taman pertanian universiti universit putra...

18
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 18 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : (OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Arnab) BUKU PANDUAN TERNAKAN ARNAB Mangga Limau Koko Kopi

Upload: truongtram

Post on 06-Mar-2018

275 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 18

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSIT PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : (OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Arnab)

BUKU PANDUAN TERNAKAN ARNAB

Mangga Limau

Koko Kopi

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 18

KANDUNGAN Muka Surat

Tajuk

1.0 Pendahuluan........................................................

3

2.0 Biologi Arnab........................................................ 2.1 Taksomomi .................................................. 2.2 Tabiat........................................................... 2.3 Anatomi........................................................

3 3 3 4

3.0

Baka Arnab............................................................ 3.1 Baka tempatan.............................................. 3.2 Baka pedaging.............................................. 3.3 Baka untuk kulit berbulu................................ 3.4 Baka untuk bulu............................................. 3.5 Pemilihan baka.............................................. 3.6 Sistem pembiakan.........................................

4 4 4-5 5 5 6 7-8

4.0 Perumahan dan Peralatan.................................... 4.1 Pemilihan kawasan........................................ 4.2 Perumahan................................................... 4.3 Peralatan......................................................

8 8 8-9 9-12

5.0 Pengurusan induk 5.1 Kekerapan mengawan...................................

12

5.2 Program pembiakan...................................... 5.3 Tempoh bunting.............................................

13 14

6.0

7.0

5.4 Bunting Palsu................................................. Pengurusan anak arnab......................................... 6.1 Pengurusan anak............................................ 6.2 Masa penyusuan anak................................... 6.3 Ibu angkat....................................................... 6.4 Cerai susu...................................................... 6.5 Penentuan jantina.......................................... Penyembelihan......................................................

14 14 14 15 15 15-16 16 16

8.0 Penyakit arnab....................................................... 16-18

9.0 Rujukan.................................................................. 18

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 18

1.0 PENDAHULUAN

Arnab ialah ternakan yang istimewa. Ternakan ini mudah dipelihara sama ada sebagai haiwan kesayangan atau hobi. Arnab juga dipelihara untuk kulit, daging dan bulu atau untuk pameran dan sebagai haiwan makmal untuk penyelidikan. Baka sebagai New Zealand White, Californian, Carolina dan New Simonaire dipelihara sebagai arnab pedaging. 2.0 BIOLOGI ARNAB 2.1 Taksonomi Klasifikasi arnab adalah seperti berikut : Kelas : Mamalia Order : Lagomorpha Famili : Leporidae Subfamili : Leporinae Genus : Oryctolagus Spesies : cuniculus 2.2 Tabiat Keadaan persekitaran mempengaruhi tabiat arnab. Dalam keadaan sejuk, tabiat arnab akan kelihatan lebih aktif dan pengambilan makanan meningkat. Persekitaran yang panas akan meningkatkan kadar pernafasan melalui paru-paru bagi mengeluarkan haba pada kadar yang lebih cepat. Arnab menjadi kurang selesa apabila suhu persekitarannya mencapai 31 ˚C terutama bagi induk yang bunting dan arnab yang mengalami penyakit paru-paru. Arnab berkomunikasi melalui pandangan, pendengaran dan juga bau. Arnab mudah cemas. Jika ketakutan, haiwan ini akan menjerit dengan kuat dan berlari-lari mengelilingi sangkarnya. Arnab yang diternak menganggap sangkar kurungan sebagai kawasan jagaan dan ditandai dengan air kencingnya. Pergaduhan mungkin berlaku jika arnab lain dimasukkan ke kawasan jagaan. Untuk mengelakkan kejadian ini, arnab perlu dipisahkan dan dikurung berasingan apabila mencapai umur dewasa bagi mengelak perkelahian, pembiakan yang tidak dirancang dan kejadian bunting palsu. Arnab juga mempunyai tabiat suka memilih makanan. Suhu persekitaran turut mempengaruhi jumlah pengambilan makanan. Pengambilan makanan bertambah pada waktu sejuk.

