surivanty binti azman - unimas institutional repository misteri jin, hantu, keranda dan...universiti...
TRANSCRIPT
t`,..: , ý, 1, ýý
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
NIMýIIflIIpNIIINIIIN 1000166359
PAMERAN MISTERZ JIN, HANTU, KERANDA DAN... YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA MUZIUM SELANGOR, KAJIAN DARI ASPEK PENGURUSAN PEROLEHAN SUMBER DI DALAM
MENJAYAKAN PAMERAN YANG DIJALANKAN.
SURIVANTY BINTI AZMAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL: PAMERAN MISTERI JIN, HANTU, KERANDA DAN ... YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA MUZIUM SELANGOR, KAJIAN DART ASPEK PENGURUSAN PEROLEHAN SUMBER DI DALAM MENJAYAKAN PAMERAN YANG DIJALANKAN.
SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004
Saya SURIYANTY BINTI AZMAN
mengaku membenarkan tesis/ Laporan *ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan(mengandungi maklumat yang berdarjah
SULIT keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Qvý ý-%
Tanda4ý PenulisTarikh: ) ti bprýý ; L-cc,I
Alarnat Tetap: No. 16 Lorong T ý, riang Makmur 1, Taman Triam; Makmur, 28300 Triang, Pahang Darul Makrour.
Disahkan
Tandatangan Penyelia Tarikh: 2, ll PP-A, --tl ýc ý
Catatan: *Tcsis! Laporan dinmksudkan schagai tcsis hagi Ijarth Doktor Palsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tcsis Laporan im SUI-IT atau TERIiAD, sila lampirkan surat daripada pihak hcrkuasa organisasi hcrkcnaan dcngan mcnyatakan sckali schab dun tcmpoh tcsis laporan im pcrlu dikclaskan schagai SULIT atau TERI IAD
ii
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pameran Misted Jin, Hantu, Keranda Dan... yang dianjurkan oleh
Lembaga Muzium Selangor, kajian dari aspek pengurusan perolehan sumber di dalam
menjayakan pameran yang dijalankan telah disediakan oleh Suriyanty Binti Azman dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk
Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
y(Pn Noria Tugang)
Tarikh:
111
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya telah berjaya
menyempurnakan latihan ilmiah ini. Pelbagai halangan telah dihadapi namun alhamdulillah,
semuanya telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat
penyelia saya Pn Noria Tugang yang telah banyak memberikan teguran , tunjuk ajar, nasihat
dan memberi layanan yang cukup baik bagi saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga
kepada semua pensyarah pengurusan seni yang telah memberikan nasihat dan teguran
disepanjang minggu perbentangan dari awal menjalankan kajian sehingga akhir. Sernoga
sentiasa dilindungi olehNYA dan berjaya hendaknya.
Buat mak dan ayah yang tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S. W. T, segala
kasih sayang yang dicurahkan tidaklah dapat dibalas oleh anakanda, terima kasih di alas
segala bantuan, pedoman dan ketabahan dalam mendidik anakanda im. Segala jasa mak dan
ayah tidak akan anakanda lupai, malah ia akan menjadi semangat untuk anakanda terus
berjaya.
Selain itu, tidak lupa juga buat seniua kakitangan Lembaga Muzium Selangor (LMS)
yang telah terlibat dan memberi banyak bantuan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini,
iv
terutamanya Encik Mahadi dari Unit Perolehan Koleksi. Tanpa maklumat dan kerjasama
yang diberi kajian ini tidak dapat dijalankan denganjayanya.
Seterusnya, buat rakan-rakan sekelas yang turut sama membantu semasa saya
menjalankan kajian. Semoga kita semua akan sama-sama mencapai kejayaan yang gemilang
dan menjadi anak seni yang kreatif, berinovasi dan berwawasan.
Tidak lupa juga rakan-rakan lain yang telah banyak memberikan bantuan kepada
saya, iaitu Mohd Zairi dan Zefri Effendi. Bantuan yang diberikan amatlah saya hargai.
