taman pertanian universiti universiti...

20
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 1 drpd 20 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/ TERNAKAN/Pastura BUKU PANDUAN PENGURUSAN PASTURA

Upload: vuonghuong

Post on 26-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 1 drpd 20

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/ TERNAKAN/Pastura

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PASTURA

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 2 drpd 20

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan ...................................................................................................... 4 2.0 Ciri-ciri Pastura Bermutu .................................................................................... 4 3.0 Jenis Pastura Dan Kekacang......................................................... ...................... 4 - 9 3.1 Pastura ...................................................................................................... 3.2 Kekacang ................................................................................................... 3.3 Pastura campur kekacang ........................................................................... 4.0 Kadar Muatan (stocking rate) ............................................................................ 9 4.1 Faktor Menentukan Kadar Muatan ........................................................... 5.0 Penyediaan Tanah .............................................................................................. 10 -11 5.1 Membajak ................................................................................................. 5.2 Memecah .................................................................................................. 5.3 Memutar ................................................................................................... 5.4 Mengapur .................................................................................................. 6.0 Pemulihan Pedok Dan Penanaman Semula ...................................................... 11 - 12 6.1 Pemulihan Pedok ....................................................................................... 6.2 Penanaman Semula ................................................................................... 7.0 Pembajaan Kawasan .......................................................................................... 12 - 16 7.1 Pembajaan Permulaan ............................................................................... 7.2 Pembajaan Pengurusan ............................................................................. 7.3 Kadar Pembajaan ...................................................................................... 7.4 Baja Complehumes .................................................................................... 8.0 Penanaman Rumput .......................................................................................... 16 - 17 8.1 Menanam Menggunakan Biji Benih .......................................................... 8.2 Menanam Secara Tampang ...................................................................... 9.0 Menuai/ Memotong Pastura ............................................................................. 17 - 18 9.1 Pemotongan Pertama ................................................................................ 9.2 Pemotongan Seterusnya ............................................................................ 9.3 Tinggi Pemotongan ....................................................................................

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 3 drpd 20

10..0 Kaedah Pembekalan Rumput .......................................................................... 18 - 19 9.1 Potong Angkut .......................................................................................... 9.2 Ragutan Pusingan ...................................................................................... 9.3 Makanan Tambahan..................................................................... ............ 11.0 Kawalan Dan Penjagaan Kawasan Pastura ...................................................... 19 - 20 10.1 Kawalan Secara Mekanikal ....................................................................... 10.2 Kawalan Secara Kimia ............................................................................... 10.3 Topping ..................................................................................................... 10.4 Membuang anak pokok............................................... ............................. 10.5 Penyelenggaraan Infrastruktur.................................... ............................. Rujukan..................................................................................... ............................... 20

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 4 drpd 20

1.0 PENDAHULUAN Pastura ialah suatu kawasan yang mempunyai tumbuhan-tumbuhan herba hijau sama ada ditanam atau tumbuh sendiri secara semulajadi yang digunakan sebagai bahan makanan oleh haiwan ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu. Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Pemilihan jenis pastura dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada

1. Jenis ternakan (lembu, kambing atau bebiri) 2. Keadaan topografi dan jenis tanah 3. Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong

2.0 CIRI-CIRI PASTURA BERMUTU

1. Hasil dan nilai zat yang tinggi sepanjang masa 2. Mempunyai nilai penghadaman yang baik 3. Tahan lasak seperti tahan ragutan berlebihan dan tahan kemarau 4. Kadar pembesaran yang cepat dan mudah membiak 5. Kadar daun lebih tinggi dari batang 6. Tiada masalah bercampur dengan spesies lain terutamanya kekacang 7. Berekonomik untuk diusahakan 8. Lazat serta digemari haiwan

3.0 JENIS PASTURA DAN KEKACANG JENIS PASTURA DAN KEKACANG = Contoh jenis-jenis rumput dan kekacang yang biasa di tanam di kawasan pasture. 3.1 PASTURA

NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK CIRI-CIRI

*Rumput Signal

Brachiaria decumbens

• Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan

iklim lembabseperti Malaysia • Buku ruas pada batang mengeluarkan akar dan cabang

membolihkannya membiak dengan cepat. • Tumbuh setinggi 30 – 50 cm, daunnya pendek, tirus dan tajam

dihujung • Berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga

tetapi biji benih kurang subur • Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul • Kadar penanaman dengan biji benih ialah antara 3 – 5 kg/ha • Boleh hidup dalam keadan kemarau, tidak sesuai kawasan air

bertakung

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 5 drpd 20

• Kombinasi kekacang yang sesuai ialah desmodium dan epil-epil • Tahan serangan serangga dan penyakit • Hasil bahan kering ialah 14 – 26 tan/ha/tahun, • Protein kasar 8.5 % dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun • Sesuai untuk ternakan ruminant besar, ia tidak disyorkan pada kambing

da biri-biri • Kerana mengakibatkan fotosensitiviti dan jaundis • Hasil susu dari lembu yang merabut rumput campuran dengan petai

belalang atau baja N ialah 6-8 kg/ekor/hari .

*Rumput Kuda / Guinea

Panicum maximum cv.- Colonio cv. Hamil cv. -Typica

Tingginya diantara 1.5 – 2 m

Terdapat beberapa jenis : Rumput kuda biasa, green panic, hamil, coloniao, dan makuaene. Di Malaysia jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil, kerana hasil yang tinggi sepanjang tahun.

Boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20 – 26 tan/ha/tahun (dengan jarak pemotongan 6-8 minggu ) dengan kadar pembajaan 200-400 kg N/ha/tahun

Protein kasar 11.9 %

Tahan pada musim kemarau yang panjang, memerlukan iklim yang lembab untuk hidup subur.

Tahan naungan seperti dibawah kawasan tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda

Tidak sesuai dikawasan air bertakung.

*Rumput Gajah / Napier

Pennisetum purpureum

Ditanam dinegara ini sejak tahun 1950 –an • Menanam dengan keratin batang, hasil bahan kering tinggi • Hasil berkurangan pada musim kemarau • Rumput ini adalah rumput tahunan yang tegap menyerupai tebu dan

balih tumbuh setinggi 2 – 5m, mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan tiler

• Daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun • Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan • Memerlukan tanah yang subur untuk membiak, tanah yang sesuai ialah

tanah yang peroi • Memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N • Boleh ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan • Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut • Jarak pemotongan antara 4 – 6 minggu • Hasil bahan kering ialah 20 – 30 tan/ha/tahun • Protein kasar 10 % • Boleh ditanam bersama centro dan puero.

*Rumput Para

Brachiaria mutica

Jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas

Daun berbulu berukuran kira-kira 30 cm panjang

Sistem akarnya cetek

Boleh tumbuh setinggi 2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau keratin batang.

Berasal dari Afrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat

Hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan mengalir seperti parit

Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 6 drpd 20

Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di porong atau diragut hingga paras tanah

Tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal

Kekacang yang sesuai ialah centro dan puero

Hasil bahan kering 15 – 20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah & pengurusan)

Protein kasar 8.1 %

*Rumput Humidicola

Bracharia humidicola

Nama komersial bagi biji benih rumput ini ialah B. humidicola kultiver Tully.

Berasal dari Africa Selatan dan diperkenalkan di Australia, Fiji, Papua New Guinea dan Asia Tenggara

Sesuai pada semua jenis tanah terutamanya tanah berpasir

Tahan terhadap pemotongan dan hasil bahan kering tinggi

Tidak menyebabkan fotosensitiviti kepada ruminan

Sesuai ditanam di lading kelapa bertanah bris

Tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung

Rumput ini tumbuhan saka yang berstolon dengan daun berbentuk lanseolat, kurang berbulu dan rimbun

Boleh dibiak denga biji benih atau tampang

Sesuai dipotong setiap 4 – 6 minggu

Hasil bahan kering 11 – 18 tan/ha/tahun

Protein kasar 10.2 % (pada tanah bris, asid sulfat dan pendalaman)

