surat pekeliling jqaf
DESCRIPTION
panduan pelaporan jqafTRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIABahagian Pendidikan IslamAras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,No. 2251, Jalan Usahawan 1,63000 CYBERJAYA,SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 603-8321 7200Faks : 603-8321 7201Laman Web : www.bpi.edu.myE-mel : [email protected]
CERTIFIED TO ISO 9001:2008CERT. NO : AR 4373
Ruj. Kami : KP(BPI) 5206/2/1/6/4/1 Jld.1(93)
Tarikh : 07 April 2014 M
06 Jamadil Akhir 1435H
PengarahJabatan Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Soalan PKSR Bahasa Arab dan Soalan PKSRJawi boleh dimuat turun di lawan web kami :- http://www.bpi.edu.my (pilih menu Muat
3. Pada tahun ini, semua sekolah dikehendaki melaksanakan Ujian KualitiBacaan Al-Quran kepada semua murid. Sila rujuk panduan pelaksanaan Ujian KualitiBacaan di Lampiran 1.
4. Takwim pelaksanaan PKSR Bahasa Arab, Jawi dan Ujian Kualiti Bacaan Al-Quran adalah seperti di Lampiran 2.
4. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihaksekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.
5. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam hal ini amat dihargaidan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ABDULLAH BIN MD DIN)PengarahBahagian Pendidikan IslamKementeriaan Pendidikan Malaysia
Turun) kata laluan untuk membuka fail PKSR (sila rujuk pegawai meja di JPN).
KP(BPI) 5206/2/1/6/4/1 Jld.1(93) LAMPIRAN 1
PANDUAN UJIAN KUALITI BACAAN AL-QURAN
1. PENILAIAN
Penilaian bacaan al-Quran perlu dilakukan kepada murid bagi mengesahkan penguasaan
bacaan murid dan direkodkan oleh guru PI dan guru j-QAF. Laporan penilaian
hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al- Quran seperti yang
disediakan oleh pihak KPM. Laporan penilaian yang telah dilengkapkan hendaklah difailkan
untuk simpanan.
Kualiti bacaan seseorang murid dinilai berdasarkan aspek bacaan berikut:
POTONGAN MARKAH PERKARA YANG DINILAI
40 39 38 37 36 35 34 33 32 31
i. Berulang-ulang
menyebut kalimah yang
sama
ii Menyalahi makhraj dan
sifat huruf.
iii Bertukar-tukar kalimah.
iv Wajibul Ghunnah,
Makhraj dan Sifat Huruf,
v. Hukum Mim, Nun
Sakinah,
vi. Mad dan Qalqalah.
Catatan: Pemotongan
hendaklah mengambil kira
kemahiran yang ada di dalam
Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran.
30 29 28 27 26 25 24 23 22 21
20 19 18 17 16 15 14 13 12 11
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Markah Keseluruhan
Catatan :
i. Potongan dibuat bermula dari angka 40 (contoh pemotongan 40)
ii. Setiap satu kesalahan dipotong satu markah.
iii. Setiap kesalahan yang berulang dipotong satu markah sahaja.
Apabila menggunakan elemen dalam perkara yang dinilai, guru perlu mengambil kira
keupayaan murid di sekolah rendah, tidak disamakan dengan keupayaan murid sekolah
menengah atau orang dewasa.
Bagi murid yang masih membaca Iqra’ penetapan markah kualiti bacaan adalah seperti julat
markah dalam jadual berikut :
BIL KUALITI BACAAN MARKAH TAHAP BACAAN MURID
1 IQRA’ 1 1-3 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 1
2 IQRA’ 2 4-6 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 2
3 IQRA’ 3 7-10 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 3
4 IQRA’ 4 11-12 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 4
5 IQRA’ 5 13-15 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 5
6 IQRA’ 6 16-19 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP IQRA’ 6
7 AL-QURAN 20-40 BACAAN SEBENAR MURID DI TAHAP AL-QURAN
KP(BPI) 5206/2/1/6/4/1 Jld.1(93) LAMPIRAN 2
TAKWIM PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAHPROGRAM j-QAF TAHUN 2014
* Soalan boleh dimuat turun dari portal Bahagian Pendidikan Islam di alamatwww.bpi.edu.my
PENGGAL SATU
PERKARA TARIKH
Soalan dimuat naik ke Portal BPI* 21 April 2014
Ujian Lisan Bahasa Arab / Ujian KualitiBacaan Al-Quran
Mulai 5 Mei 2014
Ujian Bertulis 20 Mei 2014
PENGGAL DUA
PERKARA TARIKH
Soalan dimuat naik ke Portal BPI* 1 September 2014
Ujian Lisan Bahasa Arab / Ujian KualitiBacaan Al-Quran
Mulai 22 September 2014
Ujian Bertulis 14 Oktober 2014