tafsiran kesamarataan gender menurut cedaw dan
TRANSCRIPT
370
TAFSIRAN KESAMARATAAN GENDER MENURUT CEDAW DAN ISLAM
Mohd Hazuman Bin Zulkifli & Zuliza Mohd Kusrin
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Malaysia adalah salah sebuah negara yang meraktifikasi perjanjian denngan CEDAW
dengan meletakkan beberapa reservasi kerana terdapat beberapa artikel dalam CEDAW
yang jelas bertentangan dengan Undang-undang Islam di Malaysia. Hal ini berlaku kerana
terdapat ketidakselarasan atau perbezaan pandangan tentang tafsiran konsep kesamarataan
gender dan tidak mendiskriminasi antara CEDAW dan Islam. Artikel bertujuan
menganalisis tanggungjawab Malaysia sebagai sebuah negara anggota yang mendatangani
CEDAW. Analisis juga dibuat terhadap tafsiran konsep tersebut menurut perspektif
CEDAW dan Islam. Data-data terkumpul dianalisis secara diskriptif. Hasil analisis
mendapati bahawa sebagai sebuah negara anggota Malaysia bertanggungjawab mematuhi
segala peruntukan yang dinyatakan dalam CEDAW. Seterusnya, konsep kesamarataan
gender dan tidak mendiskriminasi yang berbeza menurut Cedaw dan Islam menyebabkan
kerajaan Malaysia perlu memberikan justifikasi terhadap reservasi yang dibuat terhadap
kepatuhan kepada CEDAW tanpa menjejaskan amalan Perlembagaan serta Perundangan
Syariah semasa di Malaysia.
PENGENALAN
Menurut UNIFEM (United Nations Development Fund for Women South Asia Regional
Office) pada umumnya, istilah CEDAW (Convention of all forms of Discrimination Against
Women) digunakan sebagai Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Terhadap Perempuan. Setiap artikel adalah tuntutan untuk hak sama rata terhadap wanita
tanpa mengira status terhadap perkahwinan mereka, penyertaan politik, berkhidmat dengan
sektor swasta mahupun kerajaan, hak dalam perkahwinan dan termasuk perkara-perkara
yang berkaitan dengan wanita(UN WOMEN 2015). Menerusi laman web Women’s Aid
Organisation, CEDAW lebih dikenali sebagai Konvensyen Wanita, merupakan satu
perjanjian hak-hak wanita antarabangsa yang membincangkan mengenai hak-hak wanita
dan menggesa kerajaan untuk memastikan hak-hak wanita dihormati. CEDAW
menyediakan rangka kerja untuk membela hak asasi wanita serta platform bagi NGO-NGO
yang mewakili wanita menyuarakan pendapat (WAO 2015).
Konvensyen ini memerlukan undang-undang negara yang meratifikasikan CEDAW untuk:
1. Mengharamkan diskriminasi; mengesyorkan langkah-langkah khas sementara
untuk mempercepatkan kesaksamaan sebenarnya antara lelaki dan wanita dan
2. Tindakan untuk mengubahsuai corak sosial dan kebudayaan yang mengekalkan
diskriminasi.
CEDAW digambarkan sebagai undang-undang antarabangsa yang diwujudkan bagi
membela hak wanita yang mula berkuat kuasa pada 3 September 1981 dan telah disahkan
oleh 186 negara. Lebih 50 negara-negara yang telah meratifikasi Konvensyen ini tertakluk
kepada perisytiharan tertentu, tempahan dan bantahan (Venkatraman 1995:1953). Negara-
negara Islam yang turut meratifikasikan CEDAW antaranya ialah Pakistan, Bangladesh,
Indonesia, Afghanistan dan juga Malaysia.Berdasarkan UN Women (United Nations Entity
371
for Gender Equality and the empowerment of Women), pada asalnya CEDAW ditubuhkan
pada tahun 1946 sebagai sektor kecil dibawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, namun ia
telah mendapat status segera suruhanjaya penuh akibat desakan yang digesa oleh aktivis
wanita daripada negara-negara anggota. Hal ini kerana mereka memerlukan perhatian
segera dalam perkara-perkara yang berkaitan hak-hak wanita. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk melaksanakan prinsip bahawa lelaki dan wanita harus mempunyai hak yang sama
dalam semua bidang (UN WOMEN 2015).
Pada tahun 1960-an telah mula timbul suatu kesedaran baru mengenai diskriminasi
terhadap wanita di kebanyakan tempat di dunia. Rentetan itu, berlaku peningkatan terhadap
sebilangan organisasi yang terlibat untuk memerangi kesan perbezaan sedemikian. Pada
tahun 1974, pada sesi ke-25 dan bersandarkan laporan terhadap perkara ini, Suruhanjaya
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah memutuskan bahawa pada dasarnya perlu
disediakan satu perjanjian yang dapat mengikat undang-undang di peringkat antarabangsa
bagi menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (UN WOMEN 2015).
Teks Konvensyen mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita telah
disediakan oleh kumpulan dalam Suruhanjaya yang terlibat sepanjang tahun 1976 dan
perbincangan meluas telah dilakukan oleh satu kumpulan kerja Jawatankuasa Ketiga
Perhimpunan Agung dari tahun 1977 hingga tahun 1979. Penggubalan kerja dalam
Suruhanjaya telah diwujudkan bagi tindakan perlaksanaan objektif wanita antarabangsa
tahunan yang telah diterima pakai oleh Persidangan Dunia Tahunan Wanita Antarabangsa
di Mexico City pada tahun 1975. Ia menggesa kepada konvensyen agar berusaha ke arah
penghapusan diskriminasi terhadap wanita dengan tatacara pelaksanaannya yang lebih
berkesan. Gerak kerja ini juga disokong oleh Perhimpunan Agung yang telah mendesak
Suruhanjaya agar isu status wanita yang didiskriminasi diselesaikan dengan segera (UN
WOMEN 2015).
Konvensyen mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita telah
diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1979. Perhimpunan ini mengharapkan
bahawa konvensyen akan mula berkuatkuasa pada tarikh yang lebih awal dan meminta
Setiausaha Agung membentangkan teks konvensyen kepada pertengahan dekad Dunia
persidangan Dekad Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Wanita (UN WOMEN 2015).
Pada 2 Julai 1979, Sweden merupakan negara pertama memasukkan CEDAW dalam
perlembagaannya pada majlis khas yang berlangsung di Persidangan Copenhagen. Pada 3
September 1981, 30 hari selepas negara anggota kedua puluh telah mengesahkannya,
Konvensyen mula berkuat kuasa dengan lebih cepat daripada mana-mana konvensyen hak
asasi manusia sebelum. Oleh itu ia membawa kepada klimaks usaha PBB untuk
menrekodkan secara komprehensif piawaian undang-undang antarabangsa untuk wanita
(UN WOMEN 2015).
a) Ratifikasi dan Reservasi Malaysia terhadap artikel CEDAW
Setelah ratifikasi CEDAW dibuat, kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap
artikel-artikel yang bertentangan dengan perundangan negaranya. Berikut merupakan
kenyataan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ketika ratifikasi CEDAW dengan
penambahan dan pengecualian1:
1 Kenyataan ini boleh didapati dalam laman sesawang http://www.un.org/womenwatch/daw/cedaw/.
17/2/2016
372
“The Government of Malaysia declares that Malaysia’s accession is subject to
understanding that the provisions of the Convention do not conflict with the provisions of
Islamic Sharia’ law and the Federal Constitution of Malaysia. With regards thereto,
further, the Government of Malaysia does not consider itself bound by the provisions of
Articles 2(f), 5(a), 7(b), 9 and 16 of the foresaid Convention. In relation to Article 11,
Malaysia interprets the provisions of his a reference to the prohibition of discrimination
on the basis of equality between men and women only.”
