sut of sejarah

Upload: justin-chan

Post on 15-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

look sisa lsie la tiesto remis lets goooo! hahaha no jk I love u

TRANSCRIPT

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    1/13

    Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7

    1. Pengenalan/Latar belakang sistem demokrasi berparlimen...Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah

    diperkemaskan.

    ...sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan

    sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

    ...Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

    ...Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.

    ...Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai

    pemerintah tertinggi negara dan negeri.

    ...Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

    ...Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan

    sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

    ...Demokrasi berparlimen brmaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahannegara.

    ...Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat

    ...Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

    ...Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.

    ...Rakyat berhak menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui

    pilihan raya.

    ...Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi

    berparlimen di Malaysia.

    ...Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran denganperkembangan politik semasa.

    ...Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan

    stabil.

    [15x1m][Maksimum:5 markah]

    2. Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen(a)Perlembagaan...Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi jyang menjadi asas kepada

    pembentukan sesebuah kerajaan.

    ...Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara

    ...terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk

    melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

    ...Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang

    terkandung di dalamnya.

    ...Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September,1963 yang mempunyai 183

    perkara.

    ...perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan

    Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.

    ...Institusi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri,dan Badan Kehakiman.

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    2/13

    ...Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan

    Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara

    persekutuan.

    ...Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan

    tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.Keluhuran Perlembagaan

    ...Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.

    ...Bukti keluhuran perlembagaan (ketertinggian perlembagaan Malaysia)

    ...Kuasa Parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan Agong,kuasa perundangan dan kebebasan

    asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan.

    ...Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.

    ...Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

    ...Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah

    Menteri dan mahkamah.

    ...Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah

    tidak tidak sah.

    ...Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara

    75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan dengan dengan

    Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

    ...Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan

    akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan

    Perlembagaan Malaysia.

    ...Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin

    keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.Kepentingan Perlembagaan

    ...Menentukan rangka dan bentuk kerajaan.

    ...Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan

    bentuk pentadbirannya.

    ...Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan,kejujuran,ketelusan,serta

    kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

    ...Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya

    menepati kehendak perlembagaan dan dan aspirasi rakyat.

    ...Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negarasupaya semangat patriotism dapat dibentuk.

    ...Perkara 24,Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai

    kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.

    ...Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya

    jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

    ...Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air

    untuk mengekalkan identity negara dan bangsa Malaysia.

    ...PerlembagaanMalaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.

    ...Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-

    undang.

    ...Menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    3/13

    ...Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan

    Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu

    dan bumiputera Sarawak dan Sabah.

    ...Hak istimewa ini termasuk pemberian jawatan dalam perkhidmatan

    awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lessen perniagaan danperdagangan.

    ...Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya

    pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

    ...Menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama.

    ...Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan

    bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

    ...Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan

    dan Negeri utuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa

    sebarang perbalahan.

    ...Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh

    bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    ...Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan.

    ...Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan

    bumiputera d Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.

    ...Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan

    Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

    ...Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan

    kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah

    menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan,kesihatan danperkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

    Pindaan Perlembagaan

    ...Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi

    kepentingan rakyat.

    ...menjaa keselamatan negara

    ...melicinkan urusan pentadbiran negara.

    ...pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan

    kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

    ...bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahanberaja,agama Islam,kedudukan bahasa Melayu,hak istimewa orang Melayu.

    ...Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang

    individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitive

    yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.

    ...Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian

    masyarakat berbilang kaum di negara kita.

    ...Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-

    Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

    [50x1m][Maksimum:10 markah]

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    4/13

    (b)Raja Berpelembagaan...Maksud Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan

    dalam Perlembagaan Malaysia.

    ...Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957

    ...Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara.

    ...simbol keutuhan perpaduan rakyat.

    ...Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat

    Perdana Menteri.

    ...Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri

    kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat

    keputusan.

    ...Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu

    daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir.

    ...Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan

    Malaysia.

    ...Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

    ...Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu Badan

    Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)

    ...Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong

    berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang

    dibicarakan oleh Mahkamah tentera.

