studentprojectreportmuar.pdf

22
Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________ 1 CADANGAN PEMBANGUNAN LANSKAP TAMAN REKREASI TANJUNG AGAS, MUAR, JOHOR. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 TUJUAN 1.2 MATLAMAT 1.3 OBJEKTIF 1.4 LATAR BELAKANG TANJUNG AGAS 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN DAN KAJIAN TAPAK 2.1 NAMA KAJIAN 2.2 LOKASI 2.3 KESESUAIAN LOKASI / POTENSI TAPAK 2.4 SKOP KAJIAN 2.5 ANALISIS TAPAK 2.5.1 Pengenalan 2.5.2 Konteks Tapak 2.5.3 Keadaan Tapak 2.5.4 Kemudahan Tapak 2.5.5 Masalah Tapak 3.0 PEMBANGUNAN REKABENTUK YANG DICADANGKAN 3.1 KONSEP REKABENTUK 3.2 STRATEGI REKABENTUK 3.3 REKABENTUK PELAN INDUK 3.4 ZON KAWASAN PELAN INDUK 4.0 ANGGARAN KOS 5.0 LAMPIRAN 6.0 KESIMPULAN

Upload: zuraida-hanim-zaini

Post on 01-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

1

CADANGAN PEMBANGUNAN LANSKAP TAMAN REKREASI TANJUNG AGAS, MUAR, JOHOR.

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN

1.1 TUJUAN 1.2 MATLAMAT 1.3 OBJEKTIF 1.4 LATAR BELAKANG TANJUNG AGAS

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN DAN KAJIAN TAPAK 2.1 NAMA KAJIAN 2.2 LOKASI 2.3 KESESUAIAN LOKASI / POTENSI TAPAK 2.4 SKOP KAJIAN 2.5 ANALISIS TAPAK

2.5.1 Pengenalan 2.5.2 Konteks Tapak 2.5.3 Keadaan Tapak 2.5.4 Kemudahan Tapak 2.5.5 Masalah Tapak

3.0 PEMBANGUNAN REKABENTUK YANG DICADANGKAN 3.1 KONSEP REKABENTUK 3.2 STRATEGI REKABENTUK 3.3 REKABENTUK PELAN INDUK 3.4 ZON KAWASAN PELAN INDUK

4.0 ANGGARAN KOS 5.0 LAMPIRAN 6.0 KESIMPULAN

Page 2: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

2

1.0 PENGENALAN

1.1 TUJUAN Cadangan pembangunan lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar, Johor

Darul Takzim untuk Majlis Perbandaran Muar.

1.2 MATLAMAT

1.2.1 Merancang penyediaan lanskap meliputi keperluan ‘softscape’ and

‘hardscape’ ke arah manghidupkan suasana dan meningkatkan kualiti

visual kawasan sekitar Tanjung Agas.

1.2.2 Menonjolkan imej serta identiti yang moden dan kontemporari sesuai

dengan perubahan semasa sebagai tumpuan penduduk sekitar melalui

peningkatan mutu kualiti visual serta perancangannya

1.2.3 Mengeratkan hubungan kemasyarakatan melalui aktiviti-aktiviti rekreasi

disamping menyediakan peralatan permainan dan rekreasi yang selamat,

selesa dan sesuai untuk semua tahap umur pengguna.

1.2.4 Menambah nilai estetik dan tarikan pelancongan ke bandar ini.

1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Mengimbangi keperluan taman awam atau kawasan riadah di kedua-dua

belah tebing Sungai Muar;

1.3.2 Membangun dan mengindahkan kawasan Tanjung Agas agar menjadi

kawasan tumpuan pengunjung kerana kedudukannya yang strategik, iaitu

bersebelahan dengan jalan raya utama Tangkak-Muar.

1.3.3 Menyediakan taman awam alternatif dengan kemudahan riadah yang

bersepadu untuk semua peringkat umur supaya dapat mengurangkan

tumpuan pengunjung ke Kawasan Rekreasi Tanjung Emas yang sedia

ada.

1.3.4 Menambah bilangan kawasan rekreasi di kawasan Majlis Perbandaran

Muar selaras dengan pertambahan penduduk dan peningkatan kesedaran

umum untuk beriadah sebagai gaya hidup sihat.

1.4 LATAR BELAKANG BANDAR MUAR DAN TANJUNG AGAS

1.4.1 Sejarah Bandar Muar (Bandar Maharani)

Peta lama Portugis ini menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis

di Semenanjung Tanah Melayu selain dari Kota Melaka.

Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian

Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung

Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas

oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga

suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang

utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke

Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.

Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke

Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara

lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh

Page 3: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

3

Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di

Panchur.

Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin

Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885.

Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.

Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh

Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di

suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang

menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar

iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).

Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah

pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar

(Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu

Bakar).

1.4.2 Sejarah Tanjung Agas

Tanjung Agas ini dipercayai telah wujud tidak berapa lama selepas

pembukaan Muar. Kawasan Tanjung Agas ini dahulunya merupakan

kawasan perkampungan penduduk. Nama Tanjung Agas ini mula dikenali

dan mendapat sambutan masyarakat setempat semenjak pembukaan Jeti

Penambang Muar. Jeti di Tanjung Agas ini sangat terkenal dan berfungsi

dengan baik kerana kedudukannya yang strategik iaitu terlatak di kuala

Sungai Muar.

Pada ketika itu, Sungai Muar merupakan jaringan perhubungan air yang

utama bagi penduduk setempat untuk ke tempat yang lain. Maka keadaan

jeti Penambang Muar sentiasa sibuk. Antara fungsi jeti ini adalah sebagai

tempat persinggahan bot penumpang dan feri dari arah Bandar Maharani.

Keadaan Jeti Penambang Muar pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, ia juga sebagai penghubung bagi bot penumpang yang

mengangkut penduduk dan barang dari kedua-dua hala. Sungai Muar ini

dahulunya juga merupakan laluan kapal-kapal pedagang yang berdagang

ke Tanah Melayu. Jeti ini juga turut menjadi tempat persinggahan

pedagang-pedagang yang berkemudi di sini untuk menjual hasil dagangan

mereka.

Pada tapak kami sekarang, terdapat struktur kayu nibong yang digunakan

sejak jeti ini mula di bina untuk menambat bot dan feri. Kedudukkan kayu

nibong ini masih kekal sehingga sekarang cuma kayu nibong ini sahaja

yang sering diganti oleh penduduk setempat untuk memastikan supaya

kayu nibong ini selamat untuk digunakan. Semenjak Jambatan Sultan

Ismail siap di bina dan digunakan untuk kemudahan orang awam, jeti ini

tidak lagi digunakan dan semakin terbiar di makan usia.