Kenyataan daripada Kerajaan Malaysia ini menyatakan bahawa persetujuan meratifikasi
CEDAW adalah dengan syarat selagi perkara-perkara yang terkandung dalam konvensyen
ini tidak bercanggah dengan perkara-perkara dalam Perundangan Syariah dan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rentetan kenyataan ini, Kerajaan Malaysia telah
membuat reservasi terhadap beberapa artikel yang bercanggah dengan Perundangan
Syariah dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Terdapat lima artikel dalam CEDAW
yang masih direservasi iaitu 9(2), 16(1) (a), 16(1)(c), 16(1)(f) dan 16(1)(g). Artikel 9(2)
CEDAW adalah berkaitan dengan pemberian warganegara yang mana Kerajaan Malaysia
perlu memberi hak warganegara terhadap anak yang lahir sekiranya ibunya warganegara
dan bapanya bukan warganegara. Perihal ini bercanggah dengan Perkara 15(1)
Perlembagaan Persekutuan yang hanya memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir
sekiranya ayahnya sahaja warganegara. Seterusnya berkaitan artikel 16(1) (a), 16(1)(c),
16(1)(f) dan 16(1)(g) CEDAW, artikel-artikel ini adalah berkaitan dengan perundangan
keluarga yang bercanggah dengan undang-undang keluarga Islam berkaitan hak-hak
kesamarataan dituntut dalam perkara-perkara berkaitan perkahwinan seperti hak perwalian,
hak nafkah, poligami dan hak perceraian.
Reservasi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia adalah disebabkan artikel-artikel yang
terkandung di dalam CEDAW bertentangan dengan perundangan Syariah dan
Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, reservasi yang dibuat mempunyai implikasi
yang mana ia perlu kepada perlaksanaan dan bukan terhapus begitu sahaja. Hal ini
dijelaskan dalam Artikel 2 CEDAW dengan menyatakan bahawa:
Negara-negara Anggota mengutuk segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, bersetuju
untuk mengambil semua langkah bersesuaian dan tanpa berlengah-lengah satu polisi
bertujuan menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, menerusi:
a) Menzahirkan prinsip kesaksamaan lelaki dan wanita dalam perlembagaan atau sistem
perundangan yang bersesuaian jika belum lagi, dan memastikan melalui undang-
undang ataupun cara lain yang bersesuaian, pencapaian yang praktikal prinsip ini;
b) Menerima pakai perundangan dan langkah-langkah lain, termasuk sekatan apabila
bersesuaian, yang melarang segala diskriminasi terhadap wanita;
c) Mewujudkan perlindungan undang-undang untuk hak asasi wanita atas dasar
kesaksamaan dengan lelaki dan memastikan perlindungan berkesan untuk wanita
terhadap apa-apa tindakan diskriminasi melalui tribunal kebangsaan berwibawa dan
institusi-institusi awam lain;
d) Menolak dari terbabit dalam mana-mana amalan ataupun perbuatan berunsur
diskriminasi terhadap wanita dan memastikan pihak-pihak berkuasa dan institusi-
institusi awam bertindak selari dengan kewajiban ini;
e) Mengambil kesemua langkah yang bersesuaian bagi menghapuskan diskriminasi
terhadap wanita oleh mana-mana individu, organisasi, ataupun badan;
373
f) Mengambil kesemua langkah yang bersesuaian, termasuk perundangan, untuk
memperbaiki ataupun menghapuskan mana-mana undang-undang, peraturan, budaya,
ataupun amalan yang mengandungi unsur-unsur diskriminasi terhadap wanita;
g) Menarik balik sebarang peruntukan hukuman yang mengandungi unsur diskriminasi
terhadap wanita.
Artikel 2 ini menjelaskan bahawa setiap negara-negara anggota bersetuju untuk
melaksanakan setiap artikel CEDAW dengan beberapa langkah yang diberi. Langkah-
langkah utama bagi memastikan artikel-artikel CEDAW terlaksana ialah melalui
perundangan. Perundangan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan wanita
mestilah tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi.
Sehubungan itu, negara-negara yang meratifikasikan CEDAW perlu melaksanakan
keseluruhan artikel yang terkandung dalam konvensyen ini tanpa sebarang penangguhan.
Ia termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak wanita sama ada secara
langsung atapun tidak (Linda 2014:31). Artikel ini menjadi pengikat bagi setiap negara-
negara anggota untuk melaksanakan prinsip-prinsip CEDAW tanpa penangguhan. Selain
itu, obligasi terhadap negara-negara anggota terletak dalam artikel ini kerana apabila
ratifikasi dibuat, maka negara-negara anggota terikat dengan kandungan perjanjian. Justeru
itu tanggungjawab sebagai negara yang meratifikasi CEDAW adalah melaksanakan semua
tuntutan artikel yang terkandung dalam CEDAW.
Selain itu, CEDAW juga menegaskan dalam artikel 28(2) mengenai reservasi yang
dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan matlamat kewujudan konvensyen ini. Namun
sebagai status perjanjian antarabangsa yang mempunyai had disebabkan oleh jenis sistem
undang-undang domestik telah membolehkan Kerajaan Malaysia untuk membuat
penambahan dan pengecualian menggunakan alasan kepentingan nasional (Akehurst
1993:1). Walaupun perkara ini dapat diaplikasikan, matlamat dan objektif dalam prinsip
CEDAW tidak akan tercapai kerana persetujuan perjanjian ini adalah bagi melaksanakan
semua artikel CEDAW.
Menurut Artikel 18 CEDAW, setiap negara yang meratifikasikan CEDAW perlu
menghantar laporan dalam tempoh satu tahun selepas berkuatkuasanya Konvensyen ini,
mengenai langkah-langkah perundangan, kehakiman, pentadbiran serta langkah-langkah
lain yang telah dilaksanakan oleh mereka bagi memberi kesan kepada peruntukan
Konvensyen. Kemudiannya laporan selanjutnya perlu dikemukakan setiap empat tahun
bagi melihat progres perlaksanaan CEDAW
Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab memantau obligasi perlaksanaannya ialah
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di bawah Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan Dasar yang bertindak memantau progres perlaksanaan CEDAW. Bahagian
ini dipertanggungjawabkan untuk menghantar laporan kepada jawatankuasa CEDAW
terhadap progres perlaksanaan CEDAW di Malaysia (SUHAKAM 2013:6)
Ratifikasi CEDAW oleh Kerajaan Malaysia, dapat dilihat bahawa penglibatan Kerajaan
Malaysia terhadap CEDAW merupakan satu langkah yang positif. Hal ini adalah kerana
Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap diskriminasi hak wanita. Walaupun berlaku
percanggahan terhadap perundangan Syariah, Kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan
pro-aktif dengan membuat reservasi terhadap perkara yang bercanggah. Namun begitu,
374
reservasi yang dikekalkan perlu kepada justifikasi terhadapnya kerana setiap reservasi tidak
boleh bercanggah dengan matlamat konvensyen.
Konsep tidak mendiskriminasi menurut Cedaw dan Islam adalah berbeza menyebabkan
beberapa reservasi yan dibuat melalui ratifikasi Cedaw oleh kerajaan Malaysia dianggap
mendiskriminasi hak wanita. Justeru perbincangan seterusnya adalah berkenaan tafsiran
konsep tidak mendiskriminasi menurut Cedaw dan Islam.
KONSEP TIDAK MENDISKRIMINASI MENURUT CEDAW
CEDAW. Dalam artikel 1 CEDAW memperuntukan:
“Untuk tujuan Konvensyen ini, istilah “diskriminasi terhadap wanita” akan
ditafsirkan sebagai sebarang perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat atas
dasar perbezaan jantina yang bertujuan atau berkesan untuk melemahkan atau
membatalkan pengiktirafan, kenikmatan atau pelaksanaan oleh wanita, tidak kira
status perkahwinan, atas dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita, ke atas hak
asasi dan kebebasan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, sivil atau
mana-mana bidang lain.”
