taklimat bagi ibu bapa murid p5 & p6payalebarmethodistgirlspri.moe.edu.sg/qql/slot/u208/2013...
TRANSCRIPT
Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P5 & P6
Tarikh: 18hb Januari 2013 Tempat: ML Room
Agenda
• Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar
• Bahan – bahan Pengajaran Bagi Bahasa Melayu
• Penilaian
• Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012
Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar
• Murid – murid akan dinilai berdasarkan 4 komponen: - Bertutur
Membaca
Mendengar
Menulis
Murid – murid bukan sahaja dinilai semasa penilaian formal tetapi menerusi ujian kecil / kuiz / renungan guru dsb.
Bahan-Bahan Pengajaran Bagi Bahasa Melayu
• Buku Teks • Buku Aktiviti • Fail Bahasa Melayu – Bahasa, Kefahaman &
Karangan • Lembaran Kerja • Buku Latihan Tambahan (Assessment Books)
Penilaian P5BM & P5BML
• Penilaian formal akan dijalankan setiap penggal:–
• Ujian Penilaian 1 (PP1)
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1)
• Ujian Penilaian 2 (PP2)
• Peperiksaan Akhir Tahun (SA2)
Penilaian P6BM & P6BML • Penilaian formal akan dijalankan setiap
penggal:–
• Ujian Penilaian 1 (PP1)
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1)
• Peperiksaan Prelim – P6
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 1: Karangan i. Karangan Bertopik ATAU ii. Karangan Gambar Bersiri Enam (40 markah) -
Isi (20 markah)
Bahasa (20 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 2: Bahasa & Kefahaman
Bahagian A (46 markah) -
Kata Berimbuhan (10 soalan – 20 markah)
Peribahasa (5 soalan – 10 markah)
Kefahaman Objektif (4 soalan – 8 markah)
Kefahaman Grafik (4 soalan – 8 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kata Berimbuhan (20 markah)
Hampir setiap hari kita
mendengar tentang kemalangan
jalan raya. Kemalangan ini
mengakibatkan banyak nyawa
yang (1)____________.
Terdapat banyak faktor
yang (2)____________
kemalangan jalan raya. Salah
satu puncanya adalah
memandu (3)____________
had kelajuan yang ditetapkan.
Apabila had laju ini tidak
(4)____________, kemalangan
akan berlaku.
1 (1) berkorban (2) mengorbankan
(3) pengorbanan (4) terkorban
2 (1) bersebab (2) disebabkan
(3) menyebabkan (4) penyebab
3 (1) berlebihan (2) melebihi
(3) melebihkan (4) terlebih
• Kertas 2: Contoh Soalan Peribahasa (20 markah)
Pak cik Hashim mempunyai dua orang anak lelaki. Hubungan di antara anak-anaknya (11) sangat rapat. Semenjak kematian isterinya, Pak cik Hashim yang menjaga dan mengurus keperluan mereka. Pak cik Hashim terpaksa (12) banting tulang untuk mencari nafkah.
11(1)bagai isi dengan kuku
(2)bagai aur dengan tebing
(3)bagai dakwat dengan kertas
(4)seperti pahat dengan penukul
12(1)selalu sibuk bekerja
(2)hidup saling bekerjasama
(3)kerja keras dengan bermati-matian
(4)mengerjakan sesuatu yang sia-sia
Anjuran Rahimah Bridal Wear 341 Jalan Megat, Singapura 801522
PERHATIAN BAKAL MEMPELAI! Inginkan majlis perkahwinan yang indah tetapi tidak mempunyai cukup duit?
Ayuh ajak pasangan anda ke acara ini untuk mendapatkan diskaun-diskaun pakej
perkahwinan hingga 40%! Pameran akan diadakan selama 3 hari sahaja bermula 8hb Ogos 2010.
Suntan City Mall, Dewan 408 Dibuka 10 pagi – 9 malam
Acara & Perkhidmatan Hebat:
• Kek Kahwin Istimewa
• Konsultasi perkahwinan percuma!
• Konsultasi rumah percuma!
• Pakej Andaman
• Reka Kad Jemputan Anda Sendiri!
