taaja siapustaka2.upsi.edu.my/eprints/371/1/persidangan antarabangsa... · bahasa...

17

Upload: dangbao

Post on 28-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TAaja siaru ‘A sia

f * r * * * * *

Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II

Second International Conference on Malay Civilisation Tema/Theme : Citra Melayu/Ma/ay Images

h, \V \h-Gambar-

Dikelolakan oleh/O rganised by

Institut Peradaban Melayu,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

dengan kerjasama/in collaboration with

International Institute for Asian Studies, Leiden

26 - 28 February 2004 Hotel Legend, Putra Place, Kuala Lumpur

Upacara Perastni '<mlOpening Ceremony 25 February 2004

8.00 p.m

Pendahuluan Introduction

Institut Peradaban Melayu mengadakan Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu tiap-tiap dua tahun. Persidangan Pertama telah diadakan pada 1 -3 Oktober 2002.

Persidangan Kedua ini diselenggarakan bersama dengan International Institute for Asian Studies, Leiden.

The Institute o f Malay Civilisation organises the International Conference on Malay Civilisation eveiy two years. The First Conference was held on l sl - 3rd October 2002.

The Second Conference is organised in collaboration with the International Institute for Asian Studies, Leiden.

Sesuai dengan nama Persidangan Kedua, dan juga dengan nama Institut, Persidangan ini akan membincangkan peradaban Melayu dari berbagai-bagai aspek: organisasi dan dasar sosial, pendidikan, ekonomi, agama dan kepercayaan, bahasa, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian, dsb.

Fokus Persidangan

In consonance with the name of the Conference as well as with that o f the Institute, this Conference will discuss various aspects o f Malay Civilisation: social organisation and policies, economy, religion and belief, language, literature, culture, and the arts etc.

Focus o f Conference

(i) Tema Persidangan adalah Citra Melayu. Adalah dicadangkan supaya kertas kerja members perhatian khusus kepada penampilan citra Melayu dalam bidang-bidang peradaban yang diperkatakan, berdasarkan bidangpengkhususan penyelidik sendiri.

(i) The theme o f the Conference is Malay Images. It is recommended that papers give special attention to the projection o f Malay images in the various aspects o f civilisation, according to the researcher’s own field o f specialisation.

(ii) Pengertian “Melayu” meliputi:-

Orang-orang Melayu seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia;

danOrang-orang dari berbagai-baga: suku kaum yang terangkum dalam keluarga Melayu besar yang tersebar di seluruh Asia Tenggara;

sertaKumpulan-kumpulan Melayu yang sudah lar\u bermastautin di luar alam Melayu.

(ii) The term ‘Malay” comprises

The Malays as defined by the Constitution o f Malaysia;

andthe broader family o f the Malay peoples comprising members o f the various ethnic groups spread all over Southeast Asia, the Malay Peninsula and parts o f mainland Asia;

as well asMalay groups which have for a long time settled outside the Malay world.

Pelawaan Membentang Kertas Kerja/Imitation to Present Papers

Pelawaan ditujukan kepada sesiapa yang berminat membentangkan kertas kerja mengenai mana-mana aspek dari tema Persidangan ini, dan juga sesiapa yang berminat menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

Invitation is extended to anyone who is interested to present a paper on any aspect within the theme o f the Conference and to those who are interested to attend and participate in the discussions.

Tarikh Penting untuk Perhatian/Deadlines to observe

Abstrak!Abstract:Tajuk kertas kerja dan abstrak hendaklah sampai di Pejabat Urusetia Persidangan, sebelum lhb. Disember 2003.

The title o f the paper and the abstract should reach the Secretariat o f the Conference not later than f December 2003. ■

Kertas Kerja Penuh/Full PaperKertas kerja penuh hendaklah sampai di Urusetia Persidangan tidak lewat dari 25 Januari 2004.

The fu ll paper should reach the Secretariat o f the Conference not later than 2. January 2004.