    ...Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa

    orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan

    mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaanRaja-Raja Melayu.

    ...Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda

    sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

    ...Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana

    Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri

    dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

    ...Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah

    Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.

    ...Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahliPerkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

    Perkhidmatan Awam.Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang

    Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi

    untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.

    ...Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia

    sehingga kini,

    ...Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di

    samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang

    dinaungi oleh raja.

    [19x1m][Maksimum:10 markah]

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    5/13

    (c)Kuasa Pemerintahan...Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep

    pengasingan kuasa.

    ...Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan

    Pelaksana,dan Badan Kehakiman....Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasinagan untuk mengelakkan

    pembolotan kuasa.

    Badan Perundangan

    ...Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan

    yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.

    ...Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan

    dan kesejahteraan rakyat.

    ...Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-

    undang di Malaysia.

    ...Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.

    Dewan Negara

    ...Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan

    negara kita.

    ...Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah

    negeri,iaitu dua orang setiap negeri.

    ...Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN

    ...Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

    ...40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang

    telah member sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional

    atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau

    yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.

    ...Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan

    raya.

    ...Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun

    ...Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun

    ...Taraf senator sama dengan ahli Parlimen

    ...Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

    Dewan Rakyat

    ...Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam

    pilihan raya umum.

    ...Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di

    seluruh negara.

    ...Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun

    ...Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada

    peringkat Dewan Rakyat.

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    6/13

    ...Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta

    ...Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen

    ...Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah

    dinamakan Ordinan

    Badan Pelaksana (Eksekutif)

    Kabinet(Jemaah Menteri)

    ...Jemaah Menteri,atau cabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

    ...Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara

    ...Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam

    semua perkara.

    ...Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

    Kementerian

    ...Perdana Menteri,atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa

    kementerian.

    ...Setiap kementerian bertnggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan

    menyelaraskan program pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita.

    ...Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua

    perkara

    ...Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan

    Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.

    ...Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal

    sebagai Menteri Tak Berportfolio

    ...Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.Perkhidmatan Awam

    ...Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang

    bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.

    ...Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha

    Kementerian.

    ...Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai

    kumpulan pegawai perkhidmatan awam.

    ...Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang

    ditetapkan oleh kerajaan.Jabatan Kerajaan

    ...Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah

    ...Sesebuah Kementerian pada kebiasaannyamempunyai jabatan pada peringkat

    pusat,negeri dan daerah.

    Badan Berkanun

    ...Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi

    tertentu

    ...Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri

    ...Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada

    Menteri yang berkenaan

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    7/13

    ...Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk

    mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun

    kerajaan.

    ...Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

    (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia(FRIM)

    Suruhanjaya

    ...Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan

    ...menguruskan kenaikan pangkat

    ...mamantau disiplin dalam kakitangan awam

    ...Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam/Suruhanjaya

    Perkhidmatan Pendidikan/Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

    Badan Kehakiman

    ...Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan

    jenayah

    ...perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan affidavit) manakala

    perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan

    ...Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak

    badan pelaksana.

    ...mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

    ...Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas

    kehakiman di Malaysia.

    ...Tugas-tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara

    ...mentafsir undang-undang

    ...mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

    ...mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

    ...Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan

    perundangan atau Parlimen

    ...Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid

    ...Melalui sistem ini,individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan perjalanan

    mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

    ...Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri

    ...Urusan Perlantikan,kenaikan pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasaYang di-Pertuan Agong

    ...Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang

    munasabah

    ...Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi

    daripada pengaruh politik.Justeru itu kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin

    ...Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan

    ...Peguan Negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan

    ...Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

    [68x1m][Maksimum:10 markah]

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    8/13

    3. Bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalammemajukan negara.

    Kerajaan Persekutuan

    ...Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan

    Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara...Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan

    ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan.

    ...Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa

    eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

    ...Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan

    terletak pada Yang di-Pertuan Agong

    ...Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang

    dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong

    ...Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli

    Dewan Rakyat.

    ...Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya.