• Sesi Soal Jawab Isu Rumahtangga oleh Ustazah Rosita
Saksikan peragawati-peragawati
meragakan baju-baju pengantin hasil
rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia,
Jun Hassan!
Tiket: $20 setiap seorang Diskaun $15 bagi setiap pasangan!
PERSANDINGAN IMPIAN 2010
16. Pameran perkahwinan akan diadakan pada
______________.
(1) 6hb Ogos hingga 8hb Ogos 2010
(2) 3hb Ogos hingga 8hb Ogos 2010
(3) 8hb Ogos hingga 10hb Ogos 2010
(4) 8hb Ogos hingga 11hb Ogos 2010
17. Semua acara di bawah ini terdapat di pameran itu
kecuali ______________.
(1) tempahan kek
(2) pakej andaman pengantin
(3) mereka kad jemputan anda sendiri
(4) konsultasi rumah dan perkahwinan percuma
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Objektif (8 markah)
“Hanna! Sudah ambil pasport Hanna?” tanya ibu. Hanna tidak sabar lagi untuk berangkat ke sebuah pulau terpencil menaiki kereta api dan feri. Ini merupakan kali pertama Hanna meninggalkan tanah airnya untuk pergi makan angin lagi di negeri lain semenjak pemergian ayahnya tiga tahun yang lalu.
20 Hanna pergi ke Pulau Jati bersama ________________. (1) ibu dan ayahnya (2) ibu dan abangnya (3) ayah dan abangnya (4) ayah, ibu dan abangnya
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 2: Bahasa & Kefahaman
Booklet B (44 markah) -
Golongan Kata (8 soalan – 16 markah)
Frasa (4 soalan – 8 markah)
Kefahaman Subjektif (6 soalan – 20 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Golongan Kata (16 markah)
berangkat dibasahi jauh
kehabisan
kehausan kesal lenyap
melihat
menaiki menikmati meninggalkan untuk
Hani merungut seorang diri sepanjang perjalanan pulang dari sekolah. Petang itu, dia tidak dapat (24) ___________________ bas kerana terlupa membawa kad Ez-linknya. Duit syiling di dalam dompetnya pula sudah (25) ___________________ kerana telah dibelanjakan semasa waktu rehat di sekolah. Perjalanan yang agak (26) ________________ serta cuaca yang begitu panas terik membuat badan Hani (27) ___________________ keringat.
• Kertas 2: Contoh Soalan Frasa (8 markah)
(1) tidak sihat hari ini (2) mengubah sikap saya (3) berasa agak letih hari ini (4) tersenyum dengan gembira (5) mengabaikan kesihatan kamu (6) menyelesaikan kerja sekolah saya terlebih dahulu
SOALAN JAWAPAN
32
Cikgu Aliyah: Eh, Athirah, mengapa kamu kelihatan pucat lesi? Kamu (32) __________________?
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
Faizal tidak hadir di sekolah sejak dia pengsan secara tiba-tiba di kantin. Aku risau. Aku cuba telefon Mak Cik Gayah tetapi tidak ada jawapan. Aku masih ingat lagi waktu itu. Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan sekolah. Heboh ketua murid mencari aku kerana katanya, ada orang hendak berjumpa dengan aku. Aku pun menemui pemandu kereta mewah itu. Rupa-rupanya, orang itu Pak Cik Hamid, pemandu peribadi bapa Faizal.
36. Mengapakah Danial berasa risau? (2 markah)
37. Apakah berita yang hendak disampaikan oleh Pak Cik Hamid kepada Danial? (2 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
38. Terangkan dua perkara yang Danial lakukan setelah mendapat berita daripada Pak Cik Hamid.
(4 markah)
39. Berikan bukti-bukti yang menunjukkan Faizal sedang dalam keadaan tenat ketika ditemui Danial?
(4 markah)
40. Berikan dua sifat Danial yang terpuji yang boleh kita contohi. Berikan contoh untuk menyokong
jawapan kamu. (4 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
41(a)Berdasarkan petikan karangan ini, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.
