tajuk ke - 2 - · pdf filemasjid berseni bina india/dibina ... megat iskandar shah. 5.1...
TRANSCRIPT
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 1
CTU I5I – PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat
Menjelaskan cara
kedatangan Islam ke
Alam Melayu.
Menjelaskan pengaruh
Islam di Alam Melayu.
Menghuraikan tamadun
Melayu sebagai asas
pembinaan tamadun
Malaysia.
5.1 Kedatangan Islam
di Alam Melayu
5.2 Pengaruh Islam di
Alam Melayu
5.3 Tamadun Islam
sebagai Asas
Pembinaan Tamadun
Malaysia
2
FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN
PENDAHULUAN
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 2
3
Alam Melayu termasuk wilayah Asia Tenggara yang termasuk pulau-pulau Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Maluku, Luzon, dan Mindanao.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
4
Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam Melayu iaitu:
1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat berpegang kepada aninisme dengan mempercayai wujudnya roh yang boleh menguasai manusia.
2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha yang mengagongkan dewa dewi telah mempengaruhi masyarakat Melayu. Budaya agama Hindu masih mempengaruhi masyarakat Melayu.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 3
5
Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha,
Bhagawad Gita dan Baratayudha mempengaruhi
kesenian masyarakat Melayu.
Contoh seperti wayang kulit.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
6
Kesusateraan Hindu yang mempengaruhi kesusasteraan Melayu ialah dari Epik Mahabharata:
Hikayat Pendawa Lima
Hikayat Pendawa Jaya
Hikayat Panca Kelima
Hikayat Pandawa
Hikayat Sang Boma
Daripada Epik Ramayana:
Hikayat Seri Rama
Hikayat Maharaja Rawana
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 4
7
Pengaruh Hindu
terhadap sistem politik
Nusantara mewujudkan
sistem feudal
berasaskan sistem
kasta yang
dipraktikkan oleh
agama Hindu.
Raja
Pembesar/
Bangsawan
Pegawai-pegawai Kerajaan
Tuan-tuan tanah
Rakyat/petani
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
8
Kerajaan-kerajaan Hindu yang menguasai rantau
Asia Tenggara ialah kerajaan Langkasuka,
Tambralinga, Kedah Tua (Lembah Bujang),
Srivijaya, Mataram dan Majapahit.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 5
9
Kedatangan Islam ke Alam Melayu:
China
India
Arab
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
10
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Teori Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Islam dari India:
Teori ini dibawa oleh sarjana Barat – Snouck Hugronje,
Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim.
Kerana telah ada hubungan perdagangan masyarakat
Nusantara dengan pedagang India Muslim di sekitar
abad ke-13 M.
Namun orientalis Barat tidak sepakat dari mana
tempatnya, sama ada Gujerat, Banggala atau
Malabar.
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 6
11
Gujerat – Kebanyakan orientalis dan G. P. Moquette; hujah - batu nisan di Pasai (Maulana Malik Ibrahim) bertarikh 1428 M dan Gerisek (Umar ibn Ahmad Kazaruni) 1419 M mempunyai bentuk di Gujerat.
Tolak - Tetapi Kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 M lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi iaitu tahun 1301 M.
Banggala atau Malabar – Thomas Arnorld & B. Harrison; hujah - pedagang Mazhab Syafie yang terdapat di daerah-daerah ini adalah sama mazhab dengan mazhab di Nusantara. Sedangkan di Gujerat Mazhab Hanafi.
Tolak – mereka mengatakan Islam datang pada abad ke-13 M, tetapi Islam telah bertapak di Nusantara sejak abad ke-7 M lagi berdasarkan batu nisan di Jawa.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
12
Pengaruh India di Tanah Melayu:
Pedagang Muslim terutama di utara – mamak atau keling
Budaya India-Hindu di Tanah Melayu
Masjid berseni bina India/dibina orang India-Muslim
Strata sosial dalam Hukum Kanun Melaka
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 7
13
Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang dibina pada abad ke-18 oleh saudagar India Muslim.