Penyerahan Abstrak dan Kertas Kerja Penuh/Submission o f Abstract and Full Paper

Floppy disk dalam format PC Microsoft Word hendaklah disertakan bersama dengan manuskrip. Penyerahan melalui e-mail dialu-alukan

A floppy disk should accompany the hard copy. Disks should be in a Microsoft Word PC format. Submission through the electronic mail is welcomed.

Pembentang Jemputan Khas/Specially Invited Speakers

Professor Jens Allwood (Sweden)Professor J J. Smolicz (Australia)Professor Hein Steinhauer (The Netherlands)Dr. Nico Kaptein (The Netherlands) ■Dr. Edwin Wieringa (The Netherlands)Professor Teuku Ibrahim Alfxan (Indonesia)Profesor Sharifah Zaleha Syed Hassan (Malaysia)Professor Dato’ Nawi Abdul Rahman (Malaysia)Professor Dato’ Abu Bakar Nordin (Malaysia)

Yuran Persidangan/Subscription

RM 450.00 atau/or USD 130.00 seorang/perperson

RM 350.00 atau/or USD 100.00 seorang I per person bagi penuntut//or student

Yuran ini termasuk bayaran makan malam pada upacara perasmian, makan tengah hari dan kudapan

The subscription includes the payment fo r the dinner on the night o f the official opening o f the Conference, lunches and snacks

Bahasa Persidangan/Xawgwage of Confernce :Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/ Malay and English

Borang Pendaftaran Persidangan/ Conference Registration Form

Gelar/Title(Tan Sri, Dato’, Prof., Dr., Mr., Mrs., Miss) :

ISama/Name :

Organisasi/Institusi/Organisation/Institution:

Alamat Pos /Postal Address :

Telefon/Telephone : ...........................................................................

Faks/Fax : ........................................................ ..................

E-mail : .............................. .-...........................................

Cara Membayar/Moflte o f PaymentBank Draft/Money Order No. : ...........................................................................(Dibayar atas namaIMade Payable to Bendahari UPSI)

Sila isi dan krimkan borang bersama dengan bank draft atau money order kepada yang berikut:-Please complete and forward your bank draft or money order to the following:-

Pengarah/Director Institut Peradaban Melayu

Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Abdul Mil Shall

35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan

Malaysia

Alamat di atas itu boleh digunakan untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan dengan Persidangan, atau Faks (60-5) 4584143, atau e-mail dato asm ah @.ups i. edu .my/ | uraini@upsi. edu. myPlease use the above address fo r further information on the conference, or Fax (60-5) 4584143 or e-mail [email protected] / [email protected]

Penginapan/Accommodation

Peserta dinasihatkan menghubungi secara langsung hotel-hotel berikut untuk membuat tempahan:-

Participants are advised to contact the Secretariat or to arrange fo r their accommodation by contacting directly the following hotel:

The Legend HotelAbove The Mall, Putra Place,100 Jalan Putra,50350 Kuala Lumpur MalaysiaNo. Tel: (60 - 3) 4042 9888 .Fax : (60-3)2771 3646 E-mail: [email protected]

Bilik HotelIRoom Accommodation :

Superior Room at RM 178.00 nett/room/night. (Single) Deluxe Room at RM 208.00 nett/room/night. (Single)

• Single Room is inclusive of 1 Breakfast.“ Additional breakfast is chargeable at RM 20.00 nett

per person.Room is subject to availability.

• 3-Bedroom Apartment at RM 520,00 nett/apartment/night, (room only)Breakfast is chargeable at RM 20.00 net per person. Room is subject to availability

Pendaftaran I Registration

(i) Dengan pos dengan mengisi dan menghantar borang pendaftaran di bawah sebelum tarikh persidangan/ By post by filling in and sending the above registration form before the conference date.