Merujuk kepada peruntukan ini, terdapat dua prinsip asas yang menjadi tulang belakang
dalam CEDAW sebagai panduan terhadap negara-negara yang menganggotai (Simone &
Lisa 2013:7). Dua prinsip tersebut ialah ‘tidak mendiskriminasi’ dan ‘kesamarataan
gender’. Selain itu, Alda & Martha (2009) menyatakan prinsip asas CEDAW adalah satu
iaitu ‘kesamarataan gender’ dan daripadanya dipecahkan kepada tiga prinsip iaitu ‘tidak
mendiskriminasi’, ‘negara-negara yang dipertanggungjawabkan’ dan ‘kesamarataan
substantif’. Namun begitu, apa pun perbezaan pendapat terhadap prinsip CEDAW, ia tetap
berasaskan kepada satu matlamat iaitu menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap
hak wanita yang dalam apa jua keadaan.
Asasnya Artikel 1 CEDAW memberi definisi kepada tema ‘tidak mendiskriminasi’.
Definisi ini menjadikan kesamarataan hak gender sebagai alat untuk menghapuskan segala
bentuk diskriminasi. Walaupun begitu, definisi yang tepat bagi ‘tidak mendiskriminasi’
adalah bersandarkan kepada definisi yang diberikan oleh perundangan negara-negara yang
menandatangani perjanjian CEDAW apabila meratifikasikannya. Hal ini kerana ‘tidak
mendiskriminasi’ merujuk kepada situasi diskriminasi yang berlaku dalam negara-negara
yang terlibat (Alda & Martha 2009:1143). Simone & Lisa (2013) memberi tafsiran terhadap
‘tidak mendiskriminasi’ adalah berkaitan perbezaan layanan berdasarkan gender yang
terdiri daripada perbezaan antara wanita dengan lelaki, hak-hak yang diberikan kepada
wanita dan bukan kepada lelaki dan juga pengecualian yang diberikan kepada wanita dan
bukan kepada lelaki.
CEDAW menjadi asas dalam penghapusan segala bentuk diskriminasi terhadap hak-hak
wanita. Fokus di dalam CEDAW adalah untuk melindungi wanita dari pelbagai bentuk
diskriminasi yang berlaku antara wanita dengan lelaki berdasarkan kepada pengamalan
sosial antara wanita dengan lelaki. Perkara yang selalu dikaitkan adalah lelaki seorang yang
kuat, cerdik, mendominasi, menguasai dan perkara-perkara yang wanita tidak dapat
melakukannya. Kaitan ini menjadi satu ukuran diskriminasi terhadap golongan wanita
(Najibah 2012:55).
375
Kajian Haniff (2012) dalam menganalisis definisi terhadap ‘tidak mendiskriminasi’,
berdasarkan CEDAW, mengemukakan definisi tersebut dengan membezakan diskriminasi
dengan item perbezaan, pengecualian dan sekatan. Beliau menyatakan tidak semua perkara
yang mempunyai item tersebut sebagai diskriminasi. Ini kerana diskriminasi merujuk
kepada perbezaan yang berlaku antara wanita dan lelaki dalam perundangan, syarat-syarat,
adat dan persekitaran. Sekiranya berlaku perbezaan dalam perkara ini, maka ia merupakan
diskriminasi terhadap wanita (Haniff 2012:132).
Prinsip ‘tidak mendiskriminasi’ dalam peruntukan CEDAW menjadi satu keistimewaan
terhadap wanita kerana CEDAW dan perjanjian-perjanjian mengenainya menjadi sebagai
‘payung’ dalam memelihara hak wanita daripada didiskriminasi (Haniff 2012:125).
Kerelevanan peruntukan dan asas konsep dalam kesamarataan dan ‘tidak mendiskriminasi’
menjadi asas penting dalam kerangka kerja perjanjian ini (Haniff 2012:132). Merujuk
kepada artikel 2 CEDAW, ia menjelaskan kehendak CEDAW terhadap negara-negara
yang terlibat dengan konvensyen ini supaya tidak mendiskriminasi hak wanita dari pelbagai
aspek. Selain itu, hak kesemarataan juga diberi penekanan. Merujuk kepada klausa 2 (a),
kesamarataan dalam gender perlu dizahirkan di dalam perlembagaan dan mana-mana
peruntukan undang-undang. Hal ini menzahirkan bahawa CEDAW merupakan ‘payung’
dalam membela hak-hak wanita daripada diskriminasi.
Daripada objektif dalam tema ‘tidak mediskriminasi’ ini, didapati bahawa CEDAW
menghapuskan segala bentuk diskriminasi. Bentuk-bentuk diskriminasi ini merangkumi
aspek politik, ekonomi, hubungan sosial, sivil, dan dalam apa jua bidang yang mana wanita
mempunyai hak terhadapnya. Kesan daripada ‘tidak mendiskriminasi’ ini menjadi
tanggungan terhadap negara-negara yang terlibat untuk mematuhinya apabila ratifikasi
dilaksanakan.
KONSEP KESAMARATAAN GENDER MENURUT CEDAW
Kesamarataan gender merupakan isu utama dalam kewujudan CEDAW untuk
menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang berlaku. Feminisme atau persamaan
gender ini berasal dari ajaran persamaan (equality) dalam segala perkara dikalangan
masyarakat Barat. Antara teori feminisme radikal adalah menuntut persamaan hak antara
lelaki dan perempuan dalam soal hak-hak yang berkaitan sosial dan seksual.
Menurut Corsini (1999), gender ditakrifkan sebagai perkara-perkara sosial atau
kemasyarakatan yang berkaitan dengan seks. Ia merujuk kepada sifat maskulin
(masculinity) dan feminin (femininity) yang dipengaruhi dengan kebudayaan, simbolik,
stereotaip dan pengenalan diri. Dalam Encyclopedia of Women and Gender, istilah gender
dari segi sosialnya ditentukan oleh konsep seseorang yang menjadi wanita (feminin) dan
lelaki (maskulin) (Judith 2001:55). Begitu juga pentakrifan di dalam Encyclopedia of
Human Ecology, istilah gender telah dirujuk kepada cara di mana wanita dan lelaki yang
akan dijangka untuk bertindak sebagai wanita (feminin) atau lelaki (maskulin) dalam
masyarakat (Julia 2003:322).
Kesimpulannya perbincangan mengenai kajian terhadap definisi gender, asasnya gender
dilihat sebagai perbezaan yang berlaku antara lelaki dan wanita dengan merujuk kepada
biologi dan sosiologi yang menjadi diskriminasi dalam golongan wanita seperti yang
dinyatakan oleh CEDAW.
376
Perbincangan CEDAW dalam menjadikan kesamarataan gender sebagai alat
menghapuskan segala bentuk diskriminasi telah membahagikan asas kesamarataan dalam
CEDAW kepada dua pecahan iaitu pertama kesamarataan secara formal dan kedua
kesamarataan secara substantif. Kesamarataan secara formal merupakan kategori dalam
kesamarataan gender terhadap CEDAW. CEDAW telah mengenakan tanggungan terhadap
negara anggota untuk melakukan transformasi dari sudut perundangan berdasarkan kepada
pindaan undang-undang yang berasaskan kesamarataan hak antara wanita dengan lelaki.
Kesamaraatan secara formal dalam erti kata lain adalah perubahan yang dilakukan terhadap
undang-undang sedia ada yang mana di dalamnya mengandungi diskriminasi terhadap hak
wanita. Ia digunakan bagi melaksanakan tujuan CEDAW bagi menghapuskan segala
bentuk diskriminasi terhadap wanita (Simone & Lisa 2013).
Kesamarataan secara substantif pula merujuk kepada keadaan biologi, sosial dan
persekitaran wanita. Kategori ini lebih memfokuskan kepada tuntutan CEDAW untuk
merealisasikan ‘tidak mendiskriminasi’ terhadap golongan wanita. Jawatankuasa bagi
setiap negara yang terlibat perlu memastikan bahawa perlaksanaan kesamarataan bukan
sahaja dilaksanakan dalam perundangan tetapi ia juga perlu dilaksanakan terhadap keadaan
biologi, sosial dan persekitaran yang berkaitan dengan wanita. Perkara ini diperlukan
sebagai transformatif kepada kesamarataan gender dalam merealisasikan ‘tidak
mendiskriminasi’ terhadap golongan wanita (Rolando 2006:21).