Kekacang yang sesuai ialah epil-epil

*Rumput para Brachiaria mutica Jenis menjalar dan mudah mengeluarkan akar pada setiap ruas

Daun berbulu berukuran kira-kira 30 cm panjang

Sistem akarnya cetek

Boleh tumbuh setinggi 2.5 m dan mudah dibiakkan dengan biji benih atau keratin batang

Berasal dari Afrika tetapi amat sesuai dengan keadaan setempat

Hidup dengan subur jika mendapat air yang banyak dan mengalir seperti parit

Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau

Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di porong atau diragut hingga paras tanah

Tidak bagitu tahan ragutan berbanding dengan rumput signal

Kekacang yang sesuai ialah centro dan puero

Hasil bahan kering 15 – 20 tan/ha/tahun (bergantung pada kesuburan tanah & pengurusan)

Protein kasar 8.1 %

* Ditanam di kawasan pastura Ladang 16, Seksyen Ternakan, TPU, Kampus Serdang

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 7 drpd 20

Cynodon plectostachyus Brachiaria decumbens

Panicum maximum Pennisetum purpureum

3.2 KEKACANG

NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK

Centro

Centrosema pubscens

Stylo

Stylosanthes guyanensis

Calapo

Calapogonium mucunoides

Petai Belalang /Ipil-ipil

Leucaena leucocephala

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 8 drpd 20

Centrosema pubscens Stylosanthes guyanensis

Calapogonium mucunoides Leucaena leucocephala

3.3 PASTURA CAMPUR KEKACANG Tujuan menanam kekacang bersama dengan rumput bermutu:- 1. Mengurangkan kos membaja, kekacang mempunyai bintil-bintil akar yang boleh mengikat nitrogen

diudara iaitu anggaran 50-250 kg/hektar/tahun. Calapo Kekacang Stylo

2. Protein kasar (crude protin) kekacang adalah lebih tinggi daripada pastura. Dengan adanya kekacang didalam pastura dapat meningkatkan peratus nilai protin kasar, bererti menambah kelazatan dan ini akan menambahkan pengambilan bahan kering oleh ternakan.

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 9 drpd 20

Ada beberapa cara menanam rumput bermutu bercampur kekacang. Jika kedua-duanya ditanam dengan biji benih:- 1. Kekacang boleh ditanam bersama rumput dalam baris yang sama 2. atau, kekacang boleh ditanam diantara baris rumput.

Kekacang Centrosema Campuran Kekacang dengan Humidecola

Setiap 2-3 tahun mengikut keadaan, biji benih kekacang perlu ditabur dipetak campuran untuk memperbaiki peratus kandungan kekacang. Ini kerana kadar pertumbuhan kekacang adalah lambat berbanding dengan rumput dan kesuburan rumput boleh menyekat perkembangan kekacang, malah boleh menghapuskan sama sekali sekiranya tiada usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan. 4.0 KADAR MUATAN (STOCKING RATE) Kadar muatan ialah bilangan ternakan (ekor) yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan. Tujuan utama dalam pengurusan pastura adalah untuk mengawal komposisi tumbuh-tumbuhan dan perseimbangan spesis dalam kawasan pastura. Dari segi ragutan pula,kadar muatan adalah faktor penting yang mempengaruhi kestabilan pastura, perseimbangan dalam spesis rumput atau kekacang. 4.1 FAKTOR MENENTUKAN KADAR MUATAN 1. Jumlah pengeluaran pastura yang ada 2. Perseimbangan dalam spesis rumput atau kekacang 3. Mengawal hakisan tanah 4. Jumlah hujan yang diharapkan 5. Jumlah ternakan dengan keseimbangan sumber pasti

LEMBU RUMPUT/KEKACANG KADAR MUATAN ekor/ha (optima)

Kedah-Kelantan (K/K)

Guinea Signal Guinea/Centro/Stylo/Peuro

6 8 4

Kadar muatan yang diamalkan di Seksyen Ternakan, TPU untuk lembu Kedah-Kelantan ialah 3 ekor/ha.