(i)heboh (1 markah)
________________________________________________
(ii)sedar (1 markah)
________________________________________________
(iii)Tersekat-sekat (1 markah)
________________________________________________
(b)Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud perasaan sedih atau hiba ialah _______________________.(1 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 3: Kefahaman Mendengar
10 Soalan Kefahaman Mendengar Berdasarkan 4 Teks
(20 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 4: Lisan (50 markah)
Bacaan Lantang (20 markah)
Penerangan Gambar (20 markah)
Perbualan Berdasarkan Topik Yang Berkaitan Dengan
Gambar (10 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BML
• Kertas 1: Karangan (40 markah)
i. Karangan Berdasarkan Tajuk & Senario ATAU
ii. Karangan Berdasarkan Permulaan
Isi (20 markah)
Bahasa (20 markah)
• Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan: Contoh Karangan Soalan 1 (40 markah)
SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan. Pengalaman Di Pasar Geylang Serai Kamu telah mengikut ibu ke Pasar Geylang Serai. Semasa berada di gerai ikan, kamu terpandang beberapa orang budak lelaki sedang berlari-lari di situ. Tiba-tiba satu jeritan yang kuat telah memeranjatkan kamu. Apabila kamu menoleh ke arah jeritan itu, kamu terpandang darah mengalir dari kepala salah seorang budak tadi. Kamu cuba membantu. Ceritakan bagaimana caranya kamu membantu.
• Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan: Contoh Karangan Soalan 2 (40 markah)
SOALAN 2: Tulis sebuah cerita dengan menggunakan permulaan yang berikut: Mak Minah duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Malam kian larut tetapi anaknya masih tidak kelihatan. Beliau amat bimbang akan keselamatan anaknya. Tiba-tiba...
• Kertas 2:
Bahasa & Kefahaman (60 markah) -
Memadankan Peribahasa (5 soalan – 10 markah)
Mengedit Teks (5 soalan – 10 markah)
Melengkapkan Teks (5 soalan – 10 markah)
Mengenal Pasti Idea Utama (2 soalan – 4 markah)
Kefahaman (7 soalan – 26 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BML
• Kertas 2: Contoh Soalan Memadankan Peribahasa (10 markah)
(1) putih hati (2) seperti garam jatuh ke air
(3) seperti kacang lupakan kulit (4) seperti lipas kudung
(5) seperti pahat dengan pemukul (6) tahan uji
(7) tangan terbuka (8) umpama minyak setitik, di laut
sekalipun timbul jua
1. Dia rela menyerahkah wang simpanannya kepada adiknya yang akan
melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Baginya itulah sahaja
bentuk bantuan yang boleh diadakan olehnya. Dia berharap adiknya pulang dengan kejayaan
SOALAN JAWAPAN
1
• Kertas 2: Contoh Soalan Mengedit Teks (10 markah)
SOALAN JAWAPAN
6
Dengan adanya komputer, kita dapat menyebarkan maklumat dengan cepat dan meluas. (6) Perluasan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat pula, khususnya Internet, menjadikan dunia semakin kecil. Kita dapat (7) berbahas dengan cepat dan mudah walaupun berada di penjuru dunia yang berlainan. Dengan hanya (8) tekan papan kekunci komputer, (9) kami dapat berkomunikasi dengan manusia di seluruh dunia.
• Kertas 2: Contoh Soalan Melengkapkan Teks (10 markah)
(1)Kaum lelaki juga suka pada senaman ini.
(2)Membaca juga merupakan kegiatan yang baik.
(3)Bermain bola sepak merupakan kegemaran kita
(4)Kegiatan ini selalunya digemari oleh kaum wanita.
(5)Dengan ini kita dapat terus menjaga kesihatan kita.
(6)Antara kegiatan yang mudah kita lakukan ialah membuat kerja-kerja rumah.
(7)Kita juga harus menggunakan tenaga yang lebih banyak dengan berolahraga.
(8)Senaman aerobik dan kegiatan-kegiatan yang disebut tadi akan menggerakkan
otot-otot kita.
Mengurangkan dan mengawal berat badan bukan hanya dengan mengamalkan makanan yang seimbang. (11)___________________________.