(ii) Pendaftaran secara langsung di Hotel LegendI Direct registration at the Legend Hotel on

25 Januari 2004, 2.30ptg - 5.00ptg26 Januari 2004, 8.00pg - 9.00pg

Jemputan Penyertaan/Call for Participation

Persidangan ini mengalu-alukan penyertaan daripada ahli akademik, profesional dan politik, dan penuntut, serta juga mereka yang berminat dalam mana-mana aspek peradaban Melayu atau peradaban pada amnya.

The conference is open to academicians, professionals, politicians, and all students, as well as those who are interested in any aspect o f Malay civilisation or in civilisation in general

, I -I fflERDEK.s J c n i IA D !MGNAPfuC / / ^ C X ’ I' f SQUAR!

I M I # / ( I

y / / /”v ^ ' - ® . f j> jC ^ < talk n. 1 it:1

' „ -

m • # i s t i i (%v i/& / Jl*F I IHAlf./• V / « « 1 T '

1

Th e L e g e n d

■ putraw orldX ,

■mDECEN-mE " s

For visitors travelling through Kuala Lumpur International Airport (KI.IA):-

After checking out, you can :

(i) Board the train which takes you to Sentral; from there take a taxi to the Legend Hotel.

or(ii) Take a taxi from the.'Airport to the Legend Hotel. This is cheaper if you are

travelling in a group of 2 or 3.

: ■ . X / r-PANDU.AN.-KEPADA-7- ;. , ■> v

P E N (iE R lJS £ :̂ K E R T A S KERJA

(1) Semua kertas kerja dibentangkan dalam Sesi Selari (a) atau (b), Di bawah

(a) dan (b) terdapat penjadualan waktu bagi kertas-kertas kerja: satu-satu

kerangka masa terdiri dari 1 jam 15 minit

(2) Dua kertas kerja dimasukkan dalam satu kerangka masa Tiap-tiap

satunya diberi'30 minit untuk pemberitangan.

(3) Sekurang-kurangnya 15 minit hendaklah dikhaskan untuk sesi tanya-

jawab dan berbincang.

(4) Pengerusi perlu memperkenalkan pembentang kertas kerja dengan

ringkas sahaja, dalam 2-3 minit, supaya tidak membuang masa.

(5) Jika ada Iebih daripada seorang penulis kertas kerja, pemberitangan

hendaklah dibuat oleh seorang sahaja.

UCAPAN DATUKSERI UTAMA DR. RAIS YATIM M ENTER I DI JPM SEMASA MERASMIKAN SEMINAR ZA’ABA MENGENAI ALAM MELAYU (D ANJURAN

INSTITUT PERADABAN MELAYU UPSI DI HOTEL RENAISSANCE KUALA LUMPUR.JAM 8.00 MALAM

SAYA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluaxig pada malam ini menyampaikan ucapan yang menyentuh alam Melayu anjuran Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tahniah dan syabas di atas daya us aha ini. Mujurlah di ambang manusia sibuk mengejar kemajuan dan pembaharuan yang diistilalikan sebagai modenisasi, di samping orang Melayu dihempas dan dipulas oleh perkelilingan yang serba niencabar masih ada pihak yang sedar akan persoalan bangsa Melayu.

Bagi kita yang mencintai budaya dan bangsa serta semua perkara yang terkandung di dalamnya, seminar ini merupakan peluang keemasan bagi melahirkan beberapa pemikiran dan idea tentang kehidupan orang Melayu atau lebih tepat lagi tamadum Melayu. Tamadun Melayu atau alam Melayu adalah topik yang serius lagi luas. Ia mengandungi kebudayaan dalam konteks yang seluas-luasnya. Budaya atau carahidup, alam Melayu atau tamadun Melayu mencakup pelbagai bidang dan aspek kehidupan. Ia begitu luas hingga dirasakan suatu seminar seperti ini barang sudah tentu tidak cukup untuk memperkatakan keseluruhannya. Sesuailah bak kata pepatah lama:

Membilang dari satu Tanya khabai' dengan salam Jika dilipat sekecil kuku Jika disibar seluas alam.

