taklimat kajian status industri nurseri landskap di malaysia
TRANSCRIPT
Disediakan Oleh:
JABATAN LANDSKAP NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN MALAYSIA
Bahagian Promosi Dan Pembangunan Industri Tingkat 7, Plaza Permata IGB,
Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
1
TUJUAN
2
Taklimat ini bertujuan bagi memaklumkan hasrat Jabatan Landskap
Negara (JLN) untuk menjalankan Kajian Industri landskap di kawasan-
kawasan PBT seluruh Malaysia.
Memohon kerjasama memaklumkan perkembangan nurseri landskap di
setiap kawasan PBT masing-masing.
-Taburan nurseri - Lokasi - Keluasan
Kerjasama PBT juga diperlukan bagi membantu melaksanakan bancian
serta penyelarasan lawatan bancian ke lokasi terpilih oleh petugas JLN.
LATAR BELAKANG
3
AWAL 70-AN.
Berskala kecil.
Bertapak di kawasan Hospital Kusta Sungai Buluh, Selangor.
Diusahakan oleh pesakit kusta sebagai fisioterapi dan sumber pendapatan.
80-AN.
Berkembang dan bertapak di Johor untuk dieksport ke Singapura.
Perniagaan berkembang kepada bahan-bahan landskap lain seperti landskap kejur, baja, racun, jentera
dll.
90-AN.
Permintaan meningkat seiring dengan kemajuan terutamanya sektor hartanah.
Bahan landskap bukan sahaja dieksport malah diimport untuk memenuhi keperluan pembangunan negara.
Hasil daripada usaha-usaha kerajaan untuk membudayakan landskap dikalangan masyarakat,
perkembangan industri landskap mula dapat dilihat dengan ketara.
LATAR BELAKANG (SAMBUNGAN)
Dijangkakan industri landskap negara pada masa kini telah berkembang dengan
pesat dan mungkin telah memberi sumbangan yang ketara kepada kesejahteraan
dan juga ekonomi negara. Walau bagaimanapun ketiadaan maklumat asas
mengenai industri landskap masa kini membataskan Jabatan untuk menjangka
dengan lebih tepat sumbangan pada masa kini dan potensi masa hadapan industri
ini kepada pembangunan ekonomi negara.
4
5
FAKTOR PENGGALAK PERKEMBANGAN NURSERI
Proses urbanisasi
Peraturan dan undang-undang
Dasar kerajaan
Projek infrastruktur mega
Kesedaran awam
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
Kajian ini dilaksanakan dengan hasrat untuk
mengumpul, menganalisis serta membuat
unjuran daya maju pembangunan industri ini
dimasa hadapan. Ia bertujuan untuk menjadi
asas kepada pembentukan dasar bagi
industri ini terus maju dan menyumbang
kepada pendapatan negara.
6
1) Kajian ini merupakan salah satu program yang
tersenarai dibawah pelaksanaan Industri Kecil &
Sederhana dan dipantau oleh Bank Negara sebelum
diambil alih oleh SMIDEC. SMIDEC bertanggung jawab
untuk melaporkan kepada Y.A.B. Perdana Menteri
tentang perkembangan terkini pembangunan IKS yang
dirancang untuk setiap penggal rancangan.
Landskap telah menjadi satu keperluan dalam setiap pembangunan.
2) Membantu menyelesaikan masalah
penempatan pengusaha nurseri yang tidak
teratur dan status tanah yang didiami. Ini
adalah penting supaya pihak-pihak yang
bertanggungjawab dapat merancang
dengan lebih terperinci penempatan dan
pembangunan industri landskap dalam
sesuatu kawasan.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN (SAMBUNGAN)
7
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN (SAMBUNGAN)
3) Data yang diperolehi akan digunakan bagi memantau aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh penggiat nurseri untuk direkodkan
perkembangan industri ini. Maklumat ini akan membantu semua
pihak yang terlibat di dalam industri landskap untuk memperluaskan
lagi rangkaian perniagaan di antara satu sama lain.
