taman pertanian universiti universiti putra …reg.upm.edu.my/spk_upm/opr-tpu-web/tpu kuatkuasa...

14
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 14 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Burung Puyuh BUKU PANDUAN TERNAKAN BURUNG PUYUH

Upload: hoangthuy

Post on 12-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 14

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Burung Puyuh

BUKU PANDUAN TERNAKAN BURUNG PUYUH

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 14

KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat 1. Pendahuluan .............................................................................................. 3 2. Pembinaan Ladang ...................................................................................... 3 3. Bekalan Anak Puyuh ................................................................................... 4

4. Penyediaan Reban ...................................................................................... 5

5. Pengurusan Ternakan ................................................................................. 5 - 9 5.1 Persiapan Penerimaan Anak Puyuh ................................................

5.2 Peringkat Perindukan ..................................................................... 5.3 Peringkat Pembesaran .................................................................. 5.4 Pengurusan Lain ............................................................................. 5.4 Pemakanan Puyuh .........................................................................

6. Kesihatan .................................................................................................. 9 7. Pengurusan Alam Sekitar ............................................................................ 9 8. Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik ................................................ 9 - 10 9. Penangkapan Puyuh untuk ......................................................................... 10 10. Pemproses Puyuh ....................................................................................... 11 11. Penyimpanan Rekod ................................................................................... 11 12 Pemasaran .............................................................................................. 11 - 14 13. Rujukan. ...................................................................................................... 14

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 14

1.0 PENDAHULUAN Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-

Tidak memerlukan modal permulaan yang besar Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu) Tidak banyak masalah penyakit Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).

2.0 PEMBINAAN LADANG

Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebih kurang sama dengan penternakan ayam.

Kawasan penternakan hendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, bagi negeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluan Enakmen Industri Ternakan Negeri Johor.

Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.

Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Sais bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal.

Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.

Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 14

3.0 BEKALAN ANAK PUYUH Puyuh yang digunakan untuk pengeluaran daging adalah Japanese quail ( Coturnix japonica ). Bekalan anak puyuh untuk pedaging dari pengusaha tempatan lazimnya dari jenis penelur. Akan tetapi ada terdapat penternak puyuh baka yang menggunakan puyuh berbadan besar yang diimpot dari negara luar. Dari segi rupa dan diskripsi kedua puyuh jenis pedaging dan penelur adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi kegunaan pengeluaran daging puyuh ini telah menjalani pemilihan dan pembiakan untuk menghasilkan daging yang lebih. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari Institut Kemajuan Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis pedaging (dari jenis Coturnix japonica) hasil dari pemilihan dan pembiakan yang dijalankan. Puyuh ini telah diberi nama PUYUH IKTA. Tentukan pengusaha mendapat bekalan anak puyuh pedaging dari pembekal anak puyuh pedaging IKTA keluaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mempastikan bahawa pengusaha mendapat anak puyuh berkualiti tinggi. 3.1 Baka Baka puyuh pedaging dan umur jualan

Jenis Asal Umur Jualan

Bob White US 6-16 minggu

Contrunix Japonica Japan 6 minggu

Cross bred Tempatan 6 minggu

IKTA JPH 6 minggu

3.2 Kos/Modal Diperlukan untuk:-

Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya. Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 14

4.0. PENYEDIAAN REBAN 4.1 Lokasi ladang

Keluasan tanah Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian Jauh dari kawasan penternakan lain Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

4.2 Binaan reban

Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Reban juga mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:- Peredaran udara yang sempurna Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari

terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh. 4.3 Peralatan

Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung

Bekas minuman Tirai/Bidai Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau

lampu minyak. Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah. Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas) Alat pembentung (lantai bawah) Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh

masuk)

5.0 PENGURUSAN TERNAKAN Jenis Sistem Pengurusan

I. Sistem pemeliharaan di atas lantai sampah sarap sekaligus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada di dalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.

II. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk di dalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

5.1 Persiapan Penerimaan Anak Puyuh Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene sheets' bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 14

hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh. 5.2 Peringkat Perindukan Dalam sistem pemeliharaan di atas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had. Di dalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan di dalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas. Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh

Pasangkan bidai pada waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai

atas)

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 14

Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)

Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

5.3 Peringkat Pembesaran Di dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual.. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari. Bagi sistem pemeliharaan di dalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan di dalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan.

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 14

5.4 Pengurusan Lain Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal. Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk 'withdrawal period' sebelum puyuh diproses. 5.5 Pemakanan Puyuh Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh. Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan. 5.5.1 Jenis Makanan dan Kandungan Zat Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-

Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging: Tenaga = 2600 – 3200 ME Protein Kasar = 24 – 25 %

5.5.2 Cara Pemberian Cara Pertama

1 hari – 14 hari – Quail starter Mash 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 14

Cara Kedua 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau - Quail Starter Mash

Cara Ketiga 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

6.0 KESIHATAN Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa. 7.0 PENGURUSAN ALAM SEKITAR Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing. 8.0 AMALAN PENGURUSAN PENTERNAKAN YANG BAIK (Good Animal Husbandry Practices -

GAHP) Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan ke atas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri. 8.1 Kedudukan ladang Ciri-ciri yang baik di dalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :

a. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan. b. Jauh dari ladang unggas yang lain. c. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input

dan output. d. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air. e. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drp 14

8.2 Perumahan Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif ke atas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada saiz penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

a. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.

b. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.

c. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.

d. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja. e. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang

digunakan. f. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium. g. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan

burung atau pemangsa. h. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan. i. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

8.3 Pembersihan Bangsal Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

a. Keluarkan sampah sarap lama/najis b. Keluarkan dan cuci peralatan makanan c. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik. d. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran

mengikut syor dan peraturan pembekal. e. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan 'High pressure sprayer'

amat digalakan. f. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan

peraturan pembekal. 9.0 PENANGKAPAN PUYUH UNTUK DIPROSES. Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan cepat dan

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drp 14

elakkan puyuh terperanjat. Gunakan penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan

10.0 PEMPROSESAN PUYUH Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

10.1 Pemotongan Putuh Proses

- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian - Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai - Dipotong mengikut permintaan - Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

11.0 PENYIMPANAN REKOD Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah. 12.0 PEMASARAN

12.1 Anak Puyuh

Bagi pengusaha puyuh baka, hasil penjualan adalah anak puyuh. Kadar harga yang dikenakan didapati sangat berbeza diantara negeri-negeri dan didalam kawasan sesebuah negeri. Rajah menunjukkan harga penjualan anak puyuh mengikut negeri.