Masjid India Muslim di Ipoh dibina pada 1908 digunakan oleh masyarakat India-Muslim bermazhab Hanafi.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
14
Islam dari China:
Teori ini berdasarkan catatan orang Cina Islam bahawa
orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman
pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang
(627-650 M).
Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi
Kabsyah yang kemudian meninggal dunia di Canton dan
dikebumikan di sini.
Khalifah Uthman ibn Affan pernah mengutus Saad ibn Abi
Waqqas yang telah mengasaskan sebuah masjid di
Canton yang diberi nama Wan Shin-zi (masjid kenangan
Nabi).
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 8
15
Hubungan erat antara Islam dengan China terjalin apabila
Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Abbasiyah telah menghantar
10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk
membantu Maharaja Hsnan Tsung (755 M) mengalahkan
pemberontakan menentangnya. Kesannya, kerajaan China
memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang
Islam di sana.
Pada tahun 878 M, tercetus satu pemberontakan besar di Canton
yang dikaitkan dengan rasa tidak senang hati dengan kemajuan
ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China.
Seramai kira-kira 100,000 orang asing terbunuh, majoritinya
orang Arab. Ini menyebabkan baki orang Arab di Canton
melarikan diri ke Nusantara dan menyebarkan Islam.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
16
Terdapat juga catatan Dinasti Sung bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang
pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh
pedagang-pedagang Islam dari negara China pada
awal 977 M.
Terdapat batu nisan Fatimah binti Maimon yang
bertarikh 1082 M di Leran, Jawa Timur ada
persamaan dengan batu nisan di Phanrany, Champa
Selatan bertarikh 1035 M dan 1039 M.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 9
17
S. Q. Fatimi & R. O. Windstedt – hujah- Terdapat kewujudan batu nisan yang bertulis khat Khufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M di Champa (Vietnam).
Khat khufi popular di China.
Pada tugu ini terdapat catatan yang berkait dengan hukum-hukum Islam.
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu memperkukuhkan teori Islam dibawa dari China dan Champa kerana penggunaan khat Khufi.
Tolak – dialek Arab Cina tidak sama dengan cara sebutan orang Islam di Tanah Melayu.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
18
Pengaruh/Hubungan China-Tanah Melayu:
Masjid berseni bina China di Melaka
Sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho
Penyebaran penggunaan khat khufi
Hubungan diplomatik kerajaan Melaka-China (Dinasti Tang)
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 10
19
Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling (1748) dibina pada abad ke-18, antara masjid tertua di Malaysia. Namun seni binanya juga mempunyai pengaruh Hindu pada ukiran selain pengaruh China pada menara pagoda.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
20
Islam dari Arab:
Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat
sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutama
sejarawan tempatan + Prof. Dr. Syed Muhammas
Naquib Al-Attas, Prof. Dr. HAMKA.
Hujah – Pengaruh tulisan jawi, sama dengan Arab,
Cuma beberapa penambahan utk disesuaikan dengan
bahasa Melayu.
Cara sebutan Arab (bacaan Al-Quran) di Nusantara
sama dengan cara di Asia Barat dan Timur Tengah.
3.2 KEMASYARAKATAN 5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 11
21
Bukti daripada catatan sejarah dengan jelas menyatakan pengislaman raja-raja di Alam melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah. Contohnya Maharaja Derbar II (Kedah) yang memerintah pada 1136 M telah memeluk Islam daripada Syed Abdullah bin Syeikh Ahmad dari Yaman dengan memakai nama Sultan Muzaffar Shah. Negeri Kedah juga digelar Darul Aman (Zamin Turan).
Parameswara (1414) pula memeluk Islam dari Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah serta menukar namanya kepada Megat Iskandar Shah.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
22
Semua catatan sejarah melaporkan sultan-sultan Melayu dari Melaka hingga Sulu diIslamkan oeh orang Arab.
Para pedagang Arab yang berdagang di Nusantara melalui pelabuhan Yaman. Pelabuhan Hadhramaut menjadi tempat persinggahan pedagang dari seluruh dunia termasuk pedagang Melayu. Antara barang dagangan orang Melayu ialah rempah ratus dan kapur barus.