4) Pihak jabatan memerlukan maklumat-maklumat berkaitan pengeluar
produk landskap bagi merangka program yang bersesuaian dengan
kerjasama agensi kerajaan yang lain dan membantu untuk
mempromosikan lagi industri ini diperingkat yang lebih tinggi.
5) Jabatan mempunyai perancangan untuk menghasilkan suatu manual
yang dapat dijadikan panduan di dalam pengurusan dan
penyelenggaraan tapak semaian atau nurseri.
8
DEFINISI NURSERI LANDSKAP
“Suatu perniagaan dimana usaha utamanya adalah aktiviti
mengeluar serta jual beli tanaman hiasan (cth. pohon
teduhan, pokok renek, tanaman menjalar dan memanjat serta
rumput turf.) bagi tujuan pengindahan landskap. Ada kalanya
melibatkan jual beli produk sampingan seperti racun kimia
tanaman, mesin, hiasan taman dan juga perkhidmataan
reka bentuk pembinaan dan penyelenggaraan landskap. “
9
MATLAMAT KAJIAN
Mendapatkan gambaran sebenar
status serta potensi industri landskap
di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan
Sarawak) dengan memberi penekanan
kepada industri nurseri landskap.
10
OBJEKTIF KAJIAN
a. Mengumpul data asas mengenai
nurseri landskap di Semenanjung,
Sarawak dan Sabah.
b. Menganalisis data yang terkumpul
untuk mendapatkan gambaran
status industri nurseri landskap di
Malaysia serta sumbangannya
kepada guna tenaga, modal insan
serta ekonomi negara.
c. Membuat unjuran ekonomi
mengenai potensi daya maju industri
berkenaan di masa hadapan.
Berpotensi untuk dieksport
ke luar negara
Memantau pertumbuhan
industri.
Panduan penubuhan
& pengurusan nurseri.
Panduan utk merancang
& membangunkan industri.
11
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini hanya akan meliputi nurseri landskap yang didaftarkan
secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
12
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini akan dikendalikan seperti berikut:-
a. Kajian akan dibuat mengikut zon-zon tertentu seperti:
i) Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).
ii) Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan N. Sembilan).
iii) Zon Selatan (Melaka dan Johor).
iv) Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan)
v) Zon Sarawak.
vi) Zon Sabah dan Labuan.
13
i
ii
iii v
iv vi
METODOLOGI KAJIAN
b. Senarai nama nurseri landskap bagi setiap bandar dalam
zon akan diperolehi daripada sumber sekundar. Nurseri yang
memenuhi kriteria dari segi keluasan dan aktiviti akan dipilih.
c. Verifikasi dan survei lapangan akan dibuat bagi setiap
nurseri terpilih dalam senarai. Maklumat terperinci akan
diperolehi oleh pembanci yang dilantik.
d. Data terkumpul akan dianalisis menggunakan statistik lazim’
e. Maklumat koordinat lokasi nurseri diambil bagi penyediaan
peta taburan dalam bentuk digital.
f. Laporan kajian akan dibentang, dibincang dan
didokumenkan.
14
HASIL KAJIAN
Hasil kajian ini adalah suatu laporan mengenai status industri nurseri
landskap di Malaysia yang di antara lain mengandungi bilangan,
keluasan, tenaga kerja, status milik, organisasi serta juga unjuran daya
maju industri berkenaan. Data dan peta taburan nurseri akan dipaparkan
dalam bentuk digital di portal Jabatan Landskap Negara.
15
Kajian status industri landskap ini akan menjadi sumber rujukan negara khusus
kepada nurseri dan tapak semaian selaras dengan hasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai regional hub for landscape industry di Asia Tenggara dan
wawasan menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah pada tahun 2020. Pihak
jabatan menanam keyakinan bahawa industri landskap mempunyai potensi untuk
berkembang maju dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi
Negara.
KESIMPULAN
16
SEKIAN
TERIMA KASIH
17