Akhir kata salam sayang buat semua yang telah banyak memberikan dorongan,
bantuan, pendapat dan semangat kepada saya. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat
sebarang kesilapan yang telah dilakukan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Yang baik
datangnya dari Allah S. W. T dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan diri saya sendiri.
Jasa kalian amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
V
t°irSat hhldrnat , tilasctuniai Akadem UNIVERSITI MALAYSIA SARAW. k
Q431}(1 Kota SstmaraharR
Isi Kandungan
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
ABSTRACT
BAB 1: PENGENALAN
iii
iv - v
vi - x
XI
XII
1.1 Pengenalan 2
1.1.1 Sejarah Muzium Sultan Alam Shah 3-4
1.1.2 Bahagian Pameran 15-6
1.1.3 Bahagian Unit Perolehan Koleksi 6
1.2 Definisi
1.2.1 Definisi Muzium
1.2.2 Definisi Hantu, Jin Dan Keranda
1.3 Objektif Kajian
1.4 Hipotesis
1.5 Skop kajian
1.6 Pemasalahan kajian
1.7 Kepentingan kajian
7-8
9-11
12
13
14
15
16
vi
1.8 Kesimpulan 17
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Kaitan Dari Segi Asal Usul Jin Dan Hantu 20 - 26
2.21 Haron Daud. (2001). Manteru Melayu: Analisis
Pemikiran. Pulau Pinang: Laporan Penyelidikan
Universiti Sains Malaysia.
2.2.2 Sheikh Wahid Abdus Salam. (1996). Jin Dan
Syaitan Serta Penvakit Aki hat Sihir: Panditan
Mencegah Dan Merawatnvu. Kuala Lumpur.
2.3 Kaitan Dari Segi Pengurusan Muzium 27 - 33
2.3.1 Moore, K. (1994). Introduction: Museum
Management. London: New York.
2.3.2 Fahy, A. (1995). Collection Management. London:
Routledge.
2.3.3 Md. Redzuan Turnin. (2004, September). (n. d).
Universiti Orang Kampung. Fokus: Dewan
Budaya. 17-21.
vii
2.4 Kaitan Dari Segi Pengurusan Projek 34 - 39
2.4.1 Young, T. L. (1996). The Handbook Of Project
Management: A Practical Guide To Effective Policies
And Procedures. London: Pentonville Road.
2.4.2 Maylor, H. (1996). Project Management. London:
Long Acre.
2.4.3 Bratton, J. and Gold, J. (Eds). (1994) Human
Resource Management: Theory And Practice.
London: British Council Library.
2.5 Kesimpulan 40
BAB 3: METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Lokasi kajian
3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer
3.3.1.1 Kaedah Kualitatif
3.3.1.2 Kaedah Kuantitatif
3.3.2 Data Sekunder
3.4 Populasi
3.5 Persampelan
42
43-44
45
46
46 - 47
47
48 - 49
50
51
viii
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Limitasi Kajian
3.8 Kesimpulan
BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
52
53
54
4.1 Pengenalan 56 - 57
4.2 Penganalisaan Data
4.2.1 Borang Soal Selidik 58 - 71
4.2.1.1 BAHAGIAN A : KERJASAMA
4.2.1.2 BAHAGIAN B : SAMBUTAN
4.2.1.3 BAHAGIAN C : MATLAMAT LMS
4.2.1.4 BAHAGIAN D : KOLEKSI
4.2.1.5 BAHAGIAN E : PERANAN LMS
4.2.2 Temuduga
4.2.2.1 Sambutan Pengunjung Terhadap Pameran
4.2.2.2 Koleksi Parneran
4.2.2.3 Strategi Yang Digunakan Oleh LMS
4.2.2.4 Tujuan Dan Peranan LMS
4.2.2.5 Masalah Yang Dihadapi Oleh LMS
4.2.2.6 Perbadanan Atau Organisasi Lain Yang
Memainkan Peranan
72 - 78
4.2.3 Pemerhatian 79 - 81
ix
4.3 Kesimpulan
BAB 5: CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
82 - 83
5.1 Pengenalan 85
5.2 Rumusan 86 - 87
5.3 Cadangan
5.3.1 Memberi kefahaman kepada masyarakat peranan
