tahap kesediaan bakal guru kimia untuk · 2.2 perubahan terhadap dasar pendidikan ... guru kimia...
TRANSCRIPT
TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU KIMIA UNTUK
MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS:
SATU KAJIAN KES DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
NIK HASYYATI MARINI BT NIK HUSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU KIMIA UNTUK MENGAJAR
DALAM BAHASA INGGERIS : SATU KAJIAN KES DI FAKULTI
PENDIDIKAN UTM
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : NIK HASYYATI MARINI BINTI NIK HUSIN _________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan o oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 3434 JLN SEK NASIRUDDIN SHAH, EN. JOHARI HASSAN KAMPUNG AMIR, Nama Penyelia 22200 BESUT, TERENGGANU Tarikh : 24 APRIL 2006 Tarikh : 24 APRIL 2006
SULIT
TERHAD
TAHAP KESEDIAAN BAKAL GURU KIMIA UNTUK
MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS :
KAJIAN KES DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
NIK HASYYATI MARINI BINTI NIK HUSIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penulis : NIK HASYYATI MARINI BINTI NIK HUSIN
Tarikh : 24 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Untuk Yang Dikasihi Dan Disayangi, Ibuku,
Wan Meriam Bt Wan Abdul Rahman,
Segala Jasa Pengorbanan Dan Didikanmu,
Tidak Ternilai Di Dunia Dan Di Akhirat,
Doamu Mengiringi Setiap Detik Perjalanan Hidupku
Tiap Langkah Kuingati Pengorbananmu.
Buat Kakak Dan Adikku,
Kak Nani, Kak Ijang, Abang, Jah, Zie Dan Hanan,
Pengertian, Keikhlasan Dan Dorongan Kalian,
Tidak Mampu Kulahirkan Dengan Kata-Kata,
Hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui Dan Membalasnya.
Yang Teristimewa,
Mohd Fadzwan Bin Hamim,
Yang Sanggup Jatuh Dan Bangun Bersamaku,
Terima Kasih Atas Segala Bantuan Dan Dorongan,
Semoga Kita Akan Bersama Di Masa Hadapan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan
projek ini dengan jayanya setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Banyak
ilmu dan pengalaman telah saya perolehi sepanjang saya menyiapkan projek ini
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada penyelia saya, En Johari Bin
Hassan yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan
sepanjang menyediakan projek penyelidikan ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan
amat bermakna kepada saya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga yang tersayang yang memberi
dorongan dan nasihat semasa menempuhi rintangan sebagai penuntut di Universiti
Teknologi Malaysia.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan atas bantuan yang
diberikan. Di samping itu, terima kasih juga diucapkan kepada sesiapa yang terlibat
secara tidak langsung sepanjang tempoh saya membuat projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru Kimia
untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Seramai 80 orang bakal guru Kimia telah
dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Tahap kesediaan yang dikaji adalah dari
aspek minat, penguasaan dan amalan harian. Nilai kebolehpercayaan instrumen
adalah α = 0.7701. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
Science Social (SPSS) versi 11.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min
digunakan untuk menganalisis tahap kesediaan manakala statistik inferensi iaitu
korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara tahap kesediaan
dari aspek minat, penguasaan dan amalan harian dengan pencapaian bahasa Inggeris
UHB 2332. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan di kalangan bakal guru berada
pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap kesediaan, minat, penguasaan bahasa Inggeris dan amalan
harian dengan pencapaian bahasa Inggeris, UHB 2332.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the readiness level of the future chemistry
teachers teaching in English. 80 future chemistry teachers have been chosen as the
respondents. This study has focus in aspects of interest, ability and daily used. The
instrument of this study is questionnaire form. The reliability of the instrument is α =
0.7701. The data was analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 11.0. Descriptive statistic in term of mean and frequency is used to analyze
the readiness level. The inference statistic that is Pearson Correlation is used to test