Dikatakan begitu kerana maudhuk Melayu dan kehidupan atau tamadunnya adalah satu-satunya topik yang meliputi banyak aspek dan sempadan. Bahasa, ekonomi, politik, agama dan pelbagai cabang kehidupan yang lain boleh belaka dihimpunkan ke dalam pengertian tamadun itu. Tentulah dalam segmen masa yang diperuntukkan bagi saya menyampaikan ucapan ringkas ini jangankan isi, kulit luamya pun mungkin tak mampu bagi saya mengupasnya. Tetapi jika masa yang diberi itu singkat, maka jalan keluar yang paling praktikal ialah menyentuh hanya satu atau dua perkara yang pokok kepada seminar seperti ini.

Isu yang paling mencabar kepada orang Melayu dalam dekad ini ialah bagaimana mereka harus berjaya dalam hidup dan berinteraksi dengan carahidup dekad-dekad akan datang? Bagaimana orang Melayu harus terus dikenal melalui identiti dan. jatidiri mereka? Bagaimana Melayu perlu menyedaii bahawa sekalipun Tanah Melayu ialah negara asal mereka, tempat

tump all darah mereka namun mereka masih didapati tercicir dalam banyak aspek kehidupan sekalipun dengan adanya pelbagai syarat keistimewaan yang ditupangi oleh pelbagai mekanisme seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak kurang relevannya ialah bagaimana Melayu harus hidup berjaya dalam pergelutan globalisasi yang penuh dengan rintangan serta pengaruh luaran yang tidak semestinya dapat diatasi secara sendirian oleh orang Melayu itu sendiri. Dan paling penting ialah bagaimana Islam yang menyelubungi kehidupan Melayu boleh dianuti tanpa prejudis atau nilai yang disalahguna dan disalah tafsir.

Jawapan kepada soalan-soalan atau isu-isu ini banyak bergantung kepada sikap orang Melayu itu sendiri secara menyeluruh dan spesifik. Ikut cara manapun, yang utama ialah pendidikan dan perkelilingan yang secara praktisnya ditentukan oleh pohtik bangsa itu sendiri. Kedua-dua factor hidup ini iaitu pendidikan dan perkelilingan menyumbang kepada tamadun orang Melayu sebagaimana juga pendidikan dan perkelilingan orang Tionghua, misalnya, membentuk sahsiah dan masyarakat yang kuat dan bertradisi bagi orang Cina dalam dunia perniagaan dan sikap mereka terhadap dunia seluruhnya. Sebenamya pendidikan dan perkelilingan adalah dua factor terpenting dalam pembentukan tamadun.

Orang Yahudi yang sentiasa terdesak dan dikepung oleh musuh-musuh mereka semenjak zaman Nabi Musa (alaihissalam) hangga 1948 bilamana negara Israel diwujudkan dengan perancangan Barat, sangat mengenali apa itu tamadun dan bagaimana tamadun Yahudi perlu diperjuangkan tanpa henti. Mereka benar-benar menghayati konsep “Yahweh” dan petua “One is for all and all is for one”. Henry Ford, pereka dan pembikin kereta Ford dalam bukunya The Complete International Jew keluaran The Dearborn Independent 1922 mengakui betapa penting dan berkesannya perjuangan yang ‘mengutamakan kepentingan dan survival bangsa’ Yahudi ini sehingga menelan sebahagian besar hak dan kepentingan rakyat Amerika pada tahun 1920han. Permaslahan ini masih menular Amerika ketika ini. Hakikatnya ialah oarang Yahudi sudah melalui pelbagai keserikan dan himpitan hidup tersiksa. Bila mereka merancang, mereka merancang untuk semua. '