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 18

2.3 Anatomi Arnab dikelaskan sebagai haiwan herbivor bukan ruminan yang mempunyai perut seperti perut manusia tetapi mempunyai sekum dan kolon yang besar seperti terdapat pada kuda dan tikus belanda. Arnab betina biasanya lebih besar sedikit daripada arnab jantan. Terdapat baka yang bergelembir di bawah dagunya. Tetek arnab yang terletak pada bahagian perut dan dada berjumlah 6-10. Jika anak yang dilahirkan oleh seekor ibu melebihi 10 ekor, program ibu angkat hendaklah diadakan. Arnab mempunyai bahagian bibir atas yang terbelah dan bersambung hingga ke hidung. Beberapa helai bulu mata yang panjang juga terdapat dibahagian mata. Telinga arnab besar dan banyak saluran darah. Oleh itu, apabila membawa atau memeriksa arnab, elakkan daripada memegang telinganya. Kaki belakang arnab lebih panjang dan lebih kuat daripada kaki depannya. Tapak kaki arnab berbulu dan tebal bulunya berbeza antara seekor arnab dengan arnab yang lain. Arnab yang mempunyai tapak kaki yang berbulu lebat dan tebal lebih jarang mengalami sakit kaki berbanding arnab yang tapak kakinya berbulu nipis dan jarang. 3.0 BAKA ARNAB Baka arnab boleh dibahagikan mengikut kegunaan iaitu daging, kulit berbulu dan bulu. Baka arnab juga boleh dikelaskan mengikut saiz badan sama ada besar, sederhana atau kecil. Saiz badan berkait rapat dengan pencapaian peringkat mengawan, kesuburan, kadar pertumbuhan dan kadar kematangan.

3.1 Baka Tempatan

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Baka tempatan berpontensi untuk pengeluaran daging. Contoh baka arnab tempatan ialah Baladi dari Sudan, Maltese dari Tunisia dan Creole dari Guadeloupe. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging import.

3.2 Baka Pedaging

Pemilihan baka pedaging biasanya diimport kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan seperti:

i. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor. ii. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor. iii. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan. iv. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 18

Saiz besar Baka besar seperti Bouscat Giant White, French Lop, Flemish Giant dan French Papillon Giant mempunyai berat badan dewasa yang melebihi 5 kg.

Banyak dipelihara di Eropah. Sistem pembiakbakaan tulen boleh diamalkan untuk membiakkan baka ini.

Dalam program pengacukan untuk meningkatkan saiz baka sederhana dan kecil, baka besar digunakan.

Saiz Sederhana

Baka yang popular dipelihara ialah baka sederhana besar dengan berat 3.5-4.5 kg seperti Californian White, New Zaeland White, Champagne d’argnet, Grand Chinchilla, Burgandy Fawn, English Silver dan German Silver.

Di samping mempunyai ciri pertumbuhan tisu otot yang pantas, baka Champagne d’ Argent juga terkenal dengan mutu kulit berbulu yang tinggi.

Saiz Kecil Berat badan antara 2.5-3.0 kg. Baka Himalayan atau Rusia berasal dari negara China dan berkembang ke Rusia dan Poland. Baka ini mewarisi kadar pengovulan yang tinggi, membesar dengan cepat dan mempunyai sifat keibuan yang baik.

Kos saraannya rendah berbanding dengan baka saiz besar dan sederhana. Sesuai diternak untuk menghasilkan karkas arnab yang seberat 1.0-1.2 kg.

Terdapat juga jenis yang diternak sebagai haiwan kesayangan seperti baka Butterfly dan Hotot.