the hypothesis. Result showed that the readiness level of the future chemistry
teachers were in moderate level. The results also showed that were no significant
relation between the readiness level, interest, ability, daily used and English, UHB
2332 achievement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS -
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACK vi
KANDUNGAN vii
SINGKATAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop Dan Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Kesediaan 12
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.9.2 Bakal 12
1.9.3 Guru 12
1.9.4 Kimia 13
1.9.5 Bahasa Inggeris 13
1.9.6 Minat 13
1.9.7 Penguasaan 14
1.9.8 Amalan 14
1.9.9 Harian 14
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Perubahan Terhadap Dasar Pendidikan Negara 17
2.3 Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris 19
2.4 Kesediaan Guru Untuk Mengajar 20
2.5 Minat Bahasa Inggeris 24
2.6 Penguasaan Bahasa Inggeris 28
2.7 Amalan Harian Untuk Pemantapan 31
Penguasaan Bahasa Inggeris
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Subjek Kajian 37
3.4.1 Populasi Dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Penganalisaan Data 40
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
1V ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Tahun Kemasukan Pengajian 45
Ke UTM, Jantina Dan Kursus
4.2.2 Bangsa Dan Bahasa Pertuturan 46
Yang Kerap Digunakan
4.2.3 Taraf Pendidikan Bapa Dan Ibu 47
4.2.4 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris SPM 48
4.2.5 Gred Peperiksaan MUET 48
4.2.6 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris 49
UHB 1312, UHB 1322 Dan UHB 2332
4.2.7 Tahap Kemahiran Bertutur Dalam 50
Bahasa Inggeris
4.2.8 Tahap Kesediaan Untuk Mengajar 51
Dalam Bahasa Inggeris
4.3 Analisis Bahagian B : Persoalan Kajian 52
4.3.1 Apakah Tahap Kesediaan Bakal 53
Guru Kimia Untuk Mengajar
Dalam Bahasa Inggeris
4.3.2 Apakah Tahap Kesediaan Bakal 56
Guru Kimia Dari Aspek Minat
Terhadap Pengajaran Dalam
Bahasa Inggeris
4.3.3 Apakah Tahap Kesediaan Bakal 58
Guru Kimia Dari Aspek Penguasaan
Bahasa Inggeris
4.3.4 Apakah Tahap Kesediaan Bakal 60
Guru Kimia Dari Aspek Amalan
Harian Yang Dilakukan Untuk Mengajaar
Dalam Bahasa Inggeris.
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.3.5 Tahap Kesediaan Yang Dominan 62
4.3.6 Pengujian Hipotesis 62
4.3.6.1 Hipotesis 1 : Tidak Terdapat 63
Hubungan Yang Signifikan
Antara Tahap Kesediaan
Dengan Pencapaian Bahasa
Inggeris UHB 2332
4.3.6.2 Hipotesis 2 : Tidak Terdapat 64
Hubungan Yang Signifikan
Antara Minat Bahasa Inggeris
Dengan Pencapaian Bahasa
Inggeris UHB 2332
4.3.6.3 Hipotesis 3 : Tidak Terdapat 65
Hubungan Yang Signifikan
Antara Penguasaan Bahasa
Inggeris Dengan Pencapaian
Bahasa Inggeris UHB 2332
4.3.6.4 Hipotesis 4 : Tidak Terdapat 66
Hubungan Yang Signifikan
Antara Amalan Harian Dengan
Pencapaian Bahasa Inggeris
UHB 2332
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Ringkasan Kajian 67
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 68
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 68
5.3.2 Perbincangan Tahap Kesediaan 70
Bakal Guru Kimia
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.3.2.1 Perbincangan Tahap Kesediaan 70
Bakal Guru Kimia Untuk Mengajar
Dalam Bahasa Inggeris
5.3.2.2 Perbincangan Tahap Kesediaan 71
Bakal Guru KimiaDari Aspek
Minat Bahasa Inggeris
5.3.2.3 Perbincangan Tahap Kesediaan 73
Bakal Guru Kimia Dari Aspek
Penguasaan Bahasa Inggeris
5.3.2.4 Perbincangan Tahap Kesediaan 75
Bakal Guru Kimia Dari Aspek
Amalan Harian Yang Dilakukan
Terhadap Penggunaan Bahasa
Inggeris
5.3.2.5 Perbincangan Hubungan Tahap 77
Kesediaan Dari Aspek Minat,
Penguasaan Bahasa Inggeris
Dan Amalan Harian Dengan
Pencapaian Bahasa Inggeris
UHB 2332
5.4 Rumusan Kajian 79
5.5 Cadangan 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 5 Mata 40
3.2 Skala Likert 5 Mata 40
3.3 Item Soal Selidik 41
3.4 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif kajian 43
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 43
3.6 Jadual Pengujian Hipotesis Kajian 44
3.7 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 44
3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Kemasukan 47
Pengajian Ke UTM, Jantina dan Kursus
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa Dan 48
Bahasa Pertuturan Yang Kerap Digunakan
4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 49
