tafsir 1 (iuf 3012)
TRANSCRIPT
Alhamdulillah , segala puji ke hadrat Ilahi, selawat serta salam terhadap junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. , Ummu al – Mukminin, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, serta sekalian umat
Islam yang sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk serta limpah rahmat-Nya .
Di kesempatan ini, kami memanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah rahmat dan izin
Allah SWT kami dapat menyiapkan kertas kerja bagi madah Tafsir IUF 3012. Setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah bagi madah Tafsir IUF 3012, al-fadhilah Dr. Syarifah Norshah Bani
Bt Syed Bidin yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada ahli kumpulan kami atas segala komitmen yang diberikan sepanjang proses
penghasilan kertas kerja ini serta semua sahabat seperjuangan dan pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama yang telah diberikan.
Harapan kami semoga penghasilan kertas kerja Tafsir ini sedikit sebanyak mampu memberi
maklumat tambahan di samping menarik minat khususnya di kalangan para pelajar serta dikalangan
masyarakat amnya untuk mendalami ilmu berkaitan Tafsir.
1
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah kiranya kertas kerja ini disiapkan.
Kandungan kertas kerja ini berkisar mengenai tafsir beberapa kalimah daripada Al-Quranul
Karim. Terdapat beberapa kalimah yang diketengahkan dalam kertas kerja ini serta huraian-huraian
mengenainya supaya dapat dihayati dan difahami kalimahnya.
Selain itu, kami juga menyelitkan surah-surah yang mengandungi kalimah tersebut.
Penulisan kertas kerja ini sangat penting pada kehidupan manusia untuk mengetahui maksud
kalimah yang tersirat dan tersurat yang terdapat dalam surah yang berbeza kerana tidak semua
kalimah mempunyai makna yang sama. Di sini kami akan menerangkan secara terperinci lagi
mengenai kalimah yang terdapat dalam pelbagai surah yang mana maksudnya juga berbeza.
2
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat mengikut
peristiwa yang berlaku pada zaman itu. Bukan itu sahaja malah di dalam Al-Quran terdapat pelbagai
kalimah-kalimah yang perlu kita hayati maksud yang tersirat di sebaliknya. Antaranya :
1. Kalimah سرادقها
Di dalam Al-Quran mengandungi pelbagai ayat yang menarik seperti yang terkandung dalam Surah
Al-Kahfi ayat 29.
Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang Yang berlaku zalim itu api neraka, Yang meliputi
mereka laksana khemah ( Surah Al-Kahfi : 29)
Dalam ayat ini سرادقها bermaksud khemah besar1 atau pagar 2 iaitu kalimah dari Bahasa
Parsi yang di Arabkan. Kalimah ini hanya terdapat di dalam surah ini sahaja. Selain itu, kalimah ini
digunakan sebagai contoh bagai api marak menjulang yang mengelilingi setiap penjuru di mana di
dalamnya terdapat orang-orang zalim3.
Berdasarkan terjemahan ayat tafsiran ini adalah untuk menunjukkan bahawasanya orang
kafir adalah orang yang zalim kerana mereka melawan kebenaran Allah dan juga Rasul-Nya. Zalim
yang dimaksudkan di sini adalah menganiayai diri sendiri walaupun pada hakikatnya mereka
percaya akan kewujudan Allah dan segala perkara ghaib yang berlaku tetapi mereka menafikannya.
Nescaya nerakalah tempat mereka kerana mereka sendirilah yang memilih untuk berada di dalam
kekufuran. Oleh itu mereka akan dikelilingi dan dikepung dengan api yang marak menjulang
sehinggakan mereka tidak boleh keluar daripada pagarnya yang kukuh seperti yang difahami
daripada ayat di atas .
2. Kalimah يتفطرن
1 Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Al-Miftah,TTP: Al-Azhar Media Enterprise,h.946.2 Prof. Dr. Hamka(1982), Tafsir Al-Azhar juzu’ XV, Surabaya: Yayasan Latimojong,h.193.3 Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Terjemah Tafsir Al-Maraghi 15, Semarang, Indonesia: Tohaputra Semarang,h.269.
3
Kalimah hanya termaktub di dalam Surah As-Syura ayat 5 dan surah Maryam ayat 90 يتفطرن
sahaja4 namun setiap satu mempunyai huraian tersendiri.