SOALAN JAWAPAN
11
• Kertas 2: Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah)
Orang-orang Cina menyambut Pesta Tanglung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tanglung-tanglung yang berwarna-warni dan beraneka ragam digantung di hadapan kedai-kedai sebagai tanda untuk menyatakan kedatangan Pesta Tanglung. Pesta Tanglung yang dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan merupakan satu perayaan tradisi Orang Cina. Pesta ini jatuh pada hari ke-15 dalam bulan kelapan mengikut pengiraan kalendar Cina. Pada hari itu, kanak-kanak menjinjing tanglung yang beraneka bentuk dan dibawa berjalan-jalan. Tanglung mainan diperbuat daripada buluh dan dibaluti dengan kertas warna lutsinar. Sementara Kuih bulan pula berbentuk bulat. Ia dibuat daripada tepung, kuning telur masin, adunan kacang dan perencah. Kulit kuih bulan juga dihiasi dengan ukiran bunga-bunga agar ia kelihatan lebih menarik dan merangsangkan selera makan.
• Kertas 2: Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah)
16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah
(2 markah)
17 Aktiviti-aktiviti utama yang diadakan semasa pesta tanglung
(2 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
Rosman tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kecil, lebih tepat dipanggil pondok sahaja. Atapnya dibuat daripada daun nipah, dindingnya daripada buluh dan lantainya daripada papan yang usang. Namun, kemiskinan itu tidak menjadi batu penghalang untuk dia terus belajar. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berada dalam darjah lima di sekolah rendah dahulu. Kini dia sudah berada dalam kelas menengah satu. Ketika ayahnya masih hidup, Rosman mencari wang dengan menggunakan serawan jala. Ayahnya pula mengambil upah memanjat pokok kelapa. Ibunya juga berusaha menanam sayur-sayuran di halaman rumahnya supaya dapat dijual di pasar.
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
18 Apakah pekerjaan Rosman? (2 markah)
19 Nyatakan keadaan rumah Rosman (4 markah)
20 Bagaimana keadaan kehidupan Rosman? (4 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
21 Apakah bentuk bekalan yang ditinggalkan oleh bapanya setelah beliau meninggal dunia? (4 markah)
22 Rosman tidak pernah berputus asa . Jelaskan. (4 markah)
23 Berikan pandangan kamu mengenai kegigihan keluarga Rosman untuk memenuhi kehidupan mereka. (4 markah)
• Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
24 Berdasarkan petikan karangan, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut.
(i) upah (1 markah)
(ii) pesanan (1 markah)
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 Program Bacaan Luas Bahasa Melayu
• Jabatan Bahasa Melayu akan menyediakan seleksi buku cerita Bahasa Melayu bagi murid – murid. Buku – buku ini bakal digunakan sebagai bahan untuk program ini.
• Murid – murid diberikan masa dua minggu
berdasarkan tahap kesukaran buku cerita tersebut.
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Program Bacaan Luas Bahasa Melayu
• Setelah membaca buku – buku cerita tersebut, murid – murid akan dirangsang pemahaman mereka melalui aktiviti - aktiviti.
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu
• Permainan Kampung (P1 – P6)
(Selasa, 12hb Mac 2013 / 2.30 petang – 4.30 petang)
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu
• Kem Bahasa dan Budaya dikendalikan oleh
Wirabudaya Pte Ltd
(Khamis, 28hb Mac 2013 / 2 petang – 6 petang)
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu
• Darmawisata ke Brunei untuk murid – murid P5 dari
24hb Jun 2013 – 28hb Jun 2013
• (Masih dalam perancangan)
(Akan diumumkan kemudian jika bajet kelompok berjaya
didapatkan)
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu
• Konsert Hari Raya: - 7hb Ogos 2013 (bergabungan
dengan konsert Hari Kebangsaan)
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013 - Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain
• Murid boleh melungsuri lelaman - lelaman berikut di
rumah:
• Lelaman Tinta: -
http://mekar.edumall.sg/mekar/slot/u112/ML/index.html
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013
- Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain
• Lelaman Saujana: - http://www.saujana.sg/
• Lelaman Dewan Bahasa & Pustaka: - http://prpm.dbp.gov.my/
Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2013
- Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain
• Lelaman lead.com.sg: - www.lead.com.sg
• Lelaman NLB: - http://www.pl.sg
• Lelaman Quizlet (untuk ujian peribahasa): - www.quizlet.com
Jika ada sebarang pertanyaan…
Primari 5
• Cikgu Norhayati
• Primari 6
• Cikgu Nor Aisah Isnian