaian yang anda lakukan, objektifnya ialah untuk mengukur keupayaan murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran tadi.

GLOSARI

Alternatif — Pilihan

Analogi — Persamaan

Apresiasi — Penghargaan

Behaviorisme — Fahaman dari teori tingkah laku

Hipotesis — Andaian

Inferens — Kesimpulan

Imaginasi — Kerangka idea

Kendiri — Kenali diri

Kognitivisme — Fahaman dari teori pemikiran

Konstruktivisme — Pengukuhan , pembinaan konsep

Manipulasi — Mengendali dengan cekap

Variasi — Pelbagai

UJIAN 1

Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada modul ini, beri contoh aktiviti P&P yang menggunakan 2 strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk satu bidang kegiatan. Jelaskan jenis kegiatan dan kandungan yang anda pilih.

Page 22: Strategi P&P OUM

39

OUM

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

UJIAN 2

Cuba laksanakan aktiviti dalam Ujian 1 di atas di bilik darjah. Apakah perasaan anda? Buatlah perbandingan kelebihan dan kelemahan penggunaan strategi P&P dalam bentuk pengurusan grafik. Tahniah! Anda telah berjaya melaksanakan aktiviti yang menggunakan strategi P&P dalam bilik darjah. Anda juga telah berjaya membuat refleksi pengajaran. Sila kumpulkan semua hasilan kerja untuk dibincang bersama semasa pertemuan tutorial.