Bahasa Melayu menerima banyak pengaruh bahasa Arab.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 12
23
C. A. Manjul & Wang Gungwu – perkembangan Islam di Nusantara walaupun datang dari India tetapi disebarkan oleh orang Arab. Tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatanagn Islam di Alammelayu dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun China.
Khalifah Muawiyah pernah melakukan dakwah Islamiyah ke atas Kerajaan Srivijaya.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemerintah Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Srindavarman telah memeluk Islam. Kerajaan Srivijaya dinamakan Sribuza Islam.
Khalifah al-Makmun dan rombongannya telah sampai di Perlak, Sumatera.
Kajian tentang salasilah kebanyakan raja-raja Melayu seperti Brunei, Perlis, Acheh, Patani, Champa dan Pontianak menunjukkan mereka berketurunan Ahli Bait.
3.2 KEMASYARAKATAN 5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
24
Orang Arab yang berdakwah datang dari
Hadhramaut, Yaman menyebarkan Islam di Tanah
Melayu.
Buktinya nama-nama keluarga seperti Syed di
Alam Melayu seperti al-Sagoff, al-Junaid, al-Bar
dan al-Hadid mempunyai perkaitan dengan
Hadhramaut.
Mazhab Hadhramaut adalah Mazhab Shafie.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 13
25
Yaman
India
Nusantara
Arab Saudi
China
26
Islam datang dari pelbagai arah sama ada secara kecil-kecilan atau secara berkelompok. Memang ada orang Islam datang dari India dan China menyebarkan Islam di Nusantara namun tidak menyeluruh.
Islam di Nusantara khususnya di Malaysia lebih terkesan dengan fahaman atau cara pembawaan Islam yang datang dari Tanah Arab. Bukti yang jelas ialah cara sebutan huruf Arab orang Melayu tidak sama dengan cara sebutan orang India di India dan orang Islam tanah besar China.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 14
27
Latihan Pengukuhan
Sebenarnya, pada pendapat kamu,
golongan manakah yang menyebarkan Islam di
Tanah Melayu (khususnya Malaysia)?
28
Kesan paling ketara kedatangan Islam ke Alam Melayu ialah perkembangan pendidikan Islam. Sikap mementingkan ilmu membawa kepada berkembangnya pendidikan dan institusi pendidikan formal.
Sistem pemerintahan berasaskan Islam juga dijalankan iaitu institusi kesultanan.
Seni khat, seni bina dan seni ukir masyarakat Nusantara dipengaruhi oleh kesenian Islam.
Institusi ekonomi seperti Baitul Mal diperkenalkan. Unsur-unsur yang halal semasa urus niaga diamalkan. Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang.
Mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu ditingkatkan.
Cara hidup atau budaya Islam diasimilasi dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 15
29
Kesan Islam di Alam Melayu
Akidah
Sebelum kedatangan Hindu-Buddha, masyarakat
Nusantara percaya kepada aninisme.
Semasa kedatangan Hindu-Buddha, budaya agama ini
mendominasi budaya masyarakat Nusantara, tetapi tidak
ajaran agamanya. Hanya golongan bangsawan yang
beragama Hindu.
Selepas kedatangan Islam, masyarakat Nusantara rata-
rata menerima agama ini, namun pengaruh agama Hindu-
Buddha masih wujud dan diamalkan secara meluas.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
30
Kewujudan kerajaan Islam
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membuka banya pusat dagangan dan juga kerajaan Islam.
Kerajaan yang pernah muncul ialah:
Ta-Shih (abad ke-7), Sribuza Islam (718), Perlak (840-986 M), Samudera-Pasai (1042-1450 M), Acheh Darussalam (1205-1675), Demak (1475-1550), Pajang (1568-1586), Mataram II (1586-1755), Brunei, Sulu dan Patani.
Kerajaan Islam juga pernah lahir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka dan Johor.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 16
31
Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan
(legislatif), pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman
(judiciary) yang tertinggi adalah mengikut sistem
Sahifah Madinah yang diperkenalkan oleh
Rasulullah SAW.