yang dibawa oleh LMS
5.3.2 Mengadakan seminar
88 - 90
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 91 - 92
5.5 Kesimpulan 93 - 94
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
LAMPIRAN
X
ABSTRAK
Pengurusan Perolehan Sumber penting dalam menjayakan pameran. la dilakukan oleh Unit
Perolehan Koleksi yang bertanggungjawab mengambil dan memulangkan setiap koleksi yang
dipinjam ataupun disewa serta membuat pendaftaran terhadap setiap koleksi yang keluar
masuk dari muzium. Begitu juga dengan pengurusan perolehan sumber yang dibuat terhadap
pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda &... bersama kurator terlibat yang diadakan di Muzium
Sultan Alam Shah (MSAS) anjuran Lembaga Muzium Selangor (LMS) bersama-sama
Muzium Nurul A'Ala yang mempamerkan 100 artifak berkaitan jin dan hantu.
X1
ABSTRACT
Acquisition management is very important to the success of an exhibition. This is done by the
collection acquisition unit which is responsible for taking and returning each collection
which has been borrowed and rented from the museum and registed in the collection. So it is
with the acquisition management done for the exhibition of'Misteri Jin, Hantu, Keranda &...
jointly with curator held at the Sultan Alum Shah Museum and orguni: ed by the Selangor
Museum Board in cooperation with Nurul A 'Ala Museum to display 100 artifacts related to
ghosts and genies.
xii
BAB SATU
BAB 1:
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Bab 1 adalah merupakan bab yang menjelaskan tentang bahagian
pengenalan dalam penyelidikan yang dilakukan. Dalam bahagian im, pengkaji
akan menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan pameran Misteri Jin, Hantu,
Keranda Dan ... yang telah dianjurkan oleh Lembaga Muzium Selangor (LMS) di
Muzium Sultan Alam Shah (MSAS), Shah Alam. Selain itu, pengkaji akan
memuatkan juga serba sedikit tentang kepentingan Unit Pengurusan Perolehan
Koleksi di MSAS, bahan pameran yang dipamerkan, tujuan pameran diadakan
clan akan menyentuh juga berkenaan dengan sejarah MSAS.
2
1.1.1 Sejarah Muzium Sultan Alam Shah
Lembaga Muzium Selangor (LMS) terletak di dalam Muzium Sultan Alam
Shah (MSAS) yang bertempat di Pusat Bandar Shah Alam Selangor di Jalan
Persiaran Bandaraya dan telah dibuka dengan rasminya pada 02 September 1989.
Pembukaannya telah dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Alhaj yang merupakan Sultan Selangor pada ketika itu.
Nama MSAS adalah bersempena dengan nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu
Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
MSAS merupakan sebuah muzium yang mempunyai tujuh balai parneran
tetap yang memaparkan pelbagai koleksi dan artifak berkaitan dengan sejarah,
budaya dan warisan ilmu kejadian di Negeri Selangor, balai tersebut ialah Balai
Sejarah, Balai Ilmu Kejadian, Balai Sukan, Balai Islam dan Balai Kebudayaan.
Walau bagaimanapun dua balai iaitu Balai Kesultanan dan Balai Menteri Besar
telah ditutup kepada orang ramai atas sebab kerja-keija naik taraf sedang
dilakukan. MSAS mempunyai tiga buah muzium daerah yang berada di bawahnya
iaitu Muzium Tanah di Gedung Raja Abdullah Klang, Muzium Daerah Sabak
Bernam dan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.