3.3 Baka untuk kulit berbulu Kulit berbulu (pelt) digunakan untuk membuat hasilan kraftangan seperti baju, beg, alas tempat duduk dan topi. Antara baka arnab yang menghasilkan kulit berbulu yang bermutu tinggi ialah Rex, Chanpagne d’Argent, Lilac, Fox, Polish, Rhinelander dan Marten. Kebanyakan baka ini bersaiz kecil. 3.4 Baka untuk bulu Angora satu-satunya baka arnab yang diternak untuk pengeluaran bulu. Baka ini mempunyai gen agresif yang mengawal pengeluaran bulu yang panjang. Kebanyakan bulu baka Angora berwarna putih. Warna ini mudah diproses dan dicelup dengan warna-warna lain. Setiap ekor arnab Angora berupaya mengeluarkan 200-1100 g bulu setahun.

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 18

3.5 Pemilihan baka Pemilihan ialah proses menghadkan bilangan individu yang boleh dibiak dalam sesuatu kumpulan pada sesuatu generasi. Bilangan individu yang dibiak hendaklah bernilai genetik yang lebih tinggi daripada purata nilai genetik kumpulan tersebut. Terdapat tiga ciri yang bernilai ekonomi yang penting dalam penternakan arnab iaitu:

Ciri kesuburan

Saiz kelahiran seperinduk Umur pertama kali beranak Kadar kebuntingan

Ciri pertumbuhan Berat seperinduk ketika dilahirkan Berat seperinduk waktu cerai susu Berat disembelih pada umur 11 minggu Kecekapan menukar makanan kepada

kenaikan berat badan Kandungan lemak dalam karkas Berat karkas

Ciri kemandirian Kadar kemandirian waktu cerai susu Tahap ketahanan terhadap beban penyakit Tahap ketahanan pada tegasan haba

Keunggulan seekor arnab untuk dijadikan baka induk boleh diketahui daripada maklumat prestasi individu, induk-induknya sendiri dan adik beradiknya. Semua maklumat ini boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dalam satu indeks pemilihan. Terdapat tiga kaedah pemilihan yang biasa digunakan. Pemilihan tandem Kaedah ini memilih satu ciri pada satu masa. Sesuatu ciri dipilih sehingga mencapai tahap yang dihajati. Kemudian satu ciri lain akan dipilih pula. Aras takaian bebas Aras prestasi bagi ciri yang dipentingkan ditentukan dahulu dan individu yang tidak melebihi aras bagi mana-mana ciri akan ditakai. Kaedah ini tidak mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi menggantikan kelemahan dalam ciri yang lain.

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 18

Indeks pemilihan Indeks ini diwujudkan berasaskan timbangan bagi ciri-ciri yang terpilih mengikut bahagian masing-masing. Indeks ini dikaitkan dengan anggaran daya keturuanan, nilai ekonomi dan pertalian genetik antara ciri-ciri tersebut. Kaedah pemilihan ini paling berkesan tetapi agak sukar untuk menghitungnya. Pemilihan hendaklah dilaksanakan secara teratur dan berterusan bagi memastikan keberkesanannya. I = b1C1 + b2C2 + bзCз

Dengan I = indeks pemilihan b1, b2 dan bз = konstant persamaan regrasi C1, C2 dan Cз = tahap prestasi bagi ciri 1,2 dan 3

3.6 Sistem Pembiakbakaan Pengacukan Pengacukan ialah jenis sistem pembiakbakaan yang diamalkan untuk menggunakan sepenuhnya kebaikan antara dua atau lebih. Kebaikan yang ditunjukkan oleh anak kacukan yang dihasilkan bagi sesuatu ciri dinamakan kecergasan hibrid. Kebaikan ini dihitung sebagai purata peratusan kelebihan anak kacukan berbanding dengan purata induknya. Jika penternak ingin mewujudkan arnab yang tahan pada persekitaran tempatan tetapi mempunyai saiz badan yang sederhana, sistem pengacukan bolehlah diamalkan dengan mengacukan baka arnab tempatan dengan baka arnab New Zealand atau Californian (bersaiz badan yang sederhana) Pembiakbakaan seturunan Pembiakbakaan seturunan ialah pembiakbakaan antara individu-individu yang mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Anak-anak yang dihasilkan daripada pembiakan tersebut dinamakan baka seturunan. Sistem pembiakbakaan ini sering diamalkan dalam pembentukan dan perkembangan peringkat awal sesuatu baka. Jika pembiakbakaan seturunan diamalkan secara berterusan bagi satu tempoh yang lama, penurunan prestasi akan dialami. Pembiakbakaan titisan Pembiakbakaan seturunan yang dilaksanakan secara perlahan untuk mendapatkan kebaikannya dan dapat menghindarkan keburukan penurunan pembiakbakaan seterusnya. Sistem ini melibatkan pembiakan individu-individu