Tujuannya untuk mengikat perjanjian persefahaman
bersama antara golongan sesama Islam dan
golongan bukan Islam untuk menjaga hak dan
tanggungjawab bersama bagi menjamin keutuhan
negara Islam.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
32
Sistem kesultanan dipraktikkan secara meluas di Alam
Melayu.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 17
33
Sosial
Pada peringkat awal,
masyarakat terdiri
daripada dua
kelompok iaitu
pemerintah dan
golongan diperintah.
Sistem ini diwarisi
daripada pengaruh
Hindu-Buddha.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Raja
Pembesar/
Bangsawan
Pegawai-pegawai Kerajaan
Tuan-tuan tanah
Rakyat/petani
diperintah
pemerintah
34
Terdapat perbezaan darjat dengan peruntukan
undang-undang yang berlainan untuk kedua-dua
golongan itu. Golongan pemerintah akan menerima
hukuman yang lebih ringan berbanding golongan
diperintah dengan kesalahan yang sama.
Berdasarkan konsep keadilan Islam yang
berasaskan sistem khilafah, sultan dibantu oleh ahli
mesyuarat ahl hal wal aqd untuk menentukan
pentadbiran negara, termasuk pelantikan menteri.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 18
35
Undang-undang
Selepas kedatangan Islam, undang-undang Melayu
telah diubah suai mengikut undang-undang Islam.
Undang-undang Islam bermula bermula apabila
Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke-15.
Pada peringkat awal undang-undang adat ditokok
tambah dan diubah suai dengan unsur-unsur Islam.
Ini dapat dilihat dalam versi Hukum Kanun
Melaka yang mengandungi undang-undang adat
dan undang-undang Islam.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
36
Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya 40.95% atau
18 fasal menurut undang-undang Islam. Contohnya
dalam kesalahan membunuh. Selain itu terdapat
undang-undang keluarga berdasarkan undang-
undang Islam.
Manakala Undang-undang Laut Melaka yang
mempunyai 25 fasal, satu fasal sahaja
menghuraikan tentang zina yang mengikut undang-
undang Islam sebenar. Undang-undang berkenaan
hal-hal di laut banyak berunsurkan hukum dan
peraturan adat.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 19
37
Ekonomi
Aktiviti ekonomi bercorak agraria seperti
penanaman, perikanan, penternakan yang
bergantung kepada alam masih berlangsung
selepas kedatangan Islam.
Lahir pasar serta kota bersifat antarabangsa yang
dikunjungi pedagang asing seperti Arab, Parsi,
India dan China.
Sistem mata wang diguna pakai secara meluas,
meskipun sistem barter masih diamalkan.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
38
Melaka
menjadi
tumpuan
pedagang
asing
terutama
pedagang
Islam dari
Arab,
Parsi, India
dan China.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 20
39
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
40
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 21
41
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
42
Kesenian (Seni Bina/Ukir)
Pengaruh Islam - batu nisan, makam, masjid dan
khat.
Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh
Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir
bertarikh 903 M di Kedah.
Batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk
kapal terbalik menunjukkan pengaruh Parsi. Ini
termasuk pengaruh tulisan dan hiasan dedaunnya.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 22
43
Kesenian Islam
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
44
Seni ukir Islam berasaskan flora
Berasaskan seni bina Moorish Berasaskan seni bina Mongol di India
Seni khat di dalam masjid
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 23
45
Bahasa dan Sastera
Sebelum kedatangan Islam Bahasa Jawa Kuno dan
bahasa Melayu Kuno merupakan bahasa tempatan
yang dominan.
Manakala bahasa Sanskrit dari India merupakan
bahasa ilmu.
Selepas kedatangan Islam, bahasa Sanskrit
digantikan dengan bahasa Melayu, dan menjadi
bahasa lingua franca di Alam Melayu.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
46
Arca yang ditemui di Lembah Bujang bertulisan Sanskrit.