Selain itu, Salbiah (2011) menjelaskan konsep substantif kesamarataan dengan
mengklasifikasikan kepada tiga kategori. Pertama, kategori perkara-perkara yang
menjejaskan hak-hak wanita. Kedua pula terhadap sekatan-sekatan yang berlaku dalam hak
wanita. Akhir sekali, pengecualian dalam hak-hak wanita. Ketiga-ketiga kategori ini
merupakan cabang kepada konsep substantif kesamarataan.
CEDAW memandang serius terhadap perkara-perkara yang menjejaskan hak-hak wanita
seperti pemikiran sebelum zaman kemodenan yang menganggap wanita sebagai seorang
yang lemah dan tidak boleh bersaing dengan lelaki dalam pelbagai perkara. Justeru
CEDAW menentang sekatan-sekatan yang berlaku terhadap wanita seperti menentukan
pasangan hidup dalam perkahwinan dengan menghapuskan hak wali terhadap wanita.
CEDAW juga menentang bentuk-bentuk pengecualian yang dikenakan terhadap wanita
seperti hak untuk menjadi ketua negara. Sekatan dan pengecualian tersebut menyatakan
bahawa pemikiran dan amalan tersebut merupakan satu bentuk diskriminasi yang
menyebabkan tidak berlaku kesamarataan gender (Salbiah 2011:332).
Berdasarkan kepada kesamarataan secara formal dan substantif terhadap kesamarataan
gender, CEDAW mementingkan kesamarataan gender bagi menghapuskan segala bentuk
diskriminasi wanita. Fokus terhadap kedua elemen ini membuktikan bahawa prinsip
kesamarataan yang dibawa CEDAW merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan
wanita, merangkumi aspek kesamarataan dari sudut luaran dan juga dalaman. Aplikasi
terhadap prinsip kesamarataan ini dapat menghapuskan bentuk diskriminasi terhadap
wanita. Namun begitu, kesamarataan gender ini bukanlah suatu penganiyaan terhadap
kaum lelaki tetapi ia sebagai alat untuk menghapuskan segala bentuk diskiriminasi wanita.
Oleh itu, gesaan agar jawatankuasa setiap negara merealisasikan CEDAW merupakan
bentuk transformatif dalam menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita.
377
HUBUNGAN ANTARA KONSEP TIDAK MENDISKRIMINASI DENGAN
KESAMARATAAN GENDER MENURUT CEDAW
Konsep tidak mendiskriminasi dan kesamarataan gender diantara keduanya mempunyai
hubungkait yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya merupakan prinsip asas bagi
pembentukan CEDAW. Walaupun keduanya mempunyai hubungkait, namun tafsiran
terhadap keduanya berbeza. Konsep tidak mendiskriminasi merupakan perkara-perkara
yang berkaitan dengan diskriminasi merangkumi pelbagai perkara sama ada secara
langsung ataupun tidak. Ini merujuk kepada luaran dan dalaman sesuatu perkara. Manakala
kesamarataan pula ialah berkaitan dengan sesuatu prosedur yang ditetapkan. Perbezaan ini
dapat dilihat bahawa tidak mendiskriminasi membawa maksud yang lebih luas berbanding
dengan kesmarataan yang terikat dengan sesuatu prosedur (Vierdag 1973:23). Oleh itu,
konsep tidak mendiskriminasi lebih luas penggunaannya berbanding dengan kesamarataan.
Selain itu, konsep kesamarataan digunakan secara meluas berbanding dengan konsep tidak
mendiskriminasi. Ini kerana konsep tidak mendiskriminasi hanya berkaitan dengan
prosedur dan tanggungjawab negara dalam melaksanakannya berdasarkan kepada
perundangan sahaja. Kesamarataan pula, merangkumi kesemua aspek termasuk
kesamarataan secara formal dan substantif. Dalam erti kata lain, kesamarataan merangkumi
perundangan dan juga persekitaran (Craven 1995:155-156). Oleh itu, penggunaan konsep
kesamaratan juga meluas daripada konsep tidak mendiskriminasi.
Apabila diteliti kedua-dua konsep ini, kesamarataan lebih meluas penggunaannya dalam
menghapuskan bentuk diskriminasi. Ini kerana asas kesamarataan dalam CEDAW
dijadikan instrumen untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi. Perbezaan antara
lelaki dan wanita daripada pelbagai aspek dianggap mendiskriminasi hak-hak wanita.
Walaupun begitu, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menghapuskan
diskriminasi terhadap wanita. Oleh itu, perbezaan ini hanya merujuk kepada penggunaan
konsep sahaja dan bukan dari sudut aplikasi.
KONSEP KESAMARATAAN GENDER MENURUT ISLAM
Umumnya, konsep kesamarataan gender menurut CEDAW dan Islam adalah berbeza. Asas
kesamarataan dalam Islam terbentuk daripada kenyataan bahawa kejadian manusia yang
pelbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu
diterima oleh setiap insan. Menurut pemikiran Islam terhadap keadilan ialah kesamarataan
sesama manusia. Semua insan, biar daripada mana asal mahupun keturunan adalah sama
sahaja kejadiannya. Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah SWT dengan sebaik-
baik ciptaan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Semua manusia mempunyai hak
untuk hidup serta meneruskan kehidupan yang mana ia merupakan hak asasi bagi setiap
manusia. Hak tersebut tidak sedikitpun terhalang kerana berbezanya pegangan agama,
bangsa, keturunan mahupun minoriti dalam sesebuah negara (Zainatul 2015:70).
Berdasarkan Mu’jam al-Mustalahat wa alfaz al-fiqhiyah istilah kesamarataan adalah sama
dengan istilah keadilan. Istilah tersebut ialah sesuatu perkara yang bertepatan dengan hak
yang diberikan. Dalam erti kata lain, seseorang yang diberikan hak kepadanya dimana hak
tersebut sesuai untuk dirinya.
378
Di dalam al-Quran juga diertikan sebagai keadilan. Hal ini merujuk kepada surah al-Infithar
ayat 7:
ىك فعدلك ٱلذي ٧خلقك فسو
Maksudnya:
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai
(dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh
badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Ibn Kathir (1998) menjelaskan kesamarataan dan keadilan adalah perkara yang mempunyai
hubungan. Kesamarataan dan keadilan tidak boleh dipisahkan maksudnya kerana kedua-
duanya memberi maksud yang sama. Oleh itu, maksud kesamarataan adalah sama dengan
maksud keadilan iaitu sesuatu yang bertepatan dengan hak yang diberi.
Berdasarkan kepada istilah yang diberikan, kesamarataan dan keadilan merupakan satu
perkara yang sama. Perbezaannya hanya kepada perkataan sahaja. Oleh itu, di dalam Islam
kesamarataan adalah keadilan yang mana hak diberikan kepada tempatnya.
HAK SAMA RATA DALAM IBADAH
Hak sama rata yang digariskan oleh Islam tidak hanya bersandarkan kepada kedudukan
seseorang mengikut jantina atau keturunan dan bangsa semata-mata. Setiap orang, lelaki
atau wanita, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin, adalah sama sahaja. Mereka
mempunyai hak yang sama untuk hidup sebagai manusia yang bermaruah dan mempunyai
peluang yang sama untuk mencari kekayaan di bumi Allah. Selain itu mereka juga
mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan dan mempunyai kedudukan
yang sama di sisi undang-undang serta mempunyai peluang yang sama untuk melakukan
ibadat kepada Allah SWT. Setiap orang akan diberikan ganjaran dan balasan yang sama
atas perbuatan yang dilakukan. Jelasnya Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan
lahiriah seperti pangkat, keturunan,etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat
perhatian dan perhitungan yang sama daripada Allah (Abdul Monir 1986:47). Terdapat
banyak dalil daripada al-Quran yang menjelaskan mengenai asas kesamarataan ini
antaranya dalam Surah al-Isra’ ayat 70:
هم في ٱلب ر ي هم م ين ٱلطي يبتي وفضلن ۞ولقد كرمنا بني ءادم وحلن ن كيروٱلبحري ورزق ل يل خلقنا م ين هم ا ت فضي
٧٠
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Menurut Ibn Kathir (1998) dalam tafsirnya menjelaskan mengenai ayat ini. Beliau
menyatakan bahawa manusia merupakan makhluk yang mulia berbanding dengan
makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain. Perkataan manusia merujuk kepada wanita dan
lelaki. Oleh itu, lelaki dan wanita adalah makhluk yang mulia (Ibn Kathir 1998 5:89).