Akan kelihatan bahawa untuk membawa sesuatu yang baru yang bertenaga merobah keadaan mesti a.da pencetus dan acuan yang agak panas dalam kehidupan. Perubahan tidak boleh berlaku dalam keadaan lemah- longlai dan kesederhanaan. Pendapat ini mungkin disanggah tetapi sejarah telah membuktikan bahawa semua perubahan kehidupan atau pencetusan pemikiran baru manusia adalah susulan perlakuan yang secara fisikalnya melalui konflik atau pertembungan sama ada dari keadaan senang kepada keadaan susah, dari keamanan kepada pergolakan, dari huruhara kepada keamanan dan sebagainya. lihatlah, Melayu tersentak dari tidur bila MacMichael membunyikan jam loceng dengan percubaannya melenyapkan kedaulatan Raja-Raja Melayu melalui gagasan Malayan Union - UMNO pun ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil kesedaran Melayu untuk bersatu. Dasar Ekonomi Baru wujud kerana Peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Sesungguhnya perkelilingan yang menyelubungi sesuatu bangsa itu berupaya membentuk sahsiah bangsa. Majoriti. bangsa yang beroleh kebebasan dari penjajahan melalui agitasi fisikal yang melibatkan banyak kehilangan harta dan nyawa,

Jika dihalakan pandangan kita kepada vista kehidupan orang Jepun, ketekunan, kerajinan dan keinginan kejayaan dalam apa jua perlakuan mereka menjadi matiamat utama masyarakat mereka. Bangsa yang sudah boleh mencipta pelbagai barangan dari penghasilan yang sehalus-halusnya seperti jam dan kamera kepada perkara-perkara besar seperti kereta, kapal,

penyelidikan nuklear dan Iain-lain. Orang Cina di tanah Besar Cina percaya kepada kuasa dan kemegahan kenegaraan yang dilandasi oleh sistem komunisme yang berteraskan “the State as a focus of authority and well being.” Sementara Jepun sudah maju dan sophisticated, orang Jepun pada masa yang sama tidak lupa akan budaya, bahasa dan identity mereka. Salah satu kejituan mereka ialah menterjemahkan bahasa teknikal luaran kepada bahasa teknikal Jepun. Lantaran sifat bangsa yang homogeneous, pencapaian mereka dalam bidang ini memang agak mudah tetapi mengagumkan. Pada masa yang sama budaya mereka tidak jejas sekalipun budaya melalui tenaga hiburan Barat terus-menerus meninggalkan impak.

Begitu juga Cina, Rusia, Prancis, Korea dan Taiwan. Kesemua negara ini dijenterakan oleh nilai-nilai nasionalisme dan jati. did yang kukuh di samping asitnilasi kepandaian Barat yang terus menerus mencorakkan pendidikan dan perkelilingan mereka. Negara seperti India pula mengadunkan kemajuan Barat dengan sosio-budaya mereka sendiri. Dalam kesemua perbandingan ini temyata agarna tidak pemah menjadi penghalang kepada sebarang tindakan menyusul ilmu dan mutu kehidupan. Tiada inhibition, tiada hadangan dalaman. Adakah konteks perbandingan ini relevan dalam pemikiran kita terhadap kehidupan orang Melayu? Biar jangan saya jawab sepenuhnya soalan ini. Sekadar sebahagian kecil daripadanya boleh dicuba:

Sekelompok orang Melayu hari ini terlalu terbelenggu dengan acuan- acuan sampingan Islam dan bukan asas-asas atau fundamentals sehingga dunia mereka hanya tertumpu kepada suatu sudut yang melumpuhkan mereka. Mereka tidak lagi narnpak akan kepentingan ke Melayuan itu disatukan, dimajukan, dipacu untuk pencapaian demi bangsa dan tanah air. Mereka lupa bahawa junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w sekalipun mementingkan kaum Quraish untuk memegang teraju dan pengaruh sosialisme. Arab mementingkan arab bukan orang lain. Kenapa kita sebagai Melayu tidak upaya mementingkan Melayu secara menyeluruh untuk memupuk dan mengekalkan sosio-budaya yang boleh bertahan dalam konteks Islam yang dianuti.

