tahap sm - edubest.edu.my€¦ · maksud: syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. orang yang...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 6B Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 6B

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap
Page 3: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Kertas 2 1. Rumusan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Latihan:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan-tindakan pihak kerajaan bagi mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan masalah yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kajian terkini yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia

Malaysia (IPPBM) mendapati bahawa remaja amat berminat dan optimis terhadap sukan. Walau bagaimanapun, minat mereka tersekat kerana kekurangan kemudahan sukan. Kesuntukan masa pada waktu siang pula menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan. Oleh itu, program Sukan Malam telah dijalankan di seluruh negara dengan perbelanjaan yang cukup besar oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan turut memperkenalkan program

Malaysia Cergas. Program ini lahir untuk memberikan penekanan berkaitan dengan usaha meluaskan penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia dalam bidang sukan dan rekreasi fizikal. Hal ini juga merupakan usaha untuk menyedarkan masyarakat negara ini tentang betapa pentingnya kesihatan yang dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah mencabar rakyat agar mengubah

sikap dan mengamalkan cara hidup sihat sepanjang hayat bagi menghindari penyakt sewaktu melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat pada tahun lalu di Port Dickson. Beliau sedar bahawa memang sukar untuk mengubah tingkah laku. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti sebagai kemudahan kesihatan. Projek perintis itu dilaksanakan di Poliklinik Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM52 000 kepada setiap

kawasan parlimen untuk mewujudkan pusat kegiatan Rakan Muda. Peruntukan itu bertujuan untuk membiayai kos penyewaan premis untuk dijadikan pusat kegiatan Rakan Muda yang diwujudkan mulai bulan Ogos tahun lalu. Pusat tersebut bakal menggantikan Kompleks Rakan Muda yang menelan kos yang terlalu tinggi. Program Rakan Muda yang dilancarkan pada Oktober 1994 merupakan program pembangunan sosial dengan tumpuan kepada usaha melahirkan generasi pewaris yang sempurna, aktif, dan menghapuskan budaya negatif. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, setiap daerah akan mempunyai Kompleks Rakan Muda. Kompleks yang lebih kecil akan bernilai RM2 juta setiap satu dan kompleks yang lebih besar akan menelan belanja antara RM17 juta hingga RM24 juta setiap satu. Kemudahan kompleks ini termasuklah gelanggang futsal, badminton, dan skuasy serta padang balapan.

Secara tuntas, kealpaan dan kesibukan adakalanya menyebabkan kita terlepas

pandang tentang aspek kesihatan diri. Usaha memelihara kesihatan diri merupakan tanggungjawab yang sangat penting. Kegiatan kecergasan atau senaman tidak boleh

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 2

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

dianggap sebagai mengisi masa lapang sahaja tetapi sebagai kemestian oleh semua pihak.

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membiayai kos . [2 markah]

(ii) Apakah dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh

masyarakat berkaitan dengan kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan?

[4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

2b. Pemahaman Puisi [9 markah] Syair “Makna Riak ”

Maksud : Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Maksud : Ada perbuatan riak dibuat

dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya, kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.

Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Maksud : Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangkakan warak, iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berhemah, sedangkan hatinya memang memandang keduniaan.

Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Maksud : Ada pula perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas menunjukkan kehebatan berceramah atau bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun, dia sering mencampuradukkan perkara baik dan buruk.

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Maksud : Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan bahawa dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat demikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan diberi ganjaran tertentu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Maksud : Ada perbuatan riak ditunjukkan dengan cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejarnkan mata duduk bersila, Maksud : Ada perbuatan riak

ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang sebegini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun,niat atau maksud sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan tersebut atau untuk mendapatkan pengaruh

Lidah berzikir Allah Taala,, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Maksud : Sesungguhnya, semua

perbuatan riak tersebut akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak.

Tema

Syair ini bertemakan perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

Persoalan

1. Sikap berpura-pura dalam melakukan amal dan ibadat kerana ingin menunjukkan

kewarakannya kepada sesama manusia.

2. Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam amalan dan

ibadat.

3. Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan di sebalik amal ibadat.

4. Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.

5. Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara

berpakaian.

6. Kemurkaan Allah terhadap perbuatan riak.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 5

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Nilai 1. Nilai kejujuran. Contohnya, sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan. 2. Nilai kebersihan fizikal dan mental. Contohnya, mengutamakan aspek kebersihan diri walaupun sibuk melakukan amal ibadat. 3. Nilai kerajinan. Contohnya, rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian. 4. Nilai kesederhanaan. Contohnya, bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pengajaran 1. Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugasan. 2. Kita mestilah mementingkan kebersihan diri kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. 3. Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat yang terpuji. 4. Kita seharusnya bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat Latihan: (i) Apakah maksud frasa terkadang riak dengan pakaian? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda. mengapakah kita dilarang daripada bersikap riak?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

2c. Pemahaman Drama [8 markah]

Prosa Klasik “Hikayat Opu Daeng Menambun”

Sinopsis Sultan Muhammad Zainuddin telah meminta izin daripada Sultan Banjar untuk belayar ke negeri Matan. Pelayaran tersebut turut disertai Opu Daeng berlima bersaudara, iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, dan Daeng Kernasi. Setelah sampai di Kuala Kandang Kerbau di Matan, Sultan Muhammad Zainuddin telah rnengahwinkan anakandanya dengan Daeng Menambun. Dengan pertolongan Opu Daeng berllma bersaudara, Sultan Muhammad Zainuddin berjaya menangkap Panembahan Agung. Sebagai balasannya, Opu Daeng berlima bersaudara dianugerahi mana-mana jajahan daerah negeri Sukadana.

Setelah itu, Opu Daeng belayar ke Riau. Di Riau, rnereka dipanggil oleh Sultan Raja Sulaiman untuk membantu baginda menyerang Siak. Opu Daeng berlima bersaudara bersetuju dengan syarat mana-mana antara mereka berlima akan dipilih menjadi Yamtuan Muda dan berkuasa dalam pemerintahan kerajaan Riau. Setelah perjanjian itu dipersetujui, Opu Daeng berlima bersaudara pun menyerang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil dan keluarganya terpaksa berundur ke hulu Siak. Sultan Raja Sulaiman melantik Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda Riau dan mengahwinkan Daeng Chelak dengan adindanya, iaitu Tengku Puan. Kemudian, Daeng Perani belayar ke Selangor. Di Selangor, Daeng Perani telah berkahwin dengan anakanda Yang Amtuan Raja Selangor dan mempunyai seorang anak perempuan.

Seterusnya, Opu Daeng berlima bersaudara telah diundang oleh Raja Kedah. Pada masa itu, sedang berlaku perebutan kuasa antara Raja Kedah dengan adindanya. Raja Kedah meminta bantuan Opu Daeng berlima bersaudara untuk memasyhurkannya sebagai Yang Amtuan Raja Kedah. Setelah bermuafakat dengan nakhoda dari Timur, Raja Kedah dimasyhurkan sebagai Yang Amtuan Kedah yang baharu. Hal ini telah mencetuskan peperangan yang berakhir dengan kemenangan di pihak Yang Amtuan Kedah yang baharu. Baginda menunaikan janjinya, iaitu memberikan lima belas bahara kepada Opu Daeng berlima bersaudara.

Marhum Sultan Adil telah mengundang Opu Daeng berlima bersaudara ke

Sambas. Salah seorang daripada mereka akan dikahwinkan dengan adiknya, iaitu Urai Tengah atau Tengku Tengah dan akan dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi yang memerintah daerah negeri Sambas. Daeng Kemasi diputuskan untuk dihantar ke Sambas dengan ditemani oleh Daeng Menambun. Setelah sampai di Sambas, Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Tengku Tengah dan digelar Pangeran Mangkubumi.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Selepas empat puluh hari berada di Sambas, Daeng Menambun pun balik ke Matan. Di Matan, berlaku perebutan kuasa antara anak-anak Sultan Muhammad Zainuddin untuk menggantikan baginda sebagai Sultan Muda. Oleh yang demikian, Pangeran Emas Seri Negara diminta ke Mempawah. Dalam perjalanan ke Mempawah, rnereka singgah di Sebukit dan mendirikan negeri di situ. Setibanya di Mempawah, berlaku konflik apabila Daeng Mempawah, Daeng Pabahar, dan Daeng Malingsam tidak mahu memberikan satu negeri pun kepada Panembahan Sengkauk. Ratu Sultan kemudiannya bermesyuarat dengan Daeng Menarnbun dan mereka mengambil keputusan untuk kembali ke Sebukit.