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 18

kepada seekor arnab individu yang terawal oleh sebab keunggulan individu tersebut. Pembiakbakaan luaran Pembiakbakaan luaran melibatkan individu-individu yang tiada pertalian persaudaraan dan akan meningkatkan variasi genetik atau keheterozigotan. Kesan sistem pembiakbakaan ini berlawanan dengan kesan sistem pembiakbakaan seturunan . Sistem pembiakbakaan ini dapat digunakan pada peringkat awal pembentukan sesuatu kumpulan arnab itu dengan membiakkan induk betina dengan induk jantan yang terpilih dari kumpulan lain. 4.0 PERUMAHAN DAN PERALATAN 4.1 Pemilihan Kawasan

Kesesuai ternakan arnab terhadap persekitaran dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka, kaedah pemiliharaan dan kadar muatan bagi sesuatu keluasan lantai. Secara khusus, keperluan arnab terhadap beberapa perimeter persekitaran perumahan seperti berikut. Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti

ternakan/ ternakan lain. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan

sumber air yang bersih. Peredaran udara yang baik dan memuaskan. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina

secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari

4.2 Perumahan Terdapat beberapa jenis perumahan yang boleh digunakan bergantung pada saiz pengeluaran. Pendekatan yang digunakan di sini merujuk pada jenis lantai dan cara pengurusan najis sama ada dalam bentuk kering atau basah. Kedua-dua sistem tersebut memerlukan cara pengurusan yang berbeza di samping kelebihan dan kekurangan masing-masing. 4.2.1 Sistem lantai kering Dalam sistem ini, penggunaan air selain untuk minuman dihadkan bagi mengurangkan kelembapan dan mengawal pembentukan gas buangan

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 18

(termasuk bau) di dalam kandang. Lantai penting dalam memastikan najis yang kering, melalui cara penapisan. Takungan penapisan berpasir yang memisahkan najis daripada air kencing secara penurasan dibuat dibahagian lantai di bawah setiap baris sangkar. Sistem ini dapat memberikan persekitaran yang bersih, mengawal pencemaran dan mengurangkan kos penyelenggaraan harian jika diuruskan dengan betul. Kelemahan pada sistem ini ialah najis akan sentiasa berkeadaan basah dan menyebabkan masalah lain jika keadaan saliran tanah tidak baik. 4.2.2 Sistem lantai basah Lantai konkrik digunakan untuk kandang sistem lantai basah. Lantai dibina sama ada dengan mencerun ke arah sisi kandang atau longkang kecil dibina di bawah baris sangkar. Untuk mencuci kandang, air dipancut secara manual atau mekanikal dengan sistem kawalan automatik. Oleh sebab najis dan air kencing bercampur, pembentukan gas buangan (NHз) mudah berlaku. Alat pengalih udara diperlukan bagi mengurangan kesan keracunan gas pada arnab. 4.3 Peralatan 4.3.1 Sangkar Sistem sangkar yang baik perlu dalam pemeliharaan arnab secara intensif. Keperluan sangkar sama ada untuk individu atau berkumpulan ditentukan mengikut jenis pengeluaran. Bagi pembiakan dan pengeluaran bulu, sangkar individu digunakan. Sangkar jenis berkumpulan digunakan bagi penggemukkan anak dengan kadar muatan 8-12 ekor/m². Bahan untuk binaan sangkar perlu memepunyai ciri-ciri seperti berikut: Tahan pada tabiat semulajadi arnab yang suka menggigit bahan seperti