3
LMS diwujudkan atas dasar lima objektif utama seperti yang berikut:
" Mengenalpasti dan mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan warisan
sejarah, kebudayaan, alam kemanusiaan dan alam semulajadi. Pengumpulan
bahan-bahan yang dibuat ini telah dijalankan dalam pelbagai cara antaranya: -
i. Pungutan dengan cara sengaja atau tidak sengaja.
ii. Pembelian dari pelbagai sumber.
iii. Pinjaman secara tetap atau sementara.
iv. Hadiah atau sumbangan.
v. Kerja-kerja lapangan (Ekskavasi).
" Menjalankan penyelidikan dan kajian secara terperinci mengenai sejarah,
kebudayaan, alam kemanusian dan alam semulajadi.
" Memulih dan memelihara secara sistematik dan saintifik warisan sejarah
(termasuk tanah, tapak tanah dan monumen bersejarah), warisan budaya dan
warisan semulajadi.
" Mendokumentasikan dan mempublisitikan hasil-hasil seperti tanah, tapak
tanah dan monumen bersejarah secara sisternatik.
" Menjadt pusat sumber rujukan dan sebagai satu prasarana dalarn bidang
industri pelancongan.
4
1.1.2 Bahagian Pameran
Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda dan ... telah diadakan di tingkat B I
Muzium Sultan Alam Shah (MSAS) selama tiga bulan bermula pada harf Selasa 4
Julai 2006 sehingga 4 Oktober 2006 adalah merupakan anjuran Lembaga Muzium
Selangor (LMS) dengan kerjasama Muzium Nurul A'Ala yang diasaskan oleh
Encik Safuan Abu Bakar. Selain itu, terdapat juga perbadanan dan organisasi lain
yang terlibat secara tidak langsung iaitu antaranya seperti Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor (S. U. K), Jabatan Polls, Jabatan Muzium Malaysia (JMM),
Lembaga Pelancongan Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti
Selangor, Muzium Polls dan individu pemilik barangan mistik.
Pameran ini adalah khusus berkaitan dengan Jin, Hantu, Keranda dan
sesuatu yang aneh serta jarang diperoleh dan ditemui oleh manusia. Ketiga-tiga
komponen seperti jin, hantu dan keranda ini sentiasa menakutkan perasaan
manusia secara langsung atau tidak langsung sama ada yang kita sedan mahupun
tidak. Namun umumnya, masyarakat kita gagal memahami dan mengetahui
tentang ketiga-tiga perkara ini terutamanya yang berkaitan dengan sihir dan hantu.
Antara makhluk yang diparnerkan adalah kumpulan jin seperti Jenglot Jantan,
Jenglot Betina dan Jenglot Ular, jin yang ditangkap di dalam botol, jin yang
didakwa ditangkap ketika sedang meniduri wanita, Nyai Blorong (kepala inanusia
berbadan ular) dan Ikan Duyung yang telah ditangkap oleh Safuan bersama
kumpulannya dari sebuah tasik di Jawa Tengah Indonesia.
5
Tujuan pameran ini diadakan adalah sebagai satu usaha untuk memberikan
informasi yang lebih bersifat ilmiah kepada pelawat yang berkunjung ke pameran
berkenaan dengan hal-hal yang melibatkan sihir, keranda dan kewujudan hantu.
Selain itu, pameran ini turnt menambahkan pengetahuan, pengalaman dan
memberikan kesedaran bagaimana ilmu hitam atau lebih dikenali sebagai sihir ini
dapat menyesatkan akidah dan akhlak manusia. Secara tidak langsung dapat
mendidik pelawat bahawa pentingnya kembali dan berpegang teguh kepada ajaran
agama.