Dalam konteks ini saya teringat akan sebahagian syair Zaaba yang dikarangnya pada tahun 1919:

Islam kita weh kejatuhan Sebab karut masuk tambahan

■ Quran dan hadis terbulang baling Tujuan asli dapat ubahan Maksud hakiki berpecahanBengkang bengkok kena perguling. (Utusan Melayu 20 Ogos 1919)

Orang memegang isi, kita memegang kulit; yang ditetaskan ialah ayam, tetapi yang membiak ialah itek. Barangkali perbandingan anak ayam jadi anak itek ini tidak begitu tepat. Namun ia bertenaga memberi kefahaman iaita Melayu tidak melahirkan kemelayuan tetapi pelbagai campuran dan adunan yang hasilnya belum menentu. Mungkin inilah yang disangsikan oleh Perdana Menteri sehingga beliau menyatakan dengan pilu bahawa perjuangan belum selesai.

Yang perlu dinyatakan kini ialah bahawa lantaran tiadanva budaya berlumba-lumba dalam pendidikan dan perkelilingan (yang termasuk asuhan agama yang asas) orang Melayu sering terpinggir oleh sistem nilai yang menyelubungi diri mereka sendiri. Seolah-oleh mereka terperangkap dengan niekanisme salah asuhan terbitan. sendiri. Mencerca dan aierendahkan bangsa

3

sendiri semata-mata atas dorongan .siapa harus menang dalam pilihanraya bukanlah sawah ladang perjuangan sebenar.

Dalam pada itu sebahagian besar daripada budaya kita sudah terpinggir. Mana dia amalan budaya lama yang menerusinya mengenal Melayu? Apakah senandung lagu lama tak elok lagi sehingga 60% remaja kita memilih hiburan luaran Melayu? Apa sebab dari bilangan 32,000 penagih dadah tahun lalu Melayu mewkili 69%? Bagaimana terdapat 34,205 atau 72.4% orang Melayu terlibat dalam HIV-AIDS dari jumlah 47,634 kes HIV-AIDS di negara ini bagi tempoh 1986-2002? Sedangkan kaum Malaysia Cina hanya 7,275 (15.3%) dan kaum Malaysia India hanya 4,151atau 8.7? Kita tidak boleh terima alasan bahawa kononnya asas data Melayu dalam populasi merupakan 56% justeru angka HIV-AIDS Melayu lebih tinggi. Hujjah ini tidak boleh diterimapakai kerana ia merupakan escapism yang longgar. Sebenarnya kita sudah lemah. Pagar kita sudah rebah dan roboh, Dalam jenayahsumbang mahram Melayu juga yang paling atas bilangannya, melebihi 243 kes semenjak 5 tahun lampau sedangkan kaum lain hanya sekelumit bilangannya. Apa dan di mana silapnya? Rumusan saya ialah tampaknya laungan dan

---------------- bimbihgan agama-yang disalurkan menerusi TV dan radio serta media cetak,ceramah, polemik dan sebagaiiiya tidak berkesan. Seruan dan ajaran tak sampai ke bawah. Berapa ramai mubahgh Islam kita yang membimbing secara praktxkal kes-kes yang melarat itu. Agama lain ada mission mereka. Kepunyaan kita di mana? Adakah ceramah-ceramah maki hamun para pemimpin Melayu yang dikatakan disertai beribu orang itu mengandungi rancangan membela bangsa menerusi program di pusat-pusat serenti kita? Orang Melayu Kelantan dan Terengganu jangan fikir kita hebat, di sanapun fenomina ini tidak kurang negatifhya terutama di kawasan-kawasan Felda. Syair Zaaba tahun 1919 menepati sasarannya. Kita leka dengan kulit, isinya sudah berulat.

Kita boleh teruskan dengusan atau lamentasi ini: Apakah bahasa ibunda hanya untuk sekadar dapat sijil persekolahan dan lepas itu kewajarannya menghilang? Proses osmosis dalam hidup memang diakui sentiasa wujud dan berjalan: iaitu larutan yang kuat menyedut larutan yang cair melalui membrane. Ini fenomina sains tetapi tamadun manusia juga seperti itu. Bangsa yang kuat dan kaya amat mudah baginya mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang bemiaga dan berinteraksi dengannya. Kadangkala peperangan menjadi saluran proses ini yang seterusnya mewujudkan keadaan akultrasi atau accultration - Budaya bangsa yang lemah dan sederhana tadi diwamakan oleh budaya bangsa yang kuat.