Kayu Nibong yang digunakan Di atas nama pembangunan, jambatan yang gagah ini telah

untuk mengikat bot 'membunuh' rezeki pemilik feri Muar-Tg.Agas.

Page 4: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

4

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN DAN KAJIAN TAPAK

2.1 NAMA KAJIAN

Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar, Johor

Darul Takzim untuk Majlis Daerah Simpang Renggam.

2.2 LOKASI

Tapak lokasi tertumpu di kawasan sepanjang 200 meter Sungai Muar yang

terletak di antara jalan raya utama Tangkak-Muar dengan Masjid Sultan Ismail

dan kilang elektronik.

Kedudukan tapak Taman Rekreasi Tanjung Agas dalam

kawasan bandar Muar dari pandangan atas.

2.3 KESESUAIAN LOKASI / POTENSI TAPAK

2.3.1 Kawasan ini terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Ismail (Masjid

Jame’ Kedua Muar) dan kilang elektronik terbesar di Muar yang telah

beroperasi hampir 30 tahun. Ia berpotensi sebagai kawasan rehat bagi

penduduk setempat, pekerja kilang elektronik mahupun bagi pengunjung

yang singgah di Masjid Sultan Ismail.

2.3.2 Tapak ini juga terletak di kawasan yang amat strategik iaitu

bersebalahan Jambatan Sultan Ismail yang merupakan pintu masuk

utama ke bandar Muar dari arah Tangkak. Kedudukannya di tepi jalan

utama (Tangkak-Muar) memberi satu tarikan utama daripada pengguna

jalan raya tersebut untuk singgah sebentar ke taman rekreasi ini.

2.3.3 Ketenangan Sungai Muar dan pohon-pohon disekelilingnya seperti

Pokok Nipah, Pokok Eugenia Oleara, Pokok Bakau, Pokok Juniperus

Chinensis dan pelbagai jenis pokok lagi memberi keseimbangan

terhadap perkembangan bangunan-bangunan dan kesibukan jalan

buatan manusia dan ini membolehkan pengunjungnya singgah untuk

menikmati keindahan alam.

2.3.4 Rupabentuk Masjid Sultan Ismail yang bercirikan Senibina Kolonial dan

rekabentuk kilang elektronik yang bercirikan senibina moden

memberikan variasi senibina yang menampakkan keharmonian senibina

pada keseluruhan tapak dengan kawasan sekitar.

2.3.5 Kesesuaian lokasi dan tapak sebagai kawasan bersosial dan beriadah

dipengaruhi oleh faktor cuaca dan tiupan angin yang sepoi–sepoi

bahasa kerana lokasinya di pesisir Sungai Muar serta suhu yang sekata.

2.3.6 Kawasan seberang jalan bersebelahan dengan tapak akan dibangunkan

bangunan-bangunan komersil seperti GIANT dan kawasan perumahan

pada masa akan datang. Keadaan ini memberikan potensi yang positif

terhadap kunjungan pengunjung sebagai kawasan riadah keluarga.

2.4 SKOP KAJIAN DAN CADANGAN Skop kajian adalah berdasarkan pembangunan sedia ada dan cadangan

menaiktaraf kawasan pesisir Sungai Muar yang diutarakan oleh pihak majlis.

Page 5: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

5

2.5 ANALISIS TAPAK 2.5.1 Konteks Tapak

a. Cadangan pengindahan pesisir Sungai Muar ini melibatkan kawasan seluas

lapan ekar pada sebagian kawasan persisiran Sungai Muar, Tanjung Agas.

b. Status tanah ini adalah hakmilik Tanah Kerajaan dan Rizab Jabatan

Pengairan dan Saliran.

c. Keadaan trafik di tapak terutama di laluan masuk utama agak sibuk kerana

berdekatan dengan Jambatan Sultan Ismail.

d. Kenderaan dari Tangkak tidak boleh masuk ke tapak melalui laluan masuk

utama sebaliknya harus melalui kawasan kilang ke tapak.

2.5.2 Keadaan Tapak

a. Hidrologi dan Sistem Perparitan

Pada musim hujan terutama ketika hujan lebat, air pasang berlaku di

sebahagian tapak. Air pasang ini naik sekitar 2 hingga 10 meter ke

darat. Paras air di pesisir sungai ini tidak terlalu dalam.

Terdapat satu pintu air milik Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)

Daerah Muar yang bersambung dengan Sungai Muar yang digunakan

untuk mengawal paras air di kawasan Tanjung Agas terutama ketika

air pasang dan mengelakkan banjir daripada berlaku.

b. Tumbuhan

Jenis-jenis pokok yang terdapat di sini adalah :

i. Pokok Wodyetia Bifurcatta

ii. Pokok Filicium Decipiens

iii. Pokok Nipah

iv. Pokok Juniperus Chinensis

v. Pokok Euginia Oleara

vi. Pokok Ficus Microcarpa ‘Gold’

vii. Pokok Bakau

viii. Pokok Myrica Esculenta

ix. Manila Palm

x. Roystonea Regia (Royal Palm)

Manila Palm Lalang(tumbuhan semulajadi)

Creeper (tumbuhan semulajadi) Pokok Ficus Microcarpa ‘Gold’

Pokok Bakau Roystonea Regia (Royal Palm)

Page 6: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

6

Pokok Juniperus Chinensis Pokok Nipah

Pokok Euginia Oleara

Ketinggian dan kedudukan pokok-pokok yang sedia ada di tapak

mengikut zon-zon yang ditentukan oleh pihak Majlis Perbandaran

Muar. Tapak juga dipenuhi oleh lalang yang tinggi dan sukar dimasuki

oleh pengunjung. Ini juga boleh mewujudkan kemungkinan dari haiwan

yang berbahaya seperti ular.

c. Tanah

Tanah tapak ini adalah terdiri daripada dua jenis tanah utama iaitu

Tanah Liat (sungai) dan Tanah Gambut. Manakala PH tanah ini adalah

berasid. Struktur Tanah di sekitar sungai ini pula tidak rata dan tiada

kawasan laluan khas bagi pejalan kaki.