kayu, buluh, getah dan plastik (bahan ini tidak sesuai digunakan) Tahan pada karat yang disebabkan oleh air kencing arnab (besi perlu

disalut dengan lapisan pelindung karat sebelum dijadikan sangkar) Murah (bahan yang tidak berkarat seperti alumunium dan keluli tidak

sesuai kerana sangat mahal) Terdapat beberapa jenis sangkar yang boleh digunakan bergantung pada jenis pengeluaran dan kesesuaian bangunan. Antaranya adalah seperti:

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drp 18

Sangkar setingkat Paling mudah dan digunakan secara meluas. Sesuai digunakan untuk pembiakbakaan.

Kebaikan Kelemahan

Pembinaan lebih mudah dan murah

Persekitaran lebih baik untuk pengeluaran arnab

Pemerhatian terhadap arnab dan kerja penyelenggaraan menjadi lebih mudah dan berkesan

Kadar muatan per unit luas lebih rendah

Kos pengeluaran bagi setiap sangkar lebih tinggi

Sangkar bertingkat piramid Juga dikenali sebagai sangkar California. Dibuat bertingkat berbentuk piramid. Sesuai untuk penggemukkan anak (berkumpulan) dan pengeluaran bulu (individu). Dalam sistem perumahan terbuka, penggunaan sangkar ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi kebersihan dan pengudaraan. Sangkar bertingkat menegak Sangkar ini lebih kompleks. Setiap sangkar bertingkat menegak dibuat dua atau tiga tingkat dan dilengkapi dengan takungan najis. Dalam sistem pengudaraan semula jadi, sangkar jenis ini tidak sesuai digunakan kerana pergerakan udara tidak boleh dikawal. Oleh itu, pembentukan gas NHз dan bau di dalam kandang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan. Kenaikan dan kelemahan penggunaan sangkar ini bergantung pada bilangan tingkat.

Kebaikan Kelemahan

Kadar muatan tinggi Sesuai untuk penggunaan

sistem mekanik

Ruang untuk membuat pemerhatian terhad dan sukar untuk mengawal ternakan

Kos pembinaan dan penyelenggaraan tinggi

Persekitaran kurang bersih Penyakit lebih mudah merebak

dan sukar dikawal

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drp 18

4.3.2 Kotak didik Kotak didik yang sesuai penting untuk memelihara anak arnab yang baru lahir sehingga berumur 4 minggu. Tempoh didikan amat kritikal kerana kamatian mudah berlaku terutama dalam persekitaran yang sejuk. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada kotak didik ialah

Keluasan lantai yang mencukupi dan selesa Dibuat daripada bahan yang baik (penebat haba) dan tidak terdedah

pada persekitaran. Mempunyai ruang udara yang baik Mempunyai sistem keluar/masuk yang baik untuk memudahkan

pergerakan ibu sacara bebas tetapi menghalang anak daripada keluar sehingga berumur 2 minggu

Keadaan gelap sedikit Bahan yang sesuai digunakan untuk kotak didikan ialah papan, papan lapis yang tebal dan plastik. Kotak didikan sebaik-baiknya dipasang pada bahagian hadapan sangkar bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan menjimatkan ruang. Kotak didikan perlu disediakan seminggu sebelum anak dilahirkan supaya ibu dapat menyesuaikan dirinya dengan kotak tersebut. 4.3.3 Bekas makanan Makanan konsentrat dalam bentuk pellet ialah jenis makanan komersil utama yang digunakan dalam penternakan arnab. Namun begitu, makanan foraj (rumput dan silaj) juga diberikan dalam sebilangan sistem pemeliharaan.