Kalimah يتفطرن membawa maksud merekah5, pecah atau terbelah6 dalam kitab lain pula,
ia memberi makna langit-langit itu pecah7 yang terdapat di dalam Surah As-Syura ayat 5 yang
berbunyi:
Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada
kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi Yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng
dari jalan yang benar). (Surah As-Syura : 5)
Sebagaimana potongan ayat di atas menjelaskan bahawa apa sahaja yang ada di langit dan di
bumi adalah milik-Nya dan berada di bawah genggaman-Nya8. Ini menunjukkan ketinggian dan
keagungan Allah dan dengan kuasa-Nya, Allah mampu membelah langit dengan begitu mudah
lantas sifat manusia yang durhaka kepada Allah dan bermaharajalela di muka bumi ini tidak tahu
betapa Allah lebih berkuasa daripada segala-galanya yang mana di luar kemampuan mereka.
Kalimah يتفطرن yang terdapat dalam Surah Maryam ayat 90 ialah:
4 Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz al-Quran al-Karim, TTP: Darul wa Mutobi’ul al-Syu’bi, h.523.
5 Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Op.cit,TTP: Al-Azhar Media Enterprise, h.1288.6Dr. H Hanadhy(1979), Terjemah Alfazil Qur’an Inayah Lil Mubtadi’in Terjemah al-Quran secara Lafziyah Jilid
1X, Jakarta: Yayasan Pembinaan Masyarakat Islam Al-Hikmah, h.10.7 Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Terjemah Tafsir Al-Maraghi 25, Semarang, Indonesia: Tohaputra Semarang, h.18.8 Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Terjemah Tafsir Al-Maraghi 25, Semarang, Indonesia: ibid, h.19.
4
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-
nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.
(Surah Maryam : 90)
-dalam surah ini juga mempunyai makna yang sama sepertimana dalam Surah As يتفطرن
Syura ayat 5. Walaupun ianya sama dari segi makna tetapi mempunyai perbezaan dari sudut
penterjamahan tafsiran.
Rentetan daripada kenyataan demikian, ia ingin memberitahu sekiranya bumi, langit dan
gunung-ganang dapat mendengar dan memahami kata-kata orang kafir yang menyatakan Allah itu
mempunyai anak nescaya sudah tentu langit, bumi dan gunung-ganang bergoncang dengan
dahsyatnya walaupun ia tidak diberi akal dan fikiran oleh Allah, ini kerana terkejut mendengar kata-
kata melampau yang menyekutukan Allah. Sehubungan dengan itu, makhluk yang tidak dikurniakan
akal fikiran pun tidak dapat menerima kata-kata yang dilontarkan oleh orang kafir. Apatah lagi
kata-kata tersebut sangat menghina dan merendahkan martabat Penciptanya. Bersyukurlah kita
kepada Allah kerana bumi, langit dan gunung-ganang tidak diberikan akal fikiran dan tidak dapat
memahami kata-kata orang kafir yang melampau itu9.
Walaupun begitu, kalimah يتفطرن mempunyai perbezaan dari sudut huraian ayat iaitu di
antara Surah As-Syura dan Surah Maryam. Perbezaannya ialah Surah As-Syura memberitahu
kepada kita tentang kekuasaan Allah yang telah mencipta dan mengendalikan segala isi langit dan
bumi. Kudrat Allah mengatasi kudrat manusia yang mana Allah mampu melakukan apa sahaja yang
dikehendakinya. Contohnya Allah mampu membelah langit sehingga menjadi kepingan-kepingan
yang kecil tetapi manusia tidak mampu melakukannya. Ini membuktikan bahawasanya Allah Maha
Kuasa lagi Maha Agung.
Surah Maryam pula menjelaskan tentang kekufuran orang kafir terhadap Allah di mana
mereka mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak. Disebabkan kata-kata melampau yang
dilemparkan oleh orang kafir boleh mengakibatkan segala isi langit dan bumi terbelah sekiranya
ciptaan Allah yang tidak berakal itu dapat mendengar kata-kata tersebut.
9 Drs. HA. Hafizh Dasuki,MA, Drs. H. Alhumam Mz, Drs. E. Badri Yunardi, Drs. M. Syatibi AH, Drs. M Shohib Tahar, Drs. Mazmur Sya’roni, Drs. H. Bunyamin Surur(1993), Al-Quran dan Tafsirnya Jilid V1, Semarang: TP, h.111.
