tajuk 1 - perkembangan kaunseling kerjaya
DESCRIPTION
PERKEMBANGAN KAUNSELING KERJAYA DALAM MEMPENGARUHI KEHIDUPAN MANUSIA DAN BAGAIMANA PERSONALITI INDIVIDU MEMBANTU PROSES PEMILIHAN KERJAYATRANSCRIPT
![Page 1: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/1.jpg)
PERKEMBANGAN KAUNSELING KERJAYA:
HARI INI DAN MASA HADAPAN
![Page 2: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/2.jpg)
MEMBUAT PILIHAN KERJAYA YANG BETUL….
• Menyumbang, sedikit sebanyak, kepada kesejahteraan individu, dari segi kebajikan mahupun aspek psikologi dirinya.
• Bilangan Kaunselor Kerjaya yang terlatih dari aspek metod-metod psikologikal serta vokasional dalam membantu klien adalah terhad dari segi bilangannya.
![Page 3: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/3.jpg)
• Peringkat-peringkat dalam proses ‘Kaunseling Kerjaya’, sebenarnya, bermula daripada seawal suatu temuduga kerja sehinggalah kepada, akhirnya, penempatan kerja.
• Klien akan dibantu dalam mempertimbangkan faktor-faktor peribadi, persekitaran, psikologi serta ekonomi, semasa membuat pilihan bidang kerjaya yang ‘sesuai’ dengan gaya hidup serta kemampuan dirinya sendiri. Seterusnya, klien wajar diberitahu untuk berusaha bagi memiliki beberapa ‘kemahiran’ mencari kerja (job-search).
![Page 4: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/4.jpg)
Sesuatu ‘kerja’ yang dilakukan akan ……..• Mendatangkan manfaat kepada dirinya dan
juga kepada orang lain.
• Menjadi kerjaya yang kekal.
• Dikatakan mempunyai hidup yang sempurna. Oleh itu, ‘perancangan kerjaya’ hendaklah dilakukan dengan baik dan berhati-hati, di samping wajar diberikan perhatian yang tinggi. Ini kerana ia akan memberi ‘implikasi’ kepada kesejahteraan dan psikologi seseorang itu.
![Page 5: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/5.jpg)
Isu ‘pilihan salah-arah’ dalam bidang kerjaya yang ingin diceburi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor …….1. Paksaan keluarga dalam memilih aliran akademik /
pelajaran di sekolah.
2. Ikatan kontrak biasiswa.
3. Program ‘streaming’ di peringkat sekolah.
4. Konflik antara ‘keinginan’ dan ‘pemilihan’.
5. Kurangnya maklumat kerjaya.
![Page 6: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/6.jpg)
Beberapa Istilah Yang Relevan…..
1. Perkembangan Kerjaya
Merupakan suatu ‘gugusan’ secara menyeluruh faktor-faktor seperti psikologi, sosiologi, pendidikan, fizikal, ekonomi serta peluang, yang bergabung bagi mempengaruhi keadaan serta kesignifikanan sesuatu kerja itu di sepanjang hayat seseorang individu yang berkenaaan.
![Page 7: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/7.jpg)
2. Vokasion, Pekerjaan, Kerja dan Kerjaya
(i) Vokasion, Pekerjaan dan Kerja
Ia sering digunakan silih berganti bagi menggambarkan aktiviti-aktiviti serta kedudukan sesuatu pekerjaan itu.
(ii) Kerjaya
Aktiviti-aktiviti serta kedudukan yang terlibat di dalam vokasion, pekerjaan dan kerja, selain daripada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan jangka masa kerja seseorang individu itu.
![Page 8: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/8.jpg)
3. Kaunseling KerjayaTermasuk semua aktiviti kaunseling yang ada hubung-kait dengan pilihan-pilihan kerjaya di sepanjang hayat.
Dalam proses kaunseling kerjaya, semua aspek keperluan individu, iaitu keluarga, kerja serta beristirehat, adalah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses perancangan dan membuat keputusan mengenai sesuatu bidang kerjaya yang ingin diceburi.
![Page 9: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/9.jpg)
4. Bimbingan Kerjaya
Semua komponen perkhidmatan dan aktiviti terdapat di dalam institusi – institusi pendidikan, agensi, dan lain–lain organisasi - yang menawarkan perkhidmatan kaunseling serta program-program pendidikan yang berkaitan dengan kerjaya.
![Page 10: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/10.jpg)
Kaunseling Kerjaya Hari Ini…….Perhatian dan tumpuan yang diberikan mempunyai skop yang luas. Ia meliputi :-
1. Isu-isu kesihatan mental yang menghadkan pilihan kerjaya.
2. Perubahan-perubahan yang berlaku di tempat kerja.
3. Memenuhi keperluan-keperluan para pekerja di dalam ekonomi dunia yang begitu kompetitif.
4. Bagaimana untuk mengstrukturkan semula prosedur-prosedur kaunseling dalam memenuhi keperluan kelompok-kelompok individu yang berbagai budaya.