379
Dalam Surah al-‘Ahzab ayat 35 Allah berfirman:
ديقيني وٱلص نيتتي وٱلص نيتيني وٱلق نتي وٱلق نيني وٱلمؤمي تي وٱلمؤمي ي إين ٱلمسليميني وٱلمسليم ري ن وٱلص ريي ديقتي وٱلصع عيني وٱلشي تي وٱلفيظيني ف وٱلشي ئيم ئيميني وٱلص ن تي وٱلمتصد يقيني وٱلمتصد يقتي وٱلص هم وٱلفيظتي وٱلكيري رو
كير د وٱلكير ي ا ٱلل را مغفيرة لم ٱلل أ ٣٥ ا ظييم وأMaksudnya:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan
orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-
orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang
benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta
orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada
Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang
lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang
lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki
yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta
orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah
menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
Menurut Imam al-Tabari (1994) menjelaskan ayat ini merujuk kepada amalan-amalan yang
dilakukan oleh lelaki dan wanita. Mereka akan mendapat pahala sekiranya melakukan amal
kebaikan dan akan menerima dosa sekiranya melakukan kejahatan. Menerusi ayat ini, tidak
dinafikan bahawa lelaki dan wanita mempunyai kesamarataan dalam melakukan amal
kebaikan (al-Tabari 1994 6:179-180).
Dalam kesamarataan lelaki dan wanita dari sudut ibadah terhadap solat berjemaah,
Rasulullah SAW telah bersabda:
ع رسول هللا من ابن شهاب قال أخرين روة بن زبر أن ائشة أخرته قالت: كنا نساء املؤمنا شهدون صل هللا ليه وسلم صالة الفجر متلفعا مبروطهن مث نقلنب إىل بيوهتن حني قضني الصالة ال عرفهن أحد
2من الغلس.
Maksudnya:
Dari ‘Aisyah r.a berkata: Kami dari golongan para wanita mukmin telah menghadiri solat
subuh bersama Rasulullah SAW dalam berpakaian kain yang berbulu. Kemudian mereka
(wanita mukmin) pulang ke rumah setelah selesai solat dalam keadaan mereka tidak
mengenali sesama mereka kerana pada ketika itu keadaan masih gelap.
Hadis ini menceritakan mengenai penyertaan wanita dalam solat berjemaah. Kewajipan
menunaikan solat berjemaah bukanlah hanya kepada lelaki sahaja, wanita juga mempunyai
kewajipan untuk menunaikan solat secara berjemaah. Wanita juga mempunyai peluang
untuk menunaikan solat bejemaah.
2 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. Mukhtasar Sohih Bukhari. No. 210.nan Abu Daud, Jld.
6, no. Hadis 1914, hlm. 164.
380
Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran serta hadis yang dijelaskan terhadap ibadah, hak
sama rata antara wanita dan lelaki tiada perbezaan. Ini kerana ganjaran pahala yang
diperolehi adalah sama. Tidak terdapat perbezaan dari sudut ganjaran yang diberi. Allah
SWT telah menetapkan sesiapa yang beramal dengan amalan kebaikan maka akan dibalas
dengan ganjaran kebaikan dan sekiranya beramal dengan kejahatan maka akan dibalas
dengan keburukan. Oleh itu, kesamarataan wanita dan lelaki dalam skop ibadah tiada
perbezaan.
HAK SAMA RATA DALAM KEPIMPINAN DAN POLITIK
Bidang kepimpinan dan politik bukan hanya untuk dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja.
Wanita juga turut memainkan peranan penting dalam kedua-dua bidang ini. Tidak
dinafikan walaupun secara fizikal wanita dianggap lemah, namun dari sudut idea, cadangan
dan keintelektualan wanita mempunyai persamaan antara wanita dan lelaki. Islam tidak
menafikan hak sama rata wanita terhadap penyertaan mereka dalam kepimpinan dan
politik. Ini kerana wanita dan lelaki memerlukan antara satu sama lain. Dalam al-Quran
surah al-Taubah ayat 71-72 membawa ayat yang menerangkan mengenai wanita dan lelaki
memerlukan antara sama lain:
ت ب عضهم أوليياء ب عض ن نون وٱلمؤمي مرون وٱلمؤميهون بيٱلمعروفي ي ة وقييمون نكري ٱلم ني و ن تون و ؤ ٱلصلو
ز حكييم زي إين ٱلل ة وطييعون ٱلل ورسولهۥ أولئيك سي رحهم ٱلل د ٧١ ٱلزكو نتي ٱلمؤمينيني ٱلل و وٱلمؤمي
نت ريي تيها مين ت ر ت ه ليدين ٱلن كين فييها خ دنفي طي يبة ومس نتي نو و ليك أكب ر ٱللي م ين ري ذ ٧٢ ٱلعظييم ٱلفوز هو
Maksudnya:
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada
berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat
kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
72. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh)
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan
beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih
besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
Ibn Kathir (1998) menjelaskan ayat ini bahawa orang mukmin yang terdiri daripada lelaki
dan wanita adalah memerlukan antara satu sama lain. Ia membawa maksud tiada perbezaan
lelaki dan wanita yang beriman. Mereka memerlukan antara satu sama lain dalam sesuatu
perkara (Ibn Kathir 1998 4:153-154).
Seterusnya wanita dan lelaki merupakan khalifah di muka bumi. Tujuan penciptaan
manusia adalah untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh serta mengabdi kepada Allah
SWT dan juga untuk menjadi khalifah di bumi seperti yang dinyatakan dalam al-Quran
surah al-An’am ayat 165:
381
ئيف ٱلرضي ورفع ب عضكم ف وق ب عض علكم خل ت وهو ٱليي لوكم در ع ربك إين م ءاتىك ما في ل يي ب سرييم قابي وإينهۥ لغفورٱلعي ١٦٥ رحي
Maksudnya:
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas
setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang
telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya
dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Perkataan Khalifah tidak menunjukkan kepada salah satu jenis jantina atau kumpulan etnik
tertentu. Lelaki dan wanita mempunyai fungsi yang sama sebagai khalifah, yang akan
mempertanggungjawabkan tugas-tugas kekhalifahannya di bumi, sebagaimana halnya
mereka untuk dipertanggungjawabkan sebagai hamba Allah SWT (Ibn Kathir 1998:346).
Al-Quran menyatakan bahawa tugas manusia adalah sebagai hamba dan khalifah di atas
muka bumi ini. Khalifah umumnya adalah tertumpu kepada lelaki kerana faktor fizikalnya
lebih kuat daripada wanita. Namun begitu, wanita sebenarnya juga mampu dari untuk
menyertai perkara ini. Hal ini turut diperakui menerusi hadis Rasulullah SAW yang
menyatakan:
ة قالت غزو مع رسول هللا )ص( سبع غزوا أخلفهم ف رحالم فأصنع لم الطعام ن أم طية النصار.وأداوى 3اجلرح وأقوم ل املر
Maksudnya:
Dari Ummu Attiyah al-Ansariah berkata: Aku telah bersama dengan Rasulullah SAW
sebanyak tujuh kali peperangan. Aku ditempatkan di bahagian belakang tentera Islam untuk
menyediakan makanan mereka, mengubati tentera yang cedera dan membantunya’
Hadis ini menjelaskan mengenai penyertaan wanita dalam peperangan. Selain peperangan,
hal ini turut diaplikasikan dalam hal-hal lain seperti sesuatu organisasi, politik serta bidang-
bidang yang mana wanita lebih pakar terhadapnya.
Sejarah juga telah menunjukkan bahawa wanita mampu dalam bidang kepimpinan dan
politik. Merujuk kepada sejarah-sejarah lepas, terbukti bahawa wanita juga mampu
menggalas tanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan kepimpinan dan politik. Sejarah
penglibatan wanita dalam bidang politik daripada kalangan wanita bermula dengan
Khadijah binti Khuwailid isteri kepada Rasulullah SAW(Shayuthy 2008:21).