Tema Tema prosa klasik "Hikayat Opu Daeng Menambun" ialah kebijaksanaan, kehebatan, dan kepahlawanan berlima bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan. Persoalan 1. Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau ketua. 2. Mengembalikan maruah negara. 3. Perpaduan dan permuafakatan penting untuk menjamin kejayaan. 4. Kehadiran orang asing dalam sesebuah negara akan mengancam keamanan dan kedaulatan negara. 5. Perjanjian yang dibuat secara diteliti supaya tidak merugikan diri, rakyat, dan negara. 6. Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang diberikan. Watak dan Perwatakan Opu Daeng Perani 1. Anak yang paling tua daripada lima orang adik-beradik. 2. Berkahwin dengan anak Nakhoda Alang. 3. Dikurniakan dua orang anak, iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah. 4. Dikahwinkan dengan anakanda Yang Amtuan Raja Selangor. 5. Mengutamakan kesenangan dan kebahagiaan adik-adiknya yang lain. Opu Daeng Menambun 1. Dikahwinkan dengan anak Sultan Muhammad Zainudin, iaitu Puteri Kesumba. 2. Diberi gelaran Pangeran Emas Seri Negara. 3. Sangat kasih akan abang dan adik-adiknya. 4. Taat pada perintah dan suruhan agama. Opu Daeng Merewah 1. Dilantik oleh Sultan Raja Sulaiman sebagai Yamtuan Muda di negeri Riau. 2. Berkahwin dengan anak Ungku Datuk Temenggung, iaitu Ungku Encik Ayu. 3. Dikurniakan seorang anak lelaki, iaitu La Mafaunuk dan dua orang anak perempuan, iaitu Raja Fatimah dan Tengku Puan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

4. Mengamalkan sikap bermuafakat dalam membuat sebarang keputusan dengan saudara-saudaranya yang lain. 5. Berani menentang musuh. Opu Daeng Chelak 1. Handal dan cekap bermain senjata. 2. Dikahwinkan dengan adik Sultan Raja Sulaiman, iaitu Tengku Puan. 3. Dikurniakan empat orang anak, iaitu Tengku Putih, Tengku Hitam, Yang Amtuan

Muda Raja, dan Raja Halimah. Opu Daeng Kemasi 1. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik lelaki. 2. Dikahwinkan dengan adik Marhum Sultan Adil, iaitu Urai Tengah atau Raden Tengah. 3. Diberi gelaran Pangeran Mangkubumi di daerah negeri Sambas. Watak-watak Sampingan yang Lain Sultan Muhammad Zainuddin, Tuan Haji Hafk, Daeng Mataku, Sultan Raja Sulaiman, Raja Kedah, Sultan Adil, dan Penambahan Sengkauk Latar Latar Tempat 1. Di Kuala Kandang Kerbau, Matan. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara

berjaya menangkap Panembahan Agung lalu dibawa ke Kuala Kandang Kerbau, Matan.

2. Di negeri Riau. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara bertemu dengan Sultan Raja Sulaiman. 3. Di negeri Siak. Contohnya, peperangan yang meletus antara orang Bugis dengan pengikut Yamtuan Raja Kecil. 4. Di negeri Sambas. Contohnya, perkahwinan yang berlangsung antara Opu Daeng Kemasi dengan adik perempuan Sultan Adil, iaitu Raden Tengah. 5. Di negeri Kedah. Contohnya, peristiwa perebutan kuasa pemerintahan antara Raja Kedah dengan saudara lelakinya. 6. Di Mempawah. Contohnya, majlis pengisytiharan Puteri Kesumba sebagai Ratu Agung Senuhun selama tujuh hari. Latar Masa Latar masa cerita ini berlaku pada waktu malam dan siang, manakala tempohnya tidak dinyatakan secara jelas. Latar Masyarakat 1. Masyarakat feudal yang mengamalkan sikap pemerintahan beraja atau raja

berkuasa mutlak. Contohnya, kerajaan Riau berada di bawah pemerintahan Sultan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Raja Sulaiman. 2. Masyarakat Bugis yang taat dan patuh pada perintah raja. Contohnya, Opu

Daeng berlima bersaudara patuh pada perintah Raja Riau supaya menangkap Panembahan Agung.