5
3. Kalimah الجبال تخر
bermaksud تخر runtuh, jatuh dan gugur10 manakala bermaksud الجبال pergunungan11. Apabila
kedua-duanya digabungkan menjadi satu ianya bermaksud menghancurkan gunung12. لاتخر الجب
hanya terdapat di dalam Surah Maryam ayat 9013. Manakala kalimah الجبال terdapat di dalam 26
surah iaitu Surah Al-A’raf, Surah Hud, Ar-Ra’d, Surah Ibrahim, Surah Al-Haj, Surah Nahl, Surah
Al-Isra’, Surah Al-Kahfi, Surah Taha, Surah Al-Anbiya’, Surah Al-Hajj, Surah As-Syuara’, Surah
An-Naml, Surah Al-Ahzab, Surah Faathir, Surah Shaad, Surah At-Tur, Surah Al-Waqi’ah, Surah
Al-Haqqah, Surah Al-Ma’arij, Surah Muzammil, Surah Al-Mursalat, Surah An-Naba’, Surah An-
Nazi’at, Surah At-Takwir, Surah Al-Ghasyiyah dan Surah Al-Qari’ah14.
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-
nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.
(Surah Maryam : 90)
Dalam ayat ini لاتخر الجب bermaksud gunung-ganang runtuh apabila mendengar kata-kata
orang kafir bahawasanya Allah tidak berdiri dengan sendiri-Nya kerana menganggap Allah itu
mempunyai anak dan diperanakkan. Sepertimana berlakunya kekeliruan oleh kaum musyrikin yang
terdiri daripada orang-orang Yahudi yang mengatakan “Uzair” adalah anak Allah manakala bagi
orang-orang Nasrani mempercayai bahawa Isa adalah anak Allah. Kepercayaan seperti ini
ditegaskan oleh Allah sebagai fahaman yang sesat dan berbahaya. Sekiranya fahaman ini dapat
difahami oleh makhluk yang tidak berakal seperti langit, bumi dan gunung-ganang tentulah
semuanya akan bergoncang dengan hebatnya kerana ada di antara makhluk Allah yang berani
berkata demikian. Padahal Allah adalah pencipta alam semesta yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa
10 Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Op.cit, h.747.11 Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Al-Miftah,TTP: ibid, h.598.12 Syeikh Majdi Fatha Said(2006), Tafsir al-Quran al-Azim Lil Nisa’, TTP: Darul Sohabah Lil Turas Bi Thontha, h.1367.
13 Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), Op.cit, h. 130.14 Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz al-Quran al-Karim, TTP: ibid, h. 163.
6
yang tidak memerlukan sesuatu apapun dari makhluk-Nya apatah lagi berkehendak kepada adanya
anak.
4. Kalimah انتبذت
Kalimah انتبذت bermaksud menjauhkan diri15. Ianya terdapat di dalam Surah Maryam ayat 1616.
Manakala terdapat lafaz yang sama seperti kalimah انتبذت tetapi cuma terdapat penambahan huruf "
Kalimah ini juga terkandung di dalam Surah Maryam ayat yang .17 فانتبذت di awal kalimah iaitu "ف
ke-2218.
Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika Dia
memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. (Surah Maryam :16)
Kalimah انتبذت di dalam ayat di atas bermaksud mengasingkan diri untuk urusan peribadi yang
perlu diselesaikan oleh Maryam. Tujuan tersebut adalah untuk beribadah dan mencari keredhaan
Allah.
Berdasarkan terjemahan ayat di atas Maryam memerlukan tempat persembunyian yang tenang
dan tenteram untuk sesuatu urusan peribadinya yang memerlukan beliau menjauhkan diri dari
keluarganya, seperti mana yang telah dinazarkan oleh ibunya iaitu untuk berkhidmat di rumah
ibadat demi mencari ketenangan dan keredhaan Allah.
Di dalam Surah Maryam juga terdapat satu lagi ayat 22 yang mengandungi kalimah انتبذت di
mana ia telah diturunkan oleh Allah seperti firman-Nya:
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri Dengan kandungannya itu ke
sebuah tempat Yang jauh. ( Surah Maryam : 22 )
15 Drs. HA. Hafizh Dasuki,MA, Drs. H. Alhumam Mz, Drs. E. Badri Yunardi, Drs. M. Syatibi AH, Drs. M Shohib Tahar, Drs. Mazmur Sya’roni, Drs. H. Bunyamin Surur(1993), Op.cit, h.42.