2.5.3 Kemudahan Tapak

Selain daripada masjid, kemudahan lain yang terdapat di tapak kami

adalah tandas awam, wakaf, tempat letak kereta dan jeti yang telah lama

ditinggalkan. Kesemua kemudahan ini sekarang berada dalam keadaan

terbiar dan tidak terurus kecuali tempat letak kereta yang diseliakan oleh

pihak majlis mengikut jadual ruang ditetapkan. Lain-lain kemudahan

seperti gerai-gerai makan terletak di luar kawasan tapak dan agak jauh

untuk pejalan kaki. Kemudahan seperti poliklinik, pasar awam, mini

stadium, balai polis, pejabat pos, sekolah rendah dan sekolah menengah

boleh didapati di Bandar Muar yang terletak berseberang dengan tapak

dan dihubungkan dengan Jambatan Sultan Ismail.

Tempat letak kereta awam yang masih Tandas awam yang sudah terbiar dan tidak bo;eh

digunakan lagi. digunakan lagi

Keadaan wakaf yang dipenuhi oleh kedudukan jeti yang telah lama dibina dan kini

lalang dan terbiar tidak digunakan lagi.

Page 7: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

7

2.5.4 Pemandangan

a. permandangan terbaik :-

i.Hadapan Sungai Muar ii. Mengadap Bandar Maharani yang penuh

dengan aktiviti di persisiran sungai,

b. pemandangan kurang menarik:-

i. Mengadap kilang elektronik

c. lain-lain pemandangan sekitar tapak:-

i. Masjid Sultan (Masjid Jame’ Kedua) ii. Jambatan Sultan Ismail

2.5.5 Fungsi Tapak

Pada masa sekarang, keadaan tapak ini agak terbiar dengan lalang yang

tumbuh meliar pada hampir keseluruhan tapak sehingga sukar dimasuki

pengunjung.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat sebuah jeti yang kini

sudah terbiar dan tidak digunakan sebagai jeti bot-bot berlabuh. Cuma

sesekali terdapat penduduk setempat datang bersiar-siar di sini. Menurut

penduduk setempat, dahulunya jeti ini merupakan jeti yang terkenal oleh

penduduk Tanjung Agas ini kerana ia menghubungkan mereka dengan

Tanjung Emas dan Bandar Muar. Tetapi, setelah Jambatan Sultan Ismail

siap dibina, jeti ini tidak mendapat sambutan dan kini tidak digunakan lagi

dan terbiar.

Namun yang demikian, terdapat beberapa kawasan terutama di bahagian

jeti menjadi kawasan memancing dan berehat bagi penduduk Tanjung

Agas pada waktu pagi dan petang.

Pada bulan Disember, kebiasaannya akan berlaku satu upacara

sembahyang yang dilakukan oleh orang Thailand. Upacara ini berlaku

hampir setiap tahun.

Manakala tempat letak kereta awam pula digunakan oleh anggota RELA

mengadakan latihan kawad kaki apabila ada upacara tertentu terutamanya

Sambutan Hari Kemerdekaan.

2.5.6 Potensi Tapak

Beberapa potensi tapak telah dikenal pasti sepanjang kajian tapak yang

telah kami lakukan. Potensi-potensi tersebut adalah :

a. permandangan yang cantik mengadap Sungai Muar dan Bandar

Maharani.

b. Pembangunan pada masa hadapan bersebelahan dengan

tapak iaitu pembinaan kawasan komersil (GIANT) dan kawasan

perumahan.

c. Lokasi tapak yang strategik:

i. terletak dipersisiran Sungai Muar

Page 8: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

8

ii. berdekatan dengan Masjid Sultan Ismail dan kilang

elektronik

iii. terletak berhampiran dengan Jambatan Sultan Ismail dan

bersebelahan jalan raya utama yang menghubungkan

Tangkak-Muar dan mudah dilihat pengunjung

iv. tapak ini mudah dilihat dari Bandar Maharani, Taman

Rekreasi Tanjung Emas dan Jambatan Sultan Ismail.

d. nilai sejarah yang terdapat pada tapak iaitu tapak ini adalah

bekas Jeti Penambang teksi air bagi Bandar Muar.

e. Walaupun keadaan tapak agak terbiar, masih ada penduduk

setempat yang datang ke sini untuk memancing dan melakukan

aktiviti riadah ringan.

f. Kewujudan pokok-pokok yang sedia ada di tapak.

2.5.7 Halangan dan Kekurangan

Di samping potensi, tapak ini juga mempunyai beberapa halangan

ataupun masalah yang perlu diambil kira ketika rekabentuk Taman

Rekreasi Tanjung Agas dilakukan. Halangan-halangan ini adalah seperti:-

a. Jalan masuk ke tapak :

i. trafik di jalan raya utama yang sentiasa sibuk

ii. laluan masuk terus hanya untuk pengunjung dari Bandar

Maharani. Manakala tiada laluan masuk terus dari arah

Tangkak, kecuali mengambil jarak yang jauh iaitu melalui

jalan utama ke kilang elektronik.

b. Masalah kemungkinan air Sungai Muar yang melimpah masuk ke

tapak ketika air pasang dan hujan lebat.

c. Pintu air yang dimiliki oleh JPS Muar tidak boleh diganggu.

Papan tanda pintu air yang terletak di tepi Saliran air milik JPS yang agak lebar dan

pagar kilang elektronik menghala ke Sungai Muar.

Pintu air JPS yang terletak di saliran air Keadaan sebenar pintu air yang mengawal

paras air di kawasan tapak.

d. Tapak adalah berhampiran dengan Kilang Elektronik

e. Penduduk yang gemar memancing di atas Jambatan Sultan Ismail

kerana keadaan air yang agak dalam dan mudah memperolehi

ikan.

f. Keadaan air yang cetek di persisir sungai dalam jarak 5-10 meter

dari darat menyebabkan pengunjung tidak gemar memancing di sini

sebaliknya memilih lokasi di jambatan sahaja.

Page 9: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

9

3.0 PEMBANGUNAN REKABENTUK YANG DICADANGKAN

3.1 KONSEP REKABENTUK Konsep yang kami ketengahkan dalam projek ini adalah berpandukan

penggunaan deria-deria yang dimiliki oleh manusia sepenuhnya iaitu

‘SENSES’. Deria-deria yang dikurniakan Tuhan amat penting dan merupakan

elemen yang paling berharga bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada

semua makhluk ciptaan Allah S.W.T. Deria-deria manusia terbahagi kepada

lima deria utama iaitu :

i. Mata untuk melihat

ii. Telinga untuk mendengar

iii. Hidung untuk menghidu

iv. Lidah untuk merasa

v. Kulit untuk sentuhan

Melalui deria-deria ini, setiap manusia dapat menjalani kehidupan yang lebih

bermakna dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Daripada kepentingan

deria-deria inilah konsep kami terhasil kerana setiap apa yang kita lakukan

sehari-hari adalah bermula dengan deria-deria yang kita miliki.