3. Masyarakat yang berpegang teguh pada perjanjian. Contohnya, Raja Kedah menepati janji baginda dengan memberi ganjaran sebanyak lima belas bahara kepada Opu Daeng berlima bersaudara.

4. Masyarakat yang suka berperang untuk mendapatkan kuasa. Contohnya, peperangan yang berlaku antara Raja Kedah dengan saudara lelakinya kerana berebutkan gelaran Yang Amtuan di Kedah.

Nilai 1. Nilai keberanian. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara memiliki keberanian yang tinggi ketika berdepan dengan pihak musuh. 2. Nilai bermuafakat. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara sentiasa bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusan. 3. Nilai kasih sayang. Contohnya, Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi

berpeluk-pelukan dengan tiga saudaranya yang lain sebelum berangkat ke negeri Sambas.

4. Nilai kegigihan. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara berusaha dengan gigih sehingga mereka beroleh pelbagai kejayaan dan kekuasaan 5. Nilai perpaduan. Contohnya, Raja Mempawah, Daeng Pabahar, dan Daeng

Malingsam seia sekata tidak mahu memberikan negeri kepada Ratu Sultan sehingga menyebabkan Ratu Sultan tidak dapat berkuasa di Mempawah dan terpaksa kembali ke Sebukit.

6. Nilai membalas budi. Contohnya, Sultan Raja Sulaiman telah melantik Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda Riau atas pertolongan Opu Daeng berlima bersaudara menyerang Siak.

Pengajaran 1. Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat perjanjian supaya kita tidak

mengalami kerugian. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara amat berhati- hati ketika rnenandatangi sesuatu perjanjian.

2. Kita hendaklah menghargai khidmat atau pertolongan yang diberikan. Contohnya, sebagai membalas jasa Opu Daeng berlima saudara, Opu Daeng Menambun telah diberi gelaran Pangeran Emas Seri Negara.

3. Kita perlu mengembalikan maruah negeri. Contohnya, Sultan Raja Sulaiman meminta pertolongan Opu Daeng berlima bersaudara untuk mengambil harta kebesaran Raja Riau daripada orang Siak.

4. Sesuatu tugas hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mencapai kejayaan. Contohnya, Opu Daeng berlima bersaudara menyelesaikan segala tugas yang diserahkan kepada mereka dengan baik.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 10

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 13: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Latihan:

ALKISAH, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan Ke Kedah.

Maka tiada berapa antaranya maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.

Maka sampai waktu Ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah Ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk Ke dalam Kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap, maka diangkatlah air panas. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, "Minta tolong perang, Kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan Kerajaan."

Khabar Raja Kedah, 'Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara."

Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, "Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini, dan seperti Bugis dan Mengliasar dan Mandura semuanya itu diserahkan Kepada saya perintahnya." (i) Apakah maksud Minta tolong perang berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga permintaan Opu Daeng kepada Raja Kedah sekiranya mereka berjaya dalam peperangan itu.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dialami oleh Raja Kedah daripada tindakan baginda meminta bantuan Opu Daeng berlima untuk berperang? Berikan tiga kesan.

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 11

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 14: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

2d. Pemahaman Cerpen [9 Markah]

Drama “Penanggungan”

Sinopsis

Kapten Mamat yang berada di rumahnya pada waktu tengah hari itu teringat akan kisah malang yang menimpa kelasinya, iaitu Baharum. Baharum telah terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak lalu meninggal dunia. Kapten Mamat dikejutkan oleh suara budak menangis dan didengari suara isterinya menjemput perempuan masuk. Kapten Mamat kemudiannya ke dapur. Beliau berasa terharu apabila melihat balu Baharum, iaitu Masnah dan anak-anaknya.

