tarian melayu johor
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tarian Ceracap Inai
Nama Tarian : Ceracap Inai Asal Tarian : Berasal dari tarian istana dan ada hubungan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka Cara Tarian : Ada unsur sembah ampun, serendag diri dan membawa prob seperti bunga-bunga emas dan bercahayakan api lilin. Biasanya ditarikan di hadapan raja atau raja sehari. Tarian ini terkenal di Lenga, Muar.
Tarian Zapin Johor
Nama Tarian : Tarian Zapin Johor Asal Tarian : Berasal dari Kampung Gelang Patah Johor Cara Tarian : Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman dan telah diubahsuai. Tarian Zapin Johor ini ditarikan dimajlis-majlis keraian dan keramaian.
Tarian Zapin Lenga
Nama Tarian : Tarian Zapin Lenga Asal Tarian : Berasal dari Timut Tengah dan diringi muzik padang pasir Cara Tarian : Ditarikan oleh penari-penari lelaki sahaja terutama dimajlis keraian dan majlis perkahwinan . Terkenal di Lenga Muar
Tarian Zapin Tenglu
Nama Tarian : Tarian Zapin Tenglu Asal Tarian : Berasal dari Tenglu Mersing Cara Tarian : Pergerakkannya pantas dengan irama dan iringan lagu yang rancak dan beralun. Ditarikan selepas menunaikan solat Isyak dan di majlis kenduri kendara atau perkahwinan
Tarian Zapin Arab
Nama Tarian : Tarian Zapin Arab Asal Tarian : Seni budaya warisan pedagang-pedagang Arab
Cara Tarian : Ditarikan oleh dua leleki berpasangan. Penari akan menari besilih ganti. Pasangan akan keluar dan masuk. Alat muzik tarian ini ialah Gambus, Maruas, Gendang, dan Akordian
Joget Johore Sport Club
Nama Tarian : Joget Johore Sport Club Asal Tarian : Semasa Majlis Santapan Keraian Diraja Johor Cara Tarian : Di tarikan berpasangan, lelaki dan perempuan dengan gaya sopan dan santun. Tarian ini adalah bagi majlis-majlis keraian Diraja dengan alunan yang lembut dan merdu
Tarian Masri Kercing
Nama Tarian : Tarian Masri Kercing Asal Tarian : Berasal dari budaya warisan Arab
Cara Tarian : Penari-penari membawa alat hadrah iaitu seperti kompang yang bunyinya lunak setiap kali dipalu. Ciri-ciri Arab tergambar pada gerak-geri tari, irama, muzik dan juga kostium penarinya.
Tarian Sarah
Nama Tarian : Tarian Sarah Asal Tarian : Berasal dari masyarakat Johor yang
berketurunan Arab Cara Tarian : Dengan iringan muzik Padang Pasir yang rancak,
tarian ini kebiasaanya ditarikan secara berpasangan. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samarah
Tarian Kuda Kepang
Nama Tarian : Tarian Kuda Kepang
Asal Tarian : Berasal dari permainan Kuda Kepang
Cara Tarian : Kebiasaannya ditarikan oleh 9 orang penari lelaki.
Mempunyai seoarang ketua yang dipanggil ‘Dayang’ yang memberi arahan kepada penari dengan menggunakan tali tas/pecut. Mempunyai ciri-ciri Jawa dan Islam. Ditarikan di majlis perkahwinan, keramaian dan hari ulangtahun atau sambutan sesuatu. Diringi muzik gamelan yang menggunakan alat muzik Kenong, Angklong, Gendang dan Gong.