tamadun china

15
Latar Belakang Tamadun Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..

Upload: nur-afifah-bt-ahmad

Post on 01-Feb-2015

82.395 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Tugasan mengenai sejarah tamadun China.

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun China

Latar Belakang Tamadun

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..

   

    Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar

Page 2: Tamadun China

merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Peningkatan Tamadun

Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian menusia dalam tiga aspek utama, iaitu Peningkatan Politik, Peningkatan Ekonomi dan Peningkatan Sosial.

Peningkatan Ekonomi

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.

    Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan

Page 3: Tamadun China

Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.

    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Peningkatan Politik

Pemerintahan dan Pentadbiran

Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. 

 

Perundangan  

Han Fei Tzu

Page 4: Tamadun China

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

  

Perluasan Kuasa     Shih Huang Ti

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

Page 5: Tamadun China

Peningkatan Sosial

Pendidikan

Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

    Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia. 

 

Seni Binaan

Tembok Besar China

Page 6: Tamadun China

         Kedudukan Tembok Besar China

   Tembok Besar China     

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.

   Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa

Page 7: Tamadun China

buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat

Sumbangan Tamadun

                       Kertas pertama di dunia

     Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

      Mercun

    Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.

Page 8: Tamadun China

    Kompas

     Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

    Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.

                                      Confuicius

     Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada

Page 9: Tamadun China

penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

                             

          LaoTze                                                    

                  

      Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

http://it411x34.tripod.com/pengenalan.htm

Page 10: Tamadun China

TAMADUN  CHINA Sistem Ekonomi Sara DiriPada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian. Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu. Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan. Sistem Ekonomi KomersilPada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak. Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara. Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi. Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi pertanian. Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka

Page 11: Tamadun China

khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin. Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil. Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini. Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China. Sistem Ekonomi PerdaganganKegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang). Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali. Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing. Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang

Page 12: Tamadun China

asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain. Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul. Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi. Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.

http://www.geocities.com/cominglucky/ekonchina.htm