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 24
47
Perkembangan tulisan Jawi
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
28 Huruf Arab
• Huruf-huruf berdasarkan Al-Quran
6 huruf Parsi/Melayu
• Tambahan untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu
• ( )
X b t ڠrڽ
48
Sastera Islam
Prosa
Hikayat Nur Muhammad
Cerita Nabi-nabi
Cerita para pahlawan Islam
Puisi
Hamzah Fansuri – Syair Perahu, Syair Burung
Pingai
Abdul Rauf Fansuri – Syair Makrifat
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 25
49
Kesenian Islam (Muzik dan Dendangan)
Islam tidak melarang kegiatan hiburan dijalankan.
Tokoh Islam terkenal, al-Farabi adalah ahli muzik yang
handal sehingga mampu mencipta alat muzik.
Muzik Islam pada awalnya adalah berasaskan ketuhanan
dan memuji-muji Rasulullah SAW.
Marhaban, berzanji dan hadharah masih popular dan
didendangkan di majlis-majlis keramaian Islam.
Nyanyian lagu-lagu keagamaan juga berkembang pesat
di negara-negara Islam termasuk Malaysia (nasyid).
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
50
Pengaruh
Islam
dalam
Muzik
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 26
51
Pendidikan Islam
Pengaruh terbesar kedatangan Islam dapat dilihat dalam pendidikan.
Pengajaran ilmu berasaskan Islam dilakukan secara meluas.
Kanak-kanak Islam diwajibkan mempelajari cara-cara membaca Al-Quran.
Pada awalnya, guru-guru agama adalah orang asing – Arab, India dan Parsi.
Kemudiannya lahir ulama Melayu.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
52
Ulama Melayu
Nuruddin al-Raniri
Hidayah al-Iman
Sirat al-Mustaqim
Abdul Rauf Fansuri
Umdat al-Muhtajin
Mir’at al-Tullab
Abdul Samad al-Falimbangi
Zuhra al-Murid
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 27
53
Sekolah formal Sistem halaqah/madrasah
Pra-sekolah Kelas fardu ain
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
54
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 28
55
Faktor-faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Kehebatan Islam
Pendakwah
Perkahwinan
Politik dan penaklukan
Ekonomi dan perdagangan
Peranan pusat kebudayaan
56
Kehebatan Islam – ajaran Islam yang mempunyai keindahan dan kesan tersendiri di mana orang Islam tidak akan meninggalkan agama ini.
Pendakwah – melakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati tanpa mengharapkan ganjaran dunia.
Perkahwinan – mempercepatkan usaha dakwah.
Politik dan penaklukan – negara-negara sekitar bernaung di bawah negara Islam seperti Pasai dan Melaka.
Ekonomi dan perdagangan – menggalakkan penyebaran Islam dengan hubungan langsung.
Peranan pusat kebudayaan – memperkenalkan kepada kebudayaan Islam yang pada peringkat awal terdapat di istana.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 29
57
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Sumbangan Kerajaan Pasai (1009-1444 M)
Penerimaan Islam di Perlak yang diikuti oleh Pasai
berlaku pada sekitar kurun ke-12 M.
Seorang ulama dari Tanah Arab bernama Sheikh
Ismail al-Siddiq yang diutus oleh Syarif Makkah ke
Sumatera Utara, berjaya mengislamkan daerah
Barus, Lamri, Haru (Aru), Perlak dan Pasai.
Negeri Pasai ketika itu diperintah oleh Meurah Silu
(1261-1289 M) yang kemudian menukar nama
kepada Malik al-Salih setelah memeluk Islam.
58
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Sultan Malik al-Salih memeluk Islam dengan mengahwini puteri Perlak.
Kegiatan pengislaman di Alam Melayu makin meningkat dan menjadikan Samudera-Pasai sebagai sebuah negara Islam pada abad ke-13 M.
Pada 1345 M, kerajaan Pasai dikunjungi oleh Ibn Battutah, dengan melaporkan sultan Pasai ketika itu ialah Sultan Malik al-Dzahir II yang merupakan seorang yang salih.
Sultan itu juga memberi penghormatan yang tinggi kepada pedagang dan orang asing terutama golongan ulama.
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 30
59
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Kesannya, Pasai berjaya mengislamkan kawasan-kawasan sekitarnya terutamanya di Sumatera Utara.
