task 1 profesion perguruan
TRANSCRIPT
PROFESION PERGURUAN
TASK 1
Noor Farahanah binti Mohd Noor
p73673
Nurul Hanani binti Norazmi p73674
Aisyah humairah binti Ahmad Fauzi
p73672
GURU
PEKERJAAN
MULIA
ٱلهذين أوتوا منكم وٱلهذين منوا ءاي رفع ٱللهت ٱلعلم درج
Firman Allah dalam surah Al-Mujaadalah ayat 11.
Maksudnya:
“ Allah ta’ala meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat.”
ركم من ت علهم رن خي -م وعله الرواه البخاري
Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya:
“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar
Al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
ة يف إن هللا ومالئكته وأهل السماوات واألرض حىت النمل.ريجحرها ، وحىت احلوت ، ليصلون على معلم الناس اخل
رواه الرتمذي
Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit
serta bumi sehinggakan semut yang berada di
dalam lubangnya dan ikan-ikan (di
lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar
kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi )
• Berdasarkan firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah, jelaslah bahawa guru
ataupun pengajar merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah.
Malah seluruh alam semesta juga turut memuliakan seorang guru.
• Guru merupakan insan memikul tanggungjawab yang sangat besar. Bukan
sahaja mengajar, malah mendidik, membimbing dan mendorong. Guru ialah
ibu bapa yang kedua selepas ibu bapa kandung. Guru juga bertanggungjawab
membina sahsiah pelajar ketika di sekolah. Rosak guru, rosaklah pelajar.
• Masyarakat juga memandang mulia terhadap guru. Hal ini terbukti apabila
tibanya Hari Guru, masyarakat tidak putus-putus mengirim doa dan ucapan
disertakan dengan hadiah sebagai tanda menghargai usaha guru dalam
mendidik anak-anak mereka malah yang pernah mendidik mereka.
• Tidak dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini negara
digemparkan dengan beberapa isu yang membabitkan guru.
Isu kertas UPSR bocor, isu guru merogol pelajar dan beberapa
isu lagi. Namun, janganlah kerana nila setitik rosak susu
sebelanga. Masih ramai lagi guru yang mempertahankan
maruah sebagai seorang guru agar tidak dicemari. Masih
ramai lagi yang menjunjung kerjaya sebagai seorang guru yang
dipandang mulia dalam Islam.
• Dalam satu hadis Rasulullah yang bermaksud, “apabila
matinya seorang anak Adam, maka terhapuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak soleh yang mendoaknnya”. Maka
jelaslah di sini bahawa ilmu yang diajarkan oleh guru
sekiranya digunakan berterusan, maka pahalanya akan
mengalir sepanjang zaman.
• Kesimpulannya, kerjaya guru merupakan satu pekerjaan yang
dipandang mulia oleh Allah, bahkan oleh seluruh alam
semesta beserta isi di dalamnya.
TUGAS GURU
MUDAH???
ISU TERKINI DALAM PENDIDIKAN
• Dunia pendidikan kini semakin digemparkan denganisu-isu antara murid dan guru. Ada sahaja berita yang terpampang di dada-dada akhbar tempatan, yang disiarkan dalam berita, yang dipampangkan di internet tentang masalah-masalah murid dan guru.
• Pelajar ugut cikgu, pelajar belasah cikgu,cikgumendenda pelajar,cikgu cabul dan rogol pelajar, sistemPBS membebankan guru, pelajar ponteng sekolah, pelajar bawa gadget ke sekolah adalah antara tajuk-tajuk utama yang sering terpampang di akhbar-akhbar. Malah mungkin banyak lagi yang tidak di siarkan.
• Ramai masyarakat di luar sana termasuk lah para ibu bapa yang mendakwa
bahawa kerja guru merupakan satu kerja yang mudah. Malah ada yang
berpendapat pekerjaan guru menjanjikan kesenangan dan kemewahan. Tetapi
tidak ramai yang memahami kerja sebenar seorang guru itu. Ia tidaklah
semudah yang disangka.
• Berikutan kes-kes yang dilaporkan baik yang melibatkan pelajar ataupun guru
atau kedua-duanya sekali, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi semakin
sukar. Malah beban kerja mereka menjadi semakin banyak.
• Cabaran yang dihadapi oleh para guru berubah seiring dengan perubahan
zaman. Jika dulu murid hanya mendiamkan diri apabila dimarahi, namun
sekarang, murid malah bertindak membelasah guru yang memarahi. Malah
ada yang sanggup mengugut bunuh guru yang terbabit. Dan ini tidak
seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat.
• Jika dulu, para ibu bapa sanggup sekiranya anak mereka didenda ataudirotan dan sebagainya, namun kini ibu bapa malah datang ke sekolah danmemarahi guru yang mendenda anak mereka. Ada ketikanya merekamenyalahkan guru atas ketidakcemerlangan anak mereka.
• Tidak lama dulu kita digemparkan dengan kes guru mendenda muridmakan rumput kerana tidak buat kerja sekolah. Luarannya memang guru tersebut salah, tetapi tidakkah kita terfikirkan beban yang ditanggungoleh guru tersebut sehingga menyebabkan beliau bertindak diluarkawalan?
• Pelaksanaan sistem PBS yang ditangguhkan sementara juga menjadi satubeban kepada guru. Guru-guru terpaksa memperuntukkan banyak masauntuk memasukkan data bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Masaguru dihabiskan dengan kerja-kerja yang dibawa balik ke rumahsehinggakan masa bersama keluarga terhad. Pengorbanan guru demiuntuk membina anak bangsa yang berwawasan tidak harus dipandangenteng oleh masyarakat.
• Adakah ini yang dikatakan pekerjaan guru itu sesuatu yang mudah?