16 Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), Op.cit, h.233.17 Al-Raghib al-Asfahani(1961), Op.cit, h.481.18 Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), Op.cit, h.233
7
Dalam ayat ini فانتبذت juga bermaksud mengasingkan diri19. Maryam mengasingkan diri
dengan membawa kandungannya ke suatu tempat yang jauh untuk menghindari diri dari segala
fitnah dan tuduhan serta cemuhan Bani Israel20.
Tafsiran terjemahan kalimah yang terdapat dalam ayat 16 lebih cenderung kepada انتبذت
menjauhkan diri demi mendekatkan dirinya kepada Allah untuk tujuan beribadat. Beliau adalah
gadis sunti yang suci yang dinazarkan untuk berkhidmat di rumah ibadat oleh ibunya semasa beliau
masih dalam kandungan lagi. Maryam membawa diri untuk beribadah kepada Allah ke suatu tempat
yang berada di sebelah Timur Baitul Maqdis. Di sana keturunannya dihubungkan kepada Nabi
Harun sebagai ketua rumah ibadat Bani Israel dan keluarganya di kenali bersifat jujur dan baik sejak
dahulu lagi.
Manakala dalam surah yang sama juga iaitu Surah Maryam ayat 22 kalimah فانتبذت
menerangkan mengenai Maryam binti Imran yang mengasingkan diri untuk mengelak daripada
tuduhan dan cemuhan dari Bani Israel. Ini menunjukkan perbezaan tafsirannya antara kedua-dua
kalimah.
5. Kalimah فويل
Kalimah فويل terdapat dalam 8 surah iaitu Surah Al- Maun ayat 4, Surah Az-Zukhruf ayat 65, Surah
As-Shaad ayat 27, Surah Az-Zumar ayat 22, Surah Al-Baqarah ayat 79, Surah Maryam ayat 37,
Surah Az-Zariyat ayat 60, dan Surah At-Tur ayat 1121.
Firman Allah di dalam Surah Az-Zukhruf ayat 65 berbunyi:
Maka Kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa
yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan. ( Surah Az-Zukhruf : 65 )
19 Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah(2000), Tafsir Fi Zilalil Qur’an Di Bawah Bayangan Qur’an Jilid 10, TTP: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, h.42020 Drs. HA. Hafizh Dasuki,MA, Drs. H. Alhumam Mz, Drs. E. Badri Yunardi, Drs. M. Syatibi AH, Drs. M Shohib Tahar, Drs. Mazmur Sya’roni, Drs. H. Bunyamin Surur(1993), Op.cit, h.44-45.21 Al-Raghib al-Asfahani(1970), Mu’jam Alfaz al-Quran, TTP: TP, h.896.
8
Dalam ayat ini kalimah bermaksud maka celakalah yang mana digunakan untuk فويل
mencela sesuatu22. Kitab lain ada mengatakan makna dari sudut umumnya adalah penderitaan,
kehancuran dan kebinasaan23. Seterusnya yang dimaksudkan celaka di sini ialah orang-orang yang
bserada di dalam keadaan dicela oleh Allah SWT.
Berdasarkan ayat ini menjelaskan tentang orang-orang yang menyekutukan Allah dan
melakukan dosa yang boleh menyebabkan kekufuran, dengan ini mereka akan dihisab di hari akhirat
atas apa yang telah mereka katakan dan di atas apa-apa yang telah mereka lakukan24.
Ayat ini menjelaskan tentang perselisihan dari sudut kepercayaan di kalangan pengikut Nabi
Isa yang mengatakan Nabi Isa itu juga adalah Tuhan, maka diturunkan ayat ini bagi orang yang
dalam keadaan celaka25.
Kalimah فويل juga terdapat dalam Surah Al-Ma’un ayat 4 sebagaimana firman Allah SWT:
(kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka
Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. ( Surah Al-Maa’uun : 4)
Ini menjelaskan bahawa iaitu فويل celakalah ke atas orang-orang yang berada dalam
keadaan lalai dan tidak ikhlas dalam menunaikan solat, kerana solat itu adalah tiang agama yang di
perintahkan oleh Allah ke atas umatnya.
