tawaran dermasiswa tamanni project - agri.upm.edu.my · 3) berlatar belakang keluarga berpendapatan...
TRANSCRIPT
Bantuan dermasiswa pelajaran yang diberi nama Tamanni Project ini diwujudkan untuk
membantu mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang yang kurang berkemampuan
(pendapatan keluarga <RM3,000 ke bawah). Dermasiswa ini akan memberi elaun sara hidup
dan yuran pengajian atau elaun sara hidup sahaja untuk (2) semester (September 2018 – Jun
2019) kepada pemohon yang mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda (Bacelor)
di UPM pada sesi 2018/2019.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1) Warganegara Malaysia
2) Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda
3) Berlatar belakang keluarga berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan
4) Pencapaian akademik yang baik (CGPA 3.0 ke atas untuk semester kedua dan ke atas)
- Pemohon semester pertama pula telah melengkapkan sekurangnya STPM / Pra-
Universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma Tempatan (minimum CGPA sekurangnya 3.00);
atau 3A untuk Program A-Level
5) Aktif dalam penglibatan kokurikulum
6) Mempunyai potensi kepimpinan yang boleh ditonjol dan digilap
7) Pemohon yang sedang menerima bantuan tajaan kewangan lain akan dipertimbangkan
dan masih layak memohon.
CARA MEMOHON:
Semua mahasiswa Bacelor UPM Kampus Serdang dari semua fakulti layak memohon jika anda
memenuhi kriteria.
Sila lengkapkan borang di link http://bit.ly/tamanniupm dan emelkan CV/resume anda ke:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31 OKTOBER 2018. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses
seterusnya. Pemohon yang tidak dihubungi oleh pihak Tamanni Project UPM selepas 1 bulan dari
tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengisi borang, sila emel pertanyaan
anda di [email protected]
TAWARAN DERMASISWA
TAMANNI PROJECT