Pemilihan konsep deria ini adalah kerana kami ingin membawa pengunjung-

pengunjung yang datang ke taman ini menikmati keindahan dan kedamaian

taman rekreasi ini dengan menggunakan ke semua deria yang mereka miliki

supaya setiap kunjungan mereka ke sini akan memberikan makna dan detik-

detik yang tidak akan mereka lupakan.

3.1.1 ‘SENSES’ di Tanjung Agas

Kumpulan sasaran kami secara umumnya untuk taman ini adalah mereka

yang berkeluarga. Titik fokus kawasan ini adalah di plaza, di mana ia

merupakan ‘mata’ utama kawasan taman rekreasi ini kerana dapat melihat

keseluruhan kawasan taman rekreasi ini dan dapat menggunakan kesemua

deria-deria sentuh, lihat, bau, dengar dan rasa.

Kawasan riadah ini terbahagi kepada beberapa kawasan mengikut peringkat

umur dan aktiviti-aktiviti yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang disediakan disini

adalah :

a. Laluan ‘jogging’

b. Laluan berbasikal

c. Taman permainan kanak-kanak

d. Memancing

e. Senaman

i. ‘fitness station’

iii. Laluan refleksologi

a. ‘Wall climbing’

b. Menara tinjau

c. Perkhidmatan bot (water taxi) yang menghubungkan

Taman Rekreasi Tanjung Agas dengan Taman

Rekreasi Tanjung Emas

d. Perniagaan kecil-kecilan (kiosk)

e. Tempat berkumpul (plaza)

3.1.2 Elemen-elemen ‘SENSES’ a. Mata – pandangan

Merupakan aspek yang penting

dalam merekabentuk kawasan ini

iaitu penggunaan mata sebagai

analogi utama untuk mendapatkan

rekabentuk yang menarik. Mata

digunakan oleh manusia untuk

melihat keadaan sekeliling dan

menganalisis baik atau buruk sesuatu kawasan ataupun

persekitaran. Tiga kawasan utama ditempatkan sebagai titik tumpu

para pengunjung iaitu plaza, pelantar memancing dan jeti bagi

kemudahan teksi air.

Page 10: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

10

b. Telinga – dengar Deria pendengaran juga merupakan elemen

deria yang penting. Daripada bunyi-bunyian

yang didengar dapat menambahkan lagi

perasaan dan kemeriahan suasana sesuatu

tempat. Plaza merupakan kawasan tumpuan

dengar yang utama. Bunyi yang terhasil di

sini adalah dari elemen air buatan, kenderaan

yang lalu-lalang dan juga dari suara

pengunjung yang melakukan pelbagai aktiviti di sekitar taman ini.

Selain itu, bunyi air sungai dan bot yang melalui sungai tersebut

boleh juga didengar terutama di pelantar memancing, pelantar bot

mahupun di laluan pejalan kaki sepanjang persisir sungai di taman

tersebut.

c. Kulit – sentuh Sentuhan terhasil apabila

permukaan kulit manusia

mengenai sesuatu objek

mahupun permukaan.

Anggota badan yang

melakukan sentuhan yang

paling kerap dan banyak

adalah tangan.

Melalui plaza, para

pengunjung dapat memilih sama ada hendak mengunjungi

kawasan sentuh, bau, dengar, mahupun rasa. Kawasan sentuh

boleh didapati di arah Timur Laut plaza iaitu di kawasan ‘wall

climbing’ yang disediakan khas untuk remaja dan kanak-kanak.

Selain itu, disebelah Tenggara plaza terdapat kawasan ‘fitness

station’ di mana kemudahan untuk bersenam seperti ‘outdoor gym’

disediakan. Laluan yang disekitarnya pula mempunyai tekstur batu-

batu yang berbeza saiz dikenali sebagai trek refleksologi sesuai

untuk pelbagai golongan terutamanya bagi golongan dewasa dan

warga emas.

Kawasan permainan kanak-kanak juga di kategorikan sebagai

elemen sentuh kerana kanak-kanak menggunakan deria sentuhan

mereka untuk memanjat, mengelungsur, dan berayun ketika

bermain dengan peralatan yang disediakan di sini.

d. Lidah – rasa Lidah atau deria rasa selalu

dikaitkan dengan makanan dan

minuman. Aplikasi deria rasa

pada tapak ini lebih tertumpu di

kawasan kios- kios bersebelahan

dengan plaza. Kios ini hanya

menjual makanan-makanan yang

ringan dan mudah berbentuk ‘refreshment’ sahaja. Peniaga tidak

dibenarkan memasak makanan yang dijual oleh mereka di tapak ini

bagi menjamin keindahan dan kebersihan taman ini.

e. Hidung- bau Bau juga merupakan antara elemen

tarikan yang penting yang

mempengaruhi kunjungan pengunjung

ke sini. Sekiranya tempat tersebut

memberikan bau yang tidak enak, maka

tidak ramai orang yang akan ke tempat

tersebut. Begitu juga dengan taman ini,

kami menjadikan elemen bau antara

tarikan utama pengunjung di samping

aktiviti dan keindahan taman yang disediakan. Selain daripada

makanan, bau juga datang dari air sungai yang semulajadi di sini.

Tetapi, apa yang lebih penting adalah bau-bauan yang terhasil

daripada kepelbagaian jenis tumbuhan yang segar yang ditanam di

Page 11: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

11

sini termasuk keharuman daripada wangian pelbagai jenis bunga

yang ditanam di sini.

3.2 STRATEGI DALAM MEREKA BENTUK

1. Tapak yang berada sekitar persisir sungai secara semulajadi mempunyai

tarikan dan aspirasi kepada penduduk serta pengunjung.

2. Landskap semulajadi yang terdapat di tapak dikekalkan dengan

memelihara sebahagian pokok – pokok yang sedia ada.

3. Mengekalkan sistem ekologi tapak tanpa mungubah struktur tapak secara

kritikal.

4. Rekabentuk yang mebolehkan semua golongan masyarakat menikmati

kemudahan di kawasan tersebut. Tumpuan utama diberikan untuk aktiviti

santai kepada orang ramai.

5. Sasaran pengunjung utama adalah dari kalangan mereka yang

berkeluarga kerana secara purata golongan yang sering beriadah

kebanyakannya mereka yang berkeluarga.

6. Mengadakan satu tempat tumpu utama pengunjung dan setiap kawasan

yang mengelilinginya berada di dalam satu ‘axis’ yang kuat sebagai

panduan kepada pengunjung mengenai ke arah mana yang mereka ingin

pergi ketika sampai di taman ini.