60
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Tokoh-tokoh Kerajaan Pasai
Sultan Malik Al-Salih (1261-1289 M)
• Nama sebenarnya Meurah Silu, raja Samudera
yang pertama Islam.
• Sangat mengambil berat mengenai penyebaran
Dakwah Islamiyah.
Sultan Ahmad Malik al-Zahir
(1326- 1350 M)
• Nama sebenarnya Raja Ahmad.
• Seorang yang alim.
• Sering bermuzakarah dengan ulama
membicarakan sesuatu hukum.
• Pasai menjadi pusat pendidikan teragung
di Nusantara ketika itu.
• Sultan Mansur Shah pernah mengirim
kitab Dar al-Mazlum ke Pasai untuk
diterjemahkan.
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 31
61
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Sumbangan Kerajaan Melaka (1409-1511 M)
Melaka dibuka pada tahun 1400 M.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-15 bermula dari Melaka.
Parameswara memeluk Islam pada 1414 M menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah.
Pengislaman ini diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.
62
Setelah memeluk Islam, Megat
Iskandar Syah mengujungi China
atas galakan Laksamana Cheng
Ho, duta besar China ke Melaka.
Laksama Cheng Ho telahpun
Islam.
Rombongan Melaka pulang
bersama beberapa ahli
pertukangan yang kemudian
ditugaskan membina masjid di
Melaka.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 32
63
Melaka
menjadi
tumpuan
negara-
negara
Islam.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Kesannya, empayar Majapahit di Jawa runtuh kerana merosotnya kegiatan perdagangan.
64
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 33
65
Tokoh-tokoh Kerajaan Melayu Melaka
Sultan Muzaffar Syah
(1446-1456 M)
Sultan Mansur Syah
(1456-1477 M)
Bendahara Tun Perak
(1456-1498 M)
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
66
Sultan yang ke-4. Menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Pertama bergelar sultan.
Menguatkan pertahanan Melaka, dgn menggagalkan serangan Siam pada 1456 M.
Pernah melawat China.
Sultan yang ke-5. Memantapkan hubungan Melaka-China. Berkahwin dengan Puteri Hang Li-po.
Pada 1470 M, Melaka menjadi sebuah empayar yang terkuat di rantau Nusantara.
Bendahara ke-5. Menjadi bendahara kepada 4 orang sultan.
Berjaya mematahkan serangan Siam di Batu Pahat.
Bertanggungjawab melantik sultan, contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 34
67
Sumbangan Kerajaan Acheh (1500-1650 M)
Setelah Melaka dijajah oleh Portugis, pusat penyebaran dan perdagangan Islam berpindah ke Acheh.
Kerajaan Acheh didirikan oleh Raja Pasai, Raja Ibrahim yang bergelar Sultan Alaiddin Ali Mughayat Syah (1511-1530 M).
Acheh mempunyai jajahan takluk yang luas – Haru (Aru), Deli, Siak, Asahan, Tanung Balai, Rokan, Inderagiri, Salida, Johor, Pahang, Perak dan Kedah.
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Kesannya, peranan Acheh dapat menyekat kemaraan Portugis di rantau Nusantara terutama di sebelah Barat.
68
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 35
69
5.2 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Tokoh-tokoh Kerajaan Melayu Acheh
Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636 M)
• Memerintah selama 29 tahun.
• Sangat gigih menentang Portugis di Melaka
untuk mengelakkan penyebaran agama
Kristian.
• Memperkemaskan angkatan tentara,
memperkukuhkan ekonomi dan institusi
pendidikan.
Sultan Iskandar Thani
(1636-1641 M)
• Seorang yang warak.
• Kerajaan Acheh menghadapi ancaman Portugis
dan Belanda.
• Lebih giat menyebarkan dakwah Islamiyah.
70
1. Apakah perubahan masyarakat Nusantara paling
ketara sekali selepas kedatangan Islam?
2. Apakah persaman kerajaan Pasai, Acheh dan
Melaka yang menyumbang kepada kepesatan
kerajaan-kerajaan ini?
3. Bagaimanakah pengislaman Parameswara
mempengaruhi kepesatan pengislaman
masyarakat Melaka?
Aktiviti Pengukuhan 9