Selain Khadijah r.a, terdapat juga tokoh politik di kalangan wanita iaitu Ummu Salamah
yang dikenali sebagai Hindun binti Umaiyah. Beliau telah menyumbangkan idea yang
bernas dalam hal-hal politik serta bijak menyusun strategi. Perkara ini dibuktikan melalui
penglibatan beliau dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah (Abu Shuqqah 1994:431).
Berdasarkan kepada situasi ini, penyertaan Ummu Salamah dalam memberi pandangan
telah diterima Rasulullah SAW walaupun beliau seorang wanita. Peristiwa ini
3 Muslim. Muslim bin Hajjaj. Sohih Muslim. Bab an-Nisa al-Ghazwul. No 199.
382
membuktikan bahawa hak wanita untuk turut serta dalam kepimpinan dan politik tidak
diketepikan.
HAK KESAMARATAAN DALAM EKONOMI
Hak wanita dalam ekonomi tidak dinafikan oleh Islam. Wanita dibolehkan untuk bekerja
serta memiliki harta. Di dalam al-Quran telah dijelaskan bahawa wanita mempunyai hak
untuk berjaya sepertimana lelaki. Perkara ini dijelaskan dalam surah al-Imran ayat 195:
ميل مل يع ي أو ذكر م ين م ينكم فٱستجاب لم رب هم أين ي ال أ روا فٱلين ب عض ن م ي ب عضكم أن هاوا م مين وأخري ريهي هم لكف يرن وقتيلوا وقت لوا سبييليي في وأوذوا دي نتول اهتييم سي ي ن لن هم ريي دخي تيها مين ت تر ه ١٩٥ ٱل وابي حسن يندهۥ وٱلل ٱللي يندي م ين ا ث واب ٱلن
Maksudnya:
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku
tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki
atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain;
maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir
keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan)
kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan
yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan
kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di
sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh).
Ibn Kathir (1998) menjelaskan bahawa lelaki dan wanita tidak mempunyai perbezaan
dalam semua perkara. Perkara ini merujuk kepada situasi hijrah, di mana pada ketika itu
wanita diberikan keizinan untuk behijrah (Ibn Kathir 1998 2:168).
Menerusi ayat ini wanita diizinkan untuk behijrah dalam erti kata lain wanita dibenarkan
untuk keluar rumah. Sejarah juga membuktikan bahawa wanita mempunyai peranan dalam
ekonomi. Perkara ini dibuktikan menerusi kehidupan Khadijah r.a isteri Rasulullah SAW.
Beliau merupakan wanita Islam yang memiliki perniagaan serta harta yang banyak.
Penglibatan beliau dalam perniagaan tidak ditegah oleh Rasulullah SAW bahkan
Rasulullah SAW menyokong beliau dalam perniagaan yang beliau lakukan. Selain itu,
Zainab binti Jahsy mempunyai pekerjaan dan kegiatan ekonomi yang dilakukan dengan
tangannya sendiri sehingga dapat bersedekah dari hasil pendapatannya sendiri. Zainab binti
Mas’ud bekerja dengan tangannya sendiri dan memberikan belanja untuk suami dan anak
yatim yang dipeliharanya (Abu Shuqqah 1999:21).
Walaupun wanita mempunyai keizinan untuk keluar dan bekerja di luar, terdapat syarat-
syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah mendapat keizinan suami atau wali, menutup
aurat, tidak berhias dengan perhiasan yang menarik minat lelaki, tidak bergaul dengan
bukan mahram, menjaga adab sebagai seorang wanita dan sebagainya. Syarat-syarat ini
adalah untuk menjaga kehormatan wanita ketika berada di luar rumah (Saqar 2006:216).
HAK KESAMARATAAN DALAM KELUARGA
383
Sebelum perkahwinan Islam meletakan syarat-syarat kepada wanita bagi memelihara hak-
hak sebelum perkahwinan. Hal ini merujuk kepada proses pinangan atau khitbah terhadap
seorang wanita. Tujuan pinangan ini adalah untuk pihak lelaki mengenali keluarga wanita.
Menerusi pinangan ini, ahli keluarga pihak wanita dapat mengenali pihak lelaki. Ini dapat
mengelakkan wanita mengahwini orang yang tidak dikenali oleh ahli keluarganya. Selain
itu, pihak lelaki akan dapat mengetahui sama ada wanita tersebut mempunyai halangan
untuk berkahwin seperti dalam tempoh i’ddah, tunang ataupun isteri orang (al-Nawawi
2003:5,376-377). Oleh itu, wanita dipelihara haknya sebelum berlakunya perkahwinan
lagi.
Semasa perkahwina, Islam amat menjaga hak-hak wanita. Hak-hak ini merujuk kepada hak
sebagai seorang isteri dan ibu. Dalam Islam, hak-hak yang diberikan kepada isteri ialah
nafkah. Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri. Nafkah merangkumi nafkah zahir
dan batin. Nafkah zahir seperti tempat tinggal, makan, minum, pakaian dan sebagainya.
Nafkah batin pula merujuk kepada jiwa yang tenang dalam melayari kehidupan
berumahtangga. Perkara ini adalah perkara wajib bagi suami terhadap isteri (Shirazi
1995:3,148). Seterusnya mengenai hak seorang ibu, Islam telah meletakkan kedudukan
seorang ibu di tempat yang mulia. Anak-anak perlu menghormati ibu dan tidak boleh
berkasar dengan ibu walaupun meninggikan suara. Hal ini dijelaskan dalam al-Quran surah
Isra’ ayat 23:
ليد ه وبيٱلو ربك أال ت عبدوا إيال إيي يندك ٱلكيب ر أ ۞وقض لغن إيما ب نا ما ني إيحس حدها أو كيالها فال ت قل ل
هرها وال أف ما وقل ت ن ٢٣ ا كريمي ا ق ول ل
Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Al-Qurtubi (2006) mentafsirkan bahawa perkataan “ha” yang diucapkan kepada ibu bapa
merupakan sifat anak yang mengkufuri nikmat, membenci didikan dan menolak nasihat
kedua ibu bapa mereka. Berdasarkan tafsiran ini, jelas menunjukkan bahawa hak ibu untuk
dihormati oleh anak-anak.
Selain itu, hak untuk mengutamakan ibu daripada bapa juga diperincikan. Perkara ini
merujuk hadis Rasulullah SAW di mana baginda bersabda:
ل إىل رسول هللا )ص( فقال من أحق الناس حبسن صحابيت قال "أمك". قال مث من رة قال اء ر ن أيب هر 4قال "مث أمك". قال مث من قال "مث أمك". قال مث من قال " مث أبوك".
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah. “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda
menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu
4 Muslim. Muslim bin Hajjaj. Sohih Muslim. Bab an-Nisa al-Ghazwul. No 2.
384
kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia
bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.
Hadis ini menceritakan mengenai keutamaan terhadap layanan yang diberi kepada ibubapa.
Rasulullah SAW telah menyeru agar ibu diberi layanan sebaik-baiknya berbanding dengan
ayah. Oleh itu, martabat wanita sebagai ibu diangkat dalam Islam dan melarang anak-anak
daripada menderhakai ibu.
Seterusnya, walaupun seseorang isteri perlu patuh kepada suaminya namun suaminya tidak
boleh menegah dirinya daripada melakukan hal-hal kebaikan. Perkara ini merujuk kepada
hadis mengenai larangan bagi suami menegah isteri daripada melakukan perkara kebaikan.
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW bersabda:
5.أحدكم إىل املسجد فال مينعها"ن سامل ن أبيه ن النيب صل هللا ليه وسلم :"إذا استأذنت امرأة Maksudnya:
Dari Ayah Salim dari Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang wanita meminta
izin kepadamu untuk ke masjid maka jangan kamu melarangnya”.