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 10 drpd 20

5.0 PENYEDIAAN TANAH

1. Membajak 2. Memecah 3. Memutar

5.1 MEMBAJAK Bertujuan memecah tanah kepada struktur lebih kasar, menterbalikkan tanah dan mendedahkannya kepada cahaya matahari. Alatan yang digunakan ialah 2 disc atau 3 disc plough.

Terdapat 2 peringkat pembajakan : 1. membajak kali pertama 2. membajak kali kedua Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah antara 10-14 hari bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk memberikan cukup masa untuk melembutkan tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (tekstur) tanah yang baik. 5.2 MEMECAH/MENYIKAT Bertujuan memecahkan ketulan-ketulan tanah yang kasar kepada struktur yang lebih kecil. Alatan yang selalu digunakan ialah disc harrow. Biasanya ia dilakukan lebih kurang 10-14 hari selepas selesai pembajakan silang.

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 11 drpd 20

5.3 MEMUTAR Peringkat terakhir ini dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat/memecah tanah selesai. Peringkat ini bertujuan untuk mendapatkan struktur yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, sesuai untuk pertumbuhan akar-akar rumput. Sekiranya tanah adalah gembur, peringkat ini mungkin tidak perlu dibuat. Alat pertanian yang digunakan ialah "Rotovator / Rotary Tiller" Adalah disyorkan agar segala saki-baki kayu, tunggul akar-akar rumpai, batu dan sebagainya dibuangkan semasa menjalankan setiap peringkat penyediaan tanah tadi dan kerja-kerja disetiap peringkat dilakukan dengan sempurna. Ini penting untuk memastikan agar:-

Mendapatkan permukaan tanah yang baik, tiada tunggul atau batu yang menjadi halangan dan boleh merosakkan peralatan pertanian dalam kerja-kerja seterusnya atau sebagai punca kecelakan/kemalangan

Mendapatkan struktur (texture) tanah yang sesuai, agar mempunyai ruang-ruang udara yang mencukupi dan daya pemegang air dapat dibaiki. Faktor ini penting untuk perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya

Segala baki rumpai yang tidak dikehendaki dapat dihapuskan. 5.4 MENGAPUR Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada peringkat memutar tanah, kira-kira 2 minggu sebelum menanan. Boleh menggunakan ‘spinner broadcaster’ atau hanya menggunakan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan hendaklah dipakai untuk mengelakkan gangguan pernafasan dan melecur. Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak/ lebih kurang 2-3 tan metric kapur/ha atau 1 tan metric/ekar diperlukan atau dijangka dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum kemasaman diperbaiki kerana tanah yang masam akan menggangu penyerapan baja oleh tumbuhan. Setiap aktiviti yang dilakukan akan dicatat ke dalam Borang Rekod Penyelenggaraan Kawasan (OPR/TPU/BR/UMUM/Selenggara Kawasan). 6.0 PEMULIHAN PEDOK DAN PENANAMAN SEMULA Padang Ragut atau pedok juga memerlukan pemerhatian yang khusus. Dalam jangkamasa yang lama biasanya sesuatu pedok perlu dibuat pemuliharaan atau penanaman semula. Pemulihan (renovation) dan penanaman semula (recultivation) adalah dua kerja yang berbeza. Pemulihan ialah melibatkan kerja-kerja pemulihan tanah samada untuk memulihkan sifat fizikal tanah atau kesuburan tanah itu sendiri. Manakala penanaman semula ialah melibatkan kerja-kerja penyediaan tanah secara keseluruhan seperti plough, harrow dan rotovator. 6.1 PEMULIHAN PEDOK Pemulihan pedok dibuat bila kualiti pertumbuhan rumput tidak lagi elok. Pertumbuhan yang tidak baik ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepadatan tanah oleh traktor, kekurangan pembajaan dan pertambahan pertumbuhan rumpai.