    ...Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri

    (hubungan luar)

    ...Pertahanan

    ...Keselamatan dalam negeri

    ...Pentadbiran dan keadilan

    ...Kerakyatan negara

    ...Pilihan raya negara

    ...Kewangan

    ...Perniagaan,perdagangan dan perusahaan

    ...Jabatan ukur dan penyelidikan

    ...Kerja raya dan tenaga pusat

    ...Pelajaran

    ...Kesihatan

    ...Keselamatan buruh dan sosial

    ...Orang asli

    ...Hal-hal lain

    Kerajaan Negeri...Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri

    ...Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua

    Negeri

    ...Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri

    daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan

    majoriti ahli dewan tersebut.

    ...Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang

    diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

    ...Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi

    di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang

    pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    9/13

    Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar

    pentadbiran negara di peringkat negeri.

    ...Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan

    Negeri iaitu Undang-undang Islam.

    ...Tanah

    ...Pertanian dan perhutanan

    ...Kerajaan Tempatan

    ...Perkhidmatan tempatan

    ...Kerajaan negeri

    ...Hari cuti negeri

    ...Undang-undang negeri

    [36x1m][Maksimum:15 markah]

    4. Bagaimana kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkankestabilan politik di Malaysia?

    ...Terdapat tiga komponen utama iaitu Badan Perundangan/Badan Pelaksana/Badan

    Kehakiman

    ...Mengamalkan konsep pengasingan kuasa

    ...Dapat mengelakkan pembolotan kuasa

    ...Pilihan raya diadakan

    ...Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyat untuk memerintah

    ...Rakyat memilih ahli Dewan Rakyat

    ...Rakyat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri

    ...Rakyat berhak menentukan corak pemerintahan

    ...Keamanan negara dapat diwujudkan

    ...Undang-undang negara terpelihara

    ...Perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara

    ...Membentuk kerajaan yang adil dan stabil

    ...Raja menjadi lambing taat setia rakyat

    ...Undang-undang menjamin keselamatan

    ...Undang-undang melindungi kepentinagan rakyat

    ...Undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara

    [17x1m][Maksimum:15 markah][Terima mana-mana jawapan yang munasabah]

    5. Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik...Kemajuan ekonomi

    ...Sektor perindustrian berkembang

    ...Industri pertanian pesat membangun

    ...Sektor pelancongan menjana ekonomi negara

    ...Hubungan antarabangsa meluas

    ...Mendapat pengiktirafan negara luar

    ...Pemimpin diiktiraf masyarakat antarabangsa

    ...Perpaduan kaum dipupuk

    ...Kehidupan rakyat harmoni

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    10/13

    ...Kecemerlangan institusi pendidikan

    ...Kemajuan sistem pengangkutan

    ...Perhubungan/komunikasi meluas

    ...Industri perkapalan berkembang

    ...Sektor perlombongan digiatkan[14x1m][Maksimum:10 markah]

    [Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

    6. (a) Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju...Nilai mata wang turun naik

    ...Kanaikan harga barangan

    ...Persaingan dengan negara maju

    ...Peluang menembusi pasaran antarabangsa

    ...Masih bergantung kepada teknologi luar

    ...Teknologi masih rendah

    ...Masalah menarik pelabur asing

    ...Masalah gejala sosial

    [8x1m][Maksimum:5 markah]

    [Terima mana-mana jawapan lain yang munasbah]

    (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

    ...Meningkatkan penyediaan dan pembangunan (R&D)

    ...Menguasai pelbagai teknologi terkini

    ...Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal

    ...Melahirkan modal insan

    ...Memperkenal dinar emas

    ...Mendapatkan hak milik/paten

    ...Memperluas perbankan Islam

    ...E-dagang

    ...Menambah bilangan tenaga professional

    [10x1m][Maksimum:5 markah]

    [Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

    7.

    Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme...Sedia menerima perubahan yang positif

    ...Kepentingan memelihara perpaduan

    ...Mengekalkan kedaulatan negara

    ...Bekerjasama meamjukan negara

    ...Memelihara kemakmuran

    ...Taat setia kepada pemerintah

    ...Patu kepada undang-undang

    ...Berbangga sebagai warganegara

    ...Kepentinag menguasai pelbagai ilmu pengetahuan

    ...Menyanjung tinggi kepada raja

    ...Bertoleransi

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    11/13

    ...Permuafakatan

    [12x1m][Maksimum:10 markah]

    [Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

    8.

    Rumusan...Pengetahuan yang diperoleh

    ...Iktibar kepada diri,bangsa dan negara

    ...Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    12/13

    Format Aspek Perincian Markah PenuhPengenalan Memahami latar

    belakang sistem

    pemerintahan negaraPengenalanJelaskan sistem

    pemerintahan

    Demokrasi Berparlimen.

    5 markah

    Isi dan Huraian Memahami ciri-cirisistem pemerintahan

    Demokrasi Berparlimen.Ciri-ciri sistempemerintahan

    Demokrasi

    Berparlimen.Bincangkan cirri-ciri

    sistem pemerintahan

    Demokrasi Berparlimen

    daripada aspek-aspek

    berikut:Perlembagaan[10m]Raja

    Berpelembagaan[10m]Kuasa

    pemerintahan[10m]

    30 markah

    Menganalisis bidang

    kuasa antara Kerajaan

    Persekutuan dan

    Kerajaan Negeri

    Bidang kuasa antara

    Kerajaan Persekutuan

    dan Kerajaan NegeriTerangkan bidang kuasa

    antara Kerajaan

    Persekutuan dan

    Kerajaan Negeri dalam

    memajukan negara.

    15 markah

    Mengaplikasi

    Demokrasi Berparlimen

    dimanfaatkan demi

    kestabilan negara.

    Demokrasi

    berparlimen

    dimanfaatkan demi

    kestabilan negara.Bagaimanakah kita

    memanfaatkan

    demokrasi berparlimen

    untuk mewujudkan

    kestabilan politik di

    Malaysia?

    15 markah

    Menilai kejayaan yang

    dicapai oleh negara

    kesan daripada

    kestabilan politik

    Kejayaan yang dicapai

    oleh negara kesan

    daripada kestabilan

    politik.Berdasarkan

    pemerhatian

    anda,jelaskan kejayaan

    10 markah

  • 5/25/2018 sut of sejarah

    13/13

    yang dicapai oleh negara

    kesan daripada

    kestabilan politik.Mencipta/menjana idea

    menjadikan Malaysia

    sebagai sebuah negaramaju menjelang 2020.

    Cabaran menjadikan

    Malaysia sebagai

    sebuah negara maju.a. Jelaskan cabaran

    yang dihadapi Malaysia

    dalam memantapkan

    kestabilan politik demi

    menjadikan Malaysia

    sebagai sebuah negara

    maju.[5m]b. Nyatakan langkah-

    langkah untuk mengatasi

    cabaran di atas.[5

    markah]

    10 markah

    Menghayati nilai-nilai

    murni/iktibar/patriotisme

    daripada sistem

    pemerintahan yang

    sistematik dalam

    mengekalkan

    keharmonian negara.

    Penerapan nilai-nilai

    murni/iktibar/patriotis

    me daripada sistem

    pemerintahan yang

    sistematik dalam

    mengekalkan

    keharmonian negara.Nyatakan nilai-nilai

    murni/iktibar/patriotisme

    yang dapat diterapdaripada sistem

    pemerintahan yang

    sistematik dalam

    mengekalkan

    keharmonian negara.

    10 markah

    Kesimpulan Merumus secarakeseluruhan isi yang

    telah dibincangkanRumusan

    Pengetahuan

    yang diperoleh. Iktibar kepada

    diri,bangsa,dan negara. Harapan untukmasa depan Malaysia

    yang lebih

    cemerlang,gemilang dan

    terbilang.

    5 markah