surat kebenaran masjid
DESCRIPTION
dwdTRANSCRIPT
Zul Ehsan Bin Muhamad
Zul Ehsan Bin Muhamad
Penyelaras Kem Ibadah 2015,
PPKI SK Sultan Omar,
23000 Dungun,
Terengganu.
Kepada:
En. Mokhtar
Pengerusi,
Masjid Assyalikin,
Kampung Sungai Udang,
23000 Dungun,
Terengganu.
AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh..
Tuan/ Puan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Ruangan dan Peralatan Masjid
Dengan segala hormatnya, saya Zul Ehsan bin Muhamad adalah Penyelaras Kem Ibadah 2015 PPKI SK. Sultan Omar Dungun ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk menggunakan Ruangan dan Peralatan Masjid Assyalikin, Kampung Sungai Udang untuk mengadakan Kem Ibadah Siri 1 2015 bagi murid PPKI SK. Sultan Omar Dungun. Untuk makluman tuan, pihak kami bercadang ingin menggunakan ruangan dan peralatan Masjid ini iaitu pada 10/3/2015 hari Selasa Jam 8.00 - 11.00 pagi. Antara peralatan kami perlukan adalah:
PA sistem
Projektor dan LCD
Kami berharap agar permohonan ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak tuan dan dengan ini kami mengucapkan jutaaan terima kasih.
Yang Benar,
( Zul Ehsan Bin Muhamad)
Penyelaras Kem Ibadah 2015,
PPKI SK Sultan Omar,
23000 Dungun,
Terengganu.
S.k Bahagian Pengurusan Masjid Pejabat Agama Dungun
S.k AJK Peralatan Masjid