Bapa Dan Ibu
4.4 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 50
Bahasa Inggeris SPM
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 51
MUET
4.6 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 52
Bahasa Inggeris UHB 1312, UHB 1322, UHB 2332
4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap Kemahiran 53
Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
4.8 Taburan Responden Mengikut Tahap Kesediaan 54
Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris
4.9 Julat Skor Min Tahap Kesediaan Bakal 55
Guru Kimia Untuk Mengajar
xv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min 56
Dan Sisihan Piawai Dari Aspek Tahap Kesediaan
Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min 59
Dan Sisihan Piawai Dari Aspek Minat Terhadap
Bahasa Inggeris
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min 61
Dan Sisihan Piawai Dari Aspek Penguasaan
Bahasa Inggeris
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min 63
Dan Sisihan piawai Dari Aspek Amalan Harian
Yang Dilakukan Penggunaan Bahasa Inggeris
4.14 Min Bagi Setiap Tahap Kesediaan Responden 65
4.15 Korelasi Tahap Kesediaan Dengan Pencapaian 66
Bahasa Inggeris UHB 2332
4.16 Korelasi Minat Dengan Pencapaian Bahasa 67
Inggeris UHB 2332
4.17 Korelasi Penguasaan Bahasa Inggeris Dengan 68
Pencapaian Bahasa Inggeris UHB 2332
4.18 Korelasi Amalan Harian Dengan Pencapaian 69
Bahasa Inggeris UHB 2322
5.1 Skop Objektif Kajian 71
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MUET - Malaysian University English Test
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kimia)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
SPSS - Statistical Packages For Social Science
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2 Set Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukkan insan
dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu lebih mengetahui tentang
peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang
mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Menurut perspektif
Islam, kedudukan guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan
tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang amat dituntut. Dengan
erti kata lain, tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,
perkembangan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak pelajar, di
samping berperanan sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan
sebagai model dan contoh teladan yang mulia kepada pelajar-pelajar mahupun
masyarakat di sekitar (Subahan dan Abdul Raof, 1991).
Profesion perguruan perlu diberi perhatian yang serius kerana mereka
bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar. Oleh itu, guru
perlu mengenali dan memahami profesion perguruan untuk memastikan profesion ini
terus mendapat sanjungan daripada masyarakat di sekeliling. Pada tahun 1982, suatu
falsafah pendidikan guru telah diperkenalkan:
2
‘Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia
menunjangi aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik dan berdisiplin.’
Sebagai seorang guru yang berkualiti, para guru haruslah mengambil inisiatif
menambah nilai diri sendiri serta bersedia berubah demi meningkatkan kualiti
profesion perguruan dan sistem pendidikan negara. Guru harus peka bukan sahaja
kepada perkembangan baru dalam bidang ilmu serta kemahiran, tetapi kepada
perkembangan dunia semasa dalam menjalankan tugas yang lebih berkesan.
Kepekaan itu perlulah sejajar dengan arus globalisasi serta kemajuan sains dan
teknologi yang begitu pesat. Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar pendidikan negara dengan sempurna tetapi mereka juga
berperanan membentuk generasi pelapis negara yang cemerlang bagi menerajui
negara di masa hadapan ( Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 15 Mei 2005).
Proses globalisasi yang berkembang pesat telah memberikan cabaran kepada
dunia pendidikan. Dasar Pendidikan Negara kini telah banyak berubah selaras
dengan wawasan negara yang inginkan kemajuan dalam meningkatkan taraf hidup
masyarakat Malaysia. Menurut Razak, 1996, kurikulum pendidikan sentiasa
mengalami perubahan dan pembaharuan mengikut perkembangan semasa. Perubahan
kurikulum ialah penukaran kurikulum yang sedia ada, sementara konsep
pembaharuan kurikulum ialah ia memberi gambaran bahawa kurikulum sedia ada itu
akan diberikan elemen-elemen baru.