Gambarajah 4-1. Cara meletakkan

kotak didik bagi mengawal

pergerakan anak dan ibu arnab

Gambarajah 4-2. Anak arnab di dalam

kotak didikan

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drp 18

Bekas makanan

Penitis automatik (nipple)

Konsentrat biasanya disediakan dalam bekas separa automatik yang biasanya dibuat daripada kepingan besi nipis, aluminium, kayu atau plastik. Ukuran bergantung pada jumlah makanan yang perlu diletakkan, biasanya 100-600 g. Bekas makanan yang paling mudah berbentuk kotak dan mempunyai penutup di bahagian atas dan ruang untuk mengambil makanan di bahagian tepi. 4.3.4 Sistem minuman Keperluan air untuk arnab ialah 2-2.5 kali daripada jumlah pengambilan bahan keringnya. Seekor arnab dewasa memerlukan 0.45-0.60 liter air sehari. Jumlah ini bertambah sehingga 2-3 kali ganda bagi anak yang membesar dan ibu yang menyusukan anak. Pemberian air yang cukup dan bersih penting. Untuk sistem yang mudah, air disediakan di dalam bekas yang berbentuk pasu yang dibuat daripada tanah liat. Air yang disimpan di dalamnya lebih sejuk dan bekas ini tidak mudah terbalik. Bagi bilangan yang besar, sistem pemberian air secara automatik perlu diamalkan seperti jenis penitis automatik (nipple) yang disambung terus pada paip PVC. 5.0 PENGURUSAN INDUK Dalam pembiakan semula jadi, nisbah jantan dan betina ialah 1:5 atau 1:10. Kebanyakan ladang komersil di negara barat yang mengamalkan permanian beradas menyimpan seekor pejantan bagi setiap 25-30 ekor induk betina.

Kotak didik

Sangkar

Induk betina

Gambarajah 4-3. Sangkar dan peralatan ternakan

arnab

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drp 18

5.1 Kekerapan mengawan

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Jika pejantan diberi makanan yang bermutu tinggi dan bertubuh sihat, pejantan ini boleh digunakan untuk mengawan tidak melebihi 3-4 kali seminggu dan 2-3 kali sehari. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari. Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut. 5.2 Program pembiakan Secara am, program pembiakan arnab boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

Program pembiakan ekstensif

Terhad pada sistem pemeliharaan kecil-kecilan Induk betina akan dikahwinkan semula selepas

anaknya cerai susu umur 5-6 minggu. Bagi baka saiz sederhana umur cerai susu

boleh dipendekan apabila berat badan 350g/ekor.

Program pembiakan secara separa intensif

Induk betina akan dikahwinkan semula 2-3 minggu lepas beranak.

Induk betina yang bunting masih menyusukan anak. Anak perlu cerai susu apabila mencapai umur 4-5 minggu

Purata kelahiran ialah lima kali/tahun Induk betina memerlukan makanan yang cukup

dan seimbang kerana kurang rehat.

Program pembiakan intensif

Induk betina boleh dikahwinkan semula pada 1-10 hari lepas beranak.

Induk betina yang dikahwinkan semula 24 jam selepas beranak menunjukkan penerimaan untuk mengawan.

Dengan selang perkahwinan 33 hari, jumlah kelahiran maksimum ialah 11 kali/tahun. Namun begitu, kelahiran 6-7 kali/tahun lebih sesuai.

Kadar penakaian tinggi dalam setahun Penggunaan makanan bermutu tinggi dengan

nutrien yang mencukupi

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drp 18

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelungsur ke belakang atau terlentang. Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.

5.3 Tempoh bunting

Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan tidak diganggu. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

5.4 Bunting palsu

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

6.0 PENGURUSAN ANAK ARNAB

6.1 Pengurusan anak

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10. Pada masa ini makanan

Page 15: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 15 drp 18

Gambarajah 6-1. Anak arnab yang

telah cerai susu setelah berumur 1

bulan

utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

6.2 Masa penyusuan anak

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk ke dalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

6.3 Ibu angkat

Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

6.4 Cerai susu

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan. Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan

pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Page 16: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 16 drp 18

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.