Hadis ini menceritakan mengenai amaran Rasulullah SAW terhadap para suami agar tidak
melarang para isteri melakukan solat jemaah di Masjid. Selain itu, hadis ini juga
menjelaskan mengenai larangan kepada mereka daripada melakukan amal kebaikan yang
diperintahkan oleh Allah SWT.
Terakhir, mengenai hak wanita ketika diceraikan. Hak-hak wanita masih dipelihara oleh
Islam walaupun berlakunya perceraian. Hal-hal ini merujuk kepada tuntutan nafkah
tertunggak serta mahar yang masih belum dilunaskan oleh pihak suami. Pihak isteri berhak
menuntut nafkah yang tertunggak semasa hidup sebagai isteri dan juga mahar yang tidak
dilunaskan semasa akad pernikahan. Ini kerana ia merupakan perkara yang wajib bagi
suami dan dianggap sebagai hutang sekiranya tidak dilunaskan . Selain itu, hak penjagaan
anak serta nafkah anak yang tertunggak juga boleh dituntut oleh isteri (al-Shirbini
1997:3,588). Hak-hak ini diberikan atas kapasiti seorang isteri dan juga ibu. Pemberian ini
adalah untuk memelihara daripada berlakunya pengabaian hak wanita.
HAK KESAMARATAAN DALAM HUKUMAN
Dalam konsep hukuman antara lelaki dan wanita, berlakunya sejumlah perbezaan hukuman
di antara lelaki dan wanita (Sabir 2007:). Al-Qaradawi telah menegaskan perbezaan di
antara lelaki dan wanita dalam sesetengah hukum bukanlah bermakna jenis lelaki lebih
mulia dan lebih hampir kedudukannya di sisi Allah SWT daripada jenis wanita. Sebaliknya
perbezaan ini menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan fitrah
setiap lelaki dan wanita (Salman & Suad t.t:574-577). Sesungguhnya manusia yang paling
mulia di sisi Allah SWT adalah mereka yang paling bertaqwa, tidak kira sama ada lelaki
atau wanita.
Merujuk kepada hukum perbezaan wanita dan lelaki dalam perkahwinan, Islam sebenarnya
tidak mendiskriminasi hak-hak wanita. Hal ini kerana hukum-hukum yang digariskan
5 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. Sohih Bukhari. Bab. Isti’dzan al-Mar’ah Zaujiha bil al-
Khuruj. No. 297.
385
adalah untuk mengangkat martabat wanita. Sebagai contoh dalam perihal poligami, al-
Quran telah memberikan panduan tentang poligami dengan menurunkan surah an-Nisa’
ayat 3:
ن وث لث وربع ن ٱلن يساءي م فٱنكيحوا ما طاب لكم م ي م طوا في ٱلي ت فتم أال ت قسي فتم أال ت عديلوا وإين خي فين خي
ليك أدن أال ت عولوا دة أو ما ملكت أمينكم ذ ٣ف وحيMaksudnya:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang
sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Menurut Imam al-Razi (1990) ketika mentafsirkan ayat ini beliau telah menyatakan bahawa
ayat ini diturunkan adalah berkaitan dengan anak-anak yatim dan penjaga harta mereka
yang mana dinikahi anak-anak tersebut disebabkan oleh harta sehingga mengabaikan hak-
hak mereka. Manakala ia juga terhadap golongan lelaki Jahiliyyah yang mengahwini
sepuluh orang isteri atau lebih yang mana mereka tidak memberi hak-hak sewajarnya di
antara isteri-isteri dan bertindak tidak adil di antara mereka. Oleh yang demikian, ayat ini
telah menyatakan bahawa jika sekiranya mereka bimbang bertindak tidak adil pada hak-
hak anak yatim maka mereka dilarang untuk melakukannya, dan sekiranya takut untuk
tidak berlaku adil di kalangan isteri-isteri maka meminimumkan bilangan pernikahan
kerana sesiapa yang berwaspada dengan dosa atau bertaubat daripada kesalahan
sedemikian (al-Razi 1990 9: 171).
Sehubungan dengan ayat ini, dapat dilihat bahawa perbezaan hukum antara lelaki dan
wanita dalam perkahwinan bukanlah untuk merendahkan martabat wanita. Ia adalah
sebagai mekanisme untuk mengangkat martabat wanita. Sekiranya ayat ini tidak
diturunkan, maka akan berlaku penindasan terhadap wanita kerana hak-hak mereka tidak
dapat dibela dan seterusnya akan mengakibatkan berlakunya diskriminasi terhadap wanita.
Seterusnya terdapat juga persamaan dalam hukum antara lelaki dan wanita. Hukum ini
berkaitan dengan hukuman jenayah. Dalam al-Quran, surah al-Maidah ayat 38 menjelaskan
mengenai hukuman yang dikenakan ke atas pencuri adalah dengan memotong tangannya.
Firman Allah SWT:
ل ا كسبا نك زاء مبي دي هما
ز وٱلل ٱللي م ين ا وٱلساريق وٱلساريقة فٱقطعوا أ ٣٨ حكييم زي
Maksudnya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
386
Al-Qurtubi (2006) menyatakan bahawa zahir ayat ini menjelaskan bahawa semua pencuri
termasuk lelaki dan wanita perlu dipotong tangannya. Menerusi ayat ini, dapat dilihat
bahawa lelaki dan wanita tidak mempunyai perbezaan dalam hukuman berkaitan jenayah
(Al-Qurtubi 2006 7:449).
Kesamarataan dalam Islam menjelaskan bahawa lelaki dan wanita adalah sama disisi Allah
SWT. Setiap perbuatan yang dilakukan akan dihisab tanpa melihat kepada gender. Namun
dalam perihal hukum-hukum yang berkaitan dengan lelaki dan wanita mempunyai
perbezaan. Akan tetapi tidak semua hukum mempunyai perbezaan. Terdapat beberapa
hukum yang mempunyai persamaan antara keduanya. Jika dilihat dari sudut perbezaan,
hukum antara lelaki dan wanita adalah berkaitan perihal perkahwinan. Ia mempunyai
perbezaan kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Sebagai suami
mempunyai tanggungjawab yang berbeza dengan isteri. Berdasarkan kepada perbincangan
mengenai CEDAW, perbezaan wanita dilihat dari sudut hukum berkaitan perkahwinan.
Walaupun begitu, perbezaan dalam Islam adalah untuk mengangkat martabat wanita dan
bukan untuk mendiskriminasi.
KESIMPULAN
CEDAW telah menetapkan bahawa kesamarataan gender adalah instrumen bagi
menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. Hak-hak wanita perlu
disamakan dengan lelaki. Hak-hak ini merangkumi pelbagai aspek seperti pekerjaan,
politik, kekeluargaan dan sebagainya. Wanita perlu diberi peluang dan hak yang sama
dengan lelaki dalam pelbagai peluang. Sekiranya hak yang diberikan tidak sama dengan
lelaki maka ia dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi. Islam pula menyatakan bahawa
hak sama rata adalah keadilan bagi seseorang. Keadilan adalah suatu perkara yang
diletakkan pada tempat yang sesuai. Konsep kesamarataan dalam Islam adalah merujuk
kepada kesesuaian individu menggalas tanggungjawab. Ia bukan semata-mata
bersandarkan kepada pembahagian sama rata antara keduannya.
Kesimpulanya, tafsiran konsep kesamarataan gender antara CEDAW dan Islam
mempunyai perbezaaan. CEDAW mentafsirkan konsep kesamataan gender berdasarkan
kepada pembahagian sama rata antara keduanya. Islam pula mentafsirkan kesamarataan
gender adalah perkara yang diletakkan pada tempat yang sesuai. Oleh itu, tafsiran konsep
kesamarataan gender antara CEDAW dengan Islam adalah berbeza.
RUJUKAN
Al-Quran. 1993. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Pusat
Islam Kuala Lumpur: Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.
Abdul Ghafur Hamid @ Khin Maung Sein. 2006. Reservations to CEDAW and the
implementation of Islamic family law: issues and challenges. Asian Journal of
International Law 1(2): 121-155.
Abu Shuqqah. 1999. Tahrir al-Mar’ah. Kuwait: Dar al-Qalam.
