sumber bacaan kesihatan

3
SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 37 tahun 2014 ( 7 – 13 September 2014 ) Sepanjang minggu ke 37 tahun 2014 iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 September, sejumlah 2,266 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat sebanyak 73 kes (3.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya 2,193 kes. Pada minggu lepas, sejumlah 12 negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Perak 31 kes (42.5%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 29 kes (34.5%), P.Pinang 26 kes (62%), Terengganu 26 kes (43.3%), Pahang 24 kes (60%), Selangor 12 kes (2%), Melaka 16 kes (37%), Johor 12 kes (10%), Sarawak 9 kes (23%), Sabah 6 kes (20%), Perlis 4 kes (100%) dan N.Sembilan 3 kes (6.5%). Dari Januari hingga 13 September 2014, jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 72,603 kes di mana berlaku peningkatan sebanyak 254% (52,096 kes) berbanding dengan hanya 20,507 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Bagi tempoh yang sama, sejumlah 136 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan diseluruh negara, berbanding hanya 43 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013, meningkat sebanyak 216 % (93 kematian). Terdapat tiga (3) kematian denggi dilaporkan pada minggu lepas iaitu berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, melibatkan wanita berusia 62 tahun, 28 tahun dan 42 tahun. Semua kes ini telah disahkan meninggal akibat komplikasi akibat demam denggi. Sehingga 13 September, sejumlah 592 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri iaitu 314 lokaliti di Selangor, 194 lokaliti di Kelantan, 26 lokaliti di Johor, 11 lokaliti di Terengganu, 11 lokaliti di Pulau Pinang, lapan (8) lokaliti di Pahang, lapan (8) lokaliti di Melaka, tujuh (7) lokaliti di Sarawak, lima (5) lokaliti di Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di Perlis, dua (2) lokaliti di Perak, dua (2) lokaliti di Sabah (2) dan masing-masing satu (1) lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kedah. Daripada jumlah ini,

Upload: cellpis

Post on 30-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

berkaitan kesihatan

TRANSCRIPT

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 37 tahun 2014 ( 7 13 September 2014 )Sepanjang minggu ke 37 tahun 2014 iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 September, sejumlah 2,266 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat sebanyak 73 kes (3.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya 2,193 kes. Pada minggu lepas, sejumlah 12 negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Perak 31 kes (42.5%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 29 kes (34.5%), P.Pinang 26 kes (62%), Terengganu 26 kes (43.3%), Pahang 24 kes (60%), Selangor 12 kes (2%), Melaka 16 kes (37%), Johor 12 kes (10%), Sarawak 9 kes (23%), Sabah 6 kes (20%), Perlis 4 kes (100%) dan N.Sembilan 3 kes (6.5%). Dari Januari hingga 13 September 2014, jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 72,603 kes di mana berlaku peningkatan sebanyak 254% (52,096 kes) berbanding dengan hanya 20,507 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013.Bagi tempoh yang sama, sejumlah 136 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan diseluruh negara, berbanding hanya 43 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013, meningkat sebanyak 216 % (93 kematian). Terdapat tiga (3) kematian denggi dilaporkan pada minggu lepas iaitu berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, melibatkan wanita berusia 62 tahun, 28 tahun dan 42 tahun. Semua kes ini telah disahkan meninggal akibat komplikasi akibat demam denggi.Sehingga 13 September, sejumlah 592 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri iaitu 314 lokaliti di Selangor, 194 lokaliti di Kelantan, 26 lokaliti di Johor, 11 lokaliti di Terengganu, 11 lokaliti di Pulau Pinang, lapan (8) lokaliti di Pahang, lapan (8) lokaliti di Melaka, tujuh (7) lokaliti di Sarawak, lima (5) lokaliti di Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di Perlis, dua (2) lokaliti di Perak, dua (2) lokaliti di Sabah (2) dan masing-masing satu (1) lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kedah. Daripada jumlah ini, terdapat 184 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu Kelantan (124), Selangor (58) dan Pulau Pinang (2).Ops Mega yang dilaksanakan sejak 14 Julai bersama dengan Kementerian yang lain telah menjalankan aktiviti bersepadu contohnya pemeriksaan ditapak binaan. Aktiviti bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya telah menjalankan pemeriksaan dan aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Seremban. Bagi tempoh 2 bulan sebanyak 546 tapak binaan telah diperiksa dan 131 daripadanya telah dikenakan kompaun kerana membiak Aedes. Nilai kompaun keseluruhan adalah berjumlah RM 65,500. Manakala 142 tapak binaan diarahkan tutup untuk pembersihan di bawah Sek 8 (1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit tahun 1975.Usaha bersepadu ini hendaklah diterjemahkan untuk pelaksanaan oleh agensi terlibat di peringkat negeri dan daerah. Tindakan komuniti menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes diperlukan secara berterusan, sehingga vektor pembawa penyakit dapat dihapuskan. Kementerian Kesihatan berharap semua agensi yang terlibat meneruskan kerjasama yang erat ini dalam membantu menangani kes dan wabak denggi dimasa hadapan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah membantu. Perangi Aedes Habis Habisan.DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAMMENTERI KESIHATAN MALAYSIA17 September 2014

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAHKetua Pengarah Kesihatan Malaysia

Share this:Kaedah Baru Cegah Denggi Susulan kemuncak penularan wabak denggi di seluruh negara, Kementerian Kesihatan kini mencuba kaedah baru. Antaranya, Bacillus Thuringiensis Israelensis atau lebih dikenali sebagai semburan BTI.