Apa yang saya katakan ini akan dapat dilihat dalam konteks Amerika Syarikat dengan kehidupan di timur. Siapa yang mempengaruhi siapa? Hollywood mempengaruhi manusia dunia. Industri musik dan hiburan Barat terus melanda Timur tanpa henti. Innovasi dan ciptaan mereka juga begitu. Alat perang dan alat tahandiri negara-negara semuanya 70% didatangkan dari sana. Dan terpenting, ilmu dunia ditentukan oleh mereka. Ini semua telah, sedang dan akan merobah tamadun kita.

Manusia akan sentiasa terbehak mata dengan tiga elemen- kuasa, pangkat atau kedudukan dan kekayaan. Apa yang kita lupa ialah semua ini juga boleh diperolehi dengan ilmu.

Bagaimana kita mengolah dasar dan amalan yang tak dapat tiada mesti ditempuh oleh orang Melayu dalam kehidupan mereka. Membuat dasar agak mudah, iaitu melalui kuasa majority politik sesebuah negara. Kita gunakan proses demokrasi atau proses induksi suara ramai sesebuah negara yang bersistem pemerintahan suara majoriti. Bila dasar digubal, dasar itu perlu dijadikan matlamat dan cita-cita. Jika dibuat dasar hari ini tetapi esok lusa

4

diubah atau diabaikan, yang menderita ialah bangsa itu sendiri kerana kekaburan matlamat.

Saya memang berbangga dengan pencapaian orang Melayu setakat ini. Di ambang Melaya hendak ke angkasa lepas, selepas Azhar Mansor dan Malek Mydin membuat rekod untuk negaranya, selepas Dr. Mahathir memimpin bangsa dan negaranya dengan cemerlang. Cuma soalan yang bermain di kepala saya ialah macam manaklah orang Melayu itu dalam sedekad dua akan datang? Akan adakah adakah apa yang sebenar dikatakan budayanya; akan terus jitukah bahasanya, akan tercapaikah kuasa ekonomi baginya. Paling penting - akan teruskah ada di tangan kuasa politik bagi mereka? Nampaknya saya menyoalkan kembali soalan-soalan dan isu-isu yang saya ketengahkan mula-mula tadi. Demikianpun, saya tidak bosan-bosan menyuarakan supaya Melayu jangan lupa diri. Bukan apa, saya cuma takut. akan hakikat pantun ini:

Nobat rebana dendang perantau Rakit saya putus tali Obatkena pantang terlampau Penyakit lama htnggap kembali

Penyakit lama yang dimaksudkan ialah kebiasaan dan kecenderungan orang Melayu untuk bergantung nasib kepada orang lain; sentiasa menagih keistimewaan dan berfalsafah bahawa pihak berkuasa mesti memberi habuan kepada kebajikan mereka. Penyakit lama yang dimaksudkan ialah tidak peduli kepada unsur-unsur survival melalui pendidikan serta asuhan membina jiwa berdisiplin, kental dan produktif. Penyakit lama juga bererti golongan yang berkuasa kurang senang menerima teguran dan kritikan membina yang seharusnya diterima asalkan bangsa bertamadun tinggi.

Pada setiap talam ada dua mukanya dan pada setiap duit seling ada dua lambangnya. Ini bererti bukan hanya ada satu versi kebenaran kepada sesuatu permasalahan, Tamadtm pun begitu. Alam semesta harus dipelajari agar panduan yang diserlahkan Tuhan melalui alam sekeliling memasuki persepsi manusia. Pantun lama sebagai manifestasi kepada pentingnya alam ada dinukilkan:

Pisau raut si bongkok hulu Bentang tilam di tengah halaman Pasir dan laut menjadi guru Alam terbentang jadi pedoman.