Tahun 2003 merupakan tahun bersejarah dan penuh kontroversi dalam sistem
pendidikan Malaysia. Selepas keputusan kerajaan menjalankan pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan, isu ini hangat diperkatakan oleh
bangsa di Malaysia. Dengan perubahan sistem pendidikan ini, maka terdapat dua
pihak utama yang perlu menerima perubahannya iaitu pelajar dan guru yang akan
mengajar pelajar-pelajar ini.
3
(Syarifah Maimunah Binti Syed Zin, 2003), menyatakan bahawa objektif
utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini
adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar bagi mempersiapkan
mereka kea rah menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan lebih berkesan dan
mudah. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu dalam bidang Sains dan
Matematik sama ada dari segi buku atau berkaitan komputer serta teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT).
Pendedahan peringkat awal ini adalah penting untuk memperkukuhkan
persediaan asas pelajar sebelum memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).
Sebahagian besar buku-buku dan bahan-bahan rujukan dan pembelajaran di kedua-
dua bidang ini di pusat pengajian tinggi adalah dalam bahasa Inggeris. Bahasa ini
juga merupakan bahasa komunikasi antarabangsa sesuai dengan dunia yang menuju
kea rah era globalisasi. Pada masa yang sama ia juga memberi peluang kepada guru
dan pelajar menggunakan bahasa Inggeris serta meningkatkan profisiensi
berkomunikasi da dalam bahasa Inggeris.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan Bahasa Inggeris adalah lebih menekankan penguasaan bahasa
Inggeris yang bermutu yang berasaskan ketepatan berbahasa, kecekapan berbahasa
dan kepekaan terhadap variasi bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi. Kelemahan
mempelajari Bahasa Inggeris di kalangan pelajar amatlah ketara jika dilihat dari
perspektif penguasaannya. Antara salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan
mutu bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar ialah memperbaiki cara pengajaran
dan pembelajaran subjek berkenaan (Khairul, 2002).
(Abu Hassan Kassim, 2003), mata pelajaran Kimia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan
empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang bagi membolehkan pelajar
memahami bidang Kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan
4
aplikasinya dalam kehidupan harian di samping mengembangkan kebolehan mereka
untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Mata pelajaran Kimia
(KBSM) bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang Kimia, di samping menyediakan mereka untuk menceburi
bidang Kimia dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi.
Untuk membolehkan seseorang guru lebih bersedia untuk mengajar Kimia
dalam bahasa Inggeris, mereka perlulah mempunyai kesediaan dari segi minat untuk
mengajar dalam bahasa Inggeris. Menurut Abu Zahari (1998), minat memainkan
peranan penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran kerana ia
mempengaruhi pencapaian dalam pembelajaran. Apabila bakal guru Kimia berminat
untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, maka mereka akan terus berusaha untuk
meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Ini seterusnya akan meningkatkan
penguasaan mereka dan akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran mereka kelak terutama dalam pengajaran Kimia.
Selain daripada minat, bakal guru juga perlu mempunyai penguasaan yang
tinggi untuk mengajar. Menurut Shahril @ Charil dan Habib (1999), seseorang guru
perlu menguasai banyak maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan
pengajarannya. Oleh yang demikian, penguasaan pengetahuan yang kuat akan
memudahkan seseorang guru itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Bagi melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris, seseorang guru Kimia bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan yang
tinggi dalam bidang yang diceburinya, malahan mereka perlu mahir dalam
penguasaan berbahasa Inggeris untuk membolehkan pengajaran dijalankan dengan
lancar.
Sistem pendidikan sekarang telah mewajibkan bahawa apabila seseorang
pelajar itu ingin memasuki ke mana-mana institisi pengajian tinggi, mereka haruslah
mengambil satu peperiksaan khusus iaitu Malaysian University English Test
(MUET). Dengan gred kelulusan tertentu, mereka layak untuk menerima masuk ke
universiti. Di dalam peperiksaan MUET ini, antara kriteria-kriteria yang diuji
kepada pelajar ialah kemahiran mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran menulis
5
dan pemahaman petikan. Begitu juga dengan sistem pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), seseorang mahasiswa perlu mengambil mata pelajaran
wajib bahasa Inggeris iaitu UHB 1312 (English I-Proficiency Skills in English),
UHB 1322 (English II-English for Academic Communication) dan UHB 2332
(English III-English for Professional Communication).