387
Abdul Monir Yaakob. 1986. Hak Asasi Manusia Menurut Islam: Sejarah dan Konsepnya.
Bangi: Penerbit UKM.
Abdul Munir Mulkan. 2002. Perspektif Sosiologis Kekerasan Fikih Terhadap Perempuan.
ed. S. Edy Santosa. Islam dan Konstruksi Seksualitas. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Abd Rahman Abd al-Mana’m. T.th. Mu’jam al-Mustalahat wa alfaz al-fiqhiyyah. Kaherah:
Dar al-Fadhilah.
Akehurst, Micheal. 1993. A modern introduction to international law. Ed. Ke-6. London:
Routledge.
Al-Ba‘albaki, Munir. 1999 Al-Mawrid. Cet. 33. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.
Alda Facio & Martha I. Morgan. Equity Or Equality For Women? Understanding Cedaw’s
Equality Principles. Alabama Law Review 60(5): 1133-1170.
Amina Wadud. 1998. Quran and Women. New York: Oxford University Press.
al-‘Asfahani, Abu Qasim al-Husayn bin Muhammad al-Raghib. 1961. al-Mufradat fi
Gharib al-Quran. Mesir: Mustafa al-Bab al-Halabi.
Attiyah Saqar. 2006. Fatawa wa ahkam al-Mar ah al-Muslimah. Kaherah: Maktabah
Wahbah.
Bharathi Anandhi Venkatraman. 1995. Islamic States and The UN CEDAW: Are The
Sharia and The Convention Compatible. American Law Review 44: 1949-2027.
Corsini, Raymond J. 1999. The Dictionary of Psychology. Philadelphia: Psychology Press.
Corsini, Raymond J. 1999. The Dictionary of Psychology. Philadelphia: Psychology Press.
Craven, Matthew. 1995. The International Covenant on Economic, Social and Cultural
Rights: A Perspective on its Development. Oxford: Clarendon Press.
Haniff Ahamat. 2012. The Right to Equality and Non-Discrimination. Dlm. Abdul Ghafur
Hamid (pnyt.). Human Right Law: International, Malaysian and Islamic
perspectives, hlm 122-140. Bandar Sunway: Sweet and Maxwell.
Haraway, Donna L. 2001. Gender’ for a Marxist Dictionary: The Sexual Politics of a Word.
eds. Elizabeth Anne Castelli & Rosamond C. Rodman. Women, Gender, Religion: A
Reader. New York: Palgrave Macmillan.
http://www.un.org/womenwatch/daw/cedaw/.
Ibnu Kathir. 1998. Tafsir Ibn Kathir. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub Ilmiyah.
Ibn Manzur. T.th. Lisanul ‘Arab. Saudi: T.pt.
Jamal A. Badwi. T.th. The Status Women In Islam. T.tpt: T.pt.
388
Judith, M. Bennet. 1989. Feminisme and History. Gender & History. 1(3) : 251-272
Julia R. Miller et al. 2003. Encyclopedia of Human Ecology California: ABC-CLIO.
Al-Juzayri, Abd Rahman. 1969. Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah. Jil 4. Mesir:
Maktabah al-Tijariyyah.
Khoiruddin Nasution. 2002. Fazlur Rahman Tentang Wanita. Yogyakarta: Academia.
Al-Kurdistani, Mathna Amin dan Kamiliya Hilmi Muhammad. 2004. Al-Jindar: al-
Mansha’-al-Madlul-al-Athar. ‘Amman: Jam‘iyyah al-‘Ifaf al-Khayriyyah.
Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi menilai
progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala
Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), April 2012
Linda M. Killer. 2014. The Impact Of States Parties’ Reservations To The Convention On
The Elimination Of All Forms Of Discrimination Against Women. Michigan State
Law Review. 309-325.
Muhammad Ali al-Bar. 1984. ‘Amal Mar’ah fi al-Mizan. Cet 2. Jeddah: Dar al-Sa’udiyyah.
Mahmud, Abd al-Hamid Muhammad. 1990. Huquq al-Mar’ah bayna al-Islam wa al-
Diyanat al-Ukhra. Kaherah: Maktabah Madbuli.
Mohd Anuar Ramli. 2010. Bias Gender Dalam Masyarakat Muslim: Antara Ajaran Islam
Dengan Tradisi Tempatan. Jurnal Fiqh 7: 49-70.
Muhammad Ariffin bin Ismail. 2012. Gerakan Feminisme, Persamaan Gender dan
pemahaman Agama. (Bahagian 2). Online: http:/ /www .muftiwp
.gov.my/doc/Gerakan_Feminisme_Persamaan_Gender_Dan_Pemahaman_Agama_
Bhg2.pdf
Najibah Mohd Zain. 2012. Hak wanita dalam Islam: Cabaran-cabaran dalam pemodenan.
Dlm. Right of Muslim in Modern World, hlm 55-73. Brunei: Universiti Islam Sharif
Ali.Shaw, Malcolm N. 1996. International Law. Ed. Ke 6. London: Cambridge
University Press.
Nasr Salman & Su‘ad Suthi. T.th. Fatawa al-Nisa’ li Ashab al- Fadilah Yusuf al-Qaradawi,
wa Mahmud Syaltut, wa ‘Abd al-Halim Mahmud, wa Muhammad Mutawalli
Sya‘rawi wa Ahmad Hamani. Beirut: Mu’assasah al-Risalah
Nasaruddin Umar. 2001. Argumen Kesetaraan Jender Perspektif alQur’an. Cet. 2. Jakarta:
Paramadina.
Al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya. 2003. Raudah al-Talibin. Saudi: Dar Alim Al-Kutub.
Noresah Baharom et al. 2005. Kamus Dewan. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
389
Parpart, Jane L. et al. 2000. Theoretical Perspectives on Gender and Development. Kanada:
International Development Research Centre (IDRC).
al-Qurtubi, Abi Abdullah bin Ahmad. 2006. Al-Jami’ li ahkam al-Quran. Jil 5. Beirut.
Muassah al-Risalah.
al-Razi, al-Imam Fakhruddin. 1990. at-Tafsir al-Kabir. Cet. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.
Robert Held. 1985. Inquisition. Florence : Bilingual Publisher.
Rolanda Oostland. 2006. Non-Discrimination and Equality of Women. T.tp: T.pt.
Salbiah Ahmad. 2011. Islamic Law and CEDAW: Managing Diversity, Developing
Consensus in Muslim Communities. Law, Jurisprudence and Human Rights in Asia:
315-342.
Sabir, ‘Abd al-Rahman Ta‘imah. 2007. Al-Mar’ah al-Muslimah: Bayna Ghara’iz al-
Bashar wa Hidayah al-Islam. Riyad: Maktabah al-Rushd.
Sharifah Syahirah Syed Sheikh. 2011. Representasi politik dan governans global: kajian
mengenai CEDAW dan pemerkasaan wanita di Malaysia.Tesis Dr. Fal. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Shayuthi Abdul Manas. 2008. Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik? Kuala
Lumpur: PTS Islamika.
Simone Cusack & Lisa Pusey. 2013. CEDAW and The Rights to Non-Discrimination and
Equality. Melbourne Journal of International Law 4: 1-39.
Siti Musdah Mulia. 2007. Islam dan Inspirasi Kesetaraan Gender. Yogyakarta: Kibar
Press.
SUHAKAM Report on The Status of Women Right in Malaysia. 2010. Kuala Lumpur:
SUHAKAM.
Al-Shirbini, Syamsudin Muhammad. 1997. Mughni al-Muhtaj. Beirut. Dar al-Ma’rifah.
Al-Syirazi, Abi Ishak Ibrahim.1995. Muhadhab. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-ilmiyah.
Al-Tabari, Ibn Jarir. 1994. Tafsir al-Tabari. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Umaymah Abu Bakr dan Shirin Shukri. 2002. Al-Mar’ah wa al-Jindar: Ilgha’ al-Tamyiz
al-Thaqafi wa al-Ijtima‘i bayn al-Jinsayn. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
Vierdag, E.W. 1973. The Concept of Non-Discrimination in International Law. The Hague:
Martinus Nijhoff