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 12 drpd 20

Baikpulih (renovation) kawasan pastura dibuat beberapa cara:- Pembajakan ringan (Light/lenient total area 'tillage') - diikuti dengan penaburan biji benih Pembajakan ringan terpilih sepenuhnya (Full/complete spot tillage) - diikuti dengan penaburan

biji benih Pembajakan ringan sepenuhnya (Full/complete strip - tillage) - diikuti dengan penaburan biji

benih Menabur biji benih tanpa penyediaan tanah - Overseeding without tillage

Cara diatas sesuai bagi rumput yang senang bercambah atau merebak seperti rumput Brachiaria decumbens atau rumput guinea. Tillage atau bajak ringan dibuat dengan mengunakan Harrow, biasanya kerja-kerja ini dibuat pada awal musim hujan. 6.2 PENANAMAN SEMULA Penanaman semula dibuat bila pemulihan tidak lagi boleh dibuat. Bila kuantiti rumput kurang dari 35 % , maka penanaman semula perlu dibuat. Penanaman semula melibatkan kos yang tinggi, kerana pembajaan atau penyediaan tanah dibuat pada keseluruhan kawasan. Stylo Alfafa

7.0 PEMBAJAAN KAWASAN Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Bekalan baja yang mencukupi boleh membantu melancarkan aktiviti membaja di Ladang 16. Laksanakan pembajaan sepertimana yang dijadualkan, rujuk Senarai Jadual Pembajaan (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/ PEMBAJAAN) dan rekodkan stok keluar dan masuk baja ke dalam Daftar Stok Bekalan Pejabat, rujuk laman sesawang bagi Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1991 Selain dari itu pembajaan pastura juga bertujuan untuk mendapatkan :

1. Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi 2. Jangkamasa hidup yang panjang

Jenis Baja 1. Baja asli (najis ternakan dan kompos) 2. Baja kimia

Kaedah membaja 1. Tabur menggunakan spinner broadcaster

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 13 drpd 20

7.1 PEMBAJAAN PERMULAAN Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau pada masa menanam. Bertujuan menggalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan untuk pembesaran dan perkembangan seterusnya. Kadar pembajaan untuk baja permulaan :

1. Campuran baja (NPK 60:30:30) 2. UREA (46% N) 3. TSP 4. MOP

7.2 PEMBAJAAN PENGURUSAN Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun begitu pembajaan setiap selepas pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Penggunaan baja najis dan sisa-sisa tumbuhan dilakukan secara semulajadi untuk kawasan padang ragut. Kadar pembajaan :

Kaedah penanaman N (kg/ha/thn) P205 (kg/ha/thn) K 20 (kg/ha/thn)

Rumput tulen potong angkut 200-300 40-60 100-150

Rumput tulen ragutan 150-200 40-60 50-100

(baja NPK,UREA TSP dan MOP) Rujuk Senarai Jadual Pembajaan (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Pembajaan) Bagi Ladang 16 di TPU Serdang, Jadual Pembajaan bagi kawasan Potong Angkut adalah tiga kali setahun dan tidak melebihi 6 bulan bergantung kepada cuaca, keadaan rumput serta bekalan baja yang diterima. Manakala bagi kawasan padang ragut (paddock) pula pembajaan dilakukan sekurang-kurang sekali setahun kerana telah terdapat baja asli yang dikeluarkan oleh ternakan yang meragut. 7.3 KADAR PEMBAJAAN Kadar yang disyorkan secara am bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) mengikut keadaan di Semenanjung Malaysia ialah; N: P: K = 60 : 30 : 30 60 kg Nitrogen/hektar, 30 kg P2O5/hektar, 30 kg K2O/hektar Berapa banyakkah baja UREA, TSP dan MOP diperlukan untuk menghasilkan campuran baja tersebut ?

Urea Setiap 100 kg Urea terdapat 46 kg N untuk 60 kg

N = 100 x 60 = 130 kg/ha 46

TSP Setiap 100 kg TSP terdapat 46 kg P2O5 untuk 30 kg

P2O5 = 100 x 30 = 65 kg/ha 46

MOP Setiap 100 kg MOP terdapat 60 kg K2O untuk 30 kg.