![Page 11: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/11.jpg)
Kaunseling Kerjaya Di Malaysia….
• Cabaran masa kini :-
• Perkembangan teknologi yang begitu pesat.
• Perubahan strata hidup masyarakat moden di Malaysia.
• Keperluan terhadap bimbingan kerjaya mula mendapat perhatian.
![Page 12: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/12.jpg)
Perkembangan Bimbingan Kerjaya…..• 1939 – terbit sebuah buku berjodol “A Guide to
Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils”.
• Namun, hanya digunakan oleh para pegawai dan pentadbir semata-mata.
• 1961 – Kementerian Buruh – terbitkan buku berjodol “Handbook Facilities in the Federation of Malaya” – panduan pekerjaan dan kerjaya.
![Page 13: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/13.jpg)
• 1962 – Skim Rancangan Colombo – UNESCO menghantar pakar perundingnya dalam bidang bimbingan dan vokasional – R. K. MacKenzie (Kanada).
• Mengajar serta membimbing sebelas (11) orang pegawai pelajaran dari seluruh negara selama satu (1) tahun di MPIK Cheras.
![Page 14: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/14.jpg)
Peranan MARA pula…..
• Menubuhkan sebuah unit khas bertujuan memberi ‘bimbingan kerjaya’ kepada pelajar-pelajar tajaan MARA serta ibu bapa mereka.
• Seterusnya, khidmat bimbingan kerjaya di MRSM serta ITM (sekarang UiTM).
• MRSM – mempunyai jawatan ‘Kaunselor’ (hakiki), tidak seperti yang terdapat di sekolah-sekolah mahupun di IPT.
![Page 15: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/15.jpg)
‘Bimbingan dan Kauseling Kerjaya’ telah dijadikan satu mata pelajaran elektif………
• Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.• Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
UKM.• Jabatan Psikologi, FSKK, UKM (diploma)• Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling) UPM.• Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) – kursus
kaunseling dan bimbingan (sijil).
![Page 16: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/16.jpg)
Hasrat ingin menjadikan ‘bidang pengajian’ bertaraf profesional…..• Ditubuhkan beberapa badan sukarela yang
berkaitan dengan kaunseling kerjaya, seperti :-
• MAVOGA• SVOGA• PERKAMA
• Ia ditubuhkan semata-mata untuk mengiktiraf profesion ‘Kaunselor Kerjaya’ sebagai bidang profesional.
![Page 17: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/17.jpg)
Beberapa Penyelidikan dan Kajian yang telah dijalankan ……• 1968 (Iran Herman) – pelajar yang datang
dari keluarga berpendapatan rendah, akan memilih jenis kerja yang berpendapatan rendah; dari keluarga yang senang pula memilih kerja yang tinggi tarafnya.
• 1976 (Mohd Rosli Omar) – 90% drpd murid yang keluarganya berpendapatan rendah, tinggal jauh di luar bandar – memilih jenis kerja yang berpendapatan rendah.
![Page 18: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/18.jpg)
• 1979 (Aminuddin Yusof) – gambaran yang kurang jelas tentang kehidupan ‘keguruan’ oleh ‘pelamar-pelamar pekerjaan’ terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Persepsi terhadap profesion guru – berprestij, ada penghormatan masyarakat, mudah naik pangkat, ada jaminan masa depan, dan banyak cuti tahunan.
![Page 19: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/19.jpg)
• 1986 (Rohany Nasir) – bidang kerjaya yang paling diminati ialah bidang Sastera, selain dari bidang Perniagaan. Mengikut jantina pula, pelajar wanita lebih cenderung mengikuti bidang Sastera, manakala pelajar lelaki pula bidang Perniagaan.
• Pengetahuan terhadap minat sahaja belum cukup bagi merancang masa depan seseorang individu itu.
![Page 20: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/20.jpg)
• 1987 (Habibah Mohd Sood) – minat kerjaya dan hubungannya dengan kepuasan kerja. Kajian dibuat ke atas sekelompok pekerja berjawatan kerani (pembantu tadbir). 56% ingin mencari kerja lain, manakala 44% pula sanggup terus kekal. Dari segi kepuasan pula, 34% tidak mendapat kepuasan, manakala 66 % dapat kepuasan walaupun tiada minat terhadap pekerjaan tersebut.
![Page 21: Tajuk 1 - Perkembangan Kaunseling Kerjaya](https://reader033.vdocuments.net/reader033/viewer/2022061308/577c847c1a28abe054b92ba5/html5/thumbnails/21.jpg)
TERIMA KASIH