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drp 14

Harga Penjualan Anak Puyuh Pedaging Komersil

Negeri Harga Anak puyuh Pedaging

(sen / ekor)

Johor 40

Kedah 30

Kedah 30,40,50,60,100

Kelantan 30,35,50

Negeri Sembilan 40

Pahang 50

Perak 35,40

Terengganu 35,40

Sarawak 55,100

WP Labuan 80

Perbezaan harga kerana berikut :

a. ada pengusaha menjual anak puyuh melebihi umur sehari. b. kos pengeluaran yang berbeza. c. jenis puyuh yang berbeza ( antara puyuh pedaging dan penelur ).

12.2 Puyuh Proses

Di dalam penternakan puyuh, penjualan dari ladang adalah dalam bentuk bersih diproses. Kebanyakan pengusaha puyuh pedaging mempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan puyuh ada beberapa bentuk mengikut negeri/kawasan penternakan. Penjualan secara seekor adalah paling popular dikebanyakan negeri. Puyuh-puyuh proses dijual mengikut ekor dan ada beberapa gred puyuh. Gred puyuh tidak seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri Kelantan dan Pahang menjual mengikut berat sekilogram. Rajah menunjukkan gred dan harga jualan yang diamalkan mengikut negeri. Puyuh proses biasanya dijual kepada peniaga-peniaga restoran, pasar malam dan pasaraya.

Gred dan Harga Puyuh Mengikut Negeri ( 1998 )

Negeri Gred Harga

Kedah A( 150 - 180 gm/ekor ) 1.50 / ekor

B ( kurang dari 150 gm/ekor ) 1.20 / ekor

1.10 / ekor

Perak Borong 1.60 / ekor

Selangor A (minima 2.0 kg / 10 ekor ) B (minima 1.6 kg / 10 ekor ) C (minima 1.45 kg / 10 ekor )

2.00 / ekor 1.70 / ekor 1.50 / ekor

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drp 14

Negeri Sembilan A ( melebihi 1.5 kg / 10 ekor ) B ( 1.30 - 1.45 kg / 10 ekor ) C ( 1.00 - 1.20 kg / 10 ekor )

1.75 / ekor 1.60 / ekor 1.10 / ekor

Johor AA ( melebihi 190 gm / ekor ) A ( 170 - 190 gm / ekor ) B ( 150 - 170 gm / ekor )

2.10 / ekor 1.90 / ekor 1.70 / ekor

Terengganu 1.10 - 1.20 gm / ekor 1.50 - 1.60 / ekor atau 12.00 / kg

Kelantan 100 gm / ekor 110 gm / ekor 160 gm / ekor 180 gm / ekor

12.00 / kg 13.00 / kg 18.00 / kg 20.00 / kg

12.3 Puyuh Goreng

Puyuh pedaging untuk dimakan yang sangat popular adalah dalam bentuk goreng. Boleh dikatakan peratusan yang tinggi puyuh dijual dalam bentuk ini yang banyak terdapat di pasar malam, pasar tani, warung dan restoran. Harga yang dikenakan tidak menentu dan mengikut kawasan pasaran. Sebagai contoh, dibandar Johor Bahru seekor puyuh goreng berharga RM2.50 - RM3.00/ekor. Walaubagaimanapun ada juga terdapat puyuh dijual dalam bentuk masakan lain di restoran.

12.4 Promosi Untuk menggalakkan perkembangan industri ternakan puyuh pedaging, promosi perlu dijalankan untuk mendedahkan pengguna kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Jabatan Perkhidmatan Haiwan melalui negeri-negeri dan FAMA sering mengadakan promosi daging puyuh bagi tujuan tersebut. Pengguna telah didedahkan kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Sambutan yang menggalakan dari pengguna menunjukkan puyuh boleh diterima. Penyebaran promosi masih lagi terhad kepada pengguna dibandar. Walaubagaiamanapun, pengusaha puyuh pedaging perlu juga memainkan peranan untuk mencapai pengambilan daging puyuh ketahap yang lebih tinggi

Piawaian Puyuh Pedaging IKTA

Berat Hidup (Purata Jantan dan Betina)

UMUR BERAT

1 hari 10 gram

7 hari 40 gram

14 hari 90 gram

21 hari 160 gram

28 hari 220 gram

35 hari 270 gram

42 hari 290 gram

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa Dokumen SP… · Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drp 14

Kadar Penukaran Makanan

Umur Puyuh Kadar Penukaran

Makanan

7 hari 1.07

14 hari 1.58

21 hari 1.89

28 hari 2.18

35 hari 2.64

42 hari 3.03

Kadar Kematian ( Kumulatif )

Umur Puyuh % Jumlah kematian

7 hari 1.07 - 1.90

14 hari 1.58 - 2.90

21 hari 1.89 - 3.90

28 hari 2.18 - 4.90

35 hari 2.64 - 5.90

42 hari 3.03 - 6.50

13. RUJUKAN SUMBER: JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PERAK