3.3 ZON KAWASAN PELAN INDUK

Projek ini menetapkan masyarakat sekitar serta pengunjung dari luar terutama

mereka yang berkeluarga sebagai kumpulan sasaran. Zon-zon pula dibahagikan

mengikut aktiviti-aktiviti rekreasi, aktiviti istirehat, dan aktiviti komersial seperti:

3.3.1 Kawasan Riadah

Terdiri daripada beberapa kawasan riadah dengan pelbagai aktiviti yang

berbeza. Kesemua kawasan riadah ini di hubungkan oleh laluan pejalan

kaki yang bermula dari pintu masuk utama ke taman ini. Aktiviti-aktiviti

riadah di sini adalah :

a. ‘Wall climbing’

Terbahagi kepada dua

kategori aktiviti ‘wall

climbing’. Satu untuk

kanak-kanak dan satu

lagi untuk golongan

remaja dan dewasa.

Perbezaan kategori

umur ini dapat dilihat daripada saiz peralatan memanjat yang

disediakan untuk setiap kategori ini. Bagi golongan kanak-kanak,

dinding memanjat lebih berbentuk hemisfera yang mempunyai

ketinggian sederhana sekitar 1 hingga 2 meter sahaja. Ini adalah

kerana faktor keselamatan yang perlu diambil kira supaya tidak

berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kanak-kanak tersebut.

Bagi ‘wall climbing’ kategori remaja dan dewasa, dinding memanjat

adalah lebih lebar dan tinggi. Bentuknya adalah segiempat yang

disokong oleh kerangka yang menitikberatkan faktor keselamatan.

Ketinggian dinding panjat ini adalah sekitar 4 hingga 8 meter.

Elemen deria yang diaplikasikan di sini adalah deria sentuh, bunyi

dan lihat.

b. ‘Fitness station and refleksologi

Tempat riadah ini lebih tertumpu

kepada golongan dewasa dan warga

emas kerana faktor usia

menyebabkan mereka tidak boleh

Page 12: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

12

melakukan aktiviti riadah yang

terlampau lasak sebaliknya lebih

bersifat santai dan menyihatkan.

‘Fitness station’ terletak di

tengah-tengah laluan

refleksologi. Ini memudahkan

pergerakan pengunjung menjalankan kedua-dua aktiviti ini. Elemen

deria yang diaplikasikan di sini adalah deria sentuh, bunyi dan lihat.

c. Taman permainan kanak-kanak

Taman ini semestinya dikhususkan untuk kanak-kanak. Bentuk

permainan di sini adalah berbentuk moden dan kontempori

bersesuai dengan konsep dan senibina taman yang diterapkan.

Bentuk permainan ini adalah berbeza berbanding keadaan tipikal

taman di luar sana. Keunikan permainan di sini menjadi satu daya

tarikan utama pengunjung ke sini. Elemen deria yang diaplikasikan

di sini adalah deria sentuh, bunyi dan lihat.

d. Berbasikal

Aktiviti berbasikal disediakan bagi mereka yang gemar berbasikal

dan ingin menikmati keseluruhan keindahan taman ini secara lebih

sihat. Basikal disediakan di kaunter penyewaan basikal yang

terletak di tingkat paling

bawah di menara tinjau.

Basikal ini boleh disewa

dengan kadar yang rendah

dan berpatutan. Laluan trek

berbasikal diasingkan

dengan laluan pejalan kaki

tetapi kedudukannya masih

saling bersebelahan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang

kemalangan besar mahupun kecil berlaku.

e. Memancing

Aktiviti memancing

majoriti dilakukan

oleh golongan lelaki

terutamanya mereka

yang telah dewasa.

Terdapat sebuah

pelantar khas yang dibina sebagai tempat khas pemancing untuk

memancing ikan. Kedudukan pelantar ini akan agak jauh dari darat

dan menghampiri tengah sungai. Keadaan begini adalah untuk

mendapatkan paras air yang lebih dalam sekaligus memudahkan

pemancing memperolehi ikan dengan banyak. Kewujudan pelantar

ini membantu menangani masalah penduduk setempat yang gemar

memancing di tepi Jambatan Sultan Ismail yang sangat sibuk.

3.3.2 Kawasan istirehat

Tertumpu kepada empat jenis kawasan istirehat yang dibina di sepanjang

persisir sungai dan di sekitar kawasan taman. Fungsi keempat-empat jenis

tempat istirehat ini adalah sebagai kawasan tempat duduk bagi ibubapa

yang membawa anak-anak ke taman permainan dan juga bagi mereka yang

ingin melepaskan lelah sambil menikmati pemandangan sekitar. Empat jenis

kawasan istirehat ini adalah :

a. Plaza

Plaza merupakan satu kawasan lapang yang berfungsi sebagai

tempat berkumpul dan menjadi titik tumpu kepada kawasan taman

ini. Ia terletak di pintu masuk utama, bersebelahan dengan tempat

letak kenderaan awam yang dihubungkan oleh laluan berpegola

‘sense of welcoming’ kepada kawasan teman rekreasi ini. Plaza ini

juga berada dalam satu ‘axis’ yang amat kuat yang menghala ke

arah Sungai Muar. Setibanya pengunjung di tengah-tengah pintu

masuk ini, pengunjung dapat melihat satu ‘axis’ terus ke pelantar

Page 13: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

13

memancing. Dari sini

pengunjung sudah

dapat melihat

sebahagian daripada

kemeriahan aktiviti

yang berlaku di sini.

Selepas melalui laluan

berpegola ini, tedapat

elemen air di kiri dan kanan plaza ini yang mampu memberi impak

dan perasan yang tenang ketika memasuki kawasan taman ini.

Ruang berkumpul di tengah-tengah plaza ini berbentuk bulatan dan

menurun ke bawah sedalam 1.2m. Terdapat laluan berbentuk ram

yang akan akan memandu pengunjung ke kawasan ini. Plaza ini

dikelilingi oleh tangga dengan jejak yang lebar dan berfungsi

sebagai tempat duduk berehat mahupun menikmati makanan yang

di beli di kios. Pengunjung yang tiba di plaza ini kemudiannya boleh

memilh aktiviti yang ingi mereka lakukan. Sebagai contoh, sebuah

keluarga yang terdiri dari pelbagai peringkat umur tiba di plaza ini

akan pergi ke kawasan riadah yang bersesuaain dengan umur

mereka. Anak-anak yang kecil akan ke taman permainan kanak-

kanak, bagi yang remaja pula akan ke ‘wall climbing’, si ayah

bersama saudara lelakinya akan ke pelantar memancing, nenek

dan si ibu ke refleksologi atau mungkin boleh berehat di plaza

sambil mengawasi anak-anak mereka.

b. Wakaf

Wakaf juga merupakan

satu lagi tempat

istirehat atau tempat

duduk yang penting.