Tamadun Melayu tak dapat tiada akan berubah seperti mana juga alam Islam akan berubah. Samuel Huntington percaya kepada The Clash of Civilisation antara Barat dengan Islam. Ini bukan perkara baru. Pertembungan besar telahpun berlaku apabila Perang Sabil tercetus 700 tahun lampau. Melayu jangan hendaknya terikut-ikut dengan tuntutan peperangan agama semata-mata kerana mengikutkan sentimen kelompok. Ini adalah kerana kepakaran dan ilmu perang tidak ada pada kita. Kok bertukang perlukan alatnya, kok berperang perlukan senjata dan latihannya.

Saban haxi tekanan dunia global bertambah mencengkam sama ada lantaran dagangan dan hubungan antarabangsa mahupun atas sebab hubungan pelbagai hala antarabangsa yang melibatkan negara kita. Dalam senario seperti inilah pendidikan dan perkelilingan sesuatu masyarakat itu

5

akan menentukan tamadun yang akan menyelubungi hidupnya. Dalam pendidikan ada latihan. Hakikat intim inilah yang akan mencorakkan tamadun Melayu akan datang. Tamadun kaum Tiongh.ua di Malaysia akan berlandas kepada nilai perlumbaan hidup atau life’s competitiveness. Orang Cina sentiasa berasa bahawa mereka terhimpit jika mereka tidak bekerja keras, jika mereka tidak dapatkan pendidikan dan asuhan yang cemerlang. Anak-anak mereka akan terus petah dan, berkelulusan baik dalam matapelajaran Bahasa Melayu; mereka petah berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Mandarin di samping mahir dalam sabjek-sabjek sains dan matematik. Mereka ini akan terus menempuh hidup bertamadun yang terjamin. Kehidupan mereka akan lebih berkualiti, justeru tamadun bangsa mereka akan terus terlandas kepada kecemerlangan. Pada masa yang sama anak-anak Melayu yang sempit persepsi hidupnya tidak akan mencapai kemajuan sosio-budaya yang tinggi. Jalan keluar tentunya memberanikan diri belajar Mandarin, Bahasa Inggeris, Mathematik dan Sains melalui sistem cemerlang.

Kecemerlangan mudah disebut tapi sukar didapati. la mesti dirancang dengan teliti kemudian dipaksakan ke dalam proses bina negara. Proses ini memerlukan budayawan, teknokrat dan barisan para pemimpin yang berwawasan atau bervisi jauh. Kita harus punya para guru kelas satu. Kita perlukan para pensyarah dan profesor cemerlang. Mereka harus diadunkan dengan tenaga kepakaran antarabangsa agar ilmu dan disiplin diri dapat dijaiia membina bangsa yang dihajati.

Sejarawan sering berkata Kota Rom tidak terbina dalam masa sehari. Begitu juga tamadun. la memakan masa, malah ia merentas musim dan zaman. Langkah pertama ialah kini.

Pendita Za’aba semasa hayat perjuangannya suka benar berpolemik tentang permasalahan bangsanya. Sebahagian besar permasalahan orang Melayu yang kita debatkan hari ini termasuk isu-isu bangsa, agama dan negara telah behau lakukan dalam pelbagai polemik dan penulisan. Za’aba mengajarkan nahu bahasa ibtmda kepada anak Melayu. Beliau menukilkan pemerhatiannya terhadap modenisasi dan kemajuan, terhadap piel, sikap dan falsafah perjuangan hidup khusus untuk bangsanya. Kita terhutang budi kepadanya. •

Diirik ialah padi .

Diendang anak desaYang cantik ialah budiDikenang ialah jasa.

Dengan rangkap itu sukacitalah saya merasmikan Seminar Za’aba mengenai Alam Melayu Anjuran Institut Peradaban Melayu UPSI dengan iringan doa semoga usaha mumi ini diberkati Allah.

6