K2O = 100 x 30 = 50 kg/ha 60

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 14 drpd 20

Kadar baja permulaan sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Jika tanah yang hendak ditanam adalah berasal dari kawasan hutan baru dibuka biasanya mempunyai zat makanan (baja) yang tinggi. Oleh itu keadaan serupa ini hanya perlu ditambah baja phosphate untuk mengalakan pertumbuhan akar dan baja yang biasa digunakan ialah TSP,CIRP,GRP . Jika T.S.P digunakan kadarnya ialah 245kg/hektar atau 100kg/ekar. Kadar baja permulaan yang disyorkan bagi pastura campuran dengan kekacang ialah ; P : K = 30 : 30 Iaitu 30 kg. Phosporus/hektar (65 kg. T.S.P/hektar) 30 kg. Kalium (Potash)/hektar (50 kg. Muriate of Potash/hektar). Penaburan kapur adalah dimestikan untuk memperbaiki kemasaman (pH) tanah sekiranya pastura campuran rumput & kekacang ditanam. 7.3.1 BAJA NITROGEN Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah. Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein. Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan. Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok. Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun. Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N. 7.3.2 BAJA POSFORUS Keperluan Posforus (P) oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi. P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit.

Page 15: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 15 drpd 20

Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P biasa diperolehi dari baja CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza. 7.3.3 BAJA KALIUM (K) Unsur Kalium (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat. Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:- 1. Metabolisma karbohidrat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji 2. Metabolisma nitrogen dan sintesis protein 3. Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu 4. Peneutralan asid-asid organik penting 5. Pengaktifan enzim 6. Perkembangan tumbesaran tisu meristem 7. Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah. Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik. Kadar Baja Pengurusan

Jenis tanaman dan pengurusan Kadar baja(kg/hektar/tahun)

Pengurusan secara ragutan

150-200 N (326-435 UREA)

40-60 P (87-130 TSP)

50-100 K (83-166 MOP)

Jenis tanaman dan pengurusan Kadar baja(kg/hektar/tahun)

Pengurusan secara potong dan angkut

200-300 N (435-652 UREA)

40-60 P (87-130 TSP)

100-150 K (166-250 MOP)

Jenis tanaman dan pengurusan Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang : Pengurusan secara ragutan

40-50 P (87-108 TSP)

50-100 K (83-166 MOP)

Page 16: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 16 drpd 20

7.4 BAJA COMPLEHUMES (tidak diamalkan di Taman Pertanian Universiti Kampus Serdang). Baja Complehumes juga boleh digunakan terutamanya pada kawasan bekas tapak tanah lombong, kerana ianya akan meningkat kandungan humes pada tanah berpasir tersebut.

8.0 PENANAMAN RUMPUT Terdapat lebih kurang 17 zat pemakanan yang perlu untuk tumbuhan zat-zat tersebut ialah karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Posforus (P), Kaliam (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangganan (Mn), Kuperum (Cu), Kobalt (Co), Zingkom (Zn), Boron (Bo), Kloran (Cl) dan Molibdenum (Mo). Zat pemakanan ini dibekalkan oleh tanah, air dan udara. Penanaman rumput biasanya dilakukan diawal musim hujan, kerana pertumbuhan rumput memerlukan kuantiti air yang lebih. Oleh itu, sumber air yang bersesuaian dapat memberikan hasil yang lebih baik. Melalui proses fotosintesis zat pemakanan seperti Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan udara dan air kepada tumbuhan. Zat pemakanan selain dari Karbon, Hidrogen dan Oksigen dibekalkan oleh tanah. Kadar kuantiti biji benih atau jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai yang tidak diingini. Ada 2 cara menanam :-

1. Mengunakan biji benih 2. Menanam secara tampang/keratan batang

8.1 MENANAM MENGGUNAKAN BIJI BENIH Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara menanam. Jika peratus percambahan baik maka penggunaan kuantiti biji benih adalah kurang dan begitulah sebaliknya. Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna). Penanaman menggunakan biji benih untuk kawasan yang luas memerlukan bantuan jentera iaitu spinner broadcaster ataupun seed drill.

