suara anak merdeka

2
Suara Anak Merdeka Zaidin Abadi Setapak derap ini melangkah tidak mungkin berhenti lagi dan selagi itulah laung keramat ini saban musim bergema ke segenap relung bumi memantul dalam diri kerana derap dan laungan ini adalah benih kebebasan yang tumbuh membesar dan tidak mati-mati. Langkah demi langkah menginjak bumi merdeka ini menghirup angin bebas di puncak siang di hujung malam adalah sebenarnya langkah pejuang bagai jejak pendekar purba membela maruah bangsa tercinta. Kitalah anak warisan merdeka bangun mengibar panji-panji dengan suara lantang menggegar angin kebebasan dan berdiri megah di setiap sudut tanah bertuah ini bagai pagar-pagar berduri penghalang tombak-tombak petualang. Selagi darah ini mengalir dan merah bumi ini tidak mungkin dirampas ganas biar seribu gegaran menerjah biar sejuta taufan menyanggah kami tetap berdiri di sini, kerana kamilah anak pewaris zaman penebus maruah. Musim demi musim bertukar kami tabur lagi benih kasih di pesisiran ini biar tumbuh sejuta pohon rendang tempat berteduh segala kecintaan setia dan taat tak terbelah pada tanah bertuah.

Upload: eli-za

Post on 22-Oct-2015

88 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Suara Anak Merdeka

Suara Anak MerdekaZaidin Abadi

Setapak derap ini melangkahtidak mungkin berhenti lagidan selagi itulah laung keramat inisaban musimbergema ke segenap relung bumimemantul dalam dirikerana derap dan laungan iniadalah benih kebebasan yang tumbuhmembesar dan tidak mati-mati.Langkah demi langkah menginjakbumi merdeka inimenghirup angin bebasdi puncak siang di hujung malamadalah sebenarnya langkah pejuangbagai jejak pendekar purba membelamaruah bangsa tercinta.

Kitalah anak warisan merdekabangun mengibar panji-panjidengan suara lantang menggegar angin kebebasandan berdiri megahdi setiap sudut tanah bertuah inibagai pagar-pagar berduripenghalang tombak-tombak petualang.Selagi darah ini mengalir dan merahbumi ini tidak mungkin dirampas ganasbiar seribu gegaran menerjahbiar sejuta taufan menyanggahkami tetap berdiri di sini, keranakamilah anak pewaris zamanpenebus maruah.Musim demi musim bertukarkami tabur lagi benih kasih di pesisiran inibiar tumbuh sejuta pohon rendangtempat berteduh segala kecintaansetia dan taat tak terbelahpada tanah bertuah.

Kamilah bakal mengisi petak-petak nikmathasil jerih semangat perjuanganpeneroka zaman silam dan zaman inidan kamilah penerus kegemilanganyang diwariskan.

Page 2: Suara Anak Merdeka