Dalam ayat ini menjelaskan tentang orang yang sembahyang tetapi mereka tidak mendirikan
sembahyang. Ini bermaksud mereka melakukan gerak-geri solat dan membaca bacaannya, tetapi hati
mereka tidak menghayati bacaan-bacaan itu dan tidak menginsafi dengannya. Jiwa mereka tidak
berada semasa mendirikan solat dan tidak mengetahui hakikat isi bacaan itu serta maksud doa dan
tasbih. Ini kerana mereka melakukan solat hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain
bukannya kerana Allah, maka sebabitu mereka lalai dari mendirikan solat. Maksud sebenar
22 Al-Raghib al-Asfahani(1961), Op.cit, h. 53523 Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Op.cit, h.1951.24 Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Op.cit, h.183.25 Prof. Dr. Hamka(1982), Tafsir Al-Azhar juzu’ XXV, Surabaya: Yayasan Latimojong, h.94.
9
mendirikan solat ialah menghadirkan hakikat diri semasa mendirikan solat dan melakukan dengan
ikhlas kerana Allah SWT26.
Begitu juga dalam Surah Shaad ayat 27 terdapat kalimah فويل seperti firman Allah SWT:
“ maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka”. ( Surah Shaad :27)
Kalimah dalam ayat ini menjelaskan tentang orang kafir yang tidak mahu percaya فويل
bahawa segala yang diciptakan adalah semuanya daripada Allah, mereka lebih mempercayai kepada
benda-benda yang diciptakan oleh tangan mereka sendiri27.
Dalam ayat ini juga Allah menegaskan bahawa orang-orang kafir yang tidak mahu
mempercayai bahawasanya Allah yang menciptakan seluruh alam ini dan mereka menganggap alam
ini sia-sia sahaja, maka celakalah orang-orang kafir itu. Demikian itu, mereka akan diseksa dalam
api neraka yang sangat dahsyat di hari akhirat. Mereka tidak pernah serik dengan apa yang telah
mereka lakukan.
Selain daripada itu, di dalam Surah Az-Zumar juga terkandung kalimah فويل dalam ayat
22. Sebagaimana firman Allah SWT :
Maka Kecelakaan besarlah bagi orang-orang Yang keras membatu hatinya daripada menerima
peringatan Yang diberi oleh Allah. (Surah Az-Zumar : 22)
Perkataan celaka iaitu فويل ditujukan kepada orang yang cuba menutup pintu hatinya dari
menerima kebenaran. Orang seperti ini hatinya tetap dalam kegelapan dan tidak akan dimasuki
petunjuk walau sedikit pun. Sesungguhnya mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Jelaslah
di sini, bahawa Allah mencela orang yang cuba berpaling dari menerima ajaran Islam kerana Allah
sahaja yang mampu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya28.
26 Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah(2000), Tafsir Fi Zilalil Qur’an Di Bawah Bayangan Qur’an Jilid 17, TTP: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, h.556.27 Prof. Dr. Hamka(1980), Tafsir Al-Azhar juzu’ XX111-XX1V, Surabaya: Yayasan Latimojong, h.248
28 Prof. Dr. Hamka(1980), Tafsir Al-Azhar juzu’ XX111-XX1V, Surabaya: Yayasan Latimojong, ibid, h 51.10
Keempat-empat surah di atas merujuk kepada kalimah yang ditegaskan oleh Allah فويل
SWT tentang akibat bagi orang yang melanggar perintahnya dan kufur terhadap nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah iaitu nikmat Islam dan Iman. Ini kerana kecelakaan itu datang daripada diri
manusia itu sendiri. Sebagaimana mereka akan mendapat azab seksa yang sangat dahsyat di akhirat
kelak. Sesungguhnya apa yang terjadi di atas dunia ini adalah di tentukan oleh Allah SWT.
11
PENUTUP
الحمد لله وكفى والصالة والسالم على جميع األنبياء والمرسلين وعلى خاتم
األنبياء سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين.
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan taufik dan inayahNya dapatlah kiranya kami
menyempurnakan kertas kerja ini. Berdasarkan apa yang telah dihuraikan dalam kertas kerja ini
dapatlah kami simpulkan bahawasanya Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang begitu indah
berbanding dengan kitab-kitab lain. Kalimah yang terdapat dalam kertas kerja kami ini
mengandungi makna begitu mendalam yang sepatutnya perlu diperhalusi dan dihayati oleh setiap
individu. Islam menyeru umatnya menambahkan ilmu dan mempelajari segala isi Al-Quran kerana
tersembunyi di sebaliknya keistimewaan dan hikmah yang begitu banyak demi menjaga
kemaslahatan kehidupan manusia sejagat dan juga merupakan satu jalan keluar dalam mengharungi
pelbagai permasalahan mengenai kehidupan.