Kapten Mamat menjemput Masnah dan anak-anaknya naik ke anjung. Masnah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hatinya. Masnah tidak dapat rnenerima hakikat kematian suaminya. Dia turut bimbang akan nasib diri dan anak-anaknya. Kapten Mamat menasihati Masnah agar berani menghadapi kehidupannya.

Tiba-tiba Masnah terkapar dan tidak sedarkan diri. lsteri Kapten Mamat berusaha memulihkan Masnah. Tidak lama kemudian, Masnah sedar semula. Kapten Mamat meyakinkan Masnah bahawa dia akan membantu Masnah dan anak-anaknya. Masnah memberitahu bahawa dia akan balik ke kampungnya. Kapten Mamat menyokong keputusan tersebut supaya dia dapat membina kehidupan baharu. Kapten Mamat menasihati Masnah agar berjumpa dengan doktor setelah Masnah memberitahu Kapten Mamat tentang penyakitnya.

Kapten Mamat menyatakan kepada Masnah bahawa mereka mesti berusaha menghadapi kebodohan dan tunduk pada hukuman alam. lsteri Kapten Mamat menjelaskan bahawa selagi mereka masih hidup, segala-gala di depan mata akan ditanggung sampai mati kerana itulah penanggungan. Kata-kata Kapten Mamat dan isterinya telah menyedarkan Masnah tentang hukum alam. Dia harus menerima hakikat kematian suarninya. Tema Tema cerpen "Penanggungan" ialah perasaan seorang isteri yang sukar mener ima kenya taan bahawa suaminya sudah meningga l dunia dan menyalahkan takdir atas kejadian yang berlaku

.

Persoalan 1. Setiap manusia akan mati kerana itu adalah hukum alam. 2. Penderitaan hidup balu bersama dengan anak-anak yang masih kecil.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 12

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 15: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

3. Kesabaran dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang. 4. Usaha pihak atasan atau ketua kesatuan dalam memperjuangkan nasib ahli dan keluarga mereka. 5. Sikap prihatin dan simpati ketua akan nasib malang yang menimpa sahabat dan keluarga mereka. Watak dan Perwatakan Kapten Mamat 1. Kapten sebuah kapal syarikat perdagangan. 2. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat apabila dia tidak menampakkan pangkatnya ketika berada di rumah. 3. Berbudi bahasa apabila mengajak Masnah dan anak-anaknya yang berada di dapur naik ke anjung. 4. Berani memberikan nasihat kepada Masnah yang bersedih atas kematian suaminya. 5. Berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah anak-beranak serta menjaga kebajikan mereka. Masnah 1. Isteri kepada Baharum. 2. Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil. 3. Amat sedih atas tragedi yang meragut nyawa suaminya. 4. Hampa apabila kesatuan di tempat kerja suaminya tidak menghulurkan bantuan kepada diri dan anak-anaknya selepas kematian suaminya. 5. Dihantui kebimbangan akan nasib dan masa hadapan anak-anaknya. 6. Menghidap penyakit ngilu tulang-tulang dan jantung terasa bagai ditikam. 7. Sedar akan ketentuan Tuhan dan ingin membina hidup baharu di kampung. Latar Latar Tempat 1. Di anjung rumah Kapten Mamat. Contohnya, Masnah mengadu tentang nasibnya dan anak-anak kepada Kapten Mamat. 2. Di atas geladak, di dalam kapal. Contohnya, tempat tragedi yang menimpa

Baharum, iaitu dia terjatuh dari atas tiang agung ke atas gelagak sehingga menyebabkan kepalanya terhempas pada besi petak.