1.1.3 Bahagian Unit Perolehan Koleksi
Dalam menjayakan sesebuah pameran di muzium, Unit Perolehan Koleksi
atau sumber memainkan peranan yang penting, bahagian mi akan
bekerjasama dengan kurator dan bahagian yang bertanggungjawab menjalankan
pameran bagi memperolehi koleksi sebagai bahan pameran, mi kerana bahagian
ini secara tidak langsung bertanggungjawab dalarn pengambilan, penerimaan,
penghantaran dan pendaftaran koleksi yang dipinjam mahupun disewa. Bukan itu
sahaja, bahagian ini. juga turut bertanggungjawab memastikan sernua koleksi telah
didaftarkan dan rekod tersebut berada dalam data simpanan muziurn di bawah
simpanan dan penyeliaan bahagian im, bagi memastikan tiada sebarang masalah
yang akan timbul apabila tibanya proses penghantaran dan pernulangan koleksi
selepas pameran selesai.
6
1.2 Definisi Muzium
Muzium adalah merupakan salah satu badan atau organisasi yang
memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara khazanah
warisan budaya dan bangsa untuk dipamerkan kepada ganerasi baru dan juga
dipamerkan kepada masyarakat luar. la juga merupakan satu tempat untuk
menyimpan koleksi-koleksi barangan lama yang hampir pupus seperti artifak
yang ditemui kembali.
Menurut Kamus Dewan, muzium adalah merupakan "bangunan untuk
menyimpan, memelihara, mengkaji atau mempamerkan objek-objek yang
mempunyai nilai sejarah, seni dan saintifik" (Kamus Dewan Bahasa Dan
Pustaka Edisi Ketiga, 2002: 914).
Menurut satu sumber yang diperoleh daripada laman web pula
menyatakan "ICOM pada Mesyuarat Agongnya pada tahun 1974
menggariskan defanisi Muzium sebagai `Institusi bersifat tetap, tidak
mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan
perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi merawat,
menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan
dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitaran. "
(hup:; wNk'w. muziumsarawak/delinisimulium. htm)
7
Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa muzium
adalah merupakan satu badan atau organisasi yang menyimpan pelbagai khazanah
warisan masyarakat. la bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja
tetapi turut merangkumi pelbagai aspek termasuklah dalam mengekalkan dan
memulihara khazanah dan warisan negara seperti bahan arkeologi, monumen dan
tapak tanah bersejarah. Selain memainkan peranan dalam mempamerkan artifak,
muzium juga digunakan untuk tujuan hiburan dan pendidikan.
Daripada sumber yang diperoleh daripada laman web yang sama turut
menjelaskan bahawa "Perkataan `Muzium' yang diguna pakai pada masa kini
dipetik dari perkataan Inggeris. Bagaimanapun `Museum' dalam bahasa
Inggeris adalah berasal dari perkataan Yunani `Mouseion' yang membawa
maksud rumah suci `MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi
lambang ilmu dan kesenian. "(http: //www. muZiumsaraNN'ak/dclinisimuziuin. htm)
Menurut sumber tersebut, istilah muzium yang telah digunapakai pada han
mi adalah merupakan perkataan yang telah diambil daripada istilah bahasa
Inggeris iaitu `Museum'. Perkataan im, sebenarnya adalah merupakan perkataan
yang berasal daripada perkataan Yunani `Mouseion' yang membawa maksud
rumah suci atau dikenali juga sebagai `MUSE' yang membawa maksud tuhan atau
kumpulan sembilan dewi lambang ih-nu dan kesucian.
8
1.2.2 Definisi Hantu, Jin Dan Keranda
Apakah jin, hantu dan makhluk halus?, masyarakat umum tidak
mengetahuinya, baik kejadian dan juga wujudnya jin dan hantu. Tanpa disedari
komponen-komponen inilah yang berada bersama-sama kita di dunia ini. Apakah
benar hantu itu adalah sihir dari jin? Dan mengapakan jin dan hantu sering
menjadi tanda tanya. Hal-hal inilah yang dikupas dan diparnerkan di dalarn
pameran yang diadakan oleh MSAS.