Mata pelajaran UHB 1312 merupakan mata pelajaran bahasa Inggeris asas
yang perlu diambil oleh bakal guru yang lulus dalam peperiksaan bahasa Inggeris
SPM (memperoleh gred D). Matlamat subjek ini dilaksanakan bertujuan untuk
membolehkan pelajar mengetahui kemahiran-kemahiran asas dalam mempelajari
ilmu bahasa Inggeris. Mata pelajaran UHB 1322 perlu diambil oleh bakal guru yang
lulus dan lulus dengan kepujian dalam peperiksaan bahasa Inggeris SPM
(memperoleh gred B dan C). Matlamat subjek ini dilaksanakan adalah bertujuan
untuk menolong pelajar membentuk pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk
kejayaan dalam akedemik. Di sini pelajar akan dapat pengetahuan asas dan
maklumat tentang cara membentuk nota, strategi dan teknik untuk membuat nota.
Panduan untuk perbincangan dan perbentangan turut dimasukkan sebagai input
dalam penulisan karangan bagi memastikan pelajar tidak hanya boleh menulis
karangan yang baik tetapi juga boleh bertutur dengan fasih. Kesimpulannya, selepas
mengambil subjek ini, pelajar mampu untuk membuat nota, bertutur dan menulis
dalam bahasa Inggeris.
Manakala mata pelajaran UHB 2332 merupakan mata pelajaran bahasa
Inggeris yang tertinggi yang perlu diambil oleh setiap pelajar di UTM. Matlamat
utama subjek ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan pelajar mendapat
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang akademik dan pekerjaan.
Selain itu, pelajar mampu untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-
kemahiran membuat penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan mereka
sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Untuk kesediaan di alam pekerjaan,
pelajar akan didedahkan dengan proses untuk menulis ringkasan peribadi dan surat
permohonan pekerjaan sebagai strategi kejayaan untuk menghadiri temuduga.
6
Bagi mahasiswa dari fakulti pendidikan pula, mereka perlulah mengambil
satu lagi mata pelajaran wajib iaitu pengajaran mikro untuk membolehkan mereka
menjalani latihan praktikal kelak. Pengajaran mikro ini diadakan bertujuan untuk
melihat dan melatih bakal-bakal guru mengajar. Dengan adanya subjek ini dapat
melatih bakal guru untuk lebih berkeyakinan untuk bercakap dan mengajar semasa
berada di hadapan kelas dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Selaras
dengan hasrat kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris, maka terdapat sesetengah bakal-bakal guru ini telah menjalani proses
pengajaran mikro ini dalam bahasa Inggeris.
Menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dalam menjadikan negara
sebagai sebuah negara maju di samping membentuk ke arah globalisasi, pada tahun
1993, Perdana Menteri telah menyarankan supaya penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajran Sains dan teknologi. Penggunaan
bahasa Inggeris adalah dari 30 peratus hingga 50 peratus bagi kuliah yang
disampaikan untuk mata pelajaran berkenaan. Saranan yang dikemukakan untuk
pengajian di institusi pengajian tinggi ini tidak dijalankan sepenuhnya (Utusan
Malaysia, 16 Jun 1993).
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah tahap kesediaan bakal guru
Kimia dari aspek minat, penguasaan dan amalan harian untuk mengajar dalam
bahasa Inggeris. Aspek-aspek minat, penguasaan dan amalan harian yang dilakukan
terhadap penggunaan bahasa Inggeris sangat mempengaruhi sejauh mana tahap
kesediaan seseorang bakal guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.
Dalam pemerhatian penyelidik, untuk melaksanakan pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris, seseorang bakal guru itu perlulah mempunyai
tahap persediaan yang tinggi dari aspek fizikal dan mental. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi kesediaan bakal guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.
7
Antara faktor yang terlibat meliputi aspek minat untuk mengajar dalam bahasa
Inggeris, penguasaan dalam bahasa Inggeris dan pengamalan harian yang dilakukan
oleh mereka untuk mengajar dalam bahasa Inggeris sebelum mereka melangkah ke
alam pekerjaan sebenar.
Minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu untuk
memberikan perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan, (Syarifah Alawiyah,
1999). Sekiranya seseorang itu mempunyai minat yang tinggi dalam sesuatu kerja
itu, sudah pastilah mereka akan melakukan kerja tersebut dengan bersungguh-
sungguh sehingga mendatangkan kepuasan hati mereka, sebaliknya jika mereka tidak
meminati kerja itu, sudah pasti kerja tersebut tidak dapat dilakukan dengan jayanya
dan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan. Begitu juga dengan minat
terhadap bahasa Inggeris. Jika seseorang guru mempunyai minat yang tinggi untuk
mengajar dalam bahasa Inggeris, maka guru itu akan bersedia untuk melaksanakan
inovasi tersebut. Tetapi, berlainan pula jika guru itu tidak berminat untuk mengajar
dalam bahasa Inggeris, maka tahap kesediaan untuk mengajar dalam bahasa itu
adalah pada tahap yang rendah. Minat adalah suatu perkara yang penting kerana
tanpa minat yang mendalam, tumpuan seseorang itu untuk melakukan kerja akan
menjadi sambil lewa.
Guru-guru Sains dan Matematik perlu melalui satu perubahan di mana
mereka perlu menguasai bahasa Inggeris di samping perlu menambahkan lagi ilmu
pengetahuannya. Mereka mestilah bersedia menghadapi perubahan-perubahan
tersebut dan menyesuaikan diri mereka kerana peranan yang dihadapi oleh mereka
adalah mencabar dari segi komunikasi yang berkesan menggunakan bahasa Inggeris
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang mempunyai
penguasaan dan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris yang baik akan dapat
mengajar subjek Sains dan Matematik dengan mudah berbanding guru yang tidak
dapat menguasai bahasa itu.
Selepas seseorang guru menguasai bidang tersebut, guru itu perlulah
mempraktikkan ilmu yang dimilikinya itu dalam kehidupan sehariannya pula.
Dengan mempraktikkan dan mengamalkan ilmunya itu, ia dapat mengingati ilmu
8
tersebut sehingga ke jangka masa yang panjang. Sebagai contohnya, seseorang yang
mempelajari ilmu bahasa Inggeris perlulah mempraktikkan dan mengamalkan ilmu
mereka dengan cara berkomunikasi, membaca bahan-bahan ilmiah, menulis dan
menonton cerita-cerita dalam bahasa Inggeris. Bagi pelajar-pelajar UTM, mereka
telah pun mengambil mata pelajaran wajib iaitu bahasa Inggeris. Adakah dengan
mengambil mata pelajaran ini sudah memadai bagi mereka untuk bersedia mengajar
dalam bahasa Inggeris?
Langkah kementerian pendidikan mengarahkan agar pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris telah mengundang
pertanyaan akan kesediaan bakal guru untuk memikul tanggungjawab berhadapan
dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mampukah mereka
menyiapkan diri dalam menempuh perubahan yang drastik ini. Kerana itulah kajian
ini dijalankan bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai kesediaan bakal guru
Kimia untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dari aspek minat, penguasaan dan
amalan harian yang dilakukan terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Adakah aspek-
aspek seperti minat, penguasaan dan amalan harian yang dilakukan mempengaruhi
tahap kesediaan bakal guru untuk mengajar Kimia dalam bahasa Inggeris?
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk melihat dan menentukan
sejauh mana tahap kesediaan bakal guru Kimia untuk mengajar dalam bahasa
Inggeris. Objektif kajian ini adalah:
1. Untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru Kimia untuk mengajar
dalam bahasa Inggeris.
2. Untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru Kimia dari sudut minat
bahasa Inggeris.
3. Untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru Kimia dari sudut
penguasaan bahasa Inggeris.
9
4. Untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru Kimia dari sudut amalan
harian yang dilakukan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.
5. Untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan tahap kesediaan, minat,
penguasaan dan amalan harian bakal guru Kimia dengan pencapaian bahasa
Inggeris UHB 2332.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap kesediaan bakal guru Kimia untuk mengajar dalam
bahasa Inggeris?
2. Apakah tahap kesediaan bakal guru Kimia dari aspek minat bahasa Inggeris?
3. Apakah tahap kesediaan bakal guru Kimia dari aspek penguasaan bahasa
Inggeris?
4. Apakah tahap kesediaan bakal guru Kimia dari aspek amalan harian yang
dilakukan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris?
5. Adakah terdapat hubungan tahap kesediaan, minat, penguasaan dan amalan
harian bakal guru dengan pencapaian bahasa Inggeris UHB 2332 responden?