Jenis tanaman dan pengurusan Kadar baja(kg./hektar/tahun)

Rumput & Kekacang : Pengurusan secara potong dan angkut

50-60 P (108-130 TSP)

150 200 K (250-333 MOP)

(tanpa baja Nitrogen)

Page 17: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 17 drpd 20

Seed drill

Biji benih Kadar semaian (kg/ha)

Rumput Kuda/Guinea 2 - 6

Rumput Para 2 - 6

Rumput Brachiaria decumbens 3 - 6

Rumput Brachiaria humidicola 5-7

8.2 MENANAM SECARA TAMPANG/KERATAN BATANG 1. keratan batang - lebih cepat dan senang - baja campuran (60:30:30 NPK)

- batang disusun didalam lorong,ditimbuskan dan dipadatkan atau diletakkan dalam lubang yang digali.

- rumput yang sesuai untuk keratan batang ialah rumput napier.

9.0 MENUAI ATAU MEMOTONG PASTURA 9.1 PEMOTONGAN PERTAMA Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakkan pertumbuhan rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Ragutan awal secara terkawal (light grazing) selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh menggalakkan pertumbuhan.

Page 18: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 18 drpd 20

Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah mula gugur. 9.2 PEMOTONGAN SETERUSNYA Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragut. Mengikut kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:

Jenis pastura Jangka masa rehat (minggu)

Rumput signal (Brachiaria decumbens) 4-5

Rumput para (Brachiaria mutica) 3-4

Rumput guinea (Panicum maximum) 4-5

Rumput setaria 4-5

Rumput napier 5-6

9.3 TINGGI PEMOTONGAN Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 1-2 kaki manakala ketinggian bagi rumput napier ialah 5 – 7 kaki dari paras tanah. Tetapi untuk rumput guinea yang ditanam di kawasan potong angkut di Ladang 16, rumput dipotong apabila ketinggian mencapai kira-kira 2 hingga 3 kaki. Biasanya pemotongan bagi rumput guinea di petak potong angkut boleh dilaksanakan beberapa kali dalam setahun bagi setiap plot atau bergantung kepada pertumbuhan dan kematangan rumput. Pertumbuhan rumput pula, biasanya bergantung kepada bekalan air dan juga cuaca. Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur tetapi kandungan protein kasar rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti berikut :-

Jenis rumput Umur (hari)

Brachiaria decimbens (rumput signal) 18-21

Rumput para 18-21

Guinea 18-21

Setaria 18-21

Napier 35-42

10.0 KAEDAH PEMBEKALAN RUMPUT Terdapat 2 kaedah pemberian rumput iaitu :

1. Potong angkut (cut and carry) 2. Ragutan pusingan (rotational grazing)

Page 19: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 19 drpd 20

10.1 POTONG ANGKUT Rumput ditanam di suatu kawasan yang agak luas. Ternakan tidak akan dibawa ke tempat penanaman rumput ini sebaliknya rumput-rumput ini yang akan dipotong dan diangkut menggunakan trailer dan diberikan kepada ternakan. Rumput dipotong sekitar jam 8 pagi hingga 9 pagi menggunakan jentera forage harvester. Kemudian, pemandu yang membawa trailer pula akan membawa rumput yang telah dipotong untuk dihantar kepada ternakan yang memerlukan seperti lembu fidlot, anak lembu tenusu, rusa dan kambing.

10.2 RAGUTAN PUSINGAN Kaedah ini merujuk kepada kawasan pastura yang dibahagikan kepada beberapa petak ragutan. Sekumpulan lembu dimasukkan ke petak mengikut pusingan. Kaedah ragutan pusingan ini berkesan untuk merehatkan tumbesaran rumput dan memberi masa untuk pertumbuhan rumput baru.