Berbezanya wakaf ini

daripada tempat duduk

di plaza adalah, wakaf ini merupakan tempat duduk yang

berbumbung. Jadi pengunjung yang ingin bersantai boleh

terlindung daripada terik panas matahari mahupun ketika hujan.

Kedudukan wakaf ini tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja,

tetapi sebaliknya ia diletakkan secara rawak dan kesemua kawasan

riadah disediakan dengan wakaf untuk mereka berehat setelah

penat beriadah. Selain itu, wakaf-wakaf ini juga diletakkan di

sepanjang laluan pejalan kaki untuk memudahkan mereka berehat

setelah penat berjalan.

c. Tempat duduk di persisir sungai

Tempat duduk ini terletak betul-betul di persisir sungai, di atas

‘retaining wall’ yang menyokong struktur tanah di tepi Sungai Muar

ini. Kedudukan tempat duduk ini adalah berselang-selang pada

jarak-jarak yang tertentu. Pengunjung boleh duduk di sini sambil

menikmati keindahan sungai mahupun permandangan di taman ini.

Selain itu, mereka juga boleh melihat gelagat pemancing-

pemancing mahupun aktiviti teksi air yang berlaku di sini.

d. Menara tinjau

Menara tinjau merupakan tenpat istirehat yang tertinggi sekali di

kawasan taman ini. Ia terletak di seberang kawasan tengah riadah

yang dipisahkan oleh tali air milik JPS. Menara tinjau ini

dihubungkan dengan sebuah jambatan dan laluan pejalan kaki

untuk pengunjung dari kawasan riadah ke sini. Satu laluan pejalan

kaki yang lain dibuat ke arah menara tinjau dan pelantar bot khas

untuk pengunjung dari arah masjid.

Ketinggian menara tinjau ini adalah setinggi lima tingkat. Di bawah

menara tinjau ini terdapat satu kaunter untuk penyewaan basikal.

Fungsi menara tinjau ini adalah untuk pengunjung beristirehat

sambil menikmati panorama taman rekreasi ini, permandangan

sekitar Tanjung Agas, keindahan Sungai Muar dan kesibukan

Bandar Maharani.

Page 14: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

14

3.3.2 Kawasan Komersial

Tertumpu kepada enam buah kios yang menjual makanan dan cenderahati.

Makanan yang dijual di sini berbentuk makanan yang ringan dan mudah

disediakan tanpa perlu dimasak di tapak. Sambil beristirehat, pengunjung

boleh menikmati juadah ringan.

3.4 REKABENTUK PELAN INDUK

Cadangan landskap kejur

Beberapa binaan dicadangkan untuk menaiktaraf kawasan Taman Rekreasi Tanjung

Agas.

1. Laluan pejalan kaki menggunakan ‘Pavement’

’Pavement’ yang bermotif dgunakan di sepanjang laluan

pejalan kaki di taman ini. Bermula dari pintu masuk

utama sehinggalah ke laluan pejalan kaki di persisir

sungai di kawasan masjid. Motif di atas ’pavement’ ini

adalah berbeza mengikut fungsi ruang. Motif pada laluan pejalan kaki pada laluan

masuk utama lebih menyerlah berbanding laluan pejalan kaki lain untuk

menonjolkan keutamaan bagi ’entrance’ dan ’sense of welcoming’.

2. Laluan pejalan kaki meggunakan ‘Imprint concrete’

Imprint konkrit yang bermotifkan flora turut digunakan

di sini iaitu untuk laluan pejalan kaki di kawasan ’wall

climbing’ dan ’refleksology and fitness station’. Laluan

pejalan kaki jenis ini digunakan untuk menghubungkan

satu wakaf ke wakaf yang lain. Cara pembuatan adalah

dengan cara meletakkan daun (sebaik-baiknya daun yang banyak terdapat di tapak)

pada konkrit sebagai acuan.

3. Laluan Refleksologi

Selain laluan pejalan kaki, terdapat juga laluan

refleksologi yang terletak di kawasan ‘fitness

station’. Laluan refleksologi ini baik untuk

kesihatan dan membantu proses pengaliran darah

manusia dengan baik. Jenis-jenis batu yang

digunakan juga adalah berbeza kumpulan

mengikut saiz yang bersesuaian dengan

fungsinya.

4. Wakaf

Rekabentuk wakaf di taman ini adalah berbeza daripada wakaf yang biasa terdapat

di taman rekreasi yang lain. Rekabentuk wakaf ini lebih moden dan kontem[porari

bersesuaian dengan konsep rekabentuk yang diketengahkan pada taman ini. Ia

dibina daripada kayu. Mempunyai empat sisi dinding yang dibina berbentuk

melengkung dan kayu-kayu disusun secara ram yang kekal. Di atas wakaf ini adalah

berbumbungkan perspek supaya ruang dalam wakaf ini akan lebih terbuka dan

kelihatan luas. Di atas perspek pula ditanam dengan pokok renek yang menjalar

sebagai ‘shading device’ dan menyerikan lagi wakaf tersebut.

5. Jambatan

Sebagai ‘linkage’ untuk menghubungkan

pejalan kaki dari kawasan riadah utama ke

kawasan menara tinjau dan pelantar teksi air.

Bahan binaan adalah daripada kayu yang

berkualiti tinggi.

Page 15: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

15

6. Kios

Terdapat enam buah kios ditempatkan di

sekitar plaza. Rekabentuk kios adalah lebih

kurang seperti wakaf tetapi agak tertutup

berbanding wakaf. Bahan binaannya pula

adalah daripada kayu yang disusun berbentuk

ram.

7. Tiang lampu

Rekabentuk lampu disini adalah ringkas

tetapi menarik, moden dan bermotifkan

mata. Disamping lampu-lampu utama

yang tinggi, terdapat juga lampu-lampu

‘spotlight’ yang rendah dan berada pada

permukaan laluan pejalan kaki dan pada

tangga-tangga di plaza dengan pelbagai

warna yang berbeza. Lampu-lampu jenis ini juga dapat menaikkan lagi seri dan

suasana taman terutama ketika waktu malam. Keadaan ini juga menjadikan taman

ini kelihatan hidup pada waktu malam jika di lihat dari Bandar Maharani.