Menurut Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia
"kewujudan hantu dipercayai oleh hampir semua umat manusia yang
mempercayai adanya tuhan. Secara umumnya, hantu merujuk kepada
kehidupan selepas kematian yang dikaitkan dengan jiwa atau roh yang
meninggalkan badan. Namun definisi adalah berbeza mengikut agama,
peradapan mahupun adat istiadat. "
Menurut behau lagi, "dalam islam hantu dikelompok sebagai jin yang
mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin dan
jin dikenali sebagai makhluk halus yang tinggal di alam lain. Bagaimanapun,
kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia kerana terdapatnya jin yang
membuat hubungan dengan manusia dan patuh terhadap manusia dengan
tujuan menyesatkan manusia dan merosakkan akidah serta hubungan sesama
manusia. Perhubungan ini dikenali sebagai `SAKA
(hum, ! id. \\ikipedia. org, wiki''I latuu).
9
Manakala menurut petikan dari laman web Fauzynm dalam siri satu yang
bertajuk "Mengenali Alam Jin" telah menyatakan bahawa "jin berasal dari Jan
(bapak jin) dan gelaran Azazil. Jin yang diciptakan dari api biru dan telah
beramal selama puluhan ribu tahun" selain itu, menurut laman web ini jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan"Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Manakala Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam ). Bentuk jin, Jin
adalah makhluk yang paling hodoh atau buruk, berbeza dengan manusia,
cantik dan lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan
jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai
sebarang bentuk malah manusia. (hup: //www. fäuz ni Y 11. t1"ipod. com).
Menurut sumber yang diperolehi dari laman web Fauzymn ini
menjelaskan bahawa asal usul jin adalah dari bapa jin iaitu Jan dan dikenali
dengan gelaran Azazil yang diciptakan daripada api biru dan telah beramal selama
beribu-ribu tahun. Sumber ini juga turut menjelaskan berkenaan dengan jenis jin
yang terdapat di muka bumi dan keadaan rupa bentuk jin yang hodoh dan boleh
menyerupai dalarn pelbagai bentuk . termasuklah manusia.
Keranda tidak dapat dipisahkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan
kematian dan penguburan. Keranda adalah satu bentuk media, tempat, alat dan
pengangkutan yang digunakan untuk rneletakkan jenazah dan membawanya ke
destinasi yang terakhir di dunia iaitu perkuburan. Secara global keranda
10
mempunyai pelbagai bentuk tetapi tetap mempunyai satu fungsi. Kepelbagaian
dan variasi bentuknya bergantung kepada perbezaan agama, ras dan juga wilayah
(Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga, 2002).
11
1.3 Objektif Kajian
Secara umumnya, objektif kajian adalah bertujuan bagi memperlihatkan
sejauhmana bahagian pengurusan perolehan sumber ini dapat membantu dalam
menjayakan pameran yang diadakan bersama-sama dengan pihak yang terlibat
dalam pelaksanaannya serta pihak yang telah bekerjasama.
Selain itu juga tujuan kajian dibuat adalah untuk mendapatkan informasi
clan maklumat berkenaan dengan bahagian pengurusan perolehan sumber dalam
memperoleh bahan untuk dijadikan sebagai koleksi semasa sesuatu pameran
diadakan. Di samping mengetahui tentang langkah-langkah yang digunakan oleh
Lembaga Muzium Selangor (LMS) bagi memperoleh sumber-sumber dari
peringkat awal perancangan pameran dibuat sehinggalah kepada pameran beijaya
dijalankan.
Objektif khusus bagi kajian yang dijalankan ini adalah bagi
mendalamkan dan menambahkan lagi pernaharnan serta pengetahuan tentang
pengurusan yang telah dilakukan LMS bagi mendapatkan bahan-bahan dan
sumber-sumber yang diperlukan dalam menjayakan pameran yang dijalankan.
Seterusnya pengkaji juga berharap agar kajian yang telah dilakukan ini akan
dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh generasi yang akan datang agar
mereka dapat mengetahui bagairnana cara pengurusan perolehan sumber
dilakukan sebelum sesebuah pameran dijalankan oleh pihak penganjur.
12