11.0 KAWALAN DAN PENJAGAAN KAWASAN PASTURA Kawalan dan penjagaan kawasan pastura juga penting untuk mendapatkan bekalan rumput berkualiti untuk ternakan. Kawalan dan penjagaan ini termasuklah membaja, meracun dan topping. Rujuk Jadual Kawalan Rumpai (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Rumpai)

Petak 1 Petak 2

Petak 3

Petak 4 Petak 5

Petak 6

Page 20: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20130116153302OPR.TPU.BP...Pertumbuhan terjejas pada musim kemarau Untuk mendapat hasil yang tingi perlu di por ong

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 17.01.2013 Halaman : 20 drpd 20

11.1 KAWALAN SECARA MEKANIKAL Rumput dan anak-anak pokok dicabut menggunakan cangkul atau dipotong menggunakan traktor (service cut). Kaedah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi mengikut kesesuaian keadaan muka bumi. Kerana keadaan yang terlalu cerun atau berbatu menyukarkan kemasukan traktor, maka kawalan secara manual seperti memotong menggunakan parang atau cangkul adalah lebih sesuai. 11.2 KAWALAN SECARA KIMIA Kawalan secara kimia ini selalunya dilakukan dikawasan yang ditumbuhi oleh rumpai yang terlalu luas. Pengawalan secara kimia iaitu meracun adalah tidak berapa digalakkan kerana ianya akan menambahkan kos pengeluaran dan mencemarkan alam sekeliling. Tetapi kaedah ini digunakan untuk mengurangkan masa dan tenaga pekerja, selain rumpai yang merebak itu adalah banyak. Meracun akan dilakukan setelah ternakan keluar dari kawasan tersebut. Ternakan boleh dibawa masuk semula 3-4 minggu selepas kawasan diracun. Rumpai juga boleh dikawal dengan cara melepaskan ternakan dengan kadar muatan yang tinggi (high grazing) beberapa hari dan selepas itu kawasan ditabur baja untuk menggalakkan pertumbuhan. 11.3 TOPPING Topping adalah memotong bahagian atas rumput iaitu 15cm dari muka bumi. Topping dilakukan selepas rumput diragut dan sebelum membaja. Alatan yang diperlukan untuk topping ialah service cutter dengan tujuan :

1. mendapatkan pertumbuhan baru yang sama rata 2. memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaja 3. mencantikkan pemandangan kawasan pastura

11.4 MEMBUANG ANAK KAYU Aktiviti membuang anak kayu ini dilakukan secara manual oleh pekerja. Pembuangan anak kayu adalah cara merumput yang lebih berkesan dan merendahkan peratusan pertumbuhan baru anak pokok. Kaedah pembuangan anak kayu secara service cut juga boleh dilakukan tetapi memakan masa dan tenaga kerja yang lebih. Kerana pembuangan anak kayu menggunakan service cut memerlukannya dilakukan berterusan dalam selang waktu tertentu agar ianya lebih berkesan. 11.5 PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR Penyelenggaraan infrastruktur ini adalah termasuk pagar dan jalan. Laporan mengenai sebarang kerosakan pagar dan jalan ini akan dilakukan setelah pemantauan berkala dijalankan. RUJUKAN

1. file:///F:/panduan-menanam-pastura-dan-fodder.html. Adam Agrofarm: Pengurusan Pastura 2. http://www.jpvpk.gov.my/html/pasture/GUIDELINE%20FOR%20GROWING%20PASTURE%20AN

D%20FODDER.pdf Jabatan Veteriner Perak Darul Ridzuan 3. Nota Pastura. Universiti Putra Malaysia 4. http://agungwah.blogdetik.com/2009/07/08/panduan-menanam-rumput-pastura-dan-fodder/ 5. http://www.facebook.com/note.php?note_id=113772048635117 6. Yahya, M. and Ibrahim, C.E. 1985. Perlakuan penggemukan anak lembu iberi makanan rumput

jenis Brachiaria decumbens atau nisbah 60:40 Proc. Workshop Calf Fattening, Perlis, Malaysia, July 1-3, 1985, Malaysia, pp 29-34.