8. Bollard berlampu

Diletakkan di depan laluan masuk untuk mengelakkan

penunggang motor atau basikal melepasi tahap laluan yang

ditetapkan. Selain itu ia juga digunakan di sepanjang laluan

pejalan kaki untuk memberi impak cahaya pada waktu malam.

Terdapat ‘bollard’ yang mudah-alih diletakkan di jalan yang

berhampiran dengan bulatan bagi memudahkan pengunjung

membawa bot persendirian mereka ke Sungai Muar.

9. Tong sampah

Diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan berdekatan

antara satu sama lain. Bahan binaan adalah daripada

konkrit. Motif yang digunakan juga adalah dari deria mata

pada pandangan atas.

10. Pergola

Pergola adalah salah satu elemen ‘sense of welcoming’ kepada taman ini terutama

di laluan masuk utama. Laluan berpegola ini dapat memberikan ‘feel’ yang berbeza

kepada pengunjung yang rasa lebih selamat dan selesa berbanding laluan pejalan

kaki yang terbuka. Bahan yang digunakan adalah dari konkrit dan kayu. Tiang

pergola ini diperbuat daripada konkrit manakala rasuknya menggunakan kayu.

Page 16: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

16

Cadangan landskap lembut Terdapat beberapa landskap lembut yang bersesuaian dengan keadaan tapak dan telah

dicadangkan sebagai hiasan utama. Berikut adalah senarai cadangan landskap lembut

yang disyorkan oleh kami :-

A) Hibiscus rosa-sinensis

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Hibiscus rosa-sinensis

2. Nama Keluarga Malvaceae : Hibiscus, Chinese rose, Japanese rose, Tropical

Hibiscus, Shoe Flower, Bunga Raya

4. Simbol

5. Kenyataan Tumbuhan ini memerlukan

penyiraman air yang kerap tetapi

mempunyai saliran yang baik.

Namun akar akan reput jika tanah

sentiasa lembab. Bunga akan

kuncup setelah beberapa hari

namun ia senantiasa berbunga

sepanjang tahun.

B) Livistonia (Livistona) chinensis

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Livistonia (Livistona) chinensis

2. Nama Keluarga Arecaceae/Palmae Chinese Fan, Pokok Palma

3. Simbol

4. Kenyataan Batang pokok boleh mencecah 15m

tinggi. Daun yang hijau pucat boleh

memanjang sehingga 1.5m. Mekar

kuning langsat dan tumbuh

mengikut kelompok dalam 5 hingga

6 kelompok.

C) Koelreuteria paniculata

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Koelreuteria paniculata

2. Nama Keluarga Sapindaceae, Golden Rain Tree, Varnish tree

3. Simbol

4. Kenyataan Pokok yang kaya

dengan bunga-bungaan

mempunyai bentuk yang

bulat dan rimbun.

Ketinggian dan

kelebarannya lebih

kurang 7-9m. Mudah

membesar mengikut

kesesuaian, ia

memberikan teduhan

yang bagus dan tiada

masalah serangga atau penyakit.

Page 17: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

17

D) Tabebuia pallida

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Tabebuia pallida

2. Nama Keluarga Bignoniaceae, White Tabebuia, Cuban Pink Trumpet Tree

3. Simbol

4. Kenyataan Biasanya mengeluarkan bunga

yang berwarna putih dan jarang

didapati. Ketinggian pokok yang

telah matang ialah antara 4.6m-

7.6m. Memerlukan cahaya

matahari yang penuh dan tanah

yang kering dan kurang lembab.

E) Casuarina equisetifolia

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Casuarina equisetifolia

2. Nama Keluarga Casuarinaceae, Australian pine, ironwood, horsetail, Rhu

3. Simbol

4. Kenyataan Pokok ini cepat membesar

terutamanya di Australia iaitu 5-10

kaki per tahun. Menjanjikan teduhan

yang selesa dan menghasilkan daun

yang tebal serta buah yang keras.

Dikelaskan sebagai tumbuhan

pantai.

F) Crinum pedunculatum

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Crinum pedunculatum

2. Nama Keluarga Amaryllidaceae, Swamp lily, River lily, Spider lily,Pokok lily

3. Simbol

4. Kenyataan Bunga teratai besar ini adalah serba

boleh dan tahan lasak. Ia boleh

ditanam di pelbagai keadaan

daripada matahari penuh hingga ke

tempat teduh atau selebihnya.

Sesuai ditanam di sekitar pantai, di

jalanan dan di dalam bekas.

G) Eugenia Papillose Duthie/ Eugenia Oleina

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Eugenia papillose Duthie/ Eugenia Oleina,

2. Nama Keluarga Myrtaceae, Pokok Kelat Paya

3. Simbol

4. Kenyataan Dijumpai di Malaysia 20 tahun yang lalu, spesis pokok ini

menarik perhatian dengan

warnanya. Daunnya

mengeluarkan warna oren

merah. Ianya mudah ditanam

dan membesar kerana sangat

sesuai dengan iklim Malaysia.

Biasanya ditanam di rumah,

taman dan di jalanan.

Page 18: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

18

H) Canna X generalis/ Canna Lily 'Tropicana'

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Canna X generalis /Canna Lily 'Tropicana'

2. Nama Keluarga Cannaceae, Canna Lily

3. Simbol

4. Kenyataan Bunga oren yang besar divariasikan

dengan warna merah gelap. Mudah

ditanam dan membesar. Bunganya

mengeluarkan bauan dan

mempunyai daun yang lebar seakan

pokok pisang.

I) Salix babylonica

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Salix babylonica

2. Nama Keluarga Salicaceae, Weeping willow, Salix elegantissima, Salix pendula,

Salix sieboldii, Chinese willow, Janda Merana, Dalu-dalu

3. Simbol

4. Kenyataan Tumbuhan ini boleh mencapai

ketinggian sehingga 30-50 kaki.

Lebarnya mencecah 20-40 kaki. Ia

mempunyai batang berkayu

berwarna perang- kelabu. Daun dan

dahan tumbuhan ini kelihatan

berjuntai. Memerlukan tanah yang

lembab tapi elakkan berdekatan

dengan air.

J) Canaga Odorata

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Cananga odorata

2. Nama Keluarga Annonace, Kenanga, Ylang Ylang, Canangium odoratum

3. Simbol

4. Kenyataan Tumbuhan ini boleh membesar dan mencapai ketinggian 30-

45 kaki. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini

berwarna hijau dan tersusun berselang seli serta berbentuk

bujur berukuran 7-23 cm

panjang dan 4-10 cm lebar.