Berdasarkan kalimah yang telah kami huraikan, dapatlah kami simpulkan di sini
bahawasanya sesiapa yang cuba menganiaya diri sendiri akan ditempatkan di dalam neraka.
Manakala orang kafir yang merendah-rendahkan martabat pencipta-Nya dan apabila didengari oleh
makhluk lain seperti langit bumi dan gunung-ganang nescya ia akan musnah dengan dahsyatnya
kerana tidak sanggup mendengar kata-kata nista yang telah dilontarkan oleh orang kafir tersebut.
Selain daripada itu, Allah begitu mencela orang yang melakukan sesuatu perkara di dalam
keadaan lalai contonhnya mendirikan solat. Tambahan pula, Allah juga mencela orang yang
berpaling dari menerima ajaran-Nya yang benar.
Ini membuktikan bahawasanya Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya
walaupun ianya tidak dapat dicapai oleh akal manusia contohnya Allah mampu membelah langit
dengan kudrat-Nya tanpa sebarang bantuan sesiapa pun. Di samping itu juga, Allah mampu
meniupkan roh ke dalam rahim Maryam walaupun tanpa perantaraan seorang bapa yang mana
12
Maryam terpaksa mengasingkan dirinya ke suatu tempat yang jauh untuk menghindari dari fitnah
Bani Israel.
Akhir kata, kami berterima kasih di atas setiap kerjasama yang diberikan dalam
menyempurnakan kertas kerja ini. Semoga apa yang telah kami lakukan akan mendapat keredhaan
Ilahi. Amin.
13
RUJUKAN
1. Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi(t.t), al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz al-Quran al-Karim, TTP: Darul wa Mutobi’ul al-Syu’bi.
2. Al-Raghib al-Asfahani(1961), al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Mesir: Syarikat Maktabah wa Matba’ah Mustofa al-Babi al-Jalabi wa Auladihi bi Misri.
3. Al-Raghib al-Asfahani(1970), Mu’jam Alfaz al-Quran, TTP: TP. 4. Prof. Dr. Hamka(1980), Tafsir Al-Azhar juzu’ XX111-XX1V, Surabaya: Yayasan
Latimojong. 5. Prof. Dr. Hamka(1982), Tafsir Al-Azhar juzu’ XV, Surabaya: Yayasan Latimojong. 6. Prof. Dr. Hamka(1982), Tafsir Al-Azhar juzu’ XXV, Surabaya: Yayasan Latimojong. 7. Syeikh Majdi Fatha Said(2006), Tafsir al-Quran al-Azim Lil Nisa’, TTP: Darul Sohabah
Lil Turas Bi Thontha.8. Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah(2000), Tafsir Fi Zilalil Qur’an Di Bawah
Bayangan Qur’an Jilid 10, TTP: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. 9. Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah(2000), Tafsir Fi Zilalil Qur’an Di Bawah
Bayangan Qur’an Jilid 17, TTP: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. 10. Dr. H Hanadhy(1979), Terjemah Alfazil Qur’an Inayah Lil Mubtadi’in Terjemah al-
Quran secara Lafziyah Jilid 1X, Jakarta: Yayasan Pembinaan Masyarakat Islam Al-Hikmah.
11. Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Terjemah Tafsir Al-Maraghi 15, Semarang, Indonesia: Tohaputra Semarang.
12. Ahmad Mushthafa Al-Maraghi(1988), Terjemah Tafsir Al-Maraghi 25, Semarang, Indonesia: Tohaputra Semarang.
13. Drs. HA. Hafizh Dasuki,MA, Drs. H. Alhumam Mz, Drs. E. Badri Yunardi, Drs. M. Syatibi AH, Drs. M Shohib Tahar, Drs. Mazmur Sya’roni, Drs. H. Bunyamin Surur(1993), Al-Quran dan Tafsirnya Jilid V1, Semarang: TP.
14. Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa(2007), Al-Miftah,TTP: Al-Azhar Media Enterprise.
14