6.5 Penentuan jentina

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur. Selain itu, bagi yang jantan, jarak di antara zakar dan dubur lebih jauh berbanding dengan jarak di antara kemaluan betina dengan duburnya. Bagi arnab jantan, kerandut zakar akan mula kelihatan pada umur 4-5 bulan.

7.0 PENYEMBELIHAN Arnab tidak diberi makan selama 6-10 jam sebelum disembelih. Ini bertujuan untuk mengurangan kandungan usus dan dengan itu penyembelihan dapat dilakukan dengan lebih baik disamping dapat mengurangkan pencemaran pada karkas. Namun demikian, arnab perlu diberikan air minuman yang bersih secukupnya supaya tidak berlaku penyahhidratan dan penurunan berat badan.

8.0 PENYAKIT ARNAB

Penyakit ternakan memang sukar untuk dihapuskan. Walaubagaimanapun, penyakit dapat dikurangkan dan dikawal melalui program kebersihan yang baik. Selain itu, penting juga perumahan yang baik seperti ruang lantai yang mencukupi, pengudaraan yang baik, tempat kandang yang teduh dan pemakanan yang seimbang.

Jenis penyakit

Gejala Punca Kawalan

Selesema Hidung berhingus, menggosok-gosok hidung. Hingus cair atau

pekat kekuningan. Hingus melekat

pada bulu kaki depan.

Jangkitan kuman (Pasteurella multocida)

Memberi makanan dedak yang berbentuk habuk.

Takai atau asing Rawatan antibiotik

pada peringkat awal

Sanitasi dan pengudaraan yang baik

Kurangkan gas ammonia di kandang

Page 17: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 17 drp 18

Jenis penyakit

Gejala Punca Kawalan

Kanker/ Kurap telinga

Menggaru telinga dan menggelengkan kepala Terdapat keruping

berwarna coklat di dalam telinga Kepala arnab

senget sebelah apabila bahagian tengah telinga dijangkiti kuman

Parasit Psoroptes cuniculi

Membawa masuk ternakan yang berkurap

Sanitasi ladang kurang baik

Suntik 0.2 ml Ivomac di bawah kulit

Takai jika sakit teruk

Panaskan sangkar dengan menggunakan gas sekali seminggu untuk membersihkannya

Radang Tetek

Puting tetek kelihatan bengkak, berwarna merah dan hitam. Tidak mahu

menyusukan anak Jika berlarutan,

tetek bernanah

Serangan kuman Staphylococous, Pasteurella pada kelenjar.

Sangkar dan kotak didik kotor

Rawatan antibiotik pada peringkat awal.

Kurangkan pemberian makanan dedak

Jangan pindah anak (ibu sakit) kepada ibu yang lain

Kurap kulit Terdapat kurap pada bibir, hidung, mata, kepala dan kaki Kulit menjadi

kering, bersisik dan bulu mula gugur

Disebabkan oleh Sarcoptes

Sanitasi ladang kurang baik.

Rawatan untuk kurap telinga Malathion 0.5%

setiap 10 hari pada hari panas supaya bulu cepat kering

Kembung Perut menjadi besar dan mengandungi angin Muram, tidak

selesa, sukar bernafas dan sembelit

Makanan dalam perut menjadi masam dan mengeluarkan gas

Kurangkan angin menggunakan terabload dan antibload

Kurangkan pemberian makanan yang berzat

Page 18: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSIT PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/2013010907240915.OPR.TPU.BP.TERNAKA… · 2.0 Biologi Arnab ... mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 18 drp 18

Jenis penyakit

Gejala Punca Kawalan

Kutu Bulu terutama pada bahagian belakang leher akan gugur

Sanitasi kurang baik

Membawa masuk arnab yang baru berpenyakit

Semburkan malathion 0.5% setiap 10 hari pada hari yang panas. Boleh juga guna Asuntol

9.0 RUJUKAN Penternakan arnab MARDI, Jabatan Veterinar Semenanjung Malaysia