Tumbuhan ini juga mempunyai

bunga berwarna kuning

kehijauan yang wangi serta

mempunyai 6 kelopak

K) Mimusops Elengi

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Mimusops Elengi

2. Nama Keluarga Sapotaceae, Spanish Cherry, Bakul tree, Pokok Tanjung

3. Simbol

4. Kenyataan Mengeluarkan bau yang wangi,

tinggi dari 5-15m. Batang pokok

kukuh, daun tebal dan kurang

gugur. Saiz daun yang kecil 5 -

16cm panjang. Berbentuk kanopi

besar dan akar yang kukuh.

Biasanya ditanam di sekitar

rumah, kawasan industri, tepi

jalan, taman, tasik, sungai dan

tempat letak kereta.

Page 19: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

19

M) Ravenala madagascariensis

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Ravenala madagascariensis

2. Nama Keluarga Strelitziaceae, Travellers palm, Pokok Pisang Kipas

3. Simbol

4. Kenyataan Walaupun pokok ini dipanggil palma namun ia bukan palma

sebenarnya. Mampu membesar sehingga 40 kaki tinggi,

sementara daunnya boleh tumbuh sehingga 15 kaki

panjang. Daun-daun disusun dalam satu cara berbentuk

kipas dan

mempunyai batang

pokok yang

pendek. Buah

berwarna putih dan

biru untuk

benihnya. Dalam

lipatan kipas ini, air

biasanya terkumpul

secara semulajadi. Hidup subur di bawah matahari penuh

dan tempat yang teduh. Tanah sepatutnya lembab dan

mempunyai saliran yang baik untuk hasil pertumbuhan

optimum.

L) Callistemon Viminalis (Bottlebrushes)

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Nama Saintifik Callistemon Viminalis (Bottlebrushes)

2. Nama Keluarga Myrtaceae, Bottlebrush, Berus Botol

3. Simbol

4. Kenyataan

Tinggi 15-20 kaki tetapi boleh

mencecah 30 kaki dalam

iklim tertentu. Lebar 15 kaki

dan proses pertumbuhan

yang cepat. Daun yang linear

panjang 6 inci dan selebar ¼

inci. Bunganya sepanjang 6

inci dan mekar selama 4

minggu. Bunga pokok ini kelihatan seakan-akan berus botol

susu.

Page 20: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

20

RU

JUK

AN

SIMB

OL B

ERD

ASA

RK

AN

CA

DA

NG

AN

LAN

DSK

AP LEM

BU

T

(SU

MB

ER

L : TOP

TRO

PO

LS.C

OM

)

Page 21: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

21

4.0 ANGGARAN KOS

Anggaran kos yang di buat adalah sebagai anggaran yang di ambil mengikut harga

semasa kini. Proses penganggaran ini turut di bantu oleh staf UTM yang mahir dalam

bidang tugas pengiraan kos bagi sesuatu projek landskap terutama bagi projek-projek

besar. Berikut adalah senarai anggaran kos yang telah dibuat :

Bil. Perkara Kuantiti Harga (RM)

Jumlah (RM)

1 Persediaan tapak 20,000 20,000

2 Landskap Kejur (Hardscape) a. Pintu Masuk Utama - 'Planter Box' 67.5 m² 50 3,375 - 'Entrance Gateway' 1 100,000 100,000 - Tempat Letak Kenderaan Awam 1800m² 75 135,000 b. Plaza - Plaza @ Ampitheater 1134.5m² 68 18,032 - Elemen Air Buatan 225.7m² 68 8,000 - 'Column Sculpture' 22 5,000 110,000 - 'Pedestrian' 706.5m² 68 17,593 - Kios 6 30,000 180,000 - Pergola 4 4,500 18,000 c. 'Wall Climbing' - 'Pedestrian' 132m² 68 2,871 - Peralatan 'Wall Climbing' 6 37,393 d. 'Reflexsology and Fitness Station' - 'Pedestrian' 478.4m² 68 10,406 - Reflexologi 78.6m² 70 5,502 - 'Fitness Station' 4.71m² 50 236 - Peralatan 'Fitness Station' 10 80,000 e. Kawasan Persisir Sungai - 'Pedestrian' + Trek Basikal 2080m² 68 45,241 - 'Planter Box' + Tempat Duduk 280m² 68 14,282 - 'Retaining Wall' 800,000 f. Taman Permainan Kanak-kanak 1 100,000 100,000 g. Jambatan Kecil 1 100,000 100,000 h. Menara Tinjau 1 710,000 710,000

i. Jeti Teksi Air - 'Pedestrian' 560m² 75 42,000 - Jeti 1 800,000 800,000 j. Pelantar Memancing 1 800,000 800,000 k. Wakaf 25 25,000 625,000 l. Bollard berlampu 40 500 20,000 m. Tiang Lampu 40 2,000 80,000 n. Tong Sampah 20 300 6,000

3 Lanskap Lembut (Softscape) a. Laluan Masuk Utama

- Eugenia Papillose Duthie/ Eugenia Oleina 30 100 3,000

- Casuarina equisetifolia 10 150 1,350

- Hibuscus Rosa Sinensis 'Cup Saucer' 283 5 1,420

- Ravenala madagascariensis 45 250 11,000

- Hibuscus Rosa Sinensis 'Francosea' 400 5 2,000

b. Plaza - Livistonia (Livistona) chinensis 24 250 6,000 - Callistemon Viminalis 46 150 6,600 - Cananga odorata 40 50 2,000 - Tabebuia pallida 21 150 3,150 c. 'Wall Climbing' - Salix babylonica 30 150 4,500 d. Reflexology dan 'Fitness Station' - Salix babylonica 15 150 2,250 - Cananga odorata 20 50 1,000 - Casuarina equisetifolia 4 150 600 e. Taman Permainan Kanak-kanak - Callistemon Viminalis 36 150 5,100 - Tabebuia pallida 15 150 2,250 - Casuarina equisetifolia 11 150 1,650 - Cananga odorata 65 50 3,250

Page 22: StudentProjectReportMuar.pdf

Laporan Cadangan Pembangunan Lanskap Taman Rekreasi Tanjung Agas, Muar_______________________________________________________________________________________________________

22

f. 'Pedestrian' Sepanjang Persisir Sungai

- Crinum pedunculatum 484 5 2,416 g. Menara Tinjau

- Canna X generalis/ Canna Lily 'Tropicana' 300 5 1,500

- Koelreuteria paniculata 3 150 450 h. 'Pedestrian' ke Jeti Teksi Air - Livistonia (Livistona) chinensis 22 250 5,500 i. Masjid - Mimusops Elengi 53 150 7,950

4 JUMLAH KESELURUHAN 4,963,867

JUMLAH KESELURUHAN= RM 4,963,867