Latar Masa Waktu tengah hari yang panas terik. Contohnya, Kapten Mamat berasa panas lalu membuka bajunya. Latar Masyarakat 1. Masyarakat kelasi kapal. Contohnya, Kapten Mamat dan Baharum bekerja sebagai kelasi kapal.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 13

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 16: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

2. Masyarakat ibu tunggal. Contohnya, Masnah menjadi janda beranak dua setelah suaminya terbunuh sebagai akibat terjatuh dari atas tiang agung ke atas gelagak. 3. Masyarakat yang prihatin akan nasib malang yang menimpa orang lain. Contohnya,

Kapten Mamat dan isterinya yang prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Masnah.

4. Masyarakat yang percaya pada sampuk dan bomoh. Contohnya, isteri Kapten Mamat menyuruh Kapten Mamat memanggil bomoh apabila Masnah tidak sedarkan diri.

Nilai 1. Nilai belas kasihan. Contohnya, Kapten Mamat bersimpati terhadap nasib Masnah dan anak-anaknya. 2. Nilai kasih sayang. Contohnya, Masnah sayang akan anak-anaknya dan tidak mahu berpisah dengan mereka. 3. Nilai bersabar. Contohnya, Kapten Mamat sabar memujuk dan menenangkan Masnah yang bersedih atas kehilangan Baharum. 4. Nilai keberanian. Contohnya, isteri Kapten Mamat berani menegur suaminya supaya tidak meneruskan kata-katanya yang dapat menambah ketegangan Masnah. 5. Nilai ketaatan. Contohnya, isteri Kapten Mamat taat akan perintah Kapten Mamat

supaya membiarkan Masnah meniarap, melonggarkan ikatan kainnya, dan menggosok kaki dan tangannya dalam usaha untuk memulihkan Masnah.

6. Nilai hemah tinggi. Contohnya, isteri Kapten Mamat mempelawa Masnah dan anak-anaknya yang datang ke rumahnya dengan baik. Pengajaran 1. Kita hendaklah sedar bahawa hidup mati seseorang telah ditentukan oleh

Allah. Contohnya, Kapten Mamat menjelaskan kepada Masnah bahawa ajal Baharum telah ditetapkan oleh Allah.

2. Kita perlu meluahkan perasaan yang terbuku di hati supaya keresahan yang ditanggung terlerai. Contohnya, Masnah menyuarakan kesedihan dan kehampaan yang dialaminya kepada Kapten Mamat.

3. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Kapten Mamat berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah.

4. Kita perlu mempunyai kekuatan dalaman untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Masnah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 14

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 17: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

5. Kita hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya sakit. Contohnya, Kapten Mamat menyarankan supaya Masnah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan bagi penyakitnya.

6. Janganlah kita mudah berputus asa apabila ditimpa masalah. Contohnya, Masnah menghadapi tekanan perasaan selepas suaminya meninggal dunia.

Latihan:

"Jemputlah, Masnah. Bawa budak-budak tu. Lapar air gamaknya." Suara isterinya begitu jelas, cukup kuat memukul jantung Kapten Mamat. Lekas sekali dia mengingat Masnah adik-beradik sedatuk isterinya. Sekarang janda Baharum.

Kapten Mamat bangun mengenakan baju. Ketika dia pergi Ice dapur, tokohnya

tidak menampakkan pangkatnya. Bahasanya tidak seperti bahasa yang dikenal orang kapalnya.

Sekali ini, hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat

mayat Baharum mati berdarah. Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat.

Siapakah tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanya mana

bapanya? Siapakah tidak kasihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan isteri yang menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika sudah berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan gagah.

(i). Nyatakan dua perlakuan Kapten Mamat apabila menyedari kedatangan Masnah.

[2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah Masnah? Berikan tiga cadangan

anda.

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 15

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 18: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu persoalan

lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa - Rujuk “Ujian Pengetahuan

Bahasa Mingguan” yang diedarkan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 16

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 19: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Soalan 4. Novel “Konserto Terakhir”

Analisis Novel “Konserto Terakhir”

Latihan Ulang Kaji:

Latihan :

1. Huraikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan plot klimaks dan satu

contoh peristiwa ya menggambarkan plot peleraian.

2. Huraikan kepentingan watak sampingan dalam sebuah novel yang anda

pelajari

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506B 17

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 20: Tahap SM - edubest